16
1.0 Definisi Sekolah Selamat. Sekolah selamat adalah satu fenomena yang agak baru dalam konteks pendidikan di Malaysia. Sekolah selamat ditakrifkan sebagai tempat yang tersusun dan bertujuan di mana pelajar- pelajar dan kakitangan sekolah adalah bebas untuk belajar dan pengajaran berlaku secara bebas tanpa apa-apa gangguan secara fizikal ataupun secara psikologi. Dengan kata lain, sekolah selamat merujuk kepada kepercayaan bahawa semua pelajar di sekolah mempunyai peluang untuk belajar di dalam sebuah persekitaran yang selamat, kondusif dalam proses pembelajaran dan bebas daripada sebarang gangguan. Ciri-ciri sesebuah sekolah dikatakan selamat adalah seperti berikut: mempunyai sensitiviti dan rasa hormat kepada semua individu. persekitaran yang tidak mengalami sebarang gangguan. tingkahlaku pelajarnya dapat dijangkakan dengan jelas. dasar disiplin adalah konsisten dan ditadbirkan dengan adil. 1

Sekolah selamat

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Sekolah selamat

  1.0 Definisi Sekolah Selamat.  

Sekolah selamat adalah satu fenomena yang agak baru dalam konteks pendidikan di Malaysia.

Sekolah selamat ditakrifkan sebagai tempat yang tersusun dan bertujuan di mana pelajar-pelajar

dan kakitangan sekolah adalah bebas untuk belajar dan pengajaran berlaku secara bebas tanpa

apa-apa gangguan secara fizikal ataupun secara psikologi. Dengan kata lain, sekolah selamat

merujuk kepada kepercayaan bahawa semua pelajar di sekolah mempunyai peluang untuk

belajar di dalam sebuah persekitaran yang selamat, kondusif dalam proses pembelajaran dan

bebas daripada sebarang gangguan. Ciri-ciri sesebuah sekolah dikatakan selamat adalah seperti

berikut:

mempunyai sensitiviti dan rasa hormat kepada semua individu.

persekitaran yang tidak mengalami sebarang gangguan.

tingkahlaku pelajarnya dapat dijangkakan dengan jelas.

dasar disiplin adalah konsisten dan ditadbirkan dengan adil.

pelajarnya mempunyai rasa terikat atau menyayangi sekolah.

tingkah laku yang positif mendapat sokongan dan pengiktirafan pihak sekolah.

prosedur-prosedur tentang keselamatan sekolah adalah proaktif.

warga sekolah mempunyai kesedaran komuniti terhadap kawasan sekolah.

rancangan respon terhadap kecemasan adalah mantap.

penyenggaraan sekolah menepati masa.

aspek kebersihan menjadi amalan.

1

Page 2: Sekolah selamat

1.1 Iklim Sekolah Selamat :

 

Kesemua ciri-ciri sekolah selamat yang dinyatakan itu akan mewujudkan iklim sekolah selamat

dari segi fizikal, sosial dan budaya. Persekitaran budaya sekolah dianggap sebagai kayu

pengukur yang paling tepat bagi menunjukkan keseluruhan iklim sesebuah sekolah. Ia

termasuklah andaian-andaian yang tersirat, harapan dan pengetahuan yang dimiliki oleh pelajar,

ibu bapa dan kakitangan sekolah mengenai bagaimana sekolah sepatutnya berfungsi dan

bagaimana individu-individu di sekolah sepatutnya bertindak. Iklim sekolah terrmasuk juga

peraturan-peraturan, norma-norma, kepercayaan dan nilai-nilai formal dan bukan formal yang

mengawal tingkah laku seharian pelajar, kakitangan dan pentadbir sekolah. 

Persekitaran budaya yang positif termasuk tingkat rasa hormat, rasa terikat dan kejelikItan di

kalangan pelajar dan kakitangan  sekolah. Pengharapan terhadap akademik dan tingkah laku

adalah sangat kukuh dan diterima. Peraturan-peraturan sekolah difahami, diterima dan

dikuatkuasakan secara konsisten. Tingkah laku yang dikehendaki kerap mendapat pujian dan

diberi sokongan oleh pihak sekolah. 

Salah satu ciri iklim sekolah selamat adalah persekitaran fizikalnya yang kelihatan kemas,

mempunyai lanskap yang menarik dan diselenggarakan dengan cermat dan menepati masa dan

jadual penyelenggaraan. Penyelenggaraan kawasan sekolah yang berkualiti dan keselamatan

sekolah yang terjamin boleh memberi gambaran langsung kepada komuniti yang mengadakan

lawatan ke kawasan sekolah tentang keadaan pelajar-pelajar, ibu bapa dan individu-individu di

sekolah. 

