Upload
wan-aiman
View
1.169
Download
9
Embed Size (px)
DESCRIPTION
Tafsir Surah At-Tin, taken from Tafsir Al Wadih adn Nouman Ali Khan (Linguistic Miracle)
Citation preview
TAFSIR SURAH AT-TIN Tafsir Al-Wadih & Tafsir Nouman Ali Khan
LATAR BELAKANG SURAH
Surah Makiyyah (penekanan aqidah) 8 ayat Asbabun nuzul
Ibnu Jarir meriwayatkan daripada al-’Ufi dari Ibnu Abbas menceritakan sebab turunnya firman Allah Taala, "Kemudian Kami kembalikan dia ke tempat yang serendah-rendahnya." (95:5).
Rasulullah SAW ditanya tentang orang-orang yang sangat tua sehingga nyanyuk pada zaman itu, apakah yang akan terjadi terhadap perbuatan dan perkataan mereka yang nyanyuk ini (kurang waras)? Allah lalu menerangkan bahawa mereka akan dimaafkan, dan hanya diberikan ganjaran/balasan atas amal yang yang pernah dilakukan sewaktu masih muda dan waras.
TAFSIR AL WADIH
RUMUSAN
Allah Taala bersumpah bahawa Dia menciptakan manusia dan
menyeimbangkannya. Kemudian dia kembalikan manusia ke darjat yang paling rendah kecuali mereka yang
beriman. Mereka yang beriman mendapat ganjaran pahala yang besar
dan Allah merupakan hakim yang paling adil.
SUMPAH DALAM AT-TIN
Allah bersumpah dengan tiga tempat suci untuk memuliakan para nabi dan rasul yang mendiaminya.
Ayat 1 (tin dan zaitun) : pohon-pohon yang banyak tumbuh di Syams. Negeri nabi Isa as.
Ayat 2 (bukit Sinai) : nama bukit yang terletak di Tur Sina, tempat nabi Musa as bermunajat.
Ayat 3 (kota Makkah) : penutup semua nabi, nabi Muhammad Rasulullah saw.
AYAT 4
Betapa kompleks, indah dan sempurnanya penciptaan manusia. Perhatikan binatang dan tumbuhan. Banyak perbezaan dan kekuatan penciptaan seorang manusia. Ayat ini adalah
untuk mengalihkan pandangan manusia kepada diri kita sendiri. Kita diberikan kekuatan, daya
faham, akal fikiran dan kemampuan yang tinggi agar kesemuanya digunakan untuk mengenal hakikat kebenaran dan mentauhidkan Allah.
Adakah kita merenung penciptaan diri sendiri?
REALITI MANUSIA
Kita, sebagai manusia diberikan nikmat dan dimuliakan.
Kita, sebagai manusia menguasai seluruh dunia.
Kemudian kita sebagai manusia, bertuhankan nafsu dan melakukan kemungkaran, dosa dan noda.
AYAT 5
Persekitaran yang penuh dengan elemen jahat mengubah kita, sebagai manusia daripada fitrahnya yang mulia, baik dan indah kepada amalan penghuni neraka.
Maka selayaknya kita, manusia diletakkan di tempat yang paling bawah
iaitu neraka.
AYAT 6
Namun ada yang akan terselamat daripada penghinaan diri sendiri, iaitu manusia yang dipenuhi dadanya dengan iman yang suci.
Mereka mengawal nafsu dan kembali kepada ketegasan dan kebaikan. Kesempurnaan
penciptaannya digunakan untuk amal soleh dengan tujuan diredhai Allah Taala, lalu
diberikan ganjaran kebaikan yang tidak putus-putus. Bagi segolongan yang mulia ini kebaikan
di dunia dan kegembiraan hakiki di akhirat.
AYAT 7 & 8
Apakah sebabnya kita menidakkan sesuatu yang kita ketahui kebenarannya, iaitu hari kiamat? Bukankah Allah hakim yang paling adil, mengadili perbuatan
baik dan buruk? Balasan bagi kemungkaran dan kejahatan adalah
nyata, dan Allah itu maha adil pengadilannya!
LINGUISTIC MIRACLE – NOUMAN ALI KHAN
HUBUNGKAIT ANTARA SURAH-SURAH LAIN
Surah Inshirah Allah menjanjikan kesenangan selepas
kesusahan i.e berdakwah di kota Mekah. Secara sunnatullah, para nabi dan mereka yang
menyeru kepada Islam menghadapi kesusahan.
Jelasnya, manusia telah diciptakan dengan sebaik-baiknya, dan memiliki kemampuan untuk patuh kepada suruhan Allah Taala.
KEMAMPUAN MANUSIA UNTUK PATUH
Surah As-Shams sehingga surah Al-Inshirah membincangkan kerohanian dan penyucian diri seseorang.
