24
TEKS PENGACARA MAJLIS HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN PELAJAR Tarikh : 12 April 2014 Hari : Sabtu Masa : 9.30 -12.30 thgari Tempat : Dewan Sri Putra Pengacara Majlis: Puan Nik Norfadzlida binti Che Hashim Puan Esteala Dani MASA TEKS PENGACARA MAJLIS CATATAN 08.00 09.00 HARI ANUGERAH PELAJAR CEMERLANG 2013 -PENDAFTARAN -SARAPAN PENGUMUMAN Assalamualaikum w.b.t salam sejahtera dan Salam 1 Malaysia. Hadirin-hadirat sekalian, Diminta kerjasama tuan-tuan dan puan-puan agar memadam telefon bimbit atau menukarkan mod telefon kepada mod senyap bagi menghormati perjalanan majlis pada pagi ini . Mohon para hadirin tidak mengambil gambar semasa penerima anugerah menerima anugerah di atas pentas untuk memberi laluan kepada juru gambar professional. Sebagai tanda penghormatan dan mengalu-alukan ketibaan tetamu kehormat iaitu Yang Berbahagia Tuan Haji A Rahman Bin Ngit, Ketua Sektor, Sektor Pembangunan Kemanusiaan Jabatan Pendidikan Negeri Selangor, semua hadirin diminta

Teks Pengacara Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan 2013

Embed Size (px)

DESCRIPTION

teks majlis anugerah

Citation preview

TEKS PENGACARA MAJLIS HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN PELAJARTarikh : 12 April 2014Hari : SabtuMasa : 9.30 -12.30 thgariTempat : Dewan Sri Putra

Pengacara Majlis: Puan Nik Norfadzlida binti Che Hashim

Puan Esteala DaniMASATEKS PENGACARA MAJLISCATATAN

08.00

09.0009.30

HARI ANUGERAH PELAJAR CEMERLANG 2013-PENDAFTARAN

-SARAPAN

PENGUMUMAN

Assalamualaikum w.b.t salam sejahtera dan Salam 1 Malaysia.Hadirin-hadirat sekalian,

Diminta kerjasama tuan-tuan dan puan-puan agar memadam telefon bimbit atau menukarkan mod telefon kepada mod senyap bagi menghormati perjalanan majlis pada pagi ini . Mohon para hadirin tidak mengambil gambar semasa penerima anugerah menerima anugerah di atas pentas untuk memberi laluan kepada juru gambar professional.Sebagai tanda penghormatan dan mengalu-alukan ketibaan tetamu kehormat iaitu Yang Berbahagia Tuan Haji A Rahman Bin Ngit, Ketua Sektor, Sektor Pembangunan Kemanusiaan Jabatan Pendidikan Negeri Selangor, semua hadirin diminta berdiri sebaik sahaja VIP memasuki dewan. Hadirin diingatkan agar terus berdiri bagi menyanyikan lagu Negaraku.Sekian, harap maklum.

PENGUMUMAN KETIBAAN TAMU KEHORMAT

Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia Tuan Haji A Rahman Bin Ngit, Ketua Sektor, Sektor Pembangunan Kemanusiaan Jabatan Pendidikan Negeri Selangor .Hadirin diminta berdiri.NYANYIAN LAGU NEGARAKU

Sebagai tanda cinta akan Negara, majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku.Terima kasih diucapkan atas kerjasama yang diberikan.UCAPAN ALU-ALUAN KEPADA TAMU KEHORMAT

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Yang Berbahagia Tuan Haji A. Rahman bin Hj Ngit,Ketua Sektor,Sektor Pembangunan Kemanusiaan Jabatan Pendidikan Negeri Selangor,

Yang Berusaha Puan Hajjah Tumijah binti PoniminPengetua Sek. Men .Keb Putra Perdana

Tuan Haji Shaharudin bin Ajam

Yang dipertua PIBG Sek. Men. Keb. Putra Perdana

Encik Ahmad Nazree bin OmarNaib Yang Dipertua PIBG Sek.Men Keb Putra Perdana

Puan Hajjah Rogiah bt Abd Moin

Penolong Kanan Akademik

Puan Hajjah Zarinah bt Md Hassan

Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

Puan Salina binti KamsariPenolong kanan KokurikulumPuan Hajjah Wan Khirani bt Wan Muhammad

Penolong Kanan Petang

Pengerusi pengerusi penduduk Taman Putra Perdana, ahli-ahli jawatankuasa PIBG, guru-guru,para ibu bapa yang dihormati, penerima-penerima anugerah yang diraikan seterusnya para pelajar yang dikasihi sekalian.

Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera dan Salam 1 Malaysia

Jutaan terima kasih diucapkan atas kehadiran semua pihak bagi turut sama meraikan dan menjayakan majlis pada pagi ini. Kehadiran Dato , tuan-tuan dan puan-puan amatlah kami hargai.

Mencari timba si anak daraDibawah sarang burung tempuaSalam sembah pembuka bicaraSelamat datang untuk semua

Sayang kumbang mencari makanTerbang seiring ditepi kali

Anugerah cemerlang kita raikan

Moga diiring restu ilahi

Hadirin yang dimuliakan,

Syukur ke hadrat ilahi dengan limpah kurnia, taufik dan inayahnya maka dapatlah kita sama-sama berkumpul di Dewan Sri Putra pada pagi ini bagi menjayakan Hari Anugerah Pelajar Cemerlang Sek. Men. Kebangsaan Putra Perdana bagi tahun 2013.DOA PEMBUKA MAJLIS

Lebat Kemiri pohonnya rendahDahan terikat tali perkasa

Sepuluh jari kami menadah

Mohon berkat yang maha esa

Bagi menambah keberkatan majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini, marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dipimpin oleh Al Fathil Ustaz Mohd Zakaria bin Mohd Yusaff. Dipersilakan.DOA

Amin..amin.. ya Rabbal alamin.Semoga majlis pada hari ini mendapat keberkatan hendaknya.InsyaAllah.

Hadirin yang dihormati,

Hari Anugerah Pelajar Cemerlang 2013 ini diadakan untuk memberi pengiktirafan kepada semua pelajar yang telah berjaya mencapai prestasi akademik yang cemerlang dalam peperiksaan akhir tahun 2013, peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan juga Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2013. Di samping meraihkan kejayaan pelajar, pengiktirafan diberikan juga kepada tenaga pengajar yang telah bekerja keras dalam meningkatkan prestasi akademik sekolah. UCAPAN ALU-ALUAN PENGETUA

Hadirin dan hadirat yang dimuliakan,

Majlis dengan sukacitanya mempersilakan Yang Berusaha Puan Hajjah Tumijah binti Ponimin, Pengetua Sek Men Keb Putra Perdana merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengelola dan Pelaksana Hari Anugerah Pelajar Cemerlang tahun 2013 untuk menyampaikan ucapan alu-aluan. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan puan.

UCAPAN PENGETUA

Majlis merakamkan setinggi tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Puan Hajjah Tumijah binti Ponimin atas ucapan yang disampaikan

oleh beliau sebentar tadi.UCAPAN YDP PIBG

Sirih pengikat pemanis mulut,Pinang semangat di dalam peti,

Besar hajat kami menjemput,

Besar niat di dalam hati.

Hadirin sekalian,

Agenda majlis pada hari ini diteruskan lagi dengan mempersilakan Yang Berusaha Tuan Haji Shaharudin bin Ajam, Yang dipertua PIBG Sek. Men. Keb. Putra Perdana merangkap Pengerusi Bersama Jawatankuasa Pengelola dan Pelaksana Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar tahun 2013 untuk menyampaikan ucapan beliau. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Tuan.UCAPAN YDP PIBG

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tuan Haji Shaharudin bin Ajam, Yang Dipertua PIBG Sek. Men. Keb. Putra Perdana atas ucapan beliau sebentar tadi.

