Upload
nadiasyafikah
View
84
Download
3
Embed Size (px)
Citation preview
COPYRIGHT @ UiTM
IMPAK MEDIA KEATAS REMAJA: SATU ANALISIS PROGRAM MAKLUMAT HIBURAN
01 MEDIA MASSA
Untuk
IRPA
Biro Penyelidikan dan Perundingan Institut Teknologi Mara
Shah Alam
1998
COPYRIGHT @ UiTM
AHLI-AHLI PENYELIDIK
Abdullah @ Kassim Mohamad - KETUA Mokhtar Muhammad .
Darussalam Abu Bakar Mohd Shah Ashaari
Ali Dina Haliza Hasan
COPYRIGHT @ UiTM
Kandungan Muka Surat
Abstrak
1.0 Pengenalan dan Objektif 1 - 1 1.1 Latarbelakang 1 - 1
1.2 Remaja dan Media Massa 1 - 1 1.3 Objektif Kajian 1 - 3
1.4 Penemuan dan Faedah yang Dijangka 1 - 3
2.0 Kajian Litratur 2 - 1
2.1 Media Massa 2 - 1 2.2 Kesan Media Massa 2-2
2.3 Akhbar Sebagai Sumber Maklumat 2-9
2.4 Majalah Sebagai Sumber Maklumat 2 - 10
2.5 Buku Sebagai Sumber Maklumat 2 - 11
2.6 Televisyen Sebagai Sumber Maklumat 2 - 12
2.7 Radio Sebagai Sumber Maklumat 2 - 14
2.8 Filem Sebagai Sumber Maklumat 2 - 16
2.9 Pengertian atau Definisi Remaja 2 - 17
2.10 Peringkat Umur Remaja 2 - 20
2.11 Psikologi Remaja 2 - 22
2.12 Aspek-aspek Sub-Culture Remaja 2 - 25
3.0 Metodologi 3 - 1
3.1 Rasional Pemilihan Kaedah 3 - 1
3.2 Rasional Pemilihan Kawasan Kajian 3 - 1
3.3 Skop Kajian 3-2
3.4 Kaedah Pensampelan dan Saiz Sampel 3-2
3.5 Kaedah Pengumpulan Data 3-2
3.6 Kaedah Analisis 3-3
4.0 Penemuan dan Analisis Kajian 4 - 1
4.1 Penemuan Bagi Penggunaan Media Elektronik 4 - 1
4.11 Media Televisyen 4 - 1
4.12 Media Radio 4-5
4.2 Penemuan Bagi Penggunaan Media Cetak 4 - 11
4.21 Media Akhbar 4 - 11
4.22 Media Majalah 4 - 16
4.23 Media Majalah Humor/Komik 4 - 22
4.3 Analisis Program Mengikut Faktor Demografi 4 - 25
4.31 Media Televisyen 4 - 25
4.32 Media Radio 4 - 31
COPYRIGHT @ UiTM
4.33 Media Akhbar
4.34 Media Majalah
4.4 Analisis Pernyataan Impak Mengikut Faktor Demografi
4.41 Media Televisyen
4.42 Media Radio
4.43 Media Akhbar
4.44 Media Majalah
4.45 Media Majalah Humor / Komik
4.5 Pilihan Media Mengikut Pernyataan Impak dan Faktor Demografi
4.6 Respons Kepada Pernyataan Tentang Elemen dalam Program atau Ruangan hiburan di Televisyen, Majalah Hiburan dan Majalah Humor
4.7 Faktor-faktor Penggunaan Media atau Video Game
4.8
4.71 Media: Buku Cerita
4.72 Media: Akhbar
4.73 Media: Komik
4.74 Media: Majalah
4.75 Media: Wayang
4.76 Media: Video
4.77 Media: Televisyen
4.78 Pilihan Media Mengikut Jenis Cerita
4.79 Sumber Kewangan
Profil Responden Mengikut Program / Ruangan Hiburan Hingga Tamat Siaran / Ruangan
4.81 Taburan Responden Mengikut Media dan Faktor Demografi
4.82 Profil Responden Yang Menonton Program Hiburan TV Hingga Tamat Siaran
4.83 Profil Responden Yang Mengikuti Program Hiburan Radio Hingga Tamat
4.84 Profil Responden Yang Mengikuti Ruangan Hiburan di Akhbar Hingga Tamat
4.85 Profil Responden Yang Mengikuti Ruangan Hiburan di Majalah Hingga Tamat
4.9 Kenyataan Hidup Bersama Keluarga
4.10 Faktor Demografi Responden
5.0 Analisis Impak
6.0 Kesimpulan dan Cadangan
6.1 Kesimpulan
6.2 Cadangan Untuk Kajian Akan Datang
Bibliografi
4 - 37
4 - 43
4 -49
4 - 49
4 - 58
4 - 67
4 -75
4 - 83
4 - 91
4 - 94
4 - 99
4 - 100
4 - 100
4 - 101
4 - 102
4 - 103
4 - 103
4 - 104
4 - 105
4 - 106
4 - 107
4 - 110
4 - 112
4 - 114
4 - 117
4 - 120
4 - 122
5 - 1
6 - 1
6 - 1
6-2
COPYRIGHT @ UiTM
ABSTRAK
Tujuan kajian ini dibuat ialah untuk melihat sarna ada programlrancangan hiburan di media
elektronik yang boleh memberi impak terhadap remaja. Bahan sebaran berbentuk hiburan di
media cetak juga dilihat sarna ada boleh memberi impak terhadap remaja. Dan kajian ini juga
bertujuan melihat perkaitan faktor program/rancangan hiburan siaran di media elektronik dan
bahan sebaran bentuk hiburan di mediat cetak dengan perlakuan remaja. Selain itu, kajian ini
juga bertujuan melihat kecenderungan remaja mengguna media sebagai sumber maklumat,
untuk status sosial - role model dalam aktiviti harian. Hasilnya, kajian ini telah menunjukkan
bahawa programlrancangan hiburan di media elektronik telah memberi impak ke atas remaja.
