...

TEKS PENGACARA FORUM

by anis-nasri

on

Report

Category:

Documents

Download: 1

Comment: 0

23

views

Comments

Description

TAJUK: GEJALA SOSIAL DALAM DUNIA PENDIDIKAN
Download TEKS PENGACARA FORUM

Transcript

Pengacara Bismillah Assalamualaikum w.b.t Selamat pagi / salam sejahtera dan salam 1 Malaysia Alhamdulillah bertemu lagi kita untuk siaran hari ini, Nasi Lemak Kopi O, Edisi Rabu, 5 Ogos 2015 bersamaan 20 Syawal 1436 Hijrah. Pejam celik pejam celik sudah 20 hari kita menyambut Hari raya Aidilfitri dan saya pasti dalam kesibukan bekerja masih ada individu yang sibuk menghadiri rumah terbuka dan menziarahi sanak saudara pada hujung minggu. Masih terasa kemeriahan syawal tersebut. Walaupun sibuk mengunjungi rumah-rumah sahabat handai, saya berharap segala tuntutan kerja dan tanggungjawab anda di tempat kerja dapat dilaksanakan dengan cemerlang dan penuh bersemangat. Baik, kita alihkan sebentar perhatian kita kepada segmen edisi hari ini di mana kita akan berbicara dengan panjang lebar bersama tetamu-tetamu jemputan yang akan saya perkenalkan selepas ini tentang satu isu besar dalam dunia pendidikan yang menjadi kerisauan warga pendidik seterusnya rakyat Malaysia mengenai Gejala Sosial dalam kalangan remaja sekolah. Sebelum itu, mari kita lihat sama-sama paparan yang telah disediakan. VIDEO Saya nak perkenalkan tetamu hari ini... Sebelah saya Cikgu Siti Hajar bt Bakar, guru disiplin di SMK Sri Bahagia, Klang Selangor. Assalamualaikum cikgu. Sebelahnya ialah Puan Qistina Thomas selaku Pengerusi PIBG SMK Dato’ Mustaffa, Kuala Lumpur. Selamat datang puan ke rancangan Nasi Lemak Kopi O Tetamu seterusnya yang duduk di hujung sana, Puan Nurul Atiqah bt Abd Kamal, Pengetua Rumah Pemulihan Akhlak cawangan Sungai Besar, Selangor. Apa khabar puan? Kepada penonton di rumah, sekiranya ada sebarang pertanyaan atau perkongsian tentang isu kita hari ini, boleh hubungi kami di talian 03-4547799 Kita masuk semula kepada isu yang ingin dibincangkan, Saya ada membaca satu rencana dalam Utusan Online berkaitan Remaja dan Masalah Sosial yang ditulis oleh Prof. Madya Dr. Rusinah Siron pada 3 Ogos 2015. Dalam rencana tersebut... Masyarakat Malaysia hari ini cukup terganggu dengan pelbagai kegiatan jenayah yang berlaku hampir setiap hari. Kebanyakannya memfokuskan kepada remaja dan masalah sosial itu tiada hentinya untuk dibicarakan. Contohnya, remaja mengandung luar nikah semakin mengancam keharmonian masyarakat. Semakin banyak ditegur, dipapar dan disiarkan gambar-gambar bayi, semakin bertambah pula bilangan bayi-bayi yang dibuang. Apabila kita renung kembali dengan ikhlas sebagai ahli masyarakat, ibu bapa dan juga pemimpin, mengapa masalah sosial ini terus berlaku? Adakah kita terlupa atau buat-buat lupa tentang punca atau akar umbi masalah sosial tersebut? Mungkin Cikgu Siti Hajar boleh terangkan perspektif cikgu tentang masalah ini dari kaca mata seorang pendidik dan apakah punca masalah sosial remaja kita? Cikgu Siti Hajar (Guru disiplin) Pengacara Terima kasih cikgu. Kesimpulan pendek: Sebelum kita mendengar pendapat daripada Puan Qistina tentang isu ini... Saya ada merujuk sebuah jurnal oleh Azlina Abdullah tentang Tema dan Isu Penyelidikan Mengenai Gejala Sosial pada Dekad Pertama Abad 21 di Malaysia. Antara contoh penyelidikan bertemakan gejala sosial di Malaysia ialah Kajian Abdullah Seif Abdullah (2001), UIAM berjudul “The Major Disciplinary Problems Among School Students”. Kajian ini memfokuskan kepada penglibatan pelajar dalam pelbagai masalah disiplin seperti buli, pergaduhan dan dadah memberi kesan negatif kepada prestasi akademik pelajar. Manakala menurut Kajian Che Bakar Che Mat (2004), UITM berjudul “Fenomena Hidu Gam di Kalangan Remaja Sekolah: Kajian Kes di Kawasan Persisiran Pantai Sarawak” mengkaji beberapa aspek tentang gejala menghidu gam dan perkaitannya dengan penagihan dadah. Berdasarkan kajian-kajian tersebut, persoalannya di sini mengapa dan bagaimana masalah sosial boleh berlaku