4
Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera dan salam satu Malaysia... UCAPAN PENGUMUMAN Buah pauh si bunga rampai Kilauan bintang sungguh mengasyikkan Orang jauh sudahlah sampai Selamat datang kami ucapkan Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat illahi kerana dengan limpah dan kurnianya dapat kita bersama-sama dalam Forum Perdana Ekslusif yang bertajuk Taaruf Cinta Illahi pada malam ini. Pihak penganjur mengalu-alukan kehadiran tuan-tuan serta hadirin sekalian ke forum ini. UCAPAN PEMBUKAAN Sebelum meneruskan majlis, marilah kita bersama-sama membaca surah ummul kitab. Al Fatihah...untuk memberkati lagi majlis kita pada malam ini, marilah kita bersama-sama merafakkan tangan, mengkuduskan hati, memohon pada ilahi agar majlis kita lebih diberkati dan diredhai. Oleh itu saya menjemput saudara Muhammad Aizuddin bin Mingu untuk mengetuai bacaan doa, dipersilakan. Semoga dengan bacaan doa sebentar tadi majlis ini mendapat keberkatan rahmat daripada Allah swt...

Teks Mc Pengacara Forum 'Taaruf Cinta Illahi

Embed Size (px)

DESCRIPTION

teks

Citation preview

Assalamualaikum w

Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera dan salam satu Malaysia...UCAPAN PENGUMUMANBuah pauh si bunga rampai Kilauan bintang sungguh mengasyikkan Orang jauh sudahlah sampai Selamat datang kami ucapkanSetinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat illahi kerana dengan limpah dan kurnianya dapat kita bersama-sama dalam Forum Perdana Ekslusif yang bertajuk Taaruf Cinta Illahi pada malam ini. Pihak penganjur mengalu-alukan kehadiran tuan-tuan serta hadirin sekalian ke forum ini. UCAPAN PEMBUKAAN

Sebelum meneruskan majlis, marilah kita bersama-sama membaca surah ummul kitab. Al Fatihah...untuk memberkati lagi majlis kita pada malam ini, marilah kita bersama-sama merafakkan tangan, mengkuduskan hati, memohon pada ilahi agar majlis kita lebih diberkati dan diredhai. Oleh itu saya menjemput saudara Muhammad Aizuddin bin Mingu untuk mengetuai bacaan doa, dipersilakan.

Semoga dengan bacaan doa sebentar tadi majlis ini mendapat keberkatan rahmat daripada Allah swt... UCAPAN PROTOKOLYang Berusaha En Kamaruddin bin HasyimPengarah IPG Kampus Sultan MizanYang Berusaha Tn. Hj Aminulddin bin Abd HamidTimbalan Pengarah IPG Kampus Sultan Mizan,

En Latif Bin HamzahKetua Jabatan Hal Ehwal Pelajar,

Ust Muhammad Zawawi bin Muhammad AliKetua Jabatan Pendidikan Agama Islam dan Moral

Ahli-ahli panel,

Ustaz Dr. Abdul Basit bin Abdul Rahman,

Ustaz Ubaidillah bin Alias

Moderator,

Ustaz Muhammad Kamil bin Jaafar

Para pensyarah, guru-guru sekolah, hadirin dan hadirat sekalianUCAPAN ALU-ALUANHadirat hadirat sekalian,Dinihari pergi lautan

Untuk menjala si ikan bilis

Assalamualaikum tuan dan puan

Mohon saya meneruskan majlis

Ucapan alu-aluanSaya bagi pihak majlis sekali lagi mengalu-alukan kehadiran En Kamaruddin bin Hasyim, Pengarah IPG Kampus Sultan Mizan. Tn. Hj Aminulddin bin Abd Hamid, Timbalan Pengarah IPG Kampus Sultan Mizan, En Latif Bin Hamzah, Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Ust Muhammad Zawawi bin Muhammad Ali, Ketua Jabatan Pendidikan Agama Islam dan Moral, Ahli-ahli panel, Ustaz Dr. Abdul Basit bin Abdul Rahman dan Ustaz Ubaidillah bin Alias, Moderator, Ustaz Muhammad Kamil bin Jaafar, para pensyarah, guru-guru sekolah, hadirin dan hadirat sekalian

Sebagaimana yang kita maklum, forum perdana ekslusif yang akan dijalankan pada malam ini bertajuk Taaruf Cinta Illahi.Untuk tidak melengahkan masa, seterusnya majlis menjemput yang berusaha En Kamaruddin bin Hasyim, Pengarah IPG Kampus Sultan Mizan untuk menyampaikan ucapan alu-aluan. Dengan segala hormatnya majlis mempersilakan. Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada En Kamaruddin bin Hasyim di atas ucapan itu tadi.Forum PerdanaSeterusnya saya menyerahkan majlis ini kepada moderator, Ustaz Kamil Bin Jaafar untuk meneruskan forum pada malam ini.PENUTUPAN

Hadirin, hadirat sekalian :Ucapan salam pengakhir kata

Segala yang ada dikongsi bersama

Apa yang kurang maaf dipinta

Sudilah berkunjung di lain masa

Tuan puteri pergi ke Rasah Pulang semula sebelah pagiKita bertemu akhirnya berpisah Diizin Tuhan bersua lagiDengan kata-kata ini maka selesailah sudah Forum Perdana Ekslusif pada malam ini. Saya bagi pihak majlis mengucapkan terimakasih di atas kehadiran semua ke forum perdana malam ini. Semoga forum ini memberi manafaat kepada tuan-tuan dan puan-puan dalam memantapkan akidah dan rasa cinta kita pada pemilik cinta. Selepas ini para VVIP dan ahli panel dijemput ke Bilik Temenggung untuk sedikit jamuan. Akhir kata, saya memohon maaf jika terdapat sebarang kesilapan sepanjang mengendalikan majlis ini. Yang baik itu datangnya dari Allah, yang buruk itu datangnya dari diri saya sendiri.Saya sudahi majlis dengan w.b.t wassalamualaikum warahmatullah hi wabaratuh. Dengan ini majlis bersurai.