8
Bahagian B Pengenalan Beberapa tahun kebelakangan ini imej guru serta sistem pendidikan negara bagaikan tercalar teruk dengan pelbagai insiden luar jangkaan menjadikan masyarakat mula menilai dan memperkatakan tentang tahap profesionalisme dalam kalangan guru. Jika dulu guru hanya menggunakan pendekatan rotan bagi tujuan mendidik, kini ada kalangan mereka yang berani menggunakan kekerasan fizikal atas alasan yang sama. Malangnya kekerasan itu berakhir dengan tragedi yang tidak sanggup kita dengari. Masyarakat boleh menyalahkan guru yang berkenaan namun perlu adil membuat penelitian secara terperinci sebelum menjatuhkan hukuman. Terdapat guru yang berdepan dengan tekanan luar biasa yang menyebabkan tindakan di luar kewarasan berlaku , ditambah dengan beban kerja serta sikap pelajar yang bermasalah. Cabaran guru semakin besar pada hari ini iaitu berlegar kepada matlamat untuk memuaskan hati ibu bapa dan masyarakat. Malangnya bagi memastikan usaha itu berjaya, banyak halangan yang perlu dihadapi, namun tidak semua memberi sokongan menjadikan tugas guru semakin sukar. Ditambah pula tekanan untuk memenuhi standardtugasan yang melangkaui pelbagai aspek termasuk tugas perkeranian, persekitaran, bilik darjah, keluarga dan sebagainya, guru sudah pasti sukar bernafas. Tekanan terhadap komitmen tugas yang perlu dilaksanakan mengikut standard tertentu memungkinkan guru bertindak di luar batasan. Ini selaras dengan teras perkhidmatan awam antaranya bekerja dengan penuh tanggungjawab (Dr Ragbir Kaur, 2012). Status guru hanya disandang kerana terbabit dengan kerjaya berkenaan, manakala secara khususnya mereka masih seperti anggota masyarakat lain yang berdepan dengan tekanan dan cabaran tersendiri dalam kehidupan seharian. Isu Menurut keratan laporan Buletin Awani atas talian bertarikh Februari 14, 2014, didapati bahawa seorang guru telah menumbuk dan menendang empat orang pelajar yang terdiri daripada dua orang lelaki dan dua 1

Guru Tumbuk Murid

Embed Size (px)

DESCRIPTION

esei

Citation preview

Page 1: Guru Tumbuk Murid

Bahagian B

Pengenalan

Beberapa tahun kebelakangan ini imej guru serta sistem pendidikan negara bagaikan tercalar

teruk dengan pelbagai insiden luar jangkaan menjadikan masyarakat mula menilai dan

memperkatakan tentang tahap profesionalisme dalam kalangan guru. Jika dulu guru hanya

menggunakan pendekatan rotan bagi tujuan mendidik, kini ada kalangan mereka yang berani

menggunakan kekerasan fizikal atas alasan yang sama. Malangnya kekerasan itu berakhir

dengan tragedi yang tidak sanggup kita dengari. Masyarakat boleh menyalahkan guru yang

berkenaan namun perlu adil membuat penelitian secara terperinci sebelum menjatuhkan

hukuman. Terdapat guru yang berdepan dengan tekanan luar biasa yang menyebabkan

tindakan di luar kewarasan berlaku , ditambah dengan beban kerja serta sikap pelajar yang

bermasalah.

Cabaran guru semakin besar pada hari ini iaitu berlegar kepada matlamat untuk memuaskan

hati ibu bapa dan masyarakat. Malangnya bagi memastikan usaha itu berjaya, banyak halangan

yang perlu dihadapi, namun tidak semua memberi sokongan menjadikan tugas guru semakin

sukar. Ditambah pula tekanan untuk memenuhi standardtugasan yang melangkaui pelbagai

aspek termasuk tugas perkeranian, persekitaran, bilik darjah, keluarga dan sebagainya, guru

sudah pasti sukar bernafas.

