27
1 MODUL ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONALSIME GURU 1 1.1 KONSEP PROFESION DAN PROFESIONALISME Profesion Pekerjaan yang melaksanakan fungsi sosial yang penting. Dengan kata lai n, profesion ialah satu bidang yang mempunyai ciri-ciri seperti kepentingan kemahir an intelek, latihan ikhtisas yang mencukupi, khidmat yang diperlukan masyar akat, menikmati autonomi individu dan kumpulan, mementingkan mutu perkhidmatan dan sebagainya. Profesional Ciri-ciri yang terdapat dalam kalangan ahli dalam suatu profesion. Menu rut Ornstein dan Levine (1993), terapat 4 ciri dalam suatu profesion: Ahli perlu menguasai ilmu pengetahuan yang mendalam. Kecekapan dan kepakaran dalam bidang tertentu. Adanya kod etika untuk mengawal tingkah laku ahli-ahli. Kebenaran diberi kepada profesion oleh masyarakat untuk beroperasi. Adakah guru sebagai satu profesion? Ya, guru dianggap sebagai satu pro fesion kerana: 1. Berpengetahuan terhadap mata pelajaran yang diajar. 2. Berpengetahuan mengenai pelajar. 3. Adanya peningkatan profesionalisme guru. 1.2 CIRI-CIRI GURU YANG PROFESIONAL Berdasarkan penelitian tentang profesionalisme guru, kita dapat merumuska n bahawa guru yang profesional haruslah berilmu, berkemahiran dan berketerampilan dalam pengetahuan pedagogi, pengetahuan pedagogi dalam BAB 1 ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU 2 MODUL ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONALSIME GURU 2 pengajaran dan pembelajaran, dan mempunyai sahsiah yang baik dan boleh diteladani pelajar. Abdullah Shukor (1998) menyarankan ciri-ciri guru yang berkesan yang se laras dengan amalan profesional guru termasuklah:

234052832 Modul Pembelajaran IPG EDU3083

Embed Size (px)

DESCRIPTION

free

Citation preview

1 MODUL ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONALSIME GURU 1 1.1 KONSEP PROFESION DAN PROFESIONALISME Profesion Pekerjaan yang melaksanakan fungsi sosial yang penting. Dengan kata lain, profesion ialah satu bidang yang mempunyai ciri-ciri seperti kepentingan kemahiran intelek, latihan ikhtisas yang mencukupi, khidmat yang diperlukan masyarakat, menikmati autonomi individu dan kumpulan, mementingkan mutu perkhidmatan dan sebagainya. Profesional Ciri-ciri yang terdapat dalam kalangan ahli dalam suatu profesion. Menurut Ornstein dan Levine (1993), terapat 4 ciri dalam suatu profesion: � Ahli perlu menguasai ilmu pengetahuan yang mendalam. � Kecekapan dan kepakaran dalam bidang tertentu. � Adanya kod etika untuk mengawal tingkah laku ahli-ahli. � Kebenaran diberi kepada profesion oleh masyarakat untuk beroperasi. Adakah guru sebagai satu profesion? Ya, guru dianggap sebagai satu profesion kerana: 1. Berpengetahuan terhadap mata pelajaran yang diajar. 2. Berpengetahuan mengenai pelajar. 3. Adanya peningkatan profesionalisme guru. 1.2 CIRI-CIRI GURU YANG PROFESIONAL Berdasarkan penelitian tentang profesionalisme guru, kita dapat merumuskan bahawa guru yang profesional haruslah berilmu, berkemahiran dan berketerampilan dalam pengetahuan pedagogi, pengetahuan pedagogi dalam BAB 1 ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU 2 MODUL ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONALSIME GURU 2 pengajaran dan pembelajaran, dan mempunyai sahsiah yang baik dan boleh diteladani pelajar. Abdullah Shukor (1998) menyarankan ciri-ciri guru yang berkesan yang selaras dengan amalan profesional guru termasuklah:

� Bersikap profesional. � Mempamerkan ciri-ciri kekuatan teori. � Kaya dengan ilmu. � Bertindak atas landasan etika dan tatasusila kerja. � Bermoral teguh. � Berusaha meningkatkan kualiti hasil pengajaran. Manakala McEwan (2002) menyatakan, terdapat 10 tret guru yang amat berkesan. Hal ini termasuklah: a) Dorongan oleh misi dan passionate – guru didorong oleh misi seolah-olah mempunyai passion untuk membantu pelajar untuk berkembang. b) Positif dan benar – hormat menyayangi, demokratik, berpandangan positif. c) Guru sebagai pemimpin – mempengaruhi pelajar untuk berubah. d) With-it-ness – guru melengkapkan diri dengan pengetahuan untuk mempunyai kawalan penuh terhadap pengurusan bilik darjah, penglibatan pelajar dan sebagainya. e) Gaya – menampilkan gaya yang tersendiri dan unik. f) Kepakaran dalam motivasi – percaya dirinya mampu mengubah kehidupan pelajar. g) Keberkesanan pengajaran (instructional effectiveness) – guru mempunyai pelbagai teknik dalam pengajaran. h) Pembelajaran tentang kandungan (book learning) – punyai pengetahuan yang lengkap tentang kandungan dan sentiasa belajar sepanjang hayat. i) Pintar (street smarts) – mempunyai pengetahuan tentang pelajar, sekolah dan komuniti. j) Celik minda (mental life) – fokus terhadap kerja yang dilakukan. 3 MODUL ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONALSIME GURU 3 2.1 KOD ETIKA KEGURUAN 2.1.1 Maksud Etika Peraturan perilaku, adat kebiasaan manusia dalam pergaulan antara satu sama lain dan aturan ini menegaskan apakah yang benar dan apakah yang salah. Berasal daripada perkataan Yunani ETHOS yang membawa maksud norma-norma, nilai-nilai, kaedah-kaedah dan ukuran bagi tingkah laku manusia. American College Dictionary,1964 Prinsip moral yang merangkumi ilmu tentang kebaikan dan sifat dari kebenaran. Nikki, 2009 Pedoman perilaku yang dikenal pasti berkaitan dengan tindakan manusia dalam bahagian tertentu. Bascom, 2007 Ilmu mengenai sesuatu kewajipan 2.1.2 Kod Etika Profesion Peraturan untuk membantu guru yang profesional mematuhi prinsip-prinsip yang termaktub demi menjaga imej profesion. Terdapat 3 aspek fungsi utama Kod Etika