Bahan sebaran berbentuk hiburan di media cetak seperti majalah dan akhbar kurang memberi
impak ke atas remaja. Secara perbandingan, impak program/rancangan hiburan di televisyen
lebih tinggi daripada programlrancangan hiburan di radio. Lebih dari separuh responden
mengatakan bahawa programlrancangan hiburan televisyen boleh membina agenda baru
dalam hubungan sosial, dapat mengekalkan identiti sebagai remaja moden dan boleh
membina keyakinan diri yang lebih matang. Bagi menjalankan kajian ini, suatu tinjauan .survei
telah digunakan. Kajian ini meliputi semua golongan remaja Malaysia berumur dari 13 hingga
25 tahun dari seluruh Malaysia termasuk di Sabah Sarawak yang terdiri dari berbagai kaum
dan bangsa. Kaedah pensampelan kuota telah digunakan untuk mendapatkan responden.
COPYRIGHT @ UiTM
1.0 PENGENALAN DAN OBJEKTIF
1.1 Latarbelakang
Dewasa ini impak media terhadap audien khususnya remaja adalah satu fenomena sukar
ditolak oleh masyarakat. Golongan remaja telah menggunakan media massa sebagai sumber
maklumat yang boleh mencorak identiti mereka. Manakala media pula berusaha
meningkatkan daya kreativiti bagi menarik golongan remaja menggunakannya sebagai wadah
inspirasi.
1.2 Remaja dan Media Massa
Remaja di Malaysia yang juga sebagai pengguna media massa tidak terlepas dari impak
media terhadap diri mereka terutama terhadap kognitif, efektik dan tingkahlaku. Sebenamya,
banyak hasil penyelidikan tentang Imak Media. Antaranya Walter Lippman yang mendakwa
bahawa media massa berperanan dalam membentuk persepsi individu mengenai keadaan
sebenar terhadap sesuatu situasi, perbualan, pembaca dan pendengar akan menganggap
apa yang dibaca, dilihat dan didengar melalui media massa adalah keadaan sebenar yang
terjadi. Badura (1985) pula menyatakan kanak-kanak dan remaja terikut-ikut dengan aksi dan
gelagat yang mereka ton ton di dalam filem-filem yang bercorak agresif. Hiebert dan Reuss
(1985) mendakwa bahawa satu ujikaji yang dibuat oleh Institut-Kesihatan Mental Kebangsaan
di Maryland mendapati pelajar sekolah yang kerap bekelahi di sekolah adalah dari kalangan
mereka yang menonton program ganas. Dari pendapat di atas, dapat dibuat satu gambaran
bahawa impak media terhadap audien berkait-rapat dengan bahan yang mereka baca, tonton
dan sebagainya. Baran, Mcintyre dan Meyer (1984) menyifatkan pengaruh media terhadap
audien sarna sepeti pengaruh seorang ibu ke atas anaknya. Ini bermakna media seperti
model kepada penonton. Selanjutknya, beliau menyatakan impak media ke atas sesorang itu
boleh dilihat dalam empat kategori:
1 - 1
COPYRIGHT @ UiTM
1. Pengaruh jangkamasa.
2. Pengaruh ke atas masyarakat atau individu.
3. Pengaruh ke atas pemikiran.
4. Pengaruh ke atas aspek khusus (ekonomi, pembelajaran dll).
Noritah (1993) misalnya ada merujuk kepada kenyataan Prof. Madya Dr. Hashim Yahya yang
mendakwa pengaruh media cetak dan elektronik yang berleluasa menyiarkan filem-filem dan
gambar-gambar lucah telah mempengaruhi golongan remaja untuk melakukan sesuatu yang
tidak bermoral.
Mohd. Kamal (1993), berkata media massa ialah saluran pendidikan tidak formal masyarakat.
Oi Malaysia malangnya, saluran ini telah menyalurkan budaya 'permissike' daripada barat.
Kesannya, muda-mudi di negara ini menjadi pendukung kepada gaya hidup berpesta-ria
dengan melampaui batas agama dan moral. Beliau seterusnya berkata, unsur-unsur lucah
ganas dan filem, video, televisyen, novel dan majalah menjadi model pembentukan budaya
moden yang liberal dan permissike di kalangan remaja. Lain-lain tokoh yang mempunyai
kesamaan pendapat dengan beliau ialah seperti Zaini (1992) dan Dr. Nik Omar (1993).
Hamismo (1991) memperkatakan ten tang pengaruh televisyen ke atas golongan remaja
melalui penyebaran maklumat-maklumat yang tidak beretika melalui program-program
siarannya. Beliau berkata unsur-unsur keganasan dan seks"daripada media import banyak
disiarkan. Adegan-adegan seperti bercium, berpeluk. berpegang tangan, wanita berpakaian
menjolok mata seperti rancangan filem "Bay Watch" banyak disiarkan oleh media elektronik
kita. Filem-filem wayang gam bar dan video pula memaparkan adegan-adegan yang lebih
dahsyat lagi.
Samsudin (1994) menyatakan terdapat faktor tarikan dan tolakan yang mempengaruhi sikap
melepak para remaja. Faktor tarikan ialah hiburan yang disediakan, suasana nyaman dan
1 - 2
COPYRIGHT @ UiTM
berprestij. Faktor tolakan pula ialah secara rumah yang tidak selesa, bising, sempit dan tidak
menghiburkan.
Justeru, kajian ini dirasakan sangat penting dan bermanfaat terutama dalam merangkan satu
dasar yang dapat mengawal kandungan media yang dianggap sangat berpengaruh itu.
1.3 Objektif Kajian
Objektif umum penyelidikan ini ialah untuk menganalisis impak bahan informasi yang disebar
oleh media terhadap golongan remaja.
