92
1 UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS TANJUNG MALIM, PERAK LIK 5016 KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAM TAJUK TUGASAN: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP MATA PELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM KAJIAN DI DUA BUAH SEKOLAH DAERAH HULU SELANGOR DISEDIAKAN OLEH: NOR HAFIZAH BINTI ABDUL RAHIM L20081002181 ASNUURIEN NAJMA BINTI AHMAD L200810022 DISEDIAKAN UNTUK: USTAZ MISNAN JEMALI KETUA JABATAN TITAS FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN DIPLOMA PENDIDIKAN LEPASAN IJAZAH PROGRAM PENDIDIKAN ISLAM SEMESTER II 2007/2008

Persepsi pelajar terhadap mata pelajaran pendidikan Islam

Embed Size (px)

DESCRIPTION

 

Citation preview

1

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

TANJUNG MALIM, PERAK

LIK 5016

KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAM

TAJUK TUGASAN:

PERSEPSI PELAJAR TERHADAP MATA PELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM

KAJIAN DI DUA BUAH SEKOLAH DAERAH HULU SELANGOR

DISEDIAKAN OLEH:

NOR HAFIZAH BINTI ABDUL RAHIM L20081002181

ASNUURIEN NAJMA BINTI AHMAD L200810022

DISEDIAKAN UNTUK:

USTAZ MISNAN JEMALI

KETUA JABATAN TITAS

FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN

DIPLOMA PENDIDIKAN LEPASAN IJAZAH

PROGRAM PENDIDIKAN ISLAM

SEMESTER II 2007/2008

2

SENARAI KANDUNGAN

PERKARA KANDUNGAN HALAMAN

1. Abstrak

1

2. Bab Satu – Pendahuluan

1.0 Pengenalan

1.1 Pernyataan Masalah

1.2 Objektif Kajian

1.3 Persoalan Kajian

1.4 Signifikan Kajian

1.5 Skop dan Batasan Kajian

1.6 Teori-teori Pembelajaran (Teori Konseptual)

1.6.1 Konsep Pembelajaran

1.6.2 Kaedah Pendidikan Islam

1.6.3 Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran

Pendidikan Islam

1.6.4 Kaedah Pengajaran Ibn Khaldun

1.7 Definisi Istilah

1.7.1 Persepsi

1.7.2 Persepsi Pelajar

1.7.3 Pendidikan

1.7.4 Pendidikan

1.8 Kesimpulan

2-20

3. Bab Dua – Kajian Literatur

3.0 Pengenalan

3.1 Falsafah Pendidikan Islam

3.2 Dasar-dasar Pendidikan Islam

3.3 Matlamat Pendidikan Islam

3.4 Perkembangan Pendidikan Islam Di Malaysia

21-43

3

3.4.1 Pendidikan Islam Awal di Tanah Melayu

3.4.2 Sistem Sekular

3.4.3 Zaman Penjajahan

3.4.4 Zaman Selepas Merdeka

3.5 Kurikulum Mata Pelajaran Pendidikan Islam

3.6 Fungsi Pendidikan Islam

3.7 Kajian-kajian Lepas Berkenaan Persepsi atau Sikap

Pelajar Terhadap Mata Pelajaran Pendidikan Islam

3.8 Kesimpulan

4. Bab Tiga – Metodologi Kajian

3.0 Pengenalan

3.1 Reka bentuk kajian

3.1.1 Kajian Deskriptif

3.1.2 Kajian Tinjauan

3.2 Sampel Kajian

3.3 Instrumen Kajian

3.3.1 Soal Selidik Pelajar

3.3.2 Soal Selidik Guru

3.4 Prosedur Melaksanakan Kajian

3.5 Temu bual

3.6 Kebolehpercayaan dan kesahan

44-50

5. Bab Empat – Dapatan Kajian

4.0 Pendahuluan

4.1 Latar Belakang Sampel Kajian

4.2 Persepsi Pelajar Terhadap mata Pelajaran Pendidikan

Islam

4.3 Persepsi Pelajar Terhadap Cara Pengajaran Guru

Pendidikan Islam

4.4 Persepsi Guru Pendidikan Islam Terhadap Pelajar Semasa

Mempelajari Mata Pelajaran Pendidikan Islam

51-63

4

4.5 Analisis Dapatan Temu Bual Pelajar

5.0 Bab Lima – Rumusan dan Cadangan

5.0 Pengenalan

5.1 Kualiti Pengajaran

5.2 Kesesuaian Aras Pengajaran

5.3 Insentif

5.4 Persepsi Pelajar Terhadap Mata Pelajaran Pendidikan

Islam

5.5 Persepsi Pelajar Terhadap Cara Pengajaran Pendidikan

Islam

5.6 Persepsi Guru Terhadap Pelajar Semasa Mempelajari

Pendidikan Islam

5.7 Cadangan Untuk Memupuk Minat Positif Pelajar Terhadap

Mata Pelajaran Ini

5.8 Cadangan Untuk Kajian Akan Datang

5.9 Kesimpulan

64-70

6.0 Bibliografi

7.0 Lampiran

5

PERSEPSI PELAJAR TERHADAP MATA PELAJARAN PENDIDIKAN

ISLAM DI DUA BUAH SEKOLAH DAERAH HULU SELANGOR

Nor Hafizah binti Abdul Rahim L20081002181

Asnuurien Najma binti Ahmad L20081002213

Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (Program Pendidikan Islam)

Jabatan TITAS, Fakulti Sains Sosial & Kemasyarakatan

Universiti Pendidikan Sultan Idris

Penyelia

Ustaz Misnan bin Jemali

ABSTRAK

Kajian ini adalah bertujuan untuk melihat persepsi pelajar-pelajar Tingkatan Dua

terhadap mata pelajaran Pendidikan Islam. Persepsi yang dikaji diukur berdasarkan

kepada pernyataan-pernyatan berikut; anda berminat dengan mata pelajaran

Pendidikan Islam, anda suka mengulangkaji mata pelajaran Pendidikan Islam, anda

suka mata pelajaran Pendidikan Islam ditambah lagi masanya, anda sentiasa berasa

seronok belajar Pendidikan Islam dan nada berasa mata pelajaran Pendidikan Islam

sangat bermanfaat dengan menambah pengetahuan Islam dalam diri. Kajian ini juga

bertujuan untuk melihat persepsi pelajar-pelajar Tingkatan Dua terhadap mata

pelajaran Pendidikan Islam dengan beberapa pemboleh ubah bebas yang dipilih iaitu

jantina, tahap pendidikan ibu bapa, taraf sosioekonomi keluarga, lokasi sekolah dan

persepsi pelajar terhadap pengajaran guru Pendidikan Islam. Kajian ini juga melihat

persepsi guru terhadap pelajar semasa mempelajari Pendidikan Islam. Sample yang

diambil dalam menjalankan kajian ini terdiri daripada 100 orang pelajar Tingkatan

Dua dan seramai 7 orang guru Pendidikan Islam yang dipilih dari dua buah sekolah

daerah Hulu Selangor iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Gedangsa dan Sekolah

Agama Menengah Tinggi Kuala Kubu Bharu. Signifikan hubungan ini akan dilihat

dan dianalisis berdasarkan persepsi pelajar terhadap mata pelajaran Pendidikan Islam

dengan pengajaran guru Pendidikan Islam.

6

BAB SATU

PENDAHULUAN

1.0 Pengenalan

Pengkaji berasakan satu kajian khusus mengenai mata pelajaran Pendidikan

Islam adalah amat perlu kerana mata pelajaran Pendidikan Islam merupakan

satu mata pelajaran yang dapat membentuk diri seorang insan menjadi insan

kamil dan bertanggungjawab atas dirinya terhadap urusan dunia dan akhirat.

Hal ini amat penting kerana mata pelajaran Pendidikan Islam ini bukan sahaja

dipelajari oleh pelajar supaya lulus dalam peperiksaan semata-mata, tetapi

untuk melahirkan seorang manusia yang benar-benar memahami tugasnya

sebagai khalifatullah atas muka bumi ini dengan melaksanakan segala ilmu

yang telah dipelajarinya. Secara tidak langsung, mata pelajaran Pendidikan

Islam ini sebenarnya adalah untuk melahirkan individu yang soleh dalam

kehidupan bermasyarakat dan dalam kehidupan di dunia pula adalah untuk

melahirkan individu yang dapat beramal dengan amalan-amalan Islam.1

Menurut Zainal Abdul Kadir, mata pelajaran Pendidikan Islam ini telah

berjalan sejak zaman penjajah lagi iaitu selama lebih 400 tahun sehinggalah

wujudnya Penyata Razak 1956 dan Penyata Rahman Talib 1960.2 Dalam

kedua-dua penyata tersebut, jelaslah menunjukkan bahawa mata pelajaran

Pendidikan Islam telah diletakkan di bawah Sistem Pendidikan Kebangsaan.

Seterusnya, kewujudan Akta Pelajaran 1961 telah memasukkan mata pelajaran

Agama Islam dalam jadual waktu dengan peruntukan masa belajarnya

sebanyak 120 minit seminggu bermula pada tahun 1962.3 Hal ini

menunjukkan bahawa mata pelajaran Pendidikan Islam kini tidak lagi

tertinggal atau diabaikan oleh pemerintah. Kesannya, pelajar-pelajar Islam

sama ada di sekolah-sekolah kerajaan, bantuan kerajaan, sekolah rakyat

1Ahmad Mohd Saleh. (2004), Kursus Pendidikan Lepasan Ijazah (KPLI):Pendidikan Islam – Falsafah, Sejarah dan Kaedah Pengajaran Pembelajaran, Edisi Semakan, Shah Alam: Oxford Fajar, m.s 25. 2 Ibid., m.s. 54. 3 Laporan Jawatankuasa Kabinet Mangkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran (7 November 1979), Cetakan

Ketiga, Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia, m.s.176.

7

mahupun swasta berpeluang mendapat pendidikan Islam tanpa perlu

menghadiri sekolah-sekolah agama pada sebelah petang.

Laporan Jawatankuasa Kabinet telah menegaskan seperti berikut :

“Memandangkan pentingnya mata pelajaran Pendidikan Islam ini, maka diperakukan semua murid Islam bukan sahaja mesti

mengikuti mata pelajaran ini tetapi hendaklah diwajibkan

mengambilnya dalam peperiksaan awam”4

Laporan ini seterusnya menyatakan :

“Untuk meninggikan lagi mutu pengajaran dan pembelajaran mata

pelajaran Agama Islam adalah diperakukan bahawa guru-guru yang mengajar mata pelajaran ini diberi latihan ikhtisas yang

cukup, seterusnya tugas-tugas penyeliaan ini juga perlu penting”5

Setelah mata pelajaran Pendidikan Islam diwajibkan kepada semua

pelajar Islam, timbul pula permasalahan mata pelajaran Pendidikan Islam tidak

diminati dan kurang penghayatan dalam kalangan pelajar. Dalam hal ini,

boleh dikatakan mutu pengajaran Pendidikan Islam di sekolah masih boleh

dikatakan berada pada tahap yang rendah.6

1.1 Pernyataan Masalah

Pendidikan Islam merupakan salah satu mata pelajaran yang terdapat dalam

sistem pendidikan negara kita dan wajib dipelajari dan diajar di sekolah-

sekolah yang terdapat pelajar-pelajar yang beragama Islam. Peruntukan ini

dapat dilihat berdasarkan Akta Pendidikan 1996 Seksyen 50 (1):

“Jika di dalam sesuatu institusi pendidikan terdapat lima orang

murid atau lebih yang menganut agama Islam maka murid-murid

itu hendaklah diberikan pengajaran agama Islam oleh guru yang

diluluskan oleh Pihak Berkuasa Negeri”.7

Pelaksanaan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) pada

tahun 1988 bagi mata pelajaran bahasa dan pada tahun 1989 bagi semua mata

pelajaran termasuk Pendidikan Islam merupakan satu reformasi dalam Sistem

Pendidikan di Malaysia. Bagi mata pelajaran Pendidikan Islam, satu

4 Ibid., m.s 71. 5 Ibid., m.s 73. 6 Kementerian Pendidikan Malaysia. (1988), Kajian Status Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan

Islam di Sekolah Menengah Malaysia, Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia. 7Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) & Peraturan-Peraturan Terpilih (2003), Seksyen 50(1), Petaling

Jaya : International Law Books Services, m.s. 36.

8

perubahan besar telah dibuat yang melibatkan perubahan sukatan pelajaran di

mana peruntukan masa dalam Kurikulum Lama Sekolah Menengah hanya 3

waktu kepada 6 waktu seminggu di sekolah menengah peringkat menengah

rendah 4 (3+1 (Amali) + 2 (Tambahan) dan di peringkat menengah atas 4(3+1

(Amali) atau 40 minit adalah berdasarkan Peraturan-peraturan Pendidikan

1997 PERKARA 3:4 (Akta Pendidikan 1996).8

Dalam hal ini, kurikulum Pendidikan Islam yang lama jika dilihat

hanya memberi penekanan terhadap aspek maklumat dan pengetahuan semata-

mata manakala dalam KBSM lebih menumpukan kepada kefahaman dan

penghayatan ilmu itu sendiri. Oleh sebab kehendak atau matlamat kurikulum

pada masa itu, maka guru-guru juga telah menumpukan peranan mereka untuk

mengajar dan memberikan ilmu pengetahuan mengenai Islam semata-mata

seperti yang terkandung dalam sukatan pelajaran. Jika dilihat pelajar-pelajar

pula, lebih banyak menghafaz fakta daripada menghubungkaitkan fakta-fakta

tersebut dengan penghayatan Islam yang sebenar. Mereka mempelajari

Pendidikan Islam hanya sekadar untuk lulus dalam peperiksaan yang diambil.

Perubahan kurikulum lama kepada kurikulum bersepadu ini

menimbulkan pelbagai kejutan dan implikasi kepada tugas dan peranan guru-

guru Pendidikan Islam. Pendidikan Islam KBSM menuntut guru-guru

Pendidikan Islam agar lebih berdedikasi dan cemerlang dalam melaksanakan

tugasnya. Tugas guru-guru Pendidikan Islamlah yang amat penting untuk

menggunakan kaedah penggabungjalinan dan perentasan dalam tradisi

pengajaran Pendidikan Islam dengan mengaitkan pelajaran-pelajaran seperti

Sains, Matematik, Geografi dan Sejarah. Pengajaran Pendidikan Islam

seharusnya tidak bergantung kepada sukatan pelajaran semata-mata, tetapi

perlu disepadukan dengan kegiatn di sekolah dan mata pelajaran lain. Tugas

guru Pendidikan Islam dalam hal ini adalah mengislamkan sepenuhnya

pelajar-pelajar agar menjadi seorang muslim yang berakhlak, berilmu,

beriman, beramal dan bertaqwa.

8 Bahagian Kurikulum Pendidikan Islam dan Moral, Kandungan Kurikulum Pendidikan Islam, Jabatan

Pendidikan Islam dan Moral, Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia.

9

Pendidikan Islam dalam konteks hari ini perlu diperkenalkan sebagai

„Ad-Deen‟ bukan sahaja sebagai satu pengenalan ilmu yang diperkenalkan

secara berpisah-pisah, tetapi ilmu yang memberi penekanan kepada amalan

dan penghayatan Islam kepada pelajarnya secara menyeluruh.9 Aspirasi dan

harapan Pendidikan Islam yang tinggi ini tidak akan tercapai jika pengajaran

Pendidikan Islam masih lemah dan mata pelajaran ini kurang diberi tumpuan

oleh pelajar. Kelemahan dan pencapaian pengajaran Pendidikan Islam masih

diperkatakan oleh pelbagai pihak. Penghayatan nilai dan akhlak serta

keberkesanan Pendidikan Islam dalam melahirkan pelajar muslim yang

sebenar masih lagi dipertikaikan.

Satu perkara lagi yang perlu disedari oleh guru-guru Pendidikan Islam

ialah pengajaran terhadap mata pelajaran ini. Guru-guru agama perlulah

memperbanyak kaedah amalan, tunjuk cara, pengalaman, dan latih tubi yang

berterusan dengan setiap satu topiknya berteraskan kepada kaedah amali

sebenar seperti bacaan al-Quran, ibadah, akidah, akhlak dan sirah. Pendidikan

Islam kini dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan melalui pelbagai cabaran

pendidikan.

Untuk itu, kerajaan telah mengubah dan melaksanakan strategi bagi

meningkatkan sistem pendidikan di negara kita. Cabaran dunia pendidikan

pada dekad 90-an ini semakin serius menjelangnya alaf baru tahun 2000.

Biarpun begitu banyak perubahan yang telah dilakukan, namun mata pelajaran

Pendidikan Islam masih lagi terpinggir dan tersisih.10

Jika dilihat, mata

pelajaran Pendidikan Islam masih lagi berada pada tahap lama dan masih tidak

menerima taraf sebagai mata pelajaran nasional seperti mana pentingnya mata

pelajaran sains, matematik dan bahasa. Kepentingan ketiga-tiga mata pelajaran

ini menjadi paling utama dalam pemilihan bagi peperiksaan UPSR, PMR,

SPM dan STPM yang dijadikan sebagai penentu gred dalam setiap

peperiksaan tersebut.

9 Nazri Hamid. (2000), Sikap Pelajar Terhadap Mata Pelajaran Pendidikan Islam di Dua Buah

Sekolah, Universiti Malaya: Tesis Sarjana Pendidikan. 10 Ghazali Darusalam. (2004), Pedagogi Pendidikan Islam, Cetakan Kedua, Kuala Lumpur: Utusan

Publications & Distributors Sdn. Bhd., m.s. 118.

10

Timbullah persoalan di sini apabila mata pelajaran ini tidak

diutamakan, maka Pendidikan Islam tidak begitu ditekankan khasnya dalam

peperiksaan awam. Impak yang paling besar adalah para pelajar tadi hanya

belajar sekadar untuk memenuhi jadual waktu persekolahan mereka sahaja.

Kesannya, para pelajar mengambil lewa mata pelajaran ini, mudah terjebak

dan terdedah dengan gejala sosial yang tidak sihat seperti pergaulan bebas,

penipuan, terlibat dengan jenayah, keruntuhan moral dan sebagainya. Oleh

yang demikian, guru Pendidikan Islam merupakan penggerak dan pelaksana

Falsafah Pendidikan Islam itu sendiri, menjadikan pembelajaran dan

pengajaran itu menarik dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan itu tercapai.

Malah timbul beberapa persoalan yang sering berlegar difikiran kita

iaitu adakah para pelajar menerima mata pelajaran ini sebagai salah satu mata

pelajaran yang diajarkan di sekolah? Bagaimanakah persepsi para pelajar

terhadap mata pelajaran Pendidikan Islam dan adakah guru turut

mempengaruhi persepsi pelajar terhadap mata pelajaran Pendidikan Islam ini.

Imej mata pelajaran Pendidikan Islam KBSM ini seharusnya tidak dipandang

rendah lagi oleh semua pihak. Mutu pengajaran guru Pendidikan Islam perlu

ditingkatkan kepada tahap yang lebih cemerlang agar kelas Pendidikan Islam

tidak lagi membosankan pelajar-pelajar, malah akan bersa tenteram, tenang,

seronok dan gembira apabila mengikuti kelas-kelas Pendidikan Islam.

1.2 Objektif Kajian

Kajian ini dijalankan untuk mencapai objektif berikut:

1. Mengenal pasti penerimaan pelajar terhadap mata pelajaran Pendidikan

Islam.

2. Mengenal pasti kaedah pengajaran guru terhadap mata pelajaran

Pendidikan Islam.

3. Mengenal pasti hubungan persepsi pelajar terhadap mata pelajaran

Pendidikan Islam dengan kaedah pengajaran guru.

11

1.3 Persoalan Kajian

Kajian ini adalah untuk mencari jawapan kepada beberapa persoalan:

1. Apakah persepsi pelajar terhadap mata pelajaran Pendidikan Islam?

2. Bagaimanakah kaedah pengajaran guru Pendidikan Islam mengikut

pandangan pelajar?

3. Apakah kaedah pengajaran guru turut mempengaruhi persepsi pelajar

terhadap mata pelajaran Pendidikan Islam?

1.4 Signifikan Kajian

Maklum balas yang diterima daripada kajian yang dijalankan ini boleh

digunakan oleh bakal-bakal guru Pendidikan Islam agar dapat mengambil

langkah-langkah dan kaedah-kaedah pengajaran terbaik supaya dapat menarik

minat lebih ramai lagi pelajar untuk mempelajari dan mendalami Pendidikan

Islam. Hal ini demikian kerana, guru merupakan salah satu faktor yang dapat

menarik minat pelajar ke arah mempelajari sesuatu ilmu.

Selain itu, kajian ini diharapkan dapat membantu para guru khususnya

guru Pendidikan Islam untuk mendapat gambaran sebenar teknik dan

pengajaran yang mereka gunakan sepanjang pengajaran dan pembelajaran

mereka terhadap pelajar-pelajarnya. Walaupun kaedah dan teknik pengajaran

ini adalah merupakan pandangan atau persepsi pelajar sahaja, namun

diharapkan ianya dapat membantu bakal-bakal guru Pendidikan Islam

terutama lepasan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dapat mengubah

corak pengajaran dan kaedah pengajaran mereka dalam mata pelajaran

Pendidikan Islam serta mengubah sikap agar lebih komitmen, berdedikasi,

berketerampilan serta berakhlak dalam aspek kehidupan mereka.

Hasil kajian ini juga diharapkan boleh digunakan oleh para guru untuk

merangka strategi yang lebih berkesan dalam proses pengajaran dan

pembelajaran mereka terutamanya dalam mata pelajaran Pendidikan Islam. Di

samping itu, diharapkan kajian ini dapat membantu pihak sekolah dan guru

Pendidikan Islam membaiki corak pengajarannya kerana ianya mempunyai

perkaitan dengan pencapaian dan persepsi pelajar terhadap mata pelajaran ini.

Seterusnya diharapkan kajian ini memberi impak yang paling besar kepada

12

pelaksanaan dan dasar pendidikan untuk menjadikan mata pelajaran

Pendidikan Islam ini sebagai satu mata pelajaran yang wajib mendapat

kepujian pada peringkat peperiksaan SPM untuk melayakkan seseorang

pelajar bagi memohon kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi terutama

Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA).

1.5 Skop dan Batasan Kajian

Dalam menjalankan kajian ini, pengkaji telah membataskan kajian ini kepada

beberapa bahagian tertentu iaitu kawasan kajian di mana pengkaji telah

memilih daerah Hulu Selangor sebagai kawasan kajian. Dalam daerah ini

terdapat banyak sekolah, namun hanya dua buah sekolah sahaja yang

dijadikan bahan kajian iaitu SMK Gedangsa dan SAMT Kuala Kubu Bharu.