Profesion: a) Memberikan pedoman kepada setiap ahli mengenai prinsip profesionalisme yang dirangkakan. b) Kawalan sosial untuk masyarakat atas profesion yang berkaitan. Masyarakat dapat memahami kepentingan sesuatu profesion. c) Membantu para profesional mencegah campur tangan pihak di luar organisasi ptofesion tentang hubungan etika dalam keanggotaan profesion. BAB 2 KOD ETIKA DAN AKAUNTABILITI KEGURUAN 4 MODUL ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONALSIME GURU 4 2.1.3 Kod Etika Perguruan Malaysia Kami guru-guru Malaysia yakin bahawa tujuan utama pendidikan ialah berusaha menuju ke arah pembentukan warganegara yang berilmu, yang taat setia, yang bertanggungjawab dan berkebolehan, yang menyedari betapa pentingnya usaha menuju ke arah kebenaran dan ke arah pencapaian hasrat yang gemilang dan yang percaya kepada demokrasi, kebebasan perseorangan dan prinsip-prinsip Rukun Negara. Melalui pendidikan, masyarakat dapat membantu anak mudanya memahami kebudayaan mereka, memperoleh pengetahuan yang telah terkumpul sejak zaman berzaman dan menyediakan mereka untuk cabaran masa hadapan. Dengan menyedari betapa besarnya tanggungjawab membimbing anak muda untuk mecapai kemajuan sepenuhnya, maka dengan ini kami menerima tatasusila berikut sebagai panduan untuk membolehkan kami menyempurnakan profesion kami ke taraf kesusilaan yang setinggi-tingginya: 1. Tanggungjawab terhadap pelajar - Lebih mengutamakan kebajikan dan keselaman pelajar. - Bersikap adil terhadap semua orang pelajar. - Merahsiakan semua maklumat ikhtisas atau sulit mengenai pelajar kecuali mereka yang berhak mengetahuinya. - Membimbing atau mengajar seseorang pelajar dalam darjah sendiri atau mata pelajaran yang di ajar dalam bilik darjah tanpa sebarang bayaran. - Menunjukkan suatu cara pakaian, pertuturan dan tingkah laku yang dapat memberikan contoh yang baik kepada pelajar. - Memelihara dan memperbaiki kecekapan ikhtisas melalui pengkajian, lawatan, dan menghadiri kursus ikhtisas, persidangan dan sebagainya. 2. Tanggungjawab terhadap ibu bapa - Menghormati tanggungjawab utama ibu bapa terhadap anak-anak mereka. - Berusaha mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat antara institusi pendidikan dengan rumah tangga. 5 MODUL ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONALSIME GURU 5 - Menganggap semua maklumat yang diberikan oleh ibu bapa mengenai keadaan rumah tangga atau anak mereka sebagai sulit. - Memberikan maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan anak-anak mereka dengan menggunakan maklumat yang diterima daripada ibu

bapa secara teliti dan bijaksana. - Mengelakkan diri daripada menggunakan atau dipengaruhi oleh kedudukan sosial dan ekonomi ibu bapa pelajar. - Mengelakkan diri daripada mengeluarkan kata-kata atau melakukan sesuatu yang boleh menjejaskan kepercayaan pelajar terhadap ibu bapa atau penjaga mereka. 3. Tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara - Mengelakkan diri daripada menyebarkan sesuatu ajaran yang boleh merosakkan kepentingan pelajar, masyarakat, negara ataupun yang bertentangan dengan Rukun Negara. - Memupuk dalam diri setiap pelajar sikap dan nilai yang boleh membantu dan membimbing mereka untuk menjadi warganegara yang taat setia, bertanggungjawab dan berguna, menghormati adanya perbezaan kebudayaan, keturunan dan agama. - Menghormati masyarakat di tempat kami bekhidmat dan memenuhi segala tanggungjawab sebagai seorang warganegara dan sentiasa sanggup mengambil bahagian dalam sebarang kegiatan masyarakat. - Menggalakkan kerjasama dan persefahaman antara guru dengan ibu bapa serta institusi pendidikan dengan masyarakat. - Memberikan sumbangan cergas untuk meninggikan kehidupan moral, kebudayaan dan kecendekiaan masyarakat. - Berpegang kepada tingkah laku yang sopan yang diterima oleh masyarakat dan menjalani kehidupan kami sehari-hari dengan baik. 4. Tanggungjawab terhadap rakan sejawat dan profesion keguruan - Mengelakkan diri daripada membuat sebarang kenyataan atau ulasan yang boleh mencemarkan nama baik seseorang guru di hadapan pelajar atau ibu bapa atau berbuat sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah seseorang guru. 6 MODUL ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONALSIME GURU 6 - Tidak melibatkan diri dalam dalam kegiatan yang boleh menjejaskan diri dalam kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapan kami sebagai seorang guru. - Berusaha dengan sepenuhnya menunaikan tanggungjawab kami dengan berusaha dan bersungguh-sungguh dan mengekalkannya sejajar dengan kemajuan ikhtisas dan sosial. - Sentiasa bersedia membantu rakan sejawat terutamanya mereka yang baru dalam profesion keguruan. - Sentiasa mengawasi diri supaya tidak mencemarkan nama baik profesion keguruan. - Akan menjadi ahli sesebuah persatuan guru. 2.1.2 Konsep Akauntabiliti Guru Akauntabiliti merujuk kepada sifat bertanggungjawab kepada seseorang atau terhadap sesuatu tindakan, keputusan serta bersedia memberikan penjelasan dan jutifikasi yang diperlukan. Dalam erti kata yang lain, akauntabiliti ialah tanggungjawab guru terhdapa profesionnya. Guru mempunyai beberapa akauntabiliti. Antaranya ialah: a) Akauntabiliti terhadap pelajar – guru mendidik pelajar ke tahap yang cemerlang dalam pencapaian akademik di samping membektuk potensi mereka secara mnyeluruh. b) Akauntabiliti terhadap diri sendiri – guru harus berpengetahuan luas

dan berketerampilan dalam bidang mata pelajaran yang diajar. c) Akauntabiliti terhadap ibu bapa – guru melaksanakan tugas dengan memastikan anak-anak mereka menajdi insan yang berguna kepada msayarakat dan negara. d) Akauntabiliti terhadap masyarakat dan negara – guru mempunyai tanggungjawab untuk memenuhi hasrat negara sebagai rakyat Malaysia berlandaskan prinsip-prinsip yang termaktub dalam Rukun Negara. e) Akauntabiliti terhadap rakan sejawat dan profesion keguruan – guru perlu menjalin hubungan sesama rakan sejawatnya serta bertanggungjawab sesama sendiri dalam profesion yang disandang oleh mereka. 7 MODUL ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONALSIME GURU 7 2.1.3 Integriti guru Perkataan integriti bermaksud wholeness atau completeness iaitu kesempurnaan. Tetapi ada juga yang meanggap integriti sebagai soundness of moral principle yang merujuk kepada keikhlasan dan kejujuran (Nielsen,2004). Secara dasarnya, integriti ialah kesempurnaan atau keikhlasan atau kejujuran. Integriti guru pula bermaksud guru perlu melaksanakan amanah dan kuasa yang dipertanggungjawabkan menurut kepentingan umum. Integriti guru merangkumi: a) Tanggungjawab yang berat dalam mendidik pelajar dengan penuh keikhlasan dan kejujuran. b) Melaksanakan tugasnya dengan amanah dan mempunyai keprihatinan serta penuh kasih sayang. c) Tanggungjawab dan berkewajipan menyediakan pengajaran dan pembelajaran yang terbaik untuk pelajar. 8 MODUL ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONALSIME GURU 8

