14
Bertitik tolak daripada keperluan mengisi kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan maka, kaedah pengajaran dan pembelajaran di sekolah dipastikan memenuhi aspek penggabungjalinan, penyerapan, penilaian, pengayaan dan pemulihan. Kita semua maklum bahawa mata pelajaran Bahasa Melayu adalah mata pelajaran yang wajib dipelajari oleh murid-murid terutama di sekolah rendah sebagai langkah awal mempercepatkan proses penyebatian perpaduan antara kaum menerusi bahasa. Bahasa Melayu, walaupun ditutur secara meluas oleh kelompok kaum Melayu dan bukan Melayu, masih memerlukan penambahbaikan dari segi penggunaan Bahasa Melayu Tinggi yang tidak kedapatan di dalam bahasa rancu pertuturan harian kita. Begitu juga dengan kaedah pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di sekolah, dari masa ke semasa memerlukan penambahbaikan untuk memastikan ia berlangsung dengan seronok di samping mencapai matlamatnya sebagai bahasa utama di Malaysia. Jean Piaget menegaskan murid-murid berumur 7 -11 tahun berada di dalam tahap operasi konkrit di mana mereka sudah membuka minda untuk bersosial iaitu berkawan, bermain dan bergaul dengan rakan-rakan sebaya. Teori tahap ketiga ini memungkinkan minda mereka penuh dengan kecurigaan dan sedikit demi sedikit menguasai pemikiran logik. Begitupun, seadanya kanak-kanak, perasaan mereka tidak terhindar untuk bermain dan berseronok walaupun kesedaran berfikir secara egosentrik semakin menipis. Kabinet Malaysia pada 8 Julai 2009 telah memutuskan untuk memansuhkan PPSMI dengan mata pelajaran Sains dan Matematik kembali diajar di dalam Bahasa Melayu di sekolah kebangsaan pada tahun 2012. Untuk melaksanakan pendekatan menguasai Bahasa Melayu sebagai salah satu transformasi kurikulum di sekolah rendah maka kaedah didik hibur diperkenalkan. Didik hibur bermaksud mendidik dengan maksud mengajar atau memelihara tetapi dengan cara yang menggirangkan dan menyenangkan hati. Secara asasnya ialah adalah kaedah pengajaran dan pembelajaran santai tanpa rasa tertekan oleh guru mahupun murid-murid di mana mereka bebas berekspresi di dalam konteks pembelajaran dan pengajaran bahasa Melayu yang mungkin meliputi unsur estitika, lakonan, lelucon dan sebagainya.

Aplikasi Pengajaran Bahasa

Embed Size (px)

DESCRIPTION

ass

Citation preview

Page 1: Aplikasi Pengajaran Bahasa

Bertitik tolak daripada keperluan mengisi kehendak

Falsafah Pendidikan Kebangsaan maka, kaedah pengajaran dan

pembelajaran di sekolah dipastikan memenuhi aspek

penggabungjalinan, penyerapan, penilaian, pengayaan dan

pemulihan.   Kita semua maklum bahawa mata pelajaran Bahasa

Melayu adalah mata pelajaran yang wajib dipelajari oleh murid-

murid terutama di sekolah rendah sebagai langkah awal

mempercepatkan proses penyebatian perpaduan antara kaum

menerusi bahasa.

            Bahasa Melayu, walaupun ditutur secara meluas oleh

kelompok kaum Melayu dan bukan Melayu, masih memerlukan

penambahbaikan dari segi  penggunaan Bahasa Melayu Tinggi yang

tidak kedapatan di dalam bahasa rancu pertuturan harian kita.  

Begitu juga dengan kaedah pengajaran dan pembelajaran Bahasa

Melayu di sekolah, dari masa ke semasa memerlukan

penambahbaikan untuk memastikan ia berlangsung dengan seronok

di samping mencapai matlamatnya sebagai bahasa utama di

Malaysia.

Jean Piaget menegaskan murid-murid berumur 7 -11 tahun

berada di dalam tahap operasi konkrit di mana mereka sudah

membuka minda untuk bersosial iaitu berkawan, bermain dan

bergaul dengan rakan-rakan sebaya.  Teori tahap ketiga ini

memungkinkan minda mereka penuh dengan kecurigaan dan sedikit

demi sedikit menguasai pemikiran logik.  Begitupun, seadanya

kanak-kanak, perasaan mereka tidak terhindar untuk bermain dan

berseronok walaupun kesedaran berfikir secara egosentrik

semakin menipis. 

