24
Disclaimer The contents herein do not represent the Organizers’ or Kelab Penyokong Dinar’s official position and solely reflects the Author’s personal opinion. You may reuse the contents provided proper credit is attributed to the Author. The Author reserves all rights to the presentation slides save for usage for educational purposes only. 1

[Topik 8] Matawang Shariah-Dinar & Dirham (Ustaz Rafidi Hashim)

  • Upload
    dyanacd

  • View
    1.016

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: [Topik 8] Matawang Shariah-Dinar & Dirham (Ustaz Rafidi Hashim)

Disclaimer• The contents herein do not represent

the Organizers’ or Kelab PenyokongDinar’s official position and solelyreflects the Author’s personal opinion.

• You may reuse the contents providedproper credit is attributed to theAuthor.

• The Author reserves all rights to thepresentation slides save for usage foreducational purposes only.

1

Page 2: [Topik 8] Matawang Shariah-Dinar & Dirham (Ustaz Rafidi Hashim)

2

MATAWANG SHARIAH : DINAR & DIRHAM

Ustaz Rafidi HashimPendakwah

Minisiri Dinar Emas 1

Bilik Redang, Aras 3, PWTC, Kuala Lumpur, Rabu, 22 Disember 2010

“Kebangkitan Dinar Emas Dalam Muamalah Ummah”

Anjuran Bersama: Persatuan Ulama’ Malaysia & Al-Qafilah International

Page 3: [Topik 8] Matawang Shariah-Dinar & Dirham (Ustaz Rafidi Hashim)

Penggunaan dinar dan dirham sebagai matawang shariahadalah untuk mengembalikan fungsinya khusus didalam :

1.Jualbeli kerana sahnya jualbeli tertakluk kepada syarat –syarat yang tertentu khususnya jualbeli yang tidakmelibatkan riba, judi dan tipu daya – gharar.

2.Muamalat Islam – Bab Qirad (mudharabah) dimanahanya nuqud (emas dan perak) sahaja boleh dijadikanmodal dan bukannya fulus (a’in selain emas dan perak)juga bab memberi hutang (Al qard).

3.Zakat – Dibayar dengan a’in (mata benda yang wajibzakat) bukan day’n (resit atau kertas hutang).

Page 4: [Topik 8] Matawang Shariah-Dinar & Dirham (Ustaz Rafidi Hashim)

4

Surah Hud : Maksud ayat 85

“ Wahai kaumku, Sempurnakanlah sukatan dan timbangan dengan adil dan Jangan kamu kurangkan manusia akan benda – benda yang menjadi haknya dan Jangan kamu merebakkan bencana kerosakan diatas mukabumi “

Surah An nisa’ : Maksud ayat 29

“ Wahai orang-orang yang beriman jangan kamu makan harta –harta sesama kamu dengan jalan yang bathil (tipu,judi,riba dan sebagainya) kecuali dengan jalan perniagaan dengan secara suka sama suka. “

Page 5: [Topik 8] Matawang Shariah-Dinar & Dirham (Ustaz Rafidi Hashim)

5

باب البيعمقاب� يشء �يشء : -لغة -هو

مقاب� مال بمال �ىل و�ه : -ورش�ا

.مخصوص

-Menurut erti bahasanya, “ jual beli ” adalah menukarkan sesuatudengan sesuatu yang lain ; sedang menurut syara’ ialahmenukarkan harta dengan harta (a’in dengan a’in) pada wajahtertentu.Kitab Fiqh : Fathul Muin

Jual beli itu juga maknanya menyerahkan atau memindahkankuasa milik sesuatu benda oleh penjual kepada pembeli denganada gantinya yang diizinkan oleh syarak

.

Page 6: [Topik 8] Matawang Shariah-Dinar & Dirham (Ustaz Rafidi Hashim)

Syarat pada barang yang diakadkan iaitu harga dan barang jualan:-

1.Hendaklah suci ainnya atau kena najisnya yang boleh disucikan.

2.Barang itu ada manfaatnya (ada gunanya) pada syarak.

3. Bahawa keduanya (penjual dan pembeli) ada kuasa memberi atau menyerah bagi diterima barang dan harganya.

4.Barang atau benda yang diakadkan itu dimiliki oleh yang berakad dengan milik yang sempurna. Dari itu tidak sah jual sesuatu barang yang belum diqabad (yang belum diterima atau belum ada dalam tangannya) kerana belum sempurna milik.

