40
SENARAI KANDUNGAN BAHAGIAN A: ESEI MUKA SURAT PENDAHULUAN DEFINISI I’JAZ AL-QURAN CIRI-CIRI I’JAZ AL-QURAN SUDUT I’JAZ AL-QURAN 1. Al-I’jaz Al-I’lmi(Kemukjizatan dari segi Sains), 2. Al-I’jaz Al-Bayani (Kemukjizatan dari segi Bahasa) 3. KHABAR MASA DEPAN Perkhabaran mengenai kemenangan kaum Muslimin dalam peperangan Badar BAHAGIAN B: AL-QURAN HADIS QUDSI KHABAR MUTAWATIR HADIS SAHIH HADIS HASAN HADIS DA’IF BAHAGIAN C: PENULISAN REFLEKSI SEBELUM SEMASA PENGALAMAN BARU SETELAH SELESAI PENUTUP RUJUKAN 1

Assignment mukjizat al quran 3

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Assignment mukjizat al quran 3

SENARAI KANDUNGAN

BAHAGIAN A: ESEI MUKA SURAT

PENDAHULUAN

DEFINISI I’JAZ AL-QURAN

CIRI-CIRI I’JAZ AL-QURAN

SUDUT I’JAZ  AL-QURAN

1. Al-I’jaz Al-I’lmi(Kemukjizatan dari segi Sains),

2. Al-I’jaz Al-Bayani (Kemukjizatan dari segi Bahasa)

3. KHABAR MASA DEPAN

Perkhabaran mengenai kemenangan kaum Muslimin dalam

peperangan Badar

BAHAGIAN B:

AL-QURAN

HADIS QUDSI

KHABAR MUTAWATIR

HADIS SAHIH

HADIS HASAN

HADIS DA’IF

BAHAGIAN C: PENULISAN REFLEKSI

SEBELUM

SEMASA

PENGALAMAN BARU SETELAH SELESAI

PENUTUP

RUJUKAN

1

Page 2: Assignment mukjizat al quran 3

BAHAGIAN A: ESEI

PENDAHULUAN

Al-Quran  merupakan  kalam  Allah  yang diturunkan kepada Nabi

Muhammad SAW untuk mengeluarkan manusia daripada kegelapan kufur

kepada cahaya keimanan. Ia tertulis di mana-mana lembaran bahawa al-

Quran juga merupakan sumber rujukan yang utama bagi menentukan hukum

fiqh Islam.

            Kitab suci al-Quran atau kalam Allah yang diturunkan kepada Baginda

SAW ini, melalui malaikat Jibril secara berperingkat-peringkat selama 23

tahun, penurunannya  adalah mengikut suasana semasa yang berlaku ketika

itu, yang memerlukan istinbat hukum. Kandungan Al-Quran merangkumi ayat-

ayat yang menyentuh pelbagai aspek kehidupan manusia seperti mengatur

cara hidup bermasyarakat, cara beribadat, pembahagian harta pusaka,

urusan kekeluargaan, urusan pentadbiran dan pembangunan negara, urusan

pendidikan, ekonomi dan sebagainya. Kesemua kandungan ini menjadi

sumber rujukan yang unggul dan abadi sehingga ke hari kiamat.

            Ingin ditegaskan juga di sini bahawa selain al-Quran, as-Sunnah turut

menjadi pegangan seluruh umat Islam di dunia ini sebagai dua sumber utama

perundangan Islam. Oleh itu,  wajib bagi umat Islam menerima kedua-duanya

tanpa menolak salah satu daripadanya kerana kedua-duanya adalah sumber

rujukan yang menjadi penunjuk arah dalam kehidupan. Firman  Allah :

ه� �ات��� ه�م آي �ي و ع�ل ل��� �ت ه�م ي � م�ن وال س��� �ين� ر� �م�ي �ع�ث� ف�ي األ ذ�ي ب و� ال��$ ه���

�ف�ي ل� ل �وا م�ن ق�ب �ان �ن ك م�ة� و�إ ح�ك �اب� و�ال �ت ك �م�ه�م� ال �ع�ل �يه�م و�ي ك �ز� و�ي

�ين6 ل6 م7ب ض�ال�

Maksudnya :

2

Page 3: Assignment mukjizat al quran 3

"Dialah yang telah mengutuskan dalam kalangan orang-orang (Arab) yang ummiyyin, seorang Rasul  (Nabi Muhammad) dari bangsa mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah (yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaannya), dan membersihkan mereka (daripada iktikad yang sesat), serta mengajarkan mereka kitab Allah (al-Quran) dan hikmat (pengetahuan yang mendalam mengenai hukum-hukum syariat). Dan sesungguhnya mereka sebelum (kedatangan Nabi Muhammad) itu adalah dalam kesesatan yang nyata".(Surah al-Jumuah: 2)

  Demikianlah, al-Quran merupakan sumber utama hukum namun ayat-

ayatnya tidaklah menjelaskan semua jenis masalah kecil dan tidaklah

menerangkan semua hukum serta  menyatakan nas mengenainya.

Disebabkan itu, selain al-Quran, terdapat juga sumber-sumber lain yang

disepakati boleh digunakan untuk mengistinbat hukum.

             Oleh itu, di dalam kertas pengkajian ini akan menumpukan dan

membincangkan dengan lebih lanjut mengenai al-Quran sebagai sumber

hukum Islam yang pertama daripada segi kehujahannya, kedudukannya,

kemukjizatannya dan dalalahnya.

DEFINISI I’JAZ AL-QURAN

Al-Quran merupakan kalamullah yang bermukjizat yang diturunkan

kepada Nabi Muhammad melalui malaikat Jibril secara mutawatir dalam

bahasa Arab dan membacanya adalah suatu ibadah. Al-quran telah

diturunkan untuk umat seluruh alam dan sesiapa sahaja yang mengikut apa-

apa yang terkandung dalamnya akan mendapat kejayaan. Al-quran juga

meliputi semua aspek kehidupan sama ada dari segi dunia dan akhirat.

Selain kitab suci Al-Quran, Allah SWT juga telah menurunkan

beberapa kitab yang lain iaitu Zabur, Taurat dan Injil. Kitab Al-quran berbeza

dengan kitab samawi yang lain iaitu Zabur, Taurat dan Injil. Di dalam kitab Al-

Quran terdapat 114 surah dan 29 surah daripada 114 surah tersebut bermula

dengan huruf al-muqaththa’ah (potongan-potongan huruf dalam Al-Quran)

seperti alif-lam-mim, berbeza dengan kitab samawi yang lain tidak terdapat

potongan huruf tersebut. Al-Quran terpelihara sampai akhir zaman,

3

Page 4: Assignment mukjizat al quran 3

sedangkan kitab samawi yang lain hanya berlaku pada masa dahulu sahaja.

( Abdul Karim Ali dan Mohd Noor Deris, 2007).