2

Page 3: Sekolah selamat

Keadaan fizikal sekolah selamat termasuklah:

Mengadakan teg pengenalan diri kepada semua pelawat dan kakitangan sekolah yang

dilatih untuk berkomunikasi secara personal dengan pelawat yang tidak memakai teg

tersebut dan merujukkannya kepada pejabat sekolah. Hal ini sebenarnya telahpun

dilaksanakan di sekolah-sekolah berasrama penuh di Malaysia. 

Menghadkan tempat-tempat di mana pelajar boleh membuang masa dan merayau-

rayau,   memeriksa bilik air dan almari-almari kelas supaya tidak menjadi tempat

menyimpan rokok atau dadah atau sebarang bahan lucah.

Memaksimumkan pemandangan dengan menghapuskan titik buta yang disebabkan

oleh pintu-pintu, pagar-pagar, bangunan-bangunan, dan lanskap dengan memasang

pintu-pintu, tingkap-tingkap, almari-almari dan kelengkapan-kelengkapan yang sesuai. 

Memperbaiki komunikasi di antara pengawal keselamatan, guru-guru dan kakitangan

pejabat di samping memberikan semua kakitangan insentif kerana bertanggungjawab

mempastikan sekolah selamat. Misalnya pihak sekolah dan Persatuan Ibu Bapa dan

Guru, PIBG, boleh memberikan hadiah kepada sesiapa yang memberi idea yang boleh

meningkatkan tahap keselamatan sekolah dan memberi pengiktirafan dan ganjaran

kepada pemberi maklumat yang mana maklumat yang diberikannya membawa kepada

penangkapan pengacau di sekolah. 

Mengadakan latihan keselamatan dan kebakaran oleh jabatan bomba. 

Sesebuah sekolah yang selamat adalah suatu tempat di mana wujudnya hubungan sosial yang

rapat di kalangan ahli sekolah. Komunikasi antara peribadi yang berkesan di kalangan pelajar

3

Page 4: Sekolah selamat

dan di kalangan kakitangan sekolah serta di antara kedua-dua kelompok itu adalah satu faktor

yang menyumbang kepada keselamatan sekolah. Latar belakang etnik, budaya dan agama

pelajar mesti diakui dan dihormati supaya para pelajar tidak diejek dan dipinggirkan daripada

aliran utama budaya sekolah. Pelajar dan kakitangan sekolah berkongsi kepercayaan bahawa

mereka adalah selamat sama ada dari segi fizikal, sosial mahupun secara psikologi dan mereka

sebenarnya mendapat sokongan lain-lain ahli sekolah apabila tiba masa diperlukan. Lebih tinggi

peratusan pelajar dan kakitangan sekolah yang menyatakan “Ini adalah sekolah kita”, dikatakan

lebih selamat sekolah itu sebenarnya. Perasaan kekitaan ini merupakan intipati penting ke arah

pembentukan konsep sekolah yang selamat dalam konteks pendidikan di Malaysia. 

Sekolah yang selamat mewujudkan suasana masyarakat penyayang dengan mengutamakan

nilai-nilai kemanusiaan yang menghargai dan menghormati harga diri. Para pelajar merupakan

tulang belakang dan berada di barisan hadapan serta merupakan golongan yang amat penting

bagi generasi kepimpinan akan datang. Oleh itu mereka harus dididik dengan amalan sihat dan

menghormati orang yang lebih tua daripada mereka. Mereka juga dipupuk untuk bersikap

bertimbang rasa dan sedia menghulurkan pertolongan apabila diperlukan oleh masyarakat.

Dengan itu akan dapat diwujudkan masyarakat penyayang dengan lebih nyata lagi. 

2.0 MRSM PENGKALAN HULU SEKOLAH SELAMAT:

MRSM Pengkalan Hulu mula dibina pada 21 Jun 2005 dan siap pada 16 November 2006.

Walau bagaimanapun MRSM Pengkalan Hulu hanya mula dibuka dan beroperasi pada 5 Mei

2008. Sekolah ini dibina dengan kos sebanyak RM33 juta dengan keluasan tapak merangkumi

22 hektar (57 ekar). MRSM Pengkalan Hulu diterajui oleh Tuan Haji Mustafar bin Che Mat

4

Page 5: Sekolah selamat

selaku pengetua pertamanya. Maktab ini dapat menampung sejumlah 840 pelajar iaitu pelajar

Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5. Pelajar pertama melapor diri pada 9 Jun 2008. Jumlah pelajar

MRSM Pengkalan Hulu yang mendaftar adalah seramai 294 orang, iaitu pelajar Tingkatan Satu

adalah seramai 107 orang. Manakala pelajar tingkatan Dua pula adalah seramai 109 orang.

Pelajar Tingkatan Empat pula terdiri daripada 78 orang. Pengambilan pelajar baru yang

mendaftar pada 16 Jun 2008 pula adalah seramai 95 orang.