Surah Al-Lail (ayat 5-6) membincangkan tentang lelaki terbaik selepas Rasulullah (Abu Bakar As-Sidiq) yang hebat menginfakkan harta.
Surah Ad-Dhuha dan Inshirah membincangkan peningkatan darjat seorang rasul.
HUBUNGKAIT ANTARA SURAH-SURAH LAIN Pada akhirnya, kita dapat melihat surah-
surah ini membincangkan kesucian dan ketinggian darjat seseorang di sisi Allah Talaa.
Manakala dalam surah At-Tin, Allah menjelaskan bahawa manusia mampu mencapai tahapan dan darjat semulia itu dengan mengikuti jejak langkah Rasulullah.
TETAPI, sekiranya manusia menyimpang, “Kami kembalikan manusia ke tempat yang serendah-rendahnya” (95:5)
PERMULAAN AT-TIN DENGAN 3 SUMPAH (OATH)
Apabila Allah bersumpah, dia akan menjawab/menyatakan sesuatu
berkenaan sumpah-sumpah tersebut. Ini adalah mesej utama bagi surah ini. Jika
saya dan anda tidak memahami sumpah-sumpah ini dan jawapannya, kita tidak akan memahami surah ini sepenuhnya.
Apatah lagi sekiranya kita tidak menghafal maknanya.
SUMPAH: DUA JENIS MAKANAN DAN DUA TEMPAT
I swear by the fig and the olive Demi buah Tiin dan Zaitun,
I swear [by] Mount Sinai Dan Gunung Sinai,
And [by] this secure/entrusted/peaceful city [Makkah], Serta negeri (Makkah) yang aman ini
AYAT 1
Di dalam satu hadis mafhumnya, “Makanlah buah tin, sekiranya ada buah di syurga, maka buah itu adalah buah tin, kerana buah-buahan di syurga tiada biji di dalamnya”
Maka buah ini adalah buah yang diberkahi kerana Allah dan baginda Rasulullah memujinya.
Dalam budaya Arab klasik, orang arab akan memanggil sesuatu tempat berdasarkan apa yang terkenal di tempat tersebut. Sesetengah ulama berpendapat, tin dan zaitun mungkin mewakili dua tempat.
Kawasan suburnya pohon tin, ada yang mengatakan Syria, Shams selatan Iraq Gunung Judi di mana berlabuhnya bahtera Nabi Nuh as (diriwayat oleh Al-
Alusi dalam Ruh Al-Ma’ani)
AYAT 1: POHON ZAITUN
“a blessed olive tree..”
“pokok yang banyak manfaatnya, (iaitu) pokok zaitun..”
Buah zaitun dinyatakan oleh Allah Taala dalam surah Nur 24:35 yang melambangkan kesucian.
AYAT 1
Ada yang mengatakan buah zaitun merujuk kepada Gunung Zaitun. Menurut Ibnu Abbas, az-zaitun meujuk kepada Masjidil Aqsa di Palestin. Kesimpulannya, at-tin boleh merujuk kepada
nabi Nuh, di mana bahteranya berlabuh manakala az-zaitun boleh merujuk kepada nabi Isa yang dilahirkan di Palestin di mana
pohoin zaitun tumbuh.
Di dalam Bible [Luke 22:39-41] “Jesus went out as usual to the Mount of Olives, and his disciples followed him. On
reaching the place, he said to them, "Pray that you will not fall into temptation." He withdrew about a stone's throw beyond them, knelt down and prayed,”
Kita boleh menggunakan Bible apabila terdapat sesuatu yang sama dengan Quran/Sunnah, tetapi bukannya mencari kebenaran yang tiada di dalam Al-Quran.
Kesimpulan, 3 tempat yang dinyatakan; Palestin (ayat 1), Gunung Sinai (ayat 2) dan Mekah (ayat 3)
AYAT 1-3: HIKMAH SUSUNAN SUMPAH Keberkatan at-tin, dipuji Rasulullah di dalam hadis. Az-zaitun lebih diberkati, seperti mana dalam
surah Nur 24:35. Gunung Sinai, lokasi di mana Allah Taala berbicara
dengan nabi Musa as. Balad al Amin – kota yang aman, di mana Kaabah
dibina oleh nabi Allah, Ibrahim as, lahirnya utusan terakhir Muhammad Rasulullah dan turunnya wahyu kepada Rasulullah.
Tafsir Ibnu Kathir – daripada yang diberkati (buah tin) kepada yang paling diberkati (kota Mekah).
AYAT 2
I swear [by] Mount Sinai
Dan Gunung Sinai,
• Tur – gunung yang rimbun dengan pokok-pokok yang menghijau (Ibnu Abbas dan Qatada)
• Siniin – daripada perkataan Saina 23:20
And [We brought forth] a tree issuing from Mount Sinai which produces oil and food for those who eat.
