7
MAJLIS KONVOKESYEN PRASEKOLAH 2010 SK KAMPUNG TENGAH DAN SK SERI GELIGA KEMAMAN, TERENGGANU. TARIKH : 8 NOVEMBER 2010 (ISNIN) MASA : 9.00 PAGI TEMPAT : DEWAN ISTIQAMAH, SK SERI GELIGA “Mengumumkan perarakan masuk para penerima Sijil Tamat Prasekolah , Sekolah Kebangsaan Kampung Tengah diikuti Sekolah Kebangsaan Seri Geliga, Kemaman Terengganu sesi 2010.” Seterusnya Nyanyian Lagu Negaraku dan Selamat Sultan. Untuk itu hadirin hadirat diminta berdiri. - Nyanyian Lagu Negaraku dan Selamat Sultan- Hadirin hadirat dipersilakan duduk. Terima kasih. Bismillahirrahmanirrahhim… 1. Yg Berusaha, Pn Zaini bt Mat Nor GB SK Kampung Tengah, Kemaman 2. Yg berusaha, En Omor b Deraman GB SK Seri Geliga, Kemaman 3. Yang dihormati - Guru-guru Penolong Kanan - Guru-guru dari SKKT dan SKSG - Dif-dif jemputan - Para ibu bapa 4. Yg dikasihi, murid-murid Pra-sekolah yang diraikan, Seterusnya, sidang hadirin hadirat warga dewan yang dihormati sekalian.

SKRIP PENGACARA MAJLIS KONVOKESYEN PRASEKOLAH 2010

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: SKRIP PENGACARA MAJLIS KONVOKESYEN PRASEKOLAH 2010

MAJLIS KONVOKESYEN PRASEKOLAH 2010SK KAMPUNG TENGAH DAN SK SERI GELIGA KEMAMAN, TERENGGANU.

TARIKH : 8 NOVEMBER 2010 (ISNIN)MASA : 9.00 PAGITEMPAT : DEWAN ISTIQAMAH, SK SERI GELIGA

“Mengumumkan perarakan masuk para penerima Sijil Tamat Prasekolah , Sekolah Kebangsaan Kampung Tengah diikuti Sekolah Kebangsaan Seri Geliga, Kemaman Terengganu sesi 2010.”

Seterusnya Nyanyian Lagu Negaraku dan Selamat Sultan. Untuk itu hadirin hadirat diminta berdiri.

- Nyanyian Lagu Negaraku dan Selamat Sultan-

Hadirin hadirat dipersilakan duduk.Terima kasih.

Bismillahirrahmanirrahhim…

1. Yg Berusaha, Pn Zaini bt Mat Nor GB SK Kampung Tengah, Kemaman

2. Yg berusaha, En Omor b DeramanGB SK Seri Geliga, Kemaman

3. Yang dihormati - Guru-guru Penolong Kanan - Guru-guru dari SKKT dan SKSG - Dif-dif jemputan - Para ibu bapa

4. Yg dikasihi, murid-murid Pra-sekolah yang diraikan,Seterusnya, sidang hadirin hadirat warga dewan yang dihormati sekalian.

Assalamualaikum…….

Alhamdulilah, syukur ke hadrat Allah SWT, atas perkenan limpah dan inayahnya jua dapat kita berhimpun di majlis meraikan anak-anak kita yang kita sayangi dalam satu majlis yang dinamakan “Majlis Konvokesyen Prasekolah sesi 2010”, gabungan 2 buah sekolah iaitu SK Kampung Tengah dan SK Seri Geliga, Kemaman Terengganu.

Selamat datang diucapkan kepada semua para jemputan yang hadir terutama sekali para ibu bapa atas kesudian meluangkan masa ke majlis ini.

Page 2: SKRIP PENGACARA MAJLIS KONVOKESYEN PRASEKOLAH 2010

Sesungguhnya, keprihatinan tuan-tuan dan puan-puan semua hadir ke majlis ini, membuktikan kecaknaan dan tautan kasih, kerjasama erat antara kita guru-guru, ibu bapa dan anak-anak khususnya, dalam menjana kecemerlangan masa depan anak-anak.

2. Bacaan Doa

Pembuka tirai, sebelum majlis pada pagi ini diteruskan, sama-samalah kita mengaminkan doa yang akan dibacakan oleh Al-Fadhl Utz Hj Ahmad Saiful b Ibrahim..Dipersilakan…

- BACAAN DOA- Amin amin ya rabbilalamin…Terima kasih diucapkan kepada Utz Hj Ahmad Saiful atas bacaan doa itu tadi. Mudah-mudahan majlis pada pagi ini mendapat keberkatan dariNya jua. InsyaAllah.

3. Bacan Ayat Suci Al-Quran oleh murid Prasekolah SKSG Hadirin hadirat yang dimuliakan, Aturcara pada pagi ini diteruskan lagi dengan mempersilakan ________________________________________ dari SKSG bagi mengalunkan bacaan ayat suci Al-Quran dari surah _________________________________.Majlis dengan sukacitanya mempersilakan..

- BACAAN AL-QURAN-

Terima kasih diucapkan kepada _______________________________________ atas bacaan ayat suci Al-Quran itu tadi.

4. Ucapan Aluan GB SK Kg Tengah Meneruskan aturcara pad pagi ini, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yg Berusaha Pn Zaini bt Mat Nor, GB SKKT selaku tuan rumah majlis pada kali ini untuk menyampaikan ucapan alu-aluan. Dipersilakan…

- UCAPAN –

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Yg Berusaha Pn Zaini atas ucapan aluan itu tadi.