Tekanan terhadap komitmen tugas yang perlu dilaksanakan mengikut standard tertentu

memungkinkan guru bertindak di luar batasan. Ini selaras dengan teras perkhidmatan awam

antaranya bekerja dengan penuh tanggungjawab (Dr Ragbir Kaur, 2012). Status guru hanya

disandang kerana terbabit dengan kerjaya berkenaan, manakala secara khususnya mereka

masih seperti anggota masyarakat lain yang berdepan dengan tekanan dan cabaran tersendiri

dalam kehidupan seharian.

Isu

Menurut keratan laporan Buletin

Awani atas talian bertarikh

Februari 14, 2014, didapati

bahawa seorang guru telah

menumbuk dan menendang

empat orang pelajar yang terdiri

1

Page 2: Guru Tumbuk Murid

daripada dua orang lelaki dan dua orang perempuan kerana tidak membawa buku sekolah.

Kejadian itu berlaku kepada pelajar tingkatan satu dan dua. Menurut laporan itu lagi, guru

berusia tiga puluh empat tahun itu pernah melakukan perkara yang sama pada bulan Januari.

Ini bermakna kejadian yang dendaan fizikal ini telah berlaku sebanyak dua kali.

Cabaran

Apabila berita ini menjadi tatapan masyarakat, pelbagai andaian, tomahan dan tuduhan

dilemparkan kepada guru tersebut khasnya dan komuniti guru amnya. Jarang sekali kita

mendengar pandangan yang membela atau mempertahankan guru tersebut. Guru tersebut

umpama “digantung tidak bertali” oleh lapisan masyarakat yang cetek pemikiran dan nipis

ilmunya tanpa usul periksa dan tanpa mendengar luahan daripada guru tersebut. Adakah guru

tersebut benar-benar gagal mengawal emosinya dan bertindak sedemikian tanpa ada sebarang

nilai rasional dalam dirinya? Ataupun guru tersebut bertindak sedemikian kerana provokasi

yang dilakukan oleh murid tersebut dan rakan-rakannya?

Lantaran itulah terdapat persoalan-persoalan mengenai tekanan kerja di kalangan guru sering

dibincangkan di mana-mana sahaja pada bila-bila masa. Ini adalah kerana profesion sebagai

seorang guru merupakan salah satu profesion yang sungguh mencabar. Tanggungjawab dan

tugas guru yang begitu mencabar telah memberikan tekanan stres secara tidak langsung dan

menyebabkan perkara-perkara yang tidak diingini berlaku. Tidak dapat dinafikan bahawa pada

masa kini terdapat kes-kes yang berkaitan dengan guru sering berlaku dan dilaporkan melalui

media massa. Kebanyakan Kes yang berkaitan dengan guru adalah amat serius sehingga

terdapat segelintir kes telah menyebabkan kecederaan dan kematian.

Stres memberi kesan kepada masalah kesihatan mental dan fizikal dan mempengaruhi

keberkesanan hubungan guru dengan pelajar dan juga mutu pendidikan (Weisberg & Sagie,

1999). Stres juga menyumbang kepada penurunan tahap tenaga guru dan penglibatan tugas

yang semakin berkurangan. (Lewis, 1999). Stres yang keterlaluan dan tidak dapat dikawal akan

menyebabkan “burnout” di kalangan guru. Kesan Burnout adalah lebih memudaratkan daripada

kesan stres seperti kepuasan kerja yang berkurangan, hubungan guru-murid dan guru yang

renggang, motivasi guru yang berkurangan dan pengurangan keberkesanan guru dalam

memenuhi matlamat pendidikan.

“Stres memberi kesan kepada interaksi guru dengan murid dimana ia boleh menyumbang

kepada ketidakselesaan hubungan dengan murid-murid sehingga menyebabkan guru bertindak

2

Page 3: Guru Tumbuk Murid

secara tidak wajar terutama apabila pelajar-pelajar menghasilkan kerja yang tidak baik dan

tidak bertingkahlaku dengan baik” (Nelson et al 2001).

