25
Pembinaan dan Pengembangan Bahasa Melayu di Malaysia 2011 Sejarah Ringkas Bahasa Melayu. Bahasa Melayu dikaitkan dengan bangsa, budaya dan sejarahnya tersendiri manakala Bahasa Malaysia lebih bersifat politik dan berkeperluan dalam memiliki bahasa baku. Terdapat lima peringkat perkembangan bahasaMelayu; Bahasa Melayu Purba, Bahasa Melayu Kuno, Bahasa Melayu Klasik, Bahasa Melayu Pra Moden dan Bahasa Melayu Moden Tiada sebarang tinggalan sejarah bahasa Melayu Purba kecuali andaian semata-mata sahaja. Agama Hindu telah sekian lama berada di bumi Melayu ketika perkembangan bahasa Melayu berada di tahap bahasa Melayu Kuno, maka masyarakat penutur bahasa Melayu ketika itu tidak dapat lari daripada pengaruh Hindu dari sudut yang pelbagai. Terdapat beberapa bentuk tulisan pengaruh Brahmin yang digunakan di Nusantara; tulisan Pallava, Kawi dan Rencong. Ketika kedatangan agama Islam dan orang Arab di Kepulauan Melayu, bahasa Melayu itu telah berevolusi ke peringkat bahasa Melayu Klasik. Disini, pemikiran masyarakat telah berubah ke arah yang saintifik dan rasional. Penduduk bumi Melayu dan bahasa Melayu itu sendiri telah diislamkan. Aksara Jawi telah menggantikan sistem-sistem tulisan sebelum ini. Perkataan pinjaman Arab juga digunakan dan telah diasimilasi ke dalam bahasa Melayu disamping Bahasa Melayu dijadikan bahasa penyebaran ilmu dan agama Islam sehingga digelar bahasa Islam. Perkembangan pesat dan perluasan pengaruh bahasa Melayu telah mencapai peringkatlingua franca. Ketika zaman ini,

Pembinaan dan pengembangan bahasa melayu di malaysia 2011

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Pembinaan dan pengembangan bahasa melayu di malaysia 2011

Pembinaan dan Pengembangan Bahasa Melayu di Malaysia 2011Sejarah Ringkas Bahasa Melayu.

Bahasa Melayu dikaitkan dengan bangsa, budaya dan sejarahnya tersendiri manakala Bahasa

Malaysia lebih bersifat politik dan berkeperluan dalam memiliki bahasa baku.

Terdapat lima peringkat perkembangan bahasaMelayu; Bahasa Melayu Purba, Bahasa Melayu

Kuno, Bahasa Melayu Klasik, Bahasa Melayu Pra Moden dan Bahasa Melayu Moden

Tiada sebarang tinggalan sejarah bahasa Melayu Purba kecuali andaian semata-mata sahaja.

Agama Hindu telah sekian lama berada di bumi Melayu ketika perkembangan bahasa Melayu

berada di tahap bahasa Melayu Kuno, maka masyarakat penutur bahasa Melayu ketika itu tidak

dapat lari daripada pengaruh Hindu dari sudut yang pelbagai. Terdapat beberapa bentuk tulisan

pengaruh Brahmin yang digunakan di Nusantara; tulisan Pallava, Kawi dan Rencong. Ketika

kedatangan agama Islam dan orang Arab di Kepulauan Melayu, bahasa Melayu itu telah

berevolusi ke peringkat bahasa Melayu Klasik. Disini, pemikiran masyarakat telah berubah ke

arah yang saintifik dan rasional. Penduduk bumi Melayu dan bahasa Melayu itu sendiri telah

diislamkan. Aksara Jawi telah menggantikan sistem-sistem tulisan sebelum ini. Perkataan

pinjaman Arab juga digunakan dan telah diasimilasi ke dalam bahasa Melayu disamping Bahasa

Melayu dijadikan bahasa penyebaran ilmu dan agama Islam sehingga digelar bahasa Islam.

Perkembangan pesat dan perluasan pengaruh bahasa Melayu telah mencapai peringkatlingua

franca. Ketika zaman ini, Melaka sedang menikmati era kegemilangannya. Bahasa Melayu

Moden hari ini merupakan lanjutan daripada sistem penulisan Bahasa Melayu Klasik,

terutamanya Hikayat Hang Tuah, Salasilah Melayu, Hikayat Acheh dan sebagainya.

Dasar imperialisme Barat telah mengubah wajah bahasa Melayu buat selama-lamanya. Berbagai-

bagai kata pinjaman khususnya kata pinjaman bahasa Inggeris telah diguna pakai dan

diasimilasikan ke dalam bahasa Melayu. Pihak Inggeris telah merumikan bahasa Melayu namun

hasil itu tidak berjaya menghapuskan tulisan Jawi, cuma memalapkan penggunaannya. Zaman

bahasa Melayu Moden boleh dikira telah bermula ketika pembentukan negara Malaysia.

Page 2: Pembinaan dan pengembangan bahasa melayu di malaysia 2011

Peringkat bahasa ini adalah lebih maju berbanding dengan peringkat-peringkat yang sebelumnya

dimana tiada peristilahan terutamanya istilah sains dan teknolgi.

2.      Pembinaan Bahasa Melayu

Bahasa Baku adalah satu ragam bahasa yang dijadikan untuk tujuan dan keperluan rasmi. Urusan

rasmi memerlukan ketepatan maklumat dan kecekapan perhubungan, justeru itu, bahasa yang

digunakan perlu memenuhi ciri-ciri tersebut. Ragam bahasa yang dapat memenuhi tuntutan

tersebut adalah bahasa baku kerana bahasa baku adalah sebuah bentuk bahasa yang menekankan

kerapian, kejelasan dan ketepatan baik dalam hal susunan mahupun makna.  Soal pemilihan kata,

ketepatan makna, tatabahasa dan juga gaya bahasa juga ditekankan. Pengungkapan pemikiran

dan hal-hal ilmu juga dilakukan dalam bahasa baku. Dalam bentuk lisan, suasana dan keperluan

rasmi dan formal itu berlaku dalam ucapan, syarahan, pengajaran,mesyuarat dan taklimat. Dapat

juga ditambahkan bahawa untuk tujuan estetik seperti dalam deklamasi sajak dan nyanyian,

sering digunakan juga bahasa baku (dalam hal sebutan). Dalam bentuk tulisan pula, bahasa baku

digunkana dalam surat rasmi, arahan, pekeliling, laporan, iklan pekerjaan, tender, minit

mesyuarat dan sebagainya. Bahasa ini juga dapat dikatakan sebagai bahasa cendekiawa dan

golongan terpelajar iaitu golongan yang berperanan menggerakkan sektor-sektor penting seperti

pentadbiran, pendidikan, kehakiman , perdagangan, dan sebagainya.(Awang Sariyan:2006).

