5
1. Pengumuman PENGUMUMAN. SEMASA KETIBAAN YDP PIBG, PENGETUA SERTA BARISAN PENTADBIR, MURID DIMINTA UNTUK BERDIRI SETERUSNYA BERSEDIA UNTUK MENYANYIKAN EMPAT BUAH LAGU. TERIMA KASIH. 2. Pembukaan Mengumumkan, ketibaan Yang Berusaha Puan Norsiah binti Abdul Rahman, Pengetua SMK Bukit Katil, Encik Ishak bin Ahmad Yang Dipertua PIBG SMK Bukit Katil dan barisan pentadbir masuk ke persada kencana 3. Nyanyian Lagu Hadirin diminta bersedia untuk menyanyikan empat buah lagu iaitu lagu Negaraku, lagu Negeri Melaka, lagu Sekolah dan lagu Melaka Maju Negeriku Sayang. *** Majlis mengucapkan terima kasih atas nyanyian itu tadi. Hadirin dipersilakan duduk. 4. Ucapan Alu-aluan Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh, salam sejahtera, Salam Melaka maju negeriku sayang, negeri bandar teknologi hijau, Melaka 752 tahun, Melaka Fasa Kedua. Yang berbahagia Encik Ishak bin Ahmad, Yang Dipertua PIBG SMK Bukit Katil, Yang Berusaha Puan Norsiah binti Abdul Rahman, Pengetua SMK Bukit Katil. Yang dihormati, Encik Jayhan Cheong bin Abdullah, Guru Penolong Kanan SMK Bukit Katil. Yang dihormati Tuan Haji Moran bin Hassan, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid. Yang dihormati, Puan Jolia binti Mohamed, Guru Penolong Kanan Kokurikulum SMK Bukit Katil. Yang dihormati, Encik Azahari bin Haji Sahar, Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas. Barisan Guru Kanan Bidang Matapelajaran, Rakan-rakan Guru, ahli jawatankuasa Hari Kualiti 2014, Serta putera puteri dari gedung ilmu SMK Bukit Katil. Alhamdulillah bersyukur kita ke hadrat ilahi kerana di pagi yang berbahagia dan ceria ini kita dapat bersama sama berkumpul dalam Hari Kualiti 2014 SMK Bukit Katil. 5. Bacaan Doa

teks mc hari Q update.docx

Embed Size (px)

DESCRIPTION

semua ALLAH punya

Citation preview

1.

Pengumuman

PENGUMUMAN. SEMASA KETIBAAN YDP PIBG, PENGETUA SERTA BARISAN PENTADBIR, MURID DIMINTA UNTUK BERDIRI SETERUSNYA BERSEDIA UNTUK MENYANYIKAN EMPAT BUAH LAGU. TERIMA KASIH.

2.

Pembukaan

Mengumumkan, ketibaan Yang Berusaha Puan Norsiah binti Abdul Rahman, Pengetua SMK Bukit Katil, Encik Ishak bin Ahmad Yang Dipertua PIBG SMK Bukit Katil dan barisan pentadbir masuk ke persada kencana

3.

Nyanyian Lagu

Hadirin diminta bersedia untuk menyanyikan empat buah lagu iaitu lagu Negaraku, lagu Negeri Melaka, lagu Sekolah dan lagu Melaka Maju Negeriku Sayang.

***

Majlis mengucapkan terima kasih atas nyanyian itu tadi. Hadirin dipersilakan duduk.

4.

Ucapan Alu-aluan

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh, salam sejahtera, Salam Melaka maju negeriku sayang, negeri bandar teknologi hijau, Melaka 752 tahun, Melaka Fasa Kedua.

Yang berbahagia Encik Ishak bin Ahmad, Yang Dipertua PIBG SMK Bukit Katil,

Yang Berusaha Puan Norsiah binti Abdul Rahman, Pengetua SMK Bukit Katil.

Yang dihormati, Encik Jayhan Cheong bin Abdullah, Guru Penolong Kanan SMK Bukit Katil.

Yang dihormati Tuan Haji Moran bin Hassan, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid.

Yang dihormati, Puan Jolia binti Mohamed, Guru Penolong Kanan Kokurikulum SMK Bukit Katil.