Kabinet Malaysia pada 8 Julai 2009 telah memutuskan untuk

memansuhkan PPSMI dengan mata pelajaran Sains dan Matematik

kembali diajar di dalam Bahasa Melayu di sekolah kebangsaan pada

tahun 2012.  Untuk melaksanakan pendekatan menguasai Bahasa

Melayu sebagai salah satu transformasi kurikulum  di sekolah

rendah maka kaedah didik hibur diperkenalkan.    Didik hibur

bermaksud mendidik dengan maksud mengajar atau memelihara tetapi

dengan cara yang menggirangkan dan menyenangkan hati.  Secara

asasnya ialah adalah kaedah pengajaran dan pembelajaran santai

tanpa rasa tertekan oleh guru mahupun murid-murid di mana mereka

Page 2: Aplikasi Pengajaran Bahasa

bebas berekspresi di dalam konteks pembelajaran dan pengajaran

bahasa Melayu yang mungkin meliputi unsur estitika, lakonan,

lelucon dan sebagainya.

Menurut (Amy 1964: Fagen), kanak-kanak bermain dengan

diarah oleh diri mereka sendiri tanpa mengambil kira tujuan

bermain.  Ini menunjukkan betapa polosnya kanak-kanak yang

hanya mementingkan keseronokan bermain.  Lalu, di sinilah

terselitnya cirri-ciri masukan didik hibur yang antaranya

mestilah ceria kerana berunsur kelakar walaupun tidak lari

daripada cakupan unsur pembelajaran bahasa seperti lakonan, 

muzik, puisi dan lawak jenaka.   Apabila kedapatan elemen-

elemen demikian,  ia akan mengurangkan rasa cemas atau tidak

yakin murid-murid terhadap guru apabila sesi dipenuhi dengan

pelbagai aktiviti yang melibatkan kesemua murid.  Guru

berperanan sebagai pemudahcara dan secara keseluruhannya

aktiviti dijalankan oleh murid-murid.    Dengan itu, murid-

murid diharapkan dapat berinteraksi di dalam kumpulan dan

bereksperimen dengan wahana seperti nyanyian, lakonan, bacaan

berirama sebebasnya tetapi masih di dalam kawalan para guru. 

Sebagai contoh, guru boleh memperdengarkan murid-muridnya

lagu Rama-Rama (lihat Lampiran 1) nyanyian Ella.  Lagu ini

dipilih kerana ia agak moden berbanding lagu-lagu puisi berima

yang ‘keanak-anakan’ Pelbagai aktiviti boleh dilaksanakan

berasaskan lirik lagu ini seperti aktiviti nyanyian.  Aktiviti

nyanyian adalah untuk aplikasi teknik ajuk hafaz untuk

membiasakan murid-murid dengan liriknya.  Boleh juga dilakukan

aktiviti bacaan berirama dengan bantuan guru. 

Apabila lirik tersebut telah diingati, aktiviti lanjutan

boleh dilakukan seperti aktiviti lakonan.  Guru boleh

melibatkan jumlah murid yang ramai berdasarkan lirik lagu

tersebut.  Sebagai contoh watak rama-rama, bunga, pokok,

matahari, manusia dan penyanyi latar atau pencerita.  Aktiviti

boleh dijalankan berasaskan lirik tersebut tetapi menggunakan

skrip yang kreatif dan melucukan.  Guru-guru mungkin boleh

merujuk kepada klip video persembahan akhir tahun siri Upin dan

Ipin, sebagai contoh. 

Page 3: Aplikasi Pengajaran Bahasa

Selanjutnya guru boleh memulakan sesi memahami bahasa

puitis dan makna puisi sebagaimana yang tercatat di dalam lirik

sebagai contoh memahami rangkap

Ekspresi dirimu menawan hatikuIngin aku terbang bersamamuMelihat kerenah melihat telahManusia yang sering telagah

Murid-murid boleh digalakkan mencari makna dan diajar

membaca kamus seterusnya memahami rangkap demi rangkap.  Semasa

sesi ini berlangsung, murid-murid boleh dibahagikan kepada

kumpulan kecil dan mereka akan diminta menulis semula rangkap

tersebut secara kreatif.  Secara kreatif mungkin bermaksud

kebolehan mewarna dan melukis boleh diaplikasikan sekaligus

memberi peluang mereka menggunakan kedua-dua otak kiri dan

kanan secara maksimun.   Untuk sesi ini, pendekatan komunikatif

digunakan dimana pengajaran berpusatkan murid di dalam proses

pengajaran dan pembelajaran berlangsung.  Guru-guru menjadi

pemimpin dan pemandu serta pemudahcara.

Sebagai intihanya, kaedah didik hibur merupakan kaedah

yang sesuai dengan situasi generasi Y pada masa sekarang. 

