Upload
anas-assayuti
View
1.190
Download
6
Embed Size (px)
Citation preview
BAB TIGA: ASAS PENGATURCARAAN VISUAL BASIC
OBJEK-OBJEK VISUAL BASIC
Kotak Teks (Text Box)
Digunakan untuk kemasukan input oleh pengguna.
Contoh:
‘akan memaparkan kotak teks dengan teks yang diberikan
txtMesej.Text = “Gembira hadir ke kuliah”
‘akan menjadikan kotak teks kosong
txtKosong.Text = “”
Penggunaan ”txt” di hadapan nama kotak teks adalah sebagai suatu syarat penaman bagi
kotak teks
Kerangka (Frame)
Digunakan bagi mengumpulkan suatu kumpulan kawalan seperti butang pilihan atau
kotak pilihan.
Contoh:
fraWarna fraJenis
Dengan menggunakan kerangka, antara muka akan menjadi kemas dan teratur serta
mudah difahami.
Asas Pengaturcaraan Visual Basic
Mohd Farid JaafarJSM, FSKTM, UPM
23
Apabila ingin memindahkan objek-objek yang berada di dalam kerangka, objek-objek
ini akan dipindahkan secara berkumpulan.
Perkataan "fra" akan diletakan di hadapan kerangka bagi syarat penamaan kerangka.
Kotak Pilihan (Check Box)
Membenarkan pengguna untuk membuat pilihan lebih daripada satu pilihan yang ada.
Bagi membolehkan kotak dipilih, pengekodan akan dilaksanakan di dalam tatacara acara.
Contoh:
Private Sub chkBold_Click()
‘Menukarkan bentuk teks kepada jenis Bold
lblMesej.Font.Bold = chkBold.Value
End Sub
- Apabila kotak pilihan Bold sahaja yang dipilih. maka tulisan di dalam lblMesej
akan ditebalkan dan dihitamkan.
Private Sub chkItalic_Click()
‘Menukarkan bentuk teks kepada jenis Italic
lblMesej.Font.Italic = chkItalic.Value
End Sub
- Jika kotak pilihan Italic maka tulisan di dalam 1blMesej akan menjadi tulisan
berjenis Italic.
Asas Pengaturcaraan Visual Basic
Mohd Farid JaafarJSM, FSKTM, UPM
24
Private Sub chkUnderline_Click()
‘Menukarkan bentuk teks kepada jenis Underline
lblMesej.Font.Underline = chkUnderline.Value
End Sub
- Jika kotak pilihan Underline yang dipilih, maka tulisan di dalam
1blMesej akan menjadi tulisan yang digariskan.
Begitu jika ketiga-tiga kotak pilihan yang dipilih, semua arahan yang
disetkan kotak pilihan akan dilaksanakan kesemuanya.
Property Caption akan digunakan bagi penamaan perkataan kotak pilihan
”chk” akan digunakan bagi penamaan tersebut.
Contoh:
chkBold chkItalic
Butang Pilihan (Option Button)
Digunakan apabila hanya satu pilihan sahaja yang boleh dipilih.
Sekumpulan butang pilihan akan diletakan di dalam satu kerangka.
Property bagi butang pilihan ialah Value. Butang pilihan akan bernilai True jika
butang dipilih dan bernilai False apabila butang tidak dipilih.
Property Caption akan digunakan bagi penamaan perkataan butang pilihan dan "opt"
akan digunakan bagi penamaan tersebut.
Contoh:
optMerah optBiru
Asas Pengaturcaraan Visual Basic
Mohd Farid JaafarJSM, FSKTM, UPM
25
Bagi membolehkan butang dipilih, pengekodan akan dilaksanakan di dalam tatacara.
Private Sub optHitam_Click()
`Warnakan label menjadi hitam
lblMesej.ForeColor = vbBlack
End Sub
Private Sub optBiru_Click()
‘Warnakan label menjadi biru
lblMesej.ForeColor = vbBlue
End Sub
Private Sub optHijau_Click()
‘Warnakan label menjadi hijau
lblMesej.ForeColor = vbGreen
End Sub
Private Sub optMerah_Click()
‘Warnakan label menjadi merah
lblMesej.ForeColor = vbRed
End Sub
Asas Pengaturcaraan Visual Basic
Mohd Farid JaafarJSM, FSKTM, UPM
26
Imej (Image)
Suatu kawalan imej akan berfungsi memegang gambar di dalam form.