Mengikut Kamus Dewan, baku bermaksud i) Yang pokok, yang dasar, yang benar dan ii) Yang

diterima umum sebagai bentuk yang sah dan betul dan dijadikan asas perbandingan    (berkenaan

bahasa, sebutan, ejaan dan sebagainya yang standard).

Terdapat empat tahap dalam evolusi bahasa yang dikemukan oleh St. Takdir Alisjahbana, iaitu;

Pemilihan Bahasa Kebangsaan, Propoganda bahasa, Pembinaan dan Pembakuan dan Perluasan

penggunaannya.

Didalam konteks bahasa Melayu, bahasa Melayu telah dipilih menjadi bahasa Kebangsaan,

Rasmi dan Ilmu atas dasar politik. Kemudiannya, propaganda ‘Bahasa Jiwa Bangsa’,

‘Gunakanlah Bahasa Kebangssaan Kita’, ‘Majulah Bahasa Majulah Bangsa’ dan sebagainya

Page 3: Pembinaan dan pengembangan bahasa melayu di malaysia 2011

dilaungkan untuk menyemarakkan semangat rakyat Malaysia unuk menggunakan Bahasa

Malaysia. Pembinaan dan pembakuan bahasa tersebut adalah perlu supaya bahasa itu dapat

dijadikan bahasa ukuran, tepat dan benar. Peluasan penggunaan sesuatu bahasa bergantung

kepada fungsi yang diberikan kepadanya dan juga bermaksud penggembangan bahasa tersebut.

Perancangan bahasa meliputi dua bahagian, taraf bahasa dan korpus bahasa. Taraf bahasa adalah

sesuatu taraf atau fungsi yang diberikan kepada bahasa itu, contohnya bahasa Melayu adalah

bahasa Rasmi negara Malaysia. Perluasan bahasa Melayu adalah berkaitan secara langsung

dengan fungsi yang diberikan kepadanya. Di Malaysia, bahasa Melayu telah dijadikan bahasa

Rasmi Negara di dalam Perlembagaan Perseketuan Malaysia, bahasa Kebangsaan di dalam

Perlembagaan dan Akta Bahasa kebangsaan 1963/67 serta bahasa wahana ilmu mengikut Dasar

Pelajaran Kebangsaan, peranan-peranan yang sangat penting sifatnya. Sarawak menggunakan

bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negeri tersebut pada tahun 1985.

Perancangan korpus bahasa adalah bermaksud perancangan dan pembinaan bahan atau isi

didalam bahasa seperti ejaan dan sebutan. Proses ini adalah berterusan namun batu asas telah

diletakkan. Pembakuan bahasa adalah aspek yang penting dalam pembinaan bahasa. Aspek ejaan

adalah aspek asas dan merupakan  intipati bahasa selain sebutan. Maka ejaan dibakukan terlebih

dahulu berbanding aspek yang lain. Kedua, peristilahan dibina, kosa kata diperkayakan,

tatabahasa dimantap dan laras bahasa dikukuhkan barulah sebutan baku direncanakan.  Namun

demikian, perancangan bahasa adalah berlandaskan Dasar Bahasa Kebangsaan.

Pembinaan bahasa dapat difahami sebagai usaha, tindakan atau proses untuk melengkapkan

bahasa dari sudut korpusnya serta mengetengahkan bentuk bahasa yang benar dan yang dapat

dijadikan dasar ukuran. Perancangan korpus bahasa meliputi aspekejaan, peristilahan, kosa kata,

tatabahasa, sebutan dan  laras bahasa. Tujuan pembinaan bahasa Melayu adalah untuk

memantapkan dan memperkemasakan sistem bahasa Melayu. Bahasa Melayu memang tersedia

ada sejak berkurun lamanya dan telah melalui pelbagai susur galurnya yang tersendiri. Namun

Page 4: Pembinaan dan pengembangan bahasa melayu di malaysia 2011

demikian, kita perlu mengkulturkan bahasa Melayu supaya ianya terus hidup dengan sebaik

mungkin bukan sekadar wujud sahaja.

Pembinaan bahasa Melayu bukanlah sesuatu usaha yang baru dilakukan, tetapi bermula sejak

zaman Melayu Klasik melalui bahasa Pesuratan tatkala proses penyebarkan dan pengembangan

ilmu agama islam, sains, perdagangan, kesusasteraan dan sebagainya tanpa disedari dan

terancang manakala proses pembinaan bahasa Melayu secara sedar dan terancang adalah ketika

proses menuntut kemerdekaan daripada penjajah Inggeris dan selepas kelahiran Dewan Bahasa

dan Pustaka pada 22 Jun 1956, pembinaan bahasa Melayu dilakukan dengan lebih terancang dan

efisen serta dengan penuh kesedaran.

3.      Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)

Pakatan Belajar-Mengajar Pengetahuan Bahasa yang kemudiannya telah bertukar nama ke

Pakatan Bahasa Melayu Persuratan Buku Diraja Johor telah menerajui perancangan korpus pada

tahun 1888 dengan menyusun panduan ejaan, kamus, tatabahasa, tanda-tanda bacaan, surat

kiriman, karangan, peristilahan dan sebagainya (Abdul Rashid Melebak & Amat Jauhari Moain:

2006).