UCAPAN PERASMIAN MAJLIS HARI ANUGERAH KECEMERLANGANDaun semulur di Pekan Sari,Batang jerami rebah ke bumi

Madah dihulur sembah diberi,Kata perasmi hajatnya kami.Hadirin dan hadirat yang dimuliakan,

Tibalah masa yang ditunggu-tunggu. Tanpa membuang masa, majlis dengan penuh takzim dan sukacitanya menjemput Yang Berbahagia Tuan Haji A. Rahman bin Hj Ngit,Ketua Sektor, Sektor Pembangunan Kemanusiaan Jabatan Pendidikan Negeri Selangor bagi menyampaikan ucapan beliau dan seterusnya merasmikan Hari Anugerah Pelajar Cemerlang tahun 2013. Majlis dengan segala hormatnya dan sukacitanya mempersilakan Yang BerbahagiaTuan.

UCAPAN PERASMIAN

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada Yang Berbahagia, Tuan Haji A. Rahman bin Hj Ngit, atas kesudian Tuan menyempurnakan upacara perasmian Hari Anugerah Pelajar Cemerlang bagi tahun 2013.PENYAMPAIAN ANUGERAH KECEMERLANGAN Tumbuh beriringan si bunga cina,

Putihnya berseri begitu cerah,

Kecemerlangan pasti amat bermakna,

Ditambah diberi dengan anugerah.

Para hadirin yang dihormati,

Kini tibalah kita ke acara kemuncak pada hari ini iaitu Penyampaian Anugerah Kecemerlangan pelajar. Sesungguhnya pihak sekolah amat berbangga dengan pencapaian anak-anak didik kami yang telah mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan yang mereka duduki.Tanpa membuang masa majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berusaha, Tn Hj Shaharuddin bin Ajam, Yang Dipertua PIBG Sek. Men Keb Putra Perdana , diiringi oleh Pn. Rogiah binti Abdul Moin, Penolong Kanan Pentadbiran bagi menyempurnakan upacara penyampaian sijil dan hadiah kepada para pelajar cemerlang tahun 2013.Dengan segala hormatnya dipersilakan.Penyampaian anugerah dimulakan dengan kategori PELAJAR HARAPAN SEKOLAH .Untuk makluman hadirin penerima anugerah bagi Kategori Pelajar Harapan yang dipilih melibatkan kelas Pendidikan Khas , Peralihan, Tingkatan1, Tingkatan 2 dan Tingkatan 4. Penerima akan menerima sebuah plak dan sijil penghargaan.Dipersilakan :

1. Pendidikan khas Saudara Syarif Bin Sabarudin

2. Tingkatan Peralihan (Hibiscus) Saudara Chan Ka Hou

3. Tingkatan Peralihan (Ixora) Saudari Fong Suet Yi

4. Tingkatan Peralihan (Raflesia) - Saudara Chong Ting Jun

5. 1 Alamanda Saudara Thaneswaran A/L Mani

6. 1Lavender - Saudari Izzatul Akma bt Ismail

7. 1Cempaka - Saudari Nur Hamizah bt Zuraini

8. 1Dahlia - Saudara Brennan Chong Sze Khy

9. Kekwa - Saudara Mohammad Helmi B Noor Azlim10. 1Melati Saudari Siti Hajar bt Badrul Hisham

11. 1 Siantan - Saudari Alifah Ilyana bt Zulkefli12. 1Anggerik - ? Chong Hui San13. 1 kiambang Saudari Nur Farhana Najiha bt Shahrom

14. 1Kenanga - Saudara Syabil Naqiuddin B Shalizam15. 1Melur - Saudari Nur Qharifah Fiqah bt Zaini16. 1Mawar - Saudara Muhammad Arash Mifzal B Lokman17. 1Teratai - Saudari Nur Farzana bt Mustaza18. 1Semarak - Saudari Noor Hanisah bt Hamdan19. 1Seroja - Saudari Vivian Koh Sim YenSeterusnya penerima anugerah Kategori Pelajar Harapan Tingkatan 2

Dipersilakan:

