9
Ulasan Artikel : KOMUNITI PEMBELAJARAN MELALUI WEB LOG Ng Huey Zher & Raja Maznah Raja Hussain Department of Curriculum and Instructional Technology University of Malaya, Kuala Lumpur [email protected] , [email protected] Oleh : Seypul Asmal bin Sabokki M20091000234 Program: MT 11 Pengurusan Pendidikan Fakulti Pengurusan dan Ekonomi Tajuk Berdasarkan jurnal , penulis artikel ini merupakan Pensyarah atau penyelidik di Jabatan Kurikulum dan Teknologi Pendidikan, Fakulti Pendidikan Universiti Malaya. Sehubungan dengan itu penyelidik telah memilih tajuk penulisan kajian yang bersesuaian dengan terma penyelidikan dan organisasinya. Bilangan perkataan yang digunakan juga tidak terlalu panjang serta mudah untuk difahami, ringkas dan bermaklumat. Tajuk yang panjang terlalu bersifat ‘deskriptif’dan tidak perlu sama sekali (Ahmad Mahdzan Ayob,1985). Ini dapat memberi kesan yang baik terhadap penulisannya. Tajuk ini juga jelas memperlihatkan maklumat yang ingin beliau perolehi iaitu Komuniti Pembelajaran Melalui Web Log. Tajuk ini juga memberikan penjelasan tentang 1

Kritikan jurnal komuniti pembelajaran web log

  • Upload
    sabs121

  • View
    9.680

  • Download
    11

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Kritikan jurnal komuniti pembelajaran web log

Ulasan Artikel :

KOMUNITI PEMBELAJARAN MELALUI WEB LOGNg Huey Zher & Raja Maznah Raja Hussain

Department of Curriculum and Instructional TechnologyUniversity of Malaya, Kuala Lumpur

[email protected], [email protected]

Oleh :

Seypul Asmal bin Sabokki

M20091000234

Program:

MT 11 Pengurusan Pendidikan

Fakulti Pengurusan dan Ekonomi

Tajuk

Berdasarkan jurnal , penulis artikel ini merupakan Pensyarah atau penyelidik di

Jabatan Kurikulum dan Teknologi Pendidikan, Fakulti Pendidikan Universiti Malaya.

Sehubungan dengan itu penyelidik telah memilih tajuk penulisan kajian yang

bersesuaian dengan terma penyelidikan dan organisasinya.

Bilangan perkataan yang digunakan juga tidak terlalu panjang serta mudah untuk

difahami, ringkas dan bermaklumat. Tajuk yang panjang terlalu bersifat ‘deskriptif’dan

tidak perlu sama sekali (Ahmad Mahdzan Ayob,1985). Ini dapat memberi kesan yang

baik terhadap penulisannya. Tajuk ini juga jelas memperlihatkan maklumat yang ingin

beliau perolehi iaitu Komuniti Pembelajaran Melalui Web Log. Tajuk ini juga

memberikan penjelasan tentang kepentingan populasi dan perubahan-perubahan

utama. Sekiranya penyelidik membuat kajian yang tidak berkaitan dengan tugas

penyelidik, kajian penyelidik sudah pasti mempunyai tahap kepenggunaan yang rendah

(Mohamad Najib Abdul Ghafar,1999). Selain itu terdapat terma-terma yang tidak jelas ,

kepada pembaca yang tidak terdedah dengan dunia ICT. Ini kerana istilah web log sukar

diterjemah secara , melinkan dengan kajian dan pembacaan yang lebih terperinci.,

Namun apa yang penting tajuk ini tidak mengaitkan dnegan semarang situasi beremosi

dan menimbulkan provokasi.

1

Page 2: Kritikan jurnal komuniti pembelajaran web log

Pernyataan Masalah

Penyelidik tidak menulis pernyataan masalah secara jelas, sebaliknya beliau

lebih menekankan kominiti pembelajaran melalui web log.Mengapa kajian ini dilakukan

tidak dipersoalkan kerana tiada pernyataan masalah secara khusus yang dituliskan

dalam jurnal research ini.. Asas-asas teori yang digunakan lebih menekankan amalan

yang berlaku dalam komuniti pembelajaran melalui web log.

