Skrip Pengacara Majlis_calibri

Embed Size (px)

Citation preview

Skrip Pengacara Majlis Perhimpunan Bulanan Bagi Bulan Mac 2011 Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia Aturcara Taklimat kepada sidang hadirin Teks Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Satu Malaysia Sebelum acara bermula, saya bagi pihak majlis ingin mengumumkan beberapa perkara untuk makluman dan tindakan tuan-tuan dan puan-puan sekalian. 1. Kerjasama tuan/puan adalah dipohon untuk memastikan telefon bimbit tuan/puan berada dalam mod senyap sepanjang majlis ini berlangsung. 2. Kerjasama tuan/puan adalah turut dipohon untuk memenuhkan tempat duduk di barisan hadapan auditorium. 3. Para pegawai dan staf BPG yang menyambut Ulang Tahun Kelahiran pada bulan Mac 2011 adalah dipohon untuk duduk di ruang hadapan sebelah kiri auditrium bagi melancarkan acara penyampaian cenderamata. 4. Tuan/Puan diminta berdiri semasa ketibaan YBhg. Dato Ghazali B. Ab. Rahman dan seterusnya bersama-sama menyanyikan Lagu Negaraku, Lagu Perkhidmatan Awam serta diikuti dengan Lafaz Ikrar Perkhidmatan Awam dan Rukun Negara. 5. Setelah tamat majlis, tuan-puan diminta bersabar dan memastikan Y.Bhg Dato serta pihak Pengurusan Tertinggi BPG keluar dari auditorium ini terlebih dahulu bagi memastikan majlis berjalan dengan tertib dan lancar. 6. Untuk makluman tuan/puan, selesai sahaja perhimpunan bulanan, majlis akan diteruskan dengan mesyuarat Badan Kebajikan Sosial, BPG. 7. Jamuan tengah hari ala buffet akan diadakan di Aras 6, sekitar ruang legar Unit DPP manakala jamuan untuk para VIP akan diadakan di Bilik Mesyuarat DPP. Jamuan tengah1

Pengacara Rose

hari nanti adalah tajaan bersama BKS dan BPG. Kerjasama tuan/puan adalah amat dihargai dan diucapkan terima kasih. Ucapan Pengumuman 1.NegaraKu 2.Perkhidmatan Awam 3. Ikrar 4. Rukun Negara Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia Dato Haji Mohd Ghazali bin Ab. Rahman, Pengarah Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia. Buah pauh si bunga rampai Kilauan bintang sungguh mengasyikkan Insan dinanti sudahlah sampai Selamat datang kami ucapkan Majlis dimulai dengan nyanyian Lagu NegaraKu, Lagu Perkhidmatan Awam serta Lafaz Ikrar Perkhidmatan Awam dan Rukun Negara. Hadirin dengan hormatnya dipohon berdiri dan turut serta dengan penuh bersemangat. Hadirin dipersilakan duduk. Untuk makluman Yang Berbahagia Dato dan sidang hadirin, lafaz Ikrar Perkhidmatan Awam dan Rukun Negara tadi telah diketuai oleh Saudara Norman Bin Brahan dari Unit Dasar, Perancangan dan Pengantarabangsaan, BPG. Terima kasih diucapkan kepada Sdr. Norman. Ucapan Alu-aluan Pengacara Majlis Bismillahirrahmannirrahim Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera dan salam satu Malaysia... Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Illahi atas limpah kurnia dan Inayahnya dapat kita bersama-sama berhimpun di pagi yang penuh keberkatan ini berbekalkan semangat seia sekata, sehati sejiwa di auditorium yang gah lagi indah ini, bagi meraikan Majlis Perhimpunan Bulanan, Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia bagi Bulan Mac 2011. Untuk makluman YBhg. Dato , tuan-tuan dan puan-puan, perhimpunan pada kali ini adalah anjuran Unit Dasar, Perancangan & Pengantarabangsaan, BPG.2

Zahir

Rose

Di kesempatan ini, majlis mengalu-alukan kehadiran YBhg. Dato Pengarah, tuan-tuan dan puan-puan serta hadirin sekalian ke majlis kita pada pagi yang penuh bermakna ini. Ucapan Protokol Dinihari pergi lautan Untuk menjala si ikan bilis Assalamualaikum tuan dan puan Mohon saya meneruskan majlis Yang Berbahagia Dato Haji Mohd Ghazali Bin Abdul Rahman; Pengarah Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia; Yang Berusaha Dr. Sharifah Bee Binti Aboo Bakar, Timbalan Pengarah (Pembangunan Profesionalisme) BPG; Yang Berusaha Dr. Haji Zainal Aalam Bin Hassan, Ketua Penolong Pengarah Unit Dasar, Perancangan & Pengantarabangsaan selaku Ketua Urus Setia Perhimpunan Bulanan kali ini; Ketua-Ketua Penolong Pengarah Para Pegawai dan staf Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian. Bunga mawar cantik tersemat Dipetik gadis di tepi titi Doa dibaca memohon rahmat Moga majlis sentiasa diberkati. Justeru, marilah kita bersama-sama mengaminkan doa yang bakal dilafazkan oleh Sdr. Mohd Fauzan Bin Zulkifli . Semoga majlis kita pada pagi ini beroleh keberkatan dariNya jua hendaknya.3