Pendekatan berasaskan keceriaan tanpa meninggalkan aspek

pendidikan amatlah diperlukan memandangkan kaedah pembelajaran

tradisional memungkinkan suasana pembelajaran dan pengajaran

berlangsung hambar.  Akhir kalamnya akan menjadikan murid-murid

lesu dan hilang minat mendepani subjek tersebut.  Ini akan

meninggalkan impak negatif terhadap perkembangan bahasa melayu

itu sendiri dan melayukan proses menjadikan ia sebagai bahasa

utama penyatuan kaum di Malaysia.

Page 4: Aplikasi Pengajaran Bahasa

psikolinguistik dan sematik dalam konteks pendidikan dan pengajaran bahasa

Pendidikan peringkat rendah adalah pendidikan yang bertujuan untuk melahirkan

insan yang seimbang serta berkembang secara menyeluruh dan bersepadu dari segi

intelek, rohani, emosi, dan jasmani selaras dengan hasrat Kurikulum Bersepadu Sekolah

Rendah (KBSR) dan Falsafah Pendidikan Negara. Pada peringkat ini, Bahasa Melayu

diajarkan sebagai mata pelajaran wajib, selaras dengan status Bahasa Melayu sebagai

bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara. Bahasa Melayu perlu dikuasai pada

peringkat awal bagi membolehkan murid-murid berkomunikasi dan menimba ilmu

pengetahuan, seperti kata pepatah Melayu, melentur buluh biarlah dari rebungnya.

Dalam hal ini proses pengajaran dan pembelajaran yang baik dan berkesan

adalah melibatkan kemahiran yang pelbagai serta mengintegrasikan unsur-unsur lain

supaya menjadi lebih berkesan dan kreatif adalah amat penting dan berkesan. Peranan

guru yang kreatif dan inovatif juga penting dalam memastikan proses pengajaran dan

pembelajaran mereka adalah efektif. Abd. Rahim (1999) menyatakan daya kreativiti yang

tinggi membolehkan sesuatu kaedah  atau metod pengajaran mencorakkan 

perkembangan minda, emosi, sikap dan nilai para murid. Manakala inovatif pula ialah

kebolehan seseorang guru memulakan sesuatu yang baru dalam bentuk kaedah, sistem

pendekatan dan sebagainya. Kaedah pengajaran adalah satu siri tindakan guru (cara)

yang sistematik bertujuan untuk mencapai objektif pengajaran yang telah ditetapkan.

Strategi pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu di peringkat sekolah

rendah menekankan penggabungjalinan, penyerapan, penilaian, pengayaan, dan

pemulihan. Ini selaras dengan usaha memenuhi konsep bersepadu dalam Falsafah

Pendidikan Negara. Namun demikian, guru-guru adalah digalakkan untuk menggunakan

pelbagai kaedah mengajar yang sesuai dengan kebolehan murid-murid. Keberkesanan

pengajaran dan pembelajaran adalah bergantung kepada pengolahan teknik dan

penggunaan bahan bantu mengajar yang dapat merangsang dan menggalakkan murid-

murid berkomunikasi, berinteraksi, dan berfikir.   

(i)                 Pendekatan Teori

Pada peringkat sekolah rendah pembelajaran merupakan suatu proses yang

berlaku dalam akal fikiran atau lebih dikenali sebagai kognitif dan kesan dari proses ini

akan dapat dilihat melalui perubahan dalam tingkah laku dan percakapan. Bagi

memastikan proses pembelajaran ini akan lebih berkesan kepada murid-murid salah

satu teori yang ditemui ialah Teori Konstruktif. Pengajaran dan pembelajaran (P&P)

berdasarkan teori konstruktif ini menyeimbangkan peranan guru dan murid untuk saling

Page 5: Aplikasi Pengajaran Bahasa

bersandar di antara atu sama lain. Peranan guru hanya dilihat sebagai pengawal bilik

darjah selain mereka seharusnya menerima murid-murid sebagai individu yang

mempunyai ciri-ciri perlakuan yang berbeza. Melalui teori ini ianya dapat membuka

ruang serta peluang kepada guru untuk memilih kaedah yang sesuai dalam memperolehi

sesuatu konsep dan pengetahuan.           

