28
PEKELILING PERMOHONAN UPUOnline KEMASUKAN KE UNIVERSITI AWAM (UA), POLITEKNIK, KOLEJ KOMUNITI DAN INSTITUSI LATIHAN KEMAHIRAN AWAM (ILKA) Dasar & Prosedur Kemasukan ke Program Pengajian Ijazah Pertama UA Bagi Lepasan STPM/Setaraf Kategori STPM dan STAM Sesi Akademik 2016/2017 Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pendidikan Tinggi Kementerian Pendidikan Tinggi, Aras 4, No 2, Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5 62200 W.P. Putrajaya 07 Disember 2015

Pekeliling dasar&prosedur kemasukan stpm stam 1617 07.12.2015

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Pekeliling dasar&prosedur kemasukan stpm stam 1617 07.12.2015

PEKELILING PERMOHONAN UPUOnline KEMASUKAN KE

UNIVERSITI AWAM (UA), POLITEKNIK, KOLEJ KOMUNITI

DAN INSTITUSI LATIHAN KEMAHIRAN AWAM (ILKA)

Dasar & Prosedur Kemasukan ke Program Pengajian Ijazah Pertama UA Bagi Lepasan STPM/Setaraf Kategori STPM dan STAM Sesi Akademik 2016/2017

Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pendidikan Tinggi Kementerian Pendidikan Tinggi, Aras 4, No 2, Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5 62200 W.P. Putrajaya

07 Disember 2015

Page 2: Pekeliling dasar&prosedur kemasukan stpm stam 1617 07.12.2015

1

ISI KANDUNGAN

1. PENYELARASAN PENGAMBILAN ......................................................... 2

Program Pengajian Untuk Calon Bumiputera & Bukan Bumiputera ............. 2

Penyelarasan Penawaran ............................................................................ 3

2. PEMBELIAN NOMBOR UNIK ID .............................................................. 4

3. e-PANDUAN ............................................................................................. 5

Syarat Am Kemasukan ................................................................................. 5

Syarat Khas .................................................................................................. 5

4. PERMOHONAN ........................................................................................ 6

Kategori Permohonan .................................................................................. 6

Sah & Hantar ................................................................................................ 7

Semakan Permohonan ................................................................................. 8

Kemas kini Permohonan .............................................................................. 8

Permohonan FASA 2 – STPM Ulangan (U3) ............................................... 8

5. PEMPROSESAN & PEMILIHAN .............................................................. 9

Penentuan Aliran STPM ............................................................................... 9

Dasar & Kriteria Pemilihan ........................................................................... 9

Markah Kokurikulum ................................................................................... 10

Pengiraan Merit .......................................................................................... 10

Proses pemilihan jaya ................................................................................ 12

6. HEBAHAN .............................................................................................. 13

Surat Tawaran ............................................................................................ 13

7. RAYUAN ................................................................................................. 14

8. TARIKH-TARIKH PENTING ................................................................... 14

9. KARNIVAL PENDIDIKAN TINGGI NEGARA (KPTN) 2016 ..................... 15

10. SOALAN LAZIM (FAQ) ........................................................................... 16

CONTOH PENGIRAAN MARKAH AKADEMIK, MARKAH KOKURIKULUM DAN MARKAH MERIT .................................................................................. 24

Page 3: Pekeliling dasar&prosedur kemasukan stpm stam 1617 07.12.2015

2

Dasar dan Prosedur Kemasukan ke Program Pengajian Ijazah Pertama UA Bagi Lepasan

STPM/Setaraf Kategori STPM dan STAM Sesi Akademik 2016/2017

1. PENYELARASAN PENGAMBILAN

1.1 BPKP JPT menyelaras permohonan, pemprosesan dan pemilihan

kemasukan ke Program Pengajian Lepasan STPM/Setaraf di 18 buah UA bagi Ambilan September seperti berikut :-

18 Universiti Awam (UA)

Universiti Penyelidikan 1. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) 2. Universiti Putra Malaysia (UPM) 3. Universiti Teknologi Malaysia (UTM)

Universiti Komprehensif 4. Universiti Teknologi MARA (UiTM) 5. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) 6. Universiti Malaysia Sabah (UMS) 7. Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)

Universiti Berfokus 8. Universiti Utara Malaysia (UUM) 9. Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) 10. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) 11. Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) 12. Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) 13. Universiti Malaysia Terengganu (UMT) 14. Universiti Malaysia Kelantan (UMK) 15. Universiti Malaysia Pahang (UMP) 16. Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) 17. Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) 18. Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)

1.2 Permohonan kemasukan ke Universiti Sains Malaysia (USM) dan

Universiti Malaya (UM) adalah melalui laman web USM dan UM.

Program Pengajian Untuk Calon Bumiputera & Bukan Bumiputera

1.3 Semua program pengajian di UiTM hanya terbuka kepada Bumiputera

sahaja

Page 4: Pekeliling dasar&prosedur kemasukan stpm stam 1617 07.12.2015

3

1.4 Semua program pengajian di UA lain (selain UiTM) terbuka kepada Bumiputera dan Bukan Bumiputera

Penyelarasan Penawaran

1.5 Penyelarasan penawaran antara USM, UM dan 18 UA lain dilaksanakan

bagi mengurangkan pertindihan tawaran. Kriteria penyelarasan penawaran adalah seperti berikut: a) Program pengajian Perubatan, Pergigian dan Farmasi; dan b) Tawaran bertindih bagi lain-lain program pengajian selain Perubatan,

Pergigian dan Farmasi

Page 5: Pekeliling dasar&prosedur kemasukan stpm stam 1617 07.12.2015

4

2. PEMBELIAN NOMBOR UNIK ID

2.1 Sebelum mengemukakan permohonan, pemohon dikehendaki membeli

Nombor Unik ID di Bank Simpanan Nasional (BSN) terdekat dan kaedah pembelian Nombor Unik ID adalah secara individu seperti berikut:

a) Pembelian mulai 18 Januari hingga 04 April 2016. Jualan Nombor Unik ID ditutup sehari awal daripada tarikh tutup permohonan.

b) Pembelian secara individu melalui kaunter BSN, Mesin Automated Teller Machine (ATM) dan Perbankan Internet. Pembelian melalui kaedah Mesin Automated Teller Machine (ATM) dan Perbankan Internet memerlukan pemohon/ ibu bapa memiliki Akaun GIRO BSN.

c) Bayaran Wang Proses sebanyak RM15.60 (tidak termasuk GST).