5.Bahawa penjual dan pembeli mengetahui akan ain barang dan ain harga pada jual beli yang muayyan (yang berlaku dihadapan mata keduanya), atau mengetahui akan qadarnya dan sifatnya pada jual beli yang dipesan.

Kitab Jawi – Idaman Penuntut

Page 7: [Topik 8] Matawang Shariah-Dinar & Dirham (Ustaz Rafidi Hashim)

www.dirham2dinar.com 7

Jual beli ialah pertukaran antara harta dengan harta – wang adalah harta/a’in

Ayam Perak

EmasKambing

Page 8: [Topik 8] Matawang Shariah-Dinar & Dirham (Ustaz Rafidi Hashim)

8

"Penciptaaan dirham dan dinar ( matawang emas dan perak) adalah benar-benar satu rahmat dari Allah ta'ala, kedua-duanya pada hakikatnya tiadanilai tersendiri yang boleh dimanfaatkan oleh manusia ( seperti untukmakan dan minum), tetapi akhirnya semua manusia memerlukannyadisebabkan semua manusia memerlukan suatu komoditi (barang) untukditukarkan bagi mendapatkan keperluan asasi makanan dan pakaiannya.Atas sebab itu, transaksi yang melibatkan pertukaran barangan antara satusama lain tidak dapat dielakkan,

Namun masalahnya, bagaimana untuk diukur nilai sesebuah barang danditetapkan harganya? Justeru keperluan itu, semua barangan keperluan inimemerlukan satu barang perantaraan yang boleh menjadi ukur rujuk baginilai. Maka itulah gunanya dinar dan dirham ini (wang emas dan perak),kedua-dua logam berharga itu akan menjadi ukuran nilai sesuatu baranganlain kerana KEDUANYA TIDAK MENJADI OBJEKTIF jual beli, ia hanyamenjadi perantaraan, jika kedua menjadi OBJEKTIF seluruh sistemkewangan akan ROSAK DAN TERGANGGU. Kerana itulah Allahmenciptakannya, melalui perantaraannya, pertukaran barangan keperluanyang menjadi sasaran dan objektif jual beli akan terjamin keadilannya."

Hikmah penciptaan emas dan perak :Imam Al Ghazali menyebut dalam Kitab Ihya ‘ulumuddin

Page 9: [Topik 8] Matawang Shariah-Dinar & Dirham (Ustaz Rafidi Hashim)

9

Dalam sejarah Islam : Logam yang digunakan sebagai alat perantaraan dalam jualbeli ( medium of exchange) terbahagi kepada dua kategori.

1.Naqdain – Emas dan Perak. 1 dinar = 4.25 gram emas 916 dan 1 dirham = 2.975 gram perak 999

2.Fulus – Tembaga atau logam – logam yang lain tetapi nilainya tidak melebih nilai dirham terendah, diguna pakai untuk transaksi jualbeli rencehan (kecil –kecilan)

Page 10: [Topik 8] Matawang Shariah-Dinar & Dirham (Ustaz Rafidi Hashim)

10

Para ulama Salaf abad awal hijriah menolak fulus dikaitkan dengannuqud. Sehingga seseorang yang memiliki fulus berlimpah, misalnya 1tan tidak wajib mengeluarkan zakatnya, kecuali syiling - syiling itumerupakan barang dagangan yang ditimbang sebagai barang logamtembaga atau barang perkakas, zakatnya baru dikira apabila fulusdiperjual belikan sebagai barang dagangan. dan semua barangperniagaan zakatnya harus dibayar dengan emas atau perak!

Kerana Allah dan RasulNya hanya menyebutkan wang berupa logamemas dan perak ini, bukan yang lain meskipun mahal, seperti berliandan platinum. Dalam tradisi Islam, fulus tidak disukai selama berabad-abad, kerana di kemudian hari fulus terbukti dapat membawa bencanabagi kehidupan orang awam. Fulus adalah halal tetapi terbataspemakaiannya dalam transaksi kecil.

Page 11: [Topik 8] Matawang Shariah-Dinar & Dirham (Ustaz Rafidi Hashim)

11

Duit kupang emas Sultan Ala’udin Riayat Shah II (Johor) memerintah pada tahun1597-1613.

Duit pitis (timah) Kelantan -Terengganu 17 ke 18 masihi

Page 12: [Topik 8] Matawang Shariah-Dinar & Dirham (Ustaz Rafidi Hashim)

12

Persoalan : Adakah wang fiat sekarang ini barang ( a’in ), hutang (da’yn) atau sebenarnya satu penipuan/tipu daya untuk menghalalkan pencurian harta.