Pernyataan masalah dapat membantu seorang penyelidik menjelaskan apa yang ia

tidak ketahui dan berhasrat mengetahuinya. Pernyataan masalah membolehkan kita

mentakrif tujuan kajian atau matlamatnya; tidak berbentuk khayalan.Merangkumi

matlamat umum dan matlamat khusus, Mohd Nawi Ab Rahman (2000).Kerlinger (1986)

menyatakan soalan mestilah memenuhi tiga kriteria, iaitu pertama, dinyatakan dalam

bentuk kaitan antara pembolehubah, kedua, jelas dan tidak kabur dan ketiga,

memungkinkan ia dikaji secara empirikal(mempunyai landasan falsafah dan teologi yang

sah untuk dijawab.

Kajian Literatur

Terdapat beberapa sorotan literature dalam penulisan penyelidik. Walau pun

terdapat pengulangan sorotan yang digunakan ianya didapati sesuai dan berkaitan

dengan tujuan kajian yang dijalankan. Perhubungan antara satu literature dengan yang

lain juga jelas tetapi tidak mengikut kronologi. Antara sorotn yang telah dibuat, mengenai

Komuniti pembelajaran,Web Log. Namun saya sebagai pembaca menghadapi

kesukaran untuk memahami apakah yang dimaksudkan dengan web log.Untuk itu saya

sebagai pembaca terpaksa membuat rujukan dan bacaan tambahan melalui artikel yang

ditulis oleh Gahazali Bunari dalam artikelnyaWeb Realiti: Mempromosi Pembelajaran

Dalam Komuniti Online Geng Jurnal.

2

Page 3: Kritikan jurnal komuniti pembelajaran web log

Hipotesis

Hipotesis kajian biasanya digunakan dalam kajian kuantitatif untuk menyatakan

perhubungan dan perbezaan antara variable-variabel.Ia juga merupakan ramalan yang

dibuat pengkaji tentang sesuatu perhubungan atau perbezaan dalam penyelidikan

inferensi sebelaum data dipungut. Dalam penulisan ini penyelidik tidak menyatakan

hipotesis yang berkaitan dengan kajiannya.

Subjek

Dalam penulisan ini juga ada dinyatakan tentang populasi dengan jelas iaitu

sampel guru-guru prakhidmat tahun ketiga yang didaftarkan dalam kursus Teknologi

dalam Pendidikan Rendah'. Subjek akan terlibat dalam kajian inidari permulaan

semester, melibatkan kelas yang mempunyia tujuh puluh lima (75) pelajar telah

terbahagi kepada enam atau tujuh kumpulan. Setiap kumpulan diberi kelonggaran untuk

memilih ahli-ahli kumpulan mereka sendiri. Kemudian, untuk menimbulkan unsur

pemilikan, setiap kumpulan perlu mewujudkan nama kumpulan mereka sendiri.

Kumpulan-kumpulan ini akan dikekalkan sehingga penghujung kursus. Dalam kursus ini,

weblogging ialah satu kegiatan bersepadu sepanjang semester yang bersamaan empat

belas (14) minggu.

Menurut Cohen(1977), memilih satu sample yang mewakili populasi adalah lebih baik

daripada memilih satu sample yang besar tetapi bias. Pemilihan sample dibuat

menggunakan teknik persampelan sistematik. Persampelan ini bermaksud setiap unit

atau subjek data populasi mempunyai peluang yang sama untuk dipilih sebagai

responden kajian.Kaedah ini adalah yang paling mudah. Langkah prosedur

persampelan sistematik ialah menyenaraikan subjek-subjek populasi menggunakan

angka,menentukan bilangan responden kajian, menentukan nilai gandaan n dan memilih

responden.

3

Page 4: Kritikan jurnal komuniti pembelajaran web log

Prosedur

Prosedur yang digambarkan dalam kajian ini sesuai. Penyelidik menggunakan

kaedah temuramah yang melibatkan sampel kajian seramai enam pelajar tahun ketiga

(guru-guru pra prekhidmatan) yang didaftarkan dalam kursus.dan tinjauan.Subjek ini

akan terlibat dalam kajian ini dari permulaan semester, melibatkan kelas yang

mempunyai tujuh puluh lima (75) pelajar telah terbahagi kepada enam atau tujuh

kumpulan. Setiap kumpulan diberi kelonggaran untuk memilih ahli-ahli kumpulan mereka

sendiri. Kemudian, untuk menimbulkan unsur pemilikan, setiap kumpulan perlu

mewujudkan nama kumpulan mereka sendiri. Kumpulan-kumpulan ini akan dikekalkan

sehingga penghujung kursus. Dalam kursus ini, weblogging ialah satu kegiatan

bersepadu sepanjang semester yang bersamaan empat belas (14) minggu.