Property Picture akan disetkan bagi gambar dari fail:
.bmp .wmf .ico .jpg .emf .cur. .dib .gif
Apabila Property Picture diklik, maka kotak dialog Load Picture akan dipapar. Anda
dikehendaki memilih nama fail gambar anda.
Kawalan imej mempunyai beberapa property yang boleh disetkan semasa masa reka
bentuk atau masa larian. Sebagai contoh:
- Property Stretch yang disetkan True akan menjadikan imej boleh dibesarkan
saiznya.
- Property Visible pula apabila disetkan False, apabila program dilarikan, imej
tersebut akan hilang.
Bagi penamaan imej, perkataan "img" digunakan.
Contoh:
imgLogo imgPicture
Pengekodan berikut adalah untuk menjadikan imej imgLogo fdak kelihatan semasa masa
larian.
imgLogo.Visible = False
**Nota: Kebanyakan kawalan boleh dipaparkan di dalam form dengan 2 bentuk iaitu biasa
atau 3 Dimensi. Label, kotak teks, kotak pilihan, butang pilihan dan imej mempunyai
property Appearance dengan pilihan 0 - Flat, atau 1 - 3D. Untuk menjadikan suatu label atau
Asas Pengaturcaraan Visual Basic
Mohd Farid JaafarJSM, FSKTM, UPM
27
imej dalam bentuk 3 Dimensi, suatu `border' perlu disetkan terlebih dahulu. Apabila property
BorderStyle diset. 1 - FixedSingle, property Appearance akan secara automatik disetkan 1- 3D.
Bentuk (Shape)
Kawalan bentuk membenarkan anda untuk mengimport bentuk-bentuk seperti
segiempat sama, segiempat tepat, bulat dan bujur ke dalam form.
Jenis bagi bentuk yang akan dipilih boleh disetkan di dalam Properry Shape yang
mempunyai pilihan:
0 Rectangle 1 Square2 Oval 3 Circle4 Rounded Rectangle 5 Rounded Shape
Penamaan bagi bentuk ialah "shp".
Contoh:
shpRectangle shpRound
Garisan (Line)
Anda boleh memasukan garisan ke dalam form menggunakan kawalan Garisan.
Ketebalan suatu garisan boleh ditentukan dengan mengubah Property Borderwidth.
Penamaan bagi garisan ialah "lin".
Contoh:
linLogo linLine
Asas Pengaturcaraan Visual Basic
Mohd Farid JaafarJSM, FSKTM, UPM
28
ACARA-ACARA VISUAL BASIC
Berikut adalah contoh acara-acara Visual Basic:
Click Event MouseMove EventDragDrop Event OLECompleteDrag EventDragOver Event OLEDragDrop EventGotFocus Event OLEDragOver EventSetFocus Event OLEGiveFeedBack EventKeyDown, KeyUp Event OLEData EventKeyPress Event OLEStartDrag EventLastFocus Event Validate EventMouseDown Event MouseUp Event
PEMBOLEHUBAH DAN PEMALAR TETAP
Pengaturcaraan Visual Basic akan memperuntukan lokasi di dalam ingatan dan lokasi tersebut
mempunyai nama tertentu. Contoh:
intMaksimum = 100
akan memperuntukan lokasi ingatan, intMaksimum yang bernilai 100.
Nilai lokasi ingatan yang boleh berubah-ubah semasa perlaksanaan projek dipanggil
pembolehubah, dan nilai lokasi yang tetap dipanggil pemalar tetap. Perisytiharan adalah
bertujuan memberikan pembolehubah dan pemalar tetap dengan memberikannya nama dan
jenis data yang dipegang. Nama bagi data dikenali sebagai identifier. Penamaan bagi identifier
ini adalah mengikut peraturan penamaan yang akan dibincangkan selepas ini. Contoh:
Dim strNama As String ‘isytihar pembolehubah string
Dim intPembilang As Integer ‘isytihar pembolehubah integer
Const curKadarDiskaun As Currency = .15 ‘isytihar pemalar tetap
Asas Pengaturcaraan Visual Basic
Mohd Farid JaafarJSM, FSKTM, UPM
29
JENIS DATA
Jenis data bagi pembolehubah dan pemalar tetap menentukan jenis maklumat akan disimpan di
dalam ruang ingatan yang diperuntukan.
