Upload
syahremie-teja
View
393
Download
4
Embed Size (px)
Citation preview
DISEDIAKAN OLEH: MATHIVANNAN JAGANATHANBPME1013 ASAS KEUSAHAWANAN
MENILAI PERSEKITARAN PERNIAGAAN
Innovation distinguishes between a leader and a follower.
Steve Jobs
DISEDIAKAN OLEH: MATHIVANNAN JAGANATHANBPME1013 ASAS KEUSAHAWANAN
HASIL PEMBELAJARAN 1. Mengenal pasti komponen-komponen persekitaran yang mempengaruhi
aktiviti keusahawanan. 2. Membincangkan mengenai pengaruh persekitaran luaran (makro dan mikro) 3. Membincangkan pengaruh persekitaran dalaman serta perbezaannya
dengan persekitaran luaran 4. Menjelaskan konsep dan jenis jaringan kerja. 5. Menghuraikan kepentingan jaringan kerja serta strategi dalam
membangunkannya.
DISEDIAKAN OLEH: MATHIVANNAN JAGANATHANBPME1013 ASAS KEUSAHAWANAN
PERSEKITARAN PERNIAGAANPersekitaran perniagaan
DISEDIAKAN OLEH: MATHIVANNAN JAGANATHANBPME3023 Pengurusan Perniagaan Francais
DISEDIAKAN OLEH: MATHIVANNAN JAGANATHANBPME1013 ASAS KEUSAHAWANAN
DISEDIAKAN OLEH: MATHIVANNAN JAGANATHANBPME1013 ASAS KEUSAHAWANAN
PENGENALAN• Persekitaran merujuk kepada keadaan luaran serta dalaman organisasi yang boleh
memberi kesan terhadap perniagaan dan dapat mempengaruhi usahawan di dalam proses membuat keputusan.
• Analisis terhadap persekitaran perniagaan adalah penting bagi memberi panduan kepada para usahawan dalam membuat keputusan yang lebih tepat.
DISEDIAKAN OLEH: MATHIVANNAN JAGANATHANBPME1013 ASAS KEUSAHAWANAN
PERSEKITARAN LUARAN• Persekitaran luaran terdiri daripada persekitaran makro dan persekitaran mikro.
• Persekitaran makro ialah persekitaran yang mempengaruhi aktiviti perniagaan secara tidak langsung.
• Persekitaran mikro pula merupakan unsur-unsur yang berada di luar organisasi perniagaan yang dapat mempengaruhi aktiviti perniagaan secara langsung.
DISEDIAKAN OLEH: MATHIVANNAN JAGANATHANBPME1013 ASAS KEUSAHAWANAN
PERSEKITARAN MAKRO• Faktor luaran yang tidak dapat dikawal tetapi dapat mempengaruhi pembuatan
keputusan, prestasi dan strategi sesebuah organisasi. (PEST)
Faktor Ekonomi• Keadaan ekonomi yang baik dan stabil menjamin perkembangan ekonomi ,jika
ekonomi sesebuah negara meleset maka negara akan berada di dalam keadaan yang tidak stabil.
• usahawan perlu menganalisis dengan mengimbas, mengawasi, meramal dan menilai keadaan ekonomi.
Politik Dan Perundangan• Undang-undang, polisi dan peraturan adalah berbeza mengikut negara.
• Perlu patuh dan setia kepada polisi, perundangan dan pengawalan di mana perniagaan itu beroperasi.
• usahawan perlu sentiasa peka kepada polisi, peraturan dan perundangan antarabangsa jika ingin menjalankan perniagaan di luar negara.
DISEDIAKAN OLEH: MATHIVANNAN JAGANATHANBPME1013 ASAS KEUSAHAWANAN
PERSEKITARAN MAKRO Faktor Sosio-budaya
• Melibatkan aspek seperti demografi, gaya hidup masyarakat, perubahan nilai sosial dan juga budaya.
• Perubahan dalam kependudukan terjadi apabila berlaku perubahan penduduk, kumpulan etnik dan struktur penduduk berkaitan umur, jantina, lokasi geografi dan pengagihan penduduk.
• Faktor ini menyumbangkan kepada desakan pengguna dan kuasa jual beli.
• Contohnya, pertambahan bilangan kanak-kanak
Faktor teknologi• Teknologi merangkumi kesenian industri, aplikasi sains, kejuruteraan, rekaan sains,
proses dan juga kaedah.
