Upload
amanda-leonie
View
491
Download
4
Embed Size (px)
DESCRIPTION
Hasil persidangan: https://www.facebook.com/notes/jaringan-orang-asal-semalaysia-joas/resolusi-tanah-orang-asal/678593068848372
Citation preview
MENANGANI KETIDAKSEIMBANGAN PEMBANGUNAN TANAH: PERLADANGAN KELAPA SAWIT
Anjuran: JARINGAN ORANG ASAL SeMALAYSIA (JOAS)
oleh Jannie Lasimbang, Pengarah Urusetia JOAS
LAPORAN INKUIRI NASIONAL mengenai HAK TANAH ORANG ASAL
• penekanan agresif terhadap pembangunan di Malaysia telah mewujudkan situasi ketidakseimbangan dan impak negative terhadap hak Orang Asal. • Ketidakseimbangan – pembukaan & pengurusan ladang kelapa sawit. • Orang Asal bukan anti-pembangunan tetapi kepentingan dan perkara-
perkara yang berkaitan mereka harus dipelihara melalui penglibatan mereka dalam pembangunan
Isu-isu Utama berkaitan Pembangunan Perladangan Kelapa Sawit di Malaysia
• Syarat Pengeluaran Tanah Adat tidak dipatuhi• Pembangunan Tanah Orang Asal
yang membawa kesan buruk kpd komuniti • Perladangan dan Program
Membasmi kemiskinan yg tdk mencapai objektifnya• Tiada Konsultasi & Intimidasi• Kelestarian yg tidak terjamin &
Kesan negatif keatas sumber mata pencarian
Kearah Penyelesaian KetidakseimbanganPembangunan Perladangan Kelapa Sawit• 4 Syor (1) Menerima Pakai HRBA bagi
Pembangunan dan Undang-Undang IABT;
(2) Memastikan Pembangunan Tanah Tidak Memberi Kesan Buruk Kepada Orang Asal;
(3) Menggalakkan Model Pembangunan yang Berjaya; dan
(4) Dasar yang berbentuk "Mesra-Penduduk, Pembangunan Lestari”
1. Menerima Pakai HRBA bagi Pembangunan dan Undang-Undang IABT
• HRBA - Pendekatan Berasaskan Hak Asasi Manusia bersandar kepada konsep pembangunan yang mengiktiraf pentingnya pilihan yang meluas dan kebebasan manusia. • Dalam kontek komuniti orang asal, HRBA bermula dengan apa
kepentingan komuniti dan pengetahuan sedia ada. • untuk memastikan pembangunan Orang Asal berjaya, penting untuk
kerajaan menyokong usaha masyarakat dalam pembuat perancangan pembangunan wilayah masyarakat sendiri.• Kerajaan & rakan kongsi pembangunan mengimbangi keutamaan
pembangunan ekonomi dgn menjamin pegangan tanah. Mengkaji semula konsesi tanah yg telah diputuskan di masa lalu, mengaitkan jaminan pegangan kepada peluang pelaburan dan perjanjian pembahagian kekayaan.
Prinsip-prinsip Operasi HRBA mempunyai lima aspek penting yang boleh memastikan perladangan kelapa sawit di Malaysia adalah seimbang:
• Participation/Penglibatan yang bebas, aktif dan bermakna• Accountability/Kebertanggungjawaban dan ketelusan terhadap
pendana & komuniti• Non-discrimination/Tiada diskriminasi dan perhatian kepada
golongan rentan• Empowerment/Memperkasa & membina keupayaan komuniti untuk
terlibat, memahami dan menuntut hak• Linkages/Hubungan kepada piawaian hak asasi manusia, pencapaian
secara progresif dan bukan kemerosotan.
1.1 Penglibatan dan Izin-Awal, Bebas dan Telus (I-ABT)
• Agensi yg bertanggungjawab serta syarikat terbabit harus memberi ruang & kepercayaan kpd masyarakat utk terlibat dlm membuat keputusan, terutama mereka yg terpaksa menerima akibat pembangunan tersebut dlm melaksanakan Prinsip HRBA. • Undang-undang dan garis
panduan mewajibkan konsultasi mendapat I-ABT harus diwujudkan.
1.2 Kebertanggungjawaban dan ketelusan kerajaan• Kerajaan menghormati hak Orang Asal keatas tanah. • Dalam hal pembangunan, dasar untuk mengimbang pembangunan
negara dengan keperluan Orang Asal TIDAK harus digunakan kerana hak sesebuah masyarakat, terutama yang memang sudah terpinggir dari segi sosial dan politik. • Hak tanah bagi orang asal adalah penting dan walaupun orang asal
bukan anti-pembangunan, ianya bukan prioriti utama.• Kerajaan harus telus & mempunyai fokus dlm mengatasi masalah
tanah. Jika terlalu banyak isu diambilkira seperti kelemahan pentadbiran tanah, penjualan tanah, memastikan produktifiti tanah, menjana kewangan utk negara/jabatan, menyenangkan sektor swasta atau menjana pekerjaan, ianya akan gagal memenuhi prioriti masyarakat yang bermasalah atau golongan yg perlukan bantuan.