Maksud etika : cara atau hukum yang tidak bertulis berkenaan adab tertib dalam pergaulan Maksud Etika Guru : Suatu sistem yang diatur sebagai panduan untuk diikuti oleh guru supaya guru saling menghormati, mempunyai kesantunan, kepedulian terhadap profesionnya serta boleh menguruskan kehidupan dengan baik Etika perlu dalam profesion perguruan : � Supaya segala tindakan guru dilihat telah menjaga kepentingan masyarakat yang berhubung dengan mereka � Supaya tingkah laku guru sesuai dengan adat kebiasaan yang berlaku dan tidak bertentangan dengan hak asasi umum. � Guru dikawal oleh etika perguruan. ISU KESANTUNAN GURU Kesantunan merujuk kepada tatacara, adat atau kebiasaan yang berlaku dalam masyarakat. Fokus kesantunan guru Perlakuan dalam percakapan - Kawalan suara - Memonopoli sidang perbualan - Cakap banyak - Puji diri secara langsung dan tidak Tatacara berkomunikasi - Ikut norma budaya setempat, bukan tatacara kita sahaja. BAB 3 ISU-ISU ETIKA GURU 9 MODUL ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONALSIME GURU 9 ISU KEPEDULIAN GURU � Perwakilan komposit perasaan, pemikiran, dan perhatian yang diberikan kepada sesuatu isu/tugas � Perasaan, pemikiran dan perhatian yang diberikan guru terhadap isu atau tugasnya. � Gabungan perasaan, pemikiran dan perhatian yang diberi oleh guru terhadap isu yang dihadapi semasa melaksanakan tugasnya. � Kepedulian merupakan kuasa yang akan menggerakkan suatu proses perubahan (Havelock 1995) Guru perlu : a) Sedar atas perubahan b) Minat pada perubahan c) Mengenali pembawa perubahan d) Mengurus perubahan e) Menilai kesan perubahan f) Bekerjasama dengan rakan g) Membuat penambahbaikan Kepedulian dari segi penyempurnaan diri

� urus hal kehidupan seharian � jangan sampai masalah kehidupan mengganggu tugas Kepedulian terhadap tugas pengajaran � ambil peduli tentang bahan, kaedah dan beban PNP � bimbang terhadap perasaan murid terhadap guru Kepedulian terhadap impak pengajaran � yakin terhadap kebolehan pelajar � guru lebih fokus kepada keperluan pelajar dan penambahbaikan 10 MODUL ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONALSIME GURU 10 Fokus Etika Guru � Kesantunan guru- tata cara bertindak dan berkomunikasi mengikut norma budaya setempat � Kepedulian guru- perasaan, pemikiran dan perhatian yang diberi oleh guru terhadap isu atau tugasnya � Penampilan guru- jenis penampilan guru ialah penampilan untuk perbezaan, dialog, disilusi dan demokrasi. � Berniaga di sekolah- tidak sepatutnya dilaksanakan di sekolah � Pengurusan masa- urus masa dan didik murid urus masa � Kerjaya sambilan- perlukan kebenaran, tidak menerima bayaran jika mengadakan kelas tuisyen untuk murid di sekolah � Pengurusan kewangan- urus wang semasa bertugas dan urus wang keluarga. 11 MODUL ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONALSIME GURU 11

Teori Keprihatinan (Fuller 1969) - Peringkat Keprihatinan Diri/kemandirian diri- guru berasa bimbang tentang kemampuan diri untuk mengawal kelas dan apa jua yang akan diperkatakan oleh ibu bapa serta guru lain - Peringkat Keprihatinan Terhadap Tugas-memperbaiki pengajaran serta menguasai isi kandungan mata pelajaran - Peringkat Impak- guru melihat pelajarnya sebagai individu yang mempunyai pelbagai keperluan Prihatin Diri - Apakah pelajar suka saya? - Bolehkah saya mengajar apabila diselia? - Apakah yang dikatakan oleh guru lain tentang saya. - Apakah BBM saya sesuai dengan murid? Peringkat Impak - Bagaimana cara saya memotivasikan murid saya? - Apakah cara saya mewujudkan rasa kejayaan dalam kalangan pelajar saya? - Adakah pelajar saya mempunyai disiplin yang tinggi? Teori 5 Peringkat Perkembangan Guru - Peringkat novis - Peringkat novis lanjutan - Peringkat cekap - Peringkat mahir - Peringkat pakar BAB 4 PERINGKAT-PERINGKAT PERKEMBANGAN GURU 12 MODUL ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONALSIME GURU 12 Ciri guru berkesan : - Profesional - Mempamerkan kekuatan teori - Kaya ilmu - Bertindak atas landasan etika kerja - Morality yang teguh - Sentiasa berusaha meningkatkan kualiti pengajaran - Prihatin dengan kehendak murid dan ibu bapa - Menilai kekuatan dan kelemahan murid sekolah - Melengkapkan diri dengan kemahiran sejajar dengan tuntutan semasa - Menampilkan watak terpuji, berimej, peribadi mulia, berwawasan - Taat setia terhadap perkhidmatannya, memartabatkan profesionnya - Menunjukkan kesetiaan kepada kerajaan, bebas berpendirian - Professional dengan PNP di sekolah - Berupaya melahirkan ‘persekolahan berwatak’ supaya pelajar mempunyai ilmu, berpersonaliti sihat dan serba boleh. Guru Permulaan � Guru yang baru memulakan perkhidmatan selepas tamat kursus perguruan di IPG atau universiti � Sosialisasi didefinisikan sebagai proses saling mempengaruhi antara individu dalam konteks sosial sekolah selepas penempatan baru. � Guru baru sering berhadapan dengan masalah sosialisasi.