Justifikasi pengkaji memilih kedua-dua buah sekolah ini adalah bertujuan

untuk melihat perbandingan antara persepsi pelajar sekolah menengah harian

dengan persepsi pelajar sekolah menengah agama terhadap mata pelajaran

Pendidikan Islam. Selain itu, pengkaji mendapati belum terdapat lagi kajian

yang dijalankan di kedua-dua buah sekolah tersebut beberapa tahun

kebelakangan ini.

Seterusnya, pengkaji membataskan kajian ini kepada pelajar-pelajar

Tingkatan Dua sahaja daripada kedua-dua buah sekolah ini. Pengkaji

terpanggil untuk mengkaji pelajar Tingkatan Dua kerana mereka akan

menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah pada tahun hadapan.

Justeru, kajian ini diharapkan agar dapat mengubah persepsi pelajar terhadap

mata pelajaran Pendidikan Islam dan seterusnya menimbulkan minat mereka

terhadap mata pelajaran ini. Jika persepsi pelajar positif terhadap mata

pelajaran ini, secara tidak langsung akan meningkatkan pencapaian mata

pelajaran Pendidikan Islam.

13

1.6 Teori-teori Pembelajaran (Teori Konseptual)

1.6.1 Konsep Pembelajaran

Pembelajaran berlaku pada setiap hari, setiap detik baik secara sedar

mahupun secara tidak sedar. Pembelajaran adalah satu pemindahan dan

penambahan ilmu, nilai, kemahiran dan sikap. Pembelajaran

sebenarnya tidak semestinya terbatas kepada apa yang dirancangkan

sahaja, tidak semestinya berlaku dalam suasana yang formal,

berstruktur dan teratur. Menurut Guy Le Francois dalam bukunya

Psycological Theories and Human Learning menyatakan bahawa

pembelajaran merangkumi semua perubahan tingkah laku yang agak

kekal dihasilkan melalui pengalaman.11

Pembelajaran adalah satu proses perubahan yang agak kekal

sifatnya dalam kebolehan seseorang itu hasil dari sesuatu pengalaman

atau latihan. Pendapat ini disokong oleh Zanden dan Pace menyatakan

pembelajaran adalah suatu perubahan yang agak kekal dalam sesuatu

tingkah laku atau kebolehan yang dihasilkan melalui pengalaman

seseorang individu.12

1.6.2 Kaedah Pendidikan Islam

Dalam konteks Pendidikan Islam, kaedah pengajaran amat berkait

rapat dengan konsep fitrah di mana seorang kanak-kanak yang

dilahirkan dalam keadaan konsep fitrah. Sebagai seorang pendidik

muslim, seseorang guru mempunyai peranan penting dalam pendidikan

dan pengajaran terhadap murid-muridnya.

Menurut Hassan Langgulung, pengajaran Pendidikan Islam

bukan hanya menyentuh aspek kognitif semata-mata, malahan

menyentuh aspek afektif dan juga psikomotor pelajar di mana aspek

paling penting dalam Pendidikan Islam ialah akhlak.13

Aspek akhlak

11 Amir Awang. (1989), Teori-teori Pembelajaran, Cetakan Kedua, Petaling Jaya:Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd., m.s. 5. 12 Ibid., m.s 6. 13Kamarul Azmi Jasni, Ab. Halim Tamuri, (2007). Pendidikan Islam : Kaedah Pengajaran dan

Pembelajaran, Skudai:Penerbit Universiti Teknologi Malaysia, m.s 28.

14

ini termasuk dalam domain afektif dan terbukti dalam tingkah laku

(behavioral) kerana aspek ini tidak boleh diajar secara fakta kerana

ianya perlu kepada bentuk menyuruh pelajar memainkan peranan yang

tertentu.

Al-Syaibani berpendapat konsep kaedah pengajaran dan

pembelajaran yang berkesan dan baik ialah kaedah yang dapat

membantu para pelajar memperoleh ilmu pengetahuan, kemahiran dan

mengubah sikap serta tingkah laku, menanam minat dan nilai yang

diingini dalam diri.14

Pengajar atau pendidik dalam hal ini perlulah

menyampaikan sesuatu pengajarannya mengikut tahap pemikiran

pelajaranya. Hal ini demikian kerana, sesuatu pelajaran yang

disampaikan tanpa mengambil kira peringkat pemikiran dan

pencapaian pelajarnya boleh membawa kepada kerumitan dan

seterusnya kegagalan kepada pelajarnya.

Dalam memilih strategi pengajaran dan pembelajaran seorang

guru perlulah memikirkan cara untuk mewujudkan penglibatan para

pelajar dan membuahkan interaksi yang aktif dalam kelas.

Pembelajaran yang berkualiti dan berkesan hanya akan terhasil dan

tercapai jika seorang guru itu mempunyai pengetahuan dan kemahiran

serta kefahaman yang luas tentang pelbagai teknik dalam sesuatu

pengajarannya. Penggunaan metod dan teknik dalam sesuatu

pengajaran dan pembelajaran ini dapat memberi impak yang besar

terhadap kejayaan dalam sesuatu pembelajaran.

1.6.3 Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Islam

Sebagai seorang guru, mereka perlulah menguasai ilmu kerana dengan

ilmu sahaja mereka akan dapat menghuraikan sesuatu topik pengajaran

dengan baik dan mantap. Guru mestilah pandai menghuraikan sesuatu

topik yang disampaikan dengan baik kerana pengajaran akan menjadi

lebih menarik jika seseorang guru mampu menghuraikan sesuatu

14 Ibid, m.s. 29.

15

perkara atau masalah yang dihadapi dengan baik. Pengajaran dan

pembelajaran akan menjadi seronok dan seterusnya menjadikan

seseorang pelajar bermotivasi untuk menghadapi proses pembelajaran

yang seterusnya.

Sebagai seorang guru perlu mempunyai kemahiran komunikasi

kerana proses pendidikan yang berkesan memerlukan interaksi antara

guru dengan pelajar dan antara pelajar dengan pelajar. Oleh sebab itu,

guru Pendidikan Islam harus memiliki kemahiran kaunseling kerana

sifat kasih sayang ini amat penting untuk dipupuk dalam diri terhadap

anak didiknya dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini

sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah S.A.W ketika

melaksanakan metod pengajarannya adalah berasaskan psychology of

love ataupun kasih sayang antara guru dengan pelajarnya.15

Dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran ini, guru

mestilah mempelbagaikan teknik dan kaedah yang bersesuaian dengan

masa yang diperuntukkan dan juga tahap pemikiran pelajar. Dalam hal

ini, lokasi pengajaran dan pembelajaran tidak semestinya berlaku

dalam kelas sahaja. Rasulullah S.A.W sendiri menggunakan pelbagai

teknik pengajaran semasa berdakwah. Lapan daripada teknik yang

digunakan ialah:

1) Menjadikan diri dan akhlaknya sebagai model

2) Mengajar secara beransur-ansur

3) Meraikan secara kesederhanaan dan menjauhi kebosanan

4) Meraikan perbezaan pelajar ketika mengajar

5) Interaksi dua hala

6) Pendekatan seloka dan senda gurau

7) Pengulangan

8) Memberi nasihat dan peringatan.16

15

Ibid., m.s. 65. 16 Ibid., m.s. 69.

16

1.6.4 Kaedah Pengajaran Ibn Khaldun

Pengalaman secara langsung dalam bidang keguruan dan keilmuan

menjadikan Ibn Khaldun seorang tokoh pendidik Orient (Timur) yang

banyak memperkatakan persoalan metodologi dan pedagogi

Pendidikan Islam. Dalam kaedah mengajar, Ibn Khaldun menentang

kaedah secara lisan dalam pengajaran dan mendengar serta menghafal

semata-mata kerana mengajar dengan menggunakan kaedah ini

sebenarnya tidak akan memberikan kesan dalam fikiran pelajar. Ini

menunjukkan beliau kurang bersetuju para pelajar hanya membuat nota

pelajaran dan menyalin nota dalam buku. Beliau mencadangkan agar

pelajar-pelajar disediakan dengan buku teks yang mengandungi

huraian yang lebih jelas.17

Menurut Ibn Khaldun, seorang guru hendaklah menyampaikan

pengajarannya dari peringkat yang mudah kepada peringkat yang lebih

sukar kepada pelajarnya. Setiap persoalan hendaklah diselesaikan

terlebih dahulu sebelum guru berpindah kepada tajuk lain agar pelajar

lebih faham pelajaran tersebut. Dalam hal ini, sesuatu ilmu

pengetahuan yang disampaikan perlulah disampaikan secara beransur-

ansur dan berperingkat-peringkat.18

Ibn Khaldun menambah lagi dalam

pengajaran guru perlulah menyampaikannya secara bertahap-tahap

dengan mengikuti langkah-langkah yang mana ianya perlu dimulai

dengan mengajar satu persoalan pokok dan diikuti isi-isi kecil. Ibn

Khaldun mencadangkan agar proses pengajaran dibuat seperti berikut:

a) Kaedah Pengulangan (Tadarruj wa Tikkari)

Seorang guru perlu menyampaikan pengajarannya secara

bertahap-tahap sehingga pelajar dapat menerima segala

permasalahan pada setiap bahagian ilmu yang diajarkan oleh

guru. Kemudian, guru perlulah mengulang lagi ilmu yang

disampaikan agar pelajar lebih faham dan dapat memberi

17Ghazali Darusalam. (2004), Pedagogi Pendidikan Islam, Cetakan Kedua, Kuala Lumpur:Utusan

Publications & Distributors Sdn. Bhd., m.s. 220. 18 Ibid., m.s. 220.

17

gambaran yang jelas tentang sesuatu pelajaran sehingga tidak

terdapat sebarang kemusykilan lagi dalam pembelajarannya.19

Metod ini sejajar dengan kaedah pengajaran dalam pendidikan

moden hari ini. Guru-guru perlu mengulang beberapa kali agar

pelajarnya lebih memahami tentang pembelajaran sesuatu topik

itu dengan lebih mendalam lagi.

b) Menggunakan alat bantu mengajar dalam pengajaran

Ibn Khaldun mencadangkan dalam mengajar juga, seorang guru

perlu menggunakan alat-alat bantu mengajar untuk membantu

pelajar memahami ilmu yang disampaikan kepadanya. Para

pelajar akan mudah menerima pelajaran itu dan lebih memberi

motivasi mereka untuk mempelajari sesuatu pelajaran. Alat

bantu mengajar seperti buku teks, bahan-bahan maujud yang

boleh dirasa ini akan dapat menambah ingatan pelajar terhadap

sesuatu isi pelajaran itu terutama pelajar yang lemah daya

ingatannya.20

c) Kaedah lawatan

Ibn Khaldun mencadangkan agar melaksanakan lawatan atau

kaedah rihlah kerana dengan cara ini, pelajar akan mudah

mendapat sumber-sumber pengetahuan yang banyak. Cadangan

Ibn Khaldun ini amat bersesuaian dengan dengan kaedah

pendidikan hari ini.

d) Tidak mencampur adukkan antara dua ilmu pengetahuan dalam

satu masa.

Beliau mencadangkan kepada para guru agar tidak

mengajarkan dua ilmu dalam satu waktu kepada para

pelajarnya akan menyebabkan pelajar terkeliru. Ibn Khaldun

berpendapat sesuatu ilmu itu perlu disampaikan secara satu

19

Ali Al-Jumbulati, Abdul Futuh At-Tuwaanisi. (1994), (terj) H.M. Arifin Prof, Perbandingan

Pendidikan Islam, Cetakan Pertama, Jakarta: Penerbit Rineka Cipta., m.s 199. 20Ghazali Darusalam. (2004), Pedagogi Pendidikan Islam, Cetakan Kedua, Kuala Lumpur:Utusan

Publications & Distributors Sdn. Bhd., m.s. 223.

18

persatu dan tidak mencampuradukkan dengan ilmu lain supaya

mata pelajaran itu dapat dikuasai sepenuhnya oleh pelajar.21

Ringkasnya di sini, kaedah pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam boleh

ditunjukkan seperti dalam rajah di bawah ini:22

Rajah 1 : Model P & P Pendidikan Islam berasaskan Konsep 5M

21

Ibid, m.s. 224. 22Kamarul Azmi Jasni, Ab. Halim Tamuri. (2007). Pendidikan Islam:Kaedah Pengajaran dan

Pembelajaran, Skudai:Penerbit Universiti Teknologi Malaysia, m.s 102.

FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM

KURIKULUM PENDIDIKAN

Latihan, Kursus dan Pengalaman

PENDIDIKAN MUSLIM ( Mudarris, Muaddib, Mu‟allim, Mursyid, Murabbi )

Kemahiran pengajaran, ilmu

pengetahuan, motivasi dan personaliti diri.

TEORI DAN

OBJEKTIF

PENGAJARAN

- Kognitif

- Afektif

- Psikomotor

AMALAN PENGAJARAN

- Set induksi

- Pemeringkatan isi

kandungan.

- Pemilihan kaedah

pengajaran.

- Penggunaan bahan

pengajaran.

- Bahan bantu pengajaran. - Penilaian.

- Pengurusan kelas.

KESEDIAAN

PELAJAR

- Kebolehan pelajar.

- Pengetahuan dan pengalaman sedia

ada.

- Sikap.

- Motivasi.

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM

HAMBA YANG BERTAQWA, PATUH DAN TAAT

KEPADA ALLAH SWT

19

1.7 Definisi Istilah

1.7.1 Persepsi

Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, persepsi adalah satu

gambaran atau bayangan dalam hati atau fikiran (tentang sesuatu),

pandangan (menerusi pancaindera), dan tanggapan.23

Definisi persepsi yang menurut Krentch & Ballachey adalah satu

proses di mana individu menerima dan kemudiannya

menginterpretasikan sebarang maklumat dari alam sekitarnya.

Maklumat-maklumat tersebut akan diproses melalui struktur

kognitifnya dan seterusnya akan diterjemahkan dalam dirinya untuk

menggambarkan sesuatu.24

1.7.2 Persepsi Pelajar

Apa yang dapat disimpulkan di sini persepsi pelajar dapatlah

didefinisikan satu tanggapan atau pandangan pelajar terhadap sesuatu

mata pelajaran atau perkara. Maka, dalam kajian ini apa yang dapat

dijelaskan dengan persepsi pelajar adalah pelajar memberikan

interpretasi atau gambaran perasaan terhadap sesuatu subjek itu

melalui kemahiran berfikir, pandangan dan isi kandungan.

1.7.3 Pendidikan

Pendidikan menurut sarjana pendidikan Islam berdasarkan al-Quran

dan as-Sunnah. Dalam Islam, pendidikan dikenali sebagai tarbiah

dalam bahasa Arab. Perkataan tarbiah berasal daripada kata kerja

( ) membawa maksud tumbuh, berkembang, dan

memelihara. Antara maksud ( رة ) ialah memperbaiki (islah),

memimpin dan memelihara.25

Istilah ini juga boleh membawa maksud

mengasuh, memelihara, atau memimpin. Oleh yang demikian,

23Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka. (2007), Edisi Keempat, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Pustaka, m.s. 1193. 24Norashikin Mohamad. (2005). Persepsi Guru Prasekolah Terhadap Literasi Sains, Univerisiti Pendidikan Sultan Idris:Latihan Ilmiah, m.s. 10. 25Ahmad Mohd Salleh. (2004), Kursus Pendidikan Lepasan Ijazah (KPLI):Pendidikan Islam –

Falsafah, Sejarah dan Kaedah Pengajaran Pembelajaran, Edisi Semakan, Shah Alam:Oxford Fajar

Sdn.Bhd., m.s. 6.

20

pendidikan dalam bahasa Arab disebutkan tarbiah yang pada asalnya

membawa maksud pertumbuhan, perkembangan dan ketinggian.

Dalam al-Qur‟an Allah s.w.t. telah berfirman dalam surah al-Baqarah

ayat 31 :

وعلم أدم األسمبء كلهب ثم عرضهم على الملئكخ فقبل أوجئىوى ثأسمبء

هؤالء إن كىتم صدقيه (31: سىرح الجقرح )

Maksudnya :

“dan Dia mengajarkan kepada Adam nama-nama benda ....”

Pendidikan dalam Islam juga menggunakan kata ta‟dib ( ( تأديت

yang membawa maksud mendidik. Ini sebagaimana sabda Rasulullah

S.A.W. dalam hadithnya:

أدثىي رثى فأحسه تأديجي

Maksudnya : Allah sendiri yang telah mendidikku, oleh sebab itulah

aku mendapat pendidikan yang paling sempurna.26

Pendidikan dalam kamus dewan didefinisikan sebagai mendidik,

pengetahuan mendidik, didikan, latihan, dan ajaran. Perkataan ini

berasal dari kata “didik” yang membawa maksud pelihara, ajar atau

jaga dengan hati-hati.27

Dalam tatabahasa Melayu, pendidikan

membawa maksud jaga atau pelihara atau ajar dengan berhati-hati

sejak kecil. Sementara pendidikan dalam bahasa Inggeris pula disebut

education yang dapat diinterpretasikan sebagai mengumpul maklumat

ke dalam diri bagi membentuk bakat yang terpendam.28

Pendidikan menurut John Dewey ialah satu proses membentuk

kecenderungan asasi yang berupa kepercayaan dan perasaan terhadap

alam sejagat dan sesama manusia. Beliau menyatakan juga pendidikan

26Ibid., m.s. 7. 27Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, (2007), Edisi Keempat, Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan

Pustaka, m.s. 350. 28Hj. Abdullah Ishak. (1995), Pendidikan Islam dan Pengaruhnya di Malaysia. Kuala Lumpur:Dewan

Bahasa dan Pustaka, m.s. 4.

21

ialah satu proses bagi mengatur dan menambah ilmu pengetahuan yang

dimiliki supaya dapat hidup dengan lebih selamat.29

Ducasse pula mentakrifkan pendidikan sebagai satu proses mendidik

iaitu memimpin keluar atau membawa keluar. Pendidikan ini berlaku

melalui tunjuk ajar, latihan dan indoktrinasi. Di sini, beliau lebih

mementingkan kaedah-kaedah mengajar yang bersifat tradisional

seperti tunjuk ajar, latihan dan kaedah-kaedah mengajar yang berkaitan

dengan proses indoktrinasi.30

1.7.4 Pendidikan Islam

Pendidikan Islam merupakan satu proses untuk mengembangkan

segala potensi manusia sama ada dari aspek rohani, jasmani, akal,

perasaan mahupun kemasyarakatan berdasarkan ajaran Islam. Para

sarjana Islam telah mengemukakan pelbagai definisi berhubung

dengan pengertian Pendidikan Islam. Antara sarjana Islam yang

memberi definisi Pendidikan Islam:31

1. Miqdad Yalchin menyatakan Pendidikan Islam adalah sebagai satu

proses melaksanakan falsafah pendidikan Islam dan merealisasikan

hasilnya dalam bidang pembinaan, pembentukan, dan pemasyarakatan

seseorang selaras dengan keperibadian yang digariskan oleh falsafah

Islam.

2. Al-Qardhawi mendefinisikan pendidikan Islam sebagai pendidikan

bagi keseluruhan hidup termasuk akal, hati, rohani, jasmani, akhlak,

dan tingkah laku.

3. Hassan Langgulung menyatakan pendidikan Islam membawa erti

mengubah dan memindahkan nilai-nilai kebudayaan kepada setiap

individu dalam mayarakat melalui pelbagai proses.

4. Al-Tamimi menyatakan pemdidikan Islam sebagai pendidikan

sebenarnya yang mampu memperbaiki kehidupan manusia dan

mewujudkan keseimbangan peribadi seseorang individu.

29 Ibid, m.s. 9. 30 Ibid, m.s. 9. 31Ahmad Mohd Salleh. (2004), Kursus Pendidikan Lepasan Ijazah (KPLI):Pendidikan Islam –

Falsafah, Sejarah dan Kaedah Pengajaran Pembelajaran, Edisi Semakan, Shah Alam:Oxford Fajar

Sdn.Bhd., m.s. 8.

22

5. Khurshid Ahmad menyatakan pendidikan adalah sebagai sautau latihan

„aqliah, jasmaniah, dan rohaniah bagi melahirkan manusia yang

berkebudayaan tinggi, yang sanggup melaksanakan tanggungjawab

sebagai insan yang baik dan warganegara yang berguna.32

Pendidikan menurut Abdul Halim El-Muhammady dipetik daripada

Mohd Yusof Ahmad menyatakan pendidikan Islam sebagai berikut:33

Pendidikan Islam ialah proses mendidik dan melatih akal, jasmani, rohani dan emosi manusia berasaskan sumber

wahyu, al-Quran dan Sunnah, pengalaman Salaf al-Salih

serta ilmuan muktabar, untuk melahirkan insan salih yang mampu memikul tanggungjawab khalifah yang

dipertanggungjawabkan oleh Allah s.w.t. ke atas manusia

supaya mengimarahkan alam ini untuk kebahagiaan hidupnya di dunia dan akhirat.

Sementara itu, dalam definisi lain Abdul Halim Hj Mat Diah

menyatakan bahawa:34

Pendidikan Islam ialah proses yang dilalui oleh anak didik

dengan bimbingan yang dilakukan secara sengaja oleh pendidik untuk mencapai tujuan membentuk manusia

muslim berdasarkan ajaran Islam.

Satu lagi definisi Pendidikan Islam ialah diberi oleh Burlian Somad:

Pendidikan Islam ialah aktiviti atau kegiatan yang

bertujuan membentuk individu menjadi seorang yang mempunyai personaliti yang baik dan bernilai tinggi

menurut kaca mata Islam. Pendidikan Islam juga

membentuk perasaan anak didik menjadi halus dan tajam sehingga mampu mencintai Allah yang ghaib serta merasa

sangat takut mendapat azab Allah, merasa

bertanggungjawab untuk mengangkat darjah hidup kaum

melarat dan anak-anak yatim, serta perasaan bertanggungjawab untuk membela agama Allah dengan

rela mengorbankan apa sahaja yang dimiliki untuk

keperluan perjuangan kerana Allah.35

32 Hj Abdullah Ishak. (1995), Pendidikan Islam dan Pengaruhnya di Malaysia, Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka, m.s. 12. 33 Mohd Yusuf Ahmad. (2003), Pengajian Islam, Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya, m.s. 96. 34 Ibid., m.s. 96. 35 Ibid., m.s. 97.

23

Jelaslah di sini, bahawa Pendidikan Islam adalah satu proses untuk mendidik

dan melatih akal, jasmani, dan rohani manusia berasaskan nilai-nilai Islamiah

yang bersumberkan wahyu al-Quran dan as-Sunnah untuk melahirkan seorang

insan yang bertaqwa dan dapat mengabdikan diri semata-mata kepada Allah.

Ini menunjukkan bahawa Pendidikan Islam dalah satu-satunya mata pelajaran

yang mempunyai hubungan yang erat dengan Pencipta ( Allah S.W.T ).