MRSM PENGKALAN HULU merupakan sekolah yang dikategorikan sebagai sekolah

berasrama penuh. Oleh yang demikian, adalah amat penting untuk mengamalkan konsep

sekolah selamat. Antara ciri-ciri yang diamalkan untuk menjadi sekolah selamat ialah

menyediakan alat kawalan kebakaran di tempat-tempat yang strategik di kawasan sekolah dan

5

Page 6: Sekolah selamat

asrama pelajar. Langkah ini amat penting supaya kebakaran dapat dielakkan daripada merebak

ke bangunan yang lain. Pendedahan kepada para pelajar dan guru-guru mengenai cara-cara

penggunaan alat keselamatan pada waktu kecemasan perlu dilakukan. Dengan ini, sekolah akan

menjadi tempat belajar yang selamat.

Di asrama disediakan laluan kecemasan dan juga tempat berkumpul jika

berlaku sebarang kecemasan.

6

Page 7: Sekolah selamat

7

Page 8: Sekolah selamat

Selain itu, pihak pentadbir sekolah juga haruslah melukis pelan kecemasan yang dapat

digunakan pada saat-saat sekolah ditimpa kecemasan. Hal ini demikian kerana mencegah lebih

baik daripada mengubati. Oleh sebab itu, pelan tangga kecemasan dan pelan larian ke padang

mestilah ditampal di tempat-tempat yang mudah dilihat. Dari semasa ke semasa, latihan

kebakaran haruslah dijalankan juga. Hal ini dapat memastikan pelajar bersiap sedia menghadapi

sebarang kemungkinan yang akan berlaku. Cara ini pasti dapat mengurangkan kemalangan dan

kecederaan dalam kalangan warga MRSM.

Di samping itu setiap pintu sekolah mestilah dijaga dengan rapi oleh beberapa orang pengawal

keselamatan. Pondok sekuriti mestilah dibina untuk memastikan para pelajar dapat melaporkan

sebarang kejadian yang tidak diingini kepada pihak yang bertugas. Dengan ini, kejadian seperti

8

Page 9: Sekolah selamat

kes culik, kes ragut dan kes ceroboh masuk ke dalam asrama dapat diatasi sekali gus menjamin

keselamatan para pelajar yang tinggal di asrama dan juga penghuni kuarters guru dan

kakitangan.

Pada ketika hujung minggu ketika lawatan ibu bapa untuk melawat pelajar, pihak sekuriti

perlu memastikan setiap pelawat yang datang adalah terdiri daripada penjaga yang mempunyai

pass lawatan. Ini perlu untuk memastikan tiada kes pencerobohan dari pihak luar atau kes

penculikkan berlaku. Ibu bapa juga pasti berasa puas hati dengan tahap keselamatan sekolah.

Tahap kebimbangan ibu bapa dan keyakinan ibu bapa yang tinggi ini dapat meningkatkan imej

sekolah secara tidak langsung.

9

Page 10: Sekolah selamat

Kesimpulannya, para pelajar mestilah dididik mematuhi segala arahan dan peraturan di sekolah.

Lebih-lebih lagi, ibu bapa haruslah memastikan anak-anak dibawah jagaan mereka mengikuti

semua peraturan-peraturan yang telah ditetapkan. Kempen “Sekolah Selamat” haruslah diuar-

uarkan supaya keselamatan anak-anak dapat dijamin. Polisi Sekolah Selamat perlu dianggap

sebagai ‘part and parcel’ di dalam membantu dan melengkapkan usaha mendidik pelajar-

pelajar. Polisi Sekolah Selamat akan memberi satu ransangan untuk menunaikan

tanggungjawab dalam keadaan yang tenang dan menyeronokkan. Untuk memastikan sekolah

berada dalam keadaan lebih selamat, usaha-usaha secara bersepadu perlu dilaksanakan bukan

10

Page 11: Sekolah selamat

sahaja oleh pengetua sebagai pengurus sekolah tetapi juga seluruh warga sekolah termasuk

guru, pelajar, ibu bapa, dan PIBG, pihak berkuasa Kementerian Pelajaran dan ahli komuniti

termasuk pertubuhan kerajaan dan bukan kerajaan. Strategi perancangan dan pelaksanaannya

juga perlu dilakukan dalam proses yang berterusan tidak kira elemen-elemen yang menggugat

keselamatan berkenaan sudah wujud atau belum di sekolah kita.

Rujukan:

1. Omardin Ashaari, (1996). Pengurusan Sekolah - Suatu Pandangan Lengkap.

Kuala Lumpur : Utusan Publications 

2. Ibrahim Saad,(1982). Isu Pendidikan di Malaysia. Kuala Lumpur :

Dewan Bahasa dan Pustaka. 

3. http://www.weber.k12.ut.us/Policies/Safeskul.htm.

Safe Schools Policy 5600. 

4. http://www.ncrel.org/sdrs/areas/issues/envrnmnt/drugfree/sa2safes.htm.

Safe-School Plan 

11

Page 12: Sekolah selamat

12