� Guru baru sering menghadapi masalah : o guru besar dan guru o mempelajari peranan sebagai guru di luar bidang tugas mengajar o masalah pembelajaran dan disiplin murid � Ciri-ciri kelemahan sosialisasi guru permulaan : - Kurang mahir urus Koku - Kurang mahir urus aktiviti sukan - Tidak memahami peraturan dan disiplin sekolah - Kurang yakin kawal disiplin bilik darjah - Kurang teori dan amalan latihan 13 MODUL ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONALSIME GURU 13 - Tidak cukup kemahiran guna pusat sumber - Kurang kemahiran sosial Cabaran Guru Permulaan - Dikatakan pasif, tak kreatif dan imaginative - Belum mencapai tahap yang dikehendaki pihak sekolah - Masalah penyesuaian diri dengan reality sekolah dan bilik darjah. - Mula mengaplikasikan kaedah mengajar - Memahami fakta, konsep dan perkara asas pengajaran - Membentuk kerangka kognitif tugas-tugas guru - Kurang berupaya menangani tugas harian guru Guru Cekap - Ada kecekapan pada tahap minimum - Guru mula kenali lebih banyak prinsip, konsep dan elemen dengan merujuk situasi khusus. - Guru memiliki kemampuan menyelesaikan masalah PNP. Guru Cekap Menjadi guru cekap : - Kecekapan profesionalisme - Kecekapan melaksanakan visi dan prinsip - Keutuhan peribadi - Kecekapan menggunakan teknologi maklumat Ciri-ciri guru cekap : 1) Ciri peribadi – bermatlamat, fikiran positif, yakin dan sabar 2) Ciri mengajar – gaya tersendiri, kepakaran, bermotivasi 3) Ciri intelektual – suka membaca, mempunyai mental-life yang segar, mempunyai kesungguhan kendiri dan minda sihat dan terbuka. Prinsip Guru Cekap : - Do It Right First Time : setiap kerja mesti cekap dan kurang silap 14 MODUL ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONALSIME GURU 14 - Guru mengajar murid belajar : mengajar, membuat persediaan dan beri murid semangat belajar bersungguh-sungguh - Berkongsi visi yang sama - Bakti disemai bukti dituai - Penambahbaikan berterusan

- Mencegah masalah lebih utama dari menyelesaikan masalah : guru perlu proaktif Guru Mahir - Terbaik dalam bidang - Menjadi teladan profesionalisme - Terlibat sepenuhnya dalam kokurikulum Guru Pakar - Menyerlahkan diri secara profesionalisme - Idea dan kemahirannya boleh mempengaruhi polisi pengendalian bilik darjah. - Dianggap sebagai bidang yang berautoriti bercakap dalam bidang profesionalnya. Guru Mahir � Orang yang memiliki kemampuan dan keahlian khusus dalam bidang keguruan sehingga ia mampu melakukan tugas dan fungsi sebagai guru dengan kemampuan maksimum � Orang yang terdidik dan terlatih dengan baik. Guru Berintelek � Guru perlulah menanamkan sifat ingin tahu, yang akan mendorong diri mempelajari dan menyesuaikan diri dalam dunia pendidikan yang sering berubah-ubah (up to date) Guru mahir perlulah : � Mahir berkomunikasi. Guru yang mahir berkomunikasi dengananak muridnya akan mghasilkan suasana pembelajaran yang lebih dinamik. � Dapat memberikan motivasi yang berkesan. 15 MODUL ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONALSIME GURU 15 � Murid menerima motivasi secara berhemah dan berhikmah. � Meningkatkan kebolehan penggunaan ICT, mengekalkan guru berkualiti dengan cara sentiasa aplikasi ICT dalam PNP dan tahu kemahiran aplikasi komputer. Kesimpulan : Kemahiran guru yang perlu ada : - Kemahiran penyampaian - Kemahiran penilaian - Kemahiran merangsang - Kemahiran pengurusan bilik darjah Guru Pakar Definisi Guru Pakar : - Guru pakar ialah guru yang mempunyai kemahiran, pengetahuan, dan kepakaran tinggi dalam mata pelajaran khususnya dalam PNP. Sahsiah guru pakar : - Sahsiah terpuji - Berketrampilan - Berpegang teguh kepada etika perguruan dan etika perkhidmatan awam - Peka dan prihatin kepada keperluan pelajar - ‘role model’ kepada warga pendidikan Pengetahuan guru pakar : - Menguasai dan menghayati kandungan mata pelajaran

- Menjadi pakar rujuk PNP - Bijak mengurus masa, bahan dan sumber - Mampu mengenalpasti keperluan dan masalah pelajar Hasil kerja : - Meningkatkan hasil pembelajaran (learning outcome) - Memiliki kemahiran komunikasi tinggi dan berupaya menyampaikan idea dan mesej yang berkesan. 16 MODUL ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONALSIME GURU 16 Potensi : - Berwawasan, proaktif, responsive, inovatif dalam rangka menjalankan tugas sebagai pendidik. Sumbangan kepada kemajuan pendidikan negara - Berupaya menjana idea baru dalam mata pelajaran atau bidang pengkhususan dan berkongsi idea tersebut bagi meningkatkan mutu pendidikan Negara. 17 MODUL ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONALSIME GURU 17 Peranan Guru � Pengamal Ilmu dan Kemahiran � Pembimbing � Penyelidik � Agen Sosial � Agen Perubahan

� Pengganti Ibu Bapa � Pembentuk Tingkah Laku � Pengurus Pembelajaran Pengamal Ilmu dan Kemahiran � Pengamal pengetahuan kandungan pedagogi. � Menstruktur pengajaran dengan mengintegrasikan unsur kemahiran dan nilai. � Mempunyai peranan memindahkan ilmu dan meninggikan adab murid. � Mempraktikkan budaya ilmu – membaca, berfikir, membuat penyelidikan & mencari idea baru. Pembimbing � Menyemai minat dan motivasi terhadap mata pelajaran. � Mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid. � Menanamkan minat dan sikap yang sihat pada alam persekolahan & amalan seharian. � Mengenal pasti & membantu murid yang mengalami masalah spt pelajaran, sosioemosi & kesihatan. BAB 5 PERANAN GURU SEKOLAH RENDAH 18 MODUL ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONALSIME GURU 18 Pengamal Reflektif � Membantu guru permulaan menstruktur pemikiran bagi menguasai aspek kandungan pengetahuan. � Meningkatkan tahap profesional guru. � Menambah baik aktiviti P&P. � Jika diterapkan kepada murid membolehkan mereka memperoleh kemahiran berfikir kritis & kreatif. Penyelidik � Dapat meningkatkan kualiti P&P. � Menjalankan pelbagai jenis penyelidikan yang berkaitan amalan P&P. � Menggunakan BBM dan mengkaji keberkesanannya melalui kajian penyelidikan tindakan. � Guru boleh menjalankan penyelidikan biasa menggunakan kaedah kes, soal selidik, pemerhatian & temu bual. Agen Sosial � Guru agen sosialisasi. � Guru bukan sahaja menyampaikan pengetahuan tetapi perlu menupuk sahsiah, sikap dan nilai selaras dengan kehendak budaya masyarakat. � Guru berperanan sebagai pembudayaan masyarakat. Agen Perubahan � Masalah sosial masyarakat satu cabaran besar kepada tanggungjawab guru. � Guru berperanan mengawal kepincangan ini. � Oleh itu guru perlu membina kesepaduan ilmu, kemahiran dan nilai kepada murid. � Menerapkan nilai kepimpinan demokratik. � Peranan guru sebagai agen perubahan meliputi