1.8 Kesimpulan

Pendidikan Islam di sini dapat disimpulkan sebagai satu proses untuk

membentuk serta mengembangkan segala potensi manusia sama ada dari

aspek rohani, jasmani, akal, perasaan mahupun kemasyarakatan. Pembentukan

dan perkembangan tersebut tidak dapat dijayakan kecuali dengan menerusi

institusi-institusi sama ada yang berbentuk formal atau tidak formal, pengajar

dan pelajar, kurikulum serta kaedah-kaedah pengajarannya.

Dapatlah disimpulkan di sini bahawa konsep pendidikan diertikan

sebagai mendidik, melatih, atau membentuk keperihalan individu dari segi

jasmani, akal, perasaan, kecenderungan supaya insan itu dapat menyesuaikan

diri dengan situasi-situasi masyarakat dan kebudayaan bagi mencapai satu

kebahagiaan hidup. Manakala Pendidikan Islam pula ialah satu proses

mendidik, membentuk, serta melatih individu dalam pelbagai aspek sama ada

jasmani, rohani, akal, perasaan, akhlak dan kesedaran sosial bagi melahirkan

manusia yang sempurna; beriman, bertaqwa, berakhlak mulia, sihat tubuh

badan, berilmu dan berkemahiran dalam sesuatu kerjaya. Dalam hal ini,

Pendidikan Islam dapat melahirkan manusia yang baik dan bertanggungjawab

terhadap diri, keluarga dan masyarakat bagi mencapai kebahagiaan hakiki

dalam kehidupan di dunia dan di akhirat.36

Apabila dilihat semula maksud pendidikan dan Pendidikan Islam

sebenarnya pendidikan ini adalah satu proses membentuk, melatih,

mengembangkan potensi seseorang individu dan juga untuk memimpin

36 Hj Abdullah Ishak. (1995), Pendidikan Islam dan Pengaruhnya di Malaysia. Kuala Lumpur:Dewan

Bahasa dan Pustaka, m.s. 16.

24

manusia ke arah hidup yang lebih teratur. Pendidikan boleh berlaku secara

formal atau tidak formal iaitu dilakukan oleh ibu bapa sendiri ataupun oleh

institusi-insitusi tertentu. Dalam hal ini, jelas membuktikan bahawa

Pendidikan Islam adalah satu proses mendidik dan membimbing seseorang

insan mengenali Tuhannya dan mengetahui tugasnya sebagai khalifah atas

muka bumi ini. Seterusnya insan tadi dapat menjalankan tanggungjawabnya

terhadap segala tugasan dan amanah yang telah dipertanggungjawabkan

dengan sebaik mungkin.

25

BAB DUA

KAJIAN LITERATUR

2.0 Pengenalan

Matlamat pendidikan Islam ialah membina sahsiah individu supaya menjadi

insan yang sempurna yang menunaikan tanggungjawab sebagai hamba dan

sebagai makhluk yang diamanahkan untuk menjaga kestabilan dan

kemakmuran alam ini. Bagi mencapai matlamat itu Islam mempunyai falsafah

pendidikan tersendiri dari segi aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran

dan hubungan guru dengan murid, hubungan guru dengan rumahtangga murid,

malah mengenai sahsiah guru itu sendiri sebagai pendidik. Sarjana-sarjana

Islam dari zaman ke zaman memberi panduan asas dan panduan sampingan

dalam melaksanakan kegiatan pendidikan dan kegiatan ilmu.37

Pendidikan

Islam dari segi falsafahnya bukan sahaja sekadar untuk memperlihatkan

kesempurnaan Islam sebagai satu system hidup yang syumul (sempurna dan

lengkap) tetapi juga untuk menzahirkan amalan hidup sebenar sebagai seorang

muslim yang ada penghayatan sepenuhnya sebagai hamba Allah di muka bumi

ini.38

2.1 Falsafah Pendidikan Islam

Falsafah merupakan komponen yang paling utama dan tertinggi di dalam

pendidikan, kerana sikap manusia yang ingin dilahirkan adalah bergantung

pada falsafah yang disalurkan melalui pendidikan. Pendidikan diertikan oleh

cendekiawan sebagai pemindahan nilai-nilai dari generasi ke generasi, sama

ada ilmu atau kemahiran, sedangkan nilai-nilai itu ditentukan oleh falsafah

yang disogokkan melalui system pendidikan. Oleh itu, falsafah yang

berteraskan kebendaan akan melahirkan masyarakat yang bersikap kebendaan

yang mampu membangunkan kebendaan bagi keseronokan hidup di dunia.

Bagi mereka, dunia ini merupakan matlamat, seperti yang dinyatakan dalam

al-Quran:

37

Ismail Ab.Rahman. (1993), Pendidikan Islam Malaysia, Cetakan Kedua, Bangi:Universiti

Kebangsaan Malaysia, m.s: 34. 38

Ghazali Darusalam. (2004), Pedagogi Pendidikan Islam, Kuala Lumpur:Utusan Publications &

Distributors Sdn.Bhd, m.s 176.

26

Surah al-Jathirah: 24

Maksudnya: Dan mereka berkata; tiadalah hidup yang lain selain hidup kita

di dunia ini. kita mati dan kita hidup (silih berganti) dan tiadalah yang

membinasakan kita melainkan edaran zaman, pada hal mereka tidak

mempunyai sebarang pengetahuan tentang hal itu, mereka hanyalah menurut

sangkaan semata-mata.

Falsafah Pendidikan Islam berusaha melahirkan individu yang soleh,

seterusnya melahirkan warganegara yang beriman dan beramal soleh. Ia juga

berusaha ke arah melahirkan insan yang mempunyai keseimbangan dari segi

kebendaan dan rohani. Oleh itu, falsafah pendidikan berfungsi menilai

pendidikan, menyelaras dan menganalisis permasalahan dan isunya dalam

kehidupan. Ia mencakupi pembahasan, pemahaman yang berbeza dan

menjelaskan makna istilah yang digunakan dalam pendidikan. Turki Rabib

menyatakan bahawa Falsafah Pendidikan Islam dibina berasaskan empat

rukun iaitu:

1) Iman yang teguh kepada Allah dan Rasul-Nya, malaikat-Nya,

syurga-Nya, neraka-Nya dan hari kebangkitan.

2) Akhlak yang baik dan mulia.

3) Berilmu dalam erti yang menyeluruh.

4) Amal soleh di dunia dan akhirat.

Pendidikan Islam adalah suatu usaha berterusan untuk

menyampaikan ilmu, kemahiran dan penghayatan Islam berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah bagi membentuk sikap, kemahiran,

keperibadian dan pandangan hidup sebagai hamba Allah yang

mempunyai tanggungjawab untuk membangun diri, masyarakat, alam sekitar dan negarake arah mencapai kebaikkan di dunia dan

kesejahteraan abadi di akhirat.

Bahagian Kurikulum JAPIM, 2002

Jika diperincikan intipati Falsafah Pendidikan Islam ia membawa

maksud: satu usaha yang berterusan dalam menyampaikan ilmu, membentuk

kemahiran dan memupuk penghayatan Islam berdasarkan al-Quran dan as-

Sunnah sepanjang hayat. Ia bermatlamat melahirkan insane yang berilmu,

berkeperibadian mulia, berkemahiran dan bersikap positif untuk

27

membangunkan diri, masyarakat, alam sekitardan negara ke arah mencapai

kebaikan di dunia dan akhirat.39

Falsafah Pendidikan Islam ini secara jelas menjurus pembangunan

dalam empat aspek yang utama:

1. Menjadikan al-Quran dan as-Sunnah sebagai dasar dan pembelajaran

seumur hidup bagi mendapat ilmu, kemahiran dan penghayatan.

2. Membentuk umat Islam menjadi hamba Allah S.W.T. yang mahir,

keperibadian tinggi serta mempunyai pandangan semesta yang selari

dengan ajaran Islam.

3. Membentuk umat Islam yang bertanggungjawab kepada diri, masyarakat

daan alam sekitar.

4. Membentuk insan soleh sehingga mencapai kejayaan dalam kehidupan di

dunia dan akhirat.40

2.2 Dasar-dasar Pendidikan Islam

Hassan Langgulung menyatakan bahawa perkara yang menjadi dasar dalam

Pendidikan Islam ialah keesaan Tuhan, kepercayaan kepada pesuruh-pesuruh

yang diangkat oleh Tuhan antara bangsa di dunia ini, kepercayaan kepada

wahyu-wahyu Tuhan kepada nabi-nabi, manusia semulajadi tidak berdosa dan

mempunyai potensi yang tidak terbatas dalam perkembangan moral dan

kerohanian, setiap orang bertanggungjawab terhadap tindakannya sendiri,

kehidupan sesudah mati dan persamaan dan persaudaraan sejagat antara semua

umat Islam.

Perkara-perkara ini telah tertulis di dalam al-Quran yang telah diakui

keasliannya. Setiap orang mesti mempercayai perkara-perkara ini sebelum dia

disebut beriman. Ini adalah kerana perkara 1-6 merupakan Rukun Iman.

Manakala perkara 7 pula merupakan kesimpulan kepada 1-6 tadi, iaitu hasil

fahaman dan persaudaraan dalam kalangan umat Islam di mana sahaja mereka

39

Ghazali Darusalam. (2004), Pedagogi Pendidikan Islam, Kuala Lumpur:Utusan Publications &

Distributors Sdn.Bhd, m.s 175. 40Kamarul Azmi Jasni dan Ab. Halim Tamuri. ( 2007), Pendidikan Islam Kaedah Pengajaran &

Pembelajaran, Edisi Pertama, Johor:Universiti Teknologi Malaysia, m.s 24.

28

berada. Yang membezakan di antara seorang dengan seorang yang lain ialaha

tahap ketakwaan mereka kepada Allah S.W.T.

Jika dihalusi secara umumnya kandungan Dasar Pendidikan Islam

ialah untuk melahirkan insan soleh yang kamil, beriman, berilmu, beramal dan

berakhlak. Itulah matlamat dan falsafah pendidikan Islam sesuai dengan

konsep ad-din itu sendiri.41

2.3 Matlamat Pendidikan Islam

Dari huraian di atas dapatlah dikatakan bahawa matlamat Pendidikan Islam

ialah untuk mewujudkan perkembangan yang seimbang di dalam diri individu

dengan nilai-nilai keislaman. Dalam pendidikan Islam, keadaan keseimbangan

ini dapat diwujudkan dengan akal fikiran. Pemaduan sperti ini menghasilkan

seorang individu yang beriman, berpengetahuan, berakhlak tinggi dan beramal

salih. Ini seterusnya akan menghasilkan suatu masyarakat yang hidup dengan

harmoni, menghormati dan bekerjasama di antara satu sama lain.42

Di samping itu, jika dilihat secara amnya tujuan atau pendidikan Islam

ini ialah merupakan prinsip-prinsip pendidikan yang berdasarkan Dinul Islam

(al-Quran dan as-Sunnah) bagi membentuk akidah, sikap kemahiran

kepribadian dan pandangan hidup sebagai hamba Allah yang mempunyai

tanggungjawab untuk membangunkan diri, masyarakat, alam sekitar dan

negara kea rah mencapai kebaikan (al-falah) di dunia dan kesejahteraan abadi

serta mendapat keredhaan Allah di akhirat. Hassan Langgulung telah

menjelaskan bahawa segala usaha untuk membentuk watak manusia sebagai

khalifah di bumi adalah pendidikan menurut pandangan Islam. Kelayakan

manusia sehingga ia dilantik khalifah adalah kerana ia mempunyai beberapa

ciri istimewa seperti:

1. Fitrah: semulajadi manusia yang baik bersih daripada dosa.

2. Roh: unsur-unsur yang membezakannya daripada makhluk lain.

41

Ghazali Darusalam. (2004), Pedagogi Pendidikan Islam, Kuala Lumpur:Utusan Publications &

Distributors Sdn.Bhd, m.s 176. 42

Abdul Rahman Md Aroff dan Zakaria Kasa. (1988), Falsafah dan Konsep Pendidikan, Cetakan

Kedua, Selangor:Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd., m.s 56-57.

29

3. Kebebasan kemahuan: dapat menerima dengan kemahuan sendiri dan

amanah yang tidak dapat dilaksanakan oleh makhluk lain.

4. Akal: membolehkannya membuat pilihan sama ada betul atau salah.43

Ada pendapat mengatakan bahawa pendidikan Islam hanya tertumpu

kepada kerohanian semata-mata. Pendapat seperti ini adalah salah kerana Islam

tidak menghalang umatnya mempelajari bidang-bidang ilmu atau pengetahuan

yang lain. Malah kedua-duanya saling berguna untuk yang lain.44

Sebaliknya

pendidikan Islam sebenarnya mempunyai peranan penting untuk memberi

pengisian dalam melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,

rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepada kepatuhan dan kepercayaan

kepada Tuhan.45

Pendidikan dalam Islam mempunyai kedudukan yang suci dan penting

sekali. Ia menjadi bahagian yang tidak dapat dipisahkan dari Islam dan merupakan

satu ibadat yang besar. Kedudukan dan kepentingan pendidikan itu amat jelas

apabila kita meneliti ayat al-Quran yang pertama diturunkan. Ia tidak dimulai

dengan perintah yang berhubung dengan perkara lain seperti ibadat, tetapi

dimulakan dengan perkara lain seperti ibadat, tetapi dimulakan dengan perintah

yang berhubung dengan pendidikan.

Falsafah pendidikan Islam dibina berasaskan kepada dasar dan nilai roh al-

Quran berdasarkan kepada empat rukun iaitu:

1. Iman yang teguh kepada Allah dan Rasulnya, malaikatnya, syurga,

neraka dan Hari Kebangkitan.

2. Akhlak yang baik dan mulia.

3. Berilmu dengan erti yang menyeluruh mengenai ilmu dunia dan

akhirat.

43

Ahmad Mohd Salleh. (2004), Kursus Pendidikan Lepasan Ijazah (KPLI):Pendidikan Islam –

Falsafah, Sejarah dan Kaedah Pengajaran Pembelajaran, Edisi Semakan, Selangor:Oxford Fajar Sdn.

Bhd., m.s 4-5. 44 Abdul Rahman Md Raof, Zakaria Kasa. (1988), Falsafah dan Konsep Pendididkan Islam, Cetakan

Kedua, Selangor:Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd., m.s 57. 45 Kamarul Azmi, Ab.HalimTamuri. (2007), Pendidikan Islam Kaedah Pengajaran & Pembelajaran,

Edisi Pertama, Johor Bharu:Universiti Teknologi Malaysia, m.s 24.

30

4. Amal salih di dunia dan akhirat.46

Firman Allah S.W.T mafhumnya:

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan

mengerjakan amal salih, mereka dibimbing oleh Tuhan

mereka kerana keimanannya, di bawah mereka mengalir

sungai-sungai di dalam syurga yang penuh kenikmatan”.

(Surah Yunus: ayat 9)

Falsafah merupakan komponen yang paling utama dan tertinggi di

dalam pendidikan, kerana bentuk manusia yang ingin dilahirkan adalah

bergantung kepada falsafah yang disalurkan melalui pendidikan. Pendidikan

diertikan oleh cendekiawan sebagai pemindahan nilai-nilai dari generasi ke

generasi sama ada ilmu atau kemahiran, sedangkan nilai-nilai itu adalah

ditentukan oleh falsafahnya yang disogokkan melalui sistem pendidikan.

Tujuan tertinggi pendidikan dalam Islam adalah untuk membina

individu yang akan bertindak sebagai khalifah atau sekurang-kurangnya

menempatkannya di suatu tahap menuju ke arah tujuan tersebut. Dalam

konteks ini, Haron Din dan rakan-rakan menyatakan „Manusia sebagai

khalifah adalah berkewajipan untuk memikul amanah yang telah diberikan

oleh Allah S.W.T. Sifat khalifah yang digelarkan kepada makhluk yang

bernama insan yang sesuai dengan amanah yang diterima untuk

dilaksanakannya‟.47

Khurshid Ahmad menyatakan pendidikan menurut pandangan Islam

mestilah dapat melahirkan manusia yang mempunyai pendirian serta

keyakinan yang kukuh terhadap idealisme Islam. Ia harus membentuk dalam

dirinya satu „pendidikan Islamiyah‟ supaya ia dapat mengukir jalan hidup di

bawah prinsip sinar cahaya Islam.48

Falsafah pendidikan Islam berusaha

46 Prof.Madya Dr. Abd. Halim El-Muhammady. (1994), Persatuan Bekas Mahasiswa Islam Timur

Tengah Pendidikan Islam Peranannya Dalam Pembangunan Ummah, Kuala Lumpur: Budaya Ilmu

Sdn Bhd., m.s 71. 47Ahmad Mohd Salleh. (2004). Kursus Pendidikan Lepasan Ijazah (KPLI):Pendidikan Islam – Falsafah, Sejarah dan Kaedah Pengajaran Pembelajaran. Edisi semakan, Shah Alam: Oxford Fajar

Sdn.Bhd., m.s 5. 48 Abdul Rahman Md Raof, Zakaria Kasa. (1988), Falsafah dan Konsep Pendididkan Islam, Cetakan

Kedua Selangor: Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd., m.s 58.

31

melahirkan individu yang salih, masyarakat yang salih, dan seterusnya

melahirkan warganegara yang beriman dan beramal salih. Ianya juga berusaha

ke arah melahirkan insan yang mempunyai keseimbangan dari segi kebendaan

dan rohani. Oleh hal yang demikian, insan yang dididik berasaskan falsafah

pendidikan Islam akan bersifat dengan sifat-sifat takwa, iffah, ikhlas dan benar

dalam percakapan, amanah dalam pekerjaan, istikamah di dalam tingkah laku,

seterusnya dihiasi dengan sifat-sifat kemanusiaan yang tinggi seperti belas

kasihan, keadilan, membuat baik kepada jiran, menolong orang-orang yang

lemah, menghormati hak-hak manusia seterusnya berusaha ke arah melahirkan

insan yang berkeperibadian tinggi.49

2.4 Perkembangan Pendidikan Islam Di Malaysia

2.4.1 Pendidikan Islam Awal di Tanah Melayu

Kedatangan agama Islam ke Tanah Melayu berhubung rapat dengan

kedatangannya ke Nusantara, kerana Tanah Melayu merupakan satu daerah

yang termasuk dalam pengistilahan Nusantara. Wan Hussain Azmi

menyatakan kedatangan agama Islam ke alam Melayu berlaku di sekitar tahun

630 Masihi iaitu pada zaman hayat Rasulullah atau di pertengahan abad ke-7

Masihi yang dibawa oleh saudagar Arab dengan alasan bahawa hubungan

perdagangan antara saudagar Arab dengan Nusantara telah pun berlaku

sebelum itu. Dengan semangat dakwah Islamiah yang membara dan memikul

tanggungjawab sebagai umat Islam, saudagar-saudagar tersebut tidak

ketinggalan memperkenalkan Islam di rantau ini.

Jika ditinjau sejarah kedatangan Islam ke Nusantara amnya dan ke

Tanah Melayu khasnya, ahli-ahli sejarah berselisih pendapat tentang tarikh

yang tepat kedatangannya. Begitu juga tentang daerah di Tanah Melayu yang

mula-mula didatangi atau menerima agama Islam. Pedagang dan pengembara

Arab yang menjelajah ke Barat dan ke Timur dunia juga ialah pendakwah

yang besar peranannya dalam perkembangan pendidikan Islam. Antara kurun

49 Prof. Madya Dr.Abd. Halim El-Muhammady. (1994), Persatuan Bekas Mahasiswa Islam Timur

Tengah Pendidikan Islam Peranannya Dalam Pembangunan Ummah, Kuala Lumpur:Budaya Ilmu Sdn

Bhd., m.s 73.

32

ke-10 hingga ke-15 Masihi, pedagang dan pengembara Arab telah ramai

sampai di Kepulauan Melayu. Bertolak dari sinilah pendidikan Islam mula

mencatatkan sejarahnya di Tanah Melayu.

Berdasarkan kenyataan yang disebutkan dalam dokumen Sejarah

Melayu dan Hikayat Abdullah, dapat difahami bahawa perkembangan

pendidikan islam di Semenanjung Tanah Melayu telah bermula sejak abad ke-

15 lagi. Dapat juga difahami bahawa sejak mula diperkenalkan, pendidikan

tersebut telah terus berkembang. Kajian yang dibuat setakat ini telah

menunjukkan bahawa pendidikan Islam di negara ini bermula dari rumah

imam atau guru, kemudian berkembang menjadi pondok, selepas itu menjadi

madrasah dan akhirnya menjadi sekolah-sekolah agama.50

2.4.2 Sistem Sekular

Setelah merdeka, sekolah-sekolah agama atau madrasah (sesetengahnya

terkenal dengan panggilan sekolah Arab) menghadapi satu cabaran yang

belum pernah berlaku dalam sejarah perkembangannya di Semenanjung Tanah

Melayu, iaitu kelahiran dasar pelajaran kerajaan Malaysia yang sekular,

mengakibatkan akhirnya sekolah-sekolah agama atau madrasah menjadi

lumpuh. Ini kerana dasar pelajaran kerajaan (Penyata Razak 1956 dan Penyata

Abdul Rahman Talib 1960) memberi gambaran yang amat berbeza dari segi

prospektif dan sistem pelajaran madrasah, iaitu jaminan ekonomi lebih jelas

bagi para pelajar yang lulus daripada sekolah kerajaan.

Oleh sebab rakyat Malaysia menyedari bahawa ekonomi merupakan

satu daripada faktor asas dalam kehidupan manusia, maka tidak hairanlah jika

ibu bapa lebih banyak dan tertarik menghantar anak-anak mereka ke sekolah-

sekolah kerajaan. Sekolah-sekolah agama atau madrasah menjadi lumpuh

kerana dua faktor utama iaitu kekurangan pelajar dan sumber kewangan.

Dalam peringkat inilah kerajaan mendapat peluang untuk campur tangan

50 Ahmad Mohd Salleh. (2004), Kursus Pendidikan Lepasan Ijazah (KPLI):Pendidikan Islam –

Falsafah, Sejarah dan Kaedah Pengajaran Pembelajaran. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn.Bhd., m.s 47-

48.

33

dengan mengambil alih sekolah-sekolah agama atau madrasah yang lumpuh

itu dengan mengubah suai kurikulumnya kepada yang lebih selari Dasar

Kerajaan Malaysia.51

2.4.3 Zaman Penjajahan

Tanah Melayu telah mengalami dimensi penjajahan asing yang bukan sahaja

melibatkan kekerasan politik, stratifikasi sosial, keagamaan bahkan

melibatkan system pendidikan. Faisal Osman menjelaskan, dalam konteks

pendidikan Islam, kedatangan penjajah telah mengubah arah sistem

pendidikan kepada Dualism system of education (sistem keduaan dalam

pendidikan). Kedatangan Portugis, Belanda, Inggeris dan Jepun masing-

masing mengetengahkan sistem pndidikan mereka sehingga meninggalkan

kesan terhadap pendidikan Islam yang telah wujud sejak zaman kerajaan

Melayu Melaka.

