Upload
noorsyafila-zulkafli
View
7.310
Download
7
Embed Size (px)
Citation preview
1.0 PENGENALAN
Sekolah merupakan sebuah bangunan atau tempat yang berfungsi untuk memberikan
ilmu kepada pelajar, yang merujuk sesiapa yang belajar di situ. Struktur sekolah moden mungkin
dilengkapi dengan kemudahan teknologi maklumat (IT) atau sekadar bilik darjah sahaja.
(Wikepedia).
Penggunaan ICT (Information and Communication Technology) di dalam pengurusan
organisasi membantu dalam menguruskan organisasi dengan berkesan. Cadangan penggunaan
ICT dalam pengurusan pendidikan oleh Kementerian Pelajaran merupakan bukti bahawa ICT
sangat penting di dalam pengurusan pendidikan.
1
Pengurusan sistem maklumat yang efektif amat penting bagi memastikan perjalanan
pengurusan sesuatu maklumat lancar. Pengurusan maklumat melibatkan staf dan guru-guru
sekolah. Pengurusan maklumat yang berkesan akan melicinkan pentadbiran.
Kumpulan kami telah memilih Sekolah Menengah Kebangsaan Muhibbah yang terletak
di Sungai Siput untuk mendapatkan maklumat tentang pengurusan Teknologi Maklumat di
sekolah. Pengumpulan maklumat ini telah dibantu oleh beberapa orang guru yang terlibat dalam
pengurusan maklumat di sekolah tersebut.
2.0 PENYATAAN MASALAH
2
Penyataan masalah bagi kajian ini ialah:
1. Mendedahkan kepada bakal guru tentang sistem maklumat yang terdapat dan digunakan
di sekolah.
2. Memberi kesedaran tentang kepentingan penggunaan teknologi maklumat dalam
pengurusan maklumat di sekolah.
3.0 OBJEKTIF PROJEK
Terdapat dua objektif yang ingin dicapai melalui kajian ini iaitu:
3
1. Mengenalpasti sistem maklumat di sekolah termasuk infrastruktur, perisian, prosedur,
pengurusan data dan faktor manusia yang terlibat dalam menjadikan pengurusan
maklumat merupakan elemen yang penting dalam sistem sekolah.
2. Mengenalpasti masalah yang dihadapi berkaitan sistem maklumat yang dihadapi di
sekolah.
4.0 MAKLUMAT SEKOLAH
4.1 Nama dan Alamat Sekolah
1. Nama Sekolah : Sekolah Menengah Kebangsaan Muhibbah
2. Alamat : SMK Muhibbah Simpang Jalong,
4
31100 Sungai Siput (U) Perak.
3. No. Telefon : 05-5951350
4. No. Fax : 05-5951355
5
4.2 Lokasi Sekolah
Berikut adalah pelan lokasi sekolah:
6
SMK Muhibbah
Simpang Jalong
`
7
SMKTok Muda Abdul Aziz
KEMAS
Dari IpohDari Kuala Kangsar
PEKANSUNGAI SIPUT
SKSungai Siput U
SMKMethodist
SMKDatuk Haji Abdul
Petronas
Sungai Siput U
Rajah 4.2: Pelan Lokasi Sekolah
4.3 Pelan Sekolah
8
9
Rajah 4.2: kedudukan bangunan sekolah SMK Muhibbah
4.4 Gred Sekolah
Gred Sekolah adalah gred B, gred B kerana pelajar sekolah ini adalah kurang daripada
700 orang pelajar.
4.5 Jenis Sekolah
Jenis Sekolah : Sekolah Menengah Kebangsaan Asrama Harian
4.6 Visi dan Misi
Visi sekolah
10
SMK Muhibbah menjadi sekolah cemerlang di daerah Kuala Kangsar menjelang tahun
2012.
Misi sekolah
Memberi pendidikan terbaik kepada semua murid bagi melahirkan modal insan yang
berkualiti melalui pendekatan bersepadu berlandaskan falsafah pendidikan negara.