� Menggunakan strategi pemusatan murid � Mengawal sikap penyayang � Bersikap proaktif 19 MODUL ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONALSIME GURU 19 � Bersedia menghadapi perubahan Pengganti Ibu Bapa � Guru perlu mendapat kefahaman sosiobudaya anak muridnya. � Guru hendak peka dengan emosi, keperluan dan perubahan sikap & tingkah laku murid. � Murid perlu diberi dorongan dan bimbingan tanpa batasan pilih kasih, prejudis atau diskriminasi. Pembentuk Tingkah Laku � Guru menyampaikan nilai moral, nilai agama, nilai terminal & nilai instrumental bagi membentuk tingkah laku murid. � Bilik darjah yang efektif menekankan pembentuk tingkah laku (kesungguhan, kerajinan, ketekunan, persahabatan, toleransi dan kesabaran). Pengurus Pembelajaran � Meningkatkan keyakinan dan pencapaian pelajar dalam bidang akademik dan sosial. � Mempengaruhi perkembangan emosi dan sosial pelajar. � Memudahkan guru mendapat sokongan dan kerjasama yang baik daripada pelajar. � Pelajar tidak merasakan adanya pilih kasih dan diskriminasi. � Memupuk nilai persahabatan, kerjasama, toleransi dalam kalangan pelajar. � Mengurus pelbagai rutin bilik darjah dan rutin aktiviti murid. � Menguruskan persediaan mengajar teratur dan sistematik seperti RHP, BBM dan membuat rujukan pada bahan lain yang terkini. � Mengurus perancangan penilaian termasuk prosedur dan BBM. 20 MODUL ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONALSIME GURU 20 6.1 ASAS KEPIMPINAN Kamus Dewan (2002) Robbins (2003) -kepimpinan ialah keupayaan untuk memimpin -kepimpinan ialah kebolehan untuk mempengaruhi ahli kumpulan untuk capai matlamat Kim & Maubourgne (1992) Leithwood &Janti (1999) -kepimpinan ialah kebolehan seseorang untuk menginspirasikan keyakinan &

sokongan dalam kalangan sekumpulan manusia yang diperlukan untuk capai matlamat organiosasi -kepimpian ialah keupayaan untyuk mempengaruhi sistem kepercayaan, tindakan & pegangan nilai ahli dalam kumpulan 6.2 JENIS-JENIS KEPIMPINAN Semula Jadi Teragih -Berpengaruh sebagai ketua -Tidak dilantik secara formal -Anggota kumpulan tertua -Paling berpengalaman -Kemahiran interpersonal yang tinggi -aktiviti kepimpinan digihkan -timbulkan semangat kerjasama & keakraban rakan sekerja -keputusan yang dibuat adalah keputusan bersama berdasarkan maklumat menyeluruh Karisma Birokratik -ketua ada kualiti istimewa/luar biasa -mampu selesai maslah dengan jayanya. Tret Personaliti -berorientasikan pencapaian, kreativiti & inovasi -konfiden, energetik & aktif -mampu pengaruhi orang lain -sanggup tanggung risiko -membina, bertimbang rasa & sensitif -pemimpin guna kuasa rasmi yang diberi melalui pelantikan jawatan -tujuan kepimpinan ini untuk maksimakan kecekapan melalui pengurusan guna pendekatan rasional -GB ketuai struktur organisasi sekolah -Guru pakar dalam bidang masing-masing -ada peraturan sekolah & jadual waktu -ketua bidang/panitia pastikan aktiviti kurikulum mengikut garis panduan & sukatan BAB 6 KEPIMPINAN GURU 21 MODUL ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONALSIME GURU 21 6.3 TEORI KEPIMPINAN GURU 6.3.1 Teori Tradisional Teori Tret -Pemimpin dikenali berdasarkan tret yang dimilikinya -Manusia miliki ciri atau tret yang diwarisi dan tret tertentu sahaja sesuai untuk menjadi pemimpin yang berkesan -Fokus kepada kenal pasti tret-tret seorang pemimpin yang berkesan

-Contoh tret: 1. Sesuaikan diri dalam pelbagai situasi 2. Peka kepada persekitaran sosial 3. Cita-cita tinggi dan berorientasikan pencapaian 4. Asertif 5. Bekerjasama -3 kategori kemahiran am: 1. interpersonal 2. kognitif 3. teknikal -kerangka untuk bina 1 set ciri peribadi dan kemahiran kepimpinan: 1. keperluan untuk kejayaan dan kuasa 2. keyakinan diri 3. kematangan emosi. 4. kemihiran teknikal, konseptual dan interpersonal Teori Tingkah Laku Teori SItuasi -Fokus kepada cara pemimpin bertingkah laku dalam proses kepimpinan -Kepimpinan yang berjaya adalah tingkah laku yang boleh dilatih secara fornal & tidak formal -2 teori tingkah laku a) Teori X dan Teori Y -mewakili perbezaan dalam cara seseorang pemimpin beranggapan terhadap stafnya dalam organisasi 1) Teori X -pemimpin beranggapan stafnya dimotivasikan oleh wang ringgit, malas dan akan elak tugas kecuali dipaksa, tidak beri kerjasama kecuali diarahkan dan dikawal -pemimpin akan bertingkah laku lebih autokratikm mengarah dan kawal staf -organisasi tidak ada ruang dan peluang untuk stafnya maksimakan kebolehan 2) Teori Y -persekitaran organisasi yang berbeza perlukan cara kepimpinan yang berbeza jika inginkan keberkesanan -Jenis teori situasi: a) Teori Kontijensi Fiedler -tiada cara terbaik dalam memimpin organisasi -kepimpinan optimal tertakluk kepada orientasi psikologikal pemimpin dan tuntutan persekiataran yang terdiri daripada: 1) Saiz organisasi 2) Sumber dan cara pengoperasian berbeza 3) Tanggapan antara pemimpin dan staf 4) Teknologi -keberkesanan kepimpinan tertakluk kepada keberkesanan antara gaya kepimpinan dan tahap sokongan persekitaran -Tingkah laku pemimpin digerakkan