Sebagai contohnya pada zaman penjajahan Inggeris, sistem pendidikan

di Tanah Melayu tidak teratur dan tidak bersifat kebangsaan. Prof. Rahimah

Ahmad terdapat pelbagai jenis sistem persekolahan yang bermodelkan kepada

sistem sekolah gramar di England (sekolah Inggeris yang ditadbirkan oleh

mubaligh Kristian). Sekolah Melayu pula diproduk oleh British berpandukan

kepada sistem gramar di atas dengan sedikit pengubahsuaian iaitu bahasa

Melayu dijadikan bahasa penghantarnya.

Sekolah Melayu yang ditaja oleh para missioraris bermatlamatkan

sekular menghasilkan petani dan nelayan yang boleh mengenal angka dan

huruf, manakala sekolah Cina berorientasikan negeri China dan fahaman

kecinaan, begitu juga sekolah Tamil yang disediakan untuk buruh estet. Pada

masa yang sama juga wujud sekolah pondok yang bertujuan untuk melahirkan

imam-imam dan ulama-ulama. Para pengkritik sejarawan menganggap

kedatangan penjajah bertanggungjawab melahirkan sistem dualisme dengan

melaksanakan sistem pendidikan sekular. Mereka melalui sekolah-sekolah

51 Ibid, m.s 53.

34

mubaligh manakala pihak yang lain daripada ulama-ulama Islam

melaksanakan sistem pendidikan agama melalui institusi pondok.

Sepanjang zaman penjajah, sistem pendidikan Islam di Tanah Melayu

sentiasa mengalami konflik dengan pendidikan missiorary, pelbagai isu

kontroversi dan prejudis sentiasa memecahkan masayrakat Melayu antara

akidah dan budaya hidup yang tulen. Pertelagahan ini timbul dalam masalah

menyediakan tenaga professional, teknokrat dan ulama sehingga mewujudkan

satu pertembungan “dualisame” pendidikan antara agama dan dunia. Zaman

penjajahan ialah zaman yang paling gelap kepada sistem pendidikan negara

kita. Kegelapan pendidikan pada ketika itu bukan sahaja tiadanya sistem

pendidikan kebangsaan tetapi apa yang lebih ketara ialah usaha penjajah untuk

melemahkan sistem pendidikan yang telah dibangunkan oleh bumiputera.

Melalui dasar „pecah dan perintah‟ British berjaya mengasingkan proses

pendidikan mengikut kaum.

Sebelum zaman kedatangan kolonial sistem pendidikan Islam di Tanah

Melayu telah mantap dari segi sifatnya, sukatan pelajaran dan institusinya.

Termasuklah para guru dan pelajar. Sekalipun tulisan jawi menjadi dasar dan

bahasa pengantar, namun British masih lagi menganggap orang Melayu yang

belajar di sekolah agama buta huruf (kerana tidak menggunakan tulisan rumi).

Sedangkan pada masa itu orang Melayu telah menggunakan tulisan jawi.

Kedatangan penjajah (Belanda, Portugis dan Inggeris) serta penjajah timur

seperti Jepun telah menganggu corak pendidikan Islam di Tanah Melayu.

Penampilan pendidikan sekular barat dan pendidikan Jepun telah memaksa

masyarakat Melayu khasnya pendidikan Islam menerima pengaruh-pengaruh

luar yang tidak selaras dengan akidah dan keilmuan Islam. Ketidakselarasan

ini ekoran pendidikan sekular bermotifkan missionarism yang terbukti melalui

para gurunya yang terdiri daraipada Reverand.

Selain itu, beberapa buah sekolah tajaan missionary seperti Penang

Free School telah menjadi saingan dan tamparan hebat terhadap institusi

pendidikan Islam di Tanah Melayu. Proses sekularisasi pendidikan anak-anak

Melayu terus berjalan dengan pesat dan terancang kerana penjajah barat

35

membuat tanggapan bahawa rakyat Tanah Melayu perlu „dirumikan‟ dari segi

ilmu dan cara hidup seluruhnya, sehinggakan pelajaran agama Islam di

sekolah-sekolah mission dan sekolah-sekolah Melayu telah dijadikan hanya

sebahagian atau sampingan sahaja dan diajar di sebelah petang.

Pendidikan Islam dan institusi pendidikin agama begitu ketara

diketepikan apabila sekolah Melayu didirikan hanya untuk golongan elit agar

rangkaian kepimpinan Melayu dapat lahir daripada yang berpendidikan barat.

Dari sinilah timbulnya konflik pendidikan masyarakat Melayu yang

membahagikan pendidikan kepada sekular dan agama. Pemisahan kepada dua

golongan ini telah membahagikan masyarakat Melayu kepada dua stratifikasi

sosial. Pendidikan sekular pada zaman penjajah melahirkan golongan

nasionalis Melayu. Guru-guru agama yang dipandang kolot oleh penjajah telah

bangun melancarkan revolusi mental dalam kalangan masyarakat Melayu.

Institusi pendidikan Islam telah dijadikan pusat gerakan penentangan. Media

massa digerakkan bagi menghalau penjajah yang bukan sahaja mengaut

ekonomi negara bahkan merampas kuasa politik, pendidikan, merosakkan

stratifikasi sosial, adat dan agama sehinggalah Tanah Melayu mencapai

kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.52

2.4.4 Zaman Selepas Merdeka

Selepas merdeka kerajaan Tanah Melayu telah merancang untuk membina

kembali corak pendidikan negara yang telah diruntukan oleh penjajah. Antara

pelbagai lapangan yang ingin diperbaiki pada zaman selepas merdeka ialah

pendidikan. Antara lain resolusi pendidikan yang akan dibentuk ialah

menubuhkan satu system pendidikan kebangsaan. Semua pelajar tanpa

mengira kaum akan belajar dengan menggunakan kurikulum dan bahasa yang

sama. Matlamat utama ialah untuk membentuk rakyat yang taat setia dan

bersatu padu.53

52

Ghazali Darusalam. (2004), Pedagogi Pendidikan Islam, Kuala Lumpur:Utusan Publications &

Distributors Sdn Bhd, m.s 101-104. 53 Ibid., m.s 104.

36

Menurut Zainal Abidin Abdul Kadir, pendidikan Islam telah berjalan

di bawah zaman penjajahan selama 400 tahun sehinggalah wujudnya Penyata

Razak 1956 dan penyata rahman Talib 1960. Dalam kedua-dua penyata

tersebut, pendidikan Islam telah dibicarakan untuk diletakkan „bersama‟ di

dalam Sistem pendidikan Kebangsaan. Akta Pelajaran 1961 telah

memasukkan mata pelajaran Agama Islam di dalam jadual waktu dengan

peruntukan masa belajarnya sebanyak 120 minit seminggu.

Hasil daripada Pendidikan Islam (Pengetahuan Agama Islam) dalam

Dasar Pendidikan Negara telah mewujudkan satu golongan pelajar (akhir

tahun 1960-an dan awal 1970-an) yang telah menuntut agar masa untuk

pelajaran agama Islam ditambah dan pendidikan Islam perlu diajar di maktab-

maktab perguruan. Pelajaran Agama Islam/Tamadun Islam juga perlu diajar di

pusat pengajian tinggi. Universiti Islam hendaklah diwujudkan dan mata

pelajaran Agama Islam wajib diambil dalam peperiksaan awam.54

Suara-suara

dan memorandum dibuat melalui beberapa saluran seperti Persatuan Pelajar-

Pelajar Timur Tengah, ABIM dan kegiatan-kegiatan politik. Hasrat untuk

meletakkan pendidikan Islam pada tempat yang asal dalam masyarakat

Melayu semakin bersemarak, malah dijelmakan dalam bentuk tindakan

„tunjuk perasaan‟ di hadapan pintu menara gading.

Akhirnya pada penghujung tahun 1970-an dan awal 1980-an tuntutan-

tuntutan itu menjadi kenyataan dan dilaksanakan secara berperingkat-

peringkat. Hal ini dapat dibuktikan melalui tertubuhnya Sekolah Menengah

Kebangsaan Agama (SMKA) 1979, Fakulti Pengajian Islam di UKM 1979,

maktab perguruan Islam 1975, dan pertambahan masa mata pelajaran agama

Islam ditambah dari 120 minit seminggu kepada 240 minit seminggu pada

tahun 1988.

Terdirinya Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA)

menyebabkan wujudnya kelas aliran agama di sekolah-sekolah rendah dan

54

Ahmad Mohd Salleh. (2004), Kursus Pendidikan Lepasan Ijazah (KPLI): Pendidikan Islam –

Falsafah, Sejarah dan Kaedah Pengajaran Pembelajaran. Edisi Semakan, Shah Alam:Oxford Fajar

Sdn.Bhd., m.s 54.

37

menengah. Mata pelajaran elektif pengajian Islam dijadikan bidang pengajian

di kampus universiti. Mata pelajaran agama Islam tinggi seperti usuluddin,

syariah dan bahasa Arab diperkenalkan. Ini membuktikan sistem pendidikan

kebangsaan telah mendukung pendidikan Islam. Institusi pondok masih

dipertahankan untuk menjaga keilmuan Islam dalam memenuhi tuntutan

masyarakat tempatan. Begitu pertumbuhan institusi pendidikan agama yang

lainnya seperti sekolah agama (Arab) diteruskan dengan tujuan menyediakan

keperluan-keperluan negara dalam keagamaan. Antara lain pentadbiran

sekolah agama (Arab) dikendalikan oleh:

1. Jabatan Agama Islam Negeri

2. Majlis Agama Islam Negeri

3. Persendirian

4. Kerajaan Pusat (Persekutuan)

5. Lembaga

6. Sekolah Rakyat55

Akhir tahun 1980-an merupakan tahun-tahun reformasi dan

penjelmaan kembali pendidikan Islam dalam Sistem Pendidikan Negara.

Falsafah Pendidikan Negara (FPN) dengan berani telah menjadikan

„kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan‟ sebagai tersa dan dasar

penjurusan segala aktiviti pendidikan. Malahan tidak keterlaluan jika FPN

telah mendokong cita-cita dan hasrat Falsafah pendidikan Islam. FPN telah

meletakkan „pembinaan insane seimbang‟ dari segi intelek, emosi, rohani dan

jasmani ke arah melahirkan insan yang bersepadu yang tunduk dan patuh

kepada Tuhan.

Bertitik tolak dari FPN, keseluruhan struktur Kurikulum Pendidikan

Kebangsaan telah diubahsuai agar setiap mata pelajaran sama-sama

mendokong cita-cita FPN dengan merapkan nilai-nilai murni sejagat (yang

mana keseluruhan nilai-nilai tersebut adalah nilai atau ajaran Islam). Malahan

dari segi pendekatan pengajarannya, terdapat beberapa mata pelajaran (Sains

55 Ghazali Darusalam. (2004), Pedagogi Pendidikan Islam, Kuala Lumpur:Utusan Publications &

Distribution Sdn.Bhd., m.s 106-108.

38

dan Geografi umpamanya) telah diserapkan dengan akidah dan syariat

Islamiah.

Kewujudan dan perkembangan Sekolah Menengah Kebangsaan

Agama (SMKA) kelas aliran agama di sekolah-sekolah menengah kebangsaan

dan wujudnya mata pelajaran elektif seperti Tasawur Islam, al-Quran dan

Sunnah dan Syariah Islamiah di peringkat pengajian menengah atas

(Tingkatan IV dan V) serta mata pelajaran Syariah dan Usuluddin di peringkat

menengah tinggi(Tingkatan VI) membuktikan bahawa Sistem Pendidikan

Kebangsaan telah mendokong pembangunan pendidikan Islam.56

2.5 Kurikulum Mata Pelajaran Pendidikan Islam

Islam merupakan suatu sistem hidup yang quddus, yang boleh menjamin

kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat. Ia merangkumi seluruh sistem

hidup yang berasaskan „aqidah, syari‟at dan akhlak; mengimbangi di antara

moral dengan material bagi mencapai kesempurnaan yang sebenar. Konsep

„aqidah, syari‟at dan akhlak dalam Islam itu sendiri merupakan acuan

pembentuk yang unggul, tetap dan sesuai bagi membentuk sahsiah yang kamil

(sempurna) untuk menghasilkan manusia yang baik dan sempurna dalam

masyarakat. Sifat kesempurnaan itu melayakkan mereka mengabdikan diri

kepada Allah.

Justeru, untuk melahirkan insan yang serba lengkap yang bersifat

intergrasi; mencakupi kesempurnaan rohani, jasmani, akal dan akhlak,

kurikulum yang lengkap adalah diperlukan. Kecemerlangan ilmu dan

pembentukan sahsiah yang baik tidak akan tercapai tanpa kesempurnaan

kurikulumnya. Kurikulum dalam bahasa Arab disebut sebagai manhaj atau

minhaj yang diambil daripada kata dasar nahaja yang beerti mengikut jalan

atau suatu jalan. Oleh itu, kurikulum dapat ditakrifkan sebagai sukatan atau

rancangan pengajaran dan pembelajaran yang mengandungi berbagai-bagai

56 Ahmad Mohd Salleh. (2004), Kursus Pendidikan Lepasan Ijazah (KPLI):Pendidikan Islam –

Falsafah, Sejarah dan Kaedah Pengajaran Pembelajaran. Edisi Semakan, Shah Alam:Oxford Fajar

Sdn.Bhd., m.s 55.

39

jenis-jenis ilmu pengetahuan sama ada bersifat spiritual dan fizikal. Manhaj ini

disusun oleh sebuah badan yang berpengalaman dan berkewibawaan yang

terdiri daripada ilmuan dan cerdik pandai dalam segala bidang, bagi

melahirkan generasi pelajar yang sempurna dan berguna kepada masyarakat.

Hassan Langgulung menegaskan kurikulum ialah sejumlah

pengalaman pendidikan, kebudayaan, sosial, sukan dan kesenian yang

disediakan oleh sekolah untuk murid-murid bagi membantu mereka

mengembangkan dan mengubah tingkah laku mereka supaya sesuai dengan

matlamat pendidikan. Menurut al-Syaibani pula, mendefinisikan kurikulum

(manhaj) sebagai jalan yang terang, dilalui oleh pendidik atau guru pelatih

dengan orang yang dididik atau dilatih bagi mengembangkan pengetahuan,

keterampilan dan sikap mereka.

Menurut al-Nu‟umi, kurikulum atau sukatan pelajaran mengandungi

pengertian yang sama, iaitu perkara yang dipelajari oleh murid-murid dalam

bilik darjah sebagai persediaan untuk memasuki peperiksaan akhir tahun.

Dengan pengertian ini, kurikulum mengandungi pengetahuan atau maklumat

yang diajar kepada murid-murid yang hanya terhad di bilik darjah sahaja.

Segala pengetahuan dan kegiatan di luar bilik darjah tidak termasuk dalam

definisi tersebut. Oleh itu kandungan kurikulum amat mustahak dilengkapi

dengan ilmu pengetahuan yang bersepadu yang bersifat universal, yang terdiri

daripada ilmu-ilmu yang berbentuk teori dan praktis atau ilmu aqliah dan

naqliah. Faktor penting dalama pembentukan kurikulum sama ada dalam

pelajaran agama atau selainnya dilihat dari beberapa sudut tertentu seperti

falsafah sesuatu masyarakat, situasi, diri individu, asas pengetahuan dan

kebolehan.

Menurut al-Nu‟umi, antara faktor yang berkesan dalam pembinaan

kurikulum ialah fitrah manusia, pertumbuhan jasmani dan akal, keluarga,

sekolah, teori pendidikan dan keadaan alam sekitar. Faktor-faktor tersebut

saling kait-mengait dan pengaruh-mempengaruhi. Al-Syaibani pula

menegaskan bahawa asas umum yang menjadi faktor utama dalam

pembentukan kurikulum pendidikan Islam ialah asas keagamaan, falsafah,

40

individu dan masyarakat. Bagi membentuk sesebuah kurikulum supaya lebih

komprehensif dan dinamis, aspek-aspek utama yang perlu ditekankan ialah

tujuan atau matlamat pengajaran, kandungan, kaedah dan penilaian.

Oleh itu, matlamat kurikulum dalam pendidikan Islam untuk

melahirkan individu yang sempurna, sama ada dari segi rohani mahupun

jasmani, mata pelajaran dalam kurikulum itu hendaklah bersifat sepadu.

Dengan kata lain, mata pelajaran dalam kurikulum pendidikan Islam tidaklah

terbatas pada ilmu-ilmu yang berbentuk teori sahaja, baik bersifat naqli

mahupun „aqli, tetapi juga berbentuk praktis, seperti pendidikan jasmani,

latihan ketenteraan, teknik, pertukangan, pertanian dan perniagaan. Kurikulum

yang semata-mata membekalkan pelajaran yang berbentuk spiritual boleh

menyulitkan sesuatu institusi pengajian bagi kelanjutan hidupnya di samping

kesukaran menghadapi cabaran khususnya dari segi pembangunan material.

Justeru, ilmu atau mata pelajaran agama Islam dalam sesebuah

kurikulum, sepatutnya tidak hanya terbatas ilmu-ilmu yang berbentuk teori

sahaja, baik bersifat naqli mahupun „aqli tetapi wajarlah merangkumi ilmu

praktis seperti pendidikan jasmani, latihan ketenteraan dan sebagainya.

Pendidik-pendidik Islam pada zaman silam berpendapat bahawa kurikulum

pendidikan Islam amat perlu dimuatkan dengan praktis di samping ilmu teori

dan spiritual dengan menekankan teknik, pertukangan, pertanian dan

perniagaan. Ibn Sina menegaskan:

“Sekiranya kanak-kanak sudah tamat mempelajari al-Quran dan

telah menghafaz prinsip-prinsip bahasa, maka pada itu hendaklah ditinjau ke manakah anak itu akan dijuruskan kerjaya. Kalau dia

mahu menjadi penulis, hendaklah ditambah dengan pelajaran

bahasa Arab iaitu pelajaran persuratan, pidato dan perdebatan

dan lain-lain lagi kemudian diajar perkiraan (menghitung) syair dan tulisan halus. Kalau dia menginginkan (pekerjaan) yang lain,

maka harus menggandakan pelajaran dalam bidang itu.”

Untuk menghadapi cabaran zaman yang penuh dengan kemajuan dan

pembangunan, lebih-lebih lagi selaras dengan prinsip pembentukan kurikulum

pendidikan Islam yang bersifat sepadu, kurikulum di institusi pendidikan

Islam itu perlu dikaji dan digubal semula. Dalam penggubalannya, penekanan

41

perlu diberi terhadap falsafah dan matlamat pendidikan Islam di samping

memberi perhatian berat terhadap situasi masyarakat dan keadaan diri pelajar-

pelajar sendiri. Oleh sebab matlamat pelajaran dan pendidikan Islam bertujuan

untuk melahirkan individu dan masyarakat Muslim yang bertakwa dan

lengkap dalam semua aspek sama ada jasmani mahupun rohani, moral

mahupun material, kurikulum sepadu yang terdiri daripada ilmu-ilmu teori dan

amali perlu diwujudkan.

Tiap-tiap mata pelajaran, sama ada yang berbentuk teori atau amali

perlulah diserapkan dengan unsur-unsur Islam, untuk menyakinkan pelajar

bahwa semua ilmu adalah saling kait-mengait dan mempunyai satu matlamat.

Kurikulum yang seimbang serta bersepadu di antara mata pelajaran yang

bersifat teori dan amali dapat melahirkan individu yang lengkap dan sempurna

dalam sebarang aspek bagi mencapai kebahagiaan hidup di dunia yang

menjadi punca utama bagi mencapai kebahagiaan di akhirat.57

Kekuatan bagi mana-mana mata pelajaran adalah bergantung pada

aspek kandungan pelajaran, pendekatan, kaedah dan kativiti pengajaran dan

pembelajaran serta kekuatan bahan-bahan yang digunakan dalam pengajaran

pembelajaran. Kekuatan dan keberkesanan pendidikan Islam juga ada kaitan

dengan perkara tersebut perlu menjadi tumpuan dalam kurikulum Islam.

Huraian mengenai perkara-perkara yang perlu diberi tumpuan dalam

kurikulum Pendidikan Islam menyentuh aspek isi pelajaran, kaedah

pengajaran, bahan pengajaran dan penilaian pencapaian murid.

Jika dilihat dalam isi pelajaran menekankan mengenai menguasai

kemahiran al-Quran dan kefahaman hadis. Selain itu melengkapkan murid

dengan Rukun Iman dan Rukun Islam serta mengembangkan perkaitan fardhu

ain dan fardhi kifayah secara lengkap dan menyeluruh. Di samping itu,

pelajaran jawi menjadi sebahagian daripada pelajaran Pendidikan islam. Di

sekolah rendah ia dimasukkan dalam sebahagian dalam kandungan Sukatan

Pelajaran Pendidikan Islam. Oleh itu, jawi perlu diajar dan digunakan dalam

57

Hj.Abdullah Ishak. (1995), Pendidikan Islam dan Pengaruhnya di Malaysia, Cetakan Pertama,

Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka, m.s 51-58.

42

proses pengajaran pendidikan Islam. Di sekolah menengah, penggunaan jawi

perlu diteruskan dengan cara melaksanakan pengajaran dan pembelajaran

dalam tulisan jawi. Malah isi pelajaran dalam Pendidikan Islam juga

menyediakan isi pelajaran yang berbeza bagi kumpulan pelajar-pelajar yang

lemah, sederhana dan cergas agar isi pelajaran dapat diterima tanpa

membezakan tahap kognitif seseorang pelajar tersebut.

Selain isu isi pelajaran dipandang serius dalam Pendidikan Islam,

kaedah-kaedah juga turut diambil kira dalam tumpuan Pendidikan Islam ini

iaitu dengan menjadikan pengajaran-pembelajaran pendidikan Islam lebih

menarik berkesan di samping menjadikan pengajaran pendidikan Islam itu

lebih berkaitan dengan kehidupan pelajar dan berlandaskan kontek. Malah

memasukkan unsur kemahiran berfikir (KBKK) dalam proses mengendalikan

pengajaran dan pembelajaran (P&P) berpusatkan pelajar. Di samping itu,

bahan pengajaran yang banyak menekankan penggunaan pelbagai bahan

bantuan mengajar seperti menggalakkan guru menggunakan bahan P&P

berasaskan ICT turut ditekankan dalam pengajaran Pendidikan Islam ini.

