12
TEKS MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG 2014 AGENDA TEKS PENGUMUMAN Akak Majlis dengan sukacitanya mempersilakan ahli jawatankuasa pengelola, para jemputan dan jemputan khas untuk mengambil tempat kerana majis akan bermula sebentar sahaja lagi. Dan Mohon kerjasama hadirin hadirat sekalian untuk mematikan telefon bimbit atau meletakkannya dalam mod senyap. Terima kasih. MENGUMUMKAN KETIBAAN VIP Mengumumkan ketibaan : Yang Berbahagia Datuk James Alip Pengarah Pendidikan Negeri Sabah. NYANYIAN LAGU Majlis dimulakan dengan nyanyian 2 buah lagu iaitu 1. Lagu Negaraku dan 2. Sabah Tanah Airku Hadirin diminta berdiri dan bersedia. Terima kasih diucapkan.. SALUTASI Bismillah itu permulaan kalam Dengan nama ALLAH khalikul alam Berkat Muhammad Sayyid Al anam

Teks Anugerah Khidmat Cemerlang 2014

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Teks Anugerah Khidmat Cemerlang 2014

TEKS MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG 2014

AGENDA TEKSPENGUMUMAN

Akak

Majlis dengan sukacitanya mempersilakan ahli jawatankuasa

pengelola, para jemputan dan jemputan khas untuk

mengambil tempat kerana majis akan bermula sebentar sahaja

lagi.

Dan Mohon kerjasama hadirin hadirat sekalian untuk

mematikan telefon bimbit atau meletakkannya dalam mod

senyap. Terima kasih.

MENGUMUMKAN

KETIBAAN VIP

Mengumumkan ketibaan :

Yang Berbahagia Datuk James Alip Pengarah Pendidikan

Negeri Sabah.

NYANYIAN LAGU Majlis dimulakan dengan nyanyian 2 buah lagu iaitu

1. Lagu Negaraku dan

2. Sabah Tanah Airku

Hadirin diminta berdiri dan bersedia.

Terima kasih diucapkan..

SALUTASI Bismillah itu permulaan kalam

Dengan nama ALLAH khalikul alam

Berkat Muhammad Sayyid Al anam

Memberi rahmat siang dan malam

Awal Bismillah kalam dimula

Tuhan seru alam semesta

Selawat dan salam diiring bicara

Page 2: Teks Anugerah Khidmat Cemerlang 2014

TEKS MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG 2014

Bismillahirahmanirahim.

Yang Berbahagia,

1. Datuk Jame Alip Pengarah Pendidikan Negeri Sabah

Yang Berusaha,

2. En Sadim bin Hj Abdul Ketua Sektor Khidmat

Pengurusan dan Pembangunan.

3. Pn Faridah Timbul Penolong Pengarah Unit Naik

Pangkat.

Yang Berusaha/Yang dihormati

4. Tuan Haji Soje Bin Abd. Hassan, Pegawai Pendidikan

Daerah Beluran.

Yang Dihormati,

5. Pengetua-pengetua, guru besar-guru besar, penolong

kanan-penolong kanan daerah beluran,

6. Penerima-penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang

bagi tahun 2013.

7. Dif-dif kehormat, tetamu-tetamu jemputan, ahli-ahli

jawatankuasa pengelola, serta hadirin hadirat yang di

hormati sekalian.

ALUAN Assalamualaikum wrth, salam sejahtera dan salam satu

Page 3: Teks Anugerah Khidmat Cemerlang 2014

TEKS MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG 2014

PENGACARA MAJLIS

Malaysia..

Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat ilahi kerana dengan

izin dan limpah kurnianya dapat kita sama – sama berkumpul

di Dewan Utama Hotel Sabah Sandakan pada pagi ini bagi

menjayakan Majlis Penyampaian Anugerah Khidmat

Cemerlang 2013 bagi tahun 2014.

Selamat Datang diucapkan..

BACAAN DOA Tertib acara diteruskan dengan bacaan doa yang akan

dipimpin oleh

1. Al Fadhil Ustaz

Amin..amin Ya rabbal Alamin...terima kasih diucapkan kepada

1. Al Fadhil Ustaz

Atas pimpinan doa sebentar tadi..

PENGENALAN Tuan-tuan, puan-puan, serta hadirin hadirat yang dikasihi

Page 4: Teks Anugerah Khidmat Cemerlang 2014

TEKS MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG 2014

sekalian,

Untuk makluman hadirin sekalian, anugerah perkhidmatan

cemerlang merupakan penghargaan kerajaan kepada anggota

perkhidmatan awam yang telah memberi perkhidmatan yang

cemerlang dan bermutu serta penghasilannya melebihi

daripada keperluan tanggungjawab biasa bagi jawatannya.

Antara kriteria pemilihan penerima APC ialah anggota

perkhidmatan awam dalam semua kumpulan, gred, dan

kategori yang dilantik oleh mana-mana pihak berkuasa

melantik berkenaan, untuk berkhidmat dengan agensi-agensi

awam samaada secara tetap, sementara atau kontrak. Ini

termasuk anggota yang berada di atas tangga gaji dan syarat-

syarat perkhidmatan di bawah Laporan Jawatankuasa Kabinet

1976, Sistem Saraan Baru dan Sistem Saraan Malaysia (SSM).