1.Saudari Ravinea Suresh , Tingkatan 2Alamanda

2. ? Yeo Kai Nee, Tingkatan 2Lavender

3.Saudari Lim Pei Ying ,Tingkatan 2Cempaka

4.Saudari Nur Alyssa bt Norhisai, Tingkatan 2Dahlia

5.Saudari Nurfarah Hana bt Radzi ,Tingkatan 2Kekwa

6.? Loh Li Pin ,Tingkatan 2Melati

7. Saudari Reshmi A/P Ravindran ,Tingkatan 2 Anggerik.

8. Saudara Ku Putra Ashmen Danish B Zainal Sidek,Tingkatan 2 Kenanga9. Saudari Siti Nur Rahmah, Tingkatan 2 Melur10. Saudari Hana Sofea, Tingkatan 2 Mawar

11. Saudari Nur Nabila Yusoff , Tingkatan 2 Teratai

12. Saudari manzilina bt Madzlan , Tingkatan 2 Semarak

13. Saudari Nur Qistina bt Razali , Tingkatan 2 Seroja

14. Saudari Nurul Natasyah bt Saudo , Tingakatan 2 Kaktus

Dipersilakan penerima anugerah Kategori Pelajar Harapan tingkatan 4

iaitu:

1. Saudari DayangKu Nur Athirah bt Mohd Faiz 4 Sains 12. Saudari Lee Wen Lynn 4 Sains 2

3. ? Yong Kai Shin 4 PA 14. Saudari Nurul Atika bt Rahman 4 PA 2

5. Saudari Puteri Nor Shafikah bt Noorhisham 4 PD 1

6. Saudara Muhamad Harith Danial B Jailani 4 PD 2

7. Saudari Hasriani bt Abd Haris 4 Sastera

8. Saudari Preyadesheni A/P Panir Selvam 4 Seni 1

9. ? Chu Yuen Mei 4 Seni 2

10. ? Chong Ying Fei 4 Tasawwur

Seterusnya diumumkan penerima anugerah bagi kategori Pelajar Cemerlang untuk setiap tingkatan.

Dipersilakan ,

Peralihan ? Fong Suet Yi (ixora)

Tingkatan 1 Saudara Thaneswaran A/L Mani (1 A)

Tingkatan 2 Saudari Reshmi A/P Ravindran (2H)

Tingkatan 4 Saudari Lee Wen Lynn (4 SN 2) Pendidikan Khas Saudara Muhammad Habib Firdaus Bin OsmanHadirin yang dihormati ,

Seterusnya penerima anugerah bagi Panitia Matapelajaran Terbaik PMR Sek Men Keb Putra Perdana Tahun 2013 ialah Panitia Kemahiran Hidup Bersepadu Kemahiran Teknikal (KHB KT). Dijemput Pn. Rosmahwati bt Abd Hamid untuk naik ke pentas.

Untuk makluman, Panitia KHB Kemahiran Teknikal ini telah berjaya memperoleh 100% lulus dengan Gred Purata Sekolah sebanyak 2.69.Penerima anugerah bagi Panitia Matapelajaran Teras Terbaik SPM Sek Men Keb Putra Perdana Tahun 2013 pula ialah Panitia Sejarah. Dijemput Pn. Maimun bt Mohamed untuk naik ke pentas.Untuk makluman, Panitia Sejarah ini telah berjaya memperoleh 84.2% lulus dengan Gred Purata Sekolah sebanyak 5.57.Seterusnya, bagi penerima anugerah Panitia Mata Pelajaran Elektif Terbaik SPM Sek Men Keb Putra Perdana Tahun 2013 pula ialah Panitia Bahasa Cina.Dijemput PnP hang Sheau Yen untuk menerima anugerah. Dipersilakan.Untuk makluman, Panitia Bahasa Cina ini telah berjaya memperoleh 100% lulus dengan Gred Purata Sekolah sebanyak 4.61.Majis pada hari ini diteruskan lagi dengan penyampaian Anugerah Pelajar Cemerlang Bagi Unit Kokurikulum. Setiap pasukan akan menerima sebuah piala pusingan, sebuah hamper dan sijil penghargaan. Anugerah Pasukan Cemerlang 2013 dimenangi oleh pasukan OlahragaUntuk sesi pagi, Penerima anugerah untuk Terbaik Persatuan dan Kelab Ialah Persatuan Bahasa Cina. Dipersilakan ______________________ untuk naik ke pentas.