Pihak BSN akan mengenakan caj GST tersebut. Pemohon perlu membayar RM15.64 untuk membeli No. Unik ID.

d) Salinan Kad Pengenalan/ MyKad pemohon perlu dikemukakan semasa pembelian.

e) Pembelian Nombor Unik ID mestilah berdasarkan Nama dan

Nombor Kad Pengenalan/MyKad pemohon. BSN akan mengeluarkan salinan resit pembayaran bersama-sama dengan Nombor Unik ID.

2.2 Jangan dedahkan Nombor Unik ID kepada orang lain, kerana ianya

adalah SULIT.

Page 6: Pekeliling dasar&prosedur kemasukan stpm stam 1617 07.12.2015

5

3. e-PANDUAN

3.1 Semua program pengajian yang ditawarkan oleh UA bagi Sesi Akademik

2016/2017 boleh didapati dalam e-Panduan dengan melayari pautan URL seperti berikut :-

https://online.mohe.gov.my/upu/emas/epanduan/ipta

3.2 Pemohon hanya pilih Senarai Program Pengajian Yang Ditawarkan

STPM/Setaraf Klik butang MASUK. Pemohon boleh mendapatkan maklumat program pengajian yang ditawarkan mengikut UA, Aliran dan Bidang.

3.3 Selain daripada senarai program pengajian yang ditawarkan, pemohon

juga boleh mendapatkan maklumat berkenaan dengan syarat am dan khas yang telah ditetapkan.

3.4 Selain e-Panduan, pemohon juga boleh menyemak kelayakan melalui

Aplikasi IMASCU di URL http://www.semaksyarat.info berdasarkan keputusan peperiksaan.

Syarat Am Kemasukan

3.5 Warganegara

i. Terbuka kepada Warganegara Malaysia dan Penduduk Tetap yang

mempunyai No.KP/My Kad sahaja ii. Bukan Warganegara memohon terus ke UA berkaitan

3.6 Kelayakan

i. SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM)

Pemohon mestilah Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu dan lulus dalam mata pelajaran Sejarah mulai tahun 2013. Kepujian Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu kertas Julai diambil kira; dan

ii. SIJIL TINGGI PELAJARAN MALAYSIA (STPM) Mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 dengan Gred C dalam 3 mata pelajaran termasuk Pengajian Am; atau

iii. SIJIL TINGGI AGAMA MALAYSIA (STAM) Mendapat sekurang-kurangnya Pangkat Jayyid; dan

iv. Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam Malaysia Universiity English Test (MUET) mengikut tempoh sah laku.

Syarat Khas

3.7 Pemohon perlu memenuhi syarat-syarat khas program pengajian seperti

yang dinyatakan dalam SYARAT KHAS PROGRAM e-Panduan Permohonan Kemasukan ke UA bagi Program Pengajian Lepasan STPM/Setaraf.

Page 7: Pekeliling dasar&prosedur kemasukan stpm stam 1617 07.12.2015

6

4. PERMOHONAN

4.1 Iklan Permohonan Kemasukan ke UA bagi Program Pengajian Lepasan

STPM/Setaraf Sesi Akademik 2016/2017 akan disiarkan pada hari Ahad sebanyak dua (2) kali iaitu pada 17 Januari 2016 dan 06 Mac 2016.

4.2 Permohonan akan dibuka mulai 18 Januari 2016 jam 12.00 tengah hari dan ditutup pada 05 April 2016 jam 04.00 petang.

4.3 Pemohon Lepasan STPM/Setaraf diwajibkan mengemukakan permohonan kemasukan ke UA dan Politeknik Premier melalui Sistem Permohonan Kemasukan Pelajar (UPUOnline) sahaja di http://upu.mohe.gov.my.

4.4 Permohonan ke USM dan UM dikemukakan terus melalui laman web

USM dan UM masing-masing. 4.5 Pastikan sebelum mengisi maklumat dalam UPUOnline, pemohon

dinasihatkan membaca terlebih dahulu panduan dan syarat-syarat yang telah ditetapkan bagi mengelakkan pemohon memilih program yang tidak melepasi syarat khas program.

Kategori Permohonan

4.6 Permohonan kemasukan ke UA bagi Program Pengajian Lepasan STPM

dan STAM Sesi Akademik 2016/2017 dibuka untuk kategori berikut :-

Kategori A Kategori S Kategori T

Pemohon Lepasan

STPM Tahun 2015

Aliran Sastera

Pemohon Lepasan

STPM Tahun 2015

Aliran Sains

Pemohon Lepasan

STAM Tahun 2015

dan 2014

4.7 Pemohon wajib memasukkan lapan (8) item login berikut untuk

mengemukakan permohonan kali pertama :-

a) No. Kad Pengenalan/ My Kad; b) No. Kad Pengenalan/ My Kad Semasa Pendaftaran Peperiksaan

SPM c) No. Unik ID; d) Kata Laluan (alphanumeric - 6 hingga 8 aksara); e) Pengesahan Kata Laluan; f) Nama Ibu; g) Kategori; dan h) Kod Imej

Page 8: Pekeliling dasar&prosedur kemasukan stpm stam 1617 07.12.2015

7

Rajah 1 - Carta Alir Permohonan UPUOnline

4.8 Pemohon wajib memilih 12 pilihan program pengajian yang berbeza.

Jika berminat dengan program pengajian yang bertemu duga, pemohon boleh mengemukakan pilihan pada Pilihan 1 hingga 4 sahaja. Bagi Program Pengajian bertemu duga (Pendidikan) pada Pilihan 1-2 sahaja.