DBP telah bermula sebagai Balai Pustaka di Johor Bahru pada 22 June 1956, ketika Kongres

Bahasa dan Persuratan Melayu III pada 16 – 21 September 1956. Sebagai nafas baru, Balai

Bahasa dinamai DBP dimana pada awal kelahirannya DBP menjalankan fungsi sebagai sebuah

jabatan kerajaan. Tujuan pembentukan DBP adalah untuk membina, membakukan,

memperkayakan, mengembang dan menyebarkan bahasa Melayu dan kesusasteraan bahasa

Meayu secara terancang supaya dapat mencapai tujuan politiknya iaitu menjadi bahasa

Kebangsaan, bahasa Rasmi dan bahasa wahana ilmu di Malaysia. DBP diberi tanggungjawab

dalam memastikan keterusan hidup bahasa melayu dan kesusasteraan bahasa Melayu.. Segala

perkara yang berkaitan dengan bahasa Melayu di Malaysia juga mempunyai perkaitan dengan

Page 5: Pembinaan dan pengembangan bahasa melayu di malaysia 2011

badan ini. DBP adalah sebuah badan yang telah dikanunkan di bawah Kementerian Pendidikan

Pembinaan bahasa selepas lulusnya Akta DBP 1959.

Mengikut Ordinan Dewan Bahasa dan Pustaka 1959, sebuah badan berkanun boleh membentuk

dan menggubal polisi berkenaan bahasa Melayu, bertanggungjawab untuk membina dan

menyebarkan bahasa Melayu dan melakukan perniagaan penerbitan.

Matlamat formal DBP mengikut Ordinan Dewan Bahasa dan Pustaka 1959 adalah; Memajukan

dan memperkayakan Bahasa Kebangsaan, Memajukan bakat kesusasteraan terutamanya dalam

bahasa Melayu, Mencetak dan menerbitkan atau membantu usaha percetakan atau penerbitan

buku, risalah dan bentuk-bentuk persrtan yang lain dalam bahasa Kebangsaan dan bahasa-bahasa

lain, Membakukan ejaan dan sebutan serta menggubal istilah-istilah yang sesuai dalam bahasa

Kebangsaan.

Percetakan dan penerbitan pelbagai buku, kamus, risalah, majalah dan lain-lain bentuk

persuratan dalam bahasa Melayu dan bahasa-bahasa lain telah dilakukan oleh DBP.

Bagi mengukuhkan usaha-usaha ini maka pelbagai kongres dan seminar tentang bahasa dan

sastera Melayu telah diadakan. Sebagai contohnya, Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu pada

tahun 1952. Kegiatan- kegiatan seumpama ini membolehkan bahasa Melayu semakin

berkembang sehingga menjadi bahasa moden yang digunakan sebagai bahasa pengantar di

institusi pengajian tinggi dan tulisan ilmiah. 

4.      Ejaan

5.1 Sistem Ejaan Rumi

Sistem ejaan bahasa Melayu adalah berdasarkan prinsip fonetik, perkataan dieja mengikut

sebutan dan sebutan disebut mengikut ejaan, tiada kewujudan huruf senyap di dalam ejaan

bahasa Melayu (Awang Sariyan:2006). Adalah menjadi lebih mudah untuk mempelajari bahasa

Melayu jika didalam bahasa Rumi kerana ejaan dan sebutan yang fonetik adalah selaras dengan

bahasa-bahasa lain yang menggunakan font Rumi seperti huruf ₔ dan é.

Page 6: Pembinaan dan pengembangan bahasa melayu di malaysia 2011

Ejaan Malindo iaitu satu bentuk ejaan bersama oleh Indonesia dan Tanah Melayu adalah hasil

kerjasama antara pihak kerajaan Tanah Melayu (diwakili Ejaan Rumi Perseketuan Tanah

Melayu) dengan kerajaan Indonesia (diwakili Panitia Perlaksanaan Kerjasama Bahasa Melayu-

Bahasa Indonesia) yang telah diadakan di Jakarta pada tahun 1959. Cadangan asal perasmian

penggunaan Ejaan Malindo digunakan adalah selewat-lewatnya pada tahun 1962. Dek kerana

konfrontasi yang telah dilancarkan pihak Indonesia pada tahun 1966, usahasama itu terpaksa

ditangguhkan. Namun, selepas hubungan antara diplomasi Malaysia dan Indonesia dibaikpulih,

Ejaan Bersama telah diaksanakan dengan segera.

Konfrontasi ‘Ganyang Malaysia’ telah merencatkan system ejaan Tanah Melayu. Di atas

keperluan yang mendesak, beberapa pihak tertentu telah membentuk system ejaan yag tersendiri

seperti Universiti Malaya yang telah menubuhkan Sistem Ejaan Universiti Melaya pada tahun

1971 yang didasarkan system Ejaan Bersama Malaysia-Indonesia dan Ejaan Cadangan Malaysia.

(Awang Sariyan:2006).

Za’ba memperkemaskan usaha R.J. Wilkinson, maka hasil kerjanya itu dinamakan ‘Sistem Ejaan

Rumi yang Baru’ dan diterbitkan pada tahun 1972. Ejaan Rumi itu bukanlah sesuatu ejaan yang

mempunyai perbezaan ketara tetapi ejaan baru itu tidak lebih daripada peningkatan system ejaan

yang sedia ada (dengan penambahan beberapa abjad bahasa Arab) yang masih kekal

penggunaannya sehingga kini (Awang Sariyan:2006).. Adalah agak malang kerana didapati

Ejaan Rum ini mempunyai banyak kelemahan kerana ianya terhasil daripada pengamatan Za’ba

sahaja. Pada 16 Ogos 1972, Sistem Ejaan Bersama Malaysia-Indonesia (juga dikenali sebagai

Sistem Ejaan Baharu) diisytiharkan penggunaannya di Malaysia dan Indonesia. Dewan Bahasa

Pustaka telah menerbitkan risalah Sistem Ejaan Rumi Baharu Bahasa Malaysia untuk pedoman

umum pada tahun itu juga.

Pedoman Umum Ejaan Bahasa Malaysia (PUEBM) diterbitkan oleh Dewan Bahasa Pustaka pada

tahun 1975 untuk menyelaraskan ejaan Rumi di kalangan pengguna Bahasa Melayu di

Malaysia. Pada tahun 1981, DBP telah menghasilkan buku Daftar Ejaan Rumi Bahasa

Page 7: Pembinaan dan pengembangan bahasa melayu di malaysia 2011

Malaysia.  Buku yang paling muktahir tentang sistem ejaan Rumi bahasa Melayu ialah

Pedoman Ejaan Rumi Bahasa Melayu yang diterbitkan pada tahun 1996.

