18
PUSAT PENGAJIAN ILMU KEMANUSIAAN SEMESTER 1, SIDANG 2014/2015 HST 223/3 KEPULAUAN ASIA TENGGARA Tema II: Kedatangan Kuasa Barat Soalan: Sepanyol menggunakan pendekatan budaya dalam usaha untuk menjajah Filipina. Bahaskan secara kritis. NAMA PENSYARAH : DR. NAZARUDIN ZAINUN NAMA PELAJAR : NABILLA BINTI ZULHENDRI NO. MATRIK : 118665 WAKTU TUTORIAL : ISNIN, 9.00 – 10.00 pagi TARIKH PEMBENTANGAN : 14 OKTOBER 2014 TARIKH HANTAR TUGASAN : ____ OKTOBER 2014 MARKAH : ………………………….

Sepanyol menggunakan pendekatan budaya dalam usaha untuk menjajah Filipina

Embed Size (px)

Citation preview

PUSAT PENGAJIAN ILMU KEMANUSIAANSEMESTER 1, SIDANG 2014/2015

HST 223/3KEPULAUAN ASIA TENGGARA

Tema II: Kedatangan Kuasa BaratSoalan: Sepanyol menggunakan pendekatan budaya dalam usaha untuk menjajah Filipina. Bahaskan secara kritis.

NAMA PENSYARAH: DR. NAZARUDIN ZAINUN

NAMA PELAJAR: NABILLA BINTI ZULHENDRINO. MATRIK: 118665WAKTU TUTORIAL: ISNIN, 9.00 10.00 pagiTARIKH PEMBENTANGAN: 14 OKTOBER 2014TARIKH HANTAR TUGASAN: ____ OKTOBER 2014

MARKAH: .

ISI KANDUNGAN

PERKARAMUKA SURAT

ISI KANDUNGAN1

1.0 PENDAHULUAN2

2.0 ISI :2.1 Penjajahan Sepanyol Melalui Pendekatan Budaya2.2 Penjajahan Sepanyol Melalui Pendekatan Pedang dan Salib3-55-10

3.0 KESIMPULAN11

4.0 BIBLIORAFI12

1.0 PendahuluanPelayaran Magellan ke Filipina telah memberi peluang kepada Sepanyol untuk meluaskan kuasa dan jajahan takluknya di kawasan timur atau Nusantara. Hasrat Sepanyol ialah ingin menguasai laluan perdagangan dan kepulauan rempah yang terdapat di kawasan Nusantara. Persaingan antara kuasa-kuasa di Eropah untuk menguasai laluan perdagangan dan negeri-negeri di kawasan Nusantara telah menyebabkan Sepanyol menggunakan pelbagai pendekatan untuk menjajah Filipina termasuk melalui pendekatan budaya. Pendekatan budaya merupakan satu pendekatan secara halus yang digunakan oleh orang Sepanyol untuk mendekati penduduk Filipina dan seterusnya menjadikan Filipina sebagai tanah jajahan mereka. Pakatan darah yang pertama dilakukan oleh Magellan dengan Raja Kolambu, iaitu pemerintah Pulau Limasawa merupakan satu pendekatan budaya yang dilakukan oleh orang Sepanyol seterusnya memudahkan langkah mereka untuk menjajah Filipina. Walaubagaimanapun, pendekatan budaya bukanlah satu-satunya cara atau usaha yang dilakukan oleh orang Sepanyol untuk menjajah Filipina. Orang Sepanyol turut menggunakan pendekatan agama iaitu agama Kristian dan juga menggunakan cara kekerasan seperti peperangan untuk menjajah Filipina. Dalam erti kata yang lain, Sepanyol menggunakan pendekatan pedang dan salib. Salib mewakili cara melalui pemujukan agama Kristian manakala pedang mewakili cara kekerasan.