4.9 Semua program pengajian yang ada temu duga ditandakan dengan tanda (#) pada akhir nama program pengajian dalam UPUOnline.

4.10 Maklumat penting yang wajib diisi oleh pemohon ditandakan dengan

tanda (*) dalam borang sistem permohonan kemasukan pelajar.

Manakala tanda (**) adalah merujuk kepada wajib mengisi salah satu

medan maklumat.

Sah & Hantar

4.11 Pemohon wajib klik butang “Sah & Hantar” bagi memastikan maklumat

permohonan telah selamat diterima oleh sistem. Maklumat yang dicetak sebelum klik butang “Sah & Hantar” tidak boleh dijadikan sebagai bukti bahawa pemohon telah berjaya mengemukakan permohonan.

4.12 Setelah klik butang “Sah & Hantar”, penyataan “Terima Kasih!

Permohonan Anda Telah Selamat Diterima Oleh Sistem” dan Slip Permohonan Kemasukan Pelajar akan dipaparkan.

4.13 Emel makluman akan dihantar kepada alamat emel yang telah diisi

memaklumkan bahawa pemohon telah mengemukakan permohonan dan perlu mencetak Slip Permohonan Kemasukan Pelajar.

LoginIsi Maklumat

PeribadiIsi Maklumat

KeluargaIsi Maklumat Status Sosioekonomi (SES)

Isi Maklumat Akademik

Isi Maklumat Kokurikulum (jika

berkaitan)

Isi Maklumat Pilihan Program Pengajian

Isi Maklumat Lain-lain

Semak semua maklumat yang

dimasukkan adalah betul

Klik Sah & HantarPaparan Slip

Permohonan dalam format PDF

Page 9: Pekeliling dasar&prosedur kemasukan stpm stam 1617 07.12.2015

8

Semakan Permohonan

4.14 Jika pemohon tidak menyimpan/ mencetak Slip Permohonan ketika

mengemukakan permohonan kali pertama, maklumat lengkap permohonan boleh dicetak melalui pautan “SEMAKAN”. Sekiranya pemohon berjaya mengemukakan permohonan, laman ini akan memaparkan Slip Permohonan Kemasukan Pelajar untuk simpanan dan cetakan.

4.15 Proses Semakan boleh dibuat dengan pemohon hanya memasukkan

No. Kad Pengenalan/ MyKad sekiranya ingin membuat semakan/ cetakan maklumat permohonan yang telah berjaya diisi oleh pemohon.

Kemas kini Permohonan

4.16 Proses kemas kini maklumat permohonan boleh dibuat oleh pemohon

selepas berjaya mengemukakan permohonan. 4.17 Proses pengemaskinian maklumat boleh dilakukan oleh pemohon

tanpa had sehingga tarikh tutup permohonan. Sebarang pengemaskinian maklumat adalah di bawah tanggungjawab pemohon.

4.18 Sekiranya pemohon lupa Kata Laluan yang diisi semasa

mengemukakan permohonan bagi tujuan pengemaskinian, pemohon boleh mendapatkan Kata Laluan dengan klik pautan ‘Lupa Kata Laluan’. Kata Laluan akan dihantar ke emel yang telah didaftarkan.

Permohonan FASA 2 – STPM Ulangan (U3)

4.19 Pemohon yang terlibat dengan U3 perlu mengemaskini permohonan

Fasa 2.

4.20 Pemohon mesti mengisi permohonan Fasa 1 untuk membolehkan mengemaskini permohonan Fasa 2.

4.21 Pemohon yang memohon program bertemuduga semasa Fasa 1 tidak dibenarkan mengemaskini pilihan program tersebut semasa Fasa 2.

4.22 Maklumat yang boleh dikemaskini semasa Fasa 2 adalah seperti

berikut :- a) Pilihan Program (bukan program bertemuduga) b) Alamat yang boleh dihubungi c) Alamat emel d) Nombor telefon yang boleh dihubungi

Page 10: Pekeliling dasar&prosedur kemasukan stpm stam 1617 07.12.2015

9

5. PEMPROSESAN & PEMILIHAN

5.1 Pemohon yang telah memilih program pengajian bertemu duga akan

diproses dan dihantar kepada UA untuk pemilihan pemohon yang akan dipanggil untuk menghadiri ujian/ temu duga pada tarikh, masa dan tempat yang telah ditetapkan oleh UA.

5.2 Surat panggilan temu duga akan dikeluarkan oleh UA melalui laman web masing-masing yang turut akan dipautkan dari laman web http://upu.mohe.gov.my.

Penentuan Aliran STPM

5.3 Aliran Sains

Penentuan aliran bagi calon STPM Sains ialah dengan mengambil mata pelajaran Matematik M/ Matematik T

Dan

Mengambil mata pelajaran Fizik/ Kimia/ Biologi 5.4 Aliran Sastera

Pemohon STPM yang tidak memenuhi komponen Aliran Sains secara automatik dimasukkan ke Aliran Sastera.

Dasar & Kriteria Pemilihan

5.5 Dasar pemilihan adalah berasaskan prinsip meritokrasi dengan

mengguna pakai 90% markah akademik dan 10% markah kokurikulum.

5.6 Kriteria pemilihan kemasukan adalah seperti berikut:- a) Pencapaian akademik dalam peperiksaan STPM/Setaraf dan

SPM/Setaraf; b) Pencapaian dalam aktiviti kokurikulum; c) Kombinasi mata pelajaran yang bersesuaian dengan program

pengajian dipohon; d) Gred mata pelajaran untuk tujuan pengkhususan; e) Memenuhi syarat khas seperti yang ditetapkan oleh UA; f) Telah mengambil MUET dengan mendapat sekurang-kurangnya

Tahap 1 (Band 1); g) Lulus temu duga/ujian bagi program bertemu duga/ujian; h) Program pengajian pilihan pemohon mengikut keutamaan; dan i) Bilangan tempat yang disediakan oleh UA.

Page 11: Pekeliling dasar&prosedur kemasukan stpm stam 1617 07.12.2015

10

5.5 Kriteria tambahan bagi Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) a) Melepasi tahap minimum Ujian MEdSI b) Lulus ujian khas yang ditetapkan dan diperaku temuduga.