Zahir

Bacaan Doa

Majlis dengan penuh takzim mempersilakan. Amin Amin Ya Rabbal `Alamin. Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Sdr. Mohd Fauzan atas lafaz doa itu tadi. Ucapan Alu-Aluan Yang Berbahagia Dato , tuan-tuan dan puan-puan sekalian, KPP Unit DPP Emas tempawan buat sang puteri, Busana indah buat rupawan; Sudilah tuan tampilkan diri, Bersama madah kata aluan. Aturcara majlis diteruskan dengan menjemput dan mempersilakan Yang Berusaha Dr Haji Zainal Aalam Bin Hassan, Ketua Penolong Pengarah, Unit Dasar, Perancangan & Pengantarabangsaan selaku Ketua Urus Setia Majlis Perhimpuan Bulanan bagi Bulan Mac 2011 ke pentas untuk menyampaikan ucapan alu-aluan. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berusaha Dr. Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Berbahagia Dr atas ucapan beliau sebentar tadi. Ucapan Dato Pengarah BPG Sidang hadirin, tuan-tuan dan puan-puan, Kini tibalah masa dan saat yang dinanti-nantikan bak kata warisan tradisi: Terbang di awan burung jentayu, Kerana penat gugur ke bumi; Tampillah tuan kami merayu, Bersama amanat bekalan kami. Majlis dengan penuh takzim menjemput dan mempersilakan Yang Berbahagia Dato Haji Mohd Ghazali Bin Abdul Rahman, Pengarah Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia bagi menyampaikan amanat sempena Majlis Perhimpunan Bulanan Mac 2011.4

Rose

Zahir

Dipersilakan Yang Berbahagia Dato . Pohon sirih si pohon selasih Tumbuh merimbun di hujung laman Kalungan budi junjungan kasih Menjadi kenangan sepanjang zaman Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Berbahagia Dato Pengarah atas amanat yang telah disampaikan sebentar tadi. Program Ilmu Bicara Yang Berbahagia Dato dan hadirin sekalian, Aturcara majlis diteruskan dengan Bicara Ilmu yang juga merupakan suatu wadah perkongsian ilmu agar segala usaha ke arah memartabatkan profesion keguruan akan dapat disebarluas dan dilangsungkan dengan berkesan. Bagi menyempurnakan aturcara, majlis dengan hormatnya menjemput dan mempersilakan Dr Zaida Mustafa dari Unit Standard Kualiti Guru untuk menyampaikan wacana bertajuk: Quality Teachers for Quality Education: Roles and Responsibilities of BPG . Dengan hormatnya dipersilakan. Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Dr Zaida Mustafa atas perkongsian ilmu yang disampaikan tadi. Untuk makluman sidang hadirin, sesi Bicara Ilmu sebentar tadi hendaklah ditulis di dalam kad pelaporan latihan sebagai jam menghadiri kursus. Meraikan Persaraan Majlis diteruskan dengan aturacara meraikan persaraan staf BPG. Kita ikuti sebuah Staf persembahan multimedia yang memaparkan susur galur perjalanan hidup, sejarah perkhidmatan, serta sumbangan dan jasa bakti yang telah ditaburkan oleh: Tayangan Multimedia Zahir Rose

5

Persaraan

Pn. Rohani Bt. Muhammad Ketua Pembantu Tadbir Unit Pentaksiran dan Akreditasi; dan Cik Nor Azian Bt. Ahmad Ketua Pembantu Tadbir Unit Standard Kualiti Guru agar kita lebih mengenali dan menghargai kedua insan yang diraikan ini. Sama-sama kita saksikan Yang Berbahagia Dato dan hadirin yang dihormati sekalian, Tiada kata secantik bahasa, tiada lafaz semanis bicara yang bisa diungkapkan bagi menggambarkan betapa besarnya pengorbanan, sumbangan serta jasa yang dicurahkan oleh kedua insan yang bernama Pn. Rohani Bt. Muhammad dan Cik Nor Azian Bt. Ahmad sepanjang tempoh perkhidmatan mereka. Walaupun Pn. Rohani hadir bersama-sama kita pada hari ini, beliau hanya mampu merakamkan setinggi penghargaan kepada semua warga BPG dan memohon maaf kerana terlalu sebak untuk berbicara. Bagi pihak beliau, saya menyampaikan permohonan perkhidmatannya di BPG ada yang terguris hati. kemaafan andai sepanjang Rose

CC Azian turut menyampaikan salam penuh takzim dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada seluruh warga BPG.