2.0 Isi2.1 Penjajahan Sepanyol Melalui Pendekatan Budaya Magellan telah mendarat di Homonhon, sebuah pulau yang tidak berpenghuni pada 17 Mac 1521 setelah hampir dua tahun beliau belayar dari Sepanyol menuju ke negeri timur melalui negara Amerika Selatan dan Lautan Pasifik. Di Pulau Homonhon inilah buat pertama kalinya orang Sepanyol berjumpa dengan orang Filipina apabila sebuah perahu yang membawa 9 orang Filipina ini singgah ke Pulau Homonhon untuk melihat keadaan Magellan dan angkatannya yang lain. Magellan telah bertukar-tukar barangan dengan penduduk tempatan. Orang Filipina telah memberikan barangan seperti ikan, wain dan pisang kepada Magellan sebagai tanda persahabatan.[footnoteRef:1] Ini merupakan langkah bijak yang diambil oleh Magellan untuk memulakan hubungan dengan penduduk tempatan dan medapatkan kepercayaan mereka. [1: Zaide, G.F., (1969), History of The Filipino People 4th Edition, Manila: The Modern Book Co., hlm 34.]

Magellan meneruskan pelayarannya menuju ke barat daya. Pada 28 Mac 1521, Magellan telah sampai ke Pulau Limasawa yang diperintah oleh Raja Kolambu. Enrique, iaitu seorang hamba Melayu Magellan menjadi jurubahasa dan perantara bagi Magellan untuk berkomunikasi dengan Raja Kolambu. Akhirnya, satu pakatan darah yang pertama diadakan antara Magellan dengan Raja Kolambu pada 29 Mac 1521 bersamaan hari Holy Friday.[footnoteRef:2] Hal ini jelas menunjukkan bahawa Magellan telah mendekati penduduk Filipina melalui pendekatan budaya dan seterusnya memudahkan urusannya untuk bekerjasama dengan pemerintah tempatan. Hal ini kerana, pakatan darah merupakan satu bentuk perjanjian antara dua pihak. Setelah pakatan darah ini dijalankan, maka kedua-dua pihak dianggap bersaudara dan tidak boleh bermusuhan. [2: Zaide, G.F., (1978), Sejarah Politik dan Kebudayaan Filipina, Jilid 1, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm 172.]

Dalam laporan Legazpi kepada Raja Philip II, Legazpi menceritakan bagaimana pakatan darah itu dilakukan,Upacara itu dijalankan seperti berikut: tiap-tiap seorang daripada satu pihak mengguris lengan atau dadanya sendiri dengan pisau dan mengambil dua dan tiga titik darah serta mencampurkannya dengan secawan air atau wain. Kemudian campuran itu mesti dibahagikan sama banyak dalam dua biji cawan, dan mana-mana pihak juga tidak boleh meninggalkan tempat itu sehingga minuman dalam kedua-dua cawan itu telah habis diminum.[footnoteRef:3] [3: Zaide, G.F., (1978), Sejarah Politik dan Kebudayaan Filipina, Jilid 1, hlm 219-220.]

Pakatan darah turut dilakukan oleh Miguel Lopez de Legazpi yang telah belayar semula ke Filipina setelah kematian Magellan[footnoteRef:4] dan setelah cubaan pelayar-pelayar Sepanyol yang lain gagal sampai ke Filipina. Legazpi pada awalnya telah sampai di Pulau Cebu pada 13 Februari 1565, namun telah diusir dan berlaku pertempuran antara angkatan Legazpi dan penduduk Pulau Cebu. Pada 22 Februari 1565, Legazpi sampai di Pulau Samar dan terus membuat pakatan darah dengan Raja Urrao, pemerintah Pulau Samar. Sekali lagi, pakatan darah digunakan oleh orang Sepanyol bagi memudahkan mereka berhubung dan bekerjasama dengan masyarkata tempatan. [4: Zaide, G.F., (1969), History of The Filipino People 4th Edition, hlm 36]

Pakatan darah turut diadakan antara Legazpi dengan Katuna dan Gala iaitu raja Bohol. Pakatan darah ini penting supaya Legazpi dan angkatanya diterima baik oleh penduduk di Bohol. Hal ini kerana, pada awalnya penduduk tempatan menyangka Legazpi dan angkatanya merupakan lanun yang datang untuk merompak mereka seperti mana yang telah dilakukan oleh orang-orang Portugis sebelum ini. Jelaslah bahawa pakatan darah yang menjadi budaya masyarakat di Filipina ketika itu telah digunakan oleh orang Sepanyol untuk meletakkan keadaan mereka dalam keadaan yang selamat dan supaya kedatangan mereka diterima baik oleh penduduk tempatan.2.2 Penjajahan Sepanyol Melalui Pendekatan Pedang dan Salib Selain daripada pendekatan budaya, usaha lain turut digunakan oleh Sepanyol untuk menjajah Filipina iaitu melalui cara pedang dan salib. Sepanyol menggunakan pendekatan salib iaitu cara pemujukan melalui agama Kristian Katholik yang menjadi pegangan kuat bagi orang Sepanyol. Hal ini dapat dilihat apabila Magellan telah melakukan upacara mass Kristian yang pertama di Filipina iaitu di Pulau Limasawa pada 31 Mac 1521, bersamaan hari Easter Sunday. Upacara ini dilakukan dengan penuh istiadat Kristian oleh Father Pedro de Valderrama iaitu paderi yang mengikuti ekspedisi Magellan. Peristiwa ini turut dicatatkan dengan lengkap oleh Pigafetta.[footnoteRef:5] [5: Zaide, G.F., (1978), Sejarah Politik dan Kebudayaan Filipina, Jilid 1, hlm 173.]