Markah Kokurikulum

5.7 Markah kokurikulum 10% bagi calon sekolah di bawah seliaan

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan dibekalkan oleh Bahagian Seni dan Ko-kurikulum KPM kepada BPKP JPT.

5.8 Bagi calon persendirian, markah kokurikulum adalah berdasarkan maklumat kokurikulum yang diisi semasa mengemukakan permohonan.

5.9 Markah kokurikulum dikira berdasarkan purata 2 daripada 4 bidang yang

terbaik dengan markah 10%.

Pengiraan Merit

5.10 Markah Akademik

a) Kaedah Pengiraan PNGK STPM

Nilai gred mata pelajaran bagi STPM/ Setaraf bagi tujuan pengiraan markah adalah seperti berikut:

GRED NILAI GRED

A 4.00

A- 3.67

B+ 3.33

B 3.00

B- 2.67

C+ 2.33

C 2.00

C- 1.67

D+ 1.33

D 1.00

F 0.00

Di dalam sistem ini, mata nilai gred untuk setiap mata pelajaran diberikan dan nilai PNGK dihitung dengan mengambil kira purata nilai gred empat (4) mata pelajaran terbaik termasuk Pengajian Am.

Page 12: Pekeliling dasar&prosedur kemasukan stpm stam 1617 07.12.2015

11

Rajah 2 - Pengiraan PNGK STPM

b) Kaedah Pengiraan Markah Akademik STAM

Nilai gred bagi STAM yang diguna pakai dalam pengiraan markah akademik adalah seperti berikut:

GRED PANGKAT MARKAH

Mumtaz 1 4.00

Jayyid Jiddan 2 3.00

Jayyid 3 2.00

Makbul 4 1.00

Rasib 5 0.00

5.11 Pengiraan Markah Merit:

Rajah 3 - Pengiraan Markah Akademik (90%)

Rajah 4 - Pengiraan Markah Merit

5.12 Contoh Pengiraan Merit adalah seperti di Lampiran A.

Jumlah Markah 4 MP

Terbaik ---------------

4

PNGK

90PNGK

--------------

4.00

Markah Akademik

(90%)

Markah Kokurikulum

(10%)

Markah Akademik

(90%)

Markah Merit

Page 13: Pekeliling dasar&prosedur kemasukan stpm stam 1617 07.12.2015

12

Proses pemilihan jaya

5.13 Pemohon mengikut aliran akan disusun mengikut ranking berdasarkan

Markah Merit yang paling tinggi hingga yang paling rendah.

5.14 Proses penentuan pemilihan dilaksanakan secara berkomputer dengan pengesahan pemilihan oleh semua UA. Berikut adalah gambaran pemprosesan pemilihan :-

Merit Pil1 Pil2 Pil3 Pil4 Pil5 Pil6 Pil7 Pil8 Pil9 Pil10 Pil11 Pil12 Jaya

000101 PIL3

Pil 1 = Melepasi Syarat Pil 2 = Melepasi Syarat Pil 3 = Melepasi Syarat

Unjuran Ada Unjuran Ada Unjuran Ada

Ada perakuan temu duga Ada perakuan temu duga

000102 PIL5

Pil 1 = Melepasi Syarat Pil 2 - 4 = Melepasi Syarat Pil 5 = Melepasi Syarat

Unjuran Ada Unjuran Ada Unjuran Ada

Ada perakuan temu duga

000103 PIL9

Pil 1 = Melepasi Syarat Pil 2 - 4 = Melepasi Syarat Pil 5 - 8 = Melepasi Syarat

Unjuran Ada Unjuran Ada Unjuran Ada Ada temu duga dan UA

tidak peraku temu duga

000104

Pil 1 = Melepasi Syarat Pil 2 - 4 = Melepasi Syarat Pil 5 - 12 = Melepasi Syarat

Unjuran Ada Unjuran Ada Unjuran Ada Ada temu duga dan UA

tidak peraku temu duga Tidak

Berjaya

Page 14: Pekeliling dasar&prosedur kemasukan stpm stam 1617 07.12.2015

13

6. HEBAHAN

6.1 BPKP JPT menggunakan perkhidmatan SMS dan Internet untuk

memaklumkan status permohonan dan keputusan permohonan kemasukan ke UA.

6.2 Hebahan Status Keputusan Permohonan dijangkakan akan diumumkan pada Minggu Ke-2 Ogos 2016 (Tentatif) melalui saluran hebahan seperti berikut:

a) Internet

http://upu.mohe.gov.my

https://jpt.utm.my

http://jpt.uum.edu.my

https://jpt.unimas.my

http://jpt.ums.edu.my

b) TALIAN AM 1 : 03-8870 6755 c) HELPLINE UPU : 03-8870 6777 d) HOTLINE UPU : 03-8870 6767 e) SMS 15888 (IOD)

6.3 Maklumat lanjut dan sebarang pertanyaan boleh hubungi BPKP JPT di

alamat dan talian seperti berikut :-

Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Tinggi Aras 4, No. 2 Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5 Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62200 W.P. Putrajaya (03) 8870 6767, (03) 8870 6777 [email protected]

Surat Tawaran

6.4 Surat tawaran rasmi akan dikeluarkan oleh UA mulai sehari selepas

keputusan permohonan diumumkan melalui laman web UA masing-masing.

6.5 Pemohon dikehendaki membuat pengesahan setuju terima tawaran melalui Laman Web UA dalam tempoh sepuluh (10) hari selepas keputusan permohonan diumumkan.

6.6 Tawaran adalah muktamad.

Page 15: Pekeliling dasar&prosedur kemasukan stpm stam 1617 07.12.2015

14

7. RAYUAN

7.1 Hanya pemohon yang GAGAL mendapat tawaran ke UA sahaja yang

boleh mengemukakan permohonan rayuan.

