10
DOKUMEN PEMBUKTIAN KONTRAK PEMBELAJARAN KOKURIKULUM (HHHC9501) KEMAHIRAN PEMIKIRAN KRITIKAL, PENYELESAIAN MASALAH DAN PENDEKATAN SAINTIFIK NAMA: SITI SAFIAH RASYIDAH BT MUSTAPA (A146385) PROGRAM: BENGKEL GAFE ( GOOGLE APPLICATION FOR EDUCATION) TEMPOH PROGRAM: 9 APRIL 2015 27 MEI 2015 TEMA PROGRAM: INSPIRING GOOGLE KNOWLEDGE ˮ ANJURAN : KELAB INFORMATIK FTSM, UKM

Pembuktian hp pemikiran kritikal dan pnylesaian mslh

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Pembuktian hp pemikiran kritikal dan pnylesaian mslh

DOKUMEN PEMBUKTIAN KONTRAK PEMBELAJARAN KOKURIKULUM (HHHC9501)

KEMAHIRAN PEMIKIRAN KRITIKAL, PENYELESAIAN MASALAH DAN PENDEKATAN SAINTIFIK

NAMA: SITI SAFIAH RASYIDAH BT MUSTAPA (A146385)

PROGRAM:  BENGKEL GAFE ( GOOGLE APPLICATION FOR EDUCATION)  TEMPOH PROGRAM: 9 APRIL 2015 – 27 MEI 2015

TEMA PROGRAM:“ INSPIRING GOOGLE KNOWLEDGE ˮ

ANJURAN : KELAB INFORMATIK FTSM, UKM

Page 2: Pembuktian hp pemikiran kritikal dan pnylesaian mslh

PENASIHAT PROGRAM :

DR. SHEREENA BINTI MOHD ARIF

KETUA PENGARAH :

MOHD AFAA BIN AHMAD

TARIKH :

25 & 27 MEI 2015 ( 8 – 11 MALAM )

TEMPAT :

MAKMAL KHAS 1, FTSM, UKM

JAWATAN :

AJK PROTOKOL & PESERTA

Page 3: Pembuktian hp pemikiran kritikal dan pnylesaian mslh

LATAR BELAKANG PROGRAM

Bengkel GAFE ini dirancang di peringkat kelab sebagai platform bagi memberi persedian kepada aktiviti yang bakal dilaksanakan pada masa akan datang iaitu Bengkel pengajaran Google untuk guru. Dan apa yang dipelajari daripada bengkel GAFE ini akan diaplikasikan pada bengkel pengajaran untuk guru yang mana ahli kelab Informatik sendiri yang akan mejadi tenaga pangajar semasa bengkel itu berlangsung nanti.

Selain itu, bengkel GAFE ini juga merupakan salah satu langkah Kelab Informatik dengan kerjasama seorang pelajar UKM iaitu SC Kim yang menjadi Google Student Ambassador (GSA) bagi memperkenalkan dan mendedahkan kepada ahli kelab tentang aplikasi Google. Melalui program ini ahli kelab akan dapat meningkatkan kemahiran mereka yang sedia ada dalam menggunakan produk Google dan berkongsi pengetahuan yang mereka perolehi dengan yang lain.

Page 4: Pembuktian hp pemikiran kritikal dan pnylesaian mslh

MISI PROGRAM : Mengadakan bengkel GAFE sebagai satu platform persediaan untuk ahli kelab

mempelajari dan berkongsi pengetahuan yang diperoleh dengan yang lain.

VISI PROGRAM : Mengaplikasikan apa yang dipelajari ke dalam Bengkel GAFE yang akan datang

iaitu GAFE for teacher.

OBJEKTIF PROGRAM : Mempromosikan produk Google serta memberi pendedahan kepada ahli kelab

tentang aplikasi Google. Memberi pendedahan kepada ahli kelab tentang Google Student Ambassador

(GSA) . Melahirkan mahasiswa yang berketerampilan dalam menggunakan teknologi

maklumat yang ada pada masa kini, berdaya saing dan bertanggungjawab di peringkat fakulti, universiti, kebangsaan, serantau dan antarabangsa.

 

 

Page 5: Pembuktian hp pemikiran kritikal dan pnylesaian mslh

TUGAS YANG DILAKSANAKAN

Mendapatkan tempat yang sesuai untuk melakukan aktiviti.

- Mencari tempat yang mempunyai kemudahan untuk menggunakan komputer dan Internet.

  Menyiapkan surat tempahan makmal untuk melakukan aktiviti.