1.3 Tiada diskriminasi
• Dari perspektif UNDP yang telah menggariskan HRBA berasaskan konsultasi yang luas, tiada diskriminasi bererti jenis pembangunan harus bermula dari pengetahuan setempat ie program pembangunan menggunakan sumber & pengetahuan Orang Asal.• Program pembagunan tidak melabel masyrakat Orang Asal sebagai
MISKIN yang perlu pembangunan tetapi MEMBANGUN APA YANG SUDAH ADA KEPADA MASYARAKAT. • Ramai masyarakat lebih memerlukan tanah adat diiktiraf,
kemudahan asas seperti jalanraya dan sokongan pemasaran supaya mereka boleh meningkatkan ekonomi mereka. Dari segi perspektif Orang Asal, pembangunan itu mestilah holistik yang boleh menjamin pemakanan yang sihat, alam sekitar yang kaya dan tidak tercemar.
1.4 Memperkasa Komuniti• Beri ruang kpd komuniti untuk
memperkasa secara sendiri dan menangani konflik-konflik antara kampung atau wilayah• Beri mereka kepercayaan dan usaha
dan suara mereka tidak disalahfaham oleh kerajaan. • NGO yg berpengalaman utk bekerja
dalam memberi maklumat dan opsyen serta membina keupayaan untuk berunding juga harus diberi kepercayaan dan diberi kerjasama.
1.5 Hubungan Piawaian Hak Asasi Manusia
• Piawai yang relevant termasuk UNDRIP, ILO C169 dan instrumen lain Hak Asasi Manusia PBB boleh digunakan untuk memahami hak-hak Orang Asal. • Berkaitan pembangunan Artikel
32 UNDRIP menyatakan “Orang Asal berhak menentukan dan membuat prioriti dan strategi pembangunan atau penggunaan tanah, wilayah dan sumber-sumber lain di tanah mereka”.
2. Memastikan Pembangunan Tanah Tidak Memberi Kesan Buruk Kepada Orang Asal
Kerajaan perlu mengadakan • garis panduan yang lebih ketat
untuk program-program pembasmian kemiskinan• Proses penilaian yang dimuatsedia
(built-in) bagi memastikan setiap objektif akan tercapai dan tidak melanggar hak orang lain
2. Memastikan Pembangunan Tanah Tidak Memberi Kesan Buruk Kepada Orang Asal
Ikuti syarat-syarat & tatacara yang telah ditetapkan• Oleh kerana syarat-syarat untuk mengeluarkan tanah adat telahpun ditetapkan
bagi PL di Sarawak dan tindakan oleh pihak berkuasa jika ianya tidak dipatuhi iaitu pembatalan PL tersebut, perlaksanaan tindakan tersebut akan menegaskan kepada mana-man syarikat atau agensi yang melanggar syarat tersebut.• Di Sabah, Kementerian Pembangunan Luar Bandar, agensi-agensi berkaitan
Kerajaan dan syarikat berkaitan Kerajaan (government-linked companies i.e. GLC) mengiktiraf status tanah adat sebelum geran atau permit membuka ladang dikeluarkan.• Di Semenanjung, kegagalan Batin berunding dengan penduduk kampung
sebelum membenarkan pihak ketiga untuk memasuki tanah menimbulkan tatacara pemilihan ketua kampung telah ditimbulkan. Dalam kebanyakan kes, jawatan Batin dilantik oleh JAKOA.
Memastikan Pembangunan Tanah Tidak Memberi Kesan Buruk Kepada Orang Asal
• jaminan bahawa denda akan dikenakan kepada syarikat yang tidak memenuhi syarat dan keperluan penjagaan alam sekitar oleh Lembaga Sumber Asli dan Alam (NREB) dan Jabatan Alam Sekitar harus dilasksanakan. • masyarakat Orang Asal yang masih amat bergantung kepada sungai setiap hari,
dan mana pencemaran itu memberi kesan kepada kehidupan mereka, pemantauan yang lebih kerap dan tindakan yang tegas harus dibuat.• Proses penyeliaan yang berkesan untuk menangani aduan-aduan dari Orang
Asal berkenaan dengan pencerobohan tanah adat juga perlu diambil. Setiap projek pembangunan yang dijalankan harus memberi masa yang cukup untuk mendapat maklumbalas dan perlaksanaan secara tergesa-gesa kerana dana Kerajaan Pusat mesti dikembalikan pada hujung tahun sekiranya peruntukan kewangan tidak habis digunakan tidak dibenarkan. Ini kerana masyarakat Orang Asal mempunyai proses konsultasi dalaman yang memerlukan masa.