7.2 Permohonan rayuan hanya dalam tempoh 5 hari selepas keputusan permohonan kemasukan ke UA diumumkan.

7.3 Pemohon dibenarkan mengemukakan EMPAT (4) pilihan program

pengajian semasa mengemukakan permohonan rayuan. Pemohon dibenarkan membuat pengemaskinian tanpa sebarang had sehingga tarikh tutup permohonan rayuan.

7.4 Pemilihan bagi permohonan rayuan adalah untuk mengisi kekosongan

tempat yang berlaku selepas pendaftaran pelajar baharu di UA.

8. TARIKH-TARIKH PENTING

8.1 Berikut adalah tarikh-tarikh penting yang berkaitan dengan permohonan

kemasukan ke UA Bagi Program Pengajian Lepasan STPM/ Setaraf Sesi Akademik 2016/2017 :-

Tarikh

Siaran Iklan 17.01.2016 dan 06.03.2016

Jualan No. Unik ID 18.01.2016 hingga 04.04.2016

Permohonan 18.01.2016 hingga 05.04.2016

Semakan Panggilan Temu Duga (Bukan Pendidikan) dan Ujian MEdSI

Minggu Ke - 3 Mei 2016

Semakan Panggilan Temu Duga (Pendidikan)

16.05.2016 hingga 19.05.2016

Sistem e-temu duga dibuka Minggu ke- 4 Jun

Hebahan Keputusan Minggu Ke-2 Ogos 2016

Permohonan Rayuan Minggu Ke – 2 Ogos 2016

(Rayuan dalam tempoh 5 hari)

Hebahan Keputusan Rayuan Minggu Ke-4 Ogos 2016

Page 16: Pekeliling dasar&prosedur kemasukan stpm stam 1617 07.12.2015

15

9. KARNIVAL PENDIDIKAN TINGGI NEGARA (KPTN) 2016

Karnival Pendidikan Tinggi Negara (KPTN) Kali Ke-12 Tahun 2016 akan diadakan di enam (6) zon mulai Januari hingga April 2016. Objektif utama pelaksanaan KPTN adalah seperti berikut :

i. Mempromosi serta menyebar luas maklumat mengenai program pengajian sedia ada serta program baru yang ditawarkan oleh Universiti Awam (UA), Politeknik, Kolej Komuniti, ILKA, Bahagian Matrikulasi (BMKPM) dan institusi lain bagi Sesi Akademik 2016/2017;

ii. Mendidik dan memupuk kesedaran di kalangan pemohon dan

masyarakat awam mengenai pelaksanaan permohonan kemasukan ke UA dan Politeknik, Kolej Komuniti & ILKA melalui UPUOnline.

iii. Menyampaikan maklumat mengenai pelaksanaan dasar pemilihan

kemasukan ke UA yang mengguna pakai 90% markah akademik dan 10% markah kokurikulum; dan

iv. Memotivasikan dan mendidik pemohon dalam menyebar luas

maklumat mengenai peluang pendidikan tinggi di IPT, Politeknik dan ILKA dalam negara serta agensi lain yang berkaitan dengan pendidikan tinggi.

JADUAL PELAKSANAAN

KARNIVAL PENDIDIKAN TINGGI NEGARA (KPTN) 2016

ZON TARIKH NEGERI LOKASI

1 30-31 Jan. 2016

Kedah Perlis

Pulau Pinang Perak (Utara)

Perkarangan Stadium Darul Aman, Alor Setar, Kedah

2 13-14 Feb. 2016

Terengganu Kelantan Pahang

Dataran DABS, Kampus Gong Badak, UNISZA

Kuala Terengganu, Terengganu

3 20-21 Feb. 2016

Johor Melaka

PERSADA Johor Bahru, Johor

4 5-6 Mac 2016

Sabah WP Labuan

One Borneo Mall, Kota Kinabalu, Sabah

5 19-20 Mac 2016

Sarawak

Pullman Hotel & Hill Shopping Mall

Page 17: Pekeliling dasar&prosedur kemasukan stpm stam 1617 07.12.2015

16

6 2-3 Apr. 2016

Selangor Perak (Selatan)

WP (KL & Putrajaya) Negeri Sembilan

Dataran Gemilang, UKM, Bangi, Selangor

10. SOALAN LAZIM (FAQ)

SOALAN 1:

Apakah peranan utama Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (BPKP) dalam pembangunan pendidikan? JAWAPAN 1:

Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (BPKP) atau lebih dikenali dengan UPU, adalah salah satu Bahagian di Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) yang menyelaras permohonan kemasukan ke Program Ijazah Pertama, Asasi, Diploma dan Sijil bagi Pelajar Lepasan STPM/ Setaraf dan SPM/ Setaraf ke Universiti Awam (UA), Politeknik, Kolej Komuniti dan Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA)

SOALAN 2:

Apakah dasar yang digunapakai oleh BPKP dalam pengurusan pengambilan pelajar ke Universiti Awam? JAWAPAN 2:

Dasar pengambilan dan pemilihan kemasukan ke Universiti Awam (UA), Politeknik, Kolej Komuniti dan Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA) adalah selaras dengan dasar kerajaan bagi merealisasikan Bidang Keberhasilan Utama Kementerian (MKRA) iaitu meningkatkan akses dan ekuiti dalam pendidikan pengajian tinggi kepada rakyat melalui prinsip meritokrasi dengan mengguna pakai 90% markah akademik dan 10% markah kokurikulum. Penentuan nilai merit dilaksanakan tanpa mengira agama, bangsa, keturunan, negeri, tempat tinggal dan sebagainya.

SOALAN 3:

KPT telah mengambil pendekatan dan inisiatif dalam menyebar luas maklumat kemasukan ke UA melalui penganjuran Karnival Pendidikan Tinggi Negara (KPTN), “Jom Masuk IPT” pada setiap tahun. Bagaimanakah program ini dapat membantu pelajar dalam mencapai cita-cita yang akhirnya mencorakkan negara dengan pembangunan modal insan yang seimbang? JAWAPAN 3:

Karnival Pendidikan Tinggi Negara (KPTN) adalah sebagai platform untuk persiapan kemasukan pelajar ke UA dalam menyediakan sistem permohonan aplikasi dalam talian (20 kiosk permohonan disediakan kepada pemohon di tapak karnival), khidmat runding cara bersama pegawai daripada Kementerian, UA, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA serta edaran bahan bercetak mengenai institusi, program pengajian, sistem dan prosedur permohonan.

