8
Mohd. Fahmi Bin Nurikin

Pembelajaran berpusatkan guru dan murid

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Pembelajaran berpusatkan guru dan murid

Mohd. Fahmi Bin Nurikin

Page 2: Pembelajaran berpusatkan guru dan murid

Melalui kaedah ini, boleh dikatakan guru mempunyai kuasa dan mengawal sepenuhnya kelas dan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P). Gambaran kasar bagi kaedah ini seolah-olah guru memberi kuliah di hadapan kelas dan pelajar mendengar syarahan guru di meja masing-masing.Kaedah ini tidak menggalakkan pelajar memberi pendapat mereka sendiri walaupun mereka berkemungkinan besar mempunyai lebih pengetahuan sedia ada dalam diri mereka melalui pemerhatian atau pengalaman hidup mreka sendiri.

Page 3: Pembelajaran berpusatkan guru dan murid

Berpusatkan guru, maklumat, pengetahuan, contoh dan perkembangan topik adalah bergantung sepenuhnya pada guru.

Kaedah ini juga dikenali dengan jolokan kaedah tradisional. Ini adalah kerana kaedah ini banyak digunakan dalam bidang pendidikan terutama pada era sebelum merdeka kerana kebanyakan pelajar tidak mempunyai banyak pengetahuan sendiri dan mengharapkan guru menyampaikan maklumat sepenuhnya.

Page 4: Pembelajaran berpusatkan guru dan murid

Kaedah ini memberi tumpuan kepada perkembangan pembelajaran pelajar sebagai individu. Guru memberi pilihan kepada pelajar, pengetahuan dan apa yang ingin mereka pelajari, mewujudkan kolaborasi dengan membina pengetahuan dan persekitaran positif.

Penilaian yang dilakukan juga melibatkan pelajar secara berterusan dan guru lebih banyak mendengar pandangan guru. Pelajar juga akan melibatkan diri secara terus dalam perancangan pembelajaran mereka sendiri.

Page 5: Pembelajaran berpusatkan guru dan murid

Bagi kaedah ini pelajar digalakkan meluahkan segala pengetahuan yang mereka sedia ada.

Pengetahuan tersebut mungkin datang dari pengalaman hidup, pemerhatian atau pembacaan daari sumber selain buku pelajaran. Dalam era pmbangunan moden ini, capaian maklumat yang tiada sempadan menjadikan pelajar era kini bukan pelajar ‘kosong’.

Page 6: Pembelajaran berpusatkan guru dan murid

KAEDAH PENGAJARAN BERPUSATKAN GURU

KAEDAH PENGAJARAN BERPUSATKAN MURID

Guru sebagai penyampai utama maklumat berkenaan bidang tertentu

Guru sebagai fasilitator

Pengetahuan sedia ada pelajar tidak dipertimbangkan sebagai sesuatu yang penting

Mewujudkan pengalaman pembelajaran yang dapat menarik minat pelajar serta menggalakkan penglibatan mereka dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Pelajar tidak perlu aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Memberi peluang kepada pelajar belajar secara individu, kumpulan dan kelas.

Guru bertanggungjawab sepenuhnya ke atas bahan bantu mengajar yang akan digunakan dalan P&P.

Melibatkan pelajar dalam membentuk proses pembelajaran melalui rundingan berasaskan kekuatan dan kelemahan pelajar.

Page 7: Pembelajaran berpusatkan guru dan murid

KAEDAH PENGAJARAN BERPUSATKAN GURU

KAEDAH PENGAJARAN BERPUSATKAN MURID

Guru menentukan sendiri tatacara membuat penilaian terhadap prestasi pelajar

Memberi pelajar kebebasan membuat pilihan tentang bahan sumber dan aktiviti pembelajaran.

Komunikasi satu hala. Hanya guru yang bercakap di dalam kelas.

Mewujudkan prosedur pemantauan agar pelajar bertanggungjawab ke atas apa yang mereka pelajari.

Pendapat dan pandangan pelajar tidak diambil kira.

Menentukan kriteria penilaian secara kolaboratif antara guru dan pelajar.

Page 8: Pembelajaran berpusatkan guru dan murid