Seterusnya bagi Terbaik Unit beruniform dianugerahkan kepada Badan Beruniform Pandu Puteri, dipersilakan guru penasihatnya untuk tampil ke pentas menerima anugerah.

Bagi Sukan dan permainan pula, pasukan terbaik ialah Pasukan Hoki.

Untuk sesi petang, Penerima anugerah untuk Terbaik Persatuan dan Kelab Ialah Kelab Muzik dan Kebudayaan. Dipersilakan Pn. Masyitah ayu bt Ismail untuk naik ke pentas.

Seterusnya bagi Terbaik Unit beruniform dianugerahkan kepada Badan Beruniform Kadet Polis , dipersilakan guru penasihatnya untuk tampil ke pentas menerima anugerah.

Bagi Sukan dan permainan pula, pasukan terbaik ialah Kelab Olahraga. Dipersilakan guru penasihatnya untuk menerima anugerah.

Berikut merupakan penerima anugerah bagi Pelajar Terbaik Kokurikulum. Penerima akan menerima sebuah plak dan sijil penghargaan. Dimulakan dengan;1) Iman Bestari bin Othman 5 Sastera 2 ( Kadet Bomba)2) Nazirah bt Ahmad Fatullah 5 Sains 1 (Pers. Bahasa Inggeris)

3) Muhammad Asyraf Fakhruddin b. Shamsul 4 Sains 2 ( Klb Bola Sepak)

4) Maz Sharaida bt Mastor 4 PA 1 (Kadet Bomba)5) Khairul Aizuddin b. Zulkefli 3 Alamanda (Kadet Remaja Sekolah)

6) Tam Ho Yi 3 Lily ( Persatuan Bahasa Cina)

7) Muhammad Najib b. Khairul Azman 2 Anggerik ( Bulan Sabit Merah Malaysia)

8) Nor Nazwa bt Mohd Sukri 2 Anggerik ( Pengakap)

9) Nur Aqeef Fitri bin Nurul Huda 1 Mawar (Kelab Olahraga)

10) Nur Dhiya Syahera Athiera bt Rosman 1 Melati ( Klb Olahraga)Majlis mengucapkan terima kasih kepada Yang Berusaha Hj Shaharuddin bin Ajam atas kesudian menyampaikan anugerah kepada pelajar .

PERSEMBAHAN PELAJAR

Bersarang merbah di Kuala Langat,Manis madunya pabila dimakan,Suasana meriah bertambah hangat,Pelbagai persembahan kami sembahkan.Hadirin sekalian,

Majlis pada pagi ini dimeriahkan lagi oleh persembahan Nasyid dan Puisi dan Lagu yang akan dipersembahkan oleh para pelajar SMK Putra Perdana. Dipersilakan.

PERSEMBAHAN NASYID DAN PUISI & LAGU

Demikianlah tadi persembahan Nasyid yang telah dibimbing oleh Puan Rasyidah Bt Ramli dan persembahan puisi dan lagu dibawah bimbingan Puan Nor Masyitah Ayu bt Ismail.

PENYAMPAIAN ANUGERAH PELAJAR CEMERLANG PMR 2013Hadirin sekalian,

Anugerah berikutnya ialah anugerah pelajar Cemerlang PMR 2013.

Untuk itu, majlis mempersilakan Yang Berbahagia Tuan Haji A Rahman Bin Ngit, Ketua Sektor, Sektor Pembangunan Kemanusiaan Jabatan Pendidikan Negeri Selangor diiringi oleh Pn. Hjh Tumijah binti Ponimin, Pengetua SMK Putra Perdana bagi menyampaikan hadiah kepada penerima anugerah.

