5
TEMA : WARISAN KEPELBAGAIAN BUDAYA MALAYSIA BAB 6 : PRINSIP-PRINSIP PENTING DALAM AJARAN PELBAGAI AGAMA 1. 6.1 AGAMA ISLAM – Salah satu prinsip utama dalam agama Islam ialah Rukun Islam. Terdapat 5 perkara penting iaitu : 1. Mengucap dua kalimah syahadat – pengakuan tentang kewujudan Allah dan keesaanNya serta kerasulan Nabi Muhammad SAW 3 2. Solat lima waktu – iaitu ibadat yang mengandungi perkataan dan perbuatan yang dimulai dengan takbir serta diakhiri dengan salam. Solat wajib ditunaikan pada 5 waktu tertentu iaitu Subuh, Zohor, Asar, Maghrib dan Isyak .3. Membayar zakat – ibadat yang mengeluarkan harta tertentu yang dimiliki untuk diberikan kepada golongan yang memerlukan. 4. Berpuasa di bulan Ramadhan – ibadat yang menahan diri daripada melakukan perkara yang membatalkan puasa, bermula dari matahari terbit sehingga matahari terbenam. Puasa wajib ditunaikan selama sebulan pada bulan Ramadhan. 5. Menunaikan haji – ibadat yang wajib ditunaikan di Makkah sekali seumur hidup bagi umat Islam yang mampu, tertakluk pada syarat tertentu dan pada masa yang tertentu.

Nota sivik tema 4

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Nota sivik tema 4

TEMA : WARISAN KEPELBAGAIAN BUDAYA MALAYSIA

BAB 6 : PRINSIP-PRINSIP PENTING DALAM AJARAN PELBAGAI AGAMA

1. 6.1 AGAMA ISLAM –

Salah satu prinsip utama dalam agama Islam ialah Rukun Islam. Terdapat 5 perkara

penting iaitu :

1. Mengucap dua kalimah syahadat – pengakuan tentang kewujudan Allah dan

keesaanNya serta kerasulan Nabi Muhammad SAW 3

2. Solat lima waktu – iaitu ibadat yang mengandungi perkataan dan perbuatan yang

dimulai dengan takbir serta diakhiri dengan salam. Solat wajib ditunaikan pada 5

waktu tertentu iaitu Subuh, Zohor, Asar, Maghrib dan Isyak

.3. Membayar zakat – ibadat yang mengeluarkan harta tertentu yang dimiliki untuk

diberikan kepada golongan yang memerlukan.

4. Berpuasa di bulan Ramadhan – ibadat yang menahan diri daripada melakukan

perkara yang membatalkan puasa, bermula dari matahari terbit sehingga matahari

terbenam. Puasa wajib ditunaikan selama sebulan pada bulan Ramadhan.

5. Menunaikan haji – ibadat yang wajib ditunaikan di Makkah sekali seumur hidup

bagi umat Islam yang mampu, tertakluk pada syarat tertentu dan pada masa yang

tertentu.

2. 6.2 AGAMA BUDHHA

Agama Buddha ialah agama dan falsafah berasaskan ajaran Siddharta Gautama yang

dipercayai lahir pada kurun ke-5 sebelum masihi. Prinsip penting ajaran agama

Budhha ialah Lima Ajaran dan Lapan Jalan Betul yang harus dijadikan prinsip

kehidupan oleh setiap penganutnya.

5 Ajaran Betul Agama Buddha :

1. Kita tidak harus membunuh atau berkelakuan kejam

2. Kita tidak harus mencuri

3. Kita tidak harus melakukan kesalahan seksual

4. Kita tidak harus berbohong

5. Kita tidak harus mengusutkan fikiran kita dengan mengambil dadah dan arak.

Page 2: Nota sivik tema 4

8 Jalan Betul Mengikut Ajaran Agama Buddha :

1. PANDANGAN YANG BETUL – kita harus sedaya upaya untuk memahami

sesuatu perkara dengan cara terbaik demi menikmati kehidupan yang terbaik

.2. FIKIRAN YANG BETUL – Kita harus memilih dan membuat keputusan yang

betul berkenaan perkara-perkara kehidupan.