5.2 Sistem Tulisan Jawi

Tulisan Jawi adalah sebuah bentuk aksara yang telah diperkanalkan dan digunaakai sejak

kedatangan orang Arab Islam di Nusantara. Tulisan Jawi adalah pemangkin kepada

perkembangan penggunaan bahasa Melayu sebagai lingua franca. Mengikut Shellaber, terdapat

satu piawai dalam system tulisan di Kepulauan Melayu.

Sebuah jawatankuasa penyiasat tulisan Jawi-Rumi dalam Kongres Persuratan Melayu se-Melaya

Kedua yang diadakan di Seremban pada tahun 1954, telah diadakan untuk membandingkan

anatara system tulisan Rumi dan Jawi. Hasil kajian/penyiasatan tersebut merumuskan bahawa

terdapat 11 kelebihan tulisan rumi berbanding 12 kelemahan tulisan Jawi (kesimpulan ini

disimpulkan dalamMemorandum Mengenai Tulisan Rumi untuk Bahasa Melayu 1954 ).

Angkatan Sasterawan 50 telah mengesyorkan bahawa tulisan Rumi digunakan untuk ejaan

(persuratan) rasmi bahasa Melayu namun tulisan Jawi tidak dihapuskan sehingga masa

menentukannya.

Pada tahun1981, Jawatankuasa Mengkaji Penggunaan Bahasa Malaysa telah mengesyorkan

supaya ejaan Jawi dikaji dan diperkemaskan semula untuk tujuan penggunaan di sekolah. Ini

adalah untuk mengelak buta jawi. Maktab Perguruan Islam telah mempelopori gerakan

penyebaran Jawi.

Pada Februari 1983, dalam satu bengkel di Dewan Bahasa dan Pustaka, yang membahaskan

kajian Awang Mohamad Amin mengenai kaedah tulisan Jawi Za’ba oleh Raja Mukhtaruddin bin

Raja Mohd. Dain dan Haji Hamdan bin Haji Abdul Rahman yang membahaskan artikelnya

“Sistem Ejaan Jawi Bahasa Melayu Bagi Memenuhi KeperluanMasa Depan”; kesannya telah

diwujudkan satu jawatankuasa ejaan Jawi Dewan Bahasa dan Pustaka bagi menyemak system

Page 8: Pembinaan dan pengembangan bahasa melayu di malaysia 2011

tulisan yang ada pada ketika itu (khususnya system tulian Jawi Za’ba) serta

memperkemaskannya.

Jawatankuasa Ejaan Jawi telah ditubuhkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka.Menjelang tahun

1986 dan terdapat buku Panduan Ejaan Jawi yang Disempurnakan diterbitkan oleh Dewan

Bahasa dan Pustaka unuk pedoman umum. Sistem ejaan Jawi yang telah disemak,

diperkemaskan, ditambah telah dibengkelkan dan diterima dalam Konvensyen Kebangsaan

Tulisan Jawi di Terengganu pada bulan April 1994. Hasilnya, buku Pedoman Ejaan Jawi Yang

Disempurnakan diterbitkan pada tahun 1986 oleh Dewan Bahasa Pustaka. Kini ejaan Jawi yang

mutakhir boleh didapati berdasarkan buku ‘Pedoman Ejaan Jawi yang Disempurnakan’ yang

diterbitkan pada tahun 1984.

5.      Peristilahan

Makna istilah boleh digarap dengan mengatakan istilah bermaksud sesuatu perkataan atau

beberapa susunan perkataan yang membawa makna, konsep proses, keadaan atau sifat khusus

berdasarkan kepada bidang ilmu pengatahuan tertentu. Contohnya, makna Tisu dalam bahasa

umum adalah sehelai kertas lembut yang boleh menyerap cecair, yang biasanya digunakan

sebagai alat dalam proses pembersiahan sesuatu dan biasanya berwarna putih, manakala dalam

istilah sains, tisu bermakna sel tisu mahupun sel sesuatu organisma hidup.

Tujuan peristilahan digubal, dikembang dan dipesatkan adalah untuk mengisi peranan bahasa

Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa ilmu di Malaysia seiring dengan

penemuam dan penterjemahan pelbagai teknologi baru sama tanpa mengira batas waktu dan

geografi.

Dua bidang ilmu pengetahuan terawal pengguballan peristilahan adalah Istilah Kerajaan dan

Istilah Ilmu Sains dan Teknik yang bermula pada tahun 1957.

Bahagian Peristilahan (DBP) bertanggungjawab membina dan mengembangkan istilah untuk

memperkaya dan memperlengkap bahasa Melayu menjadi bahasa ilmu. Jumlah istilah yang

terhasil hampir mencecah 1 juta dan meliputi ratusan bidang ilmu pengetahuan dan profesional.

Page 9: Pembinaan dan pengembangan bahasa melayu di malaysia 2011

Kerja-kerja pembinaan, penyelarasan dan pengemaskinian istilah dilaksanakan oleh pelbagai

jawatankuasa istilah dan dinasihati Jawatankuasa Tetap Bahasa Melayu bermula tahun 1975.

Pedoman Pembentukan Istilah (1975) digunakan hasil kerjasama dengan Indonesia sebagai

panduan membina istilah. Bank Istilah juga telah diwujudkan. Istilah-istilah yang dibina

didokumentasikan ke dalam kamus istilah dan disebarkan dari semasa ke semasa. Jawatankuasa

Istilah (JKI) perlu diselaraskan maka itu, dua buah jawatankuasa penyelarasan telah dibentuk,

iaitu Jawatankuasa Penyelarasan Istilah Sains tulen dan Jawatankuasa Penyelarasan Istilah Sains

Sosial dan Kemanusiaan. 

DBP pada awalnya, DBP telah menubuhkan dua jawatankuasa istilah, Jawatankuasa Istilah

Kerajaan dan Perjawatan dan Jawatankuasa Istilah Sains Am. Menjaga kemurniaan bahasa

Melayu yang merupakan panduan dan falsafah dalam penggubalan istilah telah mengongkong

proses pembentukan istilah dan terdapat juga beberapa istilah yag telah dipinda kerana tidak

dapat mendukung konsep asal dan makna dan terdapat juga yang istilah yang dikekalkn

penggunaaannya sehingga kini seperti sains dan kimia.  

