7
LAPORAN HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT SEKOLAH SK SKAROK 2016 NAMA SEKOLAH : SK SKAROK, LUBOK ANTU NAMA PROGRAM : HARI SUKAN NEGARA SK SKAROK 2016 TARIKH PELAKSANAAN PROJEK : 8 OKTOBER 2016 1.0PENGENALAN Pada 8 Oktober 2016, SK Skarok telah mengadakan Hari Sukan Negara peringkat sekolah bertempat di padang SK Skarok. Program ini telah dirasmikan oleh Guru Penolong Kanan Kurikulum, Cikgu John Kedebo. Program ini telah disertai oleh seramai 151 orang yang terdiri daripada para staf, murid-murid dan ibu bapa. Porgram Hari Sukan Negara telah dicetuskan oleh Kementerian Belia dan Sukan dan dilaksanakan sebagai program tahunan iaitu pada setiap Sabtu minggu kedua dalam bulan Oktober bermula dari tahun 2015. Pengisian program yang dijalankan dalam sambutan Hari Sukan Negara ini mengambil kira 3M, iaitu: Murah, Menarik dan Mudah dilaksanakan. Aktiviti yang dijalankan Program Hari Sukan Negara peringkat sekolah SK Skarok, Lubok Antu adalah dibawah pengendalian guru Sukan, Pendidikan Jasmani dan Kesihatan di mana pengisian aktiviti senamrobik dan merentas desa diadakan untuk memperlihatkan tahap kecergasan fizikal warga sekolah secara menyeluruh. 2.0 0BJEKTIF PROJEK Antara objektif program ini diadakan adalah untuk menerapkan gaya hidup yang sihat dalam kalangan rakyat Malaysia khususnya warga SK Skarok. Tambahan pula, program sebegini dilihat berpotensi sebagai salah satu usaha untuk mencegah penyakit seperti obesiti, sakit jantung dan darah tinggi menular dalam kalangan murid yang semakin membimbangkan kebelakangan ini. 3.0 STRATEGI PELAKSANAAN

Laporan Hari Sukan Negara SK Skarok | Oktober 2016

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Laporan Hari Sukan Negara SK Skarok | Oktober 2016

LAPORAN HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT SEKOLAHSK SKAROK 2016

NAMA SEKOLAH : SK SKAROK, LUBOK ANTUNAMA PROGRAM : HARI SUKAN NEGARA SK SKAROK 2016TARIKH PELAKSANAAN PROJEK : 8 OKTOBER 2016

1.0 PENGENALAN

Pada 8 Oktober 2016, SK Skarok telah mengadakan Hari Sukan Negara peringkat sekolah bertempat di padang SK Skarok. Program ini telah dirasmikan oleh Guru Penolong Kanan Kurikulum, Cikgu John Kedebo. Program ini telah disertai oleh seramai 151 orang yang terdiri daripada para staf, murid-murid dan ibu bapa. Porgram Hari Sukan Negara telah dicetuskan oleh Kementerian Belia dan Sukan dan dilaksanakan sebagai program tahunan iaitu pada setiap Sabtu minggu kedua dalam bulan Oktober bermula dari tahun 2015.

Pengisian program yang dijalankan dalam sambutan Hari Sukan Negara ini mengambil kira 3M, iaitu: Murah, Menarik dan Mudah dilaksanakan. Aktiviti yang dijalankan Program Hari Sukan Negara peringkat sekolah SK Skarok, Lubok Antu adalah dibawah pengendalian guru Sukan, Pendidikan Jasmani dan Kesihatan di mana pengisian aktiviti senamrobik dan merentas desa diadakan untuk memperlihatkan tahap kecergasan fizikal warga sekolah secara menyeluruh.

2.0 0BJEKTIF PROJEK

Antara objektif program ini diadakan adalah untuk menerapkan gaya hidup yang sihat dalam kalangan rakyat Malaysia khususnya warga SK Skarok. Tambahan pula, program sebegini dilihat berpotensi sebagai salah satu usaha untuk mencegah penyakit seperti obesiti, sakit jantung dan darah tinggi menular dalam kalangan murid yang semakin membimbangkan kebelakangan ini.