Berikut merupakan senarai pelajar cemerlang PMR yang mendapat keputusan 7A. Dipersilakan1) Saudari Nur Iffa Illyana bt Zainuddin (7A 1B)

2) Saudari Yeo Lee Han (7A 1B)

3) Saudari Natrah Amirah bt Mazlan (7A 1B)

4) Saudari Goh Shirleen (7A 1B)

5) Saudara Muhammad Farhan Alef bin Mumin (7A 1B)

6) Saudara Muhammad Afnan b. Abdul Rahim (7A 1B)

7) Saudara Justin Leong Wai Hann (7A 1B)8) Saudara Fong Juen Wei (7A 1B)

9) Saudari Fatin Farzana bt Mat Judin (7A 1B)

10) Saudari Qurratu Aini bt Mohd Sapuan (7A 1B)

11) Saudari Nurul Iffa Izra bt Mohd Zamri (7A 1B)

12) Saudara Muhammad Hafizat Ezzani b. Ibrahim (7A 1B)

13) Saudara Azrul Hafizi b. Gastani (7A 1B)

Berikut merupakan senarai pelajar yang mendapat keputusan kesemua A dalam mata pelajaran.

14) Saudari Yuvarani a/p Subaramani (7A )

15) Saudara Pavindran a/l G. Balan (7A )

16) Saudari Nur Farah Athirah binti Muhamad Ilham (8A)

17) Saudara Mohd Hafiz Azraei bin Ali (8A)

18) Saudara Mohd Alif Aiman b. Heiryzan (8A)

19) Saudari Siti Uzma Syahmina bt Rashdan (8A)

20) Saudari Siti Nor Amirah bt Mustaffa (8A)

21) Saudari Nurul Huda bt Abdul Rahman (8A)

22) Saudari Ling Yoke Lian (8A)

23) Saudari Tam Ho Yi (8A)

24) Saudari Siti Farisya Izzati bt Sabri (8A)

25) Saudari Saliza bt Zulkifli (8A)

26) Saudari Raidah Asyiqeen bt Azahar (8A)

27) Saudari Puteri Nur Dayana bt Nooralirakiz (8A)

28) Saudari Nurfatin Nadzirah bt Hamsani (8A)29) Saudari Nur Qamarina bt Razali (8A)

30) Saudari Nur Amirah Fitri bt Rosli (8A)

31) Saudari Nur Amira Addila bt Zul Patra (8A)32) Saudari Nur Ain Atiqah bt Jamaluddin (8A)

33) Saudari Nazihah bt Ahmad Fathullah (8A)

34) Saudara Muhammad Danial Hogan b. Daud Hogan (8A)

35) Saudara Muhammad Amirul bin Muliady (8A)

36) Saudara Muhammad Afeef b. Mazlan (8A)

37) Saudara Haziq Najmuddin bin Rosdi ( 8A)

38) Saudari Azizah bt Mohamad (8A)

39) Saudari Ain Mastura Nnakalisa bt Ssuna Salim (8A)

Seterusnya dipersilakan pelajar terbaik PMR Pendidikan Khas iaitu Muhamad Anas bin Rusali.Seterusnya, diumumkan Penerima Anugerah Pelajar terbaik PMR 2013. Baca biodata dan pencapaian Nazihah binti Ahmad Fathullah

Persembahan multimedia akan ditayangkan pada masa yang sama.

Dipersilakan Penerima Anugerah Pelajar Terbaik PMR 2013, saudari Nazihah binti Ahmad Fathullah.

PENYAMPAIAN ANUGERAH PELAJAR CEMERLANG SPM 2013 Hadirin yang dihormati ,

Majlis pada hari ini diteruskan lagi dengan penyampaian Anugerah Pelajar Cemerlang SPM 2013.Berikut merupakan pelajar yang memperoleh 5A. Dipersilakan :

1) Saudara Mohd Fareez bin Mohamad Yusof (5A) 2) Saudari Nur Alma Fatimah bt Umar (5A) 3) Saudari Aisyah Khairina bt Zuhaidi (5A)

4) Saudari Nursyafiqah Izzatty bt Abdull Kadir (5A)

5) Saudari Farah Liyana bt Mohd Said (5A)

6) Saudari Ellydia binti Chandra (5A)

7) Saudara/i Liew Zhee Yee (5A)

8) Saudari Rabiatul Adawiyah bt Ali (5A) 9) Saudari Nurdalilah bt Noordin (5A)

10) Saudari Nur Syaza bt Azahar (5A)

11) Saudara Muhammad Faiz bin Ali (5A)

Berikut merupakan pelajar-pelajar yang memperoleh keputusan 6A. Dipersilakan 1) Saudari Aina Khairina bt Zuhaidi (6A)

2) Saudari Nuratika bt Sumli (6A)

3) Saudari Low Xin Yin (6A)

4) Saudari Nurul Shamimi Akmal bt Norazmi (6A)

5) Nurfarah Nisa bt Abd Rahman (6A)

Seterusnya saya mempersilakan pelajar-pelajar yang mendapat keputusan 8A.