Yang dihormati, Encik Azahari bin Haji Sahar, Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas.

Barisan Guru Kanan Bidang Matapelajaran,

Rakan-rakan Guru, ahli jawatankuasa Hari Kualiti 2014, Serta putera puteri dari gedung ilmu SMK Bukit Katil.

Alhamdulillah bersyukur kita ke hadrat ilahi kerana di pagi yang berbahagia dan ceria ini kita dapat bersama sama berkumpul dalam Hari Kualiti 2014 SMK Bukit Katil.

5.

Bacaan Doa

Bunga mawar cantik tersemat,

Dipetik gadis di tepi titi,

Doa dibaca memohon Rahmat,

Moga Majlis sentiasa diberkati.

Bagi menambah keberkatan Majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini, majlis menjemput Al-Fadhil USTAZ Abd Hakim bin Md. Yusof untuk membacakan doa. Dipersilakan.

***

Aamiin, ya robbal aalamin...

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Ustaz Abd Hakim bin Md. Yusof atas bacaan doa itu tadi.

6.

Ucapan Pengetua SMKBK

Hadirin sekalian,

Tak molek jika ada alu tiada lesungnya,

Tak berguna jika ada dayung tiada sampannya,

Tak lengkaplah majlis jika tiada yang berbicara.

Majlis menjemput Yang Berusaha Puan Norsiah binti Abdul Rahman, Pengetua SMK Bukit Katil untuk menyampaikan ucapan alu-aluan/ Dengan segala hormatnya dipersilakan.

***

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berusaha Puan Norsiah binti Abdul Rahman atas ucapan alu-aluan itu tadi.

7.

Persembahan Nyanyian Murid

Seterusnya, majlis menjemput _______________________ dari tingkatan __________ untuk mempersembahkan nyanyian lagu bertajuk _____________________. Dipersilakan.

***

Terima kasih diucapkan kepada _______________________ atas nyanyian yang merdu itu tadi.

8.

Ucapan perasmian oleh YDP PIBG

Jangan tertawan alpa duniawi,

Hanya indah serupa mimpi,

Duhai pahlawan kesatria pertiwi,

Hulurkan madah kata perasmi.

Majlis dengan segala hormatnya menjemput Yang Berbahagia Encik Ishak bin Ahmad, YDP PIBG SMK Bukit Katil untuk menyampaikan sepatah dua kata seterusnya merasmikan Hari Kualiti 2014 SMK Bukit Katil. Dipersilakan.

***

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Yang Berbahagia Encik Ishak bin Ahmad atas ucapan dan perasmian itu tadi.

9.

Penyampaian Hadiah

Kini tibalah masa yang ditunggu-tunggu iaitu penyampaian hadiah kepada penerima anugerah sempena Hari Kualiti 2014 SMK Bukit Katil.

a) Majlis dengan segala hormatnya menjemput Yang Berusaha Puan Norsiah binti Abdul Rahman dengan diiringi oleh Encik Azahari bin Haji Sahar untuk menyampaikan hadiah.

Bagi Anugerah Pendidikan Khas di bawah unit Hal Ehwal Murid,

Anugerah Pelajar Kehadiran Penuh Permata dipersilakan Muhammad Khairul Ikhwan bin Nor Azman dari Permata A

(tukar anugerah, nama dan kelas ikut senarai)

Bagi Anugerah Pend. Khas di bawah unit Kokurikulum pula,

Tokoh Kokurikulum Permata Tahun 2014, dipersilakan Muhammad Khairul Azizi bin Rahim dari Pemata C. Pelajar ini telah mendapat _________________

(tukar nama dan kelas ikut senarai)

b) Bagi menyampaikan anugerah yang seterusnya, Majlis dengan segala hormatnya menjemput sekali lagi Yang Berusaha Puan Norsiah binti Abdul Rahman dengan diiringi oleh Tuan Haji Moran bin Hassan untuk menyampaikan hadiah.

Bagi anugerah Kehadiran Penuh Pelajar tahun 2014, dipersilakan Muhammad Izzaiman b. Mohd Idris dari Tingkatan 1 Arif.

c) Penyampaian anugerah seterusnya, dijemput Yang Berusaha Puan Norsiah binti Abdul Rahman dengan diiringi oleh Puan Jolia binti Mohamed untuk menyampaikan hadiah.