Namun demikian dalam tahun 1960 hingga 1975 tiga pedoman telah disusun DBP yang

menggariskan cara menggubal istilah di Malaysia iaitu; i) Pedoman Membentuk Istilah-Istilah

Baru DBP yang mula digunakan pada tahun1959, ii) Dasar, Cara dan Pedoman Membentuk

Istilah Baharu Bahasa Melayu DBP, yang mula digunakan selepas 1970 dan iii) Pedoman

Pembentukan Istilah Universiti Malaya yang mula digunakan pada 1971.

Tanpa sebarang sokongan DBP, penerbit karya ilmiah telah menggantikan akhiran “isasi” atau

“ifikasi” yang sangat popular pada tahun 1960-an dan 1970-an dengan penggunaan “pe-an” pada

tahun 1980-an. Contohnya ialah; istilah Modenisasi kepada Pemodenan. “De” dalam istilah

saintifik jugatelah digantikan dengan “nyah”.  Contohnya perkataan “mendewarnakan” menjadi

“menyahwarnakan”.

6.      Kosa kata

Page 10: Pembinaan dan pengembangan bahasa melayu di malaysia 2011

 Pembakuan kosa kata atau perbedaharaan kata mempunyai hubungan dengan pembakuan istilah

kerana istilah adalah sebahagian daripada kosa kata. Terdapat dua hal pokok di dalam

pembakuan kosa kata iaitu bentuk dan makna. Bahasa Melayu telah meminjam pelbagai

perkataan daripada pelbagai bahasa asing terutamanya bahasa Sanskrit, bahasa Arab, bahasa

Portugis dan terutama bahasa Inggeris dan sebagainya.

Menurut Awang Sariyan ( 2002 ), usaha dalam pembinaan kosa kata atau perbendaharaan

kata dalam Bahasa Melayu sebenarnya telah dilakukan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka secara

terancang bermula pada 1964 yang berjaya menerbitkan Kamus Dewan pada 1970, iaitu sebuah

kamus ekabahasa yang berwibawa sebagai rujukan kamus.

7.      Tatabahasa

Tatabahasa adalah asas dan hukum sebuah sistem bahasa manakala laras bahasa adalah perluasan

sistem bahasa tersebut. Aspek ini adalah intipati dalam proses pembinaan kata dan ayat.

Mengikut ahli bahasa baru dan lama, tatabahasa bahasa Melayu moden didasarkan pada sumber

tulisan bahasa Melayu Klasik.

Ketiga-tiga jilid karya Pendeta Za’ba yang berjudul Pelita Bahasa Melayu telah membantu

memantapkan perkembangan bahasa Melayu apabila buku tersebut menjadi rujukan utama dalam

sistem pendidikan di negara ini selama puluhan tahun sejak 1940-an. Pada tahun 2000, buku itu

diterbitkan semula oleh DBP dalam ejaan Rumi baharu sebagai buku edisi mewah.  DBP

berusaha mengemaskinikan tatabahasa Melayu dengan menerbitkan Tatabahasa Dewan Jilid

1 (1986), Tatabahasa Dewan Jilid II (1989) dan Tatabahasa Dewan Edisi Baharu (1993).

Dalam usaha murni mengembangkan bahasa Melayu. Pelbagai tatabahasa baru telah

diperkenalkan dan hal ini telah menimbulkan pelbagai kekacauan dalam bahasa Melayu itu

sendiri. Za’ba telah menulis tatabahasa lebih awal tanpa melibatkan penggunaan teori, teknik

atau prinsip linguistik. Tatabahasa Za’ba ini dianggap bersifat tradisional.Tatabahasa susunan

Asmah Haji Omar pula menggunakan pendekatan yang baru yang dianggap moden.

Perlaksanaan tatabahasa iini adalah sesuatu yang agak sukar kerana rakyat belum dapat

Page 11: Pembinaan dan pengembangan bahasa melayu di malaysia 2011

menerimanya. Tatabahasa bahasa Melayu dapat dipelajari melalui lima bahagian bahasa Melayu

iaitu golongan kata, pengimbuhan, penggandaan, ayat, dan rampaian bahasa. Kesemua ayat

tersebut membawa erti yang berbeza dan penggunaan yang berbeza.

Terdapat tatabahasawan yang menggunakan tatabahasa yang tradisional yang menggunakan

konsep dasar-makna seperti Za’ba. Terdapat tatabahasawan struktur yang menekankan segi

bentukdalam huraian tatabahasa dan terdapat juga tatabahasawan transformasi-generatif yang

menekankan tatabahasa dari segi makna dan bentuk. Terdapat pelbagai lagi teori dan pendekatan

yang dilakukan oleh ahli bahasa negara Malaysia.

8.      Laras Bahasa

Menurut Nik Safiah Karim ( 2003: 155-156 ), laras bahasa dalam Bahasa Melayu merupakan

perbezaan cara yang digunakan dalam penulisan walaupun menggunakan bahasa yang sama

dalam situasi yang berbeza atau lebih ringkasnya dikenali sebagai kelainan berbahasa yang

dipengaruhi oleh suasana yang hanya dikenali melalui perkataan-perkataan yang digunakan

berdasarkan cara pengungkapan mengikut situasi tertentu yang wujud berdasarkan perkara yang

ingin diperkatakan serta kolokasi, iaitu kehadiran penggunaan perkataan dan ungkapan tertentu

yang jelas meletakkannya dalam sesuatu laras.

Laras bahasa boleh juga diungkapkan dengan cara sesuatu pemikiran, idea, pembentangan bahan,

emosi dan sebagainya dirakam dan diluahkan bergantung atau mengikut kepada keadaan atau

situasi yang sesuai. Mengikut Nik Safiah Karim, terdapat sebelas jenis laras bahasa iaitu bidang

ilmu, iaitu biasa, perniagaan atau iklan, sains, media, rencana, undang-undang, agama, sukan,

sastera, ekonomi dan akademik.

9.      Sebutan

Sebutan boleh diertikan dengan cara menyebut sesuatu huruf mahupun ejaan. Pengguna bahasa

Melayu boleh menganggap diri mereka bertuah kerana sebutan di dalam bahasa Melayu adalah

berbentuk fonetik. Namun, penutur bahasa Melayu ini perlu berhati-hati  kerana terdapat sebutan

Page 12: Pembinaan dan pengembangan bahasa melayu di malaysia 2011

e taling dan  e pepet yang kadang kala boleh mendatangkan kekeliruan pada pihak pengguna itu

sendiri.