Manakala objektif khusus pula dapat dilihat dari beberapa aspek antaranya:
i. Untuk mengenalpasti program/rancangan hiburan di media elektronik yang boleh memberi
impak terhadap remaja.
ii. Untuk mengenalpasti bahan sebaran berbentuk hiburan di media cetak yang boleh
memberi impak terhadap remaja.
iii. Untuk melihat perkaitan faktor program/rancngan hiburan siaran di media elektronik
dengan perlakuan remaja.
iv. Untuk melihat perkaitan faktor bah an sebaran bentuk hiburan di media cetak dengan
perlakuan remaja.
v. Untuk melihat kecenderungan remaja mengguna media sEtbagai sumber maklumat, untuk
status sosial - role model dalam aktiviti harian.
1.4 Penemuan Dan Faedah Yang Dijangka
Kajian ini dijangka dapat menghasilkan beberapa penemuan dan yang boleh memberi
gambaran semula tentang Impak Media terhadap remaja.
I - 3
COPYRIGHT @ UiTM
i. Dengan penemuan kajian ini akan membantu pihak berkuasa meneliti program/rancangan
siaran dengan Jebih bermakna kepada pembinaan mind a remaja.
ii. Penemuan kajian ini dapat membuka jalan kepada pihak berkuasa mempelbagaikan
aktiviti sosial remaja yang menyeluruh bagi mengimbangi pendedahan remaja terhadap
media massa.
iii. Penemuan kajian ini dapat meningkatkan daya kawalan gejala sosiaJ yang berpunca dari
media massa.
I - 4
COPYRIGHT @ UiTM
2.0 KAJIAN LlTRATUR
2.1 Media Massa ..
Secara am Media Massa boleh dilihat sebagai alat atau sumber maklumat seperti televisyen,
radio, surat khabar, majalah dan sebagainya yang dapat menyampaikan maklumat (berita dan
sebagainya) kepada orang ramai dengan kadar yang cepat dalam masa yang singkat. la
dikenali juga sebagai sebaran am.
Mansor, Ramli dan Shawaludin (1984) pula mengatakan bahawa media massa termasuklah
akhbar, majalah, radio, televisyen, tilem, pita rakaman, piring hitam, buku dan sebagainya.
Media massa memberi penyebaran maklumat yang sam a dengan meluas kepada penerima-
penerima yang ramai dan berselerak di merata-rata tempat. Mereka menambah bahawa
media mass a yang juga dipanggil sebaran am itu berupaya menyalurkan mesej dari jarak jauh
dengan kadar yang pantas.
Norizan (1993) pula mendefinisikan 'media' sebagai satu makanisme yang menghantar ~
maklumat kepada pengguna. Kadar kepantasan sesuatu maklumat itu bergantung rapat
kepada jenis media yang digunakan. Televisyen dan radio boleh menghantar maklumat
dengan kadar serta merta manakala akhbar dan majalah mengambil masa antara lapan (8)
hingga dua belas (12) jam. Lokasi juga katanya memberi kesan kepada kepantasan
maklumat. Penduduk bandar di mana akhbar diterbitkan mendapat maklumat lebih pantas
jika dibandingkan dengan pembaca di luar bandar. 'Massa' pula bererti orang atau kumpulan
orang ramai. Dalam kontek sebaran am, ia boleh ditatsirkan sebagai penonton, pembaca
atau pendengar. Dengan menggabungkan dua definisi di atas, media massa katanya ialah
satu makanisma yang menghantar maklumat kepada masyarakat.
2 - 1
COPYRIGHT @ UiTM
Adzman (1993) mengatakan bahawa media diertikan sebagai alat komunikasi yang digunakan
untuk menyalurkan sesuatu maklumat daripada sumber kepada penerimanya. Oleh yang'
demikian itu, beliau mengganggap bahawa segala alat dalam berbagai bentuk dan yang
fungsi asasnya adalah untuk menyalurkan maklumat dianggap sebagai media.
Warner dan james (1979) pula menyifatkan media sebagai makanisma yang digunakan untuk
menyiarkan mesej. Makanisma tersebut katanya boleh berupa mesin pencetak akhbar,
sebuah menara pemancar radio dan penerima yang dibina untuk menerima isyarat, Projekter
gam bar bergerak, sistem kabel televisyen dan sebagainya. Mereka seterusnya menambah
bahawa media massa adalah istilah majmuk yang merujuk kepada beberapa atau
kadangkalanya semua bentuk komunikasi seperti surat khabar, televisyen, radio, majalah dan
sebagainya. Dele (1992) merangkumkan bahawa media massa meliputi filem, tape dan juga
sistem rekoding.
Fox (1982), Fedler (1978) nampaknya bersependapat bahawa media massa diistilahkan
sebagai peralatan komunikasi yang manyalurkan maklumat yang luas dan tidak terhad.
Bagaimanapun Mazlan (1993) menyifatkan media massa sebagai jambatan yang
menghubungkan di antara kerajaan dengan rakyatnya. Dutton (1986) pula mengatakan
bahawa media merujuk kepada institusi yang melaksanakan komunikasi yang terdiri daripada
pelbagai jenis seperti surat khabar. Burton (1980) pula suka merujuk kepada saluran
'medium' sebagai media massa di mana ianya dibezakan olehjenis-jenis medium.
2.2 Kesan Media Massa
Sesungguhnya telah ban yak diperkatakan tentang kesan atau pengaruh media massa ke atas
masyarakat sebagai penonton kepada komunikasi massa. Media massa boleh samada
membawa kesan baik atau buruk kepada penonton. Kesan ini pula boleh datang dalam
jangkamasa pendek secara segera atau dalam jangkamasa panjang, iaitu secara perlahan-
2 - 2
COPYRIGHT @ UiTM
lahan. Banyak kajian-kajian telah dija1smkan untuk mengetahui sejauhmana media massa
mampu untuk mengubah idea, sikap dan pelakuan seseorang individu tersebut. The Bullet
Theory, The Hypodermic Needle Model dan Stimulus - Response Model adalah antara kajian
kajian awal yang telah dijalankan bagi maksud untuk melihat sejauh mana media massa
memberi kesan terhadap audiennya. Walter Lippman misalnya ada mengatakan bahawa
media massa berperanan dalam membentuk persepsi individu mengenai keadaan sebenar
terhadap sesuatu situasi. Pembaca, penonton dan pendengar akan menggangap apa yang
dibaca, dilihat dan didengar melalui media massa adalah keadaan sebenar yang terjadi. Apa
yang dilaporkan oleh pihak media massa akan mempengaruhi apa yang akan diketahui dan
dipelajari oleh mereka yang menggunakan media massa tersebut sebagai sumber maklumat.