11
4.7 Organisasi Sekolah
STRUKTUR ORGANISASI INDUK SEKOLAH
GK PENTADBIRANPn Hajah Zuliha bt Sarry
GK KOKURIKULUMEn Yusoff b Mohd Kasim
GURU KANAN HEMEn Kamaruddin b Abd Aziz
PENGETUAPn Saniyah bt Abas
KAUNSELOREn Ahmad Nasaruddin Mohd Nor
Pn Naizatul Aissah Mahmood
MATEMATIK Pn Nor Haja Mohd
Yusof
DISIPLINEn Mohd Rozi Ngadiran
En Irwan Mohd Zaid
BIASISWAPn Aishah Salwati
BADAN PENGAWASEn Ahmad Zabidi
Pn Nor Haja Yusof
SPBTPn Norazariah
S/U KOKURIKULUMCik Raja Nirwani
BAHASA MELAYUPn Rokinah Ramly
BAHASA INGGERISPn Saraswathy
PENDIDIKAN ISLAMEn Abdul Aziz Abu Bakar
PENDIDIKAN SENIEn. Saiful Baharom Shah
SEJARAHPn Rogayah Abdullah
GEOGRAFIPn Zurina Hafsah
SAINSPn Nurul Zuraini Zolkifli
PEND. MORALPn Lili Zuraini
FIZIKEn Mohd Rizwan
MATEMATIK TAMBPn Nor Afzan Sharin
PERDAGANGANCik Raja Nirwani
PEND SIVIK &KEWARGANEGARAAN
En Ahmad Rashdi
KESELAMATANEn Mohd Azmi
KANTINPn Rokinah Ramly
3KPn Zurina Hafsah
KEBAJIKANCik Norhasmah
PAHLAWANPn Lili Zuraini
PENDEKARPn Nurul Zuraini
PERWIRAPn Norsiah
SEJARAHPn Rogayah Abdullah
PJKEn Mohd Azmi
Jamaluddin
BIOLOGIPn Hjh Zaiton Zain
KEMAHIRAN HIDUPEn Mohd Azhar Mohd
Isa
MUZIKEn Nor Azman Mohd
ULBSPanitia BM atau BI
PLBSPanitia BM atau BI
ASRAMAPn Nor Haja Yusof
MAJLIS KETUA TINGKATAN
En Ahmad Nasaruddin Mohd NorPn Naizatul Aissah Mahmood
PANGLIMAPn Naizatul Aissah
KIMIAPn Noraidah
4.8 Latar Belakang Sekolah
Sekolah yang menjadi mercu tanda bagi Kampung Baru Simpang Jalong Sungai Siput (U) ini
dibuka pada tanggal 2 Januari 2001. Didirikan di kawasan bekas ladang getah milik Guthrie iaitu
di sebahagian Lot 16221, seluas 6.2 hektar.
SMK Muhibbah menyediakan 6 blok bangunan yang dilengkapi dengan 18 bilik kelas, 6
makmal sains, makmal bahasa, makmal komputer, 6 bengkel kemahiran hidup, bilik muzik, bilik
seni, bilik sejarah, bilik geografi, bilik kaunseling, bilik gerakan, bilik guru, sebuah pusat
sumber, ruang serba guna, pejabat, kantin, surau, dataran perhimpunan, 3 gelanggang dan sebuah
padang permainan.
17
Pengetua pertama SMK Muhibbah ialah Encik Mohd. Azam bin Mahmud dan beliau
dibantu oleh 10 orang guru pada awal pembukaan sesi persekolahan dengan jumlah pelajarnya
pula ialah seramai 166 orang yang belajar di tingkatan satu. Seterusnya pada tahun-tahun
berikutnya, tampuk pentadbiran bertukar tangan iaitu Puan Hajah Puziah binti Zakaria
(berkhidmat dari 2004 – 2006) dan mulai tahun 2006 sekolah ini diterajui pula oleh Puan
Saniyah binti Abas dan sehingga kini.