Ketika matahari terbenam pada hari yang sama selepas upacara mass selesai, Magellan memacakkan sebuah salib kayu yang besar di puncak bukit yang menghadap laut di hadapan orang Filipina dan Sepanyol. Dengan terpacaknya salib tersebut, bermulalah penguasaan Sepanyol ke atas Filipina. Magellan telah menamakan semula pulau tersebut dengan nama Archipelago of St. Lazarus[footnoteRef:6] atau dalam bahasa Melayunya Gugusan Pulau-pulau St. Lazarus. [6: Zaide, G.F., (1969), History of The Filipino People 4th Edition, hlm 35.]

Usaha Magellan untuk mengukuhkan kedudukan Sepanyol di Filipina di teruskan apabila beliau mengembangkan ajaran Kristian ke Pulau Cebu. Menurut catatan Pigafetta, seramai 800 orang lelaki dan perempuan termasuk Raja Humabon dan Raja Kolambu telah dikristiankan pada 14 April 1521 di pulau tersebut. Raja Humabon diberi nama Carlos manakala Raja Kolambu diberi nama Juan. Ratu pertama Filipina yang dikristiankan iaitu isteri Raja Humabon, diberi nama Juana.[footnoteRef:7] Magellan telah memacakkan sebuah salib yang besar di tepi pantai pulau tersebut. Tindakan Magellan memacakkan tanda salib di kawasan yang telah dikristiankan penduduknya, adalah sebagai tanda bahawa Sepanyol menguasai kawasan tersebut dan kedatangan mereka telah diterima oleh penduduk tempatan. Tindakan ini penting bagi Sepanyol untuk menaikkan bendera Sepanyol di Filipina. [7: Zaide, G.F., (1978), Sejarah Politik dan Kebudayaan Filipina, Jilid 1, hlm 176-177.]

Ajaran Kristian masih dipegang kuat oleh penduduk di Pulau Cebu walaupun setelah kematian Magellan. Hal ini dapat dibuktikan apabila Legazpi datang untuk menakluk Pulau Cebu pada 27 April 1565.[footnoteRef:8] Pada awalnya, kedatangan mereka tidak disambut baik oleh penduduk tempatan. Rundingan secara damai antara Father Urdanetta dengan pemerintah Pulau Cebu iaitu Raja Tupas gagal. Oleh sebab itu, Legazpi menggunakan cara kekerasan iaitu melalui peperangan dengan penduduk Pulau Cebu.[footnoteRef:9] Alatan askar Sepanyol yang canggih dan lebih baik mutunya telah menyebabkan penduduk Pulau Cebu lari ke kawasan bukit. Salah seorang askar Legazpi telah menemui patung Nabi Isa ketika menggeledah rumah yang ditinggalkan oleh penduduk tempatan. Patung itu dipercayai pemberian Magellan kepada ratu Cebu pada tahun 1521 yang lalu. Ini membuktikan bahawa penduduk Cebu masih berpegang kuat pada ajaran Kristian yang telah dibawa oleh Magellan sebelum itu. [8: Costa, H. D., (1967), Asia and The Philippines, Manila: Solidaridad Publishing House, hlm 13.] [9: Zaide, G.F., (1978), Sejarah Politik dan Kebudayaan Filipina, Jilid 1, hlm 220-221.]