JENIS DATA KEGUNAANBoolean Bernilai BENAR atau SALAHByte Satu aksara dalam ASCII (kod 0 hingga 255)Currency Nilai perpuluhan; contoh ringgit dan senDate 8 aksara untuk tarikhSingle Nombor perpuluhan sehingga 6 tempat perpuluhanDouble Nombor perpuluhan sehingga 14 tempat perpuluhanInteger -32,768 hingga 32,767Long Bagi nilai yang lebih besar daripada IntegerString Data alpanumerik iaitu huruf, digit dan lain-lain aksaraVariant Jenis data default
Jika anda tidak menentukan jenis data, pembolehubah dan pemalar tetap akan secara automatik
(default) berjenis Variant. Kebaikan jenis data Variant adalah nilainya akan mudah berubah
mengikut keadaan yang dikehendaki oleh program. Keburukannya ialah ia kurang berkesan
daripada jenis data yang lain kerana Variant memerlukan 1 ingatan dan lambat untuk dicapai.
Cara yang terbaik ialah dengan menentukan jenis data terlebih dahulu dalam setiap program.
Jenis-jenis data yang biasa digunakan ialah String, Integer dan Currency.
DATA JENIS DATA ALASANSocial Security Number String Bukan pengiraanPay Rate Currency Pengiraan melibatkan titik perpuluhanHours Worked Currency Pengiraan (currency adalah untuk semua yang
melibatkan titik perpuluhan, tidak terhad kepada pengiraan ringgit dan sen sahaja
Telephone Number String Bukan pengiraanQuantity Integer Pengiraan
Asas Pengaturcaraan Visual Basic
Mohd Farid JaafarJSM, FSKTM, UPM
30
Peraturan menentukan nama Pembolehubah dan Pemalar Tetap (Identifier)
1. Panjang aksara dari 1 hingga 255 aksara.
2. Terdiri daripada huruf digit dan tandaan bawah.
3. Tidak boleh terdiri daripada ruang kosong dan perkataan rizab/khas seperti print dan
value.
4. Nama yang bermakna dan mudah difahami. Penggunaan perkataan singkatan yang
tidak jelas maksudnya atau penggunaan huruf seperti x dan y adalah tidak digalakan.
5. Pemalar Tetap akan dimulakan dengan huruf besar bagi membezakan dengan jenis
data. Elakkan daripada menggunakan huruf besar untuk keseluruhan perkataan.
Berikut adalah senarai jenis data dan juga singkatan yang digunakan bagi jenis data:
JENIS DATA SINGKATANBoolean BlnCurrency Cur
Single SngDouble DblInteger Int
Long Integer LngString Str
Variant Vnt
Berikut adalah contoh pengisytiharan yang betul dan salah:
PengisytiharanBETUL
PengisytiharanSALAH
Penerangan Kesalahan
strNomborIdentiti Omitted Tiada perkataan singkatan jenis datacurKadarBayaran int#Jual Simbol # tidak sah digunakancurJanBayar I Bilangan Dijual Ada ruang kosong antara perkataanstrNoTelefon Int.Bilangan.Dijual Penggunaan . tidak sah digunakanintKuantiti sng$Amaun Simbol $ tidak sah digunakancurKadarCukai Sub Perkataan rizabintKuota Caption Perkataan rizabstrSub conMaksima Con bukan singkatan bagi jenis data lngPopulasi KadarMaksima Tiada perkataan singkatan jenis data
Asas Pengaturcaraan Visual Basic
Mohd Farid JaafarJSM, FSKTM, UPM
31
PEMALAR TETAP (NAMED DAN INTRINSIK)
Pemalar tetap (named) diisytiharkan dengan menggunakan perkataan ”Const” diletakkan di
hadapan identifier. Perisytiharan ini akan mengandungi nama, jenis data dan nilai. Nilai ini
adalah tetap ia tidak berubah semasa perlaksanaan.
Bentuk Am:
Const PENGECAM As JENISDATA = NILAI
Jenis data yang diisytiharkan mestilah sepadan dengan nilai. Contohnya, pemalar jenis integer
mestilah memberikan nilai integer juga.
JENIS DATA NILAIInteger 5
1272170
Single atau Currency
101.25-5.00.15
String “SAK 1110”“Pengenalan kepada Pengatucaraan”“0123456”“3.616”She said ““Hello!!!””