Sejarah penciptaan wang fiat melalui tiga fasa :

1.Permulaannya emas dan perak digunakan alatpertukaran dalam jualbeli.

2.Berfungsi sebagai resit simpanan dan perak. ( da’yn)

3.Tiada lagi sandaran emas dan perak sejak 1971.Menjadi wang fiat sepenuhnya yakni diberi nilai denganbukan nilai sebenar padahal nilainya yang sebenarhanyalah sekeping kertas.(wang kertas), sedangkanwang hasil dari penciptaan atas angin dari rezabberkanun (fractional reserve banking) secara elektroniktidak wujud dalam bentuk kertas sekalipun. 4% wangwujud dalam bentuk kertas sedangkan yang lain dalambentuk akaun, cek dan sebagainya.

Page 13: [Topik 8] Matawang Shariah-Dinar & Dirham (Ustaz Rafidi Hashim)

Resit Hutang (Day’n)

13

10 dollar emas (a’in)

Tiada lagi sandaran emas

Page 14: [Topik 8] Matawang Shariah-Dinar & Dirham (Ustaz Rafidi Hashim)

Bagaimana DOLLAR dicetak ?Fed Printed Money

14

Apabila kerajaan US ingin berbelanja ,Treasury akan isu bond.

Page 15: [Topik 8] Matawang Shariah-Dinar & Dirham (Ustaz Rafidi Hashim)

Bon akan dibeli oleh Fed

15

Bagaimana FED membayar untuk bon tersebut .

Mereka mencetak kertas dollar dari atas angin.

Kesimpulan :

Setiap dollar yang dicetak datang dari hutang kerajaan AS keatasFED.

Kerajaan AS berhutang dengan FED dengan interest.

Money is debt. Wang tercipta dari hutang keatas FED.

Dollar adalah matawang perantaraan perdagangan antarabangsa.

Page 16: [Topik 8] Matawang Shariah-Dinar & Dirham (Ustaz Rafidi Hashim)

16

Kata Imam Ghazali tiada jadi riba itu melainkan dalam dua pekara :

1) Makanan : spt. gandum, sya'ir, kurma , anggur, garam, beras, jagung , ful dan lain –lain. ( yang mengenyangkan dan bersedap – sedap )2) Nuqud : Emas dan Perak : Walaupun dalam bentuk bahan seperti perhiasan emas dan perak.

Ini berdasarkan hadis Nabi s.a.w :" Janganlah kamu menjual emas dengan emas, perak dengan perak, sya'ir dengan sya'ir, kurma dengan kurma, garam dengan garam kecuali sama besar(sawaan bi sawain) , barang dengan barang (ai’nan bi ai’nin), tangan dengan tangan (kesegeraan). Apabila pertukaran melibatkan jenis yang berlainan, lakukanlah ,asalkan serah terima tangan ke tangan (qabadh - kesegeraan)."

Page 17: [Topik 8] Matawang Shariah-Dinar & Dirham (Ustaz Rafidi Hashim)

17

Riba berlaku pada asasnya atas dua sebab :

Pertama: Jual beli mahu sama banyak atau sama berat barang yang dijualdengan barang yang jadi harganya. Maka jika tidak sama banyak dinamakanriba al-fadli (berlebihan). Termasuk dalam riba ini: memberi hutang dengan adafaedah untuk piutang. Juga disebut sebagai riba al qard.

Kedua : Jual beli mesti tunai yakni tidak boleh tangguh, mesti memberi danmenerima pada majlis aqad ( taqabudh fil majlis ) . Maka jika berlakupenangguhan maka jadi riba an nasi’ah (tangguh). Juga disebut riba al yad.

Kesimpulannya : Perkataan ‘ilah itu maknanya sebab. Disini sebab itu dua,pertama emas dan perak, kedua makanan seperti gandum, kurma dan lain-lain.

Emas dan Perak : Berlainan jenis tapi satu ‘ilahMakanan : Beras dan gandum berlainan jenis tetapi satu ‘ilah .

Maka emas dengan emas, perak dan perak, dan gandum dengan gandumtidak boleh dijualbelikan kecuali sama banyak dan tunai.

Emas dan perak boleh dijualbeli tanpa sama banyak tetapi mesti tunai.

Perak dan gandum boleh dijualbeli tanpa sama banyak dan boleh tangguh.

