8
NAMA PENSYARAH : PROF. DATO' IR. DR RIZA ATIQ ABDULLAH BIN O.K. RAHMAT NAMA : ZURAIDA BINTI ABD RAHMAH NO MATRIK : A 147449 LMCP1532 PEMBANGUNAN BANDAR MAPAN Tajuk:Perancangan Bandar Mampan (Kemampanan Bandar Tempat Tinggal Saya) Pembangunan Mapan bermaksud pemmbangunan yang memenuhi keperluan semasa tanpa memusnahkn atau memperjudikan keperluan generasi akan datang atau pembangunan yang dijalankan bagi memenuhi keperluan pada masa kini tanpa mengorbankan keperluan pada masa akan datang.Pembangunan mampan juga merujuk kepada perangkaan langkah-langkah yang perlu di ambil perhatian dan tindakan hari ini demi memastikan supaya isu alam sekitar yang bersifat global seperti tukaran cuaca,kesan rumah hijau,tekanan sosial dan sebagainya yang di alami hari ini tidak sesekali menjejas dan mengancam kehidupan masa hadapan.Dapat disimpulkan bahawa pembangunan mapan adalah berkait rapat dengan penjagaan alam sekitar untuk masa kini dan pada masa akan datang.Hal ini kerana,rakyat termasuk kehidupan di dalam sesebuah Negara perlu kepada keamanan dan kedamaian dan hidup dalam keadaan alam yang bersih dan tenang. Dan penilaian saya kepada temapat tinggal saya adalah berkenaan dengan beberapa aspek iaitu Pendidikan,Pekerjaan,Pengangkutan,Reka Bentuk Bandar,Kepelbagaian bio,Penjagaan kesihatan,Makanan,Ekonomi,Kualiti Udara dan Kitar Semula.

Kemampanan bandar tempat tinggal saya

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Kemampanan bandar tempat tinggal saya

NAMA PENSYARAH : PROF. DATO' IR. DR RIZA ATIQ ABDULLAH BIN O.K. RAHMAT

NAMA : ZURAIDA BINTI ABD RAHMAH

NO MATRIK : A 147449

LMCP1532 PEMBANGUNAN BANDAR MAPAN

Tajuk:Perancangan Bandar Mampan (Kemampanan Bandar Tempat Tinggal Saya)

Pembangunan Mapan bermaksud pemmbangunan yang memenuhi keperluan semasa tanpa memusnahkn atau memperjudikan keperluan generasi akan datang atau pembangunan yang dijalankan bagi memenuhi keperluan pada masa kini tanpa mengorbankan keperluan pada masa akan datang.Pembangunan mampan juga merujuk kepada perangkaan langkah-langkah yang perlu di ambil perhatian dan tindakan hari ini demi memastikan supaya isu alam sekitar yang bersifat global seperti tukaran cuaca,kesan rumah hijau,tekanan sosial dan sebagainya yang di alami hari ini tidak sesekali menjejas dan mengancam kehidupan masa hadapan.Dapat disimpulkan bahawa pembangunan mapan adalah berkait rapat dengan penjagaan alam sekitar untuk masa kini dan pada masa akan datang.Hal ini kerana,rakyat termasuk kehidupan di dalam sesebuah Negara perlu kepada keamanan dan kedamaian dan hidup dalam keadaan alam yang bersih dan tenang.

Dan penilaian saya kepada temapat tinggal saya adalah berkenaan dengan beberapa aspek iaitu Pendidikan,Pekerjaan,Pengangkutan,Reka Bentuk Bandar,Kepelbagaian bio,Penjagaan kesihatan,Makanan,Ekonomi,Kualiti Udara dan Kitar Semula.

Saya menetap di Pahang dan alamat tetap ialah Kampung Baru Cenderawasih,Pekan. Pekan merupakan sebuah daerah , dan bandar diraja di Pahang, Malaysia. Ia terletak kira-kira 50 km dari selatan ibu negeri terkini iaitu Kuantan, berhampiran Laut China Selatan dan tebing selatan Sungai Pahang.

Dari segi pendidkan,Antara sekolah yang terdapat dalam Bandar Pekan adalah Sekolah Berasrama Penuh (SBP) iaitu Sekolah Sains Sultan Haji Ahmad Shah (SHAH

Pekan) ,Sekolah Berasrama Penuh Intergrasi Tun Abdul Razak (InSTAR) ,Maktab Rendah Sains Mara (MRSM iaitu MRSM Tun Abdul Razak Pekan, Pahang.Sekolah Kebangsaan Pekan (SMK Pekan),Sekolah Menengah Agama Tengku Ampuan Fatimah

(SMATAF),Sekolah Kebangsaan Sinar Mutiara

(SKSM).