Instrumen

Tidak terdapat satu Instrumen kajian yang dilampirkan bersama jurnal ini..

Penyelidik juga tiada menyatakan mengenai kebolehpercayaan dan kesahan instrumen.

Data Analisis

Kajian ini tidak menyatakan sebarang bentuk statistik deskriptif yang digunakan untuk

menyimpulkan keputusan data. Oleh kerana penulis tidak menyatakan sebarang

hipotesis maka penulis tidak menunjukkan sebarang data statistik inferential yang

digunakan sesuai untuk menguji hipotesis.Namun penulis ada menyatakan contoh-

contoh dapatan kajian melalui tinjaun yang dilakukan oleh penyelidik.

4

Page 5: Kritikan jurnal komuniti pembelajaran web log

Keputusan

Dari data yang dianalisis, ia telah mengumpulkan satu komuniti belajar yang dibentuk

dari enam pelajar yang masing-masing mempunyai latarbelakang berbeza tetapi

mempunyai mereka matlamat yang sama bertujuan untuk mencapai matlamat

Perbincangan

Penulis telah menyatakan bahawa dapatan kajian mereka adalah sejajar dengan

pendapat (Bausch, Haughey dan Hourihan, 2002), yang menyakan bahawa komuniti

jaringan menyediakan satu peluang untuk mengusai pengetahuan di mana ia dicipta

dalam sebuah organisasi, berkongsi pengetahuan itu melalui sebuah organisasi

Penulis juga ada menyatakan batasan kajian mereka .Mereka memberi

peringatan bahawa kajian ini mempunyai had-had dan tertentu, dan data yang diperolehi

tidak boleh digeneralisasi untuk populasi yang lain

Dalam hasil penulisan ini, penyelidik tidak menyatakan apakah implikasi dari hasil

dapatan kajiannya terhadap Komuniti Pembelajaran melalui Web Log .Penyelidik

menggunakan aplikasi berdasarkan hasil kajiannya tidak berdasarkan logik. Penyelidik

juga tidak ada menyatakan tentang saranannya bagi kajian yang akan datang.

Penyelidik juga tiada mencadangkan agar skop kajian dan sampel diperluaskan.

Kesimpulan

Kesimpulan yang digunakan juga menjurus kepada hasil kajiannya. Mudah

untujk difahami. Logik berdasarkan keseluruhan kajian dan tidak lari dari hasil dapatan.

Penulis menyakan bahawa kajian mereka telah menjelaskan yang komuniti pengajian

yang dibentuk di kalangan individual- pelajar-pelajar boleh mengakibatkan ilmu itu

menjadi bererti dan berguna( signifikan) Pelajar mengambil peranan-peranan guru-guru

dan rakan-rakan, mendorong antara satu sama lain untuk berusaha untuk mencapai

5

Page 6: Kritikan jurnal komuniti pembelajaran web log

matlamat bersama. Dengan bantuan web log, proses dan aktiviti pembelajaran

mengatasi semua sempadan. Untuk mencapai hasil itu, pensyarah atau lebih dikenali

sebagai fasilitator perlu sentiasa memantau pertumbuhan organisasi. Tanpa ragu-ragu,

isu-isu seperti kepentingan web log untuk pelajar dan bagaimana pelaksanaannya

sedang dijalankan dan tidak akan diabaikan

Rumusan

Rumusannya jelas, ringkas dan memadai.

Refleksi Pembaca

Berdasarkan pengalaman saya mebaca artikel ini, ia telah memberikan saya satu

padangan ilmu yang lebih baik terhadap e pembelajaran melalui web log.

Sesungguhnya web log memberikan ruanag pembelajaran yang cukup luas dan

sepanjang masa, sekira ia dapat di aksses dengan berkesan.Namun pembelajaran e

learning memerlukan disiplin yang tinggi dan iman yang kukuh bagi mengelakkan proses

pembelajaran melalui elearning ini tidak terlibat dalam sebarng anasir yang merosakkan

jiwa dan rohani pelajar.

6