Konstruktif di ambil dari perkataan bahasa Inggeris ‘konstruktivisme’ yang

membawa maksud falsafah membina. Di bawah konteks pembelajaran teori konstruktif

menganggap bahawa ilmu pengetahuan tidak boleh wujud di luar minda tetapi dibina

dalam minda berdasarkan pengalaman sebenar iaitu pengetahuan dibina melalui proses

pengaruh di antara pembelajaran terdahulu dengan pembelajaran terbaru yang

berkaitan. Murid-murid membina ilmu pengetahuan dengan aktif dalam merialisasikan

teori ini. Pendekatan teori pembelajaran ini menyediakan peluang kepada murid-murid

untuk membina kefahaman terhadap perkara yang dipelajari dengan mewujudkan

jaringan antara idea serta fakta yang sedang diajar atau dipelajari.

  

Peranan guru sebagai pembimbing dan fasilitator juga dapat membantu dalam

mengawal disiplin para murid dengan baik. Di dalam menghadapi situasi di mana

kewujudan murid yang enggan melibatkan diri di dalam aktiviti pengajaran dan

pembelajaran, guru seharusnya lebih kreatif dalam mempelbagaikan aktiviti serta

mengajukan pelbagai persoalan sebagai ransangan terbaik sebagai jaminan keterlibatan

aktif murid-murid dalam menemukan idea-idea terbaru. Melalui teori konstruktif ini kita

tidak lagi melihat aktiviti pengajaran dan pembelajaran berpusatkan murid.

Manakala murid sekali-kali tidak menganggap guru hanya sebagai pembekal

maklumat tetapi sebagai sesuatu dari sumber pengetahuan untuk membantu mereka

mencari maklumat dan peransang bagi mereka berfikir dan berkomunikasi. Ilmu baru

yang terbentuk adalah berasakan kepada inisiatif diri individu dan perkongsian

pandangan di kalangan mereka selain mengadaptasi setiap pengalaman yang dilalui

dengan alam sekeliling sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran berjalan. Dengan

wujudnya lontaran-lontaran idea dan pengalaman murid ini secara tidak langsung

berjaya memecahkan suasana ‘dingin’ di kalangan murid itu sendiri.

Sehubungan dengan pendekatan teori psikolinguistik dan semantik dalam

konteks pendidikan dan pengajaran bahasa di sekolah rendah, responden (guru) terbabit

sangat memahami  teori huraian bahasa sebagai pendapat yang memerihalkan teori

dalam bahasa menurut pandangan satau pemikiran tokoh-tokoh seperti

Panini,Bloomfield, Chomsky dan Halliday berhubung dengan fonologi, morfologi, dan

sintaksis. Sebagai seorang guru yang mengajar bahasa yang baik beliau berupaya

Page 6: Aplikasi Pengajaran Bahasa

menggunakan bahasa Melayu yang menjurus kepada fungsi sebagai alat komunikasi

bagi menggambarkan fikiran dan emosi murid-murid.

(ii)               Prinsip Pedagogi

Pengajaran dan pembelajaran adalah proses   yang berterusan dan tidak statik

selari dengan perubahan-perubahan di sekeliling kita. Dalam era teknologi moden kini,

perkembangan ilmu pengetahuan dan kemahiran menuntut profesionalisme guru

mendalami inovasi dalam pedagogi bagi memperbaiki serta memperkukuhkan kapasiti

sebagai seorang pendidik. Bagi mengoptimumkan keberkesanan proses pengajaran dan

pembelajaran terdapat pelbagai teori pembelajaran menjelaskan bagaimana seseorang

belajar. Pendekatan teori-teori pengajaran  dan pembelajaran memainkan peranan

penting dalam menentukan keberkesanan sesuatu pengajaran dan pembelajaran dalam

bidang pendidikan.

Pada pandangan saya pengajaran responden lebih berasaskan kepada Teori

Pembelajaran Konstruktivisme di mana aliran Behaviorisme, proses pembelajaran

individu mensasarkan pengetahuan diperolehi secara kognitivisme. Kaedah

pembelajaran telah ditemui berhubung dengan manusia sebagai cara untuk mengubah

tingkah laku manusia (behavior change) dan potensi (potential behavior change) yang

ada pada seseorang, khususnya murid-murid. Dengan lain perkataan, proses

pembelajaran manusia atau organisma berlaku berasaskan ‘hukum pekaitan’ (Law of

Association) yang diutarakan oleh ahli Falsafah Yunani awal seperti Aristotle. Ivan

Pavlov seorang ahli psikologi Rusia telah menjalankan satu siri percubaan secara

saintifik dan sistematik mengkaji bagaimana pembelajaran berlaku pada sesutau

organisma. Menurut Ivan  Pavlov (1849-1936) ‘sesuatu organisma akan teringat sesuatu

kerana sebelum ini ia pernah mengalami sesuatu yang berkaitan’. Tambah  beliau

lagi,‘Learning is a result  on an association formed between a stimulus (such as food)

and a respond (the animal salivating)’. Dalam kajian ini, anjing telah ‘belajar’ mengaitkan

bekas makanan yang dilihat dengan makanan yang diberikan kelak. Oleh sebab itu,

pemilihan prinsip pedagogi pengajaran yang sesuai untuk sesuatu pelajaran amat

penting supaya penglibatan murid-murid pada tahap optimum.