6

Penyampaian cenderamata BKS dan BPG serta Sijil Penghargaan KPM kepada Yang Diraikan Pn. Rohani Bt. Muhammad dan Cik Nor Azian Bt. Ahmad

Seterusnya, sebagai menzahirkan tanda kasih sayang dan penghargaan dari seluruh warga Bahagian Pendidikan Guru, majlis dengan segala hormatnya menjemput: Yang Berusaha Dr Hj. Zainal Aalam bin Hassan untuk mempersila dan mengiringi Yang Berbahagia Dato Haji Mohd. Ghazali B. Ab. Rahman bagi menyampaikan cenderamata daripada Badan Kebajikan dan Sosial BPG dan daripada pihak BPG sendiri serta Sijil Penghargaan KPM kepada: Yang Diraikan, Pn. Rohani Bt. Muhammad dan Cik Nor Azian Bt. Ahmad ( tunggu selesai hadiah )

Zahir

Terima kasih diucapkan kepada Yang Berbahagia Dato Haji Mohd. Ghazali B. Ab. Rahman atas kesudian Yang Berbahagia Dato menyampaikan cenderamata dan sijil KPM itu tadi. Terima kasih diucapkan juga kepada Yang Berusaha Dr. Zainal Aalam bin Hassan. Kepada Yang Diraikan Pn. Rohani Bt. Muhammad dan Cik Nor Azian Bt. Ahmad, ucapan dan doa agar kalian sentiasa beroleh limpahan rahmat dan kesejahteraan daripada yang Maha Esa jua hendaknya. Selamat Bersara dan Selamat Maju Jaya dalam apa jua rancangan yang direncanakan selepas ini. Sudilah kiranya puan berdua menerima kuntuman kasih dari kami seluruh warga BPG Tuai padi antara masak Esok jangan layu-layuan Intai kami antara nampak Esok jangan rindu-rinduan. .

Rose

7

Persembahan Yang Berbahagia Dato dan sidang hadirin, Multimedia Aktiviti BPG Bulan Mac Majlis diteruskan lagi dengan persembahan multimedia yang memaparkan perjalanan aktiviti 2011 unit-unit di BPG sepanjang bulan Mac 2011. Sama-sama kita saksikan.... (tayangan multimedia berlangsung ) (setelah tamat ) Demikianlah tadi paparan aktiviti Unit-unit di BPG sepanjang bulan Mac. Penyampaian Yang Berbahagia Dato dan sidang hadirin, Cenderamata dan Majlis diteruskan lagi dengan aturcara penyampaian cenderamata kepada pegawai BPG yang Hadiah Ulang Tahun bertukar dan cenderamata Ulang Tahun Kelahiran bulan Mac untuk pegawai dan staf BPG Kelahiran Majlis sekali lagi dengan hormatnya menjemput Yang Berusaha Dr Hj. Zainal Aalam bin Hassan untuk mempersila dan mengiringi Yang Berbahagia Dato Haji Mohd. Ghazali B. Ab. Rahman bagi menyempurnakan aturcara ini. Dengan segala hormatnya dipersilakan. Sidang hadirin yang dihormati, Bagi penyampaian cenderamata kepada pegawai BPG yang bertukar, majlis mempersilakan: 1) Encik Amran Bin Arifin Mantan KPP Unit UKP yang bertukar ke Bahagian Pengurusan Sumber Manusia,KPM mulai 16.02.2011; 2) Pn. Almizawati Bt. Darus PT N 17 Unit PPP yang bertukar ke JPN Wilayah Persekutuan sebagai guru PPPS DG41 (SK Presint 14, Putrajaya) mulai 10.03.2011; dan

Zahir

Rose

Zahir

8

3) Pn. Zulhaini bt Daud dari Unit KP yang bertukar ke SK Presint 18 Putrajaya sebagai guru PPPS DG41 mulai 10.03.2011 Seterusnya, bagi penyampaian cenderamata untuk pegawai dan staf BPG yang menyambut Hari Ulang Tahun Kelahiran pada bulan Mac, dipersilakan: (rujuk senarai nama pegawai/staf yang hadir melalui sesi pendaftaran) Majlis merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang Berbahagia Dato Haji Mohd. Ghazali B. Ab. Rahman atas kesudian menyampaikan sijil dan cenderamata sebentar tadi. Untuk makluman sidang hadirin yang dihormati, BPG turut mengucapkan Selamat Datang dan mengalu-alukan kehadiran warga baru di BPG. Majlis dengan sukacitanya memperkenalkan: 1) Pn. Dayang Siti Norjehan Bt. Awang Mohd Saufi Beliau memulakan tugas sebagai KPP Unit Khidmat Pengurusan BPG mulai 16 Februari 2011 dan sebelum ini bertugas di Kementerian Dalam Negeri Semoga kehadiran Pn. Dayang Siti Norjehan akan memantapkan lagi organisasi BPG dalam usaha memartabatkan agenda memperkasakan Profesionalisme Keguruan. Untuk makluman hadirin, berikut ialah pegawai yang bertukar unit: 1. 2. 3. 4. Pn. Aliza bt. Che Ahmad En. Shahrim bin Shafie En. Mohd Asri bin Mohamad Pn. Zuriani bt. Abd. Mukti 14 Februari 2011 (dari Unit LPS ke Unit PPP) 01 Mac 2011 (dari Unit PI ke Unit PPG) 14 Mac 2011 (dari Unit PPG ke Unit KP) 24 Mac 2011 (dari Unit LPS ke Unit PEN Rose Zahir Rose

