2
REFLEKSI PENGAJARAN MAKRO Semasa menjalankan pengajaran makro, saya telah dapat mengesan beberapa kekuatan dan kelemahan dalam pengajaran saya. Antara kekuatannya adalah saya dapat menyampaikan kandungan pelajaran dengan baik. Persediaan yang rapi telah dibuat sebelum memulakan pengajaran makro ini bagi mengelakkan sebarang masalah yang akan berlaku semasa sesi pengajaran. Persediaan awal adalah sangat penting bagi membantu saya menjalankan isi kandungan dengan baik, mematuhi masa yang telah ditetapkan dan menjalankan segala aktiviti pengajaran yang dirancang dengan kemas dan teratur. Pemilihan kadedah yang sesuai dapat menarik minat murid dan dapat memastikan murid-murid berada dalam keadaan terkawal suapaya aktiviti pengajaran berjalan dengan lancar. Aktiviti menonton video pembuatan kek dalam set induksi dapat menarik minat pelajar untuk bersedia menerima isi pelajaran yang akan diajar pada hari tersebut. Penggunaan bahan bantu mengajar dalam pengajaran saya dapat membantu mereka memahami dengan lebih jelas isi pelajaran yang ingin saya sampaikan. Selain itu, kelantangan suara guru juga memainkan peranan yang penting kerana suara yang lantang dan tegas akan memudahkan murid mendengar dengan teliti dan sekaligus membantu pemahaman mereka terhadap isi pelajaran yang ingin disampaikan oleh guru. Segala arahan guru juga akan dipatuhi oleh murid dan ini akan memudahkan guru untuk menjalankan aktiviti

Refleksi pengajaran makro

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Refleksi pengajaran makro

REFLEKSI PENGAJARAN MAKRO

Semasa menjalankan pengajaran makro, saya telah dapat mengesan beberapa kekuatan

dan kelemahan dalam pengajaran saya. Antara kekuatannya adalah saya dapat menyampaikan

kandungan pelajaran dengan baik. Persediaan yang rapi telah dibuat sebelum memulakan

pengajaran makro ini bagi mengelakkan sebarang masalah yang akan berlaku semasa sesi

pengajaran. Persediaan awal adalah sangat penting bagi membantu saya menjalankan isi

kandungan dengan baik, mematuhi masa yang telah ditetapkan dan menjalankan segala aktiviti

pengajaran yang dirancang dengan kemas dan teratur. Pemilihan kadedah yang sesuai dapat

menarik minat murid dan dapat memastikan murid-murid berada dalam keadaan terkawal

suapaya aktiviti pengajaran berjalan dengan lancar. Aktiviti menonton video pembuatan kek

dalam set induksi dapat menarik minat pelajar untuk bersedia menerima isi pelajaran yang akan

diajar pada hari tersebut.

Penggunaan bahan bantu mengajar dalam pengajaran saya dapat membantu mereka

memahami dengan lebih jelas isi pelajaran yang ingin saya sampaikan. Selain itu, kelantangan

suara guru juga memainkan peranan yang penting kerana suara yang lantang dan tegas akan

memudahkan murid mendengar dengan teliti dan sekaligus membantu pemahaman mereka

terhadap isi pelajaran yang ingin disampaikan oleh guru. Segala arahan guru juga akan dipatuhi

oleh murid dan ini akan memudahkan guru untuk menjalankan aktiviti yang telah dirancang.

Ketegasan dalam menyampaikan pelajaran akan membuatkan pelajar lebih hormat kepada guru.

Kejelasan dalam memberikan arahan merupakan salah satu kemahiran penting yang perlu ada

pada setiap guru. Hal ini adalah kerana kejalasan dalam menyampaikan isi pelajaran boleh

mempengaruhi peribadi pelajar agar lebih berkeyakinan untuk menimba ilmu. Selain itu,

pertuturan yang baik dapat melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran iaitu dengan

menggunakan bahasa yang standard dan mudah difahami oleh pelajar. Arahan yang jelas akan

memudahakan murid-murid faham seterusnya dapat melakukan tugasan mengikut panduan yang

telah diberikan. Tindakan susulan oleh murid yang tepat menunjukkan kefahaman murid

terhadap penyampaian guru berkenaan isi pelajaran.