Maka isu stress dan burn out merupakan satu cabaran kepada para guru dalam menjalankan

tugasan harian. Dalam kes guru tumbuk dan tendang pelajar ini, menunjukkan bahawa tekanan

emosi yang telah dipendamkan dalam guru tersebut. Akibatnya, tekanan emosi yang serius ini

telah menyebabkan guru berkenaan berfikiran tidak mempunyai kesedaran diri dan melakukan

perbuatan yang tidak terkawal yang boleh mengancam keselamatan orang lain.

Dengan itu, kes yang telah berlaku ini telah membuktikan bahawa pada zaman kini, para guru

sentiasa menghadapi cabaran yang lebih ketara dengan tuntutan daripada ibu bapa,

masyarakat, pihak pengurusan sekolah dan kementerian demi meningkatkan lagi kualiti

pendidikan. Selain itu, pelbagai reformasi dalam bidang pendidikan dan masalah-masalah

seperti masalah murid dan bebanan kerja pasti akan menyebabkan tekanan stres di kalangan

guru. Perkara ini juga memberikan kesan kepada diri saya. Saya turut merasakan tekanan

dalam diri saya untuk melaksanakan reformasi dalam pendidikan.

Isu beban tugas guru ini memang sukar difahami masyarakat umum melainkan ada dalam

kalangan keluarga atau rakan mereka terbabit dalam kerjaya itu. Tidak seperti kebanyakan

kerjaya lain, tugas guru tidak terikat kepada waktu persekolahan. Selain terpaksa membawa

kerja balik ke rumah, guru kadang kala terpaksa membuat kerja yang tidak ada kaitan dengan

tugas mengajar seperti menghadiri mesyuarat sekolah, mengikuti program peringkat daerah

atau peringkat negeri atau wakil pengetua atau guru besar. Di samping itu, mereka juga

terpaksa melakukan penyeliaan dan bimbingan aktiviti kokurikulum seperti persatuan, sukan

dan badan beruniform. Ini tidak termasuk mengiringi pelajar menyertai program di luar sekolah

yang mungkin mengambil masa beberapa jam mahupun beberapa hari. Perkara ini merupakan

rutin yang perlu saya lalui sepanjang tahun.

Sememangnya peranan guru di sekolah adalah banyak dan tugas guru bukan sahaja mengajar

dan menyampai ilmu pengetahuan kepada muridnya di dalam kelas tetapi dia juga diharapkan

dapat melaksanakan tugas-tugas yang lain. Antaranya adalah sebagai pengurus bilik darjah,

mengawal disiplin murid, perancang program-program, agen perubahan, penyelidikan,

fasilitator, penilai dan banyak lagi. Apabila sesi persekolahan menuju ke penghujungnya pada

setiap tahun, guru sekolah perlu mendapat semakin banyak tanggungjawab yang perlu

dilaksanakan. Sementara tugas-tugas tersebut semakin bertambah, tugas seperti pemeriksaan

tugasan, ujian dan peperiksaan juga akan dihadapi oleh guru selain melaksanakan tugas rutin

3

Page 4: Guru Tumbuk Murid

iaitu mengajar. Dengan pertambahan tugas, guru akan berasa beban dan seterusnya akan

mengalami tekanan emosi yang serius.

Semua ini dilakukan tanpa kemudahan bayaran lebih masa, tuntutan perbatuan yang dicatu

mahupun lebihan masa yang digunakan untuk tugas rasmi diganti sebagai cuti rehat pada

keesokan harinya. Namun, bagi kebanyakan guru, beban itu tidak pernah dipertikaikan kerana

menyedari mereka sudah memilih kerjaya yang tanggungjawabnya menjangkaui waktu kerja.