- Menyiapkan satu surat tempahan makmal untuk mendapatkan kelulusan dari Dekan FTSM.

Page 6: Pembuktian hp pemikiran kritikal dan pnylesaian mslh

HASIL PEMBELAJARAN

Hasil pembelajaran yang saya perolehi adalah, dengan adanya pemikiran kritikal dalam diri seseorang maka sesuatu keputusan yang dibuat pasti akan bernas dan sempurna.

  Ini kerana dengan berfikiran kritikal seseorang itu akan mempertimbangkan sesuatu idea

dengan cara menilai, membezakan dan menyoal sama ada sesuatu perkara itu benar atau salah sebelum membuat sesuatu keputusan.

  Oleh itu, sebelum membuat sesuatu keputusan saya akan berfikir secara mendalam dan

memberi pertimbangan yang serius tentang idea tersebut kerana sebarang keputusan yang dibuat pasti akan memberi kesan ke atas kelancaran program yang akan dilaksanakan.

  Sebagai contoh, kami sering menghadapi konflik dalam menentukan tarikh dan masa untuk

melakukan aktiviti yang mana tarikh dan masa yang dicadangkan selalu bercanggah dengan jadual ahli kelab, maka selepas berfikir secara mendalam semua ahli bersepakat untuk mengadakannya pada waktu malam.

Di samping itu, saya dapat rasakan dengan berfikiran kritikal ia menjadikan saya lebih matang, lebih berhemah dan betanggungjawab, tidak mudah terpengaruh dengan orang lain dan lebih berfikiran rasional.

Page 7: Pembuktian hp pemikiran kritikal dan pnylesaian mslh

MASALAH YANG DIHADAPI DAN PENYELESAIANNYA

Dalam mengendalikan program ini saya telah menghadapi beberapa

masalah. Antaranya :

Menghadapi masalah dalam menempah makmal untuk melakukan aktiviti yang mana surat tempahan yang dihantar tidak diterima oleh pegawai di Pejabat Dekan kerana bersifat tidak formal dan saya telah mengatasi masalah tersebut dengan mencari dan mendapatkan contoh format daripada rakan dari PERTAMA untuk dibuat rujukan.

Selain itu, kami juga menghadapi masalah dalam menentukan tarikh dan masa untuk melakukan aktiviti yang mana tarikh dan masa yang dicadangkan bercanggah dengan jadual ahli kelab. Kami telah mengatasi masalah tersebut dengan berbincang dan mendapatkan suara majoriti daripada ahli kelab.

Page 8: Pembuktian hp pemikiran kritikal dan pnylesaian mslh

TEKNIK PENYELESAIAN MASALAH

STRENGTHS

- tenaga pengajar yang bagus

- kandungan pengajaran yang up to date.

WEAKNESSES

- kurang mendapat sambutan

- pengurusan masa

OPPORTUNITIES

- meningkatkan ilmu pengetahuan yang sedia ada

- belajar benda baru

THREATS

- pertindihan jadual antara ahli kelab

- faktor waktu

Page 9: Pembuktian hp pemikiran kritikal dan pnylesaian mslh

Menyediakan surat

tempahan makamal

ManEnvironment

Material Method

kurang pengetahuan dalam dalam urusan formal

Surat tempahan yang tidak formal

Kekurangan masa

Surat yang tiada header, footer dan no. rujukan

Tidak mengikut format menulis surat yang betul

Membetulkan semula dengan merujuk kepada format yang asal

Page 10: Pembuktian hp pemikiran kritikal dan pnylesaian mslh

KESIMPULAN

Sebagai salah seorang AJK dan ahli kelab yang terlibat dalam menjayakan bengkel ini, saya berasa sangat berbangga kerana dapat bekerjasama dengan semua ahli yang lain. Dan hasil daripada penerapan aspek pemikiran kritikal, penyelesaian masalah dan pendekatan saintifik dalam projek ini, Bengkel GAFE ini telah berlangsung dengan jayanya. Walaupun terdapat beberapa masalah yang timbul semasa dalam proses perancangan dan pengendalian bengkel ini tetapi masalah tersebut telah berjaya diatasi kerana setiap ahli menunujukkan sikap dan kerjasama yang baik dalam menanangani masalah tersebut iaitu dengan sama- sama berfikir dan mengutarakan pendapat dan jalan penyelesaian masing-masing. Dan sememangnya dengan adanya penerapan pemikiran kritikal, pnyelesaian masalah dan pendekatan saintifik dalam sesebuah organisasi maka segala apa yang dirancang pasti akan berjalan dengan lancar dan seiring dengan apa yang dirancang dan diharapkan.