Contoh pengisytiharan yang tidak sah bagi pemalar tetap:
Const curHargaBuku As Currency = 4 ‘4 adalah nilai integer
Const intKuantiti As Integer = 6.59 ‘jenis data tidak sama dengan nilai
Const strNamaUniversiti As String = UPM ’tiada tanda " "
Nilai bagi pemalar tetap mestilah mematuhi peraturan tertentu:
Nilai bagi string mestilah disertakan dengan (“”)
Nilai numerik seperti currency, integer dan single tidak perlu (””)
Numerik mestilah terdiri daripada digit (0-9), titik perpuluhan dan tanda + (positif) atau
– (negatif) di bahagian kiri numerik.
Asas Pengaturcaraan Visual Basic
Mohd Farid JaafarJSM, FSKTM, UPM
32
Tandaan lain seperti koma (,), ringgit dan sen (RM atau $) atau sebagainya sama ada
dibahagian kiri atau kanan numerik adalah tidak dibenarkan sama sekali.
Nilai bagi string boleh terdiri daripada huruf, digit dan aksara lain seperti $ # @, % & *
! “.
Contoh:
“He said, “ ““I love You!!!”” akan menghasilkan He said, “I Love You!!!”
Pemalar tetap intrinsik adalah pemalar yang dibina oleh kod VB dan disimpan di dalam fail
perpustakaan. Contohnya, pemalar tetap untuk warna vbBlue, vbRed dan vbYellow. Pemalar
ini terdiri daripada 2 aksara prefix, contohnya:
vb yang bermaksud Visual Basic.
db yang bermaksud Data Access Object.
xl yang bermaksud Excel.
PEMBOLEHUBAH
Bentuk am:
Dim PENGECAM As JENISDATA
Contoh:
Dim strNama As String ‘jenis data adalah String
Dim intKuantiti As Integer ‘jenis data adalah Integer
Dim curHarga As Currency ‘jenis data adalah Currency
Dim vntPerubahan ‘jenis data adalah default Variant
Dim adalah singkatan perkataan Dimension yang bermaksud saiz. Jumlah memori yang akan
peruntukkan adalah bergantung kepada jenis datanya.
Asas Pengaturcaraan Visual Basic
Mohd Farid JaafarJSM, FSKTM, UPM
33
Skop Pembolehubah Dan Pemalar Tetap
Suatu pembolehubah dan pemalar tetap mungkin wujud dan digunakan untuk keseluruhan
projek, atau hanya bagi suatu form sahaja dan atau hanya untuk suatu tatacara Kewujudan
pembolehubah atau pemalar tetap ini dikenali sebagai skop pembolehu pemalar tetap. Skop ini
dengan erti kata lain adalah kawasan di mana ia boleh digunakan secara sah. Skop
pembolehubah atau pemalar tetap bagi Visual Basic terdiri daripada 3 skop iaitu:
Global - Pembolehubah atau pemalar tetap global digunakan oleh semua tatacara bagi
projek tersebut.
Modul - Pembolehubah atau pemalar tetap akan dicapai daripada semua tatacara yang
terdapat di dalam form tersebut.
Setempat - Pembolehubah atau pemalar tetap setempat pula hanya akan digunakan di
dalam tatacara di mana ia diisytiharkan iaitu bermula dari mana ia diisytiharkan dan
tamat pada akhir tatacara tersebut.
Jangka Hayat Pembolehubah Atau Pemalar Tetap
Jangka hayat adalah jangka masa kewujudan bagi pembolehubah atau pemalar. Jangka hayat
bagi pembolehubah atau pemalar tetap setempat adalah masa bagi tatacara dilaksanakan.
Sebagai contoh, setiap kali anda melaksanakan tatacara sub, penyataan bagi tatacara tersebut
akan dilaksanakan. Setiap pembolehubah atau pemalar tetap yang dilarikan adalah bernilai baru
iaitu disetkan semula dengan nilai permulaan 0 pembolehubah atau pernalar tetap numerik dan
mengosongkan string bagi pembolehubah pemalar tetap string.
Nilai bagi pembolehubah atau pemalar tetap tidak akan diambil daripada tatacara yang telah
dilarikan sebelumnya. Apabila tatacara itu tamat, ruang memori yang diperuntukkan kepada
pembolehubah atau pemalar tetap juga akan tamat.