oleh tugasan/perhubnungan antara manusia, iaitu: 1) hubungan pemimpin-ahli -sejauh mana dia disokong oleh ahli 22 MODUL ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONALSIME GURU 22 -anggap staf rajin, kerja sebagai sesuatu yang semula jadi, bercita-cita tinggi dan positif -pekerja cari dan mahu tanggungjawab kerana ia bagi kepuasan -pemimpin akan kurangkan kawalan dan upayakan mereka dalam jalankan tugas 2) struktur tugasan -kejelasan tugas dan peranan ahli 3) kedudukan kuasa -jika dia ada kuasa rasmi yang kuat, maka situasi menyokong proses kepimpinan b) Grid Pengurusan -ukur jenis tingkah lakupemimpin berdasarkan 2 paksi: 1) paksi mendatar -ukur keprihatinan terhadap penghasilan 2) paksi menegak -ukur keprihatinan terhadap manusia -utamakan 5 jenis tindakan kepimpinan: 1) Kelab Rekreasi -tekankan keperluan, perhubungan manusia dan budaya kerja harmoni 2) Papa -usaha minimum terhadap kebajikan & pencapaian matlamat organisasi 3) Berpasukan -tekankan semangat saling bergantungan yang positif dan komitmen terhadap matlamat organisasi 4) Berorientasikan tugas -tekankan keefisienan kerja tanpa mengira faktor kemanusiaan 5) Di Pertengahan Jalan -seimbangkan keperluan untuk pastikan kerja sempurna dan kekalkan harga diri manusia pada aras sederhana -terdapat 1 tindakan kepimpinan yang terbaik -keberkesanan setiap gaya kepimpinan bergantung pada

keadaan yang berbeza -kombinasi 2 bentuk tingkah laku kepimpinan yang membawa kepada keberkesanan prestasi kumpulan b) Teori Situasi Hersey dan Blanchard -keberkesanan kepimpinan berasaskan situasi -4 gaya kepimpinan: 1)memberitahu 2) menjual 3) mengambil bahagian 4) turunkan tanggungjawab -penggunaan gaya kepimpinan perlu sesuai dengan tahap kematangan yang terdiri daripada: 1) psikologikal 2) pengendalian tugas -kumpulan kematangan rendah: Motivasi rendah Kurang kemahiran Kurang kejelekitan kumpulan (Gaya sesuai ialah gaya memberitahu dan menjual) -kumpulan kematangan tinggi Sebaliknya (Gaya sesuai: gaya ambil bahagian & turun tanggungjawab) -Persamaan teori: tiada satu cara yang terbaik dalam memimpin -Perbezaan: Teori Situasi fokus kepada pelbagai gaya kepimpinan yang perlu berdasarkan faktor persekitaran manakala Teori Kontijensi fokuskan faktor penentu keberkesanan kepimpinan tertakluk kepada kebolehan 23 MODUL ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONALSIME GURU 23 -pemimpin yang lebih berkesan cenderung: a) bina hubungan mesra dengan pekerja yang sokong pucuk pimpinan b) guna kaedah penyeliaan dan proses buat keputusan berbentuk kumpulan lebih daripada bentuk individu c) tetapkan maltamat organisasi

yang lebih tinggi pemimpin dan faktor sokongan persekitaran lain 6.3.2 Teori Semasa Teori Transformasi Kepimpinan Moral --1 situasi yang ideal antara pemimpin dan pengikut -pemimpin mampu gerakkan pengikut untuk bertindak bertindak mencapai matlamat berdasarkan nilai dan motivasi, keperluan, kehendak, aspirasi dan jangkaan pemimpin dan pengikut -pemimpin bijak guna kuasa dan pengaruh untuk pujuk pengikut agar bawa perubahan dalam organisasi’ -kepimpinan organisasi yang biasa diamalkan ialah kepimpinan transaksi -pemimpin transaksi motivasikan pengikut dengan ganjaran sebagai pertukaran -pemimpin inspirasikan dan beri pertimbangan individu, beroperasi berasaskan nilai dan pengaruhi pengikut untuk beranjak kepada aras motivasi dan komitmen yang tinggi -Pemimpin menjadi penggerak utama kepada kejelekitan pengikut dan berusaha capai matlamat bersama -fokus kepada nilai & etika pemimpin -ialah bentuk bimbingan yang motivasikan orang lain melalui prinsip dan pegangan nilai -pemimpin tidak cari ikhtiar untuk dapat manfaat diri tetapi bertindak untuk kebaikan sejagat -pemimpin perolehi kepercayaan ahli secara beransur-ansur dan inspirasikan kesetiaan terhadap gaya kepimpinan -unsur kemoralan harus disebatikan dalam lehidupan pemimpin -pemimpin harus pamer nilai etika yang baik -pemimpin lindungi hak, nilai sosial dan budaya pelajar serta bawa transformasi -kepimpinan ini lwngkap dan perkukuh gaya kepimpinan transformasi yang

gerakkan ahli untuk bertindak melalui motivasi, keyakinan diri dan upayakan mereka untuk kembangkan potensi yang ada 24 MODUL ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONALSIME GURU 24 -Pemimpin menjadi pemangkin kepada perubahan, cabar daya berfikir, berunding sebelum bertindak dan tiongkatkan kesedaran dan keprihatinan pengikut terhadap kepentingan dan nilai matlamaty organisasi -peranan pemimpin bertujuan membawa organisasi dan pengikut ke aras tindakan moral yang tinggi 6.4 KEPIMPINAN SEKOLAH 1. Kecemerlangan sekolah bergantung kepada kebolehan guru besar 2. Model kepimpinan sekolah yang tradisional berdasarkan struktur berhierarki di mana kuasa dan kawalan dalam organisasi bertumpu kepada pucuk kepimpinan sahaja 3.perubahan teknologi yang pesat dan keutamaan kepada pembangunan modal insan, kepimpinan transformasi mula mendapat pengaruh dalam organisasi sekolah 4. Sistem pendidikan yang semakin kompleks tuntut perubahan radikal kepada cara sesebuah sekolah sediakan perkhidmatan pendidikan 5. Desentralisasi, budaya sekolah cemerlang dan prinsip amalan terbaik adalah cabaran baru dalam kepimpinan sekolah sekarang 6. kepimpinan sekolah adalah usaha kolaboratif, jalin keakraban rakan sejawat sebagai cara tingkatkan amalan profesional 25 MODUL ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONALSIME GURU 25 6.5 CABARAN KEPIMPINAN Wawasan Pendidikan Negara PdP Sains & Matematik dalam bahasa ibunda -bertujuan beri hala tuju kepada pemimpin pendidikan untuk laksanakan peranan menjayakan matlamat wawasan 2020

