View
473
Download
1
Embed Size (px)
DESCRIPTION
Find out more related information here http://www.nealizham.com
Citation preview
Panduan Membina Buyer List.
NOTIS & HAK
Penulis telah mencuba untuk menulis dengan tepat dan lengkap dalam menghasilkan
e-book ini. Walaubagaimanapun, penulis tidak bertanggungjawab seandainya setiap
fakta yang diberi sudah tidak relevan disebabkan oleh perubahan yang sentiasa berlaku
di dunia internet kini.
Kesemua teknik atau cara atau tips yang diberi dalam e-book ini telah dicuba sendiri
oleh penulis. Oleh itu sekali lagi, penulis tidak akan bertanggungjawab jika pembaca e-
book ini melakukan kesilapan, bersikap cuai dan tersalah anggap terhadap informasi
yang diberi. Jika terdapat mana-mana individu atau syarikat atau pertubuhan yang
terasa dipergunakan dalam e-book ini, hal itu adalah tidak disengajakan dan tidak akan
diambil perhatian.
Tiada jaminan bahawa para pembaca akan menjana keuntungan yang sama seperti
penulis. Para pembaca dinasihatkan agar menilai dengan teliti terhadap kebolehan
informasi yang diberi sebelum bertindak. E-book ini dibuat bukan bertujuan untuk
menjadi satu sumber yang sah dalam perniagaan, perakaunan dan nasihat kewangan.
Dengan ini, para pembaca sekali lagi dinasihatkan agar dapatkan perkhidmatan yang
professional, cekap dan sah dalam merangka perniagaan, perakaunan dan hal
kewangan.
Akhir sekali, pembaca didorong untuk mencetak e-book ini supaya mudah dalam
membuat bacaan.
BIODATA PENULIS
Neal Izham Sharifudin, dilahirkan
di Kluang, Johor. Mendapat pendidikan
awal di Negeri Johor dan mendapat
peluang melanjutkan pelajaran di MRSM
Jasin (Ditukar kepada MRSM Tun Ghaffar
Baba).
Berjaya mendapat keputusan yang
cemerlang pada peringkat PMR dan SPM seterusnya menyambung pengajian ke
peringkat matrikulasi di Tangkak. Masakini beliau merupakan pelajar sepenuh
masa di Universiti Malaya dalam jurusan Kejuruteraan Awam.
Merupakan seorang pelajar yang aktif dalam sukan tenis dan mempunyai
minat yang mendalam dalam bidang inovatif dan juga dunia perniagaan. Pernah
berjaya merangkul anugerah rekacipta sewaktu di peringkat sekolah lagi. Beliau
mula menceburikan diri dalam bidang perniagaan melalui perniagaan milik
ayahnya, dalam perniagaan jus buah-buahan.
Beliau juga dianugerah pemikiran yang kritis dan kreatif, sentiasa
mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi dan berfikiran ke hadapan untuk
menangani sesuatu cabaran. Pelbagai pengalaman hidup yang berharga telah
menjadi anjakan paradigma baginya untuk terus maju.
Pengalaman-pengalaman ini menemukan beliau kepada keajaiban dunia
ICT dalam membantu selok-belok perniagaan sekaligus membuatkan beliau
bertekad untuk memberikan sepenuh komitmen untuk memberikan yang terbaik.
Pendahuluan.
Semua IM berpendapat mempunyai senarai emel adalah keperluan kepada
perniagaan internet. Namun, mereka terlupa untuk mengatakan bahawa
mempunyai senarai emel yang banyak tidak semestinya perlu, tetapi mempunyai
senarai emel yang berkualiti adalah lebih perlu.
Ramai di kalangan IM muda membina list dengan membabi buta. Mereka ingat,
dengan memberi produk percuma kepada subscriber, mereka sudah ada lesen
untuk mempromosi apa sahaja kepada para subscriber mereka. Mereka silap
kerana kebanyakan yang sign up adalah terdiri dari freebie seeker atau mereka
yang gemarkan produk percuma. Mereka juga tiada niat untuk membeli sesuatu
dari anda ataupun orang lain.