Bandura (1985) melaporkan bahawa kanak-kanak yang berumur tiga tahun hingga en am
tahun terikut-ikut dengan aksi dan gelagat yang ada dalam filem-filem yang ditonton. Ini dapat
dilihat apabila kanak-kanak tersebut menonton filem-filem yang bercorak agresif dan apabila
alat-alat mainannya di ambil, mereka akan bertindak dengan sifat yang agresif sebagaimana
bentuk keagresifan yang wujud dalam adegan-adegan filem agresif yang ditonton itu.
Hiebert dan Reuss (1985) melaporkan beberapa kenyataan oleh penyelidik kesan media
massa terhadap masyarakat. Mengikut mereka, satu eksperimen yang dibuat di Maryland
oleh Institut Kesihatan Mental Kebangsaan mendapati bahawa perkelahian yang serius di
sekolah adalah lebih kerap berlaku di kalangan pelajar-pelajar: sekolah tinggi yang menonton
program ganas di televisyen. Dalam perkembangan lain, penyelidik Kanada, R.S. Walters
dan E.L. Lewelyn Thomas mendapati bahawa pelajar-pelajar sekolah tinggi yang menonton
filem-filem agresif adalah lebih cenderung untuk membuat 'electric shocks' kepada pelajar
pelajar lain yang membuat kesilapan dalam peperiksaan berbanding dengan pelajar-pelajar
yang tidak menonton adegan ganas.
2 - 3
COPYRIGHT @ UiTM
Bradley Greenberg dan Joseph Dominick pula mendapati bahawa pendedahan mengenai
keganasan dan hiburan yang tinggi di televisyen mengakibatkan penonton cuba
mempraktikkannya di luar. Hal ini diperkuatkan oleh marshall McLuhan yang mengatakan
bahawa keganasan adalah salah satu daripada manifestasi identiti. Apabila seseorang
kehilangan identitinya, dia menjadi ganas dalam proses mencari identitinya.
Mengikut Dorothy dan Jerome Singer daripada Universiti Yale, mereka merumuskan hasil
daripada siri 'temuduga' mereka dapati bahawa kanak-kanak yang banyak menonton
televisyen adalah lebih cenderung untuk bertindak dengan lebih agresif dalam keluarganya.
Mereka menyimpul bahawa wujud korelasi di antara tingkah laku agresif dengan tontonan
program-program yang beroriantasikan aksi-aksi (action-oriented-shows).
Leonard Berkowitz daripada Universiti Wisconsin, daripada dua eksperimen yang
dilakukannya mendapati bahawa pelajar-pelajar gred tiga adalah lebih banyak menonton siri
siri keganasan dan mereka pula lebih cenderung untuk dikatagorikan sebagai berkelakuan
agresif yang melampau oleh pelajar lain. Pada umur 19 tahun, kebanyakan daripada mereka
masih disifatkan sebagai berperangai aggresif o(eh rakan-rakan sebaya mereka. Bahkan
mengikut Berkowitz, bilangan penonton televisyen pada umur 9 tahun adalah satu alat
pengukur untuk menentukan tingkahlaku dewasa nanti.
Baharom (1993) memetik siaran di akhbar utusan Malaysia, ~eluaran 18 Mac 1993 sebagai
melaporkan, satu kajian menunjukkan bahawa sekiranya seseorang itu menonton "televisyen
secara purata empat (4) jam sehari sejak daripada dia berumur 5 tahu,!, sehingga dia
berumur lapan belas (18 tahun), dia telah menyaksikan lebih daripada setengah juta
keganasan, lima puluh ribu pergaduhan, tiga puluh ribu pembunuhan, seratus ribu bentuk
perpecahan rumah tangga dan seratus ribu kekejaman terutamanya kekejaman yang
dilakukan terhadap wan ita.
2 - 4
COPYRIGHT @ UiTM
Fox (1982) ada mengatakan bahawa 9i united Kingdom, stesen kegemaran remaja ialah
British Broadcasting (BBC Radio 1). manakala program yang digemari pula ialah 'Top of The
Pop', penerbit komik yang meniru semua atau sebahagian sahaja muzik pop, pelakon-pelakon
dan peristiwa yang disiarkan oleh rangkaian dan program pi/ihan remaja itu menjadi majalah
yang paling laris jualannya.
Baran, Mcintyre dan Meyer (1984) sependapat bahawa memang wujud pengaruh media
massa terhadap penontonnya. Mereka menyifatkan pengaruh media terhadap audiennya
sama seperti pengaruh seorang ibu ke atas anak-anaknya. Ini menunjukkan satu pengaruh
yang amat kuat kerana dengan memberi penyamaan sedemikian, ianya menampakkan
betapa media massa itu seperti model kepada penonton atau audiennya. Mereka
kemudiannya melanjutkan penjelasan mengenai pengaruh ini dan membahagikannya kepada
empat bahagian iaitu:- Pertama: Pengaruh jangkamasa samada jangkamasa pendek atau
panjang (Short term or long term influence). Kedua, pengaruh ke atas masyarakat atau hanya
kepada individu (Institutional/society or group/individual). Ketiga, Pengaruh ke atas pemikiran
atau sikap atau tingkahlaku (cognitive, attitudinal of behaviour). Keempat, Pengaruh ke atas
bidang-bidang yang khusus seperti anti sosial atau prososial, ekonomi, maklumat, pelajaran
dan pendidikan atau hiburan.