Page 18: Pekeliling dasar&prosedur kemasukan stpm stam 1617 07.12.2015

17

Selain daripada itu, KPT melalui Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pendidikan Tinggi (BPKP,JPT) juga telah mengambil pendekatan proaktif dengan memperkenalkan akses komunikasi secara maya bersama masyarakat di facebook rasmi di ‘Kemasukan BPKP JPT – FB rasmi UPU’ di laman sosial Facebook. KPM juga melaksanakan taklimat dan seminar di sekolah kepada pelajar dan kaunselor. UA, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA juga turut bersama turun padang menjalankan promosi bersama-sama Kementerian.

SOALAN 4:

Bagaimanakah cara untuk mendapatkan borang permohonan kemasukan ke UA, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA? JAWAPAN 4:

Permohonan kemasukan ke UA, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA boleh dicapai melalui Sistem Permohonan Kemasukan Pelajar (UPUOnline) melalui laman web http://upu.mohe.gov.my

SOALAN 5:

Setiap pemohon perlu membeli nombor unik ID untuk mengemukakan permohonan. Bagaimanakah cara untuk membeli nombor unik ID tersebut? JAWAPAN 5:

Nombor Unik ID bagi permohonan kemasukan ke UA, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA boleh dibeli di kaunter Bank Simpanan Nasional(BSN), di mesin ATM BSN sehari selepas iklan permohonan disiarkan.

SOALAN 6:

Semasa mengisi borang permohonan dalam talian, pemohon telah membuat kesilapan dalam mengisi jenis kategori. Adakah permohonan tersebut masih diproses oleh pihak BPKP? JAWAPAN 6:

Ya, masih diproses. Walau bagaimana pun pemohon perlu memaklumkan kepada pihak BPKP, JPT terlebih dahulu di talian hotline 03-8870 6767/6777/6766/6755 kerana kesilapan dalam mengisi kategori akan

menyukarkan proses permohonan.

SOALAN 7:

Adakah pemohon perlu sertakan salinan sijil sebagai bukti mengesahkan penglibatan dalam Kokurikulum? JAWAPAN 7:

Page 19: Pekeliling dasar&prosedur kemasukan stpm stam 1617 07.12.2015

18

Pemohon tidak perlu sertakan salinan sijil tersebut kerana maklumat Kokurikulum akan diselaraskan dengan Bahagian Kokurikulum dan Kesenian, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) kecuali bagi pemohon lepasan Diploma/Setaraf dan Lepasan SPM bagi kategori C masih perlu kemukakan dokumen sebagai bukti.

SOALAN 8:

Adakah pelajar Bukan Warganegara boleh memohon untuk kemasukan ke UA, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA bagi Program Lepasan SPM/Setaraf? JAWAPAN 8:

Calon Bukan Warganegara tidak layak memohon kemasukan ke UA, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA bagi Program Pengajian Lepasan SPM/Setaraf kerana ia hanya terbuka kepada Warganegara Malaysia sahaja.

Bagi program Pengajian Lepasan STPM/Setaraf pula, permohonan adalah terbuka kepada Bukan Warganegara Malaysia. Calon perlu memohon terus kepada UA pilihan masing-masing melalui Bahagian Akademik dan Kemasukan dengan menggunakan borang khas yang disediakan oleh UA berkenaan. Walau bagaimanapun, pemohon bertaraf Penduduk Tetap boleh memohon melalui UPUOnline di http://upu.mohe.gov.my

SOALAN 9:

Apakah yang perlu pemohon lakukan jika ibu bapa mereka tiada sijil kelahiran atau sijil kelahiran telah hilang? JAWAPAN 9:

Pemohon boleh mendapatkan cabutan sijil lahir yang hilang atau tercicir di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) terdekat.

SOALAN 10:

Adakah pemohon diberi peluang untuk membuat kemaskini permohonan disebabkan kesilapan dalam mengisi permohonan? JAWAPAN 10:

Ya, pemohon masih boleh membuat kemaskini kerana tiada sebarang had dalam pengemaskinian permohonan tetapi kemaskini tesebut hanya boleh

dilakukan semasa tempoh permohonan.

SOALAN 11:

Adakah pemohon perlu menghantar salinan borang permohonan bersama dokumen sokongan ke UA, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA pilihan? JAWAPAN 11:

Page 20: Pekeliling dasar&prosedur kemasukan stpm stam 1617 07.12.2015

19

Hanya bagi Kategori Diploma/Setaraf (Program Pengajian Lepasan STPM/Setaraf - Ijazah Pertama) dan Kategori C bagi Program Pengajian Lepasan SPM/Setaraf sahaja yang perlu menghantar salinan dan dokumen tersebut. Pemohon perlu mencetak maklumat permohonan dan menghantar bersama-sama dengan salinan dokumen berketerangan sendiri yang telah disahkan ke UA/ IPTA pilihan kecuali UiTM.

SOALAN 12:

Setiap pemohon perlu memenuhi Syarat Am dan Syarat Khas Program Pengajian yang telah ditetapkan oleh setiap UA, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA sebelum mengemukakan permohonan. Di manakah semakan tersebut boleh dilakukan oleh pemohon? JAWAPAN 12:

Semakan syarat am dan syarat khas program pengajian boleh disemak di e- panduan kemasukan di http://upu.mohe.gov.my dan IMASCU http://www.semaksyarat.info dan pemohon perlu memastikan mereka memohon program pengajian yang mengikut aliran masing-masing semasa menduduki peperiksaan SPM. Contohnya, pelajar aliran sains perlu memohon program pengajian aliran sains.