Menggalakkan Model Pembangunan yang Berjaya
• Pendekatan pembangunan di malaysia yang lazimnya berskala besar-besaran perlu dikajisemula. Model yang menggalakkan penanaman kelapa sawit secara kecil-kecilan di mana komuniti secara koleftif atau tuan tanah sebagai pekebun kecil terlibat langsung dan hakmilik tanah terjamin.• Model tanaman getah berkelompok seperti dimajukan oleh lembaga industri
getah sabah & beberapa pihak swasta yang berjaya memajukan beberapa masyarakat orang asal di sabah jarang sekali diketahui atau dipromosikan. Adalah disarankan sepaya RISDA dan MPOB mengambil iktibar dalam programnya.• Bagi skim pembangunan tanah orang asal melalui penanaman kelapa sawit yang
sedang berjalan (seperti felcra, pelita), satu proses kajian semula tentang pengiraan dan pemberian dividen dan hakmilik tanah adat, serta tempoh untuk pindahmilik tanah untuk peserta-peserta patut diadakan dengan segera.
Skim Pekebun Kecil Skim Pekebun kecil berpotensi untuk menjadi model pembangunan yang berjaya. Pekebun Kecil bebas, di mana ladang kelapa sawit tersebut diuruskan, ditadbir dan dibiayai sendiri akan memberi lebih autonomi memilih bagaimana untuk menggunakan tanah mereka dan menukar tanaman jika perlu. Skim FELDA dan skim-skim lain yang telah dilaksanakan di Malaysia boleh dikajilanjut untuk mencari model yang baik.
Kekangan Penyelesaian dan InnovasiKekurangan akses kepada modal untuk pelaburan
Koperasi komuniti dan sokongan dari pelabur untuk inisiatif yang lestari.
Pembelian monopoli oleh kilang-kilang Sokongan kerajaan terhadap pemprosesan yang membenarkan percambahan kilang-kilang kecil
Kuasa tawar-menawar rendah dan kesukaran membincang syarat dan harga
Membangun kesatuan dan koperasi tempatan
Tiada sher nilai-tambah selepas tuaian Koperasi Kilang-kilang Kesan alam sekitar buruk Memfailkan kes mahkamah masyarakat sivil dalam
hal pembakaran terbuka, pencemaran air dan udara
Kurang akses kepada maklumat sah NGO menyediakan maklumat tambahan dan membantu melihat dan mentafsir dokumen
Dasar yang Berbentuk "Mesra-Penduduk, Pembangunan Lestari"
• Dasar harus diterimapakai oleh kerajaan tapi juga pihak swasta.• Sistem antarabangsa & garispanduan yg diambil-
maklum oleh pihak kerajaan dan pihak swasta di Malaysia –
i) Garis Panduan Perniagaan dan Hak Asasi Manusia PBB yang telah diterimapakai oleh Malaysia sebagai ahli Majlis Hak Asasi Manusia dan
ii) Roundtable on Sustainable Palm Oil – RSPO atau Mejabulat mengenai Minyak Sawit Mapan yang telah meluluskan sebuah Prinsip dan Kriteria yang harus dipatuhi oleh ahli-ahlinya.
Dasar yang Berbentuk "Mesra-Penduduk, Pembangunan Lestari"• Piagam RSPO merangkumi:
1. penghormatan hak asasi manusia termasuk ketelusan, pengambilan tanah yang adil,
2. pengurangan pencemaran,3. komunikasi yang baik dengan
masyarakat dan 4. penyelesaian pertikaian
RSPO mempunyai sistem penyelesaian pertikaian yang sudah mula digunakan dengan efektif oleh masyarakat Orang Asal Malaysia.
Mengapa amat susah bagi kerajaan utk mengiktiraf tanah adat?
PENUTUP• Mengapa amat susah bagi kerajaan utk mengiktiraf tanah adat? • Hanya dari sudut ekonomi sahaja, kerajaan harus sedar bahawa
negara boleh mengalami kerugian besar dari segi aset negara apabila tanah diswastakan. • Dari segi penyelesaian konflik tanah, subsidi bagi rakyat yang jatuh
miskin akibat kehilangan tanah mungkin jauh lebih besar berbanding pendapatan dari cukai tanah yang disumbangkan oleh pihak swasta dan penjanaan dari cukai pekerja, terutama jika kedua-dua ini adalah lebih kepada pelabur atau pekerja asing.