Jangka hayat bagi pembolehubah atau pemalar tetap modul pula adalah di sepanjang form
itu dilarikan. Dalam erti kata lain ianya adalah dalam jangka masa bagi keseluruhan projek itu
dilaksanakan.
Asas Pengaturcaraan Visual Basic
Mohd Farid JaafarJSM, FSKTM, UPM
34
Perisytiharan Pembolehubah Atau Pemalar Tetap Setempat
Sebarang pembolehubah atau pemalar tetap yang diisytiharkan di dalam suatu tatacara hanya
akan digunakan oleh tatacara itu sahaja. Dengan erti kata lain ianya tidak boleh dicapai oleh
mana-mana tatacara yang lain. Berikut adalah contoh perisytiharan bagi pembolehubah atau
pemalar tetap setempat.
Private Sub cmdKira_Click()
‘Kira harga dan diskaun
Const cKadar_Diskaun As Currency = 0.15
Dim intKuantiti As Integer
Dim curHarga As Currency
Dim curJumlahHarga As Currency
Dim curDiskaun As Currency
Dim curHargaDiskaun As Currency
‘Tukarkan nilai input kepada pembolehubah numerik
intKuantiti = Val(txtKuantiti.Text)
curHarga = Val(txtHarga.Text)
‘Kira nilai
curJumlahHarga = intKuantiti * curHarga
curDiskaun = curJumlahHarga * cKadar_Diskaun
curHargaDiskaun = curJumlahHarga – curDiskaun
End Sub
Asas Pengaturcaraan Visual Basic
Mohd Farid JaafarJSM, FSKTM, UPM
35
Perisytiharan Pembolehubah Atau Pemalar Tetap Modul
Apabila pengisytiharan dilakukan secara modul, maka pembolehubah atau pemalar tetap boleh
dipanggil dan digunakan oleh tatacara yang memanggilnya. Berikut digambarkan bagaimana
pengisytiharan ini dilakukan.
Option Explicit
Dim PembolehubahPeringkatModul
Const PemalarTetapPeringkatModul
Private Sub cmdKira_Click()
Dim PembolehubahSetempat
Const PenmalarTetapSetempat
End Sub
Private Sub cmdKosongkan_Click()
Dim PembolehubahSetempat
Const PemalarTetapSetempat
End Sub
Private Sub cmdKeseluruhan_Click()
Dim PembolehubahSetempat
Const PemalarTetapSetempat
End Sub
Adalah penting bagi mengetahui suatu pembolehubah atau pemalar tetap itu adalah setempat atau
peringkat modul. Penamaan bagi pembolehubah atau pemalar tetap modul dimulakan dengan ”m”
sebelum nama pengecam. Contoh:
Option Explicit
‘Dimension module-level variables
Dim mintQuantitySum As Integer
Dim mcurDiscountSum As Currency
Asas Pengaturcaraan Visual Basic
Mohd Farid JaafarJSM, FSKTM, UPM
36
Dim mcurDiscountedPriceSum As Currency
Dim mintSaleCount As Integer
Dim mcurAverageDiscount As Currency
FUNGSI VAL
Fungsi Val ini adalah salah satu daripada fungsi yang terdapat di dalam Visual Basic. Suatu
fungsi akan melaksanakan suatu tindakan dan mengembalikan suatu nilai. Bagi fungsi Val yang
diambil dari singkatan perkataan Value yang bermaksud nilai ini berfungsi untuk menukarkan
suatu nilai kepada nilai numerik.
Bentuk Am:
Val(Penyataan Yang Akan Ditukarkan)
Contoh:
intKuantiti = Val(txtKuantiti.Text)
Data yang diinputkan ke dalam kotak teks txtKuantiti akan ditukarkan kepada nilai
numerik dan diberikan kepada pembolehubah intKuantiti
curHarga = Val(txtHarga.Text)
Data yang diinputkan ke dalam kotak teks txtHarga akan ditukarkan kepada nilai numerik
dan diberikan kepada pembolehubah curHarga.
Asas Pengaturcaraan Visual Basic
Mohd Farid JaafarJSM, FSKTM, UPM
37
Apabila fungsi Val menukarkan suatu argumen kepada nilai numerik, ia akan dimulakan daripada
aksara paling kiri. Jika aksara bukan numerik dijumpai, ia akan memberhentikan operasinya.