Dalam penilaian pencapaian murid ia menekankan dalam mengubah

corak penilaian supaya dapat menilai perkembangan dan pencapaian murid

secara menyeluruh merangkumi aspek kognitif, psikomotor dan efektif serta

penilaian pendidikan Islam berasaskan rujukan kriteria. Selain tumpuan yang

disebut di atas terdapat juga ciri-ciri utama kurikulum pendidikan Islam seperti

menekankan pembentukan dan pembangunan insane mulia yang berkeupayaan

ke arah pembangunan tamadun bangsa dan negara. Pelajar akan dibimbing

berterusan tentang kehidupan beradab dan berdisiplin yang mengangkat

martabat insaniah serta menjelmakan keesepaduan ilmu. Kurikulum

Pendidikan Islam yang bersumberkan ilmu menjadi pelengkap ilmu yang

bersaling kait dan merentasi. Pelajar dapat memahami secara lebih jelas

tentang kesepaduan antara ilmu naqli dengan ilmu „aqli melalui isi kandungan

43

kurikulum pendidikan Islam itu sendiri dan perkaitannya dengan mata

pelajaran lain.58

2.6 Fungsi Pendidikan Islam

Pendidikan Islam ialah pendidikan yang bersumberkan al-Quran dan Hadis.

Oleh itu, matlamat pendidikan tersebut hendaklah disesuaikan dengan kedua-

dua sumber tersebut. Mohd Attiah al-Ibrashi menyatakan bahawa matlamat

pendidikan Islam ialah:

التقرة الى اهلل دون الريبسخ والمجبهبح والمىبفسخ

Maksudnya: “Bertaqarrub kepada Allah, bukan untuk menjadi

pemimpin bermegah-megah dan berlumba-lumba”.59

Pendidikan mempunyai matlamat yang menyeluruh dan sejajar denga

situasi universal. Matlamat utama pendidikan secara umum ialah menyediakan

seseorang individu bagi memainkan peranan yang positif dalam semua aspek

yang matlamat akhirnya untuk masyarakat. Bagi membangunkan daya usaha

itu, pendidikan secara berkesan dapat bertindak sebagai sebuah ejen untuk

mengekalkan dan menyebarkan kebudayaan yang sesuai dengan kemajuan

serta pembangunan semasa. Dalam masyarakat moden kini, pendidikan juga

dapat menyediakan ahli masyarakat untuk menghadapi cabaran kehidupan

yang rencam di samping membuat pembaharuan serta menyelesaikan

permasalahan yang berkaitan dengan masyarakat.

Dalam melaksanakan prinsip hubungan dengan Allah dan hubungan

sesama manusia bagi memelihara kestabilan hidup bermasyarakat dan

bernegara, generasi tersebut dibekalkan dengan kesempunaan rohani,

ketahanan fizikal, keutuhan ekonomi, kecerdasan fikiran dan kecekapan dalam

58Ahmad Mohd Salleh. (2004), Kursus Pendidikan Lepasan Ijazah (KPLI): Pendidikan Islam –

Falsafah, Sejarah dan Kaedah Pengajaran Pembelajaran. Edisi Semakan, Shah Alam: Oxford Fajar

Sdn.Bhd., m.s 84-86. 59 Ibid, m.s 24.

44

pentadbiran.60

Pendidikan Islam yang menyokong cita-cita pembangunan inan

yang berilmu, beriman, beramal soleh dan berakhlak mulia, memerlukan

kurikulum pendidikan yang mengimbangi antara ilmu, keimanan dan

kemahiran. Dengan wujudnya keseimbangan antara ketiga-tiga faktor di atas,

maka akan lahirlah insan yang sempurna yang mampu mendukung cita-cita

seseorang hamba dan khalifah Allah di muka bumi dan seterusnya mendapat

keredhaan Allah serta kesejahteraan hidup di dunia dan juga di akhirat.

Kurikulum KBSR dan KBSM telah dibentuk bagi memenuhi cita-cita

pembentukan insan yang soleh atau insan yang patuh kepada ajaran agama.

2.7 Kajian-kajian Lepas Berkenaan Persepsi atau Sikap Pelajar Terhadap

Mata Pelajaran Pendidikan Islam

Dalam menjalankan kajian ini, pengkaji telah membuat beberapa kajian

literatur untuk mendapatkan serba-sedikit maklumat dalam melaksanakan

kajian. Berdasarkan kajian lepas yang dijalalankan oleh Zalmiza binti

Zakariya berkenaan penerimaan dan penghayatan pelajar terhadap mata

pelajaran Pendidikan Islam yang dilakukan di sekolah-sekolah menengah

kebangsaan di daerah Kota Setar, dapatan kajian menunjukkan sebanyak 5.5%

mengatakan tidak sepenuh hati untuk mempelajari mata pelajaran ini dengan

alasan mata pelajaran ini hanya merupakan mata pelajaran wajib dipelajari di

sekolah dan terpaksa mempelajarinya.61

Kajian kedua oleh Aiiri Abu Bakar berkenaan dengan sikap pelajar

terhadap mata pelajaran Pendidikan Islam yang dilakukan di sekolah-sekolah

menengah daerah Alor Gajah, Melaka mendapati secara keseluruhannya para

pelajar mempunyai sikap yang kurang memuaskan terhadap mata pelajaran

Pendidikan Islam dan guru Pendidikan Islam. Hal ini berdasarkan nilai min

keseluruhan sikap pelajar terhadap mata pelajaran Pendidikan Islam adalah

2.71 dan min sikap pelajar terhadap guru Pendidikan Islam adalah 2.50.

60 Ibid, m.s 91. 61Zalmiza binti Zakariya. (2004), Penerimaan dan Penghayatan Pelajar Terhadap Mata Pelajaran

Pendidikan Islam : Satu Kajian di Sekolah-sekolah Menengah Kebangsaan di Daerah Kota Setar, Kedah:

Universiti Kebangsaan Malaysia: Tesis Sarjana, m.s 30.

45

Dapatan kajian ini menunjukkan hubungan yang signifikan antara sikap

pelajar terhadap Pendidikan Islam dengan sikap pelajar terhadap guru

Pendidikan Islam.62

Kajian seterusnya adalah berkenaan persepsi, minat dan penghayatan

terhadap mata pelajaran Pendidika Islam di kalangan pelajar-pelajar tingkatan

lima di SMK Mudzaffar Shah, Simpang Empat, Semanggol Perak didapati

min keseluruhan persepsi pelajar terhadap mata pelajaran ini ialah 3.27 dan

minat mereka pula ialah 3.32 sementara penghayatan terhadap mata pelajaran

Pendidikan Islam hanya 3.22. Jelaslah dapatan kajian ini menunjukkan

pencapaian pelajar terhadap persepsi, minat dan penghayatan pelajar berada

pada tahap sederhana.63

Dapatan kajian seterusnya berkenaan persepsi pelajar terhadap mata

pelajaran Pendidikan Islam telah dilakukan oleh Nazri Hamid yang mana

daripada kajian yang dilakukan kepada pelajar tingkatan empat mendapati

mereka bersetuju menyatakan berasa seronok belajar mata pelajaran ini hanya

23.3 %, sementara mereka tidak bersetuju mengatakan seronok mempelajari

mata pelajaran ini iaitu sebanyak 46.7% dan hanya 5% pelajar pula yang

menyatakan mata pelajaran Pendidikan Islam merupakan mata pelajaran yang

paling diminati. Hasil dapatan juga menunjukkan sebanyak 95% pelajar

memilih mata pelajaran lai sebagai mata pelajaran yang paling diminati.64

Hasil kajian Nazri Hamid juga mendapati pelajar menunjukkan minat

terhadap mata pelajaran Pendidikan Islam kerana secara tradisinya mata

pelajaran tersebut terpaksa dipelajari bukan sebagai mata pelajaran pilihan

mereka. Antara faktornya kerana mata pelajaran ini tidak disenaraikan sebagai

satu mata pelajaran yang membolehkan pelajar ditempatkan dalam kelas yang

62 Aiiri Abu Bakar. (2003). Sikap Pelajar Terhadap Mata Pelajaran Pendidikan Islam: Satu Kajian di

Sekolah-Sekolah Menengah Daerah Alor Gajah, Melaka di akses daripada

http://akademik.ukm.my/eda/projekge6553/islam.htm 22 Mei 2008. 63 Yahya Abdullah. (2003), Persepsi, Minat dan Penghayatan Terhadap Mata Pelajaran Pendidikan

Islam di Kalangan Pelajar-pelajar Tingkatan Lima di SMK Mudzaffar Shah, Simpang Empat Semanggol, Perak di akses daripada http://akademik.ukm.my/eda/projekge6553/islam.htm 22 Mei

2008. 64 Nazri Hamid, (2000), Sikap Pelajar Terhadap Mata Pelajaran Pendidikan Islam di Dua Buah

Sekolah, Universiti Malaya:Tesis Sarjana Pendidikan.

46

terbaik. Selain itu, mata pelajaran ini juga tidak dijadikan syarat wajib kepada

pelajar-pelajar Islam untuk membolehkan mereka mendapat tempat di IPT.

Hal seperti ini menyebabkan pelajar-pelajar lebih menumpukan dan

memberi perhatian kepada mata pelajaran lain yang dijadikan sebagai syarat

utama untuk melayakkan mereka masuk IPT.65

Hal ini menunjukkan bahawa

sikap atau persepsi pelajar terhadap mata pelajaran ini masih positif tetapi

masih belum menjadi mata pelajaran yang paling diminati peljar-pelajar

yangmana menyokong kepada kajian-kajian sebelum ini yang dilakukan oleh

Persatuan Mahasiwa Terengganu, Universiti Malaya, Wira Rahman Arshad

dan Ismail Abdul Halim.66

2.8 Kesimpulan

Dasar utama yang menjadi asas dalam falsafah pendidikan Islam ialah

landasan al-Quran dan as-Sunnah untuk mempotensikan seorang insan

menjadi muslim yang berilmu pengetahuan,berilmu, beramal soleh dan

berakhlak mulia ke arah melengkapkan diri serta tanggungjawab sebagai

hamba dan khalifah Allah.

Merujuk kepada penyataan Falsafah Pendidikan Islam di atas, jelaslah

bahawa pelaksanaan pendidikan Islam harus dilaksanakan secara berterusan.

Dalam erti kata lain, pengajaran serta pendidikan islam harus bermula

daripada “buaian hingga ke liang lahad”. Ia tidak terhenti sekadar

menyampaikan maklumat yang berbentuk ilmu semata-mata tetapi ia harus

diseiringkan dengan arahan yang betul dan penyataan yang berterusan.67

Falsafah pendidikan dari kaca mata islam mestilah berteraskan

panduan yang dicipta oleh Allah. Manusia tidak boleh mencipta falsafahnya 65 Nazri Hamid, (2000), Sikap Pelajar Terhadap Mata Pelajaran Pendidikan Islam di Dua Buah

Sekolah, Universiti Malaya:Tesis Sarjana Pendidikan. 66

Nazri Hamid, (2000), Sikap Pelajar Terhadap Mata Pelajaran Pendidikan Islam di Dua Buah

Sekolah, Universiti Malaya:Tesis Sarjana Pendidikan. 67

Ghazali Darusalam. (2004), Pedagogi Pendidikan Islam, Kuala Lumpur:Utusan Publications &

Distributors Sdn.Bhd, m.s 177.

47

sendiri, sebaliknya falsafah itu mestilah lahir dari tasawur yang jelas bahawa

manusia mesti dididik dengan dasar-dasar umum yang telah ditentukan oleh

Allah. Menjurus dari tasawur inilah bermulanya titik tolak kehidupan manusia

dalam semua bidang. Oleh itu, falsafah yang tidak bertitik tolak dari tasawur

ini tidak akan diterima oleh Islam.

48

BAB TIGA

METODOLOGI KAJIAN

3.0 Pengenalan

Tujuan kajian ini adalah untuk mendapatkan maklumat tentang perspepsi

pelajar terhadap mata pelajaran Pendidikan Islam. Selain itu, kajian ini juga

mengenal pasti kaedah pengajaran guru terhadap mata pelajaran Pendidikan

Islam. Dalam bab ini, pengkaji akan membincangkan kaedah yang telah

digunakan oleh pengkaji untuk membentuk kajian, sampel kajian, instrumen

kajian dan penganalisaan data.

3.1 Reka bentuk kajian

3.1.1 Kajian Deskriptif

Reka bentuk sesuatu penyelidikan adalah satu teknik dan kaedah

tertantu untuk memperoleh maklumat yang diperlukan untuk

menyelesaikan masalah. Khususnya, reka benntuk sesuatu

penyelidikan membincangkan bagaimana untuk mencapai sesuatu

objektif kajian penyelidikan.68

Dalam menjalankan kajian ini, pengkaji

telah memilih dua buah sekolah dalam daerah Hulu Selangor iaitu

Sekolah Menengah Kebangsaan Gedangsa dan Sekolah Agama

Menengah Tinggi Kuala Kubu Bharu. Pengkaji telah menggunakan

kajian tinjauan di mana pengkaji telah mencari maklumat mengenai

persepsi pelajar terhadap mata pelajaran Pendidikan Islam.

Pengkaji juga menggunakan kaedah penyelidikan deskriptif iaitu

pengkaji mengumpul data-data bagi menjawab persoalan mengenai

status semasa subejk atau sesuatu yang dikaji. Penyelidikan deskriptif

bermatlamat untuk menerangkan sesuatu fenomena yang sedang

berlaku. Bagi mendapatkan maklumat mengenai sesuatu perkara itu,

kaedah penyelidikan deskriptif digunakan.69

Justeru, dalam

menentukan kaedah ini digunakan, pengkaji telah membuat beberapa

langkah antaranya seperti menyatakan masalah yang ingin dikaji,

68

Mohd Majid Konting. (2005), Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Cetakan Ketujuh, Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka, m.s. 19. 69 Ibid., m.s. 96.

49

menentukan populasi dan pembolehubah yang berkaitan, mengenal

pasti maklumat yang perlu digunakan untuk menyelesaikan masalah,

memilih atau membentuk alat bagi mengumpul maklumat dan

mengumpul data-data penyelidikan.

3.1.2 Kajian Tinjauan

Dalam kaedah deskriptif ini, pengkaji telah menggunakan kajian

tinjauan. Kajian tinjauan adalah untuk mengumpulkan maklumat

mengenai sesuatu pembolehubah-pembolehubah dalam kajian dengan

mengukur pembolehubah-pembolehubah yang berkait dengan sesuatu

fenomena tanpa menyoal mengapa pembolehubah tersebut wujud.70

a) Tinjauan Sampel

Tinjauan sampel adalah tinjauan yang dilakukan terhadap sebahagian

populasi yang dikaji di mana sampel secara rawak digunakan bagi

mewakili populasi tersebut.71

Tinjauan sampel ini memerlukan sampel

secara rawak bagi mengkaji pembolehubah-pembolehubah nyata

seperti bilangan pelajar dan bilangan guru. Pengkaji menggunakan

teknik persampelan bagi mendapatkan sampel mengenai

pembolehubah nyata sesuatu populasi.

Dalam menjalankan kajian ini, tinjauan sampel dilakukan oleh

pengkaji dengan mengedarkan borang soal selidik kepada sampel

kajian. Pengedaran borang soal selidik adalah sebagai satu cara untuk

mengumpulkan maklumat mengenai persepsi pelajar terhadap mata

pelajaran Pendidikan Islam dan kaedah pengajaran guru Pendidikan

Islam dalam kelas. Selain itu, kajian tinjauan dibuat juga adalah untuk

mengenalpasti persepsi guru terhadap pelajar semasa mempelajari

mata pelajaran ini.

70 Ibid., m.s 102. 71 Ibid., m.s 103.

50

3.2 Sampel Kajian

Pengkaji telah memilih sampel secara rawak bagi membolehkan soalan kajian

ini dijawab tepat oleh sampel kajian dengan menyatakan sama ada sangat

setuju, setuju, tidak setuju atau sangat tidak setuju.

a) Sampelan Pelajar

Pelajar-pelajar yang terlibat dan dipilih secara rawak ini terdiri

daripada pelajar-pelajar tingkatan dua dari dua buah sekolah iaitu

sekolah menengah harian biasa dan sekolah menengah agama. Jumalah

sampelan pelajar yang terlibat dari sekolah menengah agama adalah

seramai 60 orang sementara dari sekolah menengah harian biasa adalah

seramai 40 orang. Daripada kedua-dua jumlah tersebut, jumlah

sampelan dalam kajian ini adalah melibatkan seramai 100 orang

pelajar tingkatan dua.

Jadual 3.1 : Pemilihan sampel sekolah, pelajar dan guru

Bil Sekolah Jenis sekolah Bil. pelajar Bil Guru Pend. Islam

( Ting 1-3)

1. SMK Gedangsa Luar Bandar 40 orang 2 orang

2. SAMT Kuala Kubu

Bharu

Bandar 60 orang 5 orang

Jumlah 100 orang 7 orang

Jadual 3.2 : Taburan Peratusan Sampel Pelajar Mengikut Jantina

Jantina Peratus (%) Bilangan

Lelaki 45 45

Perempuan 55 55

Jumlah 100 100

51

Jadual 3.3 : Taburan peratusan dan bilangan sampel mengikut jantina berdasarkan

bandar dan luar bandar

Jantina Bandar Peratusan (%) Luar bandar Peratusan (%)

Lelaki 29 48.3 14 35

Perempuan 31 51.7 26 65

Jumlah 60 100 40 100

Dalam jadual 3.3 tersebut menunjukkan taburan peratusan responden dan

sampel mengikut jantina dan sekolah bandar serta luar bandar.

Jadual 3.4 : Taburan peratusan pelajar mengikut taraf pendapatan ibu bapa

Pendapatan Peratus (%) Bilangan

Kurang RM500 23 23

Antara RM500 – RM 950 11 11

RM 950 ke atas 66 66

Jumlah 100 100

Dalam jadual 3.4 ditunjukkan butir-butir tentang tingkat ekonomi atau

pendapatan bulanan ibu bapa atau keluarga pelajar tingkatan dua di kedua-dua buah

sekolah.

b) Sampelan guru

Guru-guru Pendidikan Islam yang dipilih adalah terdiri daripada

mereka yang mengajar mata pelajaran Pendidikan Islam dari Tingkatan

1 hingga Tingkatan 3 sekolah berkenaan. Memandangkan guru-guru

yang mengajar mata pelajaran ini adalah sedikit bilangannya, maka

pengkaji telah memilih semua guru tersebut dalam persampelan ini.

Jadual 3.5 : Taburan Peratusan Sampel Guru Mengikut Lokasi Sekolah

Lokasi Peratus (%) Bilangan

Bandar 71.4 5

Luar Bandar 28.6 2

Jumlah 100 7

52

3.3 Instrumen Kajian

Instrumen kajian atau alat ukur adalah penting bagi mencapai sesuatu objektif

kajian. Isntrumen digunakan untuk mengukur pembolehubah-pemboleh ubah

yang dikaji.72

Dalam menjalankan kajian ini, pengkaji telah menggunakan

instrumen kajian berbentuk soal selidik. Pengkaji menggunakan soal selidik

untuk mendapatkan maklumat berkenaan fakta-fakta, kepercayaan, kehendak,

dan sebagainya. Pengkaji telah memilih soal selidik berbentuk Skala Likert.

3.3.1 Soal Selidik Pelajar

Satu set instrumen kajian telah dibina yang mengandungi 3 bahagian

iaitu bahagian A latar belakang responden kajian, bahagian B persepsi

pelajar terhadap mata pelajaran Pendidikan Islam dan bahagian C

mengandungi persepsi pelajar terhadap pengajaran guru. Bahagian

persepsi pelajar terhadap mata pelajaran mengandungi 15 items dan di

bahagikan kepada empat sub skala bagi mengukur persepsi terhadap

mata pelajaran Pendidikan Islam iaitu sangat setuju, setuju, tidak setuju

dan sangat tidak setuju. (Rujuk lampiran) iaitu :

A. Latar belakang pelajar : 5 item.

B. Persepsi pelajar terhadap mata pelajaran Pendidikan Islam

sebanyak 15 item.

C. Persepsi pelajar terhadap cara pengajaran guru sebanyak 15

item.

Bahagian A adalah untuk mendapatkan maklumat latar belakang

pelajar. Bahagian B dan C pula adalah untuk mendapatkan maklumat

tentang persepsi pelajar terhadap mata pelajaran Pendidikan Islam serta

cara pengajaran guru Pendidikan Islam.

72 Ibid., m.s 186.

53

3.3.2 Soal Selidik Guru

Pengkaji juga telah mengemukakan soal selidik kepada guru bagi

mendapatkan maklum balas guru terhadap pelajar semasa mempelajari

mata pelajaran ini. Soal selidik ini dikemukakan adalah untuk menilai

persepsi mereka terhadap pelajar. (Rujuk lampiran).

3.4 Prosedur Melaksanakan Kajian

Sebelum menjalankan kajian, pengkaji telah memohon kebenaran untuk

menjalankan kajian di sekolah dengan menghantar surat permohonan

kebenaran kepada pejabat Jabatan TITAS untuk mendapatkan surat

kebenaran menjalankan kajian. Seterusnya, pengkaji menghantar surat

kebenaran yang dikeluarkan oleh Jabatan TITAS kepada Pejabat Pelajaran

Daerah untuk mendapatkan kelulusan menjalankan kajian. Setelah

mendapat izin bertulis, pengkaji telah memohon kebenaran daripada

pengetua sekolah berkenaan untuk mendapat kelulusan menjalankan kajian

dan mendapatkan kerjasama pengetua terbabit. Pengkaji menjalankan

kajian setelah mendapat kelulusan dan mendapat kerjasama daripada

pengetua dan pelajar-pelajar sekolah berkenaan.

Soal selidik akan diedarkan kepada responden yang terdiri daripada

pelajar dan juga guru-guru Pendidikan Islam. Sebelum soal selidik ini

diedarkan, pengkaji telah menghantar proposal kajian berserta instrumen

soal selidik kepada penyelia iaitu Ustaz Misnan bin Jemali untuk disemak.

Soal selidik-soal selidik yang diubahsuai dan disemak tadi kemudiannya

ditadbirkan kepada para pelajar dan guru yang terlibat selepas mendapat

kelulusan daripada penyelia kajian. Soal selidik yang ditadbirkan ini

adalah menjadi sulit dan maklumat ini hanya dalam maklumat pihak

pengkaji sahaja dan segala maklumat serta jawapan yang diberi oleh

responden tidak akan didedahkan kepada mana-mana pihak.

54

3.5 Temu bual

Temu bual merupakan satu kaedah apabila subjek dalam pengkajian dan

pengkaji hadir bersama dalam proses memperoleh maklumat. Maklumat

pengkajian itu diperoleh secara langsung oleh pengkaji daripada subjek. Temu

bual digunakan untuk memperoleh maklumat berkenaan fakta, kepercayaan,

perasaan, kehendak dan sebagainya yang diperlukan untuk mencapai objektif

kajian.73

Sebelum menjalankan kajian, pengkaji telah memastikan persiapan,

membentuk hubungan baik, mendapatkan maklumat serta merekodkan

maklumat perlu dijalankan mengikut prosedur temu bual.