Bagi pemyampaian anugerah unit Kokurikulum,

Dimulakan dengan Badan Beruniform,

Naib Johan Kawad Berpasukan Wanita Kor Kadet Polis Peringkat Kebangsaan Tahun 2014, dipersilakan Nur Izzati Bt Nurzalmi,____

(tukar anugerah dan nama penerima ikut senarai)

Seterusnya, bagi Persatuan dan Kelab, ____________

Seterusnya bagi Sukan dan Permainan, ____________

Terima kasih diucapkan kepada Yang Berusaha Puan Norsiah binti Abdul Rahman dan Puan Jolia bt Mohamed atas penyampaian hadiah sebentar tadi.

d) Majlis dengan segala hormatnya menjemput Yang Berbahagia Encik Ishak bin Ahmad, YDP PIBG SMK Bukit Katil dengan diiringi Yang Berusaha Puan Norsiah bt Abdul Rahman untuk menyampaikan anugerah bagi kategori guru dan staf sokongan.

Anugerah Pengurusan Buku Kedatangan Pelajar Terbaik, dipersilakan Puan Norine bt Yaacob bagi tingkatan 4 Sains 1

Seterusnya, ________

(Selepas anugerah guru)

Bagi kategori penyumbang agensi luar, dipersilakan

Encik Mohd Faiz bin Mohd Syukor, PRO Sekolah

Encik Alias bin Ahmad, Jurulatih Kadet Bomba

Nurraslidah Nurain binti Razali, Jurulatih Kadet Pertahanan Awam/JPAM

Muhammad Dzulfiqar bin Abu, Jurulatih _______________

Noorma Sutra Mokhtar, Jurulatih _______________

Terima kasih diucapkan kepada Yang berbahagia En Ishak bin Ahmad dan Yang berusaha Puan Norsiah binti Abdul Rahman atas penyampaian hadiah itu tadi.

10.

Penyampaian Cenderamata kepada YDP PIBG

Sebagai tanda terima kasih, dipersilakan Yang Berusaha Puan Norsiah binti Abdul Rahman dengan diiringi oleh Encik Jayhan Cheong bin Abdullah untuk menyampaikan sedikit cenderamata kerpada Yang berbahagia Encik Ishak bin Ahmad.

***

Terima kasih diucapkan kepada Yang Berusaha Puan Norsiah binti Abdul Rahman dan Encik Jayhan Cheong bin Abdullah atas penyampaian cenderamata itu tadi.

11.

Demonstrasi Pelancaran Roket

Majlis diteruskan lagi dengan demonstrasi pelancaran roket oleh pasukan roket sekolah yang dianggotai oleh

Mohamad Luqman Hakim bin Mohd Salleh

Muhammad Naim bin Azhari dan

Muhammad Haris bin Haron

Dibawah bimbingan Puan Sofia Noraina binti Mohd. Aris dan Puan Indon binti Yusof.

Dipersilakan.

***

Terima kasih diucapkan kepada pasukan roket sekolah atas demonstrasi yang cukup menarik itu tadi.

12.

Penutup

Hadirin dan hadirat sekalian,

Tuan puteri tersenyum-senyum,

Melihat mempelai direnjis dipilis,

Senyum-senyum jangan tak senyum,

Sudah kita di penghujung Majlis.

Para hadirin sekalian, kita telah pun berada di hujung acara. Pihak majlis mohon mengambil kesempatan waktu di penghujung ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam memastikan Hari Kualiti 2014 SMK Bukit Katil ini dapat dilangsung dengan meriahnya. Terima kasih juga diucapkan kepada semua murid atas kerjasama yang diberikan bagi mengharmonikan majlis ini.

Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Yang Maha Esa, yang buruk itu datangnya dari kami namun kedua-duanya datang dari Yang Maha Satu.

Kami akhiri majlis ini dengan lafaz yang mulia,Wabillahi Taufik Walhidayah.Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh.

Dijemput kepada semua tetamu VIP untuk menikmati jamuan hidangan di bilik Seri Kencana, dipersilakan.