Selain itu, penerima juga telah berkhidmat bagi tempoh genap

setahun pada hari terakhir tahun penilaian dan penerima

berkenaan telah memberi sumbangan kepada organisasi,

perkhidmatan awam, komuniti, daerah negeri, negara dan

peringkat antarabangsa dengan memperolehi markah

sekurang-kurangnya 85% keatas.

UCAPAN ALU-ALUAN PPD

Hadirin hadirat sekalian,

Page 5: Teks Anugerah Khidmat Cemerlang 2014

TEKS MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG 2014

Tanpa melengahkan masa, majlis dengan sukacitanya

menjemput

Yang Berusaha/Dihormati Tn Hj Soje bin Abd Hassan Pegawai

Pendidikan Daerah Beluran bagi menyampaikan ucapan alu-

aluan...

Majlis dengan penuh takzimnya mempersilakan.

Terima Kasih diucapkan kepada Tn Hj Soje bin Abd Hassan

atas kesudian menyampaikan ucapan alu-aluan sebentar tadi..

UCAPAN PERASMIAN

Tak lengkap keris tanpa sarungnya,

tak lengkap pinang tanpa sirihnya,

tak lengkap angin tanpa semilirnya.

tak lengkap majlis tanpa perasminya

Maka dengan ini, majlis dengan sukacitanya mempersilakan

1. Yang Berbahagia Datuk Jame Alip Pengarah Pendidikan

Negeri Sabah

Untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan

Majlis Penyampaian Anugerah Khidmat Cemerlang 2013 bagi

Tahun 2014..

Dengan Segala Hormatnya majlis mempersilakan..

Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada

1. Yang Berbahagia Datuk Jame Alip Pengarah Pendidikan

Page 6: Teks Anugerah Khidmat Cemerlang 2014

TEKS MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG 2014

Negeri Sabah atas ucapan perasmian sebentar tadi.

PERSEMBAHAN Hadirin Sekalian,

Sebagai halwa telinga dan penyejuk mata, sama-samalah kita

saksikan persembahan

Begitulah tadi persembahan

Terima Kasih diucapkan.

PENYAMPAIAN ANUGERAH KHAS SESI 1

Kini tibalah kita ke acara kemuncak iaitu acara penyampaian

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2013 bagi tahun 2014.

Majlis dengan ini mempersilakan

_____________________________________________________

____________________________________________________

untuk menjemput dan mengiringi Yang Berbahagia Datuk

Jame Alip Pengarah Pendidikan Negeri Sabah bagi

menyempurnakan acara penyampaian anugerah.

Berikut diumumkan penerima-penerima anugerah...

Page 7: Teks Anugerah Khidmat Cemerlang 2014

TEKS MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG 2014

Mendahului senarai.. (mengikut lampiran)

Terima Kasih diucapkan kepada Yang Yang Berbahagia Datuk

Jame Alip Pengarah Pendidikan Negeri Sabah atas

penyampaian anugerah sesi pertama sebentar tadi...

PERSEMBAHAN

PENYAMPAIAN ANUGERAH KHAS SESI 2

Majlis disambung kembali dengan acara penyampaian

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2013 bagi tahun 2014.

Dengan ini Majlis sekali lagi mempersilakan

_____________________________________________________

untuk menjemput dan mengiringi Yang Berbahagia Datuk

Jame Alip Pengarah Pendidikan Negeri Sabah bagi

menyempurnakan penyampaian anugerah.

Mendahului senarai penerima anugerah.. (ikut lampiran)

Dan kini majlis mempersilakan

_____________________________________________________

_____________________________________________________

Page 8: Teks Anugerah Khidmat Cemerlang 2014

TEKS MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG 2014

untuk menyampaikan cenderamata sebagai tanda kenang-

kenangan kepada Yg Berbahagia Datuk Jame Alip Pengarah

Pendidikan Negeri Sabah atas kesudian merasmikan dan

menyampaikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2013 Bagi

Tahun 2014.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada penerima-penerima

Anugerah Khidmat Cemerlang.

Hadiran sekalian, Majlis diteruskan dengan nyanyian Lagu 1

Agenda 1 Impian.. hadirin diminta bersedia.

Terima kasih diucapkan..

Dengan berakhirnya nyanyian lagu sebentar tadi maka kita

telah sampai ke penghujung majlis. Sebelum kita bersurai,

mohon tuan-tuan dan puan-puan sidang hadirin sekalian

untuk terus berada di dalam dewan ini bagi sesi fotografi.

Seterusnya dijemput yang Berbahagia Datuk, dif-dif kehormat

dan hadirin sekalian untuk menikmati jamuan yang telah

disediakan selepas sesi fotografi ini.

Page 9: Teks Anugerah Khidmat Cemerlang 2014

TEKS MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG 2014

Dikesempatan ini, kami mewakili pihak majlis dan

jawatankuasa pengelola ingin memohon maaf sekiranya

terdapat kesilapan dan kekurangan sepanjang majlis ini

dijalankan.

Bintang Barat terbit petang

Bintang timur terbit pagi

Kalau tidak melarat panjang

Dapat kita bersua lagi

Kalau ada jarum yang patah

Jangan disimpan di dalam peti

Kalau ada silap dan salah

Jangan disimpan di dalam hati

Sekian, daripada saya Mohd Riezman Ramli dan saya Aniqah

Shuhadah Muhammad Fahimuddin.

Wassalam.......

Page 10: Teks Anugerah Khidmat Cemerlang 2014

TEKS MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG 2014