Bertitik tolak daripada aliran Behaviorisme ini, proses pembelajaran murid-murid

mensasarkan  pengetahuan diperolehi secara kognitivisme. Seorang sarjana, Jean

Piaget mengatakan bahawa kognitivisme adalah perwakilan mental yang dikenali skema.

Skema akan menentukan bagaimana data dan maklumat yang diterima akan difahami

oleh minda manusia. Jika maklumat tersebut sesuai dengan skema yang ada, maka

skema tersebut diterima atau mungkin ditolak atau diubah suai.

Page 7: Aplikasi Pengajaran Bahasa

Pandangan  kognitivisme telah melahirkan Teori Pembelajaran Konstruktivisme

yang menjelaskan pengetahuan dibina secara aktif oleh individu yang berfikir. Dalam

konteks ini, murid-murid tidak menerima sebarang maklumat (pengetahuan) tanpa

berfikir dan menyesuaikannya dengan idea dan maklumat baru selaras dengan

pengetahuan sedia ada mereka. Keadaan ini terbentuk hasil daripada interaksi

sosial[1]bersama guru dan rakan mereka. Bagi mencapai matlamat ini, guru perlu

memilih kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan pelbagai kebolehan

dan minat pelajar.

Teori Konstruktivisme ini merupakan proses pembelajaran yang mewujudkan

bagaimana pengetahuan (knowledge) disusun dalam minda pelajar. Teori ini bertitik

tolak daripada pandangan aliran Behaviorisme yang mengkaji perubahan tingkah laku

sehingga kepada kognitivism yang mengkaji tentang cara manusia (murid-murid) belajar

dan memperolehi pengetahuan yang menekankan perwakilan mental mereka.

Pengetahuan (knowledge) dikembangkan secara aktif dan lazimnya pembelajaran

berpusatkan murid-muirdn(student-centred)[2].

Bruner (1973) turut menyatakan bahawa pembelajaran merupakan proses di

mana murid-murid membina idea atau konsep baru berdasarkan  pengetahuan semasa

mereka.  Kelebihan proses ini murid-murid dapat memilih dan menginteprestasikan

maklumat, membina hipotesis dan membuat keputusan yang melibatkan pemikiran

mental (struktur kognitif seperti skema dan model mental) memberi  makna dan

pembentukan pengalaman  dan membolehkan individu ‘melangkau melebihi maklumat

yang diberikan’ (Beyond the information given). Justeru, pembelajaran adalah usaha

murid sendiri dan bukannya dipindahkan daripada guru kepada murid. Konsep ‘menuang

ilmu’ kepada murid-murid itu sendiri tidak wujud, sebaliknya mereka berusaha dan

menggunakan pengalaman atau pengetahuan  sedia ada mereka.

Prinsip pembelajaran teori konstruktisvisme lebih menekankan aspek

pembelajaran (learning) berbanding dengan pengajaran (teaching). Kekuatan teori ini

memberi peluang dan ruang bagi murid-murid memilih goal (goal), strategi dan penilaian

ke  atas pembelajaran mereka. Para guru hanya berperanan sebagai fasilitator

(pemudah cara) serta membimbing murid-murid ke arah pembelajaran mereka. Keadaan

ini akan memberi lebih keyakinan dan motivasi kepada murid-murid dalam meneroka

pembelajaran berdasarkan inisiatif sendiri. Keupayaan murid-murid mengkonstruk

pengetahuan melalui aktiviti pembelajaran seperti projek atau kajian dan seumpamanya

telah memaksimumkan kecenderungan kognitif (cognitive predisposition) mereka. Bagi

mengatasi murid-murid yang lemah membaca, penekanan diberi kepada mereka bagi

membentuk kemahiran (skill) dan pengetahuan (knowledge)dengan mengaitkan

pengalaman lampau untuk kegunaan masa depan. Murid-murid harus membina sendiri

proses berfikir mereka dan kemahiran berkomunikasi yang baik dan jelas.