Dalam menjalankan kajian ini, pengkaji telah menemubual lapan orang

responden iaitu terdiri daripada empat orang pelajar lelaki dan empat orang

pelajar perempuan bagi mendapatkan maklumat yang tepat dan fakta

berkenaan persepsi pelajar terhadap mata pelajaran Pendidikan Islam dan cara

pengajaran guru Pendidikan Islam. Pengkaji membuat temu bual ini secara

bersturktur bagi mengukuhkan lagi dapatan yang diterima hasil daripada soal

selidik para pelajar.

3.6 Kebolehpercayaan dan kesahan

Pengkaji telah menggunakan soal selidik yang diadaptasikan daripada Mohd.

Zamri Sabran (1992) yang mengkaji hubungan persepsi peelajar terhadap mata

palejaran Alam dan Manusia. Sementara soal selidik persepsi pelajar terhadap

cara pengajaran guru Pendidikan Islam juga diadaptasi daripada Mohd. Zamri

Sabran (1992). Kedua-dua soal selidik ini telah diubah suai oleh pengkaji

mengikut kesesuaian. Data yang telah diperoleh dikumpul dan dianalisis

dengan menggunakan SPSS. Nilai pekali alpha bagi soal selidik adalah 0.810.

Ini menunjukkan kebolehpercayaan soal selidik ini adalah tinggi dan boleh

diterima serta boleh ditadbirkan di sekolah-sekolah lain.

73 Ibid., m.s. 237.

55

BAB EMPAT

DAPATAN KAJIAN

4.0 Pendahuluan

Dalam bab ini akan dibincangkan dapatan-dapatan yang diperoleh dari kajian

ini. Pengkaji akan menjelaskan mengikut susunan soalan-soalan yang telah

dikemukakan. Maklumat yang diperoleh daripada pelajar dan guru akan

dibincangkan dalam bab ini.

4.1 Latar belakang sampel kajian

Daripada sampel tersebut latar belakang pelajar dapat dibahagikan kepada

sekolah, jantina, pendapatan dan jenis pekerjaan keluarga serta tahap

pendidikan keluarga. Jika dilihat daripada jenis sekolah yang dikaji sebanyak

40% (40) daripada SMK Gedangsa dan 60% (60) daripada SMAT Kuala Kubu

Bharu. Lihat Jadual dan Carta 1 di bawah.

Jadual 1: Taburan Peratusan Sampel Kajian Mengikut Sekolah

Sekolah Peratusan% Kekerapan

SMK GEDANGSA 40.0 40

SAMT KKB 60.0 60

Jumlah 100.0 100

56

SMKGEDANGSA

SAMT KKB

Carta 1 Peratusan Sampel Kajian Mengikut Sekolah

60% 40%

Dari segi taburan mengikut jantina, di dapati sebanyak 44% (44) adalah terdiri

daripada pelajar lelaki dan sebanyak 56% (56) adalah pelajar perempuan. Lihat Jadual

2 di bawah.

Jadual 2: Taburan Peratusan Sampel Kajian Mengikut Jantina

Jantina Peratusan% Kekerapan

Lelaki 44.0 44

Perempuan 56.0 56

Jumlah 100.0 100

Hasil dapatan menunjukkan kebanyakan pelajar mempunyai keluarga yang

berpendapatan lebih daripada RM 950 ke atas iaitu sebanyak 66% (66), manakala

berpendapatan antara RM 501-950 sebanyak 11% (11) dan pendapatan kurang RM

500 adalah 23% (23). Lihat Jadual 3 di bawah.

Jadual 3: Taburan Peratusan Sampel Kajian Mengikut Pendapatan Keluarga

Jumlah Pendapatan Peratusan% Kekerapan

Kurang RM 500 23.0 23

Antara RM 501-950 11.0 11

RM950 dan ke atas 66.0 66

Jumlah 100.0 100

57

Bagi sampel kajian yang mengikut pekerjaan ibu bapa di dapati sebanyak 37%

(37) terdiri daripada kakitangan kerajaan, manakala sebanyak 35% (35) pula adalah

terdiri daripada kakitangan swasta dan bekerja sendiri sebanyak 28% (28). Lihat

Jadual 4 di bawah.

Jadual 4: Taburan Peratusan Sampel Kajian Mengikut Pekerjaan

Pekerjaan Peratusan% Kekerapan

Kerajaan 37.0 37

Swasta 35.0 35

Sendiri 28.0 28

Jumlah 100.0 100

Berdasarkan kajian, didapati kebanyakan pelajar yang datang daripada

keluarga yang mempunyai tahap pendidikan peringkat sijil iaitu sebanyak 57% (57),

diploma 16% (16), ijazah 22% (22) dan lain-lain pula sebanyak 5% (5) sahaja. Lihat

Jadual 5 di bawah.

Jadual 5: Taburan Peratusan Sampel kajian Mengikut Tahap Pendidikan

Keluarga

Tahap

Pendidikan

Peratusan% Kekerapan

Sijil 57.0 57

Diploma 16.0 16

Ijazah 22.0 22

Lain-lain 5.0 5

Jumlah 100.0 100

4.2 Persepsi Pelajar Terhadap Mata Pelajaran Pendidikan Islam

Persepsi pe;ajar terhadap mata pelajaran Pendidikan Islam boleh dilihat

melalui 15 item yang disediakan di bawah. Jadual 6 di bawah ini menunjukkan

persepsi pelajar terhadap mata pelajaran Pendidikan Islam mengikut item-item

yang telah dibina berdasarkan dua buah sekolah iaitu SMK Gedangsa dan

Sekolah Agama Menengah Tinggi Kuala Kubu Bharu (SAMT KKB).

58

Jadual 6: Analisis Peratusan Persepsi Pelajar Terhadap Mata Pelajaran Pendidikan

Islam Mengikut Sekolah

Item-item persepsi pelajar

terhadap Pendidikan Islam

Nama

Sekolah

Sangat

Setuju

(%)

Setuju

(%)

Tidak

Setuju

(%)

Sangat

Tidak

Setuju

(%)

1. Saya suka membaca

buku-buku agama.

SMK Gedangsa 12.5 (5) 65.0 (26) 22.5 (9) 0 (0)

SAMT KKB 30.0 (18) 65.0 (39) 5.0 (3) 0 (0)

2. Saya sangat suka belajar

Pendidikan Islam jika

dibandingkan dengan pelajaran

lain.

SMK Gedangsa 12.5 (5) 65.0 (26) 17.5 (7) 5.0 (2)

SAMT KKB 21.7 (13) 68.3 (41) 10.0 (6) 0 (0)

3. Semasa proses

pembelajaran Pendidikan Islam,

saya berasa begitu seronok

untuk belajar.

SMK Gedangsa 17.5 (7) 70.0 (28) 10.0 (4) 2.5 (1)

SAMT KKB 28.3 (17) 60.0 (36) 10.0 (6) 1.7(1)

4. Saya tidak pernah berasa

jemu untuk mempelajari mata

pelajaran Pendidikan Islam.

SMK Gedangsa 17.5 (7) 55.0 (22) 27.5 (11) 0 (0)

SAMT KKB 36.7(22) 56.7 (34) 6.7 (4) 0 (0)

5. Saya suka jika masa

belajar Pendidikan Islam di

dalam bilik darjah dilanjutkan

lagi tempoh pembelajarannya.

SMK Gedangsa 7.5 (3) 40.0 (16) 52.5 (21) 0 (0)

SAMT KKB 6.7 (4) 60.0 (36) 33.3 (20) 0 (0)

6. Saya dapat pengetahuan

yang luas apabila mempelajari

pelajaran Pendidikan Islam.

SMK Gedangsa 32.5 (13) 52.5 (21) 15.0 (6) 0 (0)

SAMT KKB 68.3 (41) 31.7 (19) 0 (0) 0 (0)

7. Pelajaran Pendidikan

Islam sangat berguna pada diri

saya.

SMK Gedangsa 55.0 (22) 42.5 (17) 2.5 (10 0(0)

SAMT KKB 90.0 (54) 10.0 (6) 0 (0) 0 (0)

8. Saya suka latihan

selepas tamat belajar

Pendidikan Islam.

SMK Gedangsa 15.0 (6) 60.0 (24) 25.0 (10) 0 (0)

SAMT KKB 21.7 (13) 58.3 (35) 20.0 (12) 0 (0)

9. Latihan yang diberikan

kepada kami adalah mencukupi.

SMK Gedangsa 20.0 (8) 75.0 (30) 2.5 (1) 2.5 (1)

SAMT KKB 18.3 (11) 65.0 (39) 16.7 (10) 0 (0)

10. Saya suka guru

membawa pelajar ke luar bilik

darjah untuk mempelajari

Pendidikan Islam.

SMK Gedangsa 20.0 (8) 35.0 (14) 42.5 (17) 2.5 (1)

SAMT KKB 70.0 (42) 23.3 (14) 6.7 (4) 0 (0)

11. Saya suka guru

mengajar Pendidikan Islam di

dalam bilik darjah sahaja.

SMK Gedangsa 22.5 (9) 50.0 (20) 22.5 (9) 5.0 (2)

SAMT KKB 8.3 (5) 11.7 (7) 66.7 (40) 13.3 (8)

59

12. Saya suka membaca

buku mata pelajaran Pendidikan

Islam sebagai persediaan kelas

tanpa disuruh oleh guru.

SMK Gedangsa 5.0 (2) 45.0 (18) 45.0 (18) 5.0 (2)

SAMT KKB 1.7 (1) 58.7 (34) 40.0 (24) 1.7 (1)

13. Setiap hari saya

mengulang kaji mata pelajaran

Pendidikan Islam.

SMK Gedangsa 0 (0) 25.0 (10) 67.5 (27) 7.5 (3)

SAMT KKB 0 (0) 31.7 (19) 61.7 (37) 6.7 (4)

14. Saya akan bertanya guru

dengan apabila penerangan

kurang jelas.

SMK Gedangsa 15.0 (6) 67.5 (27) 15.0 (6) 2.5 (1)

SAMT KKB 36.7 (22) 51.7 (31) 11.7 (7) 0 (0)

15. Pada saya, pelaksanaan

PAFA amat penting kepada

semua pelajar.

SMK Gedangsa 35.0 (14) 50.0 (20) 12.5 (5) 2.5 (1)

SAMT KKB 81.7 (49) 16.7 (10) 0 (0) 1.7 (1)

Daripada Jadual 6 di atas, bagi item-item persepsi pelajar terhadap mata

pelajaran Pendidikan Islam di dua buah sekolah yang dikaji menunjukkan bahawa

SAMT Kuala Kubu Bharu sebanyak 90.0 % (54) orang pelajar mengatakan sangat

setuju mata pelajaran Pendidikan Islam itu berguna kepada mereka berbanding SMK

Gedangsa pula 55.0% (22) orang pelajar sahaja mengatakan sangat setuju mata

pelajaran tersebut berguna kepada mereka. Bagi latihan pendidikan Islam yang

diberikan oleh guru mencukupi didapati SMK Gedangsa mempunyai peratus tertinggi

iaitu iaitu 75.0% (30) orang pelajar mengatakan setuju apabila latihan yang diberikan

oleh guru adalah mencukupi dan sebanyak 65.0% (39) orang pelajar dari SAMT KKB

yang bersetuju latihan yang diberikan adalah mencukupi. Bagi pelaksanaan PAFA,

didapati sebanyak 81.7% (49) orang pelajar daripada SAMT KKB mengatakan sangat

setuju berbanding SMK Gedangsa hanya 35.0% (14) orang pelajar sahaja mengatakan

PAFA itu amat penting kepada semua pelajar.

Selain itu, didapati seramai 58.3% (35) orang pelajar dari SAMT KKB

bersetuju diberi latihan selepas tamat belajar Pendidikan Islam berbanding hanya

60.0% (24) orang pelajar dari SMK Gedangsa yang bersetuju latihan diberi selepas

tamat belajar. Manakala pelajar yang bersetuju mengatakan sangat suka mempelajari

Pendidikan Islam berbanding mata pelajaran lain adalah sebanyak 65.0% (26) orang

dari SMK Gedangsa dan 68.3% (41) orang pelajar dari SAMT KKB. Pelajar yang

bersetuju mengatakan tidak pernah berasa jemu mempelajari mata pelajaran

60

Pendidikan Islam adalah sebanyak 55.0% (22) orang pelajar dari SMK Gedangsa

berbanding 56.7% (34) orang pelajar daripada SAMT KKB. Jika dilihat dari aspek

pelajar berasa seronok semasa proses pembelajaran Pendidikan Islam didapati SMK

Gedangsa sebanyak 70.0% (28) orang pelajar bersetuju berbanding SAMT KKB

hanya 60.0% (36) orang pelajar sahaja yang bersetuju.

Pelajar yang mengatakan tidak bersetuju guru mengajar Pendidikan Islam di

dalam bilik darjah sahaja SAMT KKB sebanyak 66.7% (40) orang pelajar berbanding

SMK Gedangsa hanya 22.5% (9) orang pelajar tidak bersetuju. Bagi pelajar yang suka

membaca buku mata pelajaran Pendidikan Islam sebagai persediaan kelas tanpa

disuruh oleh guru didapati sebanyak 58.7% (34) orang dari SAMT KKB mengatakan

bersetuju berbanding hanya 45.0% (18) orang pelajar dari SMK Gedangsa yang

mengatakan bersetuju. Bagi aspek mengulangkaji mata pelajaran Pendidikan Islam

setiap hari didapati sebanyak 67.5% (27) orang pelajar daripada SMK Gedangsa

mengatakan tidak setuju berbanding SAMT KKB hanya 61.7% (37) orang pelajar

sahaja yang tidak bersetuju setiap hari mengulangkaji mata pelajaran Pendidikan

Islam.

4.3 Persepsi Pelajar Terhadap Cara Pengajaran Guru Pendidikan Islam

Persepsi pelajar terhadap cara guru mereka mengajar mata pelajaran

Pendidikan Islam diperoleh melalui 15 item yang disediakan. Jadual 7 di

bawah ini menunjukkan respons pelajar terhadap cara guru mengajar mata

pelajaran Pendidikan Islam mengikut sekolah.

61

Jadual 7: Analisis Peratusan Persepsi Pelajar Terhadap Cara Pengajaran Guru

Pendidikan Islam

Item-item persepsi pelajar

terhadap cara pengajaran guru

Pendidikan Islam

Nama

Sekolah

Sangat

Setuju

(%)

Setuju

(%)

Tidak

Setuju

(%)

Sangat

Tidak

Setuju

(%)

1. Suara dan bahasa guru

sewaktu mengajar amat jelas dan

mudah difahami.

SMK Gedangsa 27.5(11) 55.0 (22) 15.0 (6) 2.5 (1)

SAMT KKB 55.0 (33) 31.7 (19) 10.0 (6) 3.3(2)

2. Guru selalu menggunakan

contoh-contoh yang tepat untuk

menjelaskan tajuk-tajuk yang

sukar dikuasai oleh pelajar-

pelajar.

SMK Gedangsa 27.5 (11) 57.5(23) 12.5 (5) 2.5 (1)

SAMT KKB 56.7 (34) 35.0 (21) 6.7 (4) 1.7 (1)

3. Guru menggunakan alat

bantu mengajar (ABM) dalam

pengajaran.

SMK Gedangsa 7.5 (3) 45.0 (18) 42.5 (17) 5.0 (2)

SAMT KKB 8.3 (5) 40.0 (24) 43.3 (26) 8.3 (5)

4 Guru selalu mengulang

beberapa kali bab-bab atau

konsep-konsep yang sukar

difahami.

SMK Gedangsa 15.0 (6) 55.0 (22) 22.5 (9) 7.5 (3)

SAMT KKB 21.7 (13) 63.3 (38) 15.0 (9) 0 (0)

5. Guru selalu memastikan

kami agar benar-benar faham

sebelum melangkah ke tajuk atau

unit yang baru.

SMK Gedangsa 20.0 (8) 72.5 (29) 7.5 (3) 0 (0)

SAMT KKB 48.3 (29) 46.7 (28) 5.0 (3) 0 (0)

6. Guru pandai menarik minat

saya terhadap mata pelajaran

Pendidikan Islam.

SMK Gedangsa 15.0 (6) 65.0 (26) 20.0 (8) 0 (0)

SAMT KKB 35.0 (21) 55.0 (33) 8.3 (5) 1.7 (1)

7. Hubungan saya dengan

guru Pendidikan Islam adalah

mesra dan rapat.

SMK Gedangsa 5.0 (2) 55.0 (22) 37.5 (15) 2.5 (1)

SAMT KKB 20.0 (12) 68.3 (41) 11.7 (7) 0 (0)

8. Guru selalu menggalakkan

pelajarnya mengambil bahagian

dalam aktiviti bilik darjah.

SMK Gedangsa 10.0 (4) 60.0 (24) 27.5 (11) 2.5 (1)

SAMT KKB

41.7 (25) 50.0 (30) 6.7 (4) 1.7 (1)

9. Guru memberikan masa

yang cukup untuk kami membuat

latihan.

SMK Gedangsa 17.5 (7) 75.0 (30) 5.0 (2) 2.5 (1)

SAMT KKB 40.0 (24) 48.3 (29) 10.0 (6) 1.7 (1)

10. Kami disediakan latihan

yang mencukupi sebelum

melangkah ke sesuatu tajuk atau

unit yang baru.

SMK Gedangsa 25.0 (10) 60.0 (24) 12.5 (5) 2.5 (1)

SAMT KKB 25.0 (15) 55.0 (33) 15.0 (9) 5.0 (3)

62

11. Guru selalu mengambil

berat terhadap mata pelajaran

Pendidikan Islam.

SMK Gedangsa 30.0 (12) 55.0 (22) 10.0 (4) 5.0 (2)

SAMT KKB 50.0 (30) 43.3 (26) 6.7 (4) 0 (0)

12. Guru sering

mempelbagaikan teknik dan

kaedah mengajar agar pelajar

tidak berasa bosan.

SMK Gedangsa 12.5 (5) 57.5 (23) 22.5 (9) 7.5 (3)

SAMT KKB 40.0 (24) 38.3 (23) 16.7 (10) 5.0 (3)

13. Guru menyampaikan

pengajarannya secara teratur dan

mempunyai persediaan yang

rapi.

SMK Gedangsa 22.5 (9) 57.5 (23) 20.0 (8) 0 (0)

SAMT KKB 31.7 (19) 55.0 (33) 13.3 (8) 0 (0)

14. Guru mengajar sesuatu

tajuk pelajaran dari peringkat

yang mudah kepada peringkat

yang sukar agar pelajar lebih

memahaminya.

SMK Gedangsa 17.5 (7) 67.5 (27) 15.0 (6) 0 (0)

SAMT KKB 35.0 (21) 51.7 (31) 13.4 (8) 0 (0)

15. Kelas kami dibahagikan

kepada beberapa kumpulan agar

kami mudah membuat aktiviti

dalam pembelajaran.

SMK Gedangsa 27.5 (11) 47.5 (19) 22.5 (9) 2.5 (1)

SAMT KKB 40.0 (24) 43.3 (26) 15.0 (9) 1.7 (1)

Daripada Jadual 7 di atas bagi item-item terhadap cara pengajaran guru

mengikut persepsi pelajar, sebanyak 55.0% (22) orang pelajar dari SMK Gedangsa

bersetuju mengatakan suara dan bahasa guru sewaktu mengajar amat jelas dan mudah

difahami. Didapati sebanyak 31.7% (19) orang pelajar dari SAMT KKB bersetuju

mengatakan suara dan bahasa guru sewaktu mengajar amat jelas dan mudah difahami.

Ini menunjukkan sebilangan besar pelajar (86.7%) bersetuju bahawa suara dan bahasa

guru mereka adalah jelas dan mudah difahami. Bagi penggunaan alat bantu mengajar

(ABM) pula, dari SMK Gedangsa sebanyak 42.5% (17) orang pelajar tidak bersetuju

mengatakan gurunya menggunakan ABM dalam pengajaran dan SAMT sebanyak

43.3% (26) orang pelajar tidak bersetuju mengatakan gurunya menggunakan ABM

dalam pengajaran. Ini bermakna sebahagian besar pelajar (85.8%) yang mengatakan

gurunya tidak menggunakan ABM semasa proses pengajaran dan pembelajaran

berlaku dalam kelas. Bagi mengulang-ulang isi pelajaran pula, sebanyak 55.0% (22)

orang pelajar dari SMK Gedangsa berbanding sebanyak 63.3% (38) orang pelajar dari

SAMT KKB yang bersetuju mengatakan gurunya selalu mengulang beberapa kali

bab-bab atau konsep yang sukar difahami.

63

Bagi hubungan pelajar dengan guru Pendidikan Islam, didapati sebanyak

55.0% (22) orang pelajar dari SMK Gedangsa bersetuju mengatakan hubungan

dengan guru Pendidikan Islam adalah mesra dan rapat sementara sebanyak 68.3%

(41) orang pelajar dari SAMT KKB mengatakan hubungan dengan guru Pendidikan

Islam adalah mesra dan rapat. Seterusnya pelajar yang mengatakan guru menyediakan

latihan yang mencukupi sebelum melangkah ke sesuatu tajuk atau unit yang baru,

didapati sebanyak 60.0% (24) orang pelajar dari SMK Gedangsa yang bersetuju dan

sebanyak 55.0% (33) orang pelajar dari SAMT KKB turut bersetuju dengan

kenyataan ini. Manakala bagi item guru sering mempelbagaikan teknik dan kaedah

mengajar, didapati sebanyak 22.5% (9) orang pelajar dari SMK Gedangsa yang

mengatakan gurunya tidak mempelbagaikan teknik dan kaedah mengajar dan sebanyak

16.7% (10) orang pelajar dari SAMT KKB turut mengatakan gurunya tidak

mempelbagaikan teknik dan kaedah mengajar. Justeru, jumlah keseluruhannya adalah

sebanyak 39.2% (19) orang pelajar yang tidak bersetuju gurunya mempelbagaikan teknik

dan kaedah dalam pengajaran. Bagi item guru mengajar sesuatu tajuk pelajaran dari

peringkat yang mudah ke peringkat yang sukar, didapati sebanyak 67.5% (27) orang

pelajar dari SMK Gedangsa bersetuju dan sebanyak 51.7% (31) orang pelajar dari SAMT

KKB bersetuju guru mengajar dari peringkat yang mudah ke peringkat yang sukar. Dalam

aspek pembahagian kumpulan dalam kelas, didapati sebanayk 27.5% (11) orang pelajar

SMK Gedangsa sangat bersetuju kelasnya banyak dibahagikan kepada beberapa

kumpulan agar mudah membuat aktiviti dalam pembelajaran dibandingkan dengan

SAMT KKB sebanyak 40.0% (24) orang pelajar yang sangat bersetuju dengan kenyataan

ini.

4.4 Persepsi Guru Pendidikan Islam Terhadap Pelajar Semasa Mempelajari

Mata Pelajaran Pendidikan Islam

Berikut ialah analisis tentang persepsi guru Pendidikan Islam terhadap pelajar

yang mempelajari mata pelajaran Pendidikan Islam. Jadual 8 di bawah

menunjukkan persepsi guru terhadap pelajar mereka yang mempelajari mata

pelajaran Pendidikan Islam mengikut sekolah.