3. UCAPAN YANG BETUL – Kita harus bercakap dan bertutur dengan sopan agar

dapat membawa kegembiraan kepada orang yang sedang bercakap dengan kita.

4. PERBUATAN YANG BETUL – Kita harus melakukan perbuatan yang boleh

dijadikan teladan oleh orang lain.

5. PEKERJAAN YANG BETUL – Kita harus memilih kerjaya halal yang tidak

membawa keburukan kepada orang lain.

6. DAYA UPAYA YANG BETUL – Kita tidak harus leka dan malas.

7. PERINGATAN YANG BETUL – Kita harus sentiasa memberikan tumpuan

terhadap apa jua yang kita lakukan.

8. BERTAFAKUR SECARA BETUL – Kita harus bertakafur dengan cara yang dapat

membawa ketenangan dan kearifan.

6.3 AGAMA HINDU

Agama Hindu dipercayai merupakanagama tertua di dunia.Agama Hindu dipercayai

bermula daripada peradaban tua di Banjaran Indus dan Ganges. 11

Amalan dan kepercayaan Agama Hindu :

1. AHIMSA– Kehidupan tanpa keganasan dan tidak mencederakan atau menyakiti

orang lain.– Kepercayaan ini menjelaskan sebab ramai penganut Hindu mengamalkan

pemakanan sayur-sayuran (vegetarian).– Ahimsa harus dipraktikkan dalam semua

tindakan iaitu pemikiran, pertuturan dan perlakuan.– Kebenaran sangat penting untuk

melindungi umatnya. 12

2. KARMA– Undang-undang sebab dan akibat.– Penganut Hindu digalakkan untuk

melakukan tugasan harian mereka tanpa mengharapkan balasan.– Karma yang buruk

akan dibalas dengan kehidupan yang penuh sengsara

3. KEHIDUPAN SELEPAS MATI– Setiap penganut agama Hindu dipercayai akan

lahir semula beberapa kali untuk memperbaiki karma mereka.– Seseorang tidak lagi

dilahirkan semula apabila dia berjaya mencapai karma yang penuh dengan kebaikan.

Page 3: Nota sivik tema 4

4. MOKSHA– Setiap penganut Hindu harus berusaha untuk mencapai moksha, iaitu

bebas daripada kitaran kelahiran dan kematian.– Moksha tercapai apabila karma

kebaikan mengatasi karma keburukan.

Displin KejiwaanDISPLIN HURAIANKarma yoga Memahami cara yang betul

apabila menjalankan sesuatu tugas tanpa memikirkan kemahuan sendiri dan bersifat

tamak.Raja Yoga Displin diri dan pemikiran yang melibatkan amalan tafakur dan

penumpuan untuk memperoleh ketenangan fikiran. 16

Bakhthi yoga Perasaan kasih sayang terhadap Tuhan dan mempercayai kewujudan

Tuhan.Inana yoga Memperoleh pengetahuan kejiwaan melalui perlakuan,

pengetahuan, tafakur dan kebaktian.

6.4 AGAMA KRISTIAN

Terdapat 10 firman utama dalam ajaranagama Kristian iaitu :

1. Ketuhanan merupakan perkara utama dalam kehidupan. Penganut Kristian percaya

bahawa mereka adalah anak Tuhan.

2. Menghormati nama Tuhan.

3. Bersembahyang di gereja semasa upacara sembahyang khas pada setiap hari Ahad

atau Sabtu petang.

4. Menghormati ibu bapa dengan sentiasa menyayangi, mentaati dan membantu

mereka

.5. Tidak boleh membunuh. Sebaliknya, penganut Kristian harus meindungi dan

menjaga diri sendiri serta orang lain.

6. Tidak boleh berzina.

7. Tidak boleh mencuri.

8. Tidak boleh melakukan perbuatan fitnah terhadap jiran atau orang lain.

9. Tidak boleh menginginkan isteri jiran atau isteri orang lain.

10.Tidak boleh menginginkan harta milik jiran atau harta orang lain.

TA M A T BAB 6