5. Ucapan Perasmian Tn GB SKSG Seterusnya dipersilakan Yg Berusaha En Omor b Deraman, GB SKSG untuk menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan majlis pada pagi ini. Dengan segala hormatnya dipersilakan……..

- UCAPAN PERASMIAN –

Page 3: SKRIP PENGACARA MAJLIS KONVOKESYEN PRASEKOLAH 2010

Terima kasih diucapkan kepada Yg Berusaha En Omor . Dengan ucapan perasmian itu tadi, maka rasmilah sudah Majlis Konvokesyen Prasekolah Sesi 2010.

6. Persembahan Nasyid SKKT. Hadirin hadirat warga dewan yang dirahmati Allah sekalianUcapan sudah perasmian pun sudah,Hanya menunggu penyampaian sijil dan hadiah..Sebelum majlis diteruskan, sama-samalah kita saksikan sebuah persembahan nasyid oleh murid-murid SK Kampung Tengah dengan judul nasyid “ Alif Ba Ta”.Dipersilakan…

- PERSEMBAHAN NASYID –

Terima kasih kepad murid-murid praekolah SKKT atas titipan persembahan nasyid itu tadi..

7. Persembahan Murid SKSG. Seterusnya, kita saksikan pula persembahan ____________________________dari murid-murid prasekolah SKSG. Dipersilakan..

- PERSEMBAHAN –

Terima kasih diucapkan kepada murid-murid Prasekolah SKSG atas persembahan menarik itu tadi.

8. Penyampaian Sijil dan hadiah Murid Prasekolah SKKT Tamatlah sudah PrasekolahTahun Satu menggamit megahAcara dinantikan satu anugerahPenyampaian sijil dan juga hadiah

Hadirin hadirat yang dimuliakan, sampai kita ke acara yang dinantikan..penyampaian sijil dan hadiah kepada murid-murid prasekolah sesi 2010.

Untuk itu majlis dengan sukacitanya mempersilakan Yg berusaha Pn Zaini bt Mat Nor, Guru Besar SKKT, diiringi oleh En Mohd Nasir b Hamzah, GPK 1 SKKT bagi menyempurnakan majlis. Dengan segala hormatnya dipersilakan…Mendahului senarai penerima sijil tamat Prasekolah dipersilakan…(Rujuk lampiran)

- PENYAMPAIAN SIJIL –

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Yg Berusaha Pn GB SKKT atas penyampaian sijil dan hadiah itu tadi.

Page 4: SKRIP PENGACARA MAJLIS KONVOKESYEN PRASEKOLAH 2010

9. Persembahan Murid SKKTMeneruskan aturcara pada pagi ini, kita disajikan pula dengan persembahan nyanyian oleh muri-murid Prasekolah SKKT yang akan mendendangkan lagu berjudul “Tanya Sama Pokok”.Dipersilakan…

- PERSEMBAHAN – Tkasih diucapkan kepada murid-murid Prasekolah SKKT atas persembahan itu tadi..

10. Penyampaian Sijil dan Hadiah Murid SKSGSeterusnya penyampaian sijil dan hadiah kepada Murid-murid Prasekolah SKSG.Dengan ini dipersilakan Yg Berusaha En Omor b Deraman, GB SKSG diiringi oleh _____________________________________ bagi menyampaikan sijil tamat Prasekolah dan hadiah kepada Murid Prasekolah SKSG. Dengan segala hormatnya dipersilakan….

- PENYAMPAIAN SIJIL/HADIAH –(Rujuk lampiran)

Majlis merakamkan setinggi tkasih kepada Yg Berusaha En Omor kerana sudi menyempurnakan majlis.

11. Pertunjukan Fesyen Muri SKKTHadirin hadirat sekalian.Sekarang kita saksikan pula persembahan pertunjukan fesyen oleh murid-murid Prasekolah SKKT yang akan menampilkan bakat dan aksi masing-masing.Sama-samalah kita saksikan….

- PERTUNJUKAN FESYEN –

Tkasih murid-murid Prasekolah SKKT atas sajian persembahan menarik itu tadi.

12. Persembahan Murid SKSGPersembahan seterusnya, sama-samalah kita saksikan murid-murid SKSG yang akan menyampaikan persembahan _______________________________________Dipersilakan…

- PERSEMBAHAN –

Tkasih kepada Murid-murid Pra-sekolah SKSG atas persembahan itu tadi.

Page 5: SKRIP PENGACARA MAJLIS KONVOKESYEN PRASEKOLAH 2010

13. Penutup

Indah pekerti indah budiBersulam adat Melayu jatiMajlis Konvokesyen Prasekolah berakhir di siniDipanjangkan umur bertaut hati bersua kembali

Hadirin hadirat yang dikasihi sekalian.Mengakhiri persembahan itu tadi maka Majlis Konvokesyen Prasekolah Sesi 2010 menutup tirai.

Majlis ingin mengambil kesempatan merakamkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis ini.

Sekalung tahniah jua kepada semua graduan prasekolah yang berjaya tamat prasekolah dengan jayanya.

Ampun maaf dipinta atas segala kesilapan dan keterlanjuran kata. Sesungguhnya, yang baik itu dari Allah jua, manakala segala kekurangan adalah dari kelemahan kami jua..Semoga dipertemukan lagi di tahun hadapan.

Dengan itu saya sudahi majlis dengan lafaz yang mulia..Wabillahitaufik…………………Majlis bersurai

14. Jamuan

Yan 10’