-anjakan paradigma dalam setiap peringkat pendidikan melalui 7 aspek: 1. perpaduabn semua lapisan organisasi 2. stail pengurusan dan kepimpinan yang berkualiti tanpa kecacatan 3. perkhidmatan penyayang untuk rapatkan hubungan dan keakraban 4. pengupayaan di mana penurunan kuasa dari pusat ke pinggiran 5.budaya ilum melalui budaya membaca, belajar, berfikir, berwacana, menulis dan berkarya 6. sekolah penyayang yang pupuk harga diri murid agar komitmen dan cintakan sekolah 7. budaya cemerlang mempunyai sikap berusaha ke arah kecemerlangan -Dasar PPSMI 2003 beri cabaran kepada guru untuk tingkatkan penggunaan dan penguasaan BI formal dan tidak formal -guru menjadi teladan guna BI dalam perbualan, mesyuarat dan perhimpunan dan banyakkan bahan bacaan BI --9 tahun kemudian, KPM putuskan: 1. kembalikan dasar guna BM untuk ajar Sains dan Matemati 2. martabatkan BM dan mantapkan BI -pemimpin sekolah perlu kaji dan rancang dengan rapi dalam mematikan kejayaan murid Transformasi kurikulum Sekolah rendah Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010 -kurikulum bersifat dinamikdan relevan ikut perkembangan masa -KBSR dikaji semnula untuk pastikan kurikulum yang holistik, tidak terlalu akademik dan membebankan -KBSR diganti dengan KSSR (2010) -transformasi kurikulum ialah proses perubahan yang holistik berdasarkan kurikulum persekolahan sedia ada dengan ambil kira keperluan perubahan kepada aspek asas kurikulum iaitu struktur kandungan, pedagogi, peruntukan masa, penaksiran, bahan kurikulum dan pengurusan sekolah -satu dokumen perancangan pembangunan yang meliputi 3 fasa: 1. infrastruktur 2. pengisian

3. tenaga manusia -bertujuan menghasilkan pendidikan berkualiti untuk semua -Cabaran kepimpinan: 1. kembang potensi individu menyeluruh 2. tingkatkan kreativiti, inovasi 3. budayakan sains dan teknologi 4. sediakan sistem pendidikan yang cekap, berkesan dan bertaraf dunia 5. jadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan 26 MODUL ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONALSIME GURU 26 SOALAN 1. Kepimpinan merupakan unsur penting dalam sesebuah organisasi formal. a) Berikan empat jenis gaya kepimpinan. I. ___________________________________________________ II. ___________________________________________________ III. ___________________________________________________ IV. ___________________________________________________ b) Jelaskan tiga tanggungjawab guru cemerlang dalam kepimpinan guru. I. ___________________________________________________ II. ___________________________________________________ III. ___________________________________________________ IV. ___________________________________________________ 2. Teori keprihatinan Fulller (1969) cuba menjelaskan kebimbangan masalah atau ketidakpuasan guru pra perkhidmatan sepanjang tempoh latihan perguruan mereka.Senaraikan empat kebimbangan guru pelatih pada peringkat kemandirian diri. 27 MODUL ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONALSIME GURU 27

7.1 KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA 7.2 STRUKTUR ORGANISASI SEKOLAH-SEKOLAH 1) Visi KPM : SEKOLAH UNGGUL PENJANA GENERASI TERBILANG -Unggul bermaksud kehebatan yang patut ada di sekolah sama ada dari aspek kecemerlangan akademik dan kokurikulum mahupun siasah, prasarana dan persekitaran sekolah tersebut. -Misi KPM: ‘Membangun Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti’ -Pendidikan berkualiti ialah pendidikan yang mampu membina masyarakat yang progresif, berdaya tahan, mampu berdepan dengan perubahan-perubahan di peringkat global tetapi pada waktu yg sama mendukung identiti negara berlandaskan Rukun Negara - KPM didokong oleh 31 Bahagian, 2 Bahagian Berkanun dan 16 Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) - Pengetua akan dibantu oleh 3 Penolong Kanan iaitu -PK 1-bertanggungjawab terhadap kurikulum dan pentadbiran - PK2 – bertanggungjawab dlm HEM - PK3 – menguruskan hal-hal kokurikulum 7.3 TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB GURU 7.4 JANGKAAN GURU - Menyebarkan ilmu - Pengamal dan pelaksana ilmu - Pengamal TMK - Role model - Penerap nilai - Educare/educere - Pakar rujuk - Pemimpin - Mentor - Penyelidik - Agen sosialisasi - Agen perubahan - Pembina Negara Bangsa -Merupakan harapan dan keinginan guru yg sangat kuat untuk memperoleh sesuatu ganjaran atau hasil setelah melakukan sesuatu tugasan 4 bentuk jangkaan -jangkaan terhadap pelajar- e.g penentuan hasil pembelajaran

-Jangkaan terhadap pentadbir atau pengurus sekolah-e.g pihak pentadbir dapat memimpin dengan penuh amanah, berintegriti dan bersungguh-sungguh -Jangkaaan terhadap ibu bapa dan komuniti – e.g merancang strategi bg membina jambatan yg menghubungkan ibu bapa dan komuniti dengan pihak sekolah -Jangkaan terhadap diri sendiri – e.g meletakkan jangkaan bahawa guru berpeluang yg luas dalam laluan kerjaya di samping insentif dari sudut kebajikan BAB 7 STRUKTUR ORGANISASI PENDIDIKAN 28 MODUL ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONALSIME GURU 28 Soalan esei 1. Tugas dan peranan guru tidak terbatas di dalam bilik darjah semata-mata. Tanggungjawab guru adalah untuk membina negara bangsa yang merdeka dan maju. a. Secara ringkas huraikan lima tugas dan peranan yang perlu dipikul oleh seseorang guru. (10 markah) b. Sebagai pembina bangsa, unsur-unsur patriotik perlu digarap sepanjang masa dalam pengajaran dan pembelajaran. Berikan lima contoh aktiviti yang sesuai dalam membina negara bangsa. (10 markah) 29

