Upload
rohani-hasan
View
48
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
TAJUK : MUSYAHADAH DAN MUKASYAFAH
NAMA PENSYARAH : SYED HADZRULLATHFI BIN SYED OMAR
ROHANI BINTI HASAN 038124
Dari segi bahasa: Berasal dari Syahida, Shahada yang bermaksud: Bersaksi dan menyaksikan. Oleh itu, seseorang belum dapat dikatakan sebagai seorang Islam jika tidak mengucap syahadat.
Dari segi istilah sufi: Keadaan hati, hamba merasakan dekat dengan Allah seolah- oleh Allah berada di hadapannya.
Menyaksikan Allah hubungannya erat dengan tersingkapnya tirai hijab (Mukasyafah), yang menghalangi hamba dengan Allah
Digunakan istilah seakan-akan kerana mata kepala dan nafsu tidak mampu melihat melainkan kesedaran jiwa dan hati.
Sabda Rasulullah: Jika kamu tidak melihatNya, kamu harus yakin Dia melihatmu.
MUSYAHADAH
PANDANGAN LAIN MENGENAI TAKRIFAN MUSYAHADAH:
Syeikh al-Qusyairi: Musyahadah ialah kehadiran al-Haq dalam hati tanpa rasa
bingung atau buntu. Peringkat awal dimulai dengan Muhadarah (kehadiran hati)
mukasyafah (kehadiran hati yang disertai kejelasan) musyahadah.
Syeikh Amru b.Uthman al-Makki: Hakikat Musyahadah ialah cahaya-cahaya yang tajalli
(penglihatan dengan mata hati kepada Allah).
PERKARA YANG DAPAT MENGHALANG PERJALANAN DALAM MENCARI ALLAH:
a) KASAL (Malas)malas untuk mengerjakan ibadat kepada Allah s.w.t. padahal sebenarnya dapat dan sanggup untuk melakukan ibadat tersebut.b) FUTUR (Bimbang/lemah pendirian)tidak memiliki tekad yang kuat karena terpengaruh oleh kehidupan duniawi.c) MALAL (Pembosan)cepat merasa jemu dan bosan untuk melaksanakan ibadah kerana merasa terlalu sering dilakukan, padahal tujuan belum juga tercapai.
Timbulnya hal-hal tersebut di atas adalah disebabkan kurang rasa keimanan, kurang mantapnya keyakinan, dan banyak terpengaruh oleh hawa nafsunya sendiri.
Memandang akan Tuhannya pada segala zarrah daripada zarrah yang maujud di atas yang berpatutan dengan dia yang dimusyahadahkan.
‘Dan Allah Taala meliputi bagi tiap-tiap sesuatu’
Salah satu cara untuk mencapai musyahadah ialah: Berzikir
ISTILAH MUSYAHADAH DALAM KITAB
MANHALUSSOFI FI BAYAANI AHLI SUFI
MUKASYAFAH
Mukasyafah ialah: Jalan menuju Akhirat yang harus memisahkan dari sifat-sifat keji dan yang
tercela, iaitu tentang keselamatan hati atau jiwa.
Jika tidak teliti dalam ibadah dengan
penghayatan, perasaan dan kerendahan hati
sebagai abdi Allah, maka akan terhalang. Walaupun melakukan seribu raakat sehari, tetapi hati tidak
dekati Tuhan, tidak dapat merasakan sentuhan
kerohanian.
Untuk mendekatkan diri kepada Allah
adalah melalui batin (Hati) iaitu hati yang
tersembunyi kelembutan, perasaan
dan kepekaan.
ZuhudMenurut Imam Ghazali dalam
kitabnya:Ihya’ Ulumuddin
Ilmu Kasyaf adalah tersingkapnya tirai penutup, sehingga kebenaran dalam setiap perkara dapat terlihat jelas seperti menyaksikan dengan mata kasar.
Beliau juga berkata: awal dari ilmu Tarekat adalah dengan mukasyafah dan Musyahadah. Sampai dalam keadaan terjaga (sedar), dapat menyaksikan atau berhadapan langsung dengan malaikat-malaikat dan juga roh para nabi, dan dapat mendengar suara mereka. Bahkan dapat juga mengambil ilmu-ilmu mereka.
(Jamharatul Auliya’ :55)
MENURUT AL QAYSARI
sumber mukasyafah adalah al qalb al insani dan intelek amalinya yang bercahaya yang menggunakan indera ruhaniyah.
