Upload
nor-hayati-fatmi-talib
View
901
Download
2
Embed Size (px)
DESCRIPTION
Minggu 2 Hubungan Etnik
Citation preview
KONSEP INTEGRASI ETNIKKONSEP INTEGRASI ETNIK
Hayati Minggu ke 2 Hubungan Etnik
Konsep asas penting untuk membina suatu kefahaman yang lebih
mendalam
Hayati Minggu ke 2 Hubungan Etnik
Etnik: sekelompok manusia mengamalkan budaya yang