Walaupun begitu, penyelesaian yang wajar harus dicari bagi meringankan beban ini kerana jika

stres atau tekanan berpanjangan di dalam hidup seseorang guru dan tidak bijak untuk

menguruskannya, ia akan menyebabkan penyakit-penyakit tertentu yang akan menjejaskan

kesihatan dan kecergasan guru itu sendiri, selanjutnya memberi kesan negatif kepada murid.

Masalah disiplin dan tingkah laku negatif pelajar masa kini juga menjadi penyumbang kepada

punca berlakunya tekanan kepada guru. Bilangan pelajar yang terlalu ramai dalam sebuah bilik

darjah menyukarkan sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan dengan sempurna. Guru

terpaksa melayani pelbagai kerenah pelajar daripada pelbagai latarbelakang, tahap pencapaian

dan kebolehan serta terpaksa memenuhi segala keperluan mereka. Sebagai guru disiplin di

sekolah sudah menjadi lumrah harian utuk menjumpai kes disiplin di kalangan murid.

Penyelesaian

Cara mengatasi stres yang pertama adalah dengan mengaturkan masa dengan teliti. (Tuskan,

2002) dalam buku karangannya Kaedah Mengatasi Gangguan Stres dan Emosi Menurut Islam

mengatakan bahawa masa yang ada dalam kehidupan individu perlu diatur mengikut

kepentingan matlamat yang hendak dicapai dan dilakukan secara berfasa.

Kehidupan seharian sebagai seorang guru dan mungkin suri rumah tangga pastinya menuntut

perhatian yang perlu dibahagikan secara sistematik. Dalam merancang pelaksanaan tugasan,

guru perlulah bijak membahagikan masa 24 jam yang ada mengikut kepentingan masing –

masing. Inilah berlaku dalam kehidupan saya. Bagi mengatasi masalah ini, saya

membahagikan masa saya sebaik yang mungkin. Contohnya antara soalan peperiksaan yang

perlu disiapkan dalam tempoh seminggu dengan memasukkan markah murid di dalam sistem

yang hanya tinggal 1 hari sebelum ditutup aplikasinya, saya akan mengutamakan memasukkan

markah murid di dalam sistem.

4

Page 5: Guru Tumbuk Murid

Saya meletakkan matlamat bagi setiap tugasan dan sentiasa mengukur kepentingannya agar

masa yang diagihkan menjadi lebih sistematik. Untuk itu saya menggunakan senarai semak

bagi memudahkan saya membuat tugasan.

Cara mengatasi stres yang seterusnya ialah dengan cuba untuk sentiasa bertenang. Tekanan

adalah perkara yang memang akan dilalui oleh setiap individu, namun ketenangan adalah kunci

yang diperlukan untuk membuka ruang bagi diri berfikir dengan lebih rasional, bukannya

emosional. Contohnya pada situasi guru dengan ibu bapa seperti yang dibincangkan di atas,

sekiranya guru mampu bertenang dan mengetepikan perasaan marah dan mengawal

tekanannya, perhubungan antara guru dan ibu bapa mungkin tidak akan terjejas. Namun, hal

yang sebaliknya berlaku apabila guru tidak mampu bertenang, dan membalas kemarahan

dengan kemarahan.

Oleh sebab itu, saya sentiasa mengamalkan sikap terbuka apabila berurusan dengan ibubapa.

Saya juga berbincang dengan ibubapa mengenai perkembangan pelajar dari masa ke semasa.

Ini seterunya akan membantu mewujudkan hubungan yang positif antara ibubapa dan saya.

Natijahnya, hubungan yang tidak mesra terbentuk antara 2 pihak yang sepatutnya memiliki

hubungan yang baik untuk kepentingan murid. Ketenangan boleh didapati dengan mengingati

perkara yang indah dan melupakan seketika tekanan yang dihadapi. Saat diri berasa tertekan,

cuba pejamkan mata seketika dan bayangkan perkara yang menggembirakan hati ketenangan

akan dapat dirasakan dalam hati.