3.0 STRATEGI PELAKSANAAN

3.1 KolaboratifBerbincang secara kolaboratif dengan mentor dan seterusnya merujuk kepada Guru Penolong Kanan Kokurikulum sekolah berkaitan projek yang hendak dijalankan.

3.2 KoperatifBergerak secara koperatif dengan rakan guru dan staf sokongan dalam membuat persediaan program Hari Sukan Negara.

3.3 Bekerja secara berpasukanBergerak secara berpasukan dengan rakan guru internship dari awal hingga akhir projek ini selesai dijalankan.

Page 2: Laporan Hari Sukan Negara SK Skarok | Oktober 2016

3.4 BimbinganSentiasa mendapatkan tunjuk ajar dan bertanya kepada mentor dan pihak pentadbir sekolah serta rakan guru agar projek dapat dijalankan dengan jayanya.

4.0 LAPORAN PELAKSANAAN PROJEK

Pada 19 September 2016, satu mesyuarat telah dipengerusikan oleh Guru Penolong Kanan Kokurikulum, Cikgu Suai Anak Isau bagi memberi taklimat kepada para staf berkenaan pengisian dan perjalanan program ini. Persediaan untuk program ini telah dimulakan bermula dari 19 September 2016 sehinggalah 8 Oktober 2016. Persediaan yang dijalankan termasuklah penyediaan peralatan untuk sukaneka Pra Sekolah, merentas desa, persiapan pentas serta latihan senamrobik yang diketuai oleh guru sukan.

Sebelum acara Hari Sukan Negara dimulakan, semua murid terlebih dahulu dikumpulkan di padang sekolah. mereka berbaris mengikut kelas masing-masing. Murid menunjukkan nilai disiplin yang sangat baik kerana mengikut segala arahan yang diberikan oleh para guru.

Murid berbaris masuk ke padang

Acara bermula pada pukul 7.00 pagi dengan ucapan daripada Guru Penolong Kanan Kurikulum, Cikgu John Kedebo. Dalam ucapan, beliau menyatakan akan kepentingan aktiviti bersukan terhadap tahap kesihatan kepada para rakan guru dan murid-murid serta ibu bapa yang ada hadir pada hari tersebut. Guru Penolong Kanan Kurikulum turut menyatakan ucapan tahniah dan terima kasih atas kerja keras para guru dan semua staf sokongan menjayakan Hari Sukan Negara peringkat Sekolah Kebangsaan Skarok.

Page 3: Laporan Hari Sukan Negara SK Skarok | Oktober 2016

Guru Penolong Kanan Kurikulum memberikan ucapan perasmian

. Aktiviti Senamrobik

Acara diteruskan lagi dengan sesi senamrobik yang diketuai oleh Cikgu Stephanie Unsil Rakey. Acara senamrobik mengambil masa selama 20 minit secara keseluruhannya. Semua guru, AKP, ibu bapa dan murid terlibat bersama dalam menjalankan senamrobik itu. Seminggu sebelum Hari Sukan Negara dilaksanakan, guru dan murid terlebih dahulu berlatih bersama-sama untuk belajar langkah-langkah senamrobik di Dewan Skarok.

Setelah selesai sesi senamrobik tersebut, acara diteruskan lagi dengan acara sukaneka dan merentas desa. Larian sejauh 1km adalah untuk kategori murid umur 7 hingga 8 tahun dan 4km bagi murid 9 tahun hingga 12 tahun. Acara Merentas Desa ini melambangkan nilai perpaduan dalam kalangan warga sekolah SK Skarok yang berbilang kaum ini.

Acara merentas desa kali ini diadakan di dalam dan juga di luar kawasan sekolah. Terdapat empat checkpoint yang disediakan di sepanjang trek laluan merentas desa. Kerjasama semua guru, AKP, ibu bapa dan pekerja swasta diperlukan untuk menjayakan program ini.

