Upload
yatiman-normanja
View
395
Download
22
Embed Size (px)
Sejarah STPM Penggal 3
Nama ahli kumpulan:1. Beatrieaz Jeba Anak Ruka
2. Claudia Anak Fo Ming3. Candida Clara Anak Brain
Bahagian A : Sejarah Malaysia
Bab 1 : Masyarakat1.1 Institusi Pemerintahan.
1.1.1 Raja1.1.2 Pembesar
Hasil Pembelajaran
1. Menjelaskan konsep dan peranan raja.2. Menghuraikan konsep, hierarki dan peranan
pembesar.
Institusi Pemerintahan
Raja/sultan/Yang Dipertuan Besar
Pembesar peringkat daerah atau jajahan
Penghulu peringkat kampung
Struktur pemerintahan Negeri-negeri Melayu
Konsep Raja
Sebelum Kedatangan Islam Selepas kedatangan Islam
Konsep Raja
•Raja dianggap simbol tertinggi dalam order kosmos.•Raja dipercayai mempunyai kuasa suci dan berdaulat.•Raja sebagai pemerintah yang luhur dan suci penjelmaan dewa yang berasal dari kayangan berkait rapat dengan konsep devaraja.•Gelaran raja dan maharaja dikaitkan dengan unsur ‘devaraja’raja dpercayai jelmaan dewa Shiva, Vishnu dan Buddha.•Baginda dipercayai memiliki kuasa magis.•Mengikut Sejarah Melayu raja dikaitkan dengan konsep daulat dan derhaka
•Gelaran ‘raja’ dan ‘maharaja’ digantikan dengan gelaran ‘sultan’ dan ‘raja’.•Dianggap sebagai pemimpian dan ketua agama Islam melalui konsep Amirul Mukminin.•Beberapa aspek diamalkan bagi membezakan raja dengan golongan pemerintah yang lain.•Kedudukan raja diperkukuhkan dengan cara mengaitkan baginda dengan asal usul keturunannya dengan tokoh-tokoh terkenal seperti Iskandar Zulkarnain.•Rakyat dikehendaki mencurahkan taat setia yang tidak berbelah bagi terhadap raja.
Keistimewaan Raja/ Pengukuhan Kedaulatan Raja
• Raja dan sultan mempunyai beberapa keistimewaan seperti bahasa, warna, alat dan lambang kebesaran.
• Cap mohor diraja yang tercatat nama baginda membuktikan kekuasaan raja.
• Segala perintah raja perlu dilaksanakan.• Raja juga mempunyai alat muzik diraja.
PERANAN RAJA
Peranan Raja
Politik Sosial Ekonomi
•Raja hanya berkuasa di kawasan dirajanya.•Baginda merupakan ketua negeri yang berkuasa mutlak.•Berkuasa dari aspek hal ehwal negeri, bertindak sebagai ketua hakim dan perundangan, serta berkuasa melantik pembesar peringkat daerah/jajahan.
•Menguasai sumber ekonomi negeri .•Berkuasa mengeluarkan surat kebenaran membeli, menjual, dan memajak cukai kepada pedagang.•Pembesar yang ingin melibatkan diri dalam kegiatan perdagangan mesti mendapat kebenaran raja.•Berhak ke atas sebahagian daripada hasil cukai yang dipungut di daerah di bawah pemerintahannya.
•Raja bertindak sebagai ketua agama Islam dan adat istiadat Melayu.•Mengurniakan anugerah kepada rakyat yang berjasa serta mengesahkan keputusan Majlis Penasihat Raja.•Raja dianggap lambang perpaduan dan penyatuan rakyat.
Perubahan Sistem Pemerintahan Beraja Selepas Campur Tangan
British
Perubahan
Politik Sosial Ekonomi
•Pelaksaan sistem Residen.•Residen merupakan pentadbir sebenar dalam negeri.•British menempatkan Residen di Negeri-negeri Melayu selepas termeterainya Perjanjian Pangkor 1874.•Sistem pemerintahan yang diperkenalkan oleh British bercorak birokrasi.•Sultan/raja kehilangan kuasa.•British juga campur tangan dalam pelantikan sultan baharu.
•Residen British mengambil alih kuasa dan hak mengutip cukai.•Pegawai majistret dan Pemungut hasil dilantik bagi menjalankan tugas memungut cukai.•Tindakan British telah mencabar tanggungjawab sosial raja.•Sultan/raja hanya bertindak sebagai ketua agama Islam dan adat istiadat Melayu di negeri baginda.
•Sultan tidak lagi menyimpan hamba.•Residen telah menghapuskan amalan perhambaan.•Menjejaskan kedudukan dan kewibawaan sultan dalam masyarakat Melayu tradisional.