sedangkan pelajar di sekolah berasrama terikat dengan peraturan yang telah ditetapkan sama ada di sekolah mahupun asrama dan masa pelajar di sekolah harian pula lebih pendek di sekolah berbanding di rumah. Puan Qistina, menurut perspektif puan pula di manakah pengawasan ibu bapa? Apakah punca-punca hal seumpama ini berlaku? Puan Qistina (Pengerusi PIBG) Pengacara Terima kasih diucapkan kepada Puan Qistina atas hujah-hujah beliau sebentar tadi. Rumusan: Soalan seterusnya saya ajukan kepada Puan Nurul... Berdasarkan hujah Puan Qistina tentang kekangan masa ibu bapa untuk bersama anak-anak telah menyebabkan para remaja akan mencari keseronokan di luar bersama kawan-kawan dan lebih mudah terjebak dengan pelbagai masalah sosial. Soalannya di sini, Mereka melakukan masalah sosial di luar dan disaksikan oleh mata-mata masyarakat yang ada di sekitar mereka. Namun masyarakat seperti menutup kedua-dua mata, tidak endah sama sekali dengan isu ini dan berfikiran, “mereka bukan anak aku, mengapa aku perlu risau?” Pada hemah Puan Nurul, mengapa masyarakat bertindak dan berfikiran seumpama ini dan apakah punca remaja melakukan gejala sosial sehingga dimasukkan ke Rumah Pemulihan Akhlak? Puan Nurul (Pengetua Rumah Pemulihan Akhlak) Pengacara Terima kasih puan. Kesimpulan: Baik, kita ada dapat satu panggilan Helo, Assalamualaikum Siapa di sana? Teruskan... Secara ringkasnya, antara faktor yang menyumbang kepada keruntuhan akhlak dan gejala sosial ialah: 1. Pergaulan bebas dalam kalangan remaja seperti tidak ada batasan sesama mereka lebih-lebih lagi antara lelaki dan perempuan 2. Selain itu, mereka terlalu mencari hiburan secara melampau atau sinonim dengan istilah hedonisme. Untuk itu, saya tutup segmen pertama ini dengan serangkap lagu yang pernah dipopularkan oleh sebuah kumpulan nasyid, Raihan suatu ketika dahulu... Berhibur tiada salahnya, Kerna hiburan itu indah, Hanya pabila salah memilihnya, Membuat kita jadi bersalah. Nasi Lemak Kopi O berehat seketika dan kembali selepas ini. Bertemu sekali lagi dalam segmen kedua, Nasi Lemak Kopi O masih membincangkan isu yang sama iaitu gejala sosial dalam kalangan remaja sekolah. Pada segmen pertama, tetamu-tetamu kita telah berkongsi buah fikiran mengenai punca-punca remaja terlibat dalam gejala sosial. Saya pasti setiap masalah yang timbul, pasti ada ‘remedy’ atau ubat untuk menanganinya. Jadi cikgu, apakah program-program yang telah dijalankan di sekolah untuk membanteras gejala sosial ini? Cikgu Siti Hajar (Guru disiplin) Pengacara Kesimpulan: Baik, kita terus kepada Puan Qistina... Apakah usaha-usaha yang dapat dilaksanakan oleh ibu bapa dalam menangani isu ini? Puan Qistina (Pengerusi PIBG) Pengacara Kesimpulan: Bagaimana pula dengan Rumah Pemulihan Akhlak? Apakah pengisian yang dilakukan di sana dan saya tertanya-tanya sebenarnya tindakan yang akan dikenakan oleh pihak Puan Nurul jika terdapat pelajar yang lari dari Rumah Pemulihan Akhlak. Puan Nurul (Pengetua Rumah Pemulihan Akhlak) Pengacara Kesimpulan: Ohh ya, terdapat seorang penonton di studio yang ingin berkongsi pandangan atau mengajukan soalan. Silakan... Intihanya, 1. Kerjasama daripada semua pihak tidak kiralah sekolah, ibu bapa, ahli masyarakat dan sebagainya amat diperlukan untuk mengatasi masalah gejala sosial. Bak kata pepatah, “bersekutu bertambah mutu”. 2. Rakyat Malaysia tidak perlu menuding jari antara satu sama lain sebaliknya setiap individu perlu mempunyai sikap, “hidup kayu berbuah, hidup manusia berjasa”. 3. Perlu serius tentang masalah ini kerana dikhuatiri akan merosakkan generasi akan datang. Terima kasih banyak diucapkan kepada ketiga-tiga tetamu kita pada hari ini. Semoga perkongsian tentang isu gejala sosial dapat memberi manfaat kepada semua penonton dan mengambil iktibar bersama-sama. Itu sahaja masa yang kita ada. Jumpa lagi besok edisi hari Khamis, jangan ke mana-mana terus setia bersama rancangan-rancangan menarik di TV9 Hatiku. Jumpa lagi besok, Nasi Lemak Kopi O. Assalamualaikum.
Fly UP