Bertitik tolak daripada jumpaan patung tersebut, Legazpi mengambil keputusan untuk melakukan satu persetiaan secara damai dengan orang Cebu dan termeterailah Persetiaan Filipina-Sepanyol yang Pertama (1565). Legazpi mengambil hati penduduk tempatan dengan memaafkan mereka dan membina semula penempatan mereka yang musnah ketika askar Sepanyol menyerang penempatan mereka. Melalui persetiaan damai antara Legazpi dengan Raja Tupas, iaitu pemerintah di Pulau Cebu ketika itu, Filipina bersetuju untuk mengiktiraf kedaulatan Sepanyol dan membayar ufti kepadanya. Legazpi pula berjanji untuk melindungi penduduk Pulau Cebu daripada musuh-musuh mereka. Hal ini menunjukkan bahawa ajaran agama Kristian yang dianuti oleh penduduk Pulau Cebu, menjadi alasan bagi Legazpi untuk membentuk satu perikatan secara damai bagi melindungi penduduk Pulau Cebu daripada musuh luar. Tindakan Legazpi ini sebenarnya ingin mengambil hati penduduk tempatan dan meneruskan penjajahan ke atas Filipina. Kesannya, satu petempatan Sepanyol telah didirikan di Pulau Cebu yang dinamakan sebagai San Miguel dan kemudian ditukarkan kepada City of the Most Holy Name of Jesus.[footnoteRef:10] [10: Zaide, G.F., (1969), History of The Filipino People 4th Edition, hlm 40.]

Pendekatan melalui agama Kristian juga digunakan bagi membina petempatan Sepanyol yang kedua iaitu di Panay. Paderi-paderi Agustinian bijak memikat hati penduduk tempatan untuk masuk agama Kristian. Akhirnya petempatan kedua Sepanyol ini menjadi pusat penjelajahan dan penyebaran agama Kristian. Gregorio F. Zaide (1978) dalam bukunya menulis bahawa,Pemerhati-pemerhati telah menegaskan bahawa orang Filipina itu telah ditakluk oleh tarikan Salib lambang agama Kristian dan bukannya oleh daya ganas tentera Sepanyol. Mubaligh-mubaligh peneroka dengan menyebarkan ajaran-ajaran agama Kristian dan mebuat pengorbanan-pengorbanan yang mulia telah menawan hati orang Filipina supaya memeluk agama Kristian, dan dengan menjadi orang-orang Kristian yang baik, orang Filipina itu menjadi rakyat Sepanyol yang taat setia.[footnoteRef:11] [11: Zaide, G.F., (1978), Sejarah Politik dan Kebudayaan Filipina, Jilid 1, hlm 241.]

Sememangnya penjajahan atau penaklukan Sepanyol ke atas Filipina menggunakan pendekatan salib atau pemujukan agama Kristian. Namun, pendekatan pedang atau melalui cara kekerasan tetap digunakan oleh Sepanyol terutamanya terhadap penentang-penentang kuat Sepanyol. Usaha Sepanyol untuk menjajah Filipina melalui pedang atau cara kekerasan dapat dilihat apabila Magellan datang ke Pulau Cebu dan menurunkan layar-layar kapalnya serta melepaskan tembakan meriam seolah-olah ingin berperang. Tindakan ini sebenarnya ingin menakutkan penduduk tempatan dan menginginkan mereka menerima kedatangan Magellan dan angkatannya.Perang Mactan yang berlaku pada 27 April 1521 merupakan satu lagi bukti yang jelas cara kekerasan digunakan oleh Sepanyol dalam usaha menjajah Filipina.[footnoteRef:12] Perang ini berlaku antara Magellan dan angkatannya dengan Lapu-Lapu iaitu raja Pulau Mactan. Lapu-Lapu merupakan raja tempatan yang berani menentang Magellan dan tidak menerima kedatangan Sepanyol ke kawasan mereka. Magellan menyerang Pulau Mactan dengan 3 buah kapal dan 30 buah perahu bersama-sama 60 orang Sepanyol dan 1000 orang sahabatnya iaitu orang Cebu. Orang Sepanyol kalah dan Magellan mati dalam pertempuran tersebut. [12: Zaide, G.F., (1978), Sejarah Politik dan Kebudayaan Filipina, Jilid 1, hlm 179-180]