Page 18: [Topik 8] Matawang Shariah-Dinar & Dirham (Ustaz Rafidi Hashim)

18

Resit emas , perak atau makanan (da’yn) tidak boleh digunakan sebagai wang.

Barang atau benda yang diakadkan itu dimiliki oleh yang berakad dengan milik yang sempurna. Dari itu tidak sah jual sesuatu barang yang belum diqabad (yang belum diterima atau belum ada dalam tangannya) kerana belum sempurna milik.

Kitab al Muwatta’ :

Yahya meriwayatkan kepada saya dari Malik dari ‘Abdullah ibn Dinardari ‘Abdullah ibn ‘Umar bahawa ‘Umar ibn al-Khattab telah berkata

“ Janganlah kamu menjual emas dengan emas kecuali denganseimbang , janganlah kamu menambah sebahagian atas sebahagianyang lain, janganlah kamu menjual perak dengan perak kecualidengan seimbang dan, janganlah kamu menambah sebahagian atassebahagian yang lain dan janganlah kamu menjual sesuatu yangtidak ada dengan suatu yang ada (a’in). Jika seseorang memintakamu menunggu untuk membuat pembayaran sehingga dia kembalike rumahnya , janganlah kamu tinggalkannya, aku bimbang rama’atas kamu. Rama’ ialah riba.

Page 19: [Topik 8] Matawang Shariah-Dinar & Dirham (Ustaz Rafidi Hashim)

19

Yahya meriwayatkan padaku dari Malik bahwa ia mendengar tandaterima/resit(sukukun) dibagikan pada penduduk pada masa Marwan ibn al-Hakam untuk barang di pasar al-Jar. Penduduk membeli dan menjual resitdiantara mereka sebelum mereka mengambil barangnya. Zayd ibn Tsabitbersama seorang Sahabat Rasulullah, sallallahu alayhi wa sallam, pergimenghadap Marwan ibn al-Hakam dan berkata, “Marwan! Apakah engkaumenghalalkan Riba?” Ia menjawab, “Naudzubillah! Apakah itu?” Ia berkata,“Resit-resit ini yang dipergunakan penduduk untuk berjual-beli sebelummenerima barangnya.” Marwan kemudian mengirim penjaga untukmengikuti mereka dan mengambilnya dari penduduk kemudianmengembalikannya pada pemilik asalnya.

Zayd ibn Thabit khususnya menyebut riba , resit (dayn) ‘dimana pendudukberjual beli sebelum menerima barang’. Emas ,perak atau makanan bolehdigunakan sebagai bayaran,tetapi kamu tidak boleh menggunakan nota janjipembayaran. Didalamnya ada penangguhan sebagai tambahan yang tidakdibenarkan. Sekiranya kamu memiliki dayn, kamu haruslah mengambilbarang tersebut (‘ayn) dan barulah kamu boleh bertransaksi. Dayn tidakboleh digunakan sebagai matawang.

Page 20: [Topik 8] Matawang Shariah-Dinar & Dirham (Ustaz Rafidi Hashim)

20

Zakat mesti dibayar dengan ‘ain bukan da’yn

Imam Abu Bakr al-Kasani ( w.1191)

Sekiranya harta yang zakatnya hendak dibayar ialah da’yn dan bukannya ‘ain,zakatnya boleh dibayar mengikut kekayaan ‘ain. Oleh itu sekiranya seseorangitu mempunyai 200 dirham di mana zakat sudah boleh dikenakan ,boleh membayar zakatnya dengan 5 dirham secara tunai kerana daynberbanding ‘ain tidak sempurna (naqis) dan ‘ain itu sempurna (kamil), danpenyelesaian yang tidak sempurna dengan yang sempurna itusah. Sebaliknya penyelesaian yang sempurna (kamil) menggunakan yang tidaksempurna (dayn) tidak sah. Maka dengan itu, hutang zakat itu tidak dikiraselesai sekiranya dia ingin membayar zakat 200 dirham yang ia miliki (iaitu ‘ain)dengan lima dirham yang terhutang dengannya oleh seorang yang miskin (iaitudayn); kononnya membebaskan si miskin itu daripada hutangnya dan dengandia berhasrat melangsaikan hutang zakatnya atas 200 dirham tadi.“Bada’I al-Sana’I”

Page 21: [Topik 8] Matawang Shariah-Dinar & Dirham (Ustaz Rafidi Hashim)

21

Kitab Sulamul Sibyan Tok Guru Hj Chik Kedah

Segala benda yang kena zakat itu 9 pekara sahaja.