64

Jadual 8: Analisis Peratusan Persepsi Guru Pendidikan Islam Terhadap Pelajar

Semasa Mempelajari Mata Pelajaran Pendidikan Islam

Item-item persepsi guru Pendidikan Islam

terhadap pelajar semasa mempelajari Pendidikan

Islam

Nama

Sekolah

Setuju

(%)

Tidak

Setuju

(%)

1. Pelajar lebih suka mempelajari Pendidikan

Islam.

SMK Gedangsa 28.6 (2) 0 (0)

SAMT KKB 71.4 (5) 0 (0)

2. Pelajar saya sangat aktif dalam pembelajaran

Pendidikan Islam

SMK Gedangsa 28.6 (2) 0 (0)

SAMT KKB 71.4 (5) 0 (0)

3. Pelajar saya telah bersedia awal dengan tajuk

yang akan dipelajari.

SMK Gedangsa 0 (0) 28.6 (2)

SAMT KKB 28.6 (2) 42.9 (3)

4. Pelajar saya berminat untuk mengupas dan

memberi hujah dalam sesuatu isu yang

dilontarkan.

SMK Gedangsa 14.3 (1) 14.3 (1)

SAMT KKB 71.4 (5) 0 (0)

5. Interaksi antara pelajar dengan pelajar semasa

pembelajaran amat kurang.

SMK Gedangsa 0 (0) 28.6 (2)

SAMT KKB 14.3 (1) 57.1 (4)

6. Interaksi guru dengan pelajar lebih kerap

semasa pembelajaran.

SMK Gedangsa 28.6 (2) 0 (0)

SAMT KKB 57.1 (4) 14.3 (1)

7. Kebanyakan pelajar tidak mempunyai bahan

bacaan tambahan Pendidikan Islam di rumah.

SMK Gedangsa 14.3 (1) 14.3 (1)

SAMT KKB 57.1 (4) 14.3 (1)

8. Pelajar menghadapi masalah buku-buku

bacaan tambahan Pendidikan Islam.

SMK Gedangsa 14.3 (1) 14.3 (1)

SAMT KKB 42.9 (3) 28.6 (2)

9. Pelajar saya boleh membaca jawi, al-Quran

dan menulis jawi dengan baik.

SMK Gedangsa 0 (0) 28.6 (2)

SAMT KKB 57.1 (4) 14.3 (1)

10. Pelajar saya boleh membuat amali PAFA

dan menjawab lisan PAFA dengan baik.

SMK Gedangsa 14.3 (1) 14.3 (1)

SAMT KKB 71.4 (5) 0 (0)

11. Pelajar saya boleh menghayati Pendidikan

Islam dalam hidup.

SMK Gedangsa 28.6 (2) 0 (0)

SAMT KKB 71.4 (5) 0 (0)

12. Pelajar dapat menghubungkan pembelajaran

dalam kelas dengan kehidupan mereka di luar

kelas.

SMK Gedangsa 28.6 (2) 0 (0)

SAMT KKB 71.4 (5) 0 (0)

13. Pelajar boleh membuat rujukan sendiri. SMK Gedangsa 14.3 (1) 14.3 (1)

SAMT KKB 71.4 (5) 0 (0)

65

14. Pelajar boleh membuat nota sendiri tanpa

bantuan dan arahan guru.

SMK Gedangsa 14.3 (1) 14.3 (1)

SAMT KKB 57.1 (4) 14.3 (1)

15. Pelajar saya suka mengeluarkan idea dan

pendapat semasa proses pembelajaran dalam

kumpulan.

SMK Gedangsa 28.6 (2) 0 (0)

SAMT KKB 57.1 (4) 14.3 (1)

16. Pelajar saya dapat menyiapkan latihan yang

diberi dalam tempoh masa yang diberikan.

SMK Gedangsa 28.6 (2) 0 (0)

SAMT KKB 71.4 (5) 0 (0)

17. Pelajar saya akan memberi respon positif

setiap kali pembelajaran Pendidikan Islam

SMK Gedangsa 28.6 (2) 0 (0)

SAMT KKB 71.4 (5) 0 (0)

18. Semasa proses P&P pelajar saya dapat

menghubungkaitkan mata pelajaran Pendidikan

Islam dengan mata pelajaran lain.

SMK Gedangsa 28.6 (2) 0 (0)

SAMT KKB 57.1 (4) 14.3 (1)

19. Pelajar saya sering mengeluh jika diberi

latihan dan menghafaz ayat hafazan.

SMK Gedangsa 14.3 (1) 14.3 (1)

SAMT KKB 0 (0) 71.4 (5)

20. Semasa proses P&P dijalankan, komunikasi

dua hala kerap berlaku antara guru dengan

pelajar atau pelajar dengan pelajar.

SMK Gedangsa 28.6 (2) 0 (0)

SAMT KKB 71.4 (5) 0 (0)

Guru Pendidikan Islam dari kedua-dua buah sekolah bersetuju bahawa pelajar

mereka memang gembira mempelajari Pendidikan Islam dan sangat aktif dalam

pembelajaran Pendidikan Islam, didapati sebanyak 28.6% (2) orang guru dari SMK

Gedangsa dan 71.4% (5) orang guru dari SAMT KKB. Guru yang tidak bersetuju

mengatakan pelajar mereka telah bersedia awal dengan tajuk yang akan dipelajari,

sebanyak 28.6% (2) dari SMK Gedangsa dan sebanyak 42.9% (3) dari SAMT KKB.

Manakala guru yang berpendapat pelajar mereka berminat untuk mengupas sesuatu

hujah dalam isu yang dilontarkan adalah sebanyak 71.4% (5) orang guru dari SAMT

dan 14.3 (1) orang dari SMK Gedangsa. Sebahagian besar guru berpendapat interaksi

antara pelajar dengan pelajar semasa pembelajaran, didapati tidak bersetuju iaitu

sebanyak 28.6% (2) dari SMK Gedangsa manakala sebanyak 57.1% (4) orang guru

adalahh dari SMAT KKB.

Seterusnya, berhubung dengan interaksi antara guru dengan pelajar lebih kerap

semasa pembelajaran didapati 28.6% (2) orang guru dari SMK Gedangsa

menyatakan setuju manakala sebanyak 57.1& (4) orang guru dari SAMT KKB juga

66

bersetuju dengan penyataan tersebut dan terdapat 14.3% (1) orang gru yang tidak

bersetuju dengan pendapat ini. Selain itu, guru dari SMK Gedangsa iaitu sebanyak

14.3% (1) yang menyatakan bersetuju dan tidak bersetuju menyatakan bahawa

kebanyakan pelajar tidak mempunyai bahan tambahan Pendidikan Islam. Manakala

57.1% (4) orang guru dari SAMT juga bersetuju pelajar tidak mempunyai bahan

bacaan tambahan. Menyentuh tentang aspek pembacaan dan penulisan jawi, serta

membaca al-Quran, sebanyak 28.6% (2) orang guru dari SMK Gedangsa yang tidak

bersetuju dengan pendapat ini. Manakala SAMT sebanyak 57.1% (4) orang guru

yang bersetuju bahawa pelajar-pelajar mereka boleh membaca, menulis jawi dan al-

Quran dengan baik.

Dari aspek pelajar dapat menghubungkan pembelajaran dalam kelas dengan

kehidupan mereka di luar kelas kebanyakan guru dari kedua-dua buah sekolah

bersetuju dengan pendapat ini iaitu sebanyak 100%. Seterusnya, berhubung dengan

aspek sama ada pelajar boleh membuat rujukan dan nota sendiri tanpa memerlukan

bantuan dan arahan guru, didapati lebih ramai guru yang mengatakan setuju. Ini dapat

dilihat bagi guru dari SAMT KKB sebanyak 71.4% (5) dan hanya 14.3% (1) dari

SMK Gedangsa yang bersetuju dengan pendapat ini. Berkenaan dengan aspek pelajar

boleh membuat amali PAFA dan menjawab lisan PAFA dengan baik, didapati

peratusan guru SAMT KKB yang bersetuju 71.4% (5) berbanding guru SMK

Gendangsa hanya 14.3% (1) yang bersetuju dan 14.3% (1) tidak bersetuju pelajar

mereka boleh membuat amali PAFA dan menjawab lisan PAFA dengan baik.

Keadaan ini menggambarkan bahawa pelajar dari SAMT KKB tidak menghadapi

masalah apabila diminta melaksanakan amali PAFA dan menjawab soalan lisan

PAFA berbanding pelajar SMK Gedangsa.

4.5 Analisis Dapatan Temu Bual Pelajar

Daripada temu bual yang dijalankan ke atas lapan orang responden

mengatakan bahawa mereka berminat dengan mata pelajaran Pendidikan Islam dan

bersetuju masa pembelajaran Pendidikan Islam dilanjutkan masanya. Seterusnya,

lapan orang responden juga mengatakan mempelajari Pendidikan Islam dapat

menambahkan pengetahuan yang luas dalam hidup. Selain itu, terdapat empat orang

67

responden sahaja yang mengatakan bahawa mereka lebih berminat belajar di luar

kelas berbanding di dalam kelas.

Berkenaan dengan membuat persediaan sebelum membuat pembelajaran,

hanya empat orang responden yang mengatakan mereka akan membuat persediaan

sebelum kelas bermula, tiga orang responden mengatakan kadang-kadang sahaja dan

didapati seorang responden sahaja langsung tidak membuat persediaan pembelajaran

sebelum kelas bermula. Dari aspek kaedah dan teknik yang digunakan oleh guru

semasa proses pengajaran dan pembelajaran terdapat lima orang pelajar mengatakan

guru selalu menggunakan aktiviti perbincangan dan penceritaan sahaja. Terdapat juga

guru mereka hanya menggunakan buku teks semata-mata semasa proses pengajaran

dan pembelajaran dalam kelas. Terdapat tiga orang responden mengatakan guru selalu

memberi latihan selepas pengajaran dan lima orang responden yang mengatakan

kadang-kadang guru akan memberi latihan apabila bila perlu sahaja.

Sebagai rumusan, persepsi pelajar terhadap mata pelajaran Pendidikan Islam

adalah positif. Walau bagaimanapun, persepsi ini masih begitu sederhana dengan

kerseluruhan jawapan soal selidik item yang diberi oleh pelajar secara

keseluruhannya mencapai min hanyalah 2.50. Ini menunjukkan persepsi pelajar

terhadap mata pelajaran ini masih berada pada tahap rendah walaupun berbentuk

positif. Jika dilihat dari aspek persepsi pelajar terhadap pengajaran guru pula, ianya

juga adalah sederhana sahaja di mana nilai min juga didapati dalam lingkungan 2.50

bagi setiap item yang diberi. Pada keseluruhannya, persepsi guru Pendidikan Islam

terhadap pelajar semasa mempelajari mata pelajaran ini mengikut sekolah adalah

hampir sama kecuali pada tiga aspek yang menunjukkan perbezaan signifikan.

Ketiga-tiga aspek tersebut ialah pelajar boleh membaca jawi, al-Quran dan menulis

jawi dengan baik, pelajar boleh membuat amali PAFA dan menjawab lisan PAFA

dengan baik dan pelajar saya sering mengeluh jika diberi latihan dan menghafaz ayat

hafazan. Hal ini jelas menunjukkan terdapatnya hubungan signifikan antara persepsi

pelajar terhadap mata pelajaran Pendidikan Islam dengan persepsi pelajar terhadap

cara pengajaran guru dalam kelas.

68

BAB LIMA

RUMUSAN DAN CADANGAN

5.0 Pengenalan

Dalam bab ini, akan dibincangkan tentang rumusan dan cadangan daripada

hasil kajian. Kemudian perbincangan ditumpukan kepada implikasi, langkah

menambahbaikkan pengajaran Pendidikan Islam dan cadangan yang berkaitan

dengan kajian-kajian akan datang.

5.1 Kualiti Pengajaran

Dalam amalan pengajaran guru mengikut persepsi pelajar, guru perlulah

merancang pengajaran terlebih dahulu sebelum mengajar. Ini termasuklah hal-

hal yang berkaitan dengan penyediaan buku rekod, ABM, dan mempastikan isi

pelajaran dan kandungan yang disampaikan tepat. Apabila mengajar, guru

perlu mengaitkan isi-isi pelajaran yang baru dengan pengetahuan sedia ada

dan dengan pengalaman pelajar yang lepas. Selain itu, ia akan menyampaikan

isi-isi pelajaran secara sistematik, tersusun dan jelas dan mudah difahami oleh

pelajar. Guru juga akan memastikan akan ketepatan dan mengemaskinikan isi-

isi kandungan mata pelajaran yang diajar. Guru yang berkesan semasa

mengajar menggunakan pelbagai kaedah pengajaran dan mempelbagaikan

bahan media atau alat bantu mengajar dan setiap kali selesai mengajar guru

berkesan akan memantau kemajuan dan kefahaman murid-murid dengan

pelbagai cara sama ada penilaian secara sumatif dan formatif.

5.2 Kesesuaian Aras Pengajaran

Mengikut persepsi pelajar ,guru yang berkesan apabila mengajar akan

memastikan pelajarnya mempunyai sikap dan kemahiran untuk belajar. Selain

itu, guru juga akan mengajar mengikut aras kebolehan dan keupayaan pelajar

dan memastikan kesemua isi pelajaran dalam sukatan pelajaran atau buku teks

diajar dan dihabiskan pada akhir tahun. Guru berkesan mengumpulkan pelajar

berdasarkan kebolehan dan penguasaan sesuatu kemahiran.

69

5.3 Insentif

Setiap kali guru berkesan mengajar mengikut persepsi pelajar, guru akan

memberi motivasi dan insentif kepada pelajar supaya tekun dan belajar

bersungguh-sungguh. Selain itu, guru akan memberi ganjaran kepada pelajar

yang mencapai kejayaan dan dendaan kepada pelajar yang gagal dalam

pelajaran.

5.4 Persepsi Pelajar Terhadap Mata Pelajaran Pendidikan Islam

Hasil analisis data menunjukkan bahawa pada keseluruhannaya pelajar di

SMK Gedangsa persepsi positif terhadap mata pelajaran Pendidikan Islam.

Walau bagaimanapun, pelajar-pelaajar di SAMT Kuala Kubu Bharu

mempunyai persepsi lebih positif jika dibandingkan dengan pelajar di SMK

Gedangsa. Perbezaan ini adalah signifikan dan menunjukkan pelajar dari

sekolah agama mempunyai persepsi dan minat yang positif tetapi sederhana

terhadap mata pelajaran ini. Secara keseluruhannya, persepsi pelajar terhadap

mata pelajaran ini amat positif dari kedua-dua buah sekolah. ini dapat

dibuktikan apabila dilihat pada pelajar yang mengatakan bahawa mata

pelajaran Pendidikan Islam ini amat berguna dan bermanfaat kepada diri iaitu

min yang diperoleh adalah 3.75. Ini dapat dilihat daripada hasil dapatan dari

kedua-dua buah sekolah yang telah dikaji.

Namun demikian, min bagi pelajar yang menyatakan bahawa mereka

mengulangkaji pelajaran Pendidikan Islam setiap hari adalah rendah

berbanding dengan item lain iaitu min yang diperoleh persepsi pelajar dari

kedua-dua buah sekolah adalah 2.22 dengan pemerolehan mediannya adalah 2.

Jelaslah di sini, dari aspek mengulangkaji pelajaran Pendidikan Islam ini amat

kurang dilakukan oleh pelajar sama ada dari SMK Gedangsa mahupun SAMT

Kuala Kubu Bharu. Sementara itu, min bagi pelajar yang mengatakan

berminat guru mengajar Pendidikan Islam dalam bilik darjah sahaja adalah

2.45 dengan modnya sebanyak 2.00.

70

5.5 Persepsi Pelajar Terhadap Cara Pengajaran Pendidikan Islam

Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat perbezaan antara pelajar SMK

dan pelajar SAMT terhadap cara pengajaran guru dalam mata pelajaran

Pendidikan Islam. Berbanding dengan pelajar SAMT Kuala Kubu Bharu, lebih

ramai berpendapat dan bersetuju bahawa guru Pendidikan Islam mereka

selalu menggunakan contoh-contoh yang tepat untuk menjelaskan tajuk-tajuk

yang sukar dikuasai oleh pelajar-pelajar. Pelajar SMK Gedangsa juga ramai

yang berpendapat bahawa guru akan memberikan latihan yang mencukupi

sebelum melangkah ke sesuatu tajuk atau unit yang baru kepada para

pelajarnya.

Sementara itu, pendapat pelajar dari kedua-dua buah sekolah yang mengatakan

bahawa guru menggunakan alat bantu mengajar (ABM) dalam pengajaran

memperoleh min sebanyak 2.51 dan dapatan pelajar yang berpendapat

mengatakan bahawa guru mereka sering mempelbagaikan teknik dan kaedah

mengajar dalam pengajaran memperoleh min sebanyak 2.98. Ini menunjukkan

teknik dan kaedah yang guru gunakan dalam pengajaran masih berada pada

tahap yang kurang memuaskan. Guru perlu mempelbagaikan kaedah dan

teknik dalam pengajaran dan pembelajaran agar pelajar tidak berasa bosan dan

pelajar lebih berminat dengan mata pelajaran ini. Pelajar berpendapat kelas

mereka dibahagikan kepada beberapa kumpulan agar mereka mudah

membuat aktiviti dalam pembelajaran boleh dinilai dengan min sebanyak 3.13.

Ini menunjukkan kebanyakan guru Pendidikan Islam sama ada di SMK

Gedangsa dan SAMT Kuala Kubu Bharu menggunakan teknik perbincangan

dan aktiviti kumpulan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

5.6 Persepsi Guru Terhadap Pelajar Semasa Mempelajari Pendidikan Islam

Hasil kajian menunjukkan ramai guru sama ada SMK Gedangsa dan SAMT

Kuala Kubu Bharu bersetuju bahawa pelajar mereka berasa gembira dan

seronok mempelajari Pendidikan Islam serta pelajar mereka begitu aktif ketika

proses pembelajaran berlaku. Sebilangan besar guru juga bersetuju bahawa

kebanyakan pelajar menghadapi masalah buku-buku bacaan tambahan

Pendidikan Islam dan kebayakan pelajar mereka tidak mempunyai bahan

71

bacaan tambahan Pendidikan Islam di rumah. Ini dapat dilihat melalui min

sebanyak 1.72. Dapatan kajian juga menunjukkan guru Pendidikan Islam

bersetuju menyatakan bahawa kebanyakan pelajar mereka tidak bersedia

terlebih dahulu dengan tajuk yang akan dipelajari. Ini dapat dilihat dengan

taburan min sebanyak 1.29. Bagi guru yang bersetuju mengatakan bahawa

semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlaku, komunikasi dua hala

kerap berlaku antara guru dengan pelajar atau antara pelajar dengan pelajar.

5.7 Cadangan Untuk Memupuk Minat Positif Pelajar Terhadap Mata

Pelajaran Ini

Tanggungjawab untuk mendidik atau menanam minat agama bukanlah terletak

pada bahu guru seorang guru Pendidikan Islam. Dalam hal ini, ibu bapa,

keluarga dan masyarakat juga berperanan besar dalam menentukan dan

menanam minat terhadap Pendidikan Islam. Guru Pendidikan Islam juga

haruslah sedar bahawa untuk menanam dan memupuk minat pelajar terhadap

Pendidikan Islam, mereka perlu menggunakan pelbagai pendekatan

pengajaran yang berkesan serta mempelbagaikan kaedah yang menarik.

Pandangan negatif terhadap mata pelajaran Pendidikan Islam seterusnya akan

memberi persepsi terhadap pendekatan dan pengajaran guru. Ini kerana, jika

seseorang pelajar tidak berminat terhadap sesuatu mata pelajaran, tentunya

pelajar akan kurang memberikan komitmen terhadap pelajaran tersebut dan

sekaligus pengajaran guru.

Dalam hal ini, pengakaji telah mencadangkan beberapa langkah agar mata

pelajaran Pendidikan Islam lebih diminati dan menjadi mata pelajaran yang

digemari oleh pelajar. Antaranya ialah:

Seorang guru Pendidikan Islam itu perlulah memastikan bahan-bahan

pengajaran dan pembelajaran yang akan disampaikan distrukturkan

secara sistematik supaya pelajar mudah mempelajarinya dan agar

pengajaran lebih teratur dan tersusun.

Penggunaan ABM adalah amat penting dalam sesuatu pengajaran

dan pembelajaran. Hal ini demikian kerana, dengan adanya alat bantu

mengajar, pelajar akan mudah memahami dan lebih berminat untuk

72

mempelajari sesuatu pelajaran itu. Jika dilihat kepada hasil kajian ini,

kebanyakan pelajar menyatakan guru mereka hanya menggunakan

kaedah kuliah (penceritaan) dan perbincangan aktiviti kumpulan

sahaja dalam kelas sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran

berlaku. Ini menimbulkan kebosanan dan kurang minat pelajar untuk

mempelajari mata pelajaran ini.

Seorang guru Pendidikan Islam juga dicadangkan agar

mempelbagaikan kaedah dan teknik semasa proses pengajaran dan

pembelajaran berlaku.

Sebagai seorang guru Pendidikan Islam khususnya, perlulah

mengamalkan proses pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dan

selari dengan gaya pembelajaran seoran pelajar dan menggunakan

kecerdasan pelbagai pelajarnya. Ini kerana, setiap pelajar mempunyai

kebolehan dan tahap kecerdasan dan kognitif yang berbeza antara

satu sama lain.

Guru juga perlu bijak menarik minat pelajar untuk membentuk satu

persepsi positif dan suasana pembelajaran yang menyeronokkan

terhadap mata pelajaran ini dengan menyelitkan unsur-unsur jenaka,

imiginasi kreatif dan analitikal dengan menggunakan domain

kognitif, psikomotor dan afektif. Seorang guru yang efektif adalah

guru yang mempunyai sifat-sifat imiginasi kreatif yang tinggi yang

membolehkan seorang guru itu memberi pelbagai contoh sesuai yang

dapat membantu pelajar untuk memahami konsep dengan mudah dan

tepat.

Guru perlu mengajar mengikut aras kebolehan pelajar, menggunakan

masa mengajar dengan sepenuhnya, masuk kelas mengajar dan keluar

kelas tepat pada waktunya dan juga memberikan masa secukupnya

kepada pelajar untuk menyiapkan tugasan dan latihan di kelas.

Seorang guru juga perlulah memberikan motivasi dan galakan kepada

pelajar supaya belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai

kecemerlangan akademik dan akhlak. Perlu menasihatkan dan

memasukkan unsur tarbiah dalam diri pelajar, tidak hanya setakat

mengajar untuk menghabiskan sukatan pelajaran sahaja tetapi di

73

samping mengajar, perlulah mendidik akhlak pelajar agar mereka

mengenali Allah.