Asanya adalah mudah- fonetik. Namun sebutan jualah yang menghadapi masalah paling rumit

kerana umum menggunakan bahasa Melayu Johor-Riau yang gemar menyebut vocal a sebagai e

dan vocal I sebagai vocal e, contoh seperti perkataan ada yang kerap disebut ade dan adik yang

kerap disebut sebagai adek.Aspek sebutan adalah korpus bahasa yang akhir sekali dimantapkan.

 Sebutan dan intonasi baku sebenarnya memainkan peranan yang penting dalam memelihara

bahasa yang terkawal susunan dan sifatnya (bahasa baku Melayu) itu. Sejarah sebutan baku

bermula ketika Kogres Bahasa dan Persuratan Melayu Ketiga di Singapura pada tahun 1956,

setahun sebelum kemerdekaan Tanah Melayu. Adalah diputuskan bahawa sebutan bahasa baku

ialah sebuatan fonetik, iaitu sebutan yang berdasarkan ejaan. Kata-kata dieja sebagaimana

sebutan (Awang Sariyan:2006).

Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah ( KBSM ) yang dibina oleh Kementerian Pendidikan 

pada 1988, lantas itu, pengumuman mengenai perlaksanaan sebutan bahasa baku di sekolah

menengah diumumkan dan diintegrasikan dalam sukatan mata pelajaran Bahasa Melayu.

10.  Perkamusan

Kesempurnaan bentuk dan makna kata adalah sangat penting sekali diberi perhatian. Untuk itu,

penyusunan kamus dilakukan. Sebelum wujudnya kamus, daftar ejaan dibukukan, kemudiannya

dari daftar ejaan telah berevolusi menjadi kamus yang memasukkan dan merakamkan kosa kata,

sebutan, kata dasar, makna dan terbitan yang tepat.

Kamus ekabahasa, dwibahasa serta tribahasa dibukukan untuk memudahkan pengguna bahasa

lain mempelajari bahasa Melayu.

Kamus ekabahasa yang pertama bagi DBP ialah Kamus Dewan telah berjaya diterbitkan

pada tahun 1970 dan diulang cetak pada tahun 1984. Pada 1989, Kamus Dewan Edisi

Baru diterbitkan dengan perubahan ejaan mengikut sistem ejaan yang baru; dan edisi ketiga

diterbitkan pada tahun 1994. 

Page 13: Pembinaan dan pengembangan bahasa melayu di malaysia 2011

11.  Gaya Bahasa

Gaya bahasa ialah manipulasi penggunaan bahasa yang tidak membawa erti penyimpangan

bahasa.

12.  Kepelbagaian Taraf, Fungsi dan Penggembangan Bahasa Melayu.

Bagi masyarakat Melayu dan Baba dan Nyonya bahasa Melayu adalah bahasa ibunda merka dan

bagi kaum lain di Malaysia, bahasa ini adalah bahasa kedua mereka- pada amnya. Di Malaysia,

bahasa Melayu telah dijadikan bahasa Rasmi Negara di dalam Perlembagaan Perseketuan

Malaysia, bahasa Kebangsaan di dalam Perlembagaan (Perkara 152) dan Akta Bahasa

kebangsaan 1963/67 serta bahasa wahana ilmu mengikut Dasar Pelajaran Kebangsaan, peranan-

peranan yang sangat penting sifatnya. Bahasa Melayu juga telah ditetapkan menjadi bahasa yang

digunakan di dalam badan dan bidang perhakiman, sepuluh tahun selepas kemerdekaan negara.

Ini bermaksud Bahasa Melayu adalah bahasa pengantara di sector pendidikan (bahasa

pendidikan), bahasa pentadbiran, bahasa perhakiman, bahasa formal dan bahasa awam. Sepuluh

tahun selepas Tanah Melayu dimerdekakan pihak British iaitu pada tahun 1967, bahasa Melayu

dijadikan bahasa rasmi tunggal Malaysia dan peranan bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi

bersama telah ditarik.

Mengikut Jawatankuasa Penyata Razak 1956 di dalam Dasar Pelajaran Baru 1970 telah diberikan

penegasan dalam mengutamakan bahasa Melayu sebagai pengantar ilmu pengetahuan dalam

semua peringkat. Sistem persekolahan aliran kebangsaan menggunakan bahasa Melayu sebagai

bahasa pengantar. Sekolah dalam aliran jenis Kebangsaan wajib dalam pengajaran bahasa

Melayu. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah ditubuhkan.Bahasa Melayu dijadikan

bahasa penghantar sekolah. Kerajaan telah menekankan kemahiran berbahasa kepada para

pelajar supaya mereka dapat mengetahui dan mempelajari pelbagai lagi kemahiran dan

ilmu.Dasar Pelajaran Kebangsaan juga mencadangkan agar tulisan Rumi digunakan dengan

syarat persediaan dibuat untuk pelajaran tulisan Jawi dalam kalangan murid-murid. Menurut

Laporan Razak, bahasa Melayu harus diajar disemua sekolah dan menjadi syarat utama bagi

Page 14: Pembinaan dan pengembangan bahasa melayu di malaysia 2011

sesebuah sekolah memperoleh bantuan Kerajaan. Jawatankuasa Penyemak Dasar Pelajaran 1960

mencadangkan semua sekolah rendah aliran jenis kebangsaan yang berbahasa pengantar Inggeris

dijadikan sekolah Kebangsaan, namun pelaksanaan bermula pada tahun 1968.

Bahasa Melayu juga telah memainkan peranan sebagai bahasa pentadbiran di Negara kita.

Perlembagaan Persekutuan telah mengangkat bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi untuk

menggantikan bahasa Inggeris.  Hal ini dikecualikan dalam beberapa perkara yang ditentukan

oleh Yang Dipertuan Agong.