Page 8: Aplikasi Pengajaran Bahasa

(iii)             Pendekatan Pembelajaran

Sebagai seorang guru bahasa Melayu yang baik dan berkesan responden telah

menggunakan pendekatan pembelajaran induktif dalam proses pengajaran dan

pembelajarannya.  Berdasarkan tajuk yang diajar, ‘haiwan’ di mana beliau mengarahkan

murid-murid mengumpul dan mentafsir maklumat dan seterusnya membuat generalisasi

(kesimpulan). Melalui langkah-langkah pengajaran dan pembelajaran terdapatnya aspek

ansur maju dalam usaha membimbing murid-murid. Kaedah inkuiri penemuan diamalkan

apabila mengajar mata pelajaran bahasa Melayu [dalam langkah 2] dengan meminta

murid-murid menyatakan cirri-ciri binatang berdasarkan petikan yang diberi.

Prinsip penggunaan pendekatan pembelajaran induktif digunakan oleh guru

apabila murid-murid dibimbing untuk mencari kesimpulan dalam konteks kognitif dan

sosial. Selain itu, responden ternyata menggalakkan murid-muridnya sentiasa berfikir

dan mengakses maklumat sendiri dengan menggunakan akses internet. Dalam hal ini

keupayaan berfikir berkait rapat dengan keupayaan berbahasa murid-murid. Menurut

Tarigan (1990) proses kognitif dalam bacaan membantu pembaca mengorganisasi,

menginterprestasi dan menghubungkan pertalian dengan maklumat baru bagi menyalin

makna. Selain itu, pembelajaran aktif dianggap sebagai aktiviti sosial juga menggalakkan

dialog dan perbincangan sesama pelajar atau antara guru dan pelajar. Oleh yang

demikian, faktor berbahasa (membaca) dan kemahiran berfikir dalam kalangan  murid

perlu dititikberatkan.

Dari sudut bahan bantu mengajar (BBM) yang baik, mencukupi dan berkesan

ianya dilihat sebagai langkah yang proaktif  dalam meningkatkan suasana pembelajaran

yang menarik, bermakna dan seronok dapat dihasilkan. Antara lain, penggunaan deria-

deria murid dalam pelbagai aktiviti bahasa dapat membentuk interaksi sosial murid

dengan persekitaran telah membentuk maklumat dan idea baru ke dalam struktur

pengetahuan yang sudah sedia ada. Murid-murid akan  menjadi kreatif dan kritis.

Aapabila berlaku pertembungan idea lama dan baru, murid-mutrid akan berupaya

membuat analisis dan membentuk idea baru mereka yang lebih konkrit dan relevan.

(iv)             Kaedah Pengajaran

Dalam proses mencerap responden ternyata beliau dapat membuat persediaan

sebelum proses pengajaran dan pembelajaran; semasa proses pengajaran dan

pembelajaran; dan selepas proses pengajaran dan pembelajaran berlaku. Kaedah

pengajaran adalah satu siri tindakan guru (cara) yang sistematik bertujuan untuk

mencapai objektif pengajaran yang telah ditetapkan. Kaedah pengajaran juga

merupakan usaha keseluruhan yang terdiri daripada prosedur yang tersusun

Page 9: Aplikasi Pengajaran Bahasa

berdasarkan pendekatan yang dipilih (Shahabuddin Hashim, Rohizani Yaakub dan

Mohd. Zohir Ahmad, 2003).

Pada peringkat permulaan pelajaran responden berupaya mencungkil

pengetahuan yang sedia ada pada murid; mengaitkan pelajaran lepas dengan pelajaran

baru; dan menumpukan perhatian serta minat murid pada pelajaran yang akan

dipersembahkan. Responden dapat menghubungkaitkan set induksi dengan isi pelajaran

berhubung dengan ciri-ciri binatang. Murid-murid turut teransang untuk belajar secara

lebih lanjut. Kaedah pengajaran yang digunakan oleh responden  adalah bersoaljawab,

mengakses maklumat, dan membimbing murid-murid dari mula hingga akhir proses

pengajaran dan pembelajaran.

Pada peringkat perkembangan pelajaran, peringkat ini soalan digunakan untuk

menduga kefahaman murid mengenai bahan pelajaran yang dibincangkan; memastikan

penyertaan murid yang aktif; dan mengekalkan minat murid serta tumpuan perhatian

mereka.

Manakala peringkat penutup, soalan pada peringkat penutup digunakan untuk

membuat rumusan pelajaran; menguji kefahaman murid secara menyeluruh. Pada

umumnya turutan menyoal di dalam kelas boleh dijalankan seperti yang berikut; [1] guru

mengemukakan soalan kepada murid, [2] guru memberi masa untuk murid menjawab;

[3] guru boleh tujukan soalan tersebut kepada semua murid di kelas; [4] guru boleh

memanggil murid tertentu menjawab; dan [5] guru memberi perhatian kepada jawapan

yang dikemukakan dan seterusnya ajukan jawapan murid tersebut kepada murid lain.