Guru Pendidikan Islam diharapkan agar banyak memberi latihan

kepada pelajarnya.

Cadangan kepada Kementerian Pelajaran Malaysia agar menjadikan

mata pelajaran ini sebagai mata pelajaran yang wajib pelajar-pelajar

Islam mencapai kredit dalam SPM untuk memasuki IPTA atau IPTS

sebagaimana mata pelajaran teras lain iaitu Bahasa Melayu, Bahasa

Inggeris, Matematik dan Sejarah. Hal ini demikian kerana, jika

dijadikan salah satu syarat pelajaran yang wajib mereka mendapat

kelulusan terbaik untuk menempatkan diri ke IPTA, tentunya mereka

tidak akan mengambil enteng terhadap mata pelajaran ini.

Dicadangkan juga agar dijalankan ujian amali mandi wajib ujian al-

Quran dalam pelaksanaan PAFA. PAFA bukan sahaja untuk

menghasilkan pelajar yang tahu menghafal dan hanya melaksanakan

amalan yang dituntut, tetapi biarlah tujuan pelaksanaan PAFA yang

sebenarnya adalah untuk membentuk keperibadian muslim dan

melahirkan seorang pelajar yang beramal dengan ilmunya.

5.8 Cadangan Untuk Kajian Akan Datang

Pengkaji mencadangkan agar menjalankan kajian rintis terlebih dahulu

sebelum membuat kajian atau penyelidikan.

Kajian ini perlu dilakukan dan diperluaskan kepada sikap pelajar

terhadap mata pelajaran ini berdasarkan pengaruh tempat tinggal.

Pengkaji mencadangkan agar kajian akan datang dibuat berdasarkan

kepada faktor-faktor yang mempengaruhi minat pelajar tehadap mata

pelajaran ini.

Mengkaji persepsi pelajar terhadap pembelajaran bidang akhlak dalam

Pendidikan Islam dan aplikasinya kepada amalan kehidupan mereka.

Pengkaji mencadangkan agar meluaskan kajian ini kepada pelajar

Tingkatan 3 dan 5 pula.

74

Lakukan kajian kepada corak dan gaya pembelajaran pelajar dan

kaitannya dengan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Pendidikan

Islam.

5.9 Kesimpulan

Melalui kajian yang telah dijalankan, pengkaji membuat kseimpulan bahawa

terdapat hubungan yang signifikan tetapi sederhana antara persepsi pelajar

Tingkatan Dua terhadap mata pelajaran ini dengan cara pengajaran guru dalam

kelas. Pelajar Tingkatan Dua memberi persepsi yang baik terhadap cara

pengajaran guru. Ini bermakna, pelajar yang mempunyai persepsi positif pada

mata pelajaran ini akan memberi persepsi yang baik terhadap pengajaran guru.

75

BIBLIOGRAFI

Abd. Halim El-Muhammady (1994), Persatuan Bekas Mahasiswa Islam Timur

Tengah Pendidikan Islam Peranannya Dalam Pembangunan Ummah, Kuala

Lumpur:Budaya Ilmu Sdn Bhd.

Abdul Rahman Md Aroff dan Zakaria Kasa (1988), Falsafah dan Konsep Pendidikan,

Cetakan Kedua, Selangor:Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd.

Abdullah Ishak (Hj). (1995). Pendidikan Islam dan Pengaruhnya di Malaysia,

Cetakan Pertama, Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ahmad Jaffni Hassan, et.al. (1992), Kurikulum dan Pendidikan Guru, Cetakan Ketiga.

Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ahmad Mohd Salleh. (2004), Kursus Perguruan Lepasan Ijazah – Falsafah, Sejarah,

dan Kaedah Pengajaran Pembelajaran. Shah Alam : Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Aiiri Abu Bakar, (2003). Sikap Pelajar Terhadap Mata Pelajaran Pendidikan Islam :

Satu Kajian di Sekolah-Sekolah Menengah Daerah Alor Gajah, Melaka

dimuat turun daripada http://akademik.ukm.my/eda/projekge6553/islam.htm

pada 22 Mei 2008.

Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) & Peraturan-Peraturan Terpilih (2003), Petaling

Jaya : International Law Books Services.

Ali Al-Jumbulati, Abdul Futuh At-Tuwaanisi, (1994), (terj) H.M. Arifin Prof, Perbandingan

Pendidikan Islam, Cetakan Pertama, Jakarta:Penerbit Rineka Cipta.

Amir Awang. (1989), Teori-teori Pembelajaran, Cetakan Kedua, Petaling Jaya :

Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Bahagian Kurikulum Pendidikan Islam dan Moral, Jabatan Pendidikan Islam dan

Moral, Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia.

Ghazali Darusalam. (2004), Pedagogi Pendidikan Islam. Cetakan Kedua. Kuala

Lumpur:Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Hassan Langgulung. (1981), Beberapa Tinjauan Dalam Pendidikan Islam, Kuala

Lumpur:Pustaka Antara.

______________________ (1997), Pengenalan Tamadun Islam dalam Pendidikan,

Cetakan Ketiga. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ismail Ab.Rahman (1993), Pendidikan Islam Malaysia, Cetakan Kedua,

Bangi:Universiti Kebangsaan Malaysia.

76

Kamarul Azmi Jasmi, Abd Halim Tamuri. (2007). Pendidikan Islam–Kaedah

Pengajaran & Pembelajaran. Johor Bharu:Penerbit Universiti Teknologi

Malaysia.

Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, (2007), Edisi Keempat, Kuala Lumpur : Dewan

Bahasa dan Pustaka.

Kementerian Pendidikan Malaysia, (1988), Kajian Status Pengajaran dan

Pembelajaran Pendidikan Islam di Sekolah Menengah Malaysia, Kuala

Lumpur : Kementerian Pendidikan Malaysia.

Laporan Jawatankuasa Kabinet Mangkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran (7 November

1979), Cetakan Ketiga, Kuala Lumpur : Kementerian Pendidikan Malaysia.

Mohd Majid Konting (2005), Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Cetakan Ketujuh.

Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohd Yusuf Ahmad (2003), Pengajian Islam, Kuala Lumpur:Penerbit Universiti

Malaya.

Mohd Zamri Sabran, (1992), Sikap dan Persepsi Murid dan Guru Terhadap Mata

Pelajaran Alam dan Manusia, Universiti Malaya:Latihan Ilmiah Sarjana

Muda Pendidikan.

Mok Soon Sang. (2008), Pengurusan Kurikulum. Cetakan Kedua.

Selangor:Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Muhammad Sood, (1981). Perspesi Murid, Ibu Bapa, dan Guru Terhadap Pilihan

SMA Kerajaan Sabak Bernam, Selangor. Universiti Malaya : Tesis Sarjana

Pendidikan.

Mustafa Hj Daud. (1988). Beberapa Aspek Pemikiran Al-Maududi, Kuala Lumpur :

Dewan Bahasa dan Pustaka.

Nazri Hamid (2000), Sikap Pelajar Terhadap Mata Pelajaran Pendidikan Islam di

Dua Buah Sekolah, Universiti Malaya : Tesis Sarjana Pendidikan.

Norashikin Mohamad, (2005). Persepsi Guru Prasekolah Terhadap Literasi Sains.

Univerisiti Pendidikan Sultan Idris : Latihan Ilmiah.

Razali Arof. (1996), Pengantar Kurikulum. Cetakan Kedua. Kuala Lumpur:Dewan

Bahasa dan Pustaka.

Wan Mohd Zahid Wan Mohd Noordin. (1993), Wawasan Pendidikan Agenda

Negara. Cetakan Kedua. Kuala Lumpur:Nurin Enterprise.

77

Yahya Abdullah, (2003). Persepsi, Minat dan Penghayatan Terhadap Mata Pelajaran

Pendidikan Islam di Kalangan Pelajar-Pelajar Tingkatan Lima di SMK

SMudzaffar Shah, Simpang Empat Semanggol, Perak. dimuat turun daripada

http://akademik.ukm.my/eda/projekge6553/islam.htm pada 22 Mei 2008.

Zahariah Aiyub, (2005). Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Sikap Pelajar Terhadap

Pembelajaran Pendidikan Islam. Universiti Malaya:Tesis Sarjana Pendidikan.

Zalmiza binti Zakariya (2004), Penerimaan dan Penghayatan Pelajar Terhadap Mata

Pelajaran Pendidikan Islam : Satu Kajian di Sekolah-sekolah Menengah

Kebangsaan di Daerah Kota Setar, Kedah, : Universiti Kebangsaan Malaysia :

Tesis Sarjana.

Zuraini Abdul Majid, (2005). Persepsi Pelajar Terhadap Pengajaran Aqidah.

Universiti Malaya:Tesis Sarjana Pendidikan.

78

LAMPIRAN

79

SOALAN-SOALAN TEMU BUAL PELAJAR

Bahagian A

Latar Belakang Responden:

1. Nama responden

2. Latar belakang pendidikan dan pekerjaan ibu bapa

3. Pencapaian Pendidikan Islam (peperiksaan awal atau akhir tahun)

Bahagian B

Persepsi Pelajar Terhadap Mata Pelajaran Pendidikan Islam

1. Adakah anda berminat dengan mata pelajaran Pendidikan Islam?

2. Apakah faktor-faktor yang menyebabkan anda berminat/tidak berminat

dengan mata pelajaran Pendidikan Islam?

a) Guru

b) Kaedah yang digunakan oleh guru semasa mengajar.

c) Rakan-rakan

d) Diri sendiri

3. Adakah anda bersetuju jika waktu pembelajaran Pendidikan Islam

dilanjutkan masanya?

4. Pada pendapat anda, adakah Pendidikan Islam ini dapat menambah

pengetahuan yang luas dalam bidang agama untuk hidup anda dari segi

aspek:

a) Tokoh-tokoh Islam

b) Akidah

c) Tilawah dan hafazan

d) PAFA

5. Adakah anda membuat latihan dan persediaan untuk mata pelajaran

Pendidikan Islam tanpa disuruh oleh guru?

6. Antara belajar di dalam atau di luar bilik darjah, mana satu yang anda lebih

berminat dalam pembelajaran Penadidikan Islam.

80

7. Jika terdapat sesuatu topik yang kurang difahami, adakah anda bertanya

kepada guru Pendidikan Islam?

Persepsi Pelajar Terhadap Guru Pendidikan Islam

1. Bagaimana sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas, dari

segi suara dan bahasa yang digunakan oleh guru Pendidikan Islam, adakah

jelas dan mudah difahami oleh semua pelajar?

2. Adakah guru Pendidikan Islam anda menggunakan kaedah atau teknik

tertentu semasa pembelajaran Pendidikan Islam agar anda tidak bosan?

Contoh: menggunakan alat bantu mengajar seperti gambar-gambar, carta-

carta, tayangan video dan peta minda.

3. Adakah guru Pendidikan Islam anda menggunakan contoh-contoh yang

sesuai untuk menjelaskan sesuatu tajuk-tajuk yang sukar anda fahami?

4. Adakah guru anda menyelitkan unsur-unsur jenaka atau lawak sewaktu

mengajar Pendidikan Islam?

5. Bagaimana hubungan anda dengan guru Pendidikan Islam?

6. Adakah setiap kali pembelajaran, guru Pendidikan Islam anda akan

memberikan latihan?

7. Pada pandangan anda, adakah guru Pendidikan Islam anda memberi

maklum balas dengan segera, teragak-agak ataupun memberikan alasan

apabila diajukan soalan?

8. Adakah guru anda menggunakan buku teks sahaja sewaktu menerangkan

isi ataupun topik pelajaran?

9. Adakah guru anda mengaitkan isi pelajaran Pendidikan Islam dengan mata

pelajaran lain seperti Sains, Sejarah atau Geografi?

10. Cadangan dari phak anda, apakah kaedah yang seharusnya guru

Pendidikan Islam gunakan sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran

agar pelajar lebih berminat dalam mata pelajaran ini?

81

SOAL SELIDIK TENTANG PERSEPSI PELAJAR TERHADAP

MATA PELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM

A. LATAR BELAKANG PELAJAR

1. Nama Sekolah :

………………………………………………………………………...

2. Jantina : ………………………………………..

3. Pendapatan bulanan ibu bapa saya ialah:

Kurang RM500 ( )

Antara RM501-RM950 ( )

RM950 ke atas ( )

4. Sekolah saya terletak:

Bandar ( )

Luar Bandar ( )

5. Pekerjaan Ibu : ………………………

Bapa : ………………………

6. Tahap Pendidikan Ibu Bapa:

Sijil : ………………….

Diploma : ………………….

Ijazah : ………………….

Lain-lain : ………………….

82

B. Di bawah ini adalah kenyataan berhubung mata pelajaran Pendidikan

Islam. Sila tandakan (√) di ruang yang sesuai untuk menunjukkan

persetujuan anda.

16. Saya suka membaca buku-buku agama.

Sangat setuju ( )

Setuju ( )

Tidak setuju ( )

Sangat tidak setuju ( )

17. Saya sangat suka belajar Pendidikan Islam jika dibandingkan dengan pelajaran

lain.

Sangat setuju ( )

Setuju ( )

Tidak setuju ( )

Sangat tidak setuju ( )

18. Semasa proses pembelajaran Pendidikan Islam, saya berasa begitu seronok

untuk belajar.

Sangat setuju ( )

Setuju ( )

Tidak setuju ( )

Sangat tidak setuju ( )

19. Saya tidak pernah berasa jemu untuk mempelajari mata pelajaran Pendidikan

Islam.

Sangat setuju ( )

Setuju ( )

Tidak setuju ( )

Sangat tidak setuju ( )

83

20. Saya suka jika masa belajar Pendidikan Islam di dalam bilik darjah dilanjutkan

lagi tempoh pembelajarannya.

Sangat setuju ( )

Setuju ( )

Tidak setuju ( )

Sangat tidak setuju ( )

21. Saya dapat pengetahuan yang luas apabila mempelajari pelajaran Pendidikan

Islam.

Sangat setuju ( )

Setuju ( )

Tidak setuju ( )

Sangat tidak setuju ( )

22. Pelajaran Pendidikan Islam sangat berguna pada diri saya.

Sangat setuju ( )

Setuju ( )

Tidak setuju ( )

Sangat tidak setuju ( )

23. Saya suka latihan selepas tamat belajar Pendidikan Islam.

Sangat setuju ( )

Setuju ( )

Tidak setuju ( )

Sangat tidak setuju ( )

84

24. Latihan yang diberikan kepada kami adalah mencukupi.

Sangat setuju ( )

Setuju ( )

Tidak setuju ( )

Sangat tidak setuju ( )

25. Saya suka guru membawa pelajar ke luar bilik darjah untuk mempelajari

Pendidikan Islam.

Sangat setuju ( )

Setuju ( )

Tidak setuju ( )

Sangat tidak setuju ( )

26. Saya suka guru mengajar Pendidikan Islam di dalam bilik darjah sahaja.

Sangat setuju ( )

Setuju ( )

Tidak setuju ( )

Sangat tidak setuju ( )

27. Saya suka membaca buku mata pelajaran Pendidikan Islam sebagai persediaan

kelas tanpa disuruh oleh guru.

Sangat setuju ( )

Setuju ( )

Tidak setuju ( )

Sangat tidak setuju ( )

85

28. Setiap hari saya mengulang kaji mata pelajaran Pendidikan Islam.

Sangat setuju ( )

Setuju ( )

Tidak setuju ( )

Sangat tidak setuju ( )

29. Saya akan bertanya guru dengan apabila penerangan kurang jelas.

Sangat setuju ( )

Setuju ( )

Tidak setuju ( )

Sangat tidak setuju ( )

30. Pada saya, pelaksanaan PAFA amat penting kepada semua pelajar.

Sangat setuju ( )

Setuju ( )

Tidak setuju ( )

Sangat tidak setuju ( )

C. PERSEPSI PELAJAR TERHADAP CARA PENGAJARAN GURU

PENDIDIKAN ISLAM

1. Suara dan bahasa guru sewaktu mangajar amat jelas dan mudah difahami.

Sangat setuju ( )

Setuju ( )

Tidak setuju ( )

Sangat tidak setuju ( )

86

2. Guru selalu menggunakan contoh-contoh yang tepat untuk menjelaskan tajuk-

tajuk yang sukar dikuasai oleh pelajar-pelajar.

Sangat setuju ( )

Setuju ( )

Tidak setuju ( )

Sangat tidak setuju ( )

3. Guru menggunakan alat bantu mengajar (ABM) dalam pengajaran .

Sangat setuju ( )

Setuju ( )

Tidak setuju ( )

Sangat tidak setuju ( )

4. Guru selalu mengulang beberapa kali bab-bab atau konsep-konsep yang sukar

difahami.

Sangat setuju ( )

Setuju ( )

Tidak setuju ( )

Sangat tidak setuju ( )

5. Guru selalu memastikan kami agar benar-benar faham sebelum melangkah ke

tajuk atau unit yang baru.

Sangat setuju ( )

Setuju ( )

Tidak setuju ( )

Sangat tidak setuju ( )

87

6. Guru pandai menarik minat saya terhadap mata pelajaran Pendidikan Islam.

Sangat setuju ( )

Setuju ( )

Tidak setuju ( )

Sangat tidak setuju ( )

7. Hubungan saya dengan guru Pendidikan Islam adalah mesra dan rapat.

Sangat setuju ( )

Setuju ( )

Tidak setuju ( )

Sangat tidak setuju ( )

8. Guru selalu menggalakkan pelajarnya mengambil bahagian dalam aktiviti bilik

darjah.

Sangat setuju ( )

Setuju ( )

Tidak setuju ( )

Sangat tidak setuju ( )

9. Guru memberikan masa yang cukup untuk kami membuat latihan.

Sangat setuju ( )

Setuju ( )

Tidak setuju ( )

Sangat tidak setuju ( )

88

10. Kami disediakan latihan yang mencukupi sebelum melangkah ke sesuatu tajuk

atau unit yang baru.

Sangat setuju ( )

Setuju ( )

Tidak setuju ( )

Sangat tidak setuju ( )

11. Guru selalu mengambil berat terhadap mata pelajaran Pendidikan Islam.

Sangat setuju ( )

Setuju ( )

Tidak setuju ( )

Sangat tidak setuju ( )

12. Guru sering mempelbagaikan teknik dan kaedah mengajar agar pelajar tidak

berasa bosan.

Sangat setuju ( )

Setuju ( )

Tidak setuju ( )

Sangat tidak setuju ( )

13. Guru menyampaikan pengajarannya secara teratur dan mempunyai persediaan

yang rapi.

Sangat setuju ( )

Setuju ( )

Tidak setuju ( )

Sangat tidak setuju ( )

89

14. Guru mengajar sesuatu tajuk pelajaran dari peringkat yang mudah kepada

peringkat yang sukar agar pelajar lebih memahaminya.

Sangat setuju ( )

Setuju ( )

Tidak setuju ( )

Sangat tidak setuju ( )

15. Kelas kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan agar kami mudah

membuat aktiviti dalam pembelajaran.

Sangat setuju ( )

Setuju ( )

Tidak setuju ( )

Sangat tidak setuju ( )

90

Universiti Pendidikan Sultan Idris

Tanjung Malim, Perak

SOAL SELIDIK TENTANG PERSEPSI GURU PENDIDIKAN ISLAM

TERHADAP PELAJAR-PELAJAR SEMASA MEMPELAJARI MATA

PELAJARAN INI

Kami pelajar Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah Program Pendidikan Islam

UPSI, ingin membuat kaji selidik tentang persepsi guru Pendidikan Islam terhadap

pelajar-pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Kaji selidik ini adalah

bertujuan untuk memenuhi kajian kami yang bertajuk Persepsi Pelajar Terhadap

Mata Pelajaran Pendidikan Islam Di Dua Buah Sekolah Menengah Daerah Hulu

Selangor.

Kajian kami dibimbing oleh Ketua Jabatan Tamadun Islam dan Tamadun Asia

Tenggara (TITAS) iaitu Ustaz Misnan Jemali merupakan pensyarah di UPSI.

Oleh itu, kami berharap kerjasama dari guru-guru khususnya guru Pendidikan

Islam dapat menjayakan kaji selidik yang kami sediakan ini. Kerjasama dari guru-

guru sekalian adalah amat dihargai. Segala jawapan yang diberi adalah sulit serta

peribadi dan tidak akan didedahkan kepada pihak umum.

Terima kasih atas kerjasama yang diberikan.

Pengkaji:

Nor Hafizah Binti Abdul Rahim (L20081002181)

Asnuurien Najma Binti Ahmad (L20081002213)

Pelajar Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah

Program Pendidikan Islam, UPSI 2008

91

PERSEPSI GURU TERHADAP PELAJAR

Sila tandakan (√) di ruang yang telah disediakan.

BIL KENYATAAN-KENYATAAN SETUJU TIDAK

SETUJU

CATATAN

1. Pelajar lebih suka mempelajari Pendidikan Islam.

2. Pelajar saya sangat aktif dalam pembelajaran Pendidikan

Islam.

3. Pelajar saya telah bersedia awal dengan tajuk yang akan

dipelajari.

4. Pelajar saya berminat untuk mengupas dan memberi hujah

dalam sesuatu isu yang dilontarkan.

5. Interaksi antara pelajar dengan pelajar semasa

pembelajaran amat kurang.

6. Interaksi guru dengan pelajar lebih kerap semasa

pembelajaran.

7. Kebanyakan pelajar tidak mempunyai bahan bacaan

tambahan Pendidikan Islam di rumah.

8. Pelajar menghadapi masalah buku-buku bacaan tambahan

Pendidikan Islam.

9. Pelajar saya boleh membaca jawi, al-Quran dan menulis

jawi dengan baik.

10. Pelajar saya boleh membuat amali PAFA dan menjawab

lisan PAFA dengan baik.

11. Pelajar saya boleh menghayati Pendidikan Islam dalam

hidup.

12. Pelajar dapat menghubungkan pembelajaran dalam kelas

dengan kehidupan mereka di luar kelas.

13. Pelajar boleh membuat rujukan sendiri.

92

14. Pelajar boleh membuat nota sendiri tanpa bantuan dan

arahan guru.

15. Pelajar saya suka mengeluarkan idea dan pendapat semasa

proses pembelajaran dalam kumpulan.

16. Pelajar saya dapat menyiapkan latihan yang diberi dalam

tempoh masa yang diberikan.

17. Pelajar saya akan memberi respon positif setiap kali

pembelajaran Pendidikan Islam.

18. Semasa proses P&P pelajar saya dapat menghubungkaitkan

mata pelajaran Pendidikan Islam dengan mata pelajaran

lain.

19. Pelajar saya sering mengeluh jika diberi latihan dan

menghafaz ayat hafazan.

20. Semasa proses P&P dijalankan, komunikasi dua hala kerap

berlaku antara guru dengan pelajar atau pelajar dengan

pelajar.