1. Binatang ternakan. 2. Emas. 3.Perak. 4. Buah kurma dan anggur.(Tiada wajib zakat buah - buahan yang lain ) 5. Biji - bijan yangmengenyangkan. 6. Badan – Fitrah 7. Galian emas dan perak.8.Rikaz emas dan perak.9. Benda - benda buat perniagaan.

Firman Allah s.w.t yang bermaksud :

" Bermula segala orang yang menaruh akan mereka itu emas dan perak , dan tiada menafkah mereka itu akan dia pada jalan Allah artinya tiada memberi mereka itu akan zakatnya maka khabar olehmu ya Muhammad akan mereka itu dengan kena siksa yang sangat - sangat sakit "Maksud Surah at Taubah:ayat 34

Telah berkata Imam as shafie didalam Kitabnya ar Risalah : " Tiada harus diqias dengan emas dan perak atas yang lain daripada keduanya pada wajib zakat "

Page 22: [Topik 8] Matawang Shariah-Dinar & Dirham (Ustaz Rafidi Hashim)

22

Didalam Kitab Sairus Salikin (Shaikh Abdul Samad Al Falimbani) antara syarat –syarat zakat yang zahir pada syarat yang ketiga :

Hendaklah zakat yang dikeluarkan itu ‘ain harta yang wajib zakat itu. Maka tiadamemadai zakat perak daripada emas dan zakat emas dengan perak.

Mengenai mengeluarkan zakat perniagaan seperti dalam Kitab Matail Badrain :

(maka jika) sampai nasab harga haul اخر wajib dikeluarkan zakatnya samadaharga yang dibeli dahulu itu sampai nasabnya atau tiada kerana yang dii’tibarnyadengan harga haul اخر maka dikeluarkan zakatnya iaitu emas atau perak سربعtiada , عشر dikeluarkan daripada ain mata benda perniagaan itu.

Maknanya zakat perniagaan mesti dikeluarkan dalam emas atau perak bukanai'n barang yang diperniagakan. Cth : Perniagaan baju, zakatnya bukan denganbaju tetapi dengan emas atau perak.

Page 23: [Topik 8] Matawang Shariah-Dinar & Dirham (Ustaz Rafidi Hashim)

23

Kitab Fathul Muin :

Dalam Bab Hutang ( Al qard ) :

Wajib mengembalikan barang yang sepadan yang dihutangiberupa nuqud emas dan perak sekalipun nuqud itu ditarik balikdari peredaran oleh pemerintah kerana kerana mengembalikannuqud itu lebih menepati hak pemberi hutang.

Bab Qiradh :

Suatu aqad penyerahan harta oleh pemiliknya kepada oranglain untuk diperdagangkan dengan keuntungan dimiliki berdua: sah dengan nuqud emas dan perak yang tercetak walau punpemerintah menarik balik pengedarannya sebagai wang. Tidaktermasuk dalam nuqud itu fulus yakni wang diperbuat daritembaga.

Page 24: [Topik 8] Matawang Shariah-Dinar & Dirham (Ustaz Rafidi Hashim)

24

Ada kisah unik pada masa Khalifah Umar Ibn Khattabradhiyallah anhu,. Suatu ketika beliau memiliki ideauntuk menjadikan kulit unta sebagai penilai harga rasmi.Artinya menjadikan kulit unta sebagai wuang. Namundengan berbagai pertimbangan, idea tersebut akhirnyadibatalkan.

Al Baladzari dalam Al Buldan Wa Futuhuha WaAhkamuha (hal. 515), meriwayatkan : "SesungguhnyaUmar Ibn Khattab pernah berkata: Ketika aku inginmenjadikan wang dari kulit unta, ada orang yangberkata 'kalau begitu unta akan punah'. Maka akubatalkan keinginan tersebut.“

Imam Malik, mengkomentari hal ini dalam AlMudawwanah (Juz : 3) : "Apabila pasar telahmenjadikan kulit sebagai mata wang, maka aku tidaksenang kulit tersebut dijual dengan emas dan perak.“

Yang dimaksud dengan wang dari kulit unta, iaitulembaran komoditi kulit unta (mirip mata wang kulit sukuIndian), bukan wang fiat atau bank note, yang dalamistilah Umar Ibn Khattab radhiyallah anhu adalah Rama'.Catatan ini penting diberikan kerana sebagian pihakmengira idea pemakaian kulit unta sebagai wang itumirip dengan pemakaian selembar kertas sebagai matawang bank-note tersebut.