Pada bulan Ogos 2004, sekolah ini dilengkapi pula dengan kemudahan sebuah asrama
harian yang boleh menempatkan kapasiti penghuni seramai 200 orang pelajar. Asrama ini
menyediakan dua blok bangunan asrama 3 tingkat, sebuah dewan makan, sebuah surau dan
sebuah pondok pengawal.
18
4.9 Pengurusan IT Sekolah
Struktur Organisasi Induk ICT
19Pengerusi
Pn Saniyah Bt Abas
20
Timbalan PengerusiPn Hajah Zuliha Bt Sarry
Naib PengerusiEn. Kamaruddin B. Abd Aziz
SetiausahaNor Azamin B. Muhammad
Penolong SetiausahaRaja Nirwani Bt Raja Lob Badri
Rajah 3.3 : Carta Alir Pengurusan IT di Sekolah
4.10 Kemudahan Infrastruktur Di Sekolah Termasuk Kemudahan Teknologi Maklumat
Kemudahan infrustruktur di sekolah boleh dibahagikan kepada kemudahan fizikal, kemudahan
humanistik, kemudahan P&P, peralatan untuk P&P dan juga kemudahan komunikasi. Untuk
melihat rajah, rujuk Lampiran 1.
Kemudahan teknologi maklumat :
Menggunakan Schoolnet-mengawal server di makmal untuk pastikan tidak ada masalah.
Menggunakan topologi bas.
Mempunyai capaian wireless.
Mempunyai satu server.
21
Kementerian menyediakan rangkaian. Jika berlaku kerosakan jurutekni dari jabatan
pelajaran yang akan dating kesekolah untuk membuat baik pulih.
4.11 Peralatan Teknologi Maklumat
SMK Muhibbah mempunyai beberapa kemudahan infrastruktur seperti mempunyai makmal
komputer yang mengandungi 21 buah komputer. Namun, tidak semua komputer yang ada boleh
digunakan. Hanya 13 buah komputer sahaja yang berfungsi dengan baik. Di dalam makmal
komputer ini juga mempunyai satu server. Server ini mampu mengawal sehingga 60 IP iaitu 60
buah komputer/client. Salah satu kegunaan server ini adalah mengawal client yang berada di
pejabat untuk kegunaan guru-guru bagi mengemaskini maklumat pada sistem maklumat atas
talian (online) yang digunakan. Rujuk Lampiran 1.
22
4.12 Perisian Yang Digunakan
OS yang digunakan dalam Komputer makmal adalah Windows XP. Processor masih
menggunakan Intel Pentium 4.
4.13 Prosedur Pengurusan IT Di Sekolah
Berdasarkan kajian lapangan yang telah dilakukan, apabila bertanyakan berkaitan dengan
prosedur pengurusan IT disekolah, guru data menyatakan bahawa Teknologi Maklumat
dipantau oleh guru Teknologi Maklumat yang juga merangkap guru data sekolah sepenuhnya.
Rajah 4.4 adalah aliran pengurusan data dalam penyimpanan maklumat.
23
Pengumpulan data
Rajah 4.4: Carta Alir Pengurusan Data
4.13.1 Aliran kerja bagi operasi penyelengaraan Teknologi Maklumat
24
Penyimpanan data
Cetak maklumat
Hantar Maklumat ke PPD
Pemprosesan
Rangkaian disekolah disediakan sepenuhnya oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia. Oleh
itu, berdasarkan kajian yang dijalankan, mendapati sekiranya berlakunya kerosakan atau
mengalami masalah, pihak sekolah akan menghubungi juruteknik daripada Jabatan Pelajaran
Negeri Perak (Ipoh) untuk membantu menyelesaikan masalah yang timbul.
5.0 PENGURUSAN MAKLUMAT DI SEKOLAH
Pengurusan maklumat amat penting bagi memastikan data mudah disimpan, diproses dan dicapai
secara sistematik. Bagi memastikan pengurusan maklumat dapat dijalankan dengan lebih efektif,
SMK Muhibbah telah menggunakan beberapa sistem maklumat bagi memudahkan
pengurusannya. Sistem maklumat ini terdiri daripada sistem maklumat stand alone dan online.