Dimulakan dengan :,

1) Saudari Nurul Shafinaz Izlin bt Mat Mukti (8A) 2) Saudari Aina Nabila bt Abu Bakar (8A)Kini ditampilkan pula penerima anugerah pelajar cemerlang SPM yang memperoleh keputusan kesemua A dalam mata pelajaran yang diambil. Penerima akan menerima sebuah plak, sijil penghargaan dan sumbangan wang daripada pihak sekolah, Koperasi SMK Putra Perdana dan juga PIBG SMK Putra Perdana. Dipersilakan;Saudari Tam Ho Yan yang memperoleh 11A dengan keputusan 3A+,4A dan juga 4A-.

Kini ditampilkan pula Saudari Nazirah binti Ahmad Fathullah yang memperoleh 11A dengan keputusan 10A+ dan 1A.Seterusnya, dijemput penerima anugerah Pelajar Terbaik SPM 2013 untuk setiap aliran.

Dipersilakan,

Pelajar terbaik SPM aliran Perdagangan iaitu Saudari Aina Khairina binti Zuhaidi.

Seterusnya dipersilakan Pelajar terbaik SPM aliran Sastera iaitu Saudari Rabiatul Adawiyah binti Kautsar.

Seterusnya, diumumkan Penerima Anugerah Pelajar Terbaik SPM 2013. Baca Biodata dan Pencapaian Nazirah binti Ahmad Fathullah

Persembahan multimedia akan ditayangkan pada masa yang sama.

Dipersilakan Penerima Anugerah Pelajar Terbaik SPM 2013, saudari Nazirah binti Ahmad Fathullah. Saudari Nazirah juga merupakan pelajar terbaik bagi aliran Sains.

PENYAMPAIAN CENDERAMATA

Kari cendawan batang keladiSudilah santap tuan budimanTerima kasih daripada kamiBudi tuan jadi kenangan

Junjungan terima kasih kepada Yang Berbahagia Tuan Haji A Rahman Bin Ngit, atas kesudian menyempurnakan upacara penyampaian Anugerah Kecemerlangan sebentar tadi.

Hadirin hadirat yang dihormati dan dimuliakan,Sebagai tanda penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga, Majlis mempersilakan Yang Berusaha Puan Hajjah Tumijah binti Ponimin , Pengetua Sek Men Keb Putra Perdana untuk menyampaikan cenderamata kenang-kenangan kepada Yang BerbahagiaTuan Haji A Rahman Bin Ngit, Ketua Sektor, Sektor Pembangunan Kemanusian Jabatan Pendidikan Negeri Selangor. Dengan hormatnya dipersilakan.PENYAMPAIAN CENDERAMATATerima kasih diucapkan kepada Tuan Haji A Rahman Bin Ngit dan Puan Hajjah Tumijah binti Ponimin.Anak haruan berlima-lima

Mati ditimpa punggur berdaun

Budi Tuan kami terima

Jadi kenangan bertahun-tahun

PENUTUP

Dengan penyampaian cenderamata itu tadi , maka berakhirlah sudah majlis kita pada hari ini. Tahniah dan syabas sekali lagi diucapkan kepada semua penerima anugerah.Majlis turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas kerjasama dan keprihatinan para ibu bapa yang sanggup meluangkan masa sehingga majlis ini berjalan dengan lancar.

Bagi pihak majlis, saya menyusun sepuluh jari seandainya terdapat sebarang kekurangan sepanjang kami mengendalikan majlis ini.

Kain yang carik Cuma dihujung

Dibuat alas mengelap kendi

Budi yang baik tetap dijunjung

Tahun hadapan berjumpa lagi

Sekian, Wabillah hi taufik walhidayah.wassalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.