Kerana qalbu manusia memiliki penglihatan, pendengaran dan sebagainya. Sebagaimana firman Allah:
"Maka sesungguhnya tidak buta matanya, tetapi yang buta adalah hatinya yang ada di dalam dada".
Dan "Allah telah menutup keatas hati mereka dan pendengarannya dan penglihatan mereka dengan tirai."
MENURUT IBNU KHALDUN : “Kasyaf ini sering diperoleh oleh orang-orang mujahadah, mereka yang mencapai
hakikat wujud yang tidak dicapai oleh orang lain. Dan para sahabat r.a. dahulu juga menjalani mujahadah seperti ini, dan bahagian mereka akan karamah-karamah
tersebut. iaitu merupakan satu kemuliaan adalah bahagian paling besar yang diperolehi, akan tetapi mereka tidak mempedulikannya.
3 JENIS KASYAF
KASYAF AL-HAQ
Kasyaf pemberian dari Allah, di mana Allah telah membuka tabir baginya untuk melihat atau mengetahui perkara yang ghaib.
Kasyaf jenis ini adalah kasyaf tanpa adanya keterlibatan makhluk jin.
Contohnya kashaf para nabi, sahabat dan wali.
KASYAF BATIN
Kasyaf yang diakibatkan oleh kehadiran makhluk jin dalam
tubuh seseorang itu. Tidak kira samada orang itu ada
gangguan, seperti asyik atau saka, atau pernah
mempelajari ilmu tertentu yang ada keterlibatan jin yang
boleh menyebabkan dia kasyaf
KASYAF AWAL BATIN
Kasyaf yang pada awalnya sahaja kasyaf
bathil tapi bertukar menjadi kasyaf tanpa jin. Ini kerana, jin yang
menyebabkan seseorang itu kasyaf
telah keluar tapi orang tersebut masih lagi
mempunyai kebolehan kasyaf. Ini disebabkan mata dalamnya telah
terbuka tanpa ditutup.
CONTOH HIJAB YANG MENDINDING ANTARA HATI DENGAN ALLAH.HIJAB-HIJAB INI MUNCUL DARI EMPAT UNSUR:
JIWA, SYAITAN, DUNIA DAN NAFSU.
1) Hijab peniadaan dan penafian hakikat asma' serta sifat. Ini merupakan hijab yang paling tebal.
2) Hijab syirik3) Hijab bid’ah4) Hijab orang yang
melakukan dosa besar seperti riya’, takabbur, dan dengki.
5) Hijab orang-orang yang melakukan dosa-dosa kecil6) Hijab orang-orang yang
lalai contohnya tidak senantiasa berdzikir,
bersyukur dan beribadah kepada Allah.
7) Hijab orang-orang yang berijtihad namun
menyimpang dari tujuan
ILMU MUKASYAFAHMenurut Al-Gazali, mukasyafah atau penyingkapan langsung dapat diperoleh setelah roh terbebas dari berbagai hambatan. (Hambatan) di sini ialah hijab-hijab atau penghalang bagi seseorang dalam bentuk kecenderungan duniawi dan berbagai penyakit jiwa, termasuk dengan perbuatan dosa dan maksiat, untuk memahami rahsia-rahsia Tuhan.
IMAM GHAZALI TURUT MEMBAHAGIKAN ILMU KEPADA
DUA:
(Ihya’ Ulumuddin, Jilid 1)
ILMU MUAMALAH
TUJUAN
Ilmu yang berkaitan dengan hati, jiwa,
roh, dan penyucian jiwa
Diibaratkan seperti cahaya yang
menerangi jiwa
Dapat membawa kepada hakikatul
makrifat dengan zat Allah, makna
kenabian, wahyu, seisi langit.
Mengetahui azab kubur, mizan, syurga,
neraka dan makna pertemuan dengan
Allah. Dilakukan dengan cara berzikir
secara rahsia.
KEISTIMEWAAN BAGI YANG MENCAPAI MUKASYAFAH
Selain mampu memahami sejumlah rahsia Allah Swt, mereka juga diberi kemampuan untuk melakukan sesuatu yang "luar biasa" (khariq li al-adah) yang tidak dapat dilakukan orang-orang biasa. Perbuatan "luar biasa" itu biasa disebut dengan karamah.
RUJUKAN Risalatul Qusyairiyyah, abi al-Qasim Abdul Karim bin
Hamzin,Al-Maktabah attaufiqiah, hlmn: 148
Mukjam Mustalahat as-Sufiah, Dr. Abdul Mun’im al-Hanafi, Darul Masirah, hlmn: 244
Ihya’ Ulumuddin (Jilid 1)
Jamharatul Auliya’ :55