Bunyamin (1993) mengatakan bahawa pengaruh media cetak dan elektronik terhadap
runtuhnya benteng akhlak remaja di Malaysia tidak dapat dir;.afikan lagi. Katanya, benteng
akhlak remaja runtuh oleh arus fikiran dan perlakuan bebas remaja Barat kesan dari
penyebaran oleh media cetak dan media elektronik. Mengikut beliau lagi, tahun 1993 ini
beratus-ratus orang remaja diberkas kerana terbabit dalam perilaku sumbang seperti bercium,
berzina, bersekedudukan dan berkhalwat. Beliau menambah, generasi sekarang
menggangap perbuatan berpegangan tangan dan bercium dianggap biasa sesudah akhlak
mereka berjaya dihakis oleh media barat.
2 - 5
COPYRIGHT @ UiTM
Rejab (1993) mengulas dengan panjang.lebar mengenai peranan yang dimainkan oleh media
massa di Malaysia dan kesannya ke atas pembentukan peribadi remaja. Mengikut beliau,
media massa di Malaysia terlalu mementingkan soal untung rugi sahaja tanpa memikirkan
soal tanggungjawab sosialnya terhadap masyarakat. Hal ini berlaku di dalam dua sektor
media samada media cetak atau media elektronik.
Media cetak katanya lebih menumpukan kepada penyiaran berita-berita yang beroriantasikan
hiburan daripada lain-lain oriantasi. Majalah-majalah yang digemari oleh kaum remaja seperti
'Gila-Gila', URTV, Media Hiburan, Majalah Remaja, Majalah RTM dan sebagainya lagi bagi
menyiarkan berita-berita dan gosip mengenai artis samada artis tempatan atau luar negara.
Ini menyebabkan golongan remaja hanya mengambil golongan artis sebagai model mereka.
Beliau seterusnya mengatakan bahawa tidak hairanlah jika dalam setiap bilik tidur remaja di
Malaysia, sekurang-kurangnya terpampang satu gambar artis.
Mengenai akhbar-akhbar pula, Rejab berkata sikap akhbar yang lebih menonjolkan
penampilan artis telah mempengaruhi remaja. Mengikut beliau, akhbar-akhbar biasanya akan
menyiarkan pose-pose di kalangan artis yang menarik dan seksi. Oi samping itu, pada hari
minggu, bukan sahaja ianya disiarkan dalam pose-pose yang seksi dan cantik, tetapi juga
ruangan untuk artis dan dunia hiburan dibuat dalam skop warna warni (colour page).
Lim (1993) ada mengatakan bahawa tilem amat besar pel19aruhnya dalam menyalurkan
tahaman atau ideologi tertentu kepada masyarakat. Filem boleh membantu pihak kerajaan
dalam menyampaikan hasrat dengan lebih berkesan. Oleh itu nyata/ah bahawa filem adalah
ruang kesenian yang halus dan berpengaruh. Beliau menyifatkan tHem sebagai duta kecil
negara di luar negeri.
Berhubung dengan pengaruh media massa terhadap masyarakat ini, Hiebert dan Reuss
mengupas tiga unsur negatif iaitu pengaruh jenayah, keganasan dan seks (sensasi).
2 - 6
COPYRIGHT @ UiTM
mengikut mereka, professor di Universiti Rutgers, Drew Humphries percaya bahawa laporan
berita memberi gambaran (distorted picture) tentang tingkah laku yang salah (i/egal) dalam
masyarakat. Berita-berita mengenai keganasan telah dengan sengajanya diperbesar
besarkan.
Seterusnya Hiebert dan Reuss memetik kenyataan John Kochevar, seorang penyelidik
komunikasi di Boston yang dipetik sebagai berkata, organisasi media hanya pandai
menyalurkan berita-berita jenayah tetapi tidak disertai dengan fakta-fakta mengenai
bagaimana situasi kewujudannya, bagaimana ianya boleh dicegah dan bagaimana ianya
membahayakan dalam situasi realiti.
Daripada kenyataan E.B. White pada tahun 1938, hiebert dan Reuss menjelaskan bahawa,
E.B. White ada mengatakan bahawa setelah wujudnya televisyen, dunia seterusnya akan
berhadapan dengan dua pilihan samada masyarakat manusia akan jatuh atau bagun kesan
daripada penyiaran oleh televisyen. Kenyataan tersebut seakan disokong oleh National
Comimission on The Causes and Prevention of Violence. Di mana suruhanjaya ini
berpendapat bahawa televisyen menjadi gantian yang paling utama kepada pengalaman
kehidupan sebenar.
Saltzman 91982) mengatakan bahawa seks selalu digunakan oleh media massa di Amerika
Syarikat. Majalah dan akhbar kerap memasukkan unsur-1Jnsur seks dan sensasi bagi
meningkatkan edaran dan menambah pembacanya. Beliau memberi contoh, bila majalah
"TIME" meletakkan gam bar separuh bogel Cheryl Tiegs di muka hadapan (cover page)
majalah tersebut, keluaran tersebut mendapat peningkatan dalam permintaan sebanyak
sekali ganda. Unsur seks dan sensasi menjadi begitu digemari seterusnya, dan hal ini dapat
dilihat pada jualan ke atas majalah-majalah seperti Harper's, Atlantic, New Yorker, Playboy,
Penthouse dan Hustler.
2 - 7
COPYRIGHT @ UiTM
Televisyen pula mula memasukkan un~ur-unsur seks bermula pada tahun 1972 bilamana
ABC mula menerbitkan rancangan 'That Certain Summer'. Pad a tahun 1974 pula drama
televisyen pertama berjudul 'A Case of Rape'. Beberapa tahun kemudian seperti 'Born
Innocent', dan pada awal tahun 1980an pula seperti 'Something About Amelia' dan All My
Children'. Saltzman menyifatkan seks dan keganasan tanpa tanggungjawab adalah sebagai
masalah utama media massa khususnya televisyen dan wayang gambar.