• Ciptaan baru boleh mewujudkan pasaran
• dan peluang baru kepada usahawan.
• Contohnya, teknologi internet
DISEDIAKAN OLEH: MATHIVANNAN JAGANATHANBPME1013 ASAS KEUSAHAWANAN
PERSEKITARAN MIKRO
• Mempengaruhi aktiviti keusahawanan secara langsung dari luar organisasi perniagaan.
Pelanggan• Pelanggan yang berpuas hati dengan sesuatu produk merupakan sumber yang terbaik
bagi menarik pelanggan-pelanggan yang baru bagi sesebuah perniagaan
• Terdiri daripada individu seperti suri rumah, pekerja, pelajar atau pun pembeli industri seperti pemborong, peruncit dan agen.
• Pengguna ialah raja dalam sistem pasaran.
Pembekal • membekalkan input kepada sesebuah perniagaan untuk tujuan pemprosesan dan
seterusnya bagi mengeluarkan output untuk dipasarkan kepada pihak pengguna.
• Kegagalan mewujudkan kepercayaan dengan pihak pembekal akan menjejaskan proses pengeluaran sarna ada dari segi kualiti atau masa sesuatu produk itu dipasarkan
DISEDIAKAN OLEH: MATHIVANNAN JAGANATHANBPME3023 Pengurusan Perniagaan Francais
PERSPEKTIF PELANGAN
DISEDIAKAN OLEH: MATHIVANNAN JAGANATHANBPME1013 ASAS KEUSAHAWANAN
PERSEKITARAN MIKROPihak Kerajaan Dan Agensi-agensi Yang Terlibat
• Pihak kerajaan boleh mempengaruhi sesebuah perniagaan melalui dasar-dasar yang diwujudkan.
• Contohnya, Dasar Penswastaan (1983) untuk mengurangkan beban kewangan pihak kerajaan
• Segala peraturan yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan perlulah diikuti dan dipatuhi oleh usahawan.
Pihak Institusi Kewangan• sumber untuk modal luaran bagi memulakan perniagaan baru atau mengembangkan
perniagaan yang sedia ada.
• Kegagalan bagi mendapatkan pinjaman
kewangan akan menjejaskan perkembangan
sesebuah perniagaan.
DISEDIAKAN OLEH: MATHIVANNAN JAGANATHANBPME1013 ASAS KEUSAHAWANAN
PERSEKITARAN MIKROPesaing
• Terdiri daripada individu perseorangan, pasukan atau pun syarikat yang bersaing di dalam persekitaran sesebuah perniagaan.
• Kekuatan dan kelemahan pesaing perlu dianalisis untuk membangunkan strategik.
Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO)• Pertubuhan yang ditubuhkan oleh pihak atau pertubuhan swasta yang tidak
mempunyai apa-apa hubungan dengan mana-mana kerajaan.
• pihak ini mungkin akan menggalakkan atau menjejaskan penjualan produk di pasaran.
• FOMCA juga merupakan contoh pertubuhan bukan kerajaan yang memberi perlindungan kepada pihak pengguna.
DISEDIAKAN OLEH: MATHIVANNAN JAGANATHANBPME1013 ASAS KEUSAHAWANAN
PERSEKITARAN DALAMAN• Persekitaran dalaman sesebuah organisasi termasuklah pekerja, pengurusan dan
budaya korporat yang mencerminkan gelagat pekerja.
Struktur• Struktur organisasi yang rasmi adalah susunan secara hirarki tentang manusia dan
tugas yang dijalankan.
• Dikenali sebagai rantaian perintah (chain of command).
• Semakin besar dan kompleks sesebuah organisasi,
maka hirarkinya adalah lebih tinggi.
Budaya• Budaya korporat boleh ditakrifkan sebagai suatu bentuk amalan, perlakuan dan tindakan
yang bertujuan untuk menerbitkan perasaan dan sentimen tertentu di dalam organisasi.
• sesebuah organisasi mewujudkan budaya yang positif di dalam organisasi mereka kerana ianya dapat menghasilkan persekitaran kerja yang sihat dan baik.
DISEDIAKAN OLEH: MATHIVANNAN JAGANATHANBPME1013 ASAS KEUSAHAWANAN
PERSEKITARAN DALAMAN Sumber
• aset penting yang diperlukan bagi memastikan pengeluaran produk dapat dijalankan.