Dan (Kami juga menumbuhkan untuk kamu) pokok yang asal
tumbuhnya di kawasan Gunung Sinai, yang mengeluarkan minyak
dan lauk bagi orang-orang yang makan.
AYAT 2: KONFLIK ORANG YAHUDI
Di dalam bahasa Ibrani (Hebrew), kedua-dua variasi ini wujud dan diketahui oleh para ilmuan mereka.
Namun begitu, dahulunya Gunung Sinai ini tidak diketahui oleh orang arab.
Jadi Rasulullah saw (seorang buta huruf) menceritakan kepada para ilmuan Ibrani berkenaan dua variasi bahasa tentang lokasi Sinai.
Nabi Muhammad yang buta huruf, seorang bangsa arab, tidak mengetahui wahyu yang disampaikan kepada Musa as, tidak mengetahui bahasa Ibrani, tiada sahabat Yahudi di zaman Mekah, dan orang-orang Yahudi ketika itu pasti mencabar baginda, dan tidak akan berecrita tentang Sinai.
AYAT 2: ILMU DARIPADA ALLAH TAALA Sesungguhnya, keajaiban ini adalah bukti Islam
agama yang benar dan wahyu daripada Allah Taala yang mengajarkan apa yang tidak kita ketahui (An-Nisa’ 4:113)
Alasan yang diberikan orang Yahudi ialah, terdapat ahli kitab yang mengajarkan baginda, namun baginda sentiasa berada dalam pemerhatian orang Yahudi.
Ilmu/kalam Al-Quran ini mengejutkan mereka orang Yahudi, bagaimana ilmu tentang Sinai boleh diketahui Muhammad saw.
AYAT 3
Balad – bandar/kota yang memiliki sempadan yang nyata. Jadi Mekah ialah sebuah kota yang lengkap. Allah menggelar Mekah balad kerana mengabulkan doa nabi
Ibrahim dalam surah Ibrahim 14:35
I swear by this secure/entrusted/peaceful city [Makkah], Serta negeri (Makkah) yang aman ini
And [mention, O Muhammad], when Abraham said, "My Lord, make this city [Makkah] secure and keep me and my sons away from worshipping idols.
Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhanku!
jadikanlah negeri Makkah ini negeri yang aman, dan jauhkanlah daku
dan anak-anakku dari perbuatan menyembah berhala.
AYAT 4
We have certainly created man in the best of stature;
Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-
baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya).
AYAT 4: PENGGUNAAN KATA-KATA La :
kata hubung (pronoun) yang memberi penekanan
Qad : telah (Allah telah memuliakan manusia apabila ia dijadikan di dalam rahim)
KhalaqNa : Kami telah mencipta (menjadikan/mereka bentuk manusia)
Ahsan : husn/hasan-na; cantik, cantik pada luaran dan dalaman.
Taqweem : qaama (menjadikan sesuatu berdiri tegak) Qawwama (digunakan untuk meluruskan busur yang bengkok ketika perang). taqweem (menggunakan beberapa komponen dan menyeimbangkan
kesemuanya agar menjadi lurus) boleh membawa maksud; merekacipta sesuatu dengan sempurna
menghasilkan produk yang dirancang/dikehendaki.
AYAT 4: INTIPATI
Keseimbangan penciptaan manusia pada tubuh badan dan rohani.
Fitrah yang diberikan oleh Allah Taala, adalah keseimbangan, begitu juga rohani kita yang menginginkan keseimbangan santapan dunia dan santapan rohani (rujuk tafsir surah As-Shams)
Allah menggunakan ‘Kami’ untuk menunjukkan dekat/akrab/rapat.
KAITAN ANTARA SUMPAH DAN PENCIPTAAN MANUSIA
Hamiduddin Firahi menyatakan: At-tin; Gunung Judi – Nabi Nuh as. Az-zaitun; gunung pohon zaitun dan Masjidil
Aqsa – Nabi Isa as. Turi sinin; Gunung Sinai – Nabi Musa as. Balad al amiin; kota Mekah – Nabi Ibrahim as
dan Nabi Muhammad saw. 5 manusia terbaik yang dinyatakan; rasul
ulul azmi. Belajarlah tentang rasul yang lima ini.
TANAH BARAKAH
Mount Judy
AYAT 5
Ayat ini merupakan hati kepada surah ini. Bukanlah penciptaan manusia itu ada kecacatan maka dia
direndahkan, tetapi kehinaan/kerendahan itu datang daripada kejahatan perlakuan manusia yang menjauhkan diri daripada manusia.
Allah sengaja menyebut ‘Kami’ dalam ayat ini, jika tidak, manusia mungkin mengandaikan ciptaan Allah itu tidak sempurna lalu dicampakkan ke tempat yang hina.