Dari segi bahasa perkataan mukjizat berasal daripada perkataan i’jaz

yang diambil daripada kata kerja a’jaza-i’jaza yang bermaksud melemahkan

atau menjadikan tidak mampu. Manakala dari segi istilah pula ialah sesuatu

yang luar biasa yang dapat melemahkan manusia dan diluar kemampuan

serta tidak mampu dilakukan oleh mana-mana manusia pun. (Abdul Ghani

dan Azmi Idris, 1999).

Selain itu, mukjizat juga boleh didefinisikan sebagai sesuatu yang luar

biasa yang dianugerahkan oleh Allah melalui para nabi dan rasul sebagai

bukti kenabian dan kerasulan. Menurut Imam Jalaludin al-Sayuti, mukjizat

adalah suatu hal atau peristiwa luar biasa yang disertai halangan dan tidak

ada orang biasa yang sanggup menghadapi halangan itu.

Menurut Sheikh Mannan al Qattan, mukjizat ialah membuktikan

kebenaran nabi dalam pengakuannya sebagai seorang Rasul, dengan

membuktikan kelemahan orang-orang Arab jahiliyah yang menentang

kemukjizatan al-quran.

Selain itu, kemukjizatan Al-quran ialah kelemahan manusia untuk

mendatangkan sesuatu yang sejenis dengan Al-quran dan sebagai bukti kitab

ini ialah kitab yang Haq dan Rasul iaitu Nabi Muhammad SAW adalah rasul

yang benar yang diutuskan oleh Allah SWT. Bukan bermaksud kemukjizatan

itu melemahkan. Bahkan ia bermaksud mencabar manusia namun mereka

tidak mencapai kemampuan tersebut.

Dalam kemukjizatan Al-quran mengandungi beberapa aspek iaitu

bermukjizat dengan tahap ketinggian balaghah yang tiada tolok bandingnya.

Kemudian pemberitaannya mengenai alam ghaib yang akan datang dan tidak

dapat diketahui melainkan melalui wahyu. Al quran itu mukjizat kerana

terkandung pelbagai ilmu dan hikmah yang meliputi seluruh aspek kehidupan

kita.

Secara kesimpulannya, mukjizat adalah sebuah peristiwa atau perkara

luar biasa yang hadir seiring dengan cabaran dan tidak mampu dilawan dan

4

Page 5: Assignment mukjizat al quran 3

ditandingi oleh sesiapapun. Al- Quran mencabar orang-orang Arab dan

mereka tidak pula mampu menentang walaupun mereka merupakan orang

yang fasih dalam bahsa arab. Ini sekaligus membuktikan kemukjizatan al-

quran.

CIRI-CIRI I’JAZ AL-QURAN

 Daripada takrif-takrif di atas dapat disimpulkan beberapa ciri-ciri khusus al-

Quran :

1.         Al-Quran merupakan kalam Allah Taala. Setiap ayatnya saling

berkaitan dan mempunyai kesesuaian balaghah yang mengagumkan.

Sehingga ia tidak mampu ditandingi oleh sekalian manusia, lebih-lebih lagi

kerana kemampuan manusia yang terbatas.

2.         Al-Quran diturunkan kepada Rasulullah SAW dalam bahasa Arab

seperti yang diterangkan dalam al-Quran itu sendiri. Firman Allah SWT:

م�ن��ذ�ر�ين� ون� م�ن� ال �ك��� �ت ك� ل ب��� �م�ين� ع�ل�ى ق�ل وح� األ ه� ال��ر7 ل� ب��� ز� ن���

�ين6 �ي? م7ب ب ان6 ع�ر� �ل�س� ب

“Ia dibawa turun oleh Malaikat Jibril yang amanah ke dalam hatimu, supaya engkau (wahai Muhammad) menjadi seorang daripada pemberi-pemberi ajaran dan amaran (kepada umat manusia). (Ia diturunkan) dengan bahasa Arab yang fasih serta terang nyata” (al-Syu’ara’:193-195).

3. Makna al-Quran dan lafaznya dibawa turun dari sisi Allah. Ini

membezakannya daripada hadis-hadis yang keluar daripada Rasulullah SAW

sama ada hadis Qudsi atau hadis Nabawi, kerana hadis-hadis tersebut

adalah ilham daripada Allah, tetapi lafaznya daripada Rasulullah SAW sendiri.

4.  Al-Quran dipindahkan daripada satu generasi kepada satu generasi

secara mutawatir. Pemindahan secara mutawatir ini memberi makna

keyakinan tentang kesahihan dan ketulenan al-Quran, ia tidak mengalami

5

Page 6: Assignment mukjizat al quran 3

sebarang perubahan, kerana itu tidak ada keraguan bahawa semua nasnya

adalah daripada Allah. (Joni Tamkin Borhan, Che Zarina Shaari, 1994).

5.  Al-Quran adalah mukjizat yang dikurniakan Allah kepada Nabi Muhammad

SAW. Allah mencabar bangsa Arab keseluruhannya supaya mencipta satu

surah yang boleh menyamai al-Quran, namun mereka tidak mampu. Maka ia

adalah satu hujah ke atas mereka (bangsa Arab) yang mendakwa bahawa

wahyu (al-Quran) yang disampaikan Rasulullah SAW adalah rekaan Baginda

semata-mata. Firman Allah yang berbunyi :

ل� ه����ذ�ا �م�ث�� ب �وا ت أ �ن ي��� ج�ن7 ع�ل�ى أ �نس� و�ال �م�ع�ت� اإل ت �ن� اج $ئ ل ل ق���

� �عض6 ظ�ه�يرا �ب �عض�ه�م ل �ان� ب �و ك �ه� و�ل ل �م�ث �ون� ب ت �أ � ي آن� ال ق�ر ال

Katakanlah (wahai Muhammad) : Sesungguhnya jika sekalian manusia dan

jin berhimpun dengan tujuan hendak membuat dan mendatangkan sebanding

dengan al-Quran ini, mereka tidak akan dapat membuat dan  mendatangkan

yang sebanding dengannya, walaupun mereka bantu-membantu sesama

sendiri (al-Isra’:88).

6. Membaca al-Quran itu diberi pahala oleh Allah S.W.T, sama ada bacaan itu

berasal daripada hafalan sendiri mahupun dibaca langsung daripada mushaf

al-Quran. Raasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

  “Siapa yang membaca satu huruf dari al-Quran, maka ia akan mendapat

satu kebaikan, satu kebaikan itu bernilai sepuluh kali. Saya tidak akan

mengatakan alif lam mim itU  satu huruf, tetapi alif satu huruf, lam satu huruf,

dan mim satu huruf.” (hadith riwayat al-Tirmidzi dan al-Hakim dari ‘Abdullah

ibn Mas’ud)

SUDUT I’JAZ  AL-QURAN

1. Al-I’jaz Al-I’lmi(Kemukjizatan dari segi Sains),

Al-I’jaz Al-i’lmi ialah kemukjizatan dari segi sains. Bukan bermaksud

ilmu sains mendahului Al-quran. Akan tetapi, penemuan sains telah wujud di

6

Page 7: Assignment mukjizat al quran 3

dalam al-quran. Al-quran terlebih dahulu menceritakan perkara tersebut

sebelum ditemui oleh ahli-ahli sains. Mereka telah banyak meneroka alam

semesta ini dengan penemuan-penemuan baru. Akan tetapi hakikatnya

mereka tidak sedari sebenarnya semua perkara tersebut terkandung dalam

al-Quran. Tidak ada satupun kitab-kitab terdahulu di dunia memberi jaminan

seperti al-Quran. Allah berfirman:

............