• Antaranya ialah sumber kewangan, sumber fizikal, sumber manusia, sumber teknologi, sumber reputasi, dan sumber organisasi.
1. Sumber kewangan• aset wang dan sumber-sumber pembiayaan lain.
• keupayaan pinjaman firma, kemampuan untuk memperoleh ekuiti baru dan lain-lain lagi.
• menilai syarikat seperti nisbah hutang kepada ekuiti, pengkadaran kredit luaran dan pulangan atas pelaburan (ROI) hasilan dana dalaman syarikat
2. Sumber fizikal• harta ketara yang firma gunakan dalam pengeluaran dan pentadbiran perniagaan. -
loji dan peralatan firma
• aset tak ketara seperti tanda perniagaan, hak cipta, pelesenan, paten dan sebagainya
DISEDIAKAN OLEH: MATHIVANNAN JAGANATHANBPME1013 ASAS KEUSAHAWANAN
PERSEKITARAN DALAMAN3. Sumber manusia• usahawan itu sendiri dan juga pekerja-pekerjanya yang merupakan pasukan pekerja
bertindak sebagai penggerak perniagaan.
• Pengetahuan, pengalaman dan latihan sangat bernilai dan menjadi sumber kekuatan.
• usahawan perlu bekerja kuat, jujur, berwawasan, bersemangat, tidak mudah putus asa, menepati janji dan mempunyai sifat positif.
• penyediaan insentif seperti bonus, insurans, cuti bergaji dan sebagainya perlu diambil kira
4. Sumber teknologi• proses, sistem atau transformasi fizikal yang melibatkan makmal, kemudahan
penyelidikan dan pembangunan, teknologi ujian dan awalan kualiti.
• Sumber teknologi mungkin tidak dapat bertahan lama jika tiadanya kreativiti dan inovasi.
DISEDIAKAN OLEH: MATHIVANNAN JAGANATHANBPME1013 ASAS KEUSAHAWANAN
PERSEKITARAN DALAMAN5. Sumber reputasi• persepsi pihak di persekitaran luaran terhadap syarikat.
• Reputasi bukan hanya wujud sebagai kesetiaan pelanggan terhadap jenama produk syarikat, tetapi boleh wujud pada peringkat korporat sebagai imej syarikat.
6. Sumber organisasi• termasuklah struktur firma, sistem yang dilaksanakan, dan rutin harian syarikat.
• Ini merangkumi sistem pelaporan formal syarikat, sistem membuat keputusan dan sistem maklumat, dan perancangan formal dan tidak formal.
DISEDIAKAN OLEH: MATHIVANNAN JAGANATHANBPME1013 ASAS KEUSAHAWANAN
JARINGAN KERJA USAHAWAN• Semua hubungan yang dibentuk atau wujud dan dikekalkan oleh seseorang usahawan
dengan manusia di sekelilingnya untuk faedah bersama
• Keluarga, rakan, pembekal, kerajaan dan sebagainya akan memberi sokongan dari segi sumber modal, maklumat, tenaga kerja, sokongan, dan peluang kepada usahawan.
Konsep Jaringan Usahawan• Hubungan ini antara lain adalah penting bagi membantu penubuhan perniagaan
usahawan dan seterusnya perkembangan perniagaan mereka.
• semua hubungan yang dibentuk (wujud) dan dibekalkan oleh seseorang usahawan dengan manusia disekelilingnya.
• usahawan harus memiliki kemahiran "know-who" bagi memajukan perniagaan mereka disebabkan oleh sumber manusia di luar perniagaan boleh menawarkan pelbagai bentuk bantuan dan sokongan.
DISEDIAKAN OLEH: MATHIVANNAN JAGANATHANBPME1013 ASAS KEUSAHAWANAN
JARINGAN KERJA USAHAWANFaedah Jaringan Keusahawanan
• saiz jaringan yang besar, usahawan mendapat sumber-sumber dan mengintai peluang-peluang yang diperlukan oleh perniagaan mereka.
• membina reputasi dan kredibiliti diri dan perniagaan dan seterusnya dapat memberi kelebihan persaingan.
• Jaringan usahawan seperti keluarga, rakan, pembekal, kerajaan dan lain-lain akan memberi sokongan dari segi sumber, maklumat, sokongan dan peluang kepada usahawanan.
• Agensi kerajaan juga memainkan peranan yang penting dalam pembangunan usahawan terutama pada peringkat penubuhan perniagaan.