Oleh itu pengajaran terancang memerlukan murid menghabiskan masa mereka

memperoleh pengetahuan atau memaparkan pengetahuan yang telah diajar. Pengajaran

terancang merupakan teknik pedagogi utama yang dibangunkan oleh pakar teori Skinner

sebagai aplikasi eksplisit tentang prinsip teori pembelajaran operan atau teori

peneguhan. Oleh itu setiap pencapaian mestilah diikuti dengan peneguhan.

(v)               Bahasa

Keupayaan mengajar merupakan salah satu peramal kepada prestasi kerja guru.

Dua dimensi penting bagi keupayaan mengajar ialah pengetahuan asas dan

pengetahuan pedagogi isi kandungan guru. Dalam pengajaran bahasa terdapat

beberapa kemahiran yang perlu diajarkan oleh guru kepada pelajar. Kemahiran-

kemahiran itu diajarkan secara berperingkat-peringkat iaitu kemahiran mendengar yang

merupakan kemahiran asas, kemahiran bertutur, membaca dan kemahiran menulis.

Dalam kajian ini, responden mampu melahirkan penerbitan bahasa dalam pertuturan

dan komunikasi dalam kalangan murid-muridnya dengan membaca teks prosa,

Page 10: Aplikasi Pengajaran Bahasa

mempelajari system bahasa seperti ayat tunggal dan ayat majmuk di samping

menguasai kosa kata yang berkaitan dengan isi pelajaran.

Aspek interaksi sosial antara guru dengan murid, dan murid sesama murid

merupakan kecekapan komunikatif penguasaan bahasa secara naluri (instinc) yang

dimiliki oleh seseorang penutur (murid) yakni keupayaan murid menggunakan dan

memahami bahasa secara wajar dalam proses berkomunikasi dan berinteraksi dengan

individu lain dan jalinannya dengan konteks sosial. Dari sudut psikolinguistik penerbitan

bahasa guru dan murid-murid dalam sesi pengajaran dan pembelajaran merupakan

pertuturan mengkaji segala proses mental yang berlaku dalam otak ketika

seseorangcuba berfikir.

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas proses formulasi adalah

berkaitan dengan konsep penterjemahan bahasa dari segi fonologi, sintaksis dan

semantik. Operasi semantic dalam proses pengajaran dan pembelajaran ini melibatkan

pemilihan perkataan yang sesuai dengan makna petikan prosa seperti liar, berlari,

beranak dan melompat. Operasi sintaksis pula merupakan hal pemilihan  pola ayat yang

sesuai dan dalam pola ayat inilah semua perkataan yang terpilih itu disusun supaya

menjadi frasa dan ayat tunggal dan majmuk.

Sebagai contoh frasa ialah ‘hidup liar’; ayat tunggal; ‘Monyet bergayut di atas

pokok’; dan ayat majmuk; ‘Katak melompat ke dalam kolam sewaktu dikejar oleh seekor

ular tedung selar’.  Manakala fonologi pula melibatkan tugas menerbitkan idea dalam

bentuk bunyi bahasa yang dihasilkan oleh sistem ujaran seperti lidah. Dalam hal ini

kaedah menyebut dan membaca perkataan dan  ayat perlu betul selaras dengan

sukukata dan struktur ayat tersebut. Pengajaran dan pembelajaran membaca, membina

dan menulis ayat ditekankan oleh responden dalam kajian ini.

(vi)             Kajian Proses Pelajaran

Berkenaan data-data yang diperolehi melalui instrument pencerapan pengajaran

dan pembelajaran yang dijalankan oleh pengkaji didapati respoden telah menjalankan

satu proses pengajaran dan pembelajaran dengan baik [instrument dilampirkan].

Persediaan sebelum proses pengajaran dan pembelajaran telah dirancang dengan baik

umapamanya rancangan pelajaran tahunan, harian, pengurusan kelas dan set induksi

yang sesuai. Responden berjaya menghubungkaitkan set induksi dengan becerita

mengenai binatang dengan isi pelajaran berhubung dengan ciri-ciri binatang. Isi

pelajaran berkaitan dengan set induksi yang dipilih oleh responden. Keadaan ini dapat

menarik perhatian dan minat murid-murid beliau untuk terus mengikuti pelajaran

selanjutnya.