Selain itu, stres mampu diatasi dengan cara mengelakkan diri daripada perkara yang boleh

membawa kepada stres. Marzuki (2007) menyatakan individu perlu berusaha mengubah atau

mengetepikan punca – punca tekanan supaya jalan penyelesaiannya dapat dimanfaatkan

secara bersama antara pekerja dan organisasi. Dalam hubungan dengan pentadbir pula,

apabila merasakan bahawa pihak pentadbir memberi lambakan tugasan dan tidak berdasarkan

kemampuannya, pada peringkat awal penyerahan tugas, saya akan berterus terang dengan

pihak pentadbir dengan menyatakan setakat mana kemampuan dirinya.

Saya hanya akan menerima segala bebanan tugasan yang diberikan oleh pihak pentadbir,

berdasarkan kepada kemampuan diri, bagi mengelakkan saya daripada menghadapi tekanan

kerana ketidakmampuannya menyiapkan segala macam tugasan yang diberikan. Ini kerana

saya tidak mahu mutu tugasan kurang baik dan hubungan baik antara guru dan pihak pentadbir

mungkin terjejas. Saya tidak mahu berasa tertekan kerana diberikan tugasan yang banyak,

5

Page 6: Guru Tumbuk Murid

manakala pihak pentadbir berasa tidak puas hati kerana tidak mendapat maklum balas tugasan

yang berkualiti. Justeru, saya akan mengelakkan diri daripada menggalas sesuatu yang diri

sendiri tidak pasti sama ada mampu dicapai atau tidak.

Cara mengatasi stres yang seterusnya ialah tidak mencampuradukkan urusan peribadi dan

rasmi. Sebagai seorang guru yang telah berumah tangga, saya tidak sama sekali

mencampuradukan masalah peribadi dengan masalah kerja. Saya sentiasa bersikap

profesional dan cuba sedaya upaya meninggalkan masalah rumahtangga di rumah dan tidak

menjejaskan prestasi dan hubungan dengan rakan sejawat. Tekanan yang telah sedia ada dan

berpunca daripada masalah lain tidak seharusnya ditambahkan lagi dengan menjejaskan

hubungan antara rakan sejawat saya yang lain.

Saya menyedari bahawa urusan peribadi dan rasmi adalah 2 kelompok berbeza yang perlu

diasingkan jika timbul apa-apa permasalahan. Ini kerana saya dapati bahawa kegagalan guru

mengasingkan keperluan kedua – dua aspek ini hanya akan menambahkan lagi tekanan dalam

diri. Namun, jika ada perkara baik yang berlaku dalam urusan peribadi, maka mood dan

suasana ceria tersebut bolehlah dibawa sehingga ke sekolah dan apa- apa urusan rasmi yang

lain. Hal ini kerana mood yang baik biasanya akan berpindah kepada orang lain dan secara

tidak langsung mewujudkan suasana yang damai dan ceria.

Justeru, perasaan takut dan tidak yakin akan kebolehan diri perlulah dikikis dalam usaha

menjauhkan diri daripada tekanan. Saya juga sentiasa berfikiran positif dengan menganggap

bahawa segala tugasan baharu yang tidak pernah dilakukan sebagai medium untuk saya

meningkatkan kemahiran dan pengetahuan diri ke peringkat yang lebih baik. Saya tahu jika

guru sentiasa mengelak untuk melaksanakan tugasan baharu kerana takut diri tertekan, maka

kemungkinan besar kualiti diri tidak dipertingkatkan dan kurangnya pengalaman dalam diri

sendiri.

Saya yakin bahawa, seseorang guru yang berjaya menghayati tanggungjawabnya akan dapat

menangani cabaran dalam dunia pendidikan pada hari ini. Guru-guru yang mempunyai etika

guru yang baik akan sentiasa menjalankan tugasnya dengan baik dan ini merupakan semangat

untuk seseorang guru dalam menangani cabaran profesion. Sebagai contohnya, guru perlu

bersyukur kepada tuhan dan menghindari larangan tuhan serta sentiasa beriltizam semangat

berbakti. Guru yang bertanggungjawab ke atas dirinya akan seharusnya memahami kekuatan

dan kelemahan diri supaya dapat memanfaatkan kekuatan tersebut dan memperbaiki

6

Page 7: Guru Tumbuk Murid

kelemahan yang ada. Selain itu, guru perlu sentiasa ingat tanggungjawabnya terhadap

profesion guru.