Traub (1981-1982) juga melahirkan kebimbangan dan kekesalannya mengenai seks dan
keganasan. Beliau berkata dengan bertambahnya kabel televisyen, gambar lucah di tiub
televisyen berleJuasa pada tahun 1980an. lanya teJah dikritik dengan hebatnya di mana
televisyen telah mengeksploitasi babak seksuaJ secara haJus kepada penonton remaja.
Adzman (1993) memetik kenyataan George Comstock mengenai pengaruh media massa ini.
George Comstock mengatakan bahawa kehadiran televisyen di dalam rumah rakyat Amerika
Syarikat telah banyak membawa perubahan kepada cara hidup kebanyakkan keluarga di
negara itu dan cara-cara bagaimana anak-anak mereka dipelihara. la termasuklah perubahan
dari segi cara berinteraksi yang baru, perubahan terhadap aktiviti-aktiviti harian yang lazim
dilakukan dengan cara bersosial yang baru.
Adzman seterusnya merujuk pula kepada kenyataan Bernard Berelson dan Morris Janowitz,
mengikut kedua tokoh ini, kesan media adalah banyak dan belbagai-bagai. Antaranya ialah
kesan jangka pendek dan jangka panjang, kesan segera atau perlahan, kesan lemah ataupun
kuat dan merangkumi aspek-aspek sarna ada psikologi, politik, ekonomi atau sosiologi.
Klapper (1962) seorang tokoh yang agak liberal dalam melihat peranan media massa
terhadap masyarakat juga tidak menafikan tentang wujudnya pengaruh media terhadap
masyarakat atau individu. Walaupun beliau menafikan bahawa tidak wujud pengaruh oleh
media massa ke atas audiennya jika media massa secara bersendirian tanpa disokong oleh
2 - 8
COPYRIGHT @ UiTM
faktor lain. Bagaimanapun beliau tetap menganggap bahawa media mempunyai bahagiannya
sendiri (share) dengan faktor-faktor lain dalam mempengaruhi penonton komunikasi massa.
2.3 Akhba~ Sebagai Sumber MakJumat
Akhbar ialah satu daripada saluran maklumat bagi orang ramai mencari makJumat yang
diperlukan. Young (1987) berkata. penyelidikan yang dilakukan oleh Universiti Chicago
mendapati bahawa ramai penduduk menggunakan akhbar berkala (periodical newspapers)
sebagai sumber untuk mendapatkan maklumat tentang rekreasi. Beliau seterusnya
menjelaskan bahawa Burgoynek Index Incoperation telah menemuduga 27,000 pekedai di
tiga puluh tempat yang berasingan di kawasan bandar dan bandar-bandar kecil (sub-urban)
dan mendapati iklan menggaJakkan kekerapan membeli-beJah di kalangan pengguna. Ini
bererti iklan dalam akhbar menjadi sumber maklumat bagi pengguna. Peri hal yang sarna
ditemui oleh Udell (1966) daJam kejiannya mengenai sumber maklumat di kalangan
pengguna.
Mengikut, Fox (1981). walaupun televisyen menjadi begitu popular di katangan penonton
tetapi keistimewaan akhbar sebagai sumber maklumat tetap utuh. Beliau berkata, akhbar
mempunyai pilihan maklumat yang besar iaitu daripada sekecil maklumat mengenai harga
secawan kopi kepada berita-berita besar seperti politik, ekonomi dan antarabangsa.
Oi Malaysia, kajian yang dibuat oleh Grenfell (1979) mengenai media massa mendapati
bahawa 40 peratus daripada penduduk dewasa adalah pembaca akhbar harian, 48 peratus
adalah pembaca akhbar Mingguan dan 30 peratus adalah pembaca jurnal. Hal ini
diperkuatkan oleh kenyataan Mansor. Ramli dan Shawaluddin (1984) yang mengatakan
akhbar dibaca oleh berjuta-juta orang rakyat Malaysia.
2 - 9
COPYRIGHT @ UiTM
Dalam perkembangan yang lain, Hynds (1980) seorang profesor dalam jurusan
Kewartawanan berkata bahawa akhbar adalah penyedia maklumat dan audiennya ialah
pengguna maklumat (information consumer). Seterusnya beliau mencadangkan agar
organisasi penerbitan akhbar diistilahkan sebagai "Industri Pengumpul Maklumat'.
2.4 Majalah Sebagai Sumber Maklumat
Faules (1978) mengatakan bahawa majalah memainkan peranan yang penting daJam
penyebaran maklumat kepada orang ramaL Beliau memberi contoh mengenai penjualan
kereta jenis Sedan oleh syarikat Ford. Syarikat Ford telah mengiklankan kereta model
Sedannya dalam majalah pada tahun 1975 sebagai memberitahu peminat kereta bahawa
jenis baru berada di pasaran. Hasilnya jualan kereta Ford jenis Sedan itu melambung. Udell
(1966) pula dalam kajiannya mengenai tingkahlaku pembeli mendapati bahawa pengguna
telah menggunakan majalah sebagai bahan rujukan samada untuk mendapatkan maklumat
mengenai fesyen atau harga.
Bittner (1986) ada mengatakan bahawa majalah menjadi saluran yang dominan bagi muda
mudi (teenager) untuk mendapat maklumat. Selain daripada itu, majalah juga katanya
menjadi sumber maklumat kepada audien yang berumur antara lapan belas tahun hingga lima
puluh tahun. Pembaca-pembaca yang berkelulusan tinggi dalam akademik juga lebih
menyukai majalah berbanding dengan televisyen.