SOALAN 13:

Adakah pemohon layak mengemukakan permohonan ke UA, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA melalui aplikasi dalam talian walaupun bukan pelajar SPM tahun semasa (tahun 2015)? JAWAPAN 13:

Ya, pemohon masih layak memohon. Kategori permohonan adalah seperti berikut:

Kategori A: Pemohon yang menggunakan kelayakan SPM tahun 2015 sahaja.

Kategori B: Pemohon yang menggunakan keputusan SPM tahun 2013 atau 2014.

Kategori C: Pemohon yang menggunakan keputusan SPM tahun 2012 atau sebelumnya atau sijil yang setaraf dan diiktiraf oleh IPTA.

Kategori D: Pemohon yang menggunakan keputusan; SPM 2013 dengan sijil ulangan SPM 2014 atau, SPM 2013 dengan sijil ulangan SPM 2015 atau,

SPM 2014 dengan sijil ulangan SPM 2015.

SOALAN 14:

Apakah syarat am dan khas kemasukan ke UA, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA? JAWAPAN 14:

Page 21: Pekeliling dasar&prosedur kemasukan stpm stam 1617 07.12.2015

20

Syarat kemasukan ke UA, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA bergantung kepada kursus dan peringkat pengajian. Secara umumnya, pemohon mestilah warganegara Malaysia dan lulus SPM. Bagi kursus peringkat diploma, pemohon mestilah mendapat sekurang-kurangnya lima kepujian termasuk matapelajaran matematik/matematik tambahan manakala bagi peringkat sijil, pemohon perlu mendapat kepujian sama ada matematik/matematik tambahan atau matapelajaran sains/teknikal/vokasional/sastera. Maklumat secara terperinci berkenaan syarat kemasukan boleh diperolehi di www.politeknik.edu.my

SOALAN 15:

Bagaimanakah pemohon boleh mendapatkan status keputusan permohonan kemasukan ke UA, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA bagi program Pengajian Lepasan STPM/Setaraf atau program pengajian Lepasan SPM/Setaraf? JAWAPAN 15:

Pemohon boleh menyemak status keputusan permohonan ke UA/ IPTA melalui 3 kaedah berikut :

Internet :

http://upu.mohe.gov.my http://jpt.utm.my http://jpt.uum.edu.my https://jpt.unimas.my http://jpt.ums.edu.my

SMS Taip UPU<space>RESULT<space>NO KP dan hantar ke 15888

Telefon :

Helpline Talian Am Hotline UPU 03-8870 6777 03-8870 6755 / 6766 03-8870 6767

SOALAN 16 :

Setelah membuat semakan status keputusan permohonan ke UA, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA keputusan menunjukkan bahawa rekod permohonan tiada dalam sistem. Mengapakah perkara ini berlaku? JAWAPAN 16:

Perkara ini berlaku kerana pemohon tidak mengemukakan permohonan dan setiap permohonan perlu ‘Klik’ Sah & Hantar. Oleh yang demikian, setiap pemohon perlu mencetak slip permohonan tersebut sebagai rujukan.

SOALAN 17:

Mengapakah pemohon ditawarkan ke program bukan dalam pilihan semasa mengemukakan permohonan?

Page 22: Pekeliling dasar&prosedur kemasukan stpm stam 1617 07.12.2015

21

JAWAPAN 17:

Pemohon telah bersetuju pada ruangan penyataan khas untuk menerima tawaran luar pilihan (program pengajian).

SOALAN 18:

Adakah pemohon yang mendapat PNGK tinggi akan ditawarkan kursus luar pilihan sekiranya pemohon menyatakan “tidak” di ruangan penyataan khas untuk menerima tawaran luar pilihan? JAWAPAN 18:

Pemohon tidak akan ditawarkan kursus luar pilihan jika menyatakan ‘Tidak’. Pemohon perlu membuat rayuan semasa permohonan e-rayuan melalui laman web http://upu.mohe.gov.my .

SOALAN 19:

Sekiranya pemohon membuat e-rayuan dan memilih program pengajian yang sama, adakah pemohon berpeluang untuk mendapat program pengajian tersebut? JAWAPAN 19:

Kejayaan mendapat tawaran tertakluk memenuhi syarat dan kekosongan tempat. Pemohon dinasihatkan memohon program lain. Pemohon juga dinasihatkan agar tidak melepaskan peluang untuk belajar dalam program- program kemahiran kerana peluang untuk belajar bidang kemahiran adalah sangat besar dan peluang pekerjaan juga adalah luas seperti di Politeknik, Kolej Komuniti dan Institut Latihan Kemahiran Awam(ILKA) yang lain.

SOALAN 20:

Mengapakah pemohon yang mendapat PNGK tinggi tetapi masih gagal mendapat tawaran tempat di UA/ IPTA, dan sekiranya pemohon menolak tawaran ke UA/ IPTA, adakah pemohon boleh membuat e-rayuan? JAWAPAN 20:

Kejayaan pemohon untuk memperoleh tempat bergantung kepada susunan merit dan pemilihan program pengajian di UA/ IPTA yang dipohon. Jika merit pemohon tidak begitu tinggi dan memohon program pengajian kompetitif, berkemungkinan besar pemohon tidak terpilih untuk ditawarkan program pengajian dalam pilihan mereka. Begitu juga jika pemohon hanya memohon di Universiti Awam yang popular, pemohon akan menghadapi persaingan yang tinggi dan akhirnya tidak mendapat apa-apa tawaran daripada UA berkenaan.