Buyer list tiada freebie seekers kerana buyer list terdiri dari pembeli. Ini
bermakna, mereka mempunyai sejarah melakukan pembelian dan mungkin akan
membeli lagi dari anda. Persoalannya, bagaimana hendak membina senarai
emel yang terdiri dari Buyer List?
Di sini, saya akan senaraikan beberapa strategi berkesan untuk membina buyer
list. Selamat mencuba dan membaca.
Teori membina buyer list.
Teorinya sangat mudah. Untuk membina buyer list, anda hanya perlu menambah
emel yang pernah membeli kepada senarai emel anda. Ia kendengaran seperti
mudah kerana ia memang mudah. Setkan minda anda untuk membina senarai
emel dari mereka yang memang pernah membeli.
Untuk memastikan teori di atas berfungsi, saya telah merangka beberapa teknik
dan strategi yang memang berkesan untuk anda ikut. Selamat membina buyer
list.
Strategi pertama: Membawa pelanggan kepada opt-in.
Kebanyakan dari anda akan menghantar pelanggan terus kepada page
download untuk mereka menerima produk selepas melakukan pembayaran.
Anda perlu tukar teknik penghantaran produk anda dengan membawa pelanggan
anda untuk melakukan opt-in sebelum menerima produk mereka.
Dengan melakukan teknk ini, anda boleh membahagikan pelanggan dan
pembeli. Semua orang adalah pelanggan, namun, hanya segelintir adalah
pembeli. Anda boleh mengugut mereka untuk tidak unsubscribe kerana mereka
mungkin tidak akan menerima update dari anda.
Jadi, anda boleh memperalatkan senarai emel ini sebanyak mana yang anda
suka. Selain dapat mengumpul buyer list, ada kebaikan lain juga anda membawa
pelanggan anda kepada opt-in sebelum menerima produk mereka. Ini kerana
anda boleh membahagikan kuasa membeli pelanggan anda .
Katakan anda menjual produk pada harga RM 10, RM 20 dan RM 30. Selepas
pelangggan anda membeli produk dari anda, anda bawa mereka ke opt-in untuk
mereka menerima produk dari anda. Sekarang anda sudah ada 3 tahap dalam
koleksi senarai emel anda. Dari sini, anda sudah boleh tahu bagaimana hendak
memperalatkan buyer list anda.
Jika anda produk berharga RM 10, anda sudah tahu di mana anda hendak
lakukan promosi. Begitu juga dengan produk yang berharga RM 20 dan RM 30.
Lihat, ada banyak kegunaan dengan memiliki buyer list kerana anda lebih
targeted ketika melakukan promosi.
Strategi Kedua: Membina empayar resell right.
Resell right hanya memberi kebenaran kepada pemiliknya untuk melakukan
jualan dan menerima keuntungan 100% hasil jualan mereka. Di sini, anda boleh
mengambil kesempatan dari situasi yang terhasil. Bagaimana? wajibkan setiap
pembeli produk anda untuk subscribe pada mailing list anda untuk menerima
update.
Anda cipta produk yang sangat berkualiti. Kemudian anda jual resell right produk
tersebut dan sudah tentu ada pembelinya kerana kebanyakan IM sukakan
perkara mudah. Kemudian, anda hanya perlu tunggu kebanjiran emel masuk ke
dalam senarai emel anda.
Kebaikan dari produk resell right ini, anda menerima kemasukan emel yang
berkualiti kerana ia terdiri dari golongan pembeli. Anda boleh mecipta produk
sebanyak mana yang anda suka dan mampu. Lagi banyak produk yang anda
cipta, lagi banyak emel yang anda peroleh. Lagipun, tiada yang lebih baik dalam
pemasaran emel selain memiliki senarai emel yang berkualiti.
Strategi ketiga: Komisyen Affiliate 100 peratus.
Buat satu produk dan bina sistem affiliate. Kemudian setkan komisyen affiliate
kepada 100 peratus. Saya percaya, dengan melakukan sedikit hebahan, anda
akan menerima beratus-ratus permohonan affiliate untuk melakukan promosi
terhadap produk anda.