Gamble (1986) pula berkata bahawa orang ramai bergantung kepada majalah untuk
mendapatkan maklumat dan gambaran mengenai perang dunia kedua. Mengikut Persatuan
Pengeluar-Pengeluar Majalah di Amerika Syarikat, purata edaran untuk majalah yang populat
telah meningkat kepada 1.4 peratus dalam. enam bulan pertama pada tahun 1982. Dalam
masa yang sama, jumlah edaran majalah meningkat daripada 63 peratus kepada 65 peratus
2 - 10
COPYRIGHT @ UiTM
da/am edaran juta. Edaran untuk seratus majalah popular telah meningkat dengan pesat
sekali.
Cutlip dan Center (1978) berkata pengedaran majalah adalah terhad jumlahnya. Majalah
memperlihatkan kenyataan bahawa media mewujudkan pemisahan komuniti, di mana majalah
berupaya menghantar mesej yang khusus kepada kumpulan audien yang khusus pula.
Mengikut beliau, terdapat 1,445 majalah pengguna yang dibeli oleh publik umum, 8,000 jenis
lagi majalah yang disediakan untuk khalayak khusus. Oaripada 4,477 majalah yang
diterbitkan di USA, 1,445 adalah dikira sebagai majalah edaran umum, 522 majalah
beroriantasikan pertanian, 1,133 majalah kolej. 459 majalah berbahasa asing dan 918 majalah
etnik, agama dan kumpulan sosial (social group).
Oi Malaysia, majalah adalah juga berupa salah satu daripada saluran maklumat. Terdapat
berbagai majalah samada berbentuk akademik, sosial, politik, hiburan, sukan dan berbagai
lagi. Majalah Perspektif dalam ruangan "Perspektif' nya memaparkan hasil penyelidikannya
mendapati bahawa majalah-majalah berbentuk kartun, hiburan dan keremajaan-kewanitaan
amat diminati oleh remaja sebagai sumber maklumat mereka. Antara majalah-majalah
tersebut seperti Gila-Gila, Gelagat, Humour, URTV, Media Hiburan dan Jelita.
2.5 Buku Sebagai Sumber Maklumat
Kepentingan buku kepada perkembangan tamadun i1mu memang telah banyak diperkatakan.
Buku adalah bah an yang amat penting kepada pelajar-pelajar sama ada di peringkat
persekolahan atau institusi pengajian tinggi. Pefajar memperofehi makfumat daripada buku
buku yang berbagai bidang sarna ada bidang sains, teknologi, sosial, ekonomi dan
sebagainya lagi.
2 - 11
COPYRIGHT @ UiTM
Fox (1982) berkata buku adalah sumber maklumat yang murah. Kelebihannya ialah boleh
menyimpan pelbagai maklumat dengan jumlah yang banyak dengan kadar yang lama. Hal ini
tidak mampu dilakukan oleh media jenis lain terutamanya media elektronik. Seterusnya beliau
menyatakan bahawa orang-orang muda di Britain telah membeli lebih daripada 1.5 juta
naskah komik yang popular seperti Beano, Dandy, Shoot dan My Guy.
Zigli (1984) pula menyatakan bahawa lebih kurang 99 juta orang dewasa di Amerika Syarikat
(iaitu kira-kira 50%) daripada jumlah keseluruhan orang dewasa adalah membaca sekurang
kurangnya sebuah buku dalam masa seminggu. Enam puluh tiga peratus (63%) daripada
kalangan orang yang berumur 16 tahun hingga 21. tahun adalah membaca buku dan lain-lain
penerbitan, berbanding dengan 16.3 jam mereka menonton televisyen dan 16.4 jam
mendengar radio.
Bittner (1989) pula menyifatkan buku sebagai kawan yang amat" rapat. Ini kerana ianya tidak
seperti radio dan televisyen, buku boleh diulang pembacaan untuk merujuk kepada maklumat
yang telah dilupai. Beliau menyifatkan buku sebagai perkara yang paling penting dalam hidup
manusia. Kita belajar dari buku, kita juga dihiburkan oleh buku dan kita pasti memiliki buku.
Kajian-kajian yang diiakukan di Malaysia juga mendapati bahawa buku dibaca oleh ramai
orang. Ini dinyatakan oleh Grenfell (1979), Mansor, Ramli dan Shawaluddin (1984) dan Fathi
(1993).
2.6 Televisyen Sebagai Sumber Maklumat
Media elektronik bermula pada tahun 1923 di Malaysia. Pada masa itu hanya perkhidmatan
radio sahaja yang ada. Bagaimanapun dengan meningkatnya kemajuan teknologi
komunikasi, televisyen diperkenalkan di Malaysia dan menjadi salah satu media yang paling
popular beberapa tahun selepas ianya diperkenalkan.
2 - 12
COPYRIGHT @ UiTM
Grenfell (1979) dalam kajiannya ke atas.penonton komunikasi di Malaysia mendapati bahawa
purata penonton televisyen di Malaysia adalah lebih kurang satu setengah kali ganda
daripada jumlah pendengar radio. hampir semua kawasan yang berpenghuni di Malaysia
menerima siaran televisyen. Media Indek 1975 pula melaporkan bahawa 28 peratus daripada
orang dewasa di Malaysia memiliki peti televisyen di rumah masing-masing. mengikut
Grenffel lagi, profail penon ton televisyen di malaysia mengikut rangkaian tahun 1974 hingga
1975 adalah menunjukkan bahawa dua pertiga, iaitu kira-kira 65 peratus daripada penonton
bagi rangkaian satu adalah Melayu, 26 peratus Cina dan 9 peratus India dan lain-lain kaum.
Berko (1989) pula menyatakan bahawa kanak-kanak dan remaja dalam peringkat umur antara
6 tahun hingga 18 tahun secara puratanya menghabiskan kira-kira 15,000 jam hingga 16,000
jam masa di hadapan kaca televisyen. Dianggarkan bahawa 95 peratus rumah di Amerika
Syarikat memiliki sekurang-kurangnya satu peti televisyen di rumah manakala 59 peratus lagi
memiliki dua atau lebih peti televisyen di rumah. Fox (1981) pula menyatakan bahawa
sehingga Mac 1982, dianggakan sejumlah 55 peratus daripada 83,531,900 isi rumah di
Amerika Syarikat menerima sistem kabel televisyen dan sejumlah 23,219,200 adalah
pelanggan sistem kabel televisyen. Fox menyatakan lagi, penyelidikan menunjukkan bahawa
lebih daripada 90 peratus orang di Britain bergantung kepada televisyen sebagai sumber
maklumat tentang peristiwa semasa, hiburan dan sebagainya.