Terdapat pelbagai usaha penggembangan bahasa Melayu yang dilakukan, sama ada daripda

pihak kerajaan dan swasta. Perluasan kepenggunaan bahasa Melayu berkaitrapat dengan fungsi

dan taraf yang diberikan. Semakin penting taraf dan fungsi, semakin besar tadahan dan

penggembangan bahasa. Kegiatan kesusasteraan juga memainkan peranan tersendiri. Selain itu

terdapat juga aktiviti-aktiviti Pengembangan bahasa Melayu iaitu; “Program Gerakan Cintailah

Bahasa Kita” yang dilancarkan pada 11 Disember 1987 unuk mengembalikan keyakinan rakyat

kepada bahasa Melayu.Tema ‘Bahasa Melayu dan Pembangunan Insan’ dalam seminar anjuran

Persatuan Ulama Malaysia pada 14-16 Oktober 1988, Datuk Seri Adib Ahmad telah

mengumumkan bahawa bahasa Melayu Baku akan digunakan oleh RTM ( Radio Television

Malaysia ), Pada tanggal 22 October 2011,Majalah 3 telah mengupas mengenai isu bahasa. Sifat

penggunaannya dan kerecamannya di Malaysia, Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu dimulai

pada ahun 1952 hingga Kongres Keempat pada tahun 1984 dan seterusnya kongres-kongres yang

lain, Jawatankasa Tetap Bahasa Melayu, Kementerian Pelajaran Malaysia, Pertandingan

Syarahan dalam Bahasa Melayu Peringkat Kebangsaan bagi Sekolah-sekolah Rendah Jenis

Kebangsaan pada 18 November 1984,  Pertemuan Dunia Melayu 1982 pada 18 Disember 1982

di Maktab Perguruan Melayu Melaka, Pertandingan Syarahan dan Mengarang dalam Bahasa

melayu bagi Merebut Piala Perpaduan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan ( Cina ) Seluruh

Malaysia pada 17 November 1983 di Kuala Lumpur, Zamalah atau Fellowship Sastera Berita

Harian pasa 20 November 1983 di Hotel Hilton, Kuala Lumpur, GAPENA ( sebuah badan NGO)

Page 15: Pembinaan dan pengembangan bahasa melayu di malaysia 2011

pertubuhan-pertubuhan penulis dapat menjalankan program-program bagi kemajuan bahasa

Melayu dan penulisannya. (Badan induk yang menggabungkan sebahagian besar badan penulis,

bahasa, dan sastera dari segala pelusuk Tanah Melayu dan Malaysia, Persatuan Bahasa Melayu

Universiti Melaya ( PBMUM ), dalam kongres-kongres PBMUM banyak ketetapan yang

ternyata dimaksudkan sebagai langkah menyediakan bahasa Melayu untuk ambil tempatnya

sebagai bahasa Kebangsaan di Negara Malaysia yang dalam perjalanan pembentukkannya,

Anugerah dan Hadiah Sastera Negara, Jabatan Bahasa Melayu di pelbagai Universiti, Yayasan

Karyawan, Yayasan Seni,Jawatankuasa Pusat Gerakan Cintailah Bahasa Kita, Perlembagaan dan

Akta Bahasa Kebangsaan, Kempen Minggu dan Bulan Bahsa Kebangsaan yang diterajui

Panglima Bahasa Melayu, Allayarham Tun Syed Nasir Ismail yang juga pernah menjadi

Pengarah DBP.

13.  Tadahan Penyebaran Bahasa

Tadahan boleh difahami dengan satu konfigurasi yang dapat memberikan kemungkinan kepada

bahasa untuk hidup dan berkembang seperti organisasi dan sistem sosial. Tadahan ini penting

untuk penggunaan dan pengembangan bahasa melayu.

Bentuk-bentuk tadahan bahasa Melayu adalah seperti agama, pendidikan, semiology – semua

system perlembagaan yang ada didalam masyarakat seperti gembar, gerak geri, music, benda-

benda yang mempunyai nama, ritual masyarakat, media, kesusasteraan, khayalan dan

sebagainya, organisasi sosial.

14.  Kesusasteraan sebagai Agen Pengembang Bahasa Melayu

Sastera merupakan salah satu wadah yang memungkinkan bahasa berkembang, maju dan terus

hidup. Namun, kelainan yang ada dalam hasil sastera denagn bahasa biasa bukanlah kelainan

system atau penyimpangan bahasa, melainkan perbezaan pemilihan pola-pola yang ada. Dalam

sasatera, perkataan yang digunakan adalah kata yang terpilih; kata yang mengandungi kata

Page 16: Pembinaan dan pengembangan bahasa melayu di malaysia 2011

penciptanya dan susunan katanya terasa mengandung hembusan nafas pengarangnya. Peranan

sastera dalam pembinaan bahasa Melayu dapat dilihat dari sudut pembinaan korpus bahasa itu

sendiri. Yang termasuk didalamnya ialah tatabahasa, sistem tulisan, perkamusan, pemgucapan

dan gaya bahasa.

15.1   Peranan Sastera dalam Pembinaan dan Penggembangan Bahasa Melayu

1) Sebagai sumber data penyusunan tatabahasa

i)                    Bahasa sastera itu tetap dalam lingkungan bahasa umum maka dengan itu, karya sastera daapt

dijadikan salah satu data bagi penyusunan tatabahasa, mengikut Prof. Asmah Haji Omar, tulisan

melayu pada masa ini merupakan lanjutan daripada kitab Sejarah Melayu yang memang dapat

dijadika sumber penyusunan tatabahasa bahasa Melayu. Pola-pla dasar yang diterbitkan dalam

sejarah melayu masih dipertahankan sehingga kini. Bahasa Melayu terus hidup secara aktif

dengan adanya hasil-hasil karyawan dan sasterawan.

2)      Karya sastera dan pertumbuhan tradisi persuratan.

i)                    Karya sastera tertulis amat besar peranannya daalm menubuhkan tradisi persuratan yang utuh

bagi bahasa Melayu. Karya Sejarah Melayu, Hikayat Hang Tuah, Tajus Salatin, Bustanus

Salatin, Hikayat Raja-raja Pasai, Hikayat Aceh manjadi dasar bagi bahasa melayu tertulis

sekarang.

3)      Karya Sastera sebagai Sumber Data Perkamusan

i)                    Sastera merupakan salah satu sumber kekayaan budaya bangsa, budi, perasaan dan pemikiran

masyarakat terjelma juga dijelmakan dalam sastera. Oleh itu karya sastera merupaka salah

satusumber perkamusan terutama kamus umum.

4)      Karya Sastera sebagai Peningkat Estetik Bahasa

i)                    Teknik penyampaian terus dipertingkatkan dimana sifat istimewa terhasil daripada gaya bahasa

yang turut menentukan isi kerana isi dan bahasa sebagai alat penyampaian isi berpadu dengan

erat sekali dimana alat-alat kesusasteraan seperti hiperbola, simili, metafora, personifikasi dan

sebagainya memperkayakan bahasa Melayu.