• Jaringan dengan pelanggan memberi maklumat perniagaan, modal pusingan, kemahiran, perantaraan dan sebagainya
DISEDIAKAN OLEH: MATHIVANNAN JAGANATHANBPME1013 ASAS KEUSAHAWANAN
JARINGAN KERJA USAHAWAN Jenis Jaringan Usahawan
• dibahagikan kepada tiga kategori iaitu jaringan peribadi, jaringan awam dan jaringan perniagaan.
a. Jaringan peribadi• jaringan yang tidak formal yang melibatkan hubungan secara langsung dan
bersemuka antara usahawan dengan pihak tertentu seperti ibu bapa, rakan-rakan, keluarga, bekas guru/pensyarah, ahli-ahli persatuan sosial dan kumpulan belia.
• Hubungan peribadi ini berupaya membentuk ikatan yang kuat.
• Menjadi sumber pertama usahawan mendapat pelbagai bantuan terutama di peringkat pembentukan perniagaan dan di awal perniagaan.
• Pihak-pihak berkenaan kebiasaannya tidak mengharapkan sebarang pulangan daripada usahawan
DISEDIAKAN OLEH: MATHIVANNAN JAGANATHANBPME1013 ASAS KEUSAHAWANAN
JARINGAN KERJA USAHAWANb. Jaringan awam• sumber awam yang mana usahawan dapat menggunakan sumber ini bagi
meningkatkan pengetahuan, mendapatkan maklumat serta sebagai perantaraan dengan pihak-pihak tertentu.
• Sumber awam termasuklah majalah-majalah, surat khabar, buku-buku, tv, radio, video, internet dan bahan lain.
• Selain itu, alat-pandang dengar, program latihan, seminar dan bengkel serta persatuan secara tidak langsung dapat memberi faedah kepada usahawan.
c. Jaringan perniagaan• jaringan formal pula merupakan hubungan yang pada amnya berasaskan aktiviti yang
berkaitan dengan perniagaan.
• Misalnya, pelanggan, pembekal, bank, akauntan, kerajaan, persatuan perniagaan, badan-badan profesional dan seumpamanya
DISEDIAKAN OLEH: MATHIVANNAN JAGANATHANBPME1013 ASAS KEUSAHAWANAN
MENGURUS JARINGAN USAHAWANPeringkat pertama: Merancang hubungan dengan ahli jaringan mereka• menyenaraikan ahli-ahli dalam jaringan mereka dan cara untuk menghubungi mereka.
• Contoh kaedahnya ialah, bertukar-tukar kad perniagaan ketika berjumpa di majlis-majlis tertentu.
• mengenal pasti pihak-pihak yang harus mereka kenali, bagaimana serta di mana pengenalan boleh dilakukan
Peringat kedua: Bagaimana mewujudkan hubungan dengan mereka ini• menggunakan sepenuhnya pertemuan semasa latihan, bengkel atau seminar, ekspo
perniagaan, mesyuarat persatuan, dan sebagainya.
• Interaksi akan berlaku lebih kerap sekiranya terdapat kepentingan bersama dan saling bergantungan dalam pertukaran sumber maklumat, peluang perniagaan dan sebagainya.
DISEDIAKAN OLEH: MATHIVANNAN JAGANATHANBPME1013 ASAS KEUSAHAWANAN
MENGURUS JARINGAN USAHAWANPeringkat ketiga: Mengekalkan hubungan agar tidak berlaku masalah• jika hubungan dengan pembekal dipupuk maka bayaran kepada pembekal mestilah
bersih dan mengikut jadual.
• perlu pastikan produk dihantar dengan cepat dan mengikut spesifikasi yang dikehendaki oleh pelanggan bagi mengekalkan hubungan baik
• kaedah seperti penghantaran kad-kad ucapan atau bunga pada hari-hari tertentu atau majlis-majlis tertentu adalah digalakkan
DISEDIAKAN OLEH: MATHIVANNAN JAGANATHANBPME1013 ASAS KEUSAHAWANAN
KESIMPULAN• Sesebuah perniagaan akan sentiasa berinteraksi dengan persekitaran tidak kira sama
ada persekitaran dalaman mahu pun luaran.
• Jaringan usahawan sangat penting dan menjadi asas kepada pembentukan dan pembangunan perniagaan.
• setiap usahawan membuat analisis persekitaran dan membina jaringan kerja yang baik bagi mengenal pasti peluang-peluang dan ancaman