Mendapat Cahayamata: 1. En. Mohammad Nuri bin Hussin (KB) -mendapat cahayamata ke 4 dan pertama di BPG

9

(anak perempuan) Berkahwin / Menerima Menantu: 1. Dr. Zainal Aalam bin Hassan (DPP) 2. Pn. Hjh. Salbiah bt Maarof (DPM) 3. Cik Norhidayah bt. Zainal Abidin (KP) menerima menantu pada 12 Mac 2011. menerima menantu pada 12 Mac 2011. berkahwin pada 12 Mac 2011.

Majlis mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua pegawai dan staf yang telah disebutkan sebentar tadi. Yang Berbahagia Dato dan sidang hadirin, Dalam suasana keriangan dan keceriaan yang sama-sama kita rasai dan alami, ada juga dalam kalangan kita yang masih meratapi kehilangan dan pemergian insan yang amat disayangi. Beliau yang saya maksudkan ialah Pn. Noraini binti Hamzah yang ibunya telah kembali ke Rahmatullah pada 15 Mac 2011 yang lalu. Justeru, marilah kita bersama-sama membaca surah Al-Fatihah untuk disedekahkan kepada Allahyarhamah ibu kepada Pn. Noraini. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan solihin jua hendaknya. Al-Fatihah. Terima kasih. Zahir

Penutupan

Yang Berbahagia Dato dan sidang hadirin sekalian: Ucapan salam pengakhir kata Segala yang ada dikongsi bersama Apa yang kurang maaf dipinta Sudilah berkunjung di lain masa Tuan puteri pergi ke Rasah Pulang semula sebelah pagi Kita bertemu akhirnya berpisah Diizin Tuhan bersua lagi

Rose

Zahir

10

Dengan kata-kata ini maka selesailah sudah Majlis Perhimpunan Bulanan Mac 2011 anjuran Unit Dasar, Perancangan dan Pengantarabangsaan, BPG. Saya bagi pihak majlis mengucapkan terimakasih atas kehadiran Yang Berbahagia Dato , tuantuan dan puan-puan ke majlis yang diadakan pada pagi ini. Semoga pertemuan ini memberi manafaat kepada tuan-tuan dan puan-puan dalam memantapkan pelaksanaan tugas di unit tuan-tuan dan puan-puan. Saya bagi pihak Jawatankuasa majlis, mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga, kepada semua pihak yang telah menjayakan majlis pada hari ini. Sebelum bersurai, majlis dengan segala hormatnya menjemput Yang Berusaha Dr Hj. Zainal Aalam bin Hassan untuk mempersilakan dan mengiringi Yang Berbahagia Dato Haji Mohd. Ghazali B. Ab. Rahman dan Yang Berusaha Dr Sharifah Bee binti Aboo Bakar serta Yang Diraikan Pn. Rohani Bt. Muhammad dan Cik Nor Azian Bt. Ahmad untuk menikmati jamuan tengah hari di Bilik Mesyuarat Unit DPP, BPG sebentar lagi. Semua Ketua Penolong Pengarah dipersilakan untuk turut serta. Para pegawai dan staf dipersilakan menjamu selera di ruang jamuan yang disediakan di Unit DPP, Aras 6, BPG. Rose

11

Akhir kata, kami memohon maaf jika terdapat sebarang kesilapan sepanjang mengendalikan majlis ini. Yang baik itu datangnya dari Allah swt, yang buruk itu datangnya dari kekhilafan dan kekurangan diri kami jua. Majlis pada hari ini akan diteruskan dengan Mesyuarat Badan Kebajikan Sosial BPG. Dengan ini saya menyerahkan Majlis kepada En. Shah Anuar bin Harun, Ketua Penolong Pengarah Unit Kejurulatihan dan Kepegawaian Kokurikulum, BPG merangkap Setiausaha BKS, BPG. Saya sudahi dengan w.b.t wassalamualaikum warahmatullah hi wabaratuh.

Zahir

12