26
PENGURUSAN JENAZAH SATU KEFARDHUAN

Pengurusan jenazah satu kefardhuan

Embed Size (px)

Citation preview

PENGURUSAN JENAZAHSATU KEFARDHUAN

Maksudnya: Tiap-tiap yang bernyawa

akan merasai mati, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Kami (Allah).

(Surah al-Ankabut,57)

• Hukum menguruskan jenazah ialah fardhu Kifayah dan wajib atas orang Islam yang hidup menguruskannya. Jika tidak seluruh masyarakat setempat akan berdosa.

KEWAJIPAN TERHADAP JENAZAH

TINDAKAN AWAL KETIKA BERLAKU KEMATIAN

• Tutup mata mayat. Mulutnya diikat dari bawah dagu hingga atas kepala dengan kain bersih supaya tidak terbuka.

• Melembutkan sendi-sendi anggota mayat ( jari, siku, lutut, dan kaki ) supaya mudah dimandi dan dikafankan.

• Letakkan sesuatu yang sederhana berat atas perut supaya perutnya tidak kembong.

• Tubuh badan mayat ditutup supaya auratnya tidak terdedah. Kemudian, letak mayat di tempat sesuai menghadap kiblat dan kedua-dua tanganya diletak atas dada(qiyam dalam solat)

MEMANDIKAN JENAZAH

- Perbuatan meratakan air ke seluruh anggota tubuh jenazah.

- Tujuan :* Hilangkan najis serta mengangkat hadas.* Supaya jenazah bersih dan suci.

CARA MEMANDIKAN JENAZAH• Letakkan jenazah di tempat yang agak tinggi supaya

memudahkan air mengalir.• Jenazah dihadapkan ke arah kiblat.• Aurat jenazah sentiasa ditutup.• Muka jenazah ditutup semasa air dijirus ke atasnya.• Tekan perutnya perlahan-lahan supaya najis dan

kotoran keluar.• Sugikan gigi dan bersihkan lubang hidung serta

telinga jenazah.• Bersihkan seluruh tubuh daripada najis dan benda

yang menghalang air.• Siram seluruh tubuh.Gunakan air yang dicampur

dengan daun bidara,kapur barus dan sabun.• Berniat ketika memandikannya.• Jenazah hendaklah diwudukkan dengan sempurna

HIKMAH MEMANDIKAN JENAZAH

• Islam pentingkan kebersihan.

• Menghormati manusia sebagai makhluk yang dimuliakan oleh Allah SWT.

• Membolehkan jenazah disolatkan.

• Menghadap Allah SWT dalam keadaan bersih dan suci.

MENGKAFANKAN JENAZAH

• Bermaksud menutup seluruh badan.

• Tujuan untuk menjaga maruah dan kehormatan.

• Afdal jenazah lelaki dikafan dengan 3 lapisan kain putih.

• Jenazah perempuan dikafankan 5 lapisan kain putih.

CARA MENGKAFANKAN JENAZAH

1.Kain kapan dihamparkan sehelai demi sehelai.

2.Setiap lapisan kain ditabur wangian ( kapur barus ) kecuali yang meninggal dunia dalam ilhram.

3.Kedua-dua tangan jenazah diletakkan di antara dada dan pusat seperti Qiam dalam solat.

4.Kapankan jenazah dengan berhati-hati dan lemah-lembut dengan menutup seluruh tubuhnya.

HIKMAH MENGAPANKAN JENAZAH

• Memelihara kemuliaan jenazah.• Menutup aib jenazah.• Memberi keinsafan bahawa manusia itu sama

di sisi Allah kecuali orang yang bertakwa.

SOLAT JENAZAH

• Solat yang dilakukan oleh orang yang hidup kepada orang mati.

• Tujuan untuk memohon keampunan, keredaan serta rahmat Allah SWT untuk si mati.

• Ia juga penghormatan terakhir seorang muslim terhadap saudara seagamanya.

RUKUN SOLAT JENAZAH1. Niat.2. Berdiri bagi yang mampu.3. Empat kali takbir.4. Membaca Al-Fatihah selepas takbir yang pertama.5. Berselawat ke atas Nabi selepas takbir kedua.6. Mendoakan mayat sesudah takbir ketiga.7. Memberi salam selepas takbir keempat

SOLAT JENAZAH LELAKI

• Rusuk kiri jenazah ke kiblat.• Imam berdiri bertentangan kepala

jenazah

JENAZAH

IMAM

MAKMUM

KIB

LAT

SOLAT JENAZAH PEREMPUAN

• Rusuk kanan jenazah ke kiblat.• Imam berdiri bertentangan pinggang

jenazah.

JENAZAH

IMAM

MAKMUM

KIB

LAT

CARA SOLAT JENAZAH1. Niat semasa takbir pertama.

Lafaz niat:

Maksudnya:Sahaja aku menunaikan solat ke atas mayat ini 4 takbir fardu Kifayah menjadi makmun kerana Allah .

2. Membaca surah al-Fatihah selepas takbir pertama.3. Takbir kedua dan membaca selawat kepada nabi seperti selawat dalam tahiyat akhir solat fardu.4. Takbir yang ketiga dan berdoa untuk si mati.5. Takbir keempat. Bacaan selepas takbir yang keempat.6. Memberi salam ke kanan dan ke kiri.

VIDEO SOLAT JENAZAH

HIKMAH SOLAT JENAZAH

• Memberikan penghormatan kepada si mati.• Menimbulkan Keinsafan• Memohon rahmat Allah SWT untuk si mati.• Mengeratkan silaturahim dengan keluarga si mati.

MENGEBUMIKAN JENAZAH

• Kewajipan terakhir terhadap jenazah.• Tujuannya untuk menjaga keselamatan,

maruah dan kehormatan jenazah.

CARA MENGEBUMIKAN JENAZAH• Menggali kubur dengan

kedalaman yang sesuai supaya tidak berbau dan dikorek binatang buas.

• Jenazah dimasukkan dalam liang lahad didahului bahagian kepala.

• Jenazah dibaringkan mengiring di atas rusuk kanan menghadap kiblat.

• Meninggalkan tanah kubur kadar sejengkal.

HIKMAH MENGEBUMIKAN JENAZAH

• Supaya tidak dimakan binatang buas.

• Supaya tidak berbau.

• Memuliakan jenazah.

VIDEO KEBUMI JENAZAH