Maksudnya: ........Demikianlah Kami menjelaskan ayat-ayat keterangan Kami

satu persatu bagi kaum yang mahu berfikir (dan mengambil iktibar

daripadanya. (surah Yunus ayat 24)

Dalam ayat ini menjelaskan bahawa Allah menjadikan al-Quran agar

kita mengkaji seberapa banyak untuk melahirkan umat yang mampu menjana

kemajuan berlandaskan al-Quran dan Sunnah. Terdapat beberapa contoh

dimana teori-teori sains sudah wujud dalam al-Quran sejak dahulu.

Permulaan kepada alam diceritakan dalam al-Quran:

Maksudnya: Dan tidakkah orang-orang kafir itu memikirkan dan mempercayai

bahawa sesungguhnya langit dan bumi itu pada asal mulanya bercantum

(sebagai benda yang satu), lalu Kami pisahkan antara keduanya? Dan Kami

jadikan dari air, tiap-tiap benda yang hidup? Maka mengapa mereka tidak

mahu beriman? (surah Anbiya ayat 30)

Seterusnya, kita melihat bagaimana Teori Darwin yang menunjukkan

kebatilannya dan membuktikan bahawa kekuasaan Allah tiada tolok

bandingnya. Teori evolusi yang amat primitif dan hanya berlandaskan minda

manusia yang amat terbatas hampir memesongkan aqidah umat Islam di

seluruh dunia. Allah telah berfirman:

7

Page 8: Assignment mukjizat al quran 3

Maksudnya: Sesungguhnya Kami telah aturkan cara mencipta manusia

bermulanya dari air mani yang bercampur (dari pati benih lelaki dan

perempuan), serta Kami tetap mengujinya (dengan kewajipan-kewajipan);

oleh itu maka Kami jadikan dia berkeadaan mendengar dan melihat.

Kemudian di dalam firman Allah:

Maksudnya: Kemudian Kami ciptakan air benih itu menjadi sebuku darah

beku lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging; kemudian

Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang; kemudian Kami balut

tulang-tulang itu dengan daging. Setelah sempurna kejadian itu Kami bentuk

ia menjadi makhluk yang lain sifat keadaannya. Maka nyatalah kelebihan dan

ketinggian Allah sebaik-baik Pencipta.(surah Al-Mukminin ayat 14)

Secara keseluruhannya hampir semua teori sains yang telah direka

sebenarnya hanyalah menurut al-Quran namun atas dasar kepentingan pihak

tertentu mereka mengubah maksud untuk memastikan aqidah umat Islam

tercalar. Al-Quran juga sebagai membuktikan bahawa segala yang

terkandung di alam semesta adalah milik Allah dan hanya Allah yang Maha

Mengetahui.

2. Al-I’jaz Al-Bayani (Kemukjizatan dari segi Bahasa)

Al-i’jaz Al-bayani ialah kemukjizatan dari segi bahasa. Bahasa amat

penting dalam komunikasi sehingga bahasa yang baik akan menjadikan kita

memahami kehendak seseorang.

Kehebatan bahasa yang digunakan dalam al-quran begitu hebat dan

tinggi sehingga orang arab sendiri kagum dengan bahasa yang terlalu indah

8

Page 9: Assignment mukjizat al quran 3

dan tinggi dalam Al-quran. Ahli-ahli sastera arab pun tunduk mengalah

dengan kehebatan dan keindahan bahasa yang terdapat dalam Al-quran.

Bahasa yang dikandung oleh al-Quran tidak mampu ditandingi dan

bahasa itu tidak pula terkeluar dari gaya bahasa kalam mereka. Setiap

manusia memfokuskan perhatiannya pada al-Qur’an, ia tentu akan

mengenalpasti rahsia-rahsia kemukjizatan aspek bahasanya tersebut. (Abdul

Hamid Muhammad Tahir dan Fauziah Sani, 1987),

Kemukjizatan melalui keindahan bunyi melalui nada huruf-hurufnya

ketika diperdengarkan harakat dan sukunnya, madd dan ghunnahnya, fasilah

dan maqta’nya, sehingga telinga tidak pernah merasa bosan, bahkan ingin

senantiasa terus mendengarnya. Buktinya hingga kini tiada sesiapapu pun

mampu untuk mencabar al-Quran. Allah berfirman dalam Al-quran:

Maksudnya: Katakanlah (wahai Muhammad): Sesungguhnya jika sekalian

manusia dan jin berhimpun dengan tujuan hendak membuat dan

mendatangkan sebanding dengan Al-Quran ini, mereka tidak akan dapat

membuat dan mendatangkan yang sebanding dengannya, walaupun mereka

bantu-membantu sesama sendiri. (Al-Isra,88)

Selain itu, orang arab gagal menandingi ayat-ayat al-Quran seperti

dalam firman Allah :

Maksudnya: Patutkah mereka (bersikap demikian), tidak mahu memikirkan isi

Al-Quran? Kalaulah Al-Quran itu (datangnya) bukan dari sisi Allah, nescaya

mereka akan dapati perselisihan yang banyak di dalamnya.

(An-nisa ayat 82)

9

Page 10: Assignment mukjizat al quran 3

Keindahan bahasa Al-Quran sangat menarik perhatian orang Arab

pada zaman dahulu sehingga ramai cerdik pandai ingin mendatangkan

seumpamanya, namun tetap menemui kegagalan. Sebagai contoh, seorang

sasterawan terkenal pada masa itu iaitu Al-Walid Bin Mugirah tertarik dengan

dan terpesona apabila mendengar nabi membaca Al-Quran dengan katanya:

بالكهان ولما بالسحر ولما لشعر با هو ما والله

“Demi Allah! Perkataan tersebut bukan Syair, bukan Sihir. Bukan Kahanah

(Mentera yang biasa dibaca oleh Dukun.)”

Inilah merupakan tanda kemukjizatan Al-quran dari sudut bahasa yang

membuktikan kebenaran Al-quran dan kehebatannya dapat dilihat dari sudut

pemilihan kata, kalimah dan hubungan antara keduanya, kesan fonologi

terhadap nada dan irama dan lain-lain.