Kesimpulan

Sudah terbukti bahawa tekanan adalah sesuatu yang pasti akan dihadapi oleh setiap individu

normal di muka bumi ini. Sebagai seorang guru, tekanan pastinya dirasakan di dalam dunia

pendidikan yang sedang dan akan terus mengalami perubahan daripada semasa ke semasa.

Tekanan emosi kerana tugas yang membebankan jika tidak diurus dengan baik akan

menyumbang kepada stress dan “burnout” yang mempunyai kesan yang buruk.

Faktor-faktor yang menyumbang kepada tekanan emosi ini perlu dikenalpasti bagi

memudahkan cara menguruskan tekanan tersebut. Faktor-faktor seperti kepimpinan di sekolah

dan masalah peribadi boleh diselesaikan dengan cara dan medium yang betul tanpa perlu

tindakan yang lebih drastik dilakukan. Cara pengurusan tekanan emosi yang betul turut perlu

diberikan perhatian kerana apabila mempunyai ilmu pengetahuan dalam cara mengatasi

tekanan emosi, tekanan emosi yang dirasai dapat diurus dengan cara yang betul. Persediaan

awal dan kesedaran kendiri berkaitan dengan pengurusan tekanan emosi akan membuatkan

guru lebih bersedia dan tahu cara awal untuk mencegah tekanan emosi dalam jangka masa

panjang.

Keseluruhannya, tekanan emosi bukanlah sesuatu yang tidak boleh diuruskan, sebaliknya ianya

memerlukan cara yang betul untuk menguruskannya. Tekanan emosi yang diurus dengan baik

tidak akan menganggu produktiviti kerja dan prestasi semasa sebaliknya hanya akan

mengganggu prestasi kerja dalam masa yang singkat sahaja kerana apabila sudah dicegah dan

diatasi, prestasi kerja bukan hanya akan meningkat tetapi kepuasan kendiri akan turut

meningkat.

7

Page 8: Guru Tumbuk Murid

Rujukan

Astro Awani (2014) Guru didakwa tendang Murid gara-gara tidak bawa buku sekolah

http://www.astroawani.com/berita-malaysia/guru-didakwa-tumbuk-tendang-murid-gara-

gara-tidak-bawa-buku-sekolah-30104?cp

Azizi Yahya & Norliza Othman (2010), Stres Dalam Kalangan Guru Sekolah Menengah Di

Empat Buah Negeri Di Malaysia. Asia Pacific Journal of Educators and Education. Kuala

Lumpur

Hatta Sidi dan Mohammed Hatta Shaharom (2002)Mengurus Stres,Pendekatan yang praktikal

Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka

Mohd. Razali dan Abang Ali (1999) Strategi Menangani Tekanan diKalangan Guru-guru

Sekolah Menengah Zon A di BahagianKuching/Samarahan, Sarawak. Satu Tinjauan

Projek Sarjana Muda Pendidikan Universiti Malaysia Sarawak

Ramaiah, A.L. (1999), Kepimpinan Pendidikan - Cabaran Masa Kini (edisi baru). IBS Buku Sdn.

Bhd. : Petaling Jaya.

Sapora Sipon (2007) Pendidik Mesti Bijak Kawal Emosi

http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?

y=2007&dt=0723&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_07.htm#ixzz3UZoVWq

Q8 

Zakiah Binti Arshad (2003). Stres Kerja di Kalangan Guru-guru Sekolah Rendah:Satu Kajian di

Zon Bandar, Kota Tinggi, Johor. Universiti Teknologi Malaysia: Tesis Sarjana

8