25
Sistem maklumat ini terdiri daripada sistem maklumat yang melibatkan pelajar, guru dan bukan
guru dan sistem maklumat yang melibatkan guru sepenuhnya. Terdapat beberapa guru yang telah
diamanahkan untuk menjaga setiap sistem maklumat yang digunakan. Berikut adalah jenis-
jenis sistem maklumat yang digunakan di SMK Muhibbah. Sistem ini terbahagi kepada 3
bahagian, pertama adalah sistem berkaitan dengan guru dan staff, pelajar, dan lain-lain.
5.1 Educational Management Information Sistem (EMIS)
Educational Management Information Sistem (EMIS) merupakan sistem maklumat secara online
yang boleh dilayari melalui emisonline.moe.gov.my. Ini merupakan satu-satunya sistem
maklumat yang melibatkan guru dan bukan guru. Sistem ini boleh dicapai oleh pengetua, guru
data, guru biasa dan staff manakala individu yang berhak untuk mengubahsuai data adalah
26
pengetua sekolah dan guru data sahaja. Sistem ini telah digunakan selama tiga tahun. Sistem ini
akan berubah dalam tempoh dua tahun sekali iaitu pada 31 Januari dan pada bulan Jun. Masalah
yang dihadapi dalam menggunakan sistem ini ialah sistem ini akan sukar dicapai apabila ramai
pengguna mencapai sistem ini pada masa yang sama. Sistem ini berfungsi untuk menyimpan
maklumat peribadi seperti berikut:
Gaji, Tahun Lantikan , Kursus Induksi, Perkhidmatan, Kelulusan Akademik, Iktisas,
Tugas Khas, Aktiviti Kokurikulum, Khusus, Matapelajaran Semasa, Sejarah
Perkhidmatan
Rujuk lampiran 2 untuk contoh data berkaitan EMIS yang telah dicetak.
27
Pelaksanaan EMIS mempunyai rasionalnya yang tersendiri iaitu menguruskan pelbagai
maklumat dan sumber secara teratur. Atas dasar ini EMIS dapat dianggap sebagai satu sistem
yang boleh diguna pakai bagi pelbagai aspek pengurusan pendidikan sama ada di peringkat
sekolah mahupun di peringkat PPD, Jabatan mahupun peringkat Kementerian Pendidikan
Malaysia.
28
Rajah 5.1 : Antaramuka portal system maklumat pengurusan pendidikan (EMIS)
berasaskan web.
29
5.2 Operasi Menengah Negeri (OPMEN)
Operasi Menengah Negeri (OPMEN) merupakan sistem yang melibatkan guru sahaja. Sistem ini
dikendalikan oleh guru data. OPMEN merupakan stand alone sistem. Sistem ini hanya boleh
dicapai oleh Jabatan Pelajaran Negeri (JPN). Sistem ini digunakan untuk melihat opsyen atau
subjek yang diajar oleh seseorang guru dan sistem ini juga bertujuan untuk mengetahui bilangan
guru di setiap sekolah. Masalah yang timbul adalah apabila sistem ini perlu dikemaskini dalam
tempoh lima kali setahun iaitu pada bulan Januari, April, Jun, Julai dan Oktober.
30
Sistem terbahagi kepada empat menu utama. Pertama adalah GURU, guru ini terbahagi
kepada 3 aspek iaitu waran dan pengisian, kontrak dan terlatih serta kedudukan perkidmatan.
Menu kedua adalah ENROLMEN, enrolmen adalah kemasukan. Ia melibatkan edit/input
enrolmen, semak enrolmen daripada emis, rumusan enrolmen dan ABM dan capaian. Menu
ketiga pula adalah SUBJEK. Terbahagi kepada dua iaitu subjek elektif dan MPV. Manakala
menu terakhir adalah UTILITI terbahagi kepada 3 iaitu, pindahan data, norma penjawatan dan
selenggara.