3. KHABAR MASA DEPAN

1. Perkhabaran mengenai kemenangan kaum Muslimin dalam

peperangan Badar

Allah S.W.T. berfirman dalam surah Al-Qamar ayat 43-45:

�ون� �ق�ول �م ي �ر�أ ب اءةQ ف�ي الز7 �ر� �م ب �ك �م ل �م أ �ك �ئ ول� رQ م�ن أ ي �م خ� ك �ف$ار� �ك أ

�ر� 7ون� الد7ب �و�ل ج�مع� و�ي م� ال �هز� ي �ص�ر س� �حن� ج�م�يعQ م7نت ن

“Adakah orang-orang Kafir kamu (wahai kaum Musyrik Mekah) lebih baik

(kekuatan, kekayaan dan kehandalannya) daripada kaum-kaum Kafir yang

tersebut itu ? Atau adakah kamu mempunyai sebarang bukti dalam kitab-kitab

suci tentang kebebasan kamu (dari azab) ? (Mereka tidak mempunyai

sebarang bukti) bahkan mereka akan berkata dengan angkuhnya: “Kami satu

kaum yang bersatu, yang sudah tentu dapat membela diri”. Kumpulan mereka

yang bersatu sudah tentu dapat dikalahkan, dan mereka pula akan berpaling

lari”.

10

Page 11: Assignment mukjizat al quran 3

Ketika surah Al-Qamar ini diturunkan, jumlah kaum Muslimin pada saat

itu masih terlalu sedikit serta masih belum memiliki kekuatan yang padu

sehingga Saidina Umar Al-Khattab sendiri merasa hairan lalu berkata :

“Pasukan manakah yang diberitakan Al-Qur’an dapat kita kalahkan, sedang

kita melindungi diri sendiri sahaja tidak mampu”. (Abdul Halim El-

Muhammady, 1995),

Pemberitahuan kemenangan ini disokong pula oleh satu ayat lain iaitu ayat 9

dari surah Al-Anfal:

�لف6 م�ن� �أ �م ب �ي م�م�د7ك �ن �م أ �ك �ج�اب� ل ت �م ف�اس $ك ب �ون� ر� �غ�يث ت �س �ذ ت إ

د�ف�ين� �ة� م�ر �ك م�آلئ ال

“Ingatlah ketika kamu memohon pertolongan kepada Tuhanmu, lalu

diperkenankanNya bagimu : “Sesungguhnya Aku akan mendatangkan bala

bantuan kepada kamu dengan seribu malaikat yang datang berturut-turut”.

Demikianlah Al-Qur’an mengkhabarkan mereka bahawa kaum Muslimin akan

menang dan pasukan dari Mekah yang keluar menyerbu kaum Muslimin akan

kalah dan melarikan diri. Siapakah yang dapat menceritakan hal yang

sedemikian itu kalau bukan Allah S.W.T. yang Maha Berkuasa ? Ternyata

apa yang telah dikhabarkan benar-benar berlaku tepat sebagaimana yang

disebut di dalam Al-Qur’an.( Budah @ Audah bin Mohsin, 1995).

BAHAGIAN B:

ISTILAH DEFINISI

AL-QURAN Al-Quran  merupakan  kalam  Allah  yang diturunkan

kepada Nabi Muhammad SAW untuk mengeluarkan

manusia daripada kegelapan kufur kepada cahaya

keimanan. Kitab suci al-Quran yang diturunkan kepada

Baginda SAW ini, melalui malaikat Jibril secara

berperingkat-peringkat selama 23 tahun, penurunannya 

adalah mengikut suasana semasa yang berlaku ketika itu,

11

Page 12: Assignment mukjizat al quran 3

yang memerlukan istinbat hukum.

Kandungan Al-Quran merangkumi ayat-ayat yang

menyentuh pelbagai aspek kehidupan manusia seperti

mengatur cara hidup bermasyarakat, cara beribadat,

pembahagian harta pusaka, urusan kekeluargaan, urusan

pentadbiran dan pembangunan negara, urusan

pendidikan, ekonomi dan sebagainya. Kesemua

kandungan ini menjadi sumber rujukan yang unggul dan

abadi sehingga ke hari kiamat.

Para nabi dan rasul tidak akan sama sekali

mengubah wahyu Allah SWT ketika berdakwah tidak kira

dengan siapa dan apapun situasinya.Tidak juga akan

tunduk pada factor pangkat atau kedudukan mahupun

kekuasaan individu atau sesuatu kumpulan. Dakwah para

nabi dan rasul hanya menurut wahyu dan perintah dari

Allah SWT dan tidak akan di tokok tambah.

Kalimah wahyu yang terdapat di dalam al-Quran

mempunyai banyak pengertian bergantung kepada siapa

arahan itu ditentukan oleh Allah SWT. Wahyu membawa

pengertian yang lebih umum dan lebih luas daripada

pengertian al-Quran. Hal itu kerana al-Quran merupakan

wahyu Allah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad

SAW, tapi tidak semua wahyu itu, berupa Al-Quran. Di

mana ada yang berupa hadis, kitab Zabur, Taurat dan Injil

adalah juga wahyu Allah.

HADIS QUDSI Lafaz daripada Rasulullah SAW dan maknanya

daripada Allah Taala

Wahyu Allah yang diungkapkan kembali oleh

Rasulullah SAW

Sumber hukum kedua

Tidak disyaratkan berwudhu' ketika hendak

membaca dan menyentuhnya

12

Page 13: Assignment mukjizat al quran 3

Boleh membaca ketika berhadas besar

Tidak boleh dibaca dalam solat

KHABAR MUTAWATIR Mutawatir secara istilah didefinisikan sebagai apa yang

diriwatkan oleh banyak orang, yang menurut kebiasaan

mustahil mereka semua bersepakat untuk berbohong

ما رواه ع��دد كث��ير تحي��ل الع�ادة تواط��ؤهم)

.(على الكذب

Maksud dari definisi ini adalah khabar atau hadits

mutawatir adalah khabar atau hadits yang diriwayatkan

oleh banyak rawi pada setiap tingkatan (طبقة) dari

seluruh tingkatan sanadnya, yang menurut kebiasaan

mustahil mereka semua bersepakat untuk berbohong atau

menyelisihi khabar ini.

Syarat-Syarat Hadits Mutawatir

Dari definisi di atas, dapat disimpulkan bahwa sebuah

khabar atau hadits tidak bisa disebut khabar atau hadits

mutawatir kecuali memenuhi empat syarat berikut ini:

1. Diriwayatkan oleh banyak rawi. Ada yang menyebutkan

jumlah minimalnya adalah 10 orang rawi.

2. Jumlah rawi –sebagaimana yang disebut di poin 1–

tersebut terdapat di setiap tingkatan sanad.

3. Menurut kebiasaan mustahil mereka bersepakat untuk

berbohong. Misalnya karena mereka berada di negeri-

negeri yang berbeda, bangsa yang berbeda, atau dari

berbagai madzhab yang berbeda.

4. Penyandaran khabar tersebut dilakukan melalui indra (

13

Page 14: Assignment mukjizat al quran 3

,(الحس seperti kami mendengar ,(سمعنا) kami melihat (

,(رأينا atau kami menyentuh .(لمسنا) Adapun jika

penyandaran khabar tersebut berdasarkan akal, seperti

perkataan ‘alam ini baru’, maka khabar seperti ini tidak

bisa disebut sebagai khabar mutawatir.

