8
BIOLOGI PROTEIN Rambut manusia dibina daripada protein yang di kenali sebagai keratin yang mempunyai struktur heliks. Apabila rambut kerinting diluruskan , keratin akan hilang struktur heliksnya akibat haba dan bahan kimia. Keratin dikatakan mengalami nyahasl i .

Biologi - protein

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Biologi - protein

BIOLOGI

PROTEIN

Rambut manusia dibina daripada protein yang dikenali sebagai keratin yang mempunyai struktur heliks. Apabila rambut kerinting diluruskan, keratin akan hilang struktur heliksnya akibat haba dan bahan kimia. Keratin dikatakan mengalami nyahasli.

Page 2: Biologi - protein

Apakah Itu PROTEIN? Protein ialah molekul organik yang kompleks dan besar

yang memainkan peranan penting dalam organisma hidup.

Protein terdiri daripada unsur-unsur Karbon (C) Hidrogen (H) Oksigen (O) Nitrogen (N)

Terdapat juga protein yang mengandungi Sulfur (S) Fosforus (P)

Asid amino adalah unit asas bagi protein yang terdiri daripada Kumpulan amino (-NH )₂ Kumpulan karboksil (-COOH) Kumpulan R (terdapat 20 jenis kumpulan R)

Dua asid amino yang digabungkan bersama oleh ikatan peptida melalui proses kondensasi akan membentuk dipeptida dan air.

Page 3: Biologi - protein

Proses penguraian dipeptida kepada asid amino pula dikenali sebagai hidrolisis.

Kondensasi dipeptida atau banyak asid amino akan menghasilkan polipeptida dan air.

Hidrolisis polipeptida dengan kehadiran air akan menghasilkan dipeptida atau asid amino.

Asid amino + Asid amino +

AirDipeptida

Page 4: Biologi - protein

Struktur PROTEIN

Protein boleh dibahagikan kepada empat kumpulan struktur yang berlainan.

Kumpulan protein yang berbeza mempunyai urutan jenis asid amino yang berbeza dan ditentukan oleh maklumat genetik pada molekul DNA di dalam nukleus.

Page 5: Biologi - protein

Maklumat di bawah menerangkan empat kumpulan struktur protein.

Struktur Premier

Merujuk pada urutan linear asid amino dalam satu rantai polipeptida.

Contoh: hormon insulin

Struktur Sekunder

Merujuk pada pemintahalan polipeptida sehingga membentuk heliks-a atau pelipatan rantai polipeptida menjadi kepingan berlisu-B yang dikekalkan oleh ikatan hidrogen.Contoh: keratin, sutera

Strukrur Tertier

Merujuk pada heliks-a atau kepingan berlisu-B untuk membentuk satu molekul tiga dimensi yang padat.

Contoh: enzim, antibodi

Struktur Kuarterner

Merujuk pada dua atau lebih struktur tertier rantai polipeptida yang membentuk molekul protein besar dan kompleks.

Page 6: Biologi - protein

BIOLOGI

PROTEIN

Individu vegeterian perlu mengambil protein kelas pertama daripada

tumbuhan (seperti pelbagai jenis bijirin, kekacang dan jagung) bagi

mengantikan protein haiwan. Badan manusia memerlukan 20 jenis asid amino untuk menghasilkan protein plasma dan struktur atau molekul dalam sel.

Page 7: Biologi - protein

Asid Amino Asid amino dibahagikan kepada dua kumpulan,

iaitu asid amino dan asid amino tak perlu.

Asid amino perlu Asid amino tak perlu

Asid amino yang tidak dapat disintesis oleh badan dan hanya diperoleh daripada gizi.

Asid amino yang dapat disintesis oleh tubuh dan dihasilkan daripada asid amino yang lain.

Terdapat 9 asid amino perlu yang diperlukan oleh tubuh badan manusia

Terdapat 11 asid amino tak perlu yang diperlukan oleh tubuh badan manusia.

Protein kelas pertama mengandungi semua asid amino perlu.

Protein kelas kedua (protein asas) mengandungi kurang asid amino perlu.

Contoh: daging, ayam, ikan, hasil tenusu, telur.

Contoh: sayuran, kekacang, bijiran, jagung.

Page 8: Biologi - protein

Protein haiwan mengandungi semua asid amino perlu. Oleh itu, protein haiwan adalah protein kelas pertama.

Protein tumbuhan tidak mengandungi semua asid amino perlu dan dikenal juga sebagai protein kelas kedua. Maklumat genetik

dalam nukleus akan menentukan jenis protein yang

akan disintesis.

Ribosom akan mensintesis

protein

Protein yang betul disintesis akan diangkut keluar

daripada sel.

Protein yang salah disintesis akan dimusnahakan

Proses sintesis protein di dalam sel