4
Petang yang indah penuh ceria Hari yang berbahagia penuh bermakna Bersama kita di majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Skau Keramat Bagi sesi petang. BismilLahir Rahmanir Rahim Assalamu `Alaikum W.B.T. Yang Berusaha Pn Noriah bt Razak, Guru Besar SK AU Keramat Yang Dihormati ,En. Rosman B Md Daim, Guru Penyelia Petang SK AU Keramat Seterusnya Barisan guru, murid-murid, hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian. Bersyukur kita pada petang yang indah penuh ceria dihari yang berbahagia penuh bermakna ini dapat kita bersama di majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Skau Keramat bagi sesi petang Sirih berlipat sirih pinang Sirih dari Pulau Mutiara Pemanis kata selamat datang Awal BismilLah pembuka bicara Bunga mawar cantik tersemat Dipetik gadis di tepi titi Doa dibaca memohon Rahmat Moga Majlis sentiasa diberkati Bagi menambah keberkatan Majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini, marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh Ust Razif bin ___________

Teks Mc Hari Guru

  • Upload
    nuarz

  • View
    5.176

  • Download
    4

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Teks Mc Hari Guru

Petang yang indah penuh ceriaHari yang berbahagia penuh bermaknaBersama kita di majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Skau KeramatBagi sesi petang.

BismilLahir Rahmanir RahimAssalamu `Alaikum W.B.T.

Yang Berusaha Pn Noriah bt Razak, Guru Besar SK AU Keramat

Yang Dihormati ,En. Rosman B Md Daim, Guru Penyelia PetangSK AU Keramat

SeterusnyaBarisan guru, murid-murid, hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian.

Bersyukur kita pada petang yang indah penuh ceriadihari yang berbahagia penuh bermakna ini dapat kitabersama di majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Skau Keramatbagi sesi petang

Sirih berlipat sirih pinangSirih dari Pulau MutiaraPemanis kata selamat datangAwal BismilLah pembuka bicara

Bunga mawar cantik tersematDipetik gadis di tepi titiDoa dibaca memohon RahmatMoga Majlis sentiasa diberkati

Bagi menambah keberkatan Majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini, marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh Ust Razif bin ___________Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Amin Amin Ya Rabbal `Alamin

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Ust Razif atas bacaan doa itu tadi.

Jasamu dikenangBudimu tak terbilangSemangatmu dijulang

Page 2: Teks Mc Hari Guru

Kepimpinanmu gemilang

Begitulah yang boleh kita perkatakan atas segala bakti dan pengorbanan yang dilakukan oleh paga guru skau keramat dalam dunia pendidikan.

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian

Bagi meneruskan majlis, sekarang dipersilakan ___________________________ untuk membacakan perutusan daripada _________________________ sempana hari guru pada tahun ini .

Seterusnya dijemput _________________ untuk membacakan perutusan daripada ___________________________.

Tak berguna jika ada dayung tiada perahunyaTak lengkaplah Majlis jika tidak ada yang berbicara

Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian

Majlis diteruskan dengan ucapan daripada Yang Berusaha Pn Noriah Razak Untuk itu di persilakan Pn Guru Besar naik ke pentas untuk memberi sedikit ucapan.

Terima kasih diucapkan kepada Pn Noriah atas ucapan itu tadi.

Majlis seterusnya menjemput dan mempersilakan kepada yang En Rosman Md Daim untuk menyampaikan ucapannya. Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada En Rosman Md Daim atas ucapan itu tadi.

Sudah teradat pahlawan negeriMati berjuang, berundur janganBerani kami menjunjung adatBukan memberi kata dan pujiHanya budi dalam ingatanBuat kenangan sepanjang hayat

Bagi menunjukkan semangat dan kesungguhan para guru diminta semua guru naik ke pentas untuk menyanyikan lagu Hari Guru.Begitu bersemangat guru-guru kita menyanyikan lagu itu tadi

Bagi memeriahkan lagi Majlis kita pada hari ini, marilah sama-sama kita saksikan persembahan daripada …………………………………………..

Itulah sebentar ____________________________yang telah menampilkan sebuah pesembahan yang cukup istimewa.

Page 3: Teks Mc Hari Guru

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian

Majlis diteruskan dengan upacara penyampaian cenderamata sebagai tanda kenang-kenangan buat insan yang bergelar guru. Untuk itu dipersilakan semua guru menerima cenderamata sempana hari guru daripada para pengawas.

Seterusnya majlis mempersilakan Murid-murid untuk menyampaikan hadiah dan cederamata jika ada kepada guru-guru mereka

Kita akan mulakan dengan kelas.

Tahun 2Tahun 3Tahun 4

Terima kasih kepada semua yang menyampai cenderamata sebentar tadi.

Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah

Inilah yang dikatakan, umpama belayar telah sampai di pelabuhanUmpama berkayuh telah sampai di muaraUmpama berjalan telah sampai di destinasi

Para hadirin sekalian, kita telah pun berada di hujung acara.

Kuning emas masaknya padiMawar merah dalam jambanganTerima kasih daun keladiBudi tuan jadi kenangan

Dengan itu, berakhirlah sudah Majlis kita pada hari ini.

Dikesempatan ini juga, kami ingin memohon ribuan kemaafan andai ada salah dan silap sepanjang kami mengacarakan Majlis ini.

Pergi ke dusun memetik kelapaKelapa muda si kelapa barliJari disusun maaf dipintaPanjang usia bersua kembali

Sekian sahaja, salam hormat, Wa BilLahit Taufiq walHidayah Wassalamu `Alaikum Wa Rahmatullahi Wa Barakatuh.