Page 4: Laporan Hari Sukan Negara SK Skarok | Oktober 2016

Larian Merentas Desa 4km

Sukaneka Prasekolah

Penyampaian Hadiah

Semua acara tamat pada pukul 9 pagi. Majlis penutupan Hari Sukan Negara diadakan tepat pukul 9.15 pagi. Semua murid yang berjaya menamatkan 10 larian terpantas akan diserap untuk mewakili sekolah bagi acara merentas desa pada tahun hadapan.

6.0 REFLEKSI

6.1 KEKUATAN PROJEK / AKTIVITI

Antara kekuatan projek yang dijalankan ini adalah di mana projek ini melibatkan secara menyeluruh warga sekolah iaitu para guru, Ahli Kumpulan Pelaksana dan murid-murid sekolah serta ibu bapa.

Page 5: Laporan Hari Sukan Negara SK Skarok | Oktober 2016

Ahli Jawatankuasa Kerja projek juga melibatkan semua guru sekolah dan Ahli Kumpulan Pelaksana. Projek ini telah memberikan satu peluang kepada semua warga sekolah untuk menimba pengalaman bekerjasama dalam menjayakan suatu program di peringkat yang lebih tinggi.

Selain itu, projek ini juga mempunyai Pelan B sekiranya hari hujan pada hari tersebut. Ini bermaksud projek ini tetap akan berjalan walaupun cuaca tidak mengizinkan. Namun demikian, cuaca pada hari tersebut sangat baik untuk pelaksanaan Program Hari Sukan Negara .

6.2 KELEMAHAN PROJEK / AKTIVITI

Agihan tugas adalah kurang berkesan di mana bilangan staf SK Skarok tidak dapat menampung program yang lebih besar.

7.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Cadangan yang perlu dipertimbangkan pada masa akan datang adalah penetapan tema pada setiap tahun, misalnya sukan rakyat, permainan tradisional, sukan elit dan banyak lagi supaya pengisiannya lebih menarik dan kreatif.

Pengisian program pula perlu ditambah dengan aktiviti lain seperti kempen kesedaran pemakanan sihat atau pemeriksaan kesihatan dengan kerjasama bersama pihak hospital. Bagi memeriahkan Hari Sukan Negara pertandingan sukan juga harus dijalankan agar murid lebih bersungguh-sungguh untuk melibatkan diri secara keseluruhannya.

8.0 KESIMPULAN

Ternyata program sebegini banyak memberi impak kepada warga SK St. Andrew terutamanya dalam menerapkan gaya hidup yang sihat dalam kalangan warga Sk St. Andrew. Tambahan pula, pengisian yang telah disusun dan dirancang telah berjaya menerapkan budaya beriadah sambil berhibur.

Guru telah memainkan peranan sebagai agen sosial dalam menyampaikan hasrat kerajaan untuk menyemai cara hidup yang ideal dan sihat serta memberi kesedaran tentang kesihatan kepada masyarakat.

Secara keseluruhannya, program ini telah berjalan dengan lancar dan jayanya. Kehadiran para ibu bapa yang turut serta menunjukkan sokongan yang padu mereka serta hubungan yang erat antara sekolah dan ibu bapa. Walaupun terdapat kekangan dari segi kewangan, namun program ini tetap dapat dijalankan dengan meriah. Semoga program ini dapat dilaksanakan dalam skala yang lebih besar dan menarik pada masa akan datang.

Page 6: Laporan Hari Sukan Negara SK Skarok | Oktober 2016

Disediakan oleh

___________________________

( STEPHANIE UNSIL ANAK RAKEY )

Penyelaras

Hari Sukan Negara Peringkat Sekolah

SK Skarok, Lubok Antu.

Disemak Oleh

_____________________________

( SUAI ANAK ISAU )

Guru Penolong Kanan Kokurikulum

SK Skarok, Lubok Antu.

Disahkan Oleh

_____________________________

( AJAN ANAK EMBANG )

Guru Penolong Kanan Kurikulum

Guru Besar

SK Skarok, Lubok Antu.