HADIS SAHIH 1. Hadith Sahih ialah hadith yang mempunyai sanad

yang berhubung daripada seorang yang lain

sehingga akhir sanad melalui perawi-perawi yang

adil dan dhobit, tiada syaz dan tidak cacat (syaz).

2. Apa yang dimaksudkan dengan syaz ialah suatu

hadith yang diriwayatkan oleh seorang yang thiqah

tetapi hadith ini bertentangan dengan hadith-hadith

yang diriwayatkan oleh beberapa orang yang

thiqah.

3. Ilah pula ialah kecacatan yang terdapat dalam

sesuatu hadith yangmenjadikan hadith itu tidak

boleh diterima.

4. Bagi menentukan sesuatu hadith itu sahih atau

tidak, hadith tersebut mestilah memenuhi syarat-

syarat.

5. Syarat-syarat tersebut merangkumi perawi,

sanad dan matan hadith. Antara syarat-syarat hadith sahih

ialah:

a. Perawinya bersifat adil. Maksud adil ialah seseorang

yang soleh, beriman,

bertakwa, tidak melakukan dosa besar, menjauhi perkara

merosakkan iman

dan tidak mengikut mana-mana hadith yang bertentangan

dengan syarak

serta menjaga akhlak dan maruah diri.

b. Dhabit atau penjagaannya baik. Maksudnya perawi

14

Page 15: Assignment mukjizat al quran 3

mempunyai kekuatan

ingatan, cerdik dan faham sama ada dalam bentuk

hafalan atau tulisan.

Perawi juga dapat menjaga tulisan -tulisannya daripada

sebarang

penambahan, pengurangan atau perubahan dengan

sebab lupa atau cuai.

c. Hadith diterima daripada perawi-perawi yang sama

sifatnya. Jika ada di

antara perawi yang tiada sifat-sifat yang boleh diterima,

maka hadithnya

ditolak.

d. Sanadnya bersambung dari awal hingga akhir iaitu tidak

terputuspada manamana

tabaqat atau peringkat hingga sampai kepada Rasulullah

saw.

e. Tidak terdapat kejanggalan atau syaz. Menurut Imam

Syafi’e hadith tersebut

diriwayatkan oleh perawi yang thiqah tetapi menyalahi

riwayat ramai.

f. Tidak terdapat sebarang kecacatan yang

merosakkannya iaitu keadaan yang

berupa kecacatan yang boleh menghalang sesebuah

hadith itu untuk diakui

sebagai hadith sahih.

6. Semua yang disebutkan di atas merupakan syarat-

syarat yang menjadikan sesuatu riwayat itu benar-

benar sahih (sahih lizatihi).

7. Bagaimanapun, terdapat satu kategori lain di mana

riwayat berkenaan tidak memenuhi syarat-syarat

tersebut sebagaimana sepatutnya.

8. Namun kerana terdapat riwayat atau riwayat-

riwayat lain di dalam nilai yang sama

memperkukuhkannya, ia boleh disifatkan sebagai

15

Page 16: Assignment mukjizat al quran 3

‘sahih lighirihi’. Misalnya apabila suatu hadith hasan

itu diriwayatkan melalui berbagai salsilah

periwayatan, ia boleh bertukar menjadi hadith

sahih.

HADIS HASAN 1. Hadith Hasan ialah hadith yang diriwayatkan oleh

seorang yang bersifat adil, tetapi tidak begitu kuat

ingatannya. Sanadnya berurutan dan tidak terdapat

kecacatan serta kejanggalan pada matannya. Sesuatu

hadith itu diiktiraf hadis hasan apabila memenuhi lima

perkara berikut iaitu:

a. Perawi setiap hadith itu mestilah berhubung

antara satu sama lain.

b. Perawi itu mestilah adil

c. Perawi itu tidak mempunyai kekuatan ingatan

yang sempurna. Misalnya hadith sahih memerlukan

kekuatan menghafaz tidak kurang daripada 95%.

Oleh itu, hadith yang diriwayatkan oleh orang yang

mempunyai kekuatan menghafaz hanya 85%

sahaja adalah hasan. Manakala hadith yang

diriwayatkan oleh orang yang memiliki kekuatan

menghafaz kurang daripada jumlah tersebut adalah

lemah (dhaif).

d. Hadith itu tidak syaz.

e. Hadith itu tidak mempunyai illah.

2. Hadith Hasan terbahagi kepada dua martabat iaitu

hasan lizatihi dan hasan lighairihi. Untuk memahami lebih

lanjut lagi perbandingan antara hasan

lizatihi dan hasan lighairihi, anda perlu meneliti dan

memahami huraian jenis-jenis hadith hasan berikut:

1. Hadith Hasan Lizatihi

1. Hadith Hasan Lizatihi ialah hadith yang

bersambung sanadnya dari awal hingga akhir,

perawinya juga bersifat adil dan tidak terdapat

cacat serta tidak syaz iaitu tidak janggal dari sudut

16

Page 17: Assignment mukjizat al quran 3

matannya.

2. Cuma ia kurang kuat sifat dhabitnya. Dalam

konteks lain, Hadith Hasan Lizatihi juga dinamakan

sahih lighairihi iaitu hadith yang mempunyai syarat

penerimaan yang cukup, tetapi darjat dhabitnya

kurang baik.

3. Ia dinamakan Lizatihi kerana ia menjadi hasan

dengan sendirinya iaitu memenuhi syarat khas

pada hadis hasan, bukan sebab atau sesuatu

natijah daripada luar.

2. Hadith Lighairihi

1. Hadith Lighairihi adalah hadith yang tidak diketahui

dengan jelas keadaan sanadnya dari sudut sifat

dan kelayakan perawi, sama ada perawi itu kuat

atau lemah.

2. Walaubagaimanapun, perawi hadith Hasan

Lighairihi bukanlah seorang perawi yang lupa, juga

tidak banyak kesalahan yang dilakukannya dalam

periwayatan hadith, ia juga tidak illah atau cacat,

tidak dicela melakukan pemalsuan atau

pembohongan pada hadis serta tidak sabit sebagai

seorang yang fasiq.

3. Justeru itu, Hadis Hasan Lighairihi ini disokong oleh

riwayat lain yang muktabar dan sama dari sudut

lafaz serta maknanya, sama ada melalui almutabi’

atau al-syahid.

4. Dalam konteks lain, hasan lighairihi adalah hadis

yang tidak jelas hal-hal sanadnya sama ada kuat

atau lemah hafalan perawinya, tetapi tidak cuai,

tidak banyak kesalahan dan tidak dituduh

pembohong.

HADIS DA’IF Kata dha’if menurut bahasa berasal dari kata

17

Page 18: Assignment mukjizat al quran 3

dhuifun yang bererti lemah lawan dari kata qawiy yang

berarti kuat.