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) amat prihatin dengan pemohon yang memperoleh merit tinggi tetapi tidak mendapat tawaran di mana-mana UA. Pemohon berkaitan berpeluang menerima tawaran mengikut tiga (3) bidang

Page 23: Pekeliling dasar&prosedur kemasukan stpm stam 1617 07.12.2015

22

pilihan pemohon semasa mengemukakan permohonan. Tawaran tersebut tertakluk kepada kekosongan tempat di UA dan penyataan “setuju terima” untuk menerima tawaran di luar pilihan program pengajian mereka. Pemohon yang tidak berjaya ditawarkan ke mana-mana UA boleh mengemukakan rayuan. Antara beberapa sebab mengapa pemohon tidak ditawarkan ke mana-mana UA adalah kerana:

i. Tidak mengemukakan permohonan melalui BPKP, JPT ii. Tidak memenuhi syarat am UA dan syarat khas program pengajian iii. Permohonan tidak lengkap iv. Pemalsuan maklumat atau dokumen semasa mengemukakan

permohonan v. Memohon program luar bidang aliran vi. Tidak tekan butang Sah & Hantar semasa permohonan vii. Pemohon sedang belajar viii. Penghantaran dokumen yang lewat selepas tarikh tutup permohonan

(bagi kategori STPM/Setaraf)

SOALAN 21:

Saya mendapat tawaran melalui BPKP, JPT tetapi tidak berminat dengan kursus yang ditawarkan. Bolehkah saya memohon untuk menukar kursus lain? JAWAPAN 21:

Tawaran adalah muktamad. Permohon yang telah berjaya mendapat tawaran ke UA melalui BPKP tidak dibenarkan untuk memohon sebarang penukaran kursus yang lain. Keputusan adalah muktamad.

SOALAN 22:

Pemohon telah mendapat tawaran ke UM atau USM dan gagal mendapat tempat melalui permohonan BPKP, JPT. Adakah pemohon boleh membuat rayuan melalui BPKP, JPT? JAWAPAN 22:

Ya, boleh sekiranya pemohon telah membuat permohonan melalui BPKP pada permohonan kali pertama.

SOALAN 23:

Pemohon telah mendapat tawaran ke USM dan tawaran melalui BPKP. Adakah pemohon boleh menolak tawaran melalui BPKP? JAWAPAN 23:

Ya. Pemohon boleh menolak tawaran melalui BPKP dan menerima tawaran ke USM tanpa dikenakan sebarang tindakan.

SOALAN 24:

Page 24: Pekeliling dasar&prosedur kemasukan stpm stam 1617 07.12.2015

23

Saya telah mendapat 3 tawaran ke UA. Apakah implikasi sekiranya saya menolak dua daripada tawaran tersebut? JAWAPAN 24:

Pemohon hanya dibenarkan membuat satu pilihan program pengajian sahaja dan tiada sebarang implikasi terhadap pilihan yang telah dibuat.

SOALAN 25:

Mengapakah pemohon yang mendapat keputusan PNGK yang tinggi/cemerlang tidak mendapat banyak tawaran terutama dalam bidang perubatan/pergigian/farmasi? JAWAPAN 25:

Pemohon yang memohon bagi bidang perubatan/pergigian/farmasi hanya akan ditawarkan satu pilihan (perubatan/pergigian/farmasi) sahaja. BPKP, JPT akan membuat penyelarasan bagi ketiga-tiga program kompetitif ini.

Page 25: Pekeliling dasar&prosedur kemasukan stpm stam 1617 07.12.2015

24

LAMPIRAN A

CONTOH PENGIRAAN MARKAH AKADEMIK, MARKAH KOKURIKULUM DAN MARKAH MERIT

a) STPM

Nilai gred mata pelajaran bagi STPM/ Setaraf bagi tujuan pengiraan markah adalah seperti berikut:

GRED NILAI GRED

A 4.00

A- 3.67

B+ 3.33

B 3.00

B- 2.67

C+ 2.33

C 2.00

C- 1.67

D+ 1.33

D 1.00

F 0.00

i. Pengiraan PNGK

CONTOH:

BIL MATA PELAJARAN GRED MARKAH

Jumlah Markah 4 MP

Terbaik ---------------

4

PNGK

Page 26: Pekeliling dasar&prosedur kemasukan stpm stam 1617 07.12.2015

25

1. Pengajian Am B+ 3.33

2. Fizik B 3.00

3. Kimia B+ 3.67

4. Biologi A 4.00

ii. Markah Akademik (90%)

iii. Markah Kokurikulum (10%) = Markah kokurikulum yang diperolehi

daripada Kementerian Pendidikan

Malaysia

iv. Markah Merit

Jika calon mendapat :

a) Markah Akademik = 78.75

b) Markah Kokurikulum = 9

c) Markah Merit = Markah Akademik + Markah Kokurikulum = 78.75 + 9

90PNGK

--------------

4.00

Markah Akademik

(90%)

Markah Kokurikulum

(10%)

Markah Akademik

(90%)

Markah Merit

CONTOH: MARKAH AKADEMIK (90%) = 3.50 X 90 4.00 = 78.75

PNGK = 3.33 + 3.00 + 3.67 + 4.00 = 14.00 4 = 3.50

Page 27: Pekeliling dasar&prosedur kemasukan stpm stam 1617 07.12.2015

26

= 87.75

b) STAM

Nilai gred bagi STAM yang diguna pakai dalam pengiraan markah akademik adalah seperti berikut:

GRED PANGKAT MARKAH

Mumtaz 1 4.00

Jayyid Jiddan 2 3.00

Jayyid 3 2.00

Makbul 4 1.00

Rasib 5 0.00

Markah bagi Pangkat STAM diselaraskan bagi penyediaan markah akademik 90%

i. Pengiraan PNGK

ii. Markah Akademik (90%)

90PNGK

--------------

4.00

Markah Akademik

(90%)

CONTOH: MARKAH AKADEMIK (90%) = 3.00 X 90 4.00 = 67.50

Contoh : Calon mendapat Pangkat 2 untuk keputusan STAM. Markah diselaraskan bagi Pangkat 2 = 3.00

Page 28: Pekeliling dasar&prosedur kemasukan stpm stam 1617 07.12.2015

27

iii. Markah Kokurikulum (10%) = Berdasarkan maklumat kokurikulum

yang dimasukkan oleh calon (purata

2 daripada 4 bidang yang terbaik)

dengan markah 10%.

iv. Markah Merit

Jika calon mendapat :

a) Markah Akademik = 67.50

b) Markah Kokurikulum = 9

c) Markah Merit = Markah Akademik + Markah Kokurikulum = 67.50 + 9

= 76.50

Markah Kokurikulum

(10%)

Markah Akademik

(90%)

Markah Merit