Berikut adalah contoh bagi fungsi Val:
KANDUNGAN ARGUMEN NILAI YANG DIPULANGKAN0
123.45 123.45$1.00 01,000 1A123 0123A 1234B5 4-123 -123+123 123
12.34.8 12.34
OPERASI ARIMETIK
Operasi arimetik yang boleh dilaksanakan di dalam Visual Basic adalah tambah (+), tolak (-),
darab (*), bahagi (/) dan eksponen (^).
Bagi setiap pengiraan terdapat susun atur tertentu perlaksanaan operasi. Berdasarkan contoh
berikut:
3 + 4 * 2 = 14 ’sekiranya operasi tambah dilaksanakan dahulu
3 + 4 * 2 = 11 ’sekiranya operasi darab dilaksanakan dahulu
Hirarki bagi operasi daripada tertinggi hingga terendah adalah seperti berikut:
1. Eksponen (^).
2. Darab (*) dan bahagi (/).
3. Tambah (+) dan tolak(-).
Jawapan yang betul bagi soalan di atas adalah 11. Namun demikian, jawapan 14 betul sekiranya
soalan tersebut ditambah ( ) menjadi (3+4) * 2. Dengan tanda ( ), ia membawa maksud operasi di
dalam ( ) mestilah dilaksanakan terlebih dahulu. Tanda ( ) ini dipanggil sebagai sarang (nested).
Contoh lain:
((intScoreI + intScore2 + intScore3) / 3) * 12
Asas Pengaturcaraan Visual Basic
Mohd Farid JaafarJSM, FSKTM, UPM
38
2 * curHarga * curKadar ‘sama dengan bawah tetapi
(2 * curHarga) * curKadar ‘ini lebih mudah difahami.
Bagi operasi yang mempunyai tahap hirarki yang sama (contohnya darab dan bahagi), operasi
akan dilaksanakan dari kiri ke kanan. Contohnya:
8 / 4 * 2 = 4 ‘bukannya
8 / 4 * 2 = 1
Operasi pertama yang dilaksanakan ialah 8 / 4 dan 2 * 2 bagi operasi yang kedua. Semasa
membuat pengekodan, terdapat pernyataan operasi yang dinyatakan di dalam matematik
adalah tidak sah mengikut pengekodan Visual Basic.
NOTASI MATEMATIK PENGEKODAN VISUAL BASIC2A 2 * A
3 ( X + Y ) 3 * ( X + Y )( X + Y ) ( X - Y ) ( X + Y ) * ( X - Y )
Apabila operasi arimetik dilaksanakan di dalam pengekodan Visual Basic, suatu nilai operasi
disebelah kanan = akan diberikan kepada item di sebelah kiri =. Item di sebelah kiri ini mestilah
terdiri daripada pembolehubah atau kawalan (objek). Pemalar tetap adalah tidak dibenarkan sama
sekali. Contoh:
curPurata = curJumlah / intKira
1bITempohAmaun.Caption = curHarga - (curHarga * curKadarDiskaun)
txtKomisen.Text = curJumlahJualan * curKadarKomisen
Asas Pengaturcaraan Visual Basic
Mohd Farid JaafarJSM, FSKTM, UPM
39
MEMFORMAT DATA
Memformat data bermaksud mengawal cara output akan kelihatan semasa dipaparkan pada
skrin atau pencetak. Di dalam Visual Basic 6.0, terdapat 4 jenis fungsi bagi format iaitu
FormatCurrency, FormatNumber, FormatPercent dan FormatDateTime.
Fungsi FormatCurrency
Bentuk Am:
FormatCurrency(Penyataan Yang Hendak DiFormat)
Fungsi FormatCurrency akan membenarkan aksara string ringgit, koma dan dua perpuluhan.
Contoh:
lblBaki.Caption = FormatCurrency(curBaki)
lblAmaun.Caption = FormatCurrency(sngAmaun)
PEMBOLEHUBAH NILAI FUNGSI OUTPUTcurBaki 1275.675 FormatCurrency(curBaki) $1,275.68sngAmaun .9 FormatCurrency(sngAmaun) $0.90
**Nota: Nilai yang telah diformatkan oleh FormatCurrency adalah tidak lagi berjenis numerik
dan tidak boleh lagi melakukan operasi pengiraan.