5.3 Sistem Maklumat Murid (SSM)
Sistem Maklumat Murid (SSM) merupakan sistem yang melibatkan maklumat latar belakang
pelajar. Sistem ini telah disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dalam bentuk CD.
31
Guru data perlu menginstall aplikasi SMM ini sebelum memulakan penyimpanan data. SSM
merupakan stand alone sistem dan hanya satu komputer sahaja boleh mengemaskini data yang
terdapat dalam sistem tersebut pada satu-satu masa. Semua guru boleh menggunakan sistem ini
untuk melihat dan memasukkan maklumat pelajar. Sistem ini hanya boleh diubah 2 kali setahun
pada 31 Januari dan pada bulan Jun.
CARTA ORGANISASI SISTEM MAKLUMAT MURID (SMM)
32
Rajah 5.2 : Carta Organisasi SMM
Proses Kerja SMM
Dari Sistem Semak SMM, cetak Laporan L001, L002, L004 dan diserah kepada Guru
Kelas untuk dikemaskini oleh pelajar kelas berkenaan. Guru kelas mengemaskini data
SMM berdasarkan Laporan tersebut. Tindakan: Guru Data SMM, Guru Kelas
33
PENGETUA / GURU BESAR
PK HAL EHWAL MURID
GURU DATA SMM
GURU DATA
PENYELARAS KELAS
GURU-GURU KELAS
Cetak Laporan L005 untuk diisi oleh Guru Kelas sahaja (SULIT) dan dikemaskini oleh
Guru Kelas ke dalam SMM. Tindakan: Guru Kelas
Dari Sistem Semak SMM, cetak L006 (SULIT) dan diedarkan kepada setiap murid
melalui Guru Kelas (Selain Darjah 1 dan Tingkatan 1). Ibubapa dikehendaki
mengemaskini maklumat tersebut dan menandatangani borang berkenaan. Guru Kelas
mengemaskini data ke dalam SMM. Tindakan: Guru Data SMM, Guru Kelas
Laksanakan Semak Automatik dari Sistem Semak SMM Versi 4.0. Tindakan: Guru Data
SMM
Jika ada kesalahan data, maklumkan kepada Guru Kelas. Tindakan: Guru Data SMM
Guru Kelas membetulkan semula data SMM. Tindakan: Guru Kelas
Eksport data dan labelkan cd/disket dengan maklumat berikut:
Kod sekolah
34
Nama Sekolah
Tarikh Hantar
No H/P Guru Data SMM dan Nama
Serahkan CD/disket dan Lampiran Pengesahan ke PPD untuk disemak dan digabung di
peringkat PPD. Tindakan: Guru Data SMM
5.4 Sistem Disiplin Murid (SSDM)
Sistem Disiplin Murid (SSDM) merupakan sistem stand alone yang mengandungi maklumat
pelajar, rekod tindakan susulan pelajar dan merit demerit. Maklumat yang terdapat dalam sistem
ini diambil daripada Sistem Maklumat Murid (SMM) dan buku rekod pelajar. Maklumat di
dalam sistem ini dihantar kepada PPD sebanyak dua kali dalam setahun iaitu pada bulan Jun dan
35
bulan November. Maklumat dalam sistem ini akan disimpan selama tiga tahun dan kemudian
akan dibuang. Hanya guru didiplin sahaja dibenarkan untuk mencapai maklumat di dalam sistem
ini. Masalah yang dihadapi dalam menggunakan sistem maklumat ini ialah guru kesuntukan
masa untuk memasukkan maklumat kerana guru amat sibuk dengan kelas yang ada.
