7
Majlis Taddarus Al-Quran & Sambutan Maulidurrasul, Peringkat SMK Agama Tun Sakaran, Semporna MC Ucapan Catatan Yang dihormati _________________________________________________ _________________________________________________ ____________________ Yang Berusaha Puan Hajah Hasnah bte Hj Tahir, Pengetua SMK Agama Tun Sakaran, yang dihormati En. Amir Hassan bin Baadul, Penolong Kanan pentadbiran SMKA Tun Sakaran, Ustaz Muhaimin bin Mobin, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid. Ustaz Norsyam bin Abdul Rahman, Penolong Kanan Ko-kurikulum, para hadirin jemputan, guru-guru,

Teks MC MTQ

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Teks MC MTQ

Majlis Taddarus Al-Quran & Sambutan Maulidurrasul,

Peringkat SMK Agama Tun Sakaran, Semporna

MC Ucapan Catatan

Yang dihormati

___________________________________________________________

___________________________________________________________

Yang Berusaha Puan Hajah Hasnah bte Hj Tahir, Pengetua SMK Agama

Tun Sakaran,

yang dihormati En. Amir Hassan bin Baadul, Penolong Kanan

pentadbiran SMKA Tun Sakaran,

Ustaz Muhaimin bin Mobin, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid.

Ustaz Norsyam bin Abdul Rahman, Penolong Kanan Ko-kurikulum,

para hadirin jemputan,

guru-guru,

peserta-peserta

dan pelajar-pelajar yang dikasihi sekalian.

Page 2: Teks MC MTQ

Sirih berlipat sirih pinang,

Sirih dari Pulau Mutiara,

Pemanis kata selamat datang,

Awal bismilah pembuka kata.

Assalamualaikum…. dan salam sejahtera…

Alhamdulillah, seiring kita menadah tangan menzahirkan rasa

kesyukuran ke hadrat Rabbul Izzah, Tuhan Yang Maha Esa kerana dengan

limpah dan izin Nya jua, dapat kita dipertemukan dalam Majlis

Perasmian Penutup Majlis Tadarus Al- Quran dan Sambutan

Maulidurrasul Peringkat Sekolah, SMKA Tun Sakaran tahun 2011 Masihi

bersamaan 1432 Hijrah ini.

Dengan tema kali ini iaitu “Al-Quran Teras Kesejahteraan Umat

Gemilang” semoga majlis seperti ini dapat menyemai rasa kecintaan

yang mendalam terhadap kalam Allah dan seterusnya mengangkat

martabat Al-Quran ketahap tertinggi dan dijadikan petunjuk utama

dalam melahirkan insan yang cemerlang di dunia dan akhirat.

Berlangsung tanggal 14 feb sehinggalah 18 feb 2001, sebanyak 8 acara

yang dipertandingkan iaitu Tilawah Al-Quran, hafazan, Syaarahan Agama,

Seni Khat, Kalimatussabah, Hiwar, Nasyid, Berzanji & Marhaban.

Page 3: Teks MC MTQ

Al-Quran diturun sebagai penyuluh,

Membaca dikurnia pahala dan juga rahmat,

Angkat doa jari sepuluh,

Doa minta biar selamat.

Untuk memberkati lagi majlis kita pada hari ini, majlis dengan segala

hormatnya, menjemput _____________________________________

untuk membacakan doa.

Dipersilakan…

Terima kasih diucapkan kepada

____________________________________

di atas bacaan doa sebentar tadi.

Majlis diteruskan lagi dengan mempersila Yang Berusaha, Pn Hjh Hasnah

bte Hj Tahir, Pengetua SMK Agama Tun Sakaran untuk menyampaikan

ucapannya sekaligus membuat perasmian penutup Majlis Tadarus Al-

Quran & Sambutan Maulidurrasul SMKA Tun Sakaran 2011.

Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Page 4: Teks MC MTQ

Terima kasih majlis ucapkan kepada Yang Berusaha Pn Hjh Hasnah Bte

Hj Tahir, Pengetua SMK Agama Tun Sakaran atas ucapan yang

disampaikan sebentar tadi.

Hadirin yang dihormati sekalian,

Kini sampailah masanya untuk kita mengetahui keputusan pertandingan

bagi acara yang dipertandingkan di Majlis Tadarus Al-Quran SMK Agama

Tun Sakaran 2011.

Untuk menyempurnakan majlis ini, dijemput

_______________________________________

selaku Ketua Jemaah Hakim untuk mengumumkan keputusan bagi acara

yang dipertandingkan.

Majlis dengan ini mempersilakan.

Page 5: Teks MC MTQ

Terima kasih diucapkan.

Bunga melur bunga kenanga

Cantik disusun penyeri anjung

Al-Quran bagaikan intan permata

Al-Quran dijunjung umat disanjung

Bunga mawar cantik berseri

Mekar disirami si embun pagi

Majlis Tadarus Al-Quran mengundur diri

Semoga tahun hadapan berjumpa lagi.

Alhamdulillah.. Dengan berakhirnya penyampaian hadiah sebentar tadi

maka Majlis Tadarus Al-Quran SMK Agama Tun Sakaran 2011M/1432H

pada kali ini sampai ke penghujungnya.

Terima kasih juga kepada semua guru, para peserta yang mengambil

bahagian, Jawatankuasa Pengelola dan seluruh pihak yang telah

menjayakan Majlis Tadarus Al-Quran & Sambutan Maulidurrasul

Peringkat Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Sakaran tahun

2011M/1432H ini.

Page 6: Teks MC MTQ

Kalau ada kepuk di ladang,

Boleh juga tumpang mandi;

Diberi Allah umur panjang,

Boleh kita jumpa lagi.

Akhir kalam, marilah kita tutup majlis ini dengan sama-sama membaca

Asma ul Husna.

Sekian.

WABILLAHI TAUFIQ WAL HIDAYAH WASSALAMUALAIKUM W.RT.

Seterusnya dijemput kepada semua guru-guru ke jamuan makan tengah

hari