Andaikan curAmaun memegang nilai 1050 dan lblAmaun akan memaparkan $1,050.00. Jika
anda mahu membuat pengiraan seterusnya ke atas amaun, anda mesti menggunakan curAmaun
dan bukannya lblAmaun.Caption. Pembolehubah curAmaun memegang nilai numerik dan
lblAmaun.Caption memegang nilai string.
Bentuk Am:
FormatCurrency(PernyataanUntukDiformat, BilanganKedudukanTempatPerpuluhan,
DigitPermulaan, Guna( )UntukNegatif, KumpulanDigit)
Asas Pengaturcaraan Visual Basic
Mohd Farid JaafarJSM, FSKTM, UPM
40
Contoh:
lblJumlahRinggit.Caption = FormatCurrency(curJumiahRinggit, 0)
Hasilnya ialah nilai JumlahRinggit yang mempunyai tanda $ dan tiada tempat perpuluhan.
Fungsi FormatNumber
Bentuk Am:
FormatNumber(PernyataanYangHendakDiformat)
FormatNumber adalah sama dengan FormatCurrency. FormatNumber akan memaparkan koma
dan dua digit tempat perpuluhan. Contoh:
lblJumlah.Caption = FormatNumber(curJumlah)
lblKira.Caption = FormatNumber(intKira)
Bentuk Am:
FormatNumber(PernyataanUntukDiformat, BilanganKedudukanTitikPerpuluhan,
DigitPermulaan, Guna( )UntukNegatif, KumpulanDigit)
PEMBOLEHUBAH NILAI FUNGSI OUTPUTcurJumlah 1125.67 FormatNumber(curJumlah) 1,126curBaki 1234.567 FormatNumber(curBaki,2) 1,234.57
Asas Pengaturcaraan Visual Basic
Mohd Farid JaafarJSM, FSKTM, UPM
41
Fungsi FormatPercent
Bentuk Am:
FormatPercent(PernyataanYangHendakDiformat)
Fungsi ini akan mendarabkan argumen dengan 100, memaparkan tanda % dan memberikan nilai
dua tempat perpuluhan. Contoh:
lblPercentComplete.Caption = FormatPercent (snoComplete)
lblInterestRate.Caption = FormatPercent (curRate)
Bentuk Am:
FormatPercent(PernyataanUntukDiformat, BilanganKedudukanTitikPerpuluhan,
DigitPer-nulaan, Guna( )UntukNegatif, KumpulanDigit)
PEMBOLEHUBAH NILAI FUNGSI OUTPUTcurCorrect .75 FormatPercent(curCorrect) 75%curCorrect .75 FormatPercent(curCorrect,1) 75.0%Curate .734 FormatPercent(curRate) 73%Curate .734 FormatPercent(curate,1) 73.4%curate .734 FormatPercent(curate,2) 73.40%
Fungsi FormatDateTime
Bentuk Am:
FormatDateTime(PernyataanYangHendakDiformat)
Anda boleh memformat suatu pernyataan sebagai tarikh dan/atau masa. Pernyataan ini boleh
terdiri daripada string yang memegang nilai tarikh atau masa, pembolehubah berjenis tarikh atau
fungsi yang memulangkan nilai tarikh. Contoh:
lbITarikhMula.Caption = FormatDateTime(dtmTarikhMula, vbShortDate)
lblMasaMula.Caption = FormatDateTime("I /1/00", vbLongDate)
ikhDanMasa.Caption = FormatDateTime(dtmBeberapaTarikh )
Asas Pengaturcaraan Visual Basic
Mohd Farid JaafarJSM, FSKTM, UPM
42
Nama format adalah berdasarkan kepada yang berikut:
NAMA FORMAT MEMBERIKAN NILAI CONTOHvbGeneralDate Suatu tarikh dan / atau masa.
Jika pernyataan memegang nilai tarikh ia memberikan ShortDate. Jika pernyataan memegang nilai masa, ia memberikan LongTime. Jika ia memegang kedua-duanya, ia memberikan ShortDate dan LongDate
2/28/04 6:01:24 PM
vbLongDate Hari, Bulan, Tarikh, Tahun Sunday, February 13, 2004vbShortDate MM/DD/YY 2/28/04vbLongTime HH:MM:SS AM/PM 6:01:24 PMvbShortDate HH:MM (24 jam) 18:01