Antara gambar menarik di bandar pekan

Page 2: Kemampanan bandar tempat tinggal saya

Sedikit maklumat mengenai aspek pendidkan iaitu Jabatan Pelajaran Negeri Pahang (JPNP) adalah jabatan yang menguruskan perkara yang berkaitan pendidikan di seluruh Negeri Pahang. JPNP kini terletak di Bandar Indera Mahkota, Kuantan, Pahang dan telah wujud sejak tahun 1913. Sebelum ini, JPNP terletak di bangunan Wisma Sri Pahang, Kuantan dan kemudiannya dipindahkan ke Alor Akar pada tahun 1983 sehingga awal tahun 2006. Pada bulan Mac 2006, JPNP telah berpindah ke bangunan baru yang terletak di Bandar Indra Mahkota, Kuantan. Bilangan kakitangan di jabatan ini seramai 300 orang yang terdiri dari guru dan bukan guru. A

Jabatan ini dipimpin  oleh En Yahya Bin Zainal Abidin.Mulai 12 Ogos 2013 sehingga kini JPN Pahang dipimpin oleh Encik Rosdi Bin Ismail,Sumber: http://www.moe.gov.my/my/profil-jabatan?div=35

Terdapat sepuluh (10) sektor seperti berikut:

Sektor Khidmat Pengurusan Dan Pembangunan

Sektor Pengurusan Akademik

Sektor Pengurusan Sekolah

Sektor Pendidikan Islam Dan Moral

Sektor Pembangunan Kemanusiaan

Sektor Penilaian Dan Peperiksaan

Sektor Pendidikan Swasta Dan Khas

Sektor Jaminan Kualiti

Sektor Pengurusan Maklumat Dan ICT

Sektor Psikologi Dan Kaunseling

Dapat disimpulkan bahawa aspek pendidkan di Pekan berkembang maju selaras dengan matlamat JPN untuk melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan bersatu padu,berilmu,berketerampilan,berakhlak mulia,sejahtera di samping menyediakan sumber tenaga manusia bagi keperluan dan kemajuan Negara.Malahan sector-sektor pendidikan yang diwujudkan dapat membantu untuk meningkatkan lagi prestasi pendidikan di Pekan.

Kedua adalah aspek pekerjaan. Pekerjaan secara umum didefinisikan sebagai sebuah kegiatan aktif yang dilakukan oleh manusia. Pekerjaan adalah suatu tugas atau kerja yang menghasilkan sebuah nilai yang dapat memberi sumbangan tersendiri mengikut jenis pekerjaan.Bandar pekan banyak menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk.Bidang pekerjaan di Pekan setara seperti Bandar-bandar besar lain yang mencakupi aspek pekerjaan kerajaan,swasta,bekerja sendiri,dan ia merangkumi pekerjaan professional dan tidak professional.Contohnya:

2 industri automotif bagi kawasan Pekan. Terdapat kilang DRB-Hicom, Isuzu, Mercedes Benz, Deftech dan Pekan Automotive Park yg mempamirkan berbagai kenderaan yg dipasang dikawasan ini.

Page 3: Kemampanan bandar tempat tinggal saya

Bidang pekerjaan di kawasan pekan banyak memberi sumbangan darisegi produktiviti dan perkhidmatan selain membuka peluang pekerjaan kepada mereka yang berminat dan berkemahiran.Ini menjadikan Bandar Pekan sebagai sebuah Bandar yang semakin meningkat maju dari segi bidang pekerjaan sekaligus menstabilkan kewangan penduduk setempat dengan menceburi bidang pekerjaan yang ditawarkan.

Dari segi Pengangkutan pula,Pekan disediakan perkhidmatan pengangkutan yang baik dan ini memudahkan pengguna bas sampai ke destinasi yang ditujui.Perkhidmatan Bas Rapid dari Kuantan-Pekan amat memberi kesan yang baik kerana ia dapat memudahkan pengguna kerana tambangnya yang agak murah.Kadar maksimum Kuantan-Pekan,Pekan-Kuantan adalah Rm4.00 dan ini amat jauh beza jika menaiki kereta dengan anggaran kos sebanyak Rm15.00-Rm20.00 pergi sahaja.Hal ini juga sedikit sebanyak membantu melancarkan perjalanan trafik kerana kenderaan awan seperti Bas Rapid ini dapat mengurangkan kesesakan jalan raya,sekali lagi dapat memudahkan orang lain untuk sampai ke tempat kerja tepat pada masanya.

Perkhidmatan bas rapid Kuantan-Pekan,Pekan-Kuantan

Keempat adalah aspek Reka Bentuk Bandar,sebagaimana diketahui bahawa Bandar Pekan terkenal dengan slogan ‘Pekan Bandar Diraja Indah dan Makmur’ dimana ia memberi gambaran kepada sesebuah Bandar dari segi reka bentuknya.Kebanyakan seni bina di Bandar pekan adalah berbentuk rekaan seperti lamabng diraja.Contohnyaseperti dalalm gambar dibawah:

2 industri automotif bagi kawasan Pekan. Terdapat kilang DRB-Hicom, Isuzu, Mercedes Benz, Deftech dan Pekan Automotive Park yg mempamirkan berbagai kenderaan yg dipasang dikawasan ini.