Penaklukan pulau-pulau yang lain juga menggunakan cara kekerasan. Sebagai contoh, Kapten Juan de Salcedo, cucu kepada Legazpi telah memusnahkan Bandar Mamburao iaitu sebuah Bandar Islam yang terletak di pinggir laut Mindoro pada 1 Januari 1570.[footnoteRef:13] Selain itu, penaklukan Manila yang pada awalnya menggunakan cara pakatan perdamaian akhirnya membawa kepada pertempuran pada 24 Mei 1570 apabila Raja Soliman sedar bahawa pakatan yang dilakukan dengan Sepanyol membawa makna mereka mengakui ketuanan Sepanyol di Filipina dan perlu membayar ufti kepada Filipina. Seramai 100 orang Manila terbunuh dalam pertempuran tersebut. [13: Zaide, G.F., (1978), Sejarah Politik dan Kebudayaan Filipina, Jilid 1, hlm 229-230]

Pertempuran untuk menawan Filipina tidak terhenti setakat itu sahaja. Sekali lagi Legazpi dan angkatannya yang terdiri daripada 27 buah kapal, 280 orang Sepanyol dan beratus-ratus askar tambahan Bisayan belayar ke Manila dan bersedia untuk berperang. Akhirnya, Legazpi berjaya memiliki Manila dan mengisytiharkan Manila sebagai ibu negeri Filipina setelah menubuhkan kerajaan kota di Manila pada 24 Jun 1571.[footnoteRef:14] Jelaslah bahawa panjajahan Sepanyol ke atas Filipina turut menggunakan cara kekerasan untuk menakutkan penduduk tempatan dan juga bertempur dengan pihak yang menentang kedatangan mereka. Alatan seperti meriam dan juga bilangan askar yang ramai sentiasa dibawa bersama setiap kali Sepanyol ingin menjajah kawasan yang baru. Melalui cara ini, Sepanyol dapat menakluk banyak kawasan kepulauan yang penting di Filipina seperti Cebu dan Manila. [14: Zaide, G.F., (1969), History of The Filipino People 4th Edition, hlm 42-43.]

Penjajahan Sepanyol diteruskan walaupun setelah kematian Legazpi. Cucu kepada Legazpi, Kapten Salcedo telah menjajah banyak kawasan yang lain di Filipina seperti Ilocandia, Cagayan, Catanduanes dan kawasan lubuk emas iaitu di Paracale.

3.0 KesimpulanPenjajahan Sepanyol ke atas Filipina pada peringkat awalnya menggunakan pendekatan budaya bagi mendekati penduduk tempatan dan mendapatkan kepercayaan daripada mereka. Hal ini memudahkan orang Sepanyol untuk bekerjasama dengan pemerintah tempatan. Pendekatan agama ataupun pendekatan salib digunakan untuk mengukuhkan lagi kepercayaan penduduk tempatan terhadap niat murni orang Sepanyol. Peranan yang baik yang diberikan oleh mubaligh-mubaligh atau paderi-paderi Kristian yang menyebarkan agama Kristian Katolik telah berjaya mengkristiankan penduduk Filipina dan menjadikan mereka setia dengan agama ini. Secara tidak lansung, penduduk Filipina telah menerima kedatangan Sepanyol di tanah air mereka dan Sepanyol telah mengibarkan bendera Sepanyol di Filipina.Penentangan tetap berlaku walaupun kebanyakan rakyat Filipina menerima kedatangan Sepanyol atas faktor agama Kristian. Oleh hal yang demikian pendekatan pedang ataupun melalui cara kekerasan terpaksa diunakan oleh Sepanyol untuk menghapuskan penentang-penentang tempatan yang berani menentang mereka.Jelaslah bahawa Sepanyol tidak hanya mengunakan pendekatan budaya semata-mata untuk menjajah Filipina, bahkan Sepanyol telah menggunakan pendekatan lain iaitu pendekatan salib dan pedang untuk mengukuhkan kuasanya di Filipina dan meluaskan penjajahannya di Filipina.

4.0 Bibliografi

Agoncillo, T. A. (1962). Philippine History. Quezon City: Kayumangi Press.Costa, H. D. (1967). Asia and the Philippines. Manila: Solidaridad Publishing House.Edwardes, M. (1967). The West in Asia 1850-1914. London: B T Batsford Ltd.Zaide, G. F. (1969). History of the Filipino People 4th Edition. Manila: The Modern Book Co.Zaide, G. F. (1972). Sejarah Politik dan Kebudayaan Filipina. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

12