Mengikut Robert (1983), pada umur dua puluh tahun, maQusia sekarang akan terdedah
kepada 20,000 jam menonton televisyen. Pada umur enam puluh lima tahun, adalah
dijangkakan manusia akan memperuntukkan lebih kurang sembilan tahun daripada
kehidupannya bagi digunakan untuk menonton televisyen. mengikut beliau lagi, tabiat tidur
seseorang itu juga telah bertukar akibat penglibatannya dengan televisyen. Satu kajian
menunjukkan bahawa lebih kurang 40 peratus daripada waktu (ehat seseorang telah
digunakan untuk menonton televisyen.
2 - 13
COPYRIGHT @ UiTM
Gamble (1986) pula menyifatkan televis.yen sebagai pengasuh bayi di rumah (baby sister at
home). Ini kerana televisyen telah memberi kita perkhidmatan sebagai tetamu makan malam
(dinner guest), guru dan ternan. 8eliau berkata lagi, kita dihiburkan oleh televisyen bahkan
dalam hal-hal tertentu kita telah dibentuk oleh televisyen. Oi Amerika Syarikat katanya,
televisyen dilayan sarna dengan lain-lain keperluan seperti keperluan pakaian, kelengkapan
dapur, perabut dan lain-lain oleh masyarakat Amerika Syarikat.
Mansor, Ramli dan Shawaluddin (1984) berkata televisyen menjadi saluran hiburan kepada
berjuta-juta orang dan dalam masa yang sarna ianya boleh menyampaikan ucapan dan kata
kata seseorang pemimpin negara kepada rakyat. Selain itu ianya juga menjadi saluran
maklumat ekonomi, di mana para peniaga memberitahu para pengguna mengenai barang
barang yang ingin dijual. Oi Amerika Syarikat televisyen menjadi sumber maklumat kepada
masyarakat mulai tahun 1941 lagi. Thomson (1987) dalam kajiannya terhadap bentuk
pembacaan remaja mendapati ramai remaja menghabiskan banyak masa menonton
televisyen dan video dan sedikit sekali masa bagi membaca. Majoriti daripada mereka
penonton televisyen lebih daripada 3 jam pada setiap malam.
2.7 Radio Sebagai Sumber Maklumat
Fungsi radio sebagai sumber maklumat memang tidak dapat dipertikaikan lagi. Selain
daripada menghibur pendengar, radio juga dari semasa ke semasa memberitahu pendengar
mengenai berita-berita semasa sarna ada dalam atau luar negeri. Kehadiran televisyen
sebagai satu lagi kemajuan dalam teknologi media elektronik sebenarnya tidak pernah
mengugat peranan yang dimainkan oleh radio.
Grenfell (1979) memetik kenyataan oleh Gamal Abdul Nasser sebagai berkata bahawa radio
telah menukar segala-galanya dalam kehidupan masyarakat. Oalam kajiannya terhadap
pendengar radio di Malaysia, beliau menyatakan bahawa pendengar radio di Malaysia
2 - 14
COPYRIGHT @ UiTM
mendapat maklumat daripada perkhidmatan radio Malaysia dan perkhidmatan radio luar
negeri seperti Singapura dan Thailand. Radio mula diperkenalkan di Malaysia pada tahun
1930-an. Jabatan penyiaran diwujudkan pada tahun 1946, dan berkhidmat kepada
Sememanjung Tanah Melayu dan Singapura. Grenfell seterusnya menjelaskan, pendengar
radio di Malaysia pada tahun-tahun 1974 hingga 1975 adalah terdiri daripada 67 peratus
orang-orang dewasa. Kesemua daripada mereka memiliki radio di rumah masing-masing.
Fox (1981) pula berkata, radio adalah media elektronik yang ulung. Oi negara-negara miskin
di mana rakyatnya tidak mampu untuk membeli peti televisyen, ataupun di negara tersebut
bekalan tenaga elektriknya masih belum menguasai sebahagian besar kawasan-kawasan
yang berpenghuni, radio adalah sumber maklumat utama bagi mereka. Beliau seterusnya
menyatakan bahawa di Britain, kira-kira 70 peratus daripada keseluruhan rakyatnya
mendengar berita melalui radio.
Gamble (1986) pula berkata bahawa radio dimiliki oleh kira-kira 99 peratus isi rumah di
Amerika Syarikat. Radio juga katanya dipasangkan pada kira-kira 95 peratus kereta di
Amerika Syarikat. Bagi individu yang berumur 12 tahun ke atas, mereka mendengar radio
sekurang-kurangnya 22 jam pada setiap minggu. pada masa ini, lebih kurang 457.5 juta set
radio sedang beroperasi. Oleh yang demikian itu, Gamble mengistiJahkan masyarakat
sekarang sebagai 'Sound Society' kerana radio adalah alat media yang telah mendominasikan
pendengaran orang ramai.
Windschuttle (1984) pula berkata, di Australia kira-kira 86 peratus daripada suri rumah
mendengar radio. Mereka telah memperuntukkan banyak masa untuk mendengar radio.
Beliau seterusnya memperincikannya sedemikian, perempuan berumur 18 tahun ke atas
mendengar radio sebanyak 23 jam dalam seminggu. Lelaki berumur 18 tahun ke atas
sebanyak 22 jam seminggu dan kanak-kanak serta 9010ngan remaja yang berumur antara 10
tahun hingga 17 tahun mendengar sebanyak 15 jam seminggu. Hal ini ada kebenarannya
2 - 15