Untuk lebih menarik, anda hadkan masa tertentu sahaja untuk affiliate menerima
komisyen 100 peratus dari anda. Saya percaya, setiap affiliate akan melakukan
apa sahaja untuk menjual produk anda. Namun, ada lagi perkara yang lebih
penting iaitu menerima emel yang berkualiti hasil jualan produk anda iaitu buyer
list.
Ini adalah antara teknik yang akan memberikan anda buyer list yang teramai
dalam masa yang sangat sekejap. Anda pasti akan tertawa besar jika teknik ini
terjadi kerana anda berjaya memperoleh senarai emel yang banyak.
Strategi keempat: Membeli ruang pengiklanan di laman download.
Buat satu squeeze page dan iklankan di laman download produk IM yang lain.
Bagi mereka yang tiada masa untuk lakukan 3 teknik di atas, anda boleh cuba
teknik ini iaitu mencuri buyer list dari IM lain.
Anda beli pengiklanan di laman web download bagi produk digital dan pada
halaman terima kasih bagi produk fizikal di mana niche produk tersebut adalah
sama dengan niche yang anda sedang bina.
Kenal pasti beberapa produk yang laku dan boleh di jual secara konsisten.
Kemudian, pujuk pemilik produk tersebut untuk menjual ruang pengiklanan pada
ruang download mereka. Runding dengan bijak supaya anda boleh dapat harga
terbaik.
Strategi kelima: Upsell bagi produk percuma anda.
Ia agak memakan masa tetapi berbaloi untuk mencuba. Buat satu squeeze page
dan buat satu pertandingan Pay per lead bagi setiap prospek yang mendaftar di
squeeze page anda.
Selepas prospek anda daftar, bawa mereka ke bahagian upsell di mana anda
menjual produk berkualiti pada harga yang sangat rendah iaitu RM 7 ke RM 10.
Jika ada yang membeli, bawa mereka ke opt-in untuk mereka menerima produk.
Di sini anda sudah ada dua golongan list anda iaitu general dan buyer list.
General adalah mereka yang mendaftar untuk menerima produk percuma
manakala buyer list adalah mereka yang mendaftar untuk menerima produk
Upsell dari anda selepas melakukan pembayaran.
Rumusan keseluruhan strategi.
Seperti yang anda sudah baca, saya mengariskan lima strategi yang anda boleh
gunakan untuk membina buyer list. Kelima-lima strategi di atas mematuhi teori
asal pembinaan buyer list iaitu hanya menambah emel dari kalangan mereka
yang membeli sahaja.
Anda tidak terhad untuk mencuba satu-satu teknik pada sesuatu masa. Anda
boleh mencuba kelima-lima teknik sekaligus. Anda juga boleh mengabungkan
beberapa teknik untuk menjadi satu teknik mmebunuh. Anda juga boleh
mengembangkan teknik sedia ada menggunakan daya kreativiti anda sendiri.
Memiliki buyer list bermakna anda sedang memiliki senarai nama di mana
mereka sedia untuk membeli mana-mana produk yang mereka minat. Maka,
langkah seterusnya, anda perlu menghasilkan atau promosikan produk yang
boleh menarik minat buyer list anda. Seterusnya, anda boleh menerima
pendapatan tanpa had dari perniagaan anda. Sekian, terima kasih.
Tawaran Istimewa
Dapatkan khidmat nasihat
Memandangkan anda telah berjaya membaca sampai ke tahap ini, saya percaya anda
seorang yang serius untuk menambah ilmu.
Oleh itu, saya memberi peluang khas kepada anda untuk mendapatkan khidmat nasihat
secara terus melalui email sebagai tanda penghargaan kerana menghabiskan
membaca ebook ini.
Subjek email haruslah dinamakan “Bonus Khidmat Nasihat” dan diikuti dengan
pertanyaan anda ke neal_izham[at]yahoo.com.
Berikan detail yang secukupnya agar urusan lebih mudah dan lancar.
Dapatkan Diskaun 50% untuk ebook Premium
Gunakan kupon unik ini : “50ebooknealizham”
Untuk dapatkan harga diskaun setengah harga bagi ebook-ebook pemium saya.
http://www.BlogMudah.info
http://www.Affiliate-Malaysia.info
http://www.MLM-Malaysia.com