Page 17: Pembinaan dan pengembangan bahasa melayu di malaysia 2011

5)      Kesusateraan sebagai Bahan Pengajaran dan Pemelajaran Bahasa Melayu

i)                    Kemahiran berbahasa dapet membantu para pelajar memperoleh pengatahuan yang lain dan

berbagai. Bahasa yang baik dan bekesan dapat dijadikan contoh dan inspirasi kepada para

penuntut bahasa Melayu dalam hal karang mengarang dan pengutaraan buah fikiran, secara lisan

dan tulisan. Dengan mempelajari sastera, kemungkinan pelajar memilih perkataan dan gaya

bahasa yang sesuai mengikut situasi dapat dipertingkatkan.

6)      Pengucapan sastera sebagai medan pengucapan sebutan

i)                    Prinsip sebutan fonemik menguatkan lagi sebuatn baku bahasa Melayu. Erdapat pelbagai

medan utuk mempraktis, menggunakan dan mengucap dalam bahasa baku seperti; pendeklamasi

puisi, pengucapan pidato, syarahan dan sebagainya.

15.  Penutup

Bahasa adalah satu kompenan teras yang menjadi jiwa dan unsur dalaman peribadi dan identiti

sesebuah bangsa dan negara. Bahasa adalah intipati kepada sebuah tamadun dan adalah alat

kepada perkembangan ilmu tanpa kira bidang juga. Tanpa memahami bahasa penyampaian, ilmu

tidak dapat difahami. Bahasa boleh difahami dengan pertuturan atau interaksi secara lisan

mahupun tulisan yang baik dan sistematik. Tanpa bahasa yang difahami ramai, proses

penyebaran ilmu dan agama, percambahan ilmu, kebudayaan dan buah fikiran tidak dapat

diungkapkan dan dilakukan.

Bahasa Melayu telah merentasi parameter waktu dan ruang. Bahasa Melayu juga telah melalui

perkembangan secara melintang dimana perluasan bahasa secara geografi dan secara menegak di

mana pelbagai lapisan masyarakat telah menggunakan bahasa Melayu. Sejarah perkembangan

dan pembinaan bahasa Melayu tidak kurang hebatnya serta mempunyai kisah uniknya yang

tersendiri.

Bahasa Melayu telah berada di tahap yang mantap, tetapi sayang sekali bukan ramai penutur

bahasa ini yakin dengan kebolehan dan kewibawaan bahasa Melayu. Kelunturan keyakinan ini

Page 18: Pembinaan dan pengembangan bahasa melayu di malaysia 2011

juga jelas dipamerkan dengan beberapa sikap pemimpin yang pernah memegang jawatan

Menteri Pendidikan itu sendiri.

Kerencaman bahasa yang mungkin timbul daripada sifat pemalas pengguna bahasa Melayu dah

ketidakyakinan orang bukan Melayu untuk bertutur dalam bahasa Melayu yang sempurna adalah

sesuatu ancaman yang sangat besar daripada pelbagai sudut. Penutur bahasa Rojak ini secara

tidak langsung mencabar kedaulatan bahasa Melayu yang agung ini. Penerimaan bahasa Melayu

adalah tidak menyeluruh oleh rakyat sehinggakan negara Malaysia telah dibawa ke mahkamah

atas tuntutan tidak membenarkan Universiti Merdeka dibuka kerana mereka (rakyat berketurunan

pendatang) ingin menggunakan bahasa Mandarin sebagai bahasa penghantar di institusi

berkenaan.

Batu asas telah diletakkan dalam pembinaan bahasa, namun ini bukan halangan untuk

memajukan dan memantapkan bahasa Melayu itu lagi. Usaha-usaha pengembangan bahasa

memainkan peranan yang sama penting dengan pembinaan bahasa. Badan-badan pembinaan dan

pengembangan bahasa dan institusi pengajian tinggi memainkan peranan penting bagi

peningkatan mutu bahasa dan pengembang penggunaannya.

Namun demikian , penguasaan bahasa asing untuk memajukan ilmu pengetahuan juga teramat

penting. . Jumlah penutur bukan faktor utama atau penentu dalam penyebaran bahasa Melayu

tetapi terletak pada keunggulan dan keefisienan tadahan. Bukanlah bilangan penutur yang dapat

menjamin mutu bahasa Melayu tetapi penguasaan dan penggunaan penutur terhadap bahasa yang

menentukan kemajuan bahasa tersebut.

16.  Bibliografi

1.      Abdul Rashid Melebak & Amat Jauhari Moain, 2006,Sejarah Bahasa Melayu, Kuala Lumpur:

Utusan Publications & Distributions Sdn. Bhd.

2.      Dewan Bahasa dan Pustaka, 2005, Bahasa Satera dan Tamadun Melayu, Ucapan Dr. Mahathir

Mohamad 1982-2002, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Page 19: Pembinaan dan pengembangan bahasa melayu di malaysia 2011

3.      Awang Sariyan, 2006, Warna dan Suasana Perancangan Bahasa Melayu di Malaysia, Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

4.      Asmah Haji Omar, 2005, Alam dan Penyebaran Bahasa Melayu, Kuala Lumpur: DBKL

5.      Siti Rosnah Haji Ahmad, 2001, An Introduction to Malay Language and Culture, Kuala

Lumpur: Golden Book Centre

6.      Nik Safiah Karim, 2007, Liku-liku Bahasa. Kearah Penggunaan Bahasa yang Baik, Betul dan

Indah,Shah Alam: K Publishing Sdn. Bhd.

7.      Rustam A.Sani, 1996, Politik dan Polimek Bahasa Melayu, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Pustaka

8.      Nik Hassan Basri bin Nik Abdul Kadir, 2003, Teori Bahasa Implikasi Terhadap engajaran

Tatabahasa, Tanjung Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris

9.      Hanim Musa, 2006, Epigrafi Melayu Sejarah Sisitem Tulisan dan Bahasa Melayu, Edisi Kedua,

Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka

10.  Noriah Mohamed, 1999, Sejarah Sosiolinguistik Bahasa Melayu Lama, Pulau Pinang:Universiti

Pendidikan Sultan Idris