Page 11: Aplikasi Pengajaran Bahasa

Semasa proses pengajaran dan pembelajaran responden mampu merancang

dan menyampaikan isi pelajaran dengan baik dan berkesan kerana mempunyai

pengetahuan mata pelajaran yang mendalam, penggunaan bahasa yang tepat, beransur

maju, pengurusan masa yang baik, BBM yang baik, pengintegrasian ICT[3],

pembelajaran berpusatkan murid, murid aktif, teknik penyoalan yang berkesan, penilaian

dan peneguhan berterusan, kawalan kelas yang baik serta membuat rumusan yang

tepat dan bersesuaian dengan topik. Melalui pemerhatian oleh pengkaji respon murid-

murid terhadap proses pengajaran dan pembelajaran beliau sangat aktif. Teknik ansur

maju dalam proses penyampaian isi pelajaran sangat menepati kehendak kurikulum

KBSR. Tambahan pula, murid-murid disyorkan meneroka dan mengakses

maklumat[4]berhubung dengan topik yang diajar bagi mendapatkan seberapa banyak

maklumat yang berkaitan.

Selepas proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung responden turut

memberi tugasan dan latihan kepada murid-murid. Di samping itu, di akhir sesi

pengajaran dan pembelajaran beliau turut membuat refleksi dan hasil tugasan murid-

murid disemak dengan teliti.  Dalam proses pengajaran dan pembelajaran responden

turut mengadakan aktiviti bimbingan ke atas murid-murid yang lemah dan bai murid-

murid yang cergas beliau turut memberikan latihan tambahan (pengayaan) kepada

mereka. Keadaan ini dilihat sangat baik dan berkesan dalam mewujudkan suasana

pembelajaran yang efisien dan kondusif.

Penutup

Sebagai rumusan dapatlah dikatakan bahawa melalui kajian kes ini responden

sebagai guru bahasa Melayu mampu menunjukkan komitmen dan usaha bersungguh-

sungguh dalam menjayakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. BBM yang sesuai dan

menarik minat murid turut memberi kesan kepada suasana pembelajaran yang aktif.

Murid-murid sangat aktif melibatkan diri dalam pengajaran beliau. Tambahan pula, aspek

ansur maju dalam perkembangan isi pelajaran tidak membunuh semangat dan usaha

murid-murid untuk terus belajar. Sikap guru yang proaktif dalam mendorong dan

memotivasikan murid-murid dalam rumusan pengajaran dan pembelajarannya dapat

mengukuhkan lagi kefahaman mereka dari segi kognitif dan sosial. Justeru, murid-murid

akan sentiasa bersemangat dan tidak sabar menunggu sesi pengajaran dan

pembelajaran selanjutnya.

Bibliografi:

________ (2009). Modul HBML 3303 Psikolinguistik dan Sematik. Universiti TerbukaMalaysia :

Meteor Doc. Sdn. Bhd.

Page 12: Aplikasi Pengajaran Bahasa

Abd. Rahim Abd. Rahsid (1999). Kemahian Befikir Merentasi Kurikulum. Kuala Lumpur :

Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Brown, H.D. (1994). Teaching by principle : An introductive approach to  language

pedagogy. New  Jersey : Prentice Hall Reprints.

Bruner, J. (1973). Going Beyond the Information Given. New York : Norton.

Lev. S. Vygotsky (1978). (Terjemahan) Teori Pembelajaran Sosial.

         http://planet.time.net.my/KLCC/azmo1/Teori/Teori_Pembudayaan_S...

Mok Soon Sang (2002). Pedogogi Untuk Kursus Diploma Perguruan. Subang Jaya. Kumpulan

Budiman Sdn. Bhd.

Shahabuddin, et.al (2003) dalam Ana Melissa binti Zainal dan rakan-rakan. Pendekatan

Proses pengajaran dan pembelajaran. 21 – 24 Mei 2007 : Hotel Capitol, Kuala Lumpur.

Tarigan, H.G. (1990).  Membaca dalam Kehidupan. Bady. Penerbit Angkasa.

[1] Lihat, L.S. Vygotsky (1978), “interaksi sosial”, amat penting dalam membentuk perkembangan kognitif pelajar.[2] Lihat, Brown (1994), “The student-centred approach is best suited to support student for optimum learning as the subject matter is intregrated in one lesson. It allows students to discover (discovery learning) for themselves in the process of learning”.[3] Aplikasi teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dengan menggunakan komputer yang berasaskan teori konstruktivisme dalam pembinaan perisisian pengajaran dan pembelajaran memainkan peranan penting dalam membekalkan program pengajaran yang sesuai dan mengembangkan potensi murid.[4] Lihat Papert (1998) menegaskan bahawa komputer mempunyai impak ke atas kanak-kanak (murid) kerana dengan menggunakan komputer ia dapat memberi pengalaman yang konkrit.

Page 13: Aplikasi Pengajaran Bahasa