Kesimpulan
• Kerajaan-kerajaan awal di tanah Melayu telah mengamalkan pemerintahan beraja yang meletakkan raja sebagai individu yang berkuasa mutlak.
• Selepas kedatangan kuasa Barat Tanah Melayu, kuasa dan kedudukan raja telah mengalami perubahan akibat campur tangan mereka.
1.1.2 PEMBESAR
Konsep Pembesar
Pembesar
Golongan yang menduduki lapisan selepas raja dalam hierarki masyarakat.
Golongan yang sangat penting dan berpengaruh dari segi politik, ekonomi dan sosial.
Terdiri daripada keturunan berdarah raja yang tidak berpeluang untuk menaiki takhta sebagai raja.
Hierarki Pembesar Tanah Melayu
Hierarki Sistem Pembesar Di Tanah Melayu
Sultan
Orang Besar Empat
Orang Besar Lapan
Orang Besar Enam Belas
Orang Besar Tiga Puluh Dua
Hierarki Sistem Pembesar Negeri Sembilan
Yam Tuan Besar
Undang/ Penghulu
Lembaga
Buapak
PERANAN PEMBESAR
•Pembesar memiliki kuasa politik .•Dalam Sistem Penggiliran Takhta Perak, Raja Yusuf telah diketepikan dan disingkirkan daripada giliran oleh para pembesar Perak yang tidak menyukainya menjadi Sultan Perak.
Berperanan dalam pemilihan dan pelantikan
waris takhta
•Membantu raja dalam melaksanakan pemerintahan dan pentadbiran negeri.•Mereka dilantik oleh sultan dan dikurniakan surat tauliah serta cop mohor.
Membantu raja dalam
pentadbiran
•Pembesar berperanan sebagai Bendahara untuk menasihati baginda dalam segala hal.•Mereka juga mampu menentukan tindak tanduk dan perlakuan sultan
Menasihati sultan
•Berperanan menjadi hakim dan menjatuhkan hukuman serta denda dalam kes-kes jenayah di daerahnya. •Berkuasa menjatuhkan semua jenis hukuman kecuali hukuman mati.
Menjadi hakim
•Berperanan dalam urusan memungut cukai di kawasan pentadbirannya yang dipanggil ‘kawasan pemakanan’.•Sebahagian hasil cukai yang dikutip akan diserahkan kepada raja sebagai tanda kesetiaan.
Mengutip cukai
•Kegiatan ekonomi seperti perlombongan bijih timah,pertanian dan perdagangan.•Berkuasa menentukan timbangan dan sukatan yang betul bagi memastikan urusan perdagangan berjalan dengan lancar.
Terlibat dalam kegiatan ekonomi
•Menjaga keselamatan dan keamanan serta memastikan penduduk di bawah jagaan sentiasa menumpahkan taat setia kepada sultan.•Berperanan menjaga kawasan perairannya daripada diceroboh.
Menjaga keamanan
•Berperanan menyampaikan segala titah sultan kepada rakyat di kawasan pentadbirannya.•Pembesar juga akan menyampaikan segala masalah dan ketidakpuasan rakyat jelata terhadap sesuatu perkara.
Peantara raja dan rakyat
•Melalui sistem kerah,pembesar bertanggungjawab mengerahkan rakyat untuk mempertahankan negara.•Negara bergantung kepada kerahan tenaga ini untuk mendapatkan bekalan tentera
Menyediakan tentera
•Pembesar dikehendaki membekalkan tenaga buruh kepada raja melalui sistem kerah.•Menjadi kewajipan setiap rakyat jelata untuk mematuhi arahan sultan.
Membekalkan tenagakerja
dan buruh
•Berkewajipan untuk mengadap sultan dalam istiadat menjunjung duli demi menunjukkan keistimewaan mereka.•Istiadat menjunjung diadakan pada tarikh-tarikh tertentu.
Melaksanakan istiadat
menjunjung duli
•Mempunyai tugasan tertentu dalam menyelaraskan adat istiadat dan upacara rasmi di istana.
Menyelaraskan semua istiadat
dan upacara rasmi di istana
Kesimpulan
• Fungsi dan peranan yang dimainkan oleh setiap pihak pembesar hampir sama iaitu sebagai orang yang penting dalam membantu sultan melaksanakan pentadbiran negeri dengan baik.
• Selepas campur tangan British di Tanah Melayu yang bermula pada tahun 1874, fungsi dan peranan golongan pembesar terjejas dan mengalami perubahan yang ketara.
1.Selepas kedatangan British,Raja mengalami beberapa perubahan
peranan.Jelaskan perubahan2 tersebut.
2.Nyatakan peranan pembesar terhadap Raja sebelum campur tangan British di Tanah Melayu