Page 4: Kemampanan bandar tempat tinggal saya

Tasik Chini-Pekan

Kelima adalah aspek Kepelbagaian Bio.Contohnya Tasik Chini Pekan-Pahang yang juga kaya dengan bioteknologi.Tasik Chini dijaga dengan baik dari segi penanaman pokok yang berterusan,larangan menebang pokok secara haram,dan menjaga kehidupan air dengan membawa anak-anak ikan untuk dibiakkan dalam tasik chini.Hal ini dapt menyeimbangkan ekosistem hidupan laut dan kehidupan darat.

Kerajaan Pahang mewartakan Taman Laut dan turut merangkumi konservasi hutan Taman Negara, Taman Negeri Endau Rompin.Kerajaan negeri sentiasa berusaha menjaga kelestarian alam sekitar melalui program-program pemulihannya.Tujuannya adalah untuk mengekalkan hutan yang boleh menjamin sumber air mentah negeri, pemeliharaan sumber kepelbagaian biologi, baka genetik dan biogenetik serta hidupan liar.Sumber (Utusan Malaysia Online)

Keenam adalah aspek Penjagaan Kesihatan.Pekan adalah Bandar yang seimbang antara pembangunan dan penanaman.Hal ini dapt mengurangkan penduduk mendapat penyakit kerana jauh dari kes jerebu melampau dan suhu panas yang tinggi.

Ketujuh adalah aspek makanan.Pekan adalah Bandar dimana penduduk sangat menghormati amalan tradisi golongan terdahulu dari segi masakan.Contohnya masakan tradisional tempoyak,masakan diraja contohnya Puding Raja yang memberi impak yang positif kepada pelancong dan pelawat yang bertandang ke Bandar Pekan.Hal ini dapat menaikkan nama Bandar Pekan sebagai sebuah Bandar yang maju dan menitikberatkan soal tradisi yang akan menarik lebih ramai pelancong untuk datang ke Bandar pekan sebagai kawasan percutian.

Page 5: Kemampanan bandar tempat tinggal saya

 

Kelapan adalah aspek ekonomi Bandar Pekan mempunyai kilang-kilang seperti Kilang Mentiga (perkayuan), Kilang Isuzu (kenderaan) dan Kilang Ested yang juga membuka peluang pekerjaan kepada penduduk Pekan. Deretan kedai dan bank yang ada dapat mempengaruhi keadaan ekonomi di Pekan.

Selain itu,aspek kualiiti udara di pekan amat baik dan setakat saya menetap di pekan tiada kes yang meragut nyawa berkaitan isu udara.Jika timmbul isu pencemaran,pihak bertanggungjawab seperti pihak kesihatan dari hospital akan mengambil langkah awal untuk mencegah perkara tersebut.

Dan terakhir adalah aspek Kitar Semula.Bandar Pekan juga menitikberatkna aspek kebersihan hal ini kerana kebersihan adalam jaminan kesihatan,jika Bandar kotor maka penduduk hidup dalam keadaan sakit dan tidak selesa.Oleh itu,Majlis perbandaran Pekan amat peka dalam isu ini dan sentiasa menjalankan tanggungjawab mereka sebagai orang yang diamanahkan untuk menjaga Kelestarian Bandar.Pekan disediakan Pusat Pengumpulan Sampah di suatu tempat asing yang dikendalikan oleh Syarikat Alam Flora yang terletak di Tanjung Agas.Usaha-uasa mereka sedikit sebanyak menyumbang kepada keindahan dan kebersihan Bandar.

    Kesimpulannya,walaupun terdapat kemasukan unsur-unsur moden di kawasan bandar Pekan, namun Pekan tetap boleh dilihat dan dirasai sebagai sebuah bandar tradisi yang tenang dan aman dengan suasana alam sekitar yang mempersonakan. Pekan juga terkenal sebagai sebuah bandar yang aman, senyap serta sentiasa menampakkan ciri-ciri bandar di raja. Pembinaan bangunan-bangunan juga amat unik dan tersendiri terutamanya istana. Tambahan pula dengan penduduknya yang ramah dan sentiasa menantikan kedatangan pengunjung yang bakal tiba.

Page 6: Kemampanan bandar tempat tinggal saya

Rujukan

Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Pahang

https://en.wikipedia.org/wiki/Pekan_District

http://www.moe.gov.my/my/profil-jabatan?div=35

http://www.heritagemalaysia.my/Phg-PBD.html

http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0504&pub=Utusan_Malaysia&sec=Pahang&pg=wp_02.htm

http://www.mdpekan.gov.my/ms/md-pekan/jabatan/khidmat-pengurusan/bahagian-teknologi-maklumat

https://www.google.com/search?q=alam+flora+pekan+pahang&biw=1366&bih=676&source=lnms&tbm=isch&sa=X&ved=0ahUKEwiF0byClLXQAhXEqo8KHd8PC5wQ_AUIBigB#tbm=isch&q=tempat+alam+flora+pekan+pahang