5.5 Sistem Pengurusan Akademik (SISPA)
Sistem Pengurusan Akademik (SISPA) merupakan sistem maklumat online yang boleh dilayari
melalui www.sispa.gov.my. Sistem ini mengandungi maklumat tentang pelajar dan maklumat
keputusan peperiksaan pelajar. Semua maklumat keputusan peperiksaan pelajar akan
dimasukkan oleh guru matapelajaran termasuk keputusan peperiksaan percubaan. Sistem ini
dikendalikan oleh guru setiausaha peperiksaan. Setiausaha peperiksaan akan memantau
36
maklumat keputusan peperiksaan yang dimasukkan oleh guru. Setiausaha peperiksaan perlu
menghadiri kursus bagi menggunakan sistem ini. Data yang terdapat dalam sistem ini hanya
boleh disimpan dalam tempoh empat hingga enam bulan sahaja.
Terdapat beberapa masalah yang dihadapi dalam menggunakan sistem ini. Masalah yang
sering dihadapi oleh guru-guru dalam menggunakan sistem ini ialah sistem ini amat sukar untuk
dicapai jika bilangan pengguna yang mencapai sistem ini terlalu ramai pada satu-satu masa. Oleh
kerana SISPA merupakan sistem online guru sukar untuk menggunakannya kerana tiada
perkhidmatan wireless yang disediakan di bilik guru SMK Muhibbah. Selain itu, terdapat
beberapa orang guru yang tidak mahir dalam menggunakan sistem ini dan terdapat pelajar yang
mempunyai nombor kad pengenalan yang sama yang akan menyebabkan maklumat yang
dimasukkan tidak betul. Masalah lain yang dihadapi adalah sistem ini tidak menyediakan
37
perkhidmatan mencetak secara terus. Guru-guru perlu menyimapan maklumat di dalam pendrive
terlebih dahulu sebelum mencetak.
Guru-guru boleh mencetak keputusan peperiksaan di dalam sistem ini dan diserahkan
kepada pelajar. Rujuk Lampiran 3. Maklumat yang dimasukkan ke dalam SISPA diambil atau
diintegrasi daripada sistem EMIS dan SMM. Berikut merupakan gambaran integrasi antara
EMIS, SMM dan SISPA.
38
Rajah 5.3: Integrasi SISPA
Sebelum SISPA diperkenalkan, Sistem Analisis Peperiksaan (SAP) digunakan. Namun, terdapat
masalah yang dihadapi semasa menggunkan sistem ini iaitu masalah virus. Sistem ini berasal
dari negeri Johor.
5.6 Sistem Pendidikan Jasmani (PJ) - i-KePS versi 1
39
Sistem Pendidikan Jasmani (PJ) merupakan sistem stand alone yang menggunakan CD. Sistem
ini menyimpan maklumat berkaitan dengan peralatan sukan dan padang sekolah. Sistem ini akan
diserahkan oleh pegawai PPD kepada setiausaha sukan atau wakilnya. Maklumat akan
dimasukkan ke dalam sistem tersebut dan akan di email atau disimpan di dalam pendrive dan
akhirnya akan dihantar kepada PPD. System ini disediakan oleh bahagian sukan Kementerian
Pelajaran Malayasia.
5.7 Sistem Jadual ASC
40
Sistem Jadual ASC ini merupakan sebuah sistem yang menguruskan jadual waktu pengajaran.
Uniknya sistem ini adalah setiap kotak dalam jadual mempunyai warna yang berbeza oleh setiap
guru. Sistem ini dipantau oleh seorang guru, dimana guru ini bertanggungjawab untuk
memasukkan jadual kelas setiap guru disekolah. Kelebihan sistem ini adalah sistem ini boleh
juga dicapai menggunakan telefon bimbit yang mempunyai aplikasi java di dalamnya. Guru-
guru lain boleh mencapai maklumat yang sama melalui telefon bimbit ataupun komputer tetapi
tidak boleh mengubahnya. Disamping itu, guru-guru lain juga boleh melihat jadual kelas ganti
melalui sistem ini dengan lebih mudah dan cepat. Sistem ini telah dibeli oleh pihak sekolah
dengan harga RM 1100, ianya dibeli daripada agen. Kebiasaannya sistem ini digunakan
disekolah-sekolah bestari sahaja. Tiada masalah sepanjang menggunakan sistem ini.