MODUL ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONALSIME GURU 29 PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT PELAN PEMBELAJARAN PERIBADI 1. Seorang guru harus meneruskan pendidikannya sepanjang hayat kerana pendidikan sendiri mengalami pelbagai perubahan. 2. Cara guru dapat memenuhi tuntutan Pembelajaran Sepanjang Hayat - Bengkel - Seminar - kursus-kursus pendek - budaya membaca - penyelidikan - lawatan ke sekolah - penandaarasan - projek-projek komuniti - aktif dlm persatuan akademik 3. Pembelajaran Sepanjang Hayat bermaksud motivasi kendiri ke arah pencarian dan peningkatan ilmu secara sukarela berdasarkan keperluan personal atau profesional. 1. Guru ialah contoh dan rol model paling dekat dengan murid, maka belajar bagaimana belajar ( learn how to learn ) perlu dipaparkan melalui perlakuan dan tindakan guru sendiri. 2. Sebagai contoh: -Program secara “on-line” merupakan perkembangan baru dalam ICT dan guru boleh mendapatkan segala maklumat tentang pengajaran dan pembelajaran secara “on-line”. -Antara contoh ialah VirTEC (Virtual Teacher Education Center)yang dibina dan menjadi satu landasan untuk merangsang gurudalam perkembangan profesional guru Bahasa Inggeris Panduan Membina Pelan Pembelajaran Peribadi 1. Membuat refleksi ke atas kejayaan dan cabaran daripada pengalaman lalu. 2. Sumbang saran tentang objektif PdP untuk 6 bulan akan datang. 3. Tanya diri sendiri samaada objektif yang ditetapkan membuat anda bersemangat

atau tidak. 4. Semak senarai yang telah dibuat ikut keperluan dan kepentingan. 5. Aturkan pelan pembelajaran dan buat perubahan di mana yang diperlukan 6. Tetapkan tugasan khusus untuk dicapai setiap hari. 7. Pastikan peruntukan masa agar tugasan khusus dan objektif tercapai. 8. Buat semakan pelan 2 minggu sekali untuk membuat perubahan di mana perlu. 9. Guna refleksi untuk mengubah pelan jika perlu. BAB 8 PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU 30 MODUL ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONALSIME GURU 30 Kebaikan Pelan Pembelajaran Peribadi 1. Memperkaya pengalaman akademik 2. Memberi peluang kepada penambahbaikan guru secara individu 3. Maksimumkan kekuatan individu & galakkan penggunaan potensi menyeluruh. 4. Mengenalpasti matlamat yang jelas untuk setiap guru. 5. Memastikan semua guru dicabar sewajarnya untuk terus elajar dan bertanggungjawab ke atas pembelajaran kendiri dan pertumbuhan peribadi. BUDAYA MEMBACA BUDAYA MENYELIDIK -Guru perlu mengamalkan budaya membaca bagi memastikan mereka sentiasa kemaskini dengan ilmu pengetahuan. -Guru di Malaysia patut menggilap imej guru melalui pembacaan bagi memastikan guru tidak terpinggir daripada kelompok profesional yang lain. Kajian Tindakan -Bentuk kajian paling popular dalam kalangan guru Kem. Pelajaran Malaysia. -Suatu pusingan (spiral) yang terdiri daripada perancangan, tindakan, penilaian terhadap tindakan. -Fokus kepada kajian yang spesifik ttg satu aspek pengajaran yang guru perhatikan. -Membentuk budaya reflektif, bersikap terbuka dan mampu menambah baik amalan kendiri.

PENULISAN JURNAL REFLEKTIF BUDAYAMUSYAWARAH/BERBINCANG Antaranya amalan refleksi melalui : - Penulisan reflektif/jurnal - Portfolio pengajaran - Penyelidikann tindakan, - Perkembangan professional on-line - Aktiviti Pusat Kegiatan Guru - As teachers we must believe in change, we must know it is possible, or we wouldn’t be teaching – because education is a constant process of change. Every single time you “teach” something to someone, it is ingested, something is done with it,and new human being emerges (Leo Buscaglia). -Kolaborasi bermaksud bekerja dengan orang lain dlm projek bersama yang mempunyai matlamat yang sama hendak dicapai. -Musyawarah bermaksud rundingan yang berlangsung dan mencapai kata sepakat terhadap sesuatu tindakan yang diambil Elemen Kolaborasi -Hubungan kerja berasaskan kepercayaan guru. -Bekerja bersama-sama secara sukarela. -Peningkatan kemahiran seabagi usaha berterusan.Berkolaborasi sebagai usaha berterusan tanpa menyekat individu. -Penghargaan terhadap mereka yang terlibat 31 MODUL ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONALSIME GURU 31 PEMBELAJARAN AUTENTIK (HANDS-ON) LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN -Pembelajaran Berasaskan aktiviti dalam suasana sebenar yang membolehkan pelajar fokus kepada pengetahuan dan kemahiran (kemahiran berfikir & selesaikan masalah). - Bermaksud pembelajaran berasaskan aktiviti dalam suasana sebenar yang membolehkan seseorang pelajar menumpukan pada pengetahuan dan kemahiran seperti kemahiran berfikir dan kemahiran menyelesaikan masalah.

Faktor: Kehilangan kemahiran Menggalakkan pertandingan sihat Peluang menyertai kursus sokongan Fokus kepada: - Peningkatan ilmu - Kemahiran guru dalam pengurusan - Pembestarian sekolah - Teknologi maklumat dan komunikasi - Pengurusan kokurikulum - Transformasi kurikulum - Pentaksiran dan penilaian - Pedagogi terkini AKSES MAKLUMAT PELBAGAI SUMBER Program Adobe Program ERIC E- Pembelajaran E-Perpustakaan, E-buku dan E-Jurnal Almanak Atlas Internat Temu bual Surat khabar Buku dan majalah (media cetak) Televisyen, radio, cd (media elektronik 32 MODUL ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONALSIME GURU 32 SOALAN ESEI 1. Budaya membaca dan amalan relektif memainkan peranan penting dalam perkembagan profesionalime guru, khususnya semasa berhadapan dengan cabaran dan tututan semasa bidang pendidikan. a. Cadangkan lima panduan yang dapat difikirkan dan diamalkan oleh setipa individu guru supaya tidak mengabaikan amalan membaca. (10 markah) b. Huraikan lima kepentingan amalan relektif dalam keguruan seupaya dapat meningkat profesionalime guru dalam perkhidmatan. (10 markah)