Hakikatnya Allah memang ingin menyatakan bahawa Dia sendiri yang merendahkan manusia (insan; pelupa).
Then We return him to the lowest of the low,
Kemudian, Kami kembalikan dia ke serendah-rendah peringkat orang-orang
yang rendah,
AYAT 5: SERENDAH-RENDAHNYA
Beberapa pendapat maksud Asfala as-Safileen (rendah serendah-rendahnya)
Usia yang sangat tua, apabila keadaan kembali seperti bayi, tidak mampu bercakap dan berdikari.
Radad – ditolak (reject), tidak terima kerana tidak layak dan tidak dapat diterima. Manusia di-reject oleh Allah pencipta manusia kerana amal perbuatan yang buruk.
Neraka yang paling dalam. Sifla (asfala) – kotor, hina moral seorang manusia itu.
Manusia menjadi tumpuan penciptaan-Nya, dan diberikan segala kenikmatan, apa yang kita beri sebagai balasan? Makhluk lain diciptakan untuk manusia (Al-Baqarah 2:29) namun ada manusia yang menyembah makhluk.
Apabila tidak menggunakan kelebihan yang ada, manusia lebih hina daripada binatang (Al-A’raf 7:179)
Manusia diciptakan lebih tinggi daripada yang lain (Al-Israa 17:70)
AL-ISRAA AYAT 70: DARJAT MANUSIA
And We have certainly honored the children of Adam and carried them on the
land and sea and provided for them of the good things and preferred them over
much of what We have created, with [definite] preference.
Dan sesungguhnya Kami telah memuliakan anak-anak Adam; dan Kami telah
beri mereka menggunakan berbagai-bagai kenderaan di darat dan di laut; dan
Kami telah memberikan rezeki kepada mereka dari benda-benda yang baik-
baik serta Kami telah lebihkan mereka dengan selebih-lebihnya atas banyak
makhluk-makhluk yang telah Kami ciptakan.
AYAT 6
Except for those who believe and do righteous deeds, for they will have a reward
uninterrupted.
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, maka mereka beroleh
pahala yang tidak putus-putus.
AYAT 6: LIFE IS A STRUGGLE
Daripada sudut psikologi, manusia akan menjadi jahat apabila tiada perasaan takut kepada yang berkuasa (pemerintah, undang-undang etc)
Untuk merawat manusia, ialah dengan beriman (tindakan dalaman) dan beramal soleh (tindakan luaran)
Ibnu Kathir – anda perlu mendaki gunung yang curam (kehidupan yang sukar). Sama ada laluan curam di dunia ini, ataupun laluan curam di kehidupan yang akan datang (akhirat). Gunung yang akan diganjari di dunia ini, atau gunung seksaan berterusan di neraka kelak?
Lakukanlah amal soleh, anda akan bergembira di jannah yang tiada hujungnya. Infiniti kesenangan. Bayangkan.
AYAT 7
So what yet causes you to deny the Recompense?
(J ika demikian kekuasaanKu), maka apa pula yang menjadikan engkau seorang
pendusta, (berkata tidak benar) mengenai hari pembalasan, sesudah (ternyata
dalil-dalil yang membuktikan kekuasaanKu mengadakan hari pembalasan) itu?
AYAT 7: MEMPERBODOHKAN TUJUAN HIDUP
Sekarang kita telahpun disedarkan bahawa darjat manusia itu lebih tinggi daripada binatang dan makhluk lain, memiliki akal kebijaksanaan, boleh mempelajari sains, dan hidup dengan penuh kenikmatan. Tidakkah anda terfikir dengan segala kelebihan itu; kita ini memiliki tujuan penciptaan yang lebih tinggi? Adz-Dzariyat 51:56 dan Al-Baqarah 2:30.
Lantas, apakah yang menyebabkan kamu ingkar dan mendustakan agama ini?
Yukazzib; takzeeb – kita tahu ianya benar, tapi kita menidakkannya jua.
AYAT 8
Gaya persoalan ini ditanya untuk mempersoalkan mereka yang tidak reti-reti bersyukur.
Seolah-olah memarahi seseorang yang terlupa akan sesuatu yang begitu jelas dan nyata. Adakah kamu tidak mengingati bahawa Allah lah yang menciptakan kamu sebaik-baik makhluk?
Is not Allah the most just of judges?
Bukankah Allah (yang demikian kekuasaanNya) seadil-adil Hakim?
SELAMAT BERAMAL DENGAN AT-TIN
Ayuh kita bergegas melaksanakan tujuan penciptaan manusia a.k.a kita. Kerana
kita ini makhluk terpilih, untuk berkhidmat di bawah Tuan Yang Maha
Pengasih yang menginginkan kita menikmati syurga-Nya selama-lamanya