5.8 Sistem eMATEKS (Elektronik Mantau Buku Teks)
41
eMATEKS atau Elektronik Mantau Buku Teks adalah program pemantauan penerimaan dan
pembayaran buku teks secara online. Ia bertujuan untuk mendapatkan status penerimaan buku
teks oleh sekolah dan tuntutan pembayaran oleh penerbit di JPN dan BBT. Sistem E-Mateks
merupakan sistem online. Sistem ini digunakan bertujuan untuk membuat permohonan buku baru
bagi kegunaan tahun berikutnya. Permohonan biasanya akan dibuat pada awal tahun dengan cara
mengisi borang yang telah disediakan. Sistem ini digunakan untuk mencatat tarikh buku
diterima. Sistem tersebut memerlukan maklumbalas dari guru. Walaupun menggunakan sistem
ini, masalah penerimaan buku yang ditempah masih lambat diterima. Sistem ini boleh dicapai
menggunakan pautan http://www.moe.gov.my/bbt/emateks.php. Rajah 5.4 menunjukkan
antaramuka utama sistem tersebut.
42
43
Rajah 5.4 : Antaramuka bagi sistem eMATEKS
6.0 FAKTOR MANUSIA DALAM PENGURUSAN IT
Peranan guru data
1. Menjalankan tugas-tugas berkaitan dengan kurikulum dan kokurikulum seperti yang
ditetapkan oleh Guru Besar/Pengetua.
2. Merancang pengurusan data dan maklumat pendidikan peringkat sekolah yang diarahkan
oleh Bahagian di KPM, JPN, PPG/D dan sekolah serta lain-lain agensi kerajaan
44
3. Memberi khidmat nasihat kepada guru berkenaan pengurusan data dan maklumat
peringkat sekolah.
4. Menjadi setiausaha Jawatankuasa Pengurusan Maklumat Sekolah (JPMS).
5. Melaksanakan tugas-tugas lain berkaitan pengurusan data yang diarahkan dari semasa ke
semasa.
45
7.0 REFLEKSI
Hasil kajian yang telah dilakukan disekolah ini telah memberi pengalaman bermakna sepanjang
kami bersama-sama guru data dan guru-guru lain. Dengan adanya sistem di sekolah, ia
membantu pengurusan sekolah dari pelbagai aspek. Antaranya aspek maklumat guru, staf,
pelajar, kurikulum dan kokurikulum.
Disamping itu, kemahiran juga diperlukan kepada pada guru, terutamanya guru data
untuk memastikan masalah dapat dikurangkan dalam pengurusan yang menggunakan ICT ini.
Berdasarkan penceritaan daripada para guru ini, mereka mengatakan kekangan waktu merupakan
46
masalah utama untuk mereka melakukan tugasan tersebut. Namun mereka dapat mengatasi
masalah tersebut dengan pengurusan masa dengan teratur.
Secara keseluruhannya, teknologi telah membantu para guru dalam melakukan kerja-
kerja pentadbiran dan pengurusan. Oleh itu, persediaan dari segi mental, intelektual dan fizikal
adalah amat dititik beratkan untuk menjadikan sesuatu tugasan itu sebagai satu kerja yang tidak
membebankan dan pelajaran pelajar tidak terabai.
47
BIBLIOGRAFI
48
Sekolah. Diperoleh pada Mac 6, 2011, daripada http://ms.wikipedia.org/wiki/Sekolah
EMIS. Diperoleh pada Mac 6, 2011, daripada http://www.ppdkerian.edu.my/portal/modules.php?name=News&file=print&sid=35
EMIS. Diperoleh pada Mac 6, 2011, daripadahttp://smkchaah.com/v2/images/stories/download/ManualSMM.pdf
System emateks. Diperoleh pada Mac 6, 2011, daripadahttp://www.moe.gov.my/bbt/emateks.php.
Peranan guru data. Diperoleh pada Mac 6, 2011, daripadahttp://www.johordt.gov.my/ppdmersing/upload/Taklimat_JPMS_2009_Oleh_Dr_Markhaini_EPRD.pdf
49