Sedangkan dhaif bererti hadits yang tidak

memenuhi hadits hasan. Hadits dhaif disebut juga hadits

mardud (ditolak). Contoh hadits dhaif ialah hadits yang

berbunyi:

� أ و� ض��� �ي� ص��لى الل��ه على��ه وس��لم ت��� �ب �ن� الن ا

ن� �ي ج�ور� ب ح� ع�لى� ال و�م�س�Ertinya: “Bahwasanya Nabi SAW wudhu dan beliau

mengusap kedua alas kakinya”.

Hadits tersebut dikatakan dhaif karena diriwayatkan

dari Abu Qais al-Audi. Seorang perawi yang masih

dipersoalkan.

B.    

Kriteria hadits dhaif

Para ulama memberikan batasan bagi hadits dhaif iaitu:

�جم�ع �م ي �ذ�ى ل ث� ال ح�د�ي ف� ه�و� ال ث� الض�ع�ي ح�د�ي �ل اد� ح��� ف�ا ت� ال � ص��� ح� و�ال ي ث� الص�ح� ح�د� ي ص�ف�ا ت� ال

ث� يErtinya: “Hadits dhaif adalah hadits yang tidak

menghimpun sifat-sifat shahih, dan juga tidak

menghimpun sifat-sifat hadits hasan”.

Kriteria hadits dhaif yaitu hadits yang kehilangan

salah satu syaratnya sebagai hadits shahih dan hasan.

Dengan demikian, hadits dhaif itu bukan tidak memenuhi

syarat-syarat hadits shahih, juga tidak memenuhi

persyaratan hadits-hadits hasan. Para hadits dhaif

terdapat hal-hal yang menyebabkan lebih besarnya

dugaan untuk menetapkan hadits tersebut bukan berasal

dari Rasulullah SAW.

C.   

Secara garis besar yang menyebabkan suatu

hadits digolongkan menjadi hadits dhaif dikarenakan dua

18

Page 19: Assignment mukjizat al quran 3

hal, yaitu gugurnya rawi dalam sanadnya dan ada cacat

pada rawi atau matan.

Hadits dhaif karena gugurnya rawi adalah tidak

adanya satu, dua atau beberapa rawi, yang seharusnya

ada dalam sanad, baik para pemulaan sanad,

pertengahan ataupun akhirnya.

BAHAGIAN C: PENULISAN REFLEKSI

SEBELUM

Alhamdulillah, saya bersyukur kepada Allah SWT kerana telah memberi

peluang dan kesempatan untuk saya menyiapkan tugasan yang pada saya

cukup berharga walaupun banyak tenaga dan masa dihabiskan.

Pada peringkat awal penerangan yang diberikan semasa taklimat agak

jelas tetapi saya kurang faham kehendak soalan yang diutarakan untuk

menulis esei ini. Selepas meneliti semula soalan beberapa kali dan

berbincang dengan pensyarah dan kawan-kawan, akhirnya segala kekeliruan

dapat saya atasi.

19

Page 20: Assignment mukjizat al quran 3

Perkara pertama yang saya lakukan ialah membuat pembacaan

tentang tajuk esei ini dalam buku, jurnal, artikel dalam internet dan

sebagainya. Setelah itu saya meneruskan proses mengumpul maklumat ini

sebelum saya mula menulisnya. Pada mulanya, tugasan ini dirasakan

sebagai satu beban yang besar memandangkan tajuk ini adalah berat bagi

saya untuk menulis eseinya,.

Saya tidak mempunyai pengalaman membuat tugasan ilmiah dengan

sempurna membuatkan saya gementar dan tidak yakin terhadap kemampuan

diri sendiri. Saya juga tidak mempunyai pengetahuan dan pengalaman yang

luas dalam bidang Ulum al-Quran dan Ulum al-Hadis. Namun, dengan berkat

usaha dan dorongan yang berterusan terutama dari rakan-rakan yang sam

belajar saya merasakan beban yang dipikul semakin ringan dan ia

sebenarnya adalah rahmat dan pengalaman yang tidak dapat dijual beli.

Selain itu guru-guru di sekolah juga memainkan peranan yang amat

penting, ini kerana merekalah yang akan memberikan pandangan dan

pengisian untuk tugasan ini. Kesungguhan yang mereka tunjukkan serba

sedikit telah dapat memberikan keyakinan kepada kami untuk lebih

berkeyakinan dalam usaha kami untuk merialisasikan impian dan wawasan

yang diimpikan.

Dari segi peruntukan masa bagi menyiapkan esei ini, secara jujur saya

mengatakan tidak cukup memandangkan banyak aktiviti yang perlu dilakukan

pada masa yang sama. Antaranya ialah saya terpaksa mengajar di sekolah

dengan tugas-tugas rutin yang lain.. Namun, masalah ini telah berjaya diatasi

kerana saya telah menggunakan pelbagai strategi dalam mengurus masa.

Sebagai contoh, saya mengambil lebih masa pada waktu malam untuk

menulis esei ini.

SEMASA

Pada mulanya saya berasa sangat teruja kerana ada beberapa rakan

seperjuangan agak mahir dalam bidang ini. Saya mendapati mereka juga

tidak lokek berkongsi maklumat terutama bahan dan buku rujukan. Saya

20

Page 21: Assignment mukjizat al quran 3

mengambil masa 2 minggu untuk mendapatkan maklumat dari buku, rencana,

artikel dan internet.

Saya bertanya ramai rakan guru untuk mendapat maklumat tentang

tugasan ini. Setelah maklumat diperolehi, saya mendapat sedikit sebanyak

kefahaman dan agak bersedia .Bagi mengatasi kekangan dan kesukaran

yang saya nyatakan di atas, saya telah mengambil inisiatif berbincang dan

berkolaborasi dengan rakan-rakan dan pensyarah pembimbing.

Perbincangan dan kolaborasi ini sesungguhnya sangat membantu

saya menyiapkan tugasan ini dengan sempurna kerana saya berpeluang

untuk bertanya kepada rakan-rakan dan pensyarah tentang cara-cara

melaksanakan tugasan selain mendapatkan hasil yang sangat memuaskan.

Perbincangan dan kolaborasi tersebut sebenarnya juga telah saya mulakan

semasa penyediaan bahan-bahan pada setiap minggu sekali.

Kolaborasi-kolaborasi tersebut antara lain ialah pemilihan bahan yang

tepat dan baik, perkongsian idea, pengetahuan dan kemahiran dan

pertukaran bahan-bahan dengan rakan. Kolaborasi seumpama ini telah

banyak membantu saya menyiapkan tugasan dengan baik.

PENGALAMAN BARU SETELAH SELESAI

Selepas menyiapkan tugasan ini dengan jayanya, saya telah mengambil

beberapa perkara sebagai iktibar dan panduan kepada diri saya untuk

menempuhi cabaran pendidikan yang mendatang. Melalui pelaksanaan

tugasan dan amali-amali dalam subjek ini, saya mempelajari bahawa

seseorang guru haruslah menguasai Ulum al-Quran dan Ulum al-Hadis dan

mempunyai kemahiran yang tinggi terhadap penggunaan komputer.

di samping itu pemilihan bahan yang autentik di dalam internet juga

turut menjadi keutamaan bagi saya. Saya amat takut maklumat yang

diperolehi akan jauh tersasar dari yang sebenarnya. Selain itu, saya juga

telah mempelajari bahawa seseorang guru haruslah bijak dan kreatif dalam

21

Page 22: Assignment mukjizat al quran 3

memilih, menggunakan dan menghasilkan bahan untuk sesebuah aktiviti

pembelajaran

Berdasarkan hasil kajian saya faham bahawa memang sukar untuk

memahami kesemua konsep Ulum al-Quran dan Ulum al-Hadis ini tanpa

bimbingan guru yang berpengalaman luas dalam bidang ini. Menerusi

tugasan ini, sedikit sebanyak telah membuka minda saya sebagai seorang

guru yang perlu memainkan peranan yang penting dalam mencari maklumat

terkini untuk digunakan sepenuhnya di dalam pembelajaran dan pengajaran.

Dalam hal ini, saya insaf sebagai seorang guru, kita perlulah memikirkan jalan

penyelesaian yang terbaik untuk memenuhi keperluan pembelajaran murid-

murid

22

Page 23: Assignment mukjizat al quran 3

PENUTUP

Al-Quran merupakan satu-satunya kitab yang terakhir yang Allah s.w.t

turunkan kepada Junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w dan inilah yang

dikatakan mukjizat yang utama kepada seorang Nabi,sedangkan Nabi-nabi

sebelum baginda pun Allah s.w.t ada turunkan kitab tetapi kehebatan al-

Quran mengatasi semuanya itu sehingga dikatakan mukjizat yang paling

utama dan besar.

Kita disuruh membaca dan mengamalkan apa yang terkandung

didalam al- Quran kerana ianya adalah satu pedoman,petunjuk dan pengubat

yang terhebat .Begitu banyak rahsia yang terkandung didalamnya,setiap

huruf dan ayat mengandungi hikmah yang amat besar.Kebanyakan diantara

kita hanya membacanya tanpa mengetahui isi maknanya .

I’jaz (kemukjizatan) adalah menetapkan kelemahan. Kelemahan

menurut pengertian umum ialah ketidakmampuan mengerjakan sesuatu,

lawan dari kemampuan. Apabila kemukjizatan telah terbukti, maka nampaklah

kemampuan mu’jiz (sesuatu yang melemahkan). Yang dimaksud dengan i’jaz

ialah menampakkan kebenaran Nabi dalam pengakuannya sebagai Rasul

dengan menampakkan kelemahan orang Arab untuk menghadapi

mukjizatnya yang abadi, iaitu al-Quran dan kelemahan generasi-generasi

sesudah mereka. Mukjizat adalah sesuatu hal yang luar biasa yang disertai

tentangan dan selamat dari perlawanan.

Maksud kemukjizatan al-Quran bukan semata mata untuk melemahkan

manusia atau menyedarkan mereka atas kelemahanya untuk mendatangkan

seumpama al-Quran akan tetapi tujuan yang sebenarnya adalah untuk

menjelaskan kebenaran al-Quran dan Rasul yang membawanya dan

sekaligus menetapkan bahwa sesuatu yang dibawa oleh mereka hanya

sekadar menyampaikan, mengkhabarkan dan menyerukan risalah Allah

s.w.t

Mukjizat (Al-Quran) yang dikurniakan kepada nabi Muhammad SAW.

sangatlah berbeza dengan mukjizat-mukjizat yang diberikan kepada nabi-nabi

23

Page 24: Assignment mukjizat al quran 3

terdahulu. Jika para nabi sebelumnya bersifat Hissiy-Matrial sedangkan Al-

Quran bersifat maknawi. Perbezaan tersebut berdasarkan perutusan para

nabi sebelum Muhammad s.a.w. ditugaskan pada masyarakat dan masa

tertentu. Oleh kerana mukjizat tersebut hanya sementara. Sedangkan al-

Quran tidak terbatas pada masyrakat dan masa tertentu , malahan berlaku

sepanjang masa

24

Page 25: Assignment mukjizat al quran 3

RUJUKAN

Abdul Ghani Azmi Idris, (1999), Mengenal Al-Quran dan Asas-Asas Ulumul

Quran,Kuala Lumpur:Al-Hidayah Publishers.

Abdul Halim El-Muhammady, (1995), Islam dan Al-Hadith, Kuala Lumpur:

Angkatan Belia Islam Malaysia.

Abdul Hamid Muhammad Tahir, Fauziah Sani, (1987), Al-Hadith dan

Mustolah Al-Hadith, Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.

Abdul Karim Ali, Mohd Noor Deris, (2007), Pengajian Al-Sunnah, Kuala

Lumpur:Intel Multimedia And Publication.

Abdul Majid Jaafar, (2007), Isu-isu Dalam Tafsir dan Hadith, Kuala Lumpur:

Pustaka Haji Abdul Majid.

Al-Qattan, Manna’ Khalil, (1976). Mabahith Fi Ulum al-Quran, Beirut:

Mu’assasah al- Risalah.

Budah @ Audah bin Mohsin, (1995), Ulum Al-Hadith, Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka.

Jalal al-Din Abd. al-Rahman Ibn Abu Bakr, al-Suyuti:al-Itqan Fi Ulum al-

Quran, Kaherah: Mustafa al-Halabi.

Jalal al-Din Abd. al-Rahman Ibn Abu Bakr, al-Burhan Fi Ulum al-Quran,

Kaherah: Mustafa al-Halabi.

Joni Tamkin Borhan, Che Zarina Shaari, (1994), Ulum Al-Hadith, Kuala

Lumpur:Cahaya Pantai, Sdn. Bhd.

25

Page 26: Assignment mukjizat al quran 3

petunjuk kepada manusia supaya kembali Allah untuk menerima tugas

utamanya

sebagai khalifah Allah di muka bumi.

Kedua: Tidak melampau dan terabai.

Tidak melakukan penyelidikan secara berlebih-lebihan tentang ayat-ayat

Kawniyyat

dan sebaliknya pula tidak mengabaikan aspek-aspek positif yang terdapat

dalam alam

ini yang dianugerahkan Allah untuk keperluan manusia.

Ketiga: Pendekatan Al-Qur’an adalah fleksibel.

Pendekatan Al-Qur’an dalam membentangkan ayat-ayatnya bersifat fleksibel

yang

boleh menerima pelbagai tafsiran yang sesuai.

Keempat: Hakikat sains adalah asas pembuktian.

Kita hendaklah elakkan daripada andaian-andaian dan teori-teori sains yang

tidak

sampai ke tahap hakikat sains.

Kelima: Tidak menentukan makna satu ayat atas satu hakikat sahaja.

Kadang-kadang satu hakikat sains yang kita tentukan maksud kepada satu

ayat,

padahal ia adalah salah satu maksud kepada ayat.

Keenam: Mustahil berlaku pertembungan antara hakikat Al-Qur’an dan hakikat

sains.

26

Page 27: Assignment mukjizat al quran 3

Mustahil berlaku pertentangan antara hakikat Al-Qur’an dan hakikat sains

kerana

kedua-duanya daripada sumber yang satu.

Ketujuh: Hendaklah mengikut metode Al-Qur’an dalam mencari ilmu

pengetahuan.

Kita mesti memahami bahawa segala hal itu bergantung kepada masanya.

Justeru itu

dikatakan bahawa sebaik-baik pentafsir bagi Al-Qur’an adalah masaPertama:

al-I’jaz al-Bayani (Kemukjizatan Dari Segi Kebahasaan)

Dalam membincangkan aspek ini, ia sekaligus melibatkan aspek al-Fasahah

dan al-Balaghah

al-Qur’an.

Pengertian al-Fasahah ) ( : pada bahasa ialah jelas dan terang. Manakala dar

! ipada segi

istilah ia bermaksud mudah difahami 21

.

Adapun al-Balaghah ("# ) pula: pada bahasa bererti sampai kepada sesuatu.

Pada istilah ia

bermaksud menyampaikan sesuatu pengertian ke hati dengan cara yang

sebaik-baiknya. 22

Perbezaan antara al-Fasahah dan al-Balaghah sepertimana disebut oleh al-

Khafaji dalam

karyanya “Sirr al-Fasahah” bahawa al-Fasahah yang berkait langsung dengan

lafaz,

sementara al-Balaghah sesuatu yang berkait dengan makna atau pengertian.

Sebagai contoh firman Allah s.w.t. :

27

Page 28: Assignment mukjizat al quran 3

Ï!$t±ósx1ø9$# Çtã 4‘sS÷Ζtƒuρ 4†n1öà)ø9$# “ÏŒ Ç›!$tGƒÎ)uρ Ç≈|¡ômM}$#uρ

ÉΑô‰yèø9$$Î/ ããΒù'tƒ ©!$# ¨βÎ) *

∩⊃∪ šχρã©.x‹s? öΝà6¯=yès9 öΝä3ÝàÏètƒ 4 Äøöt7ø9$#uρ Ìx6Ψßϑø9$#uρ

Maksudnya: Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil, dan berbuat

kebaikan, serta memberi bantuan kepada kaum kerabat; dan melarang

daripada melakukan perbuatan-perbuatan yang keji dan mungkar serta

kezaliman. ia mengajar kamu (dengan suruhan dan laranganNya ini), supaya

kamu mengambil peringatan mematuhiNya.

(

Tujuan utama Al-Qur’an al-Karim adalah untuk memandu dan memimpin tingkah lakumanusia. Justeru itu, dakwah dan panduan Al-Qur’an muncul dalam pelbagai bentuk dan cara.Ada yang menjurus kepada fitrah asal kejadian manusia, Kadang-kadang dalam bentukpembuktian yang berdasarkan sesuatu yang boleh dikesan melalui pancaindera, kadangkadangmelalui dialog ilmiah, ada kalanya dengan cara mengambil pengiktibaran terhadapapa yang yang berlaku pada umat terdahulu dan lain sebagainya.Apabila kita meneliti tujuan dan metode Al-Qur’an dalam perbincangannya kita dapatibanyak ayat-ayat yang berkaitan dengan penciptaan alam semesta termasuk langit, bumi dandiri manusia sendiri. Para pengkaji telah mengenal pasti bahawa didapati ratusan ayat Al-Qur’an yang membicarakan tentang hukum alam yang telah ditentukan oleh Allah s.w.t. serta9sistem yang berlaku kepada segala ciptaannya ini. Sebahagian pengkaji menganggarkan ayatayattersebut lebih daripada 900 ayat terdapat di dalam surah-surah Al-Quran.23

Namun begitu, para ulama dahulu dan masa kini tidak mempunyai kata sepakat sama adabolehkah ayat-ayat Al-Qur’an ditafsirkan dengan secara sains. Dalam hal ini, mereka bolehdikategorikan dalam dua kumpulan. Kumpulan pertama, mereka yang menentang tafsiran Al-Qur’an secara sains. Kumpulan ini diketuai oleh salah seorang tokoh pemikir Islam yangulung iaitu al-Imam Abu Ishaq al-Shatibi Ibrahim bin Musa al-Lakhmi al- Gharnati (m.

28

Page 29: Assignment mukjizat al quran 3

790H). Sementara ulama masa kini yang sependapat dengan kumpulan ini ialah al-ShaykhAmin al-Khuli –suami Dr. Bint al-Shati’. Demikian juga, al-Shaykh Mahmud Shaltut –mantan Shaykh al-Azhar.24

Kumpulan kedua, mereka yang berpendapat bahawa Al-Qur’an boleh ditafsirkan secara sains.Mereka ini diketuai oleh tokoh sufi terkenal iaitu al-Imam al-Ghazali, al-Imam al-Razi, al-Shaykh Muhammad Rashid Rida, Mustafa Sadiq al-Rafi`i dan lain-lain. 25

Walau apapun, mereka yang mengatakan bahawa pentafsiran Al-Qur’an secara sains itu bolehdilakukan dengan mengambilkira beberapa ketetapan asas sebagai berikut: 26

Pertama: Al-Qur’an adalah Kitab Hidayah.Sesungguhnya Al-Qur’an al-Karim sebuah kitab hidayah yang berperanan memberipetunjuk kepada manusia supaya kembali Allah untuk menerima tugas utamanyasebagai khalifah Allah di muka bumi.Kedua: Tidak melampau dan terabai.Tidak melakukan penyelidikan secara berlebih-lebihan tentang ayat-ayat Kawniyyatdan sebaliknya pula tidak mengabaikan aspek-aspek positif yang terdapat dalam alamini yang dianugerahkan Allah untuk keperluan manusia.Ketiga: Pendekatan Al-Qur’an adalah fleksibel.Pendekatan Al-Qur’an dalam membentangkan ayat-ayatnya bersifat fleksibel yangboleh menerima pelbagai tafsiran yang sesuai.Keempat: Hakikat sains adalah asas pembuktian.Kita hendaklah elakkan daripada andaian-andaian dan teori-teori sains yang tidaksampai ke tahap hakikat sains.Kelima: Tidak menentukan makna satu ayat atas satu hakikat sahaja.Kadang-kadang satu hakikat sains yang kita tentukan maksud kepada satu ayat,padahal ia adalah salah satu maksud kepada ayat.Keenam: Mustahil berlaku pertembungan antara hakikat Al-Qur’an dan hakikatsains.Mustahil berlaku pertentangan antara hakikat Al-Qur’an dan hakikat sains keranakedua-duanya daripada sumber yang satu.Ketujuh: Hendaklah mengikut metode Al-Qur’an dalam mencari ilmu pengetahuan.Kita mesti memahami bahawa segala hal itu bergantung kepada masanya. Justeru itudikatakan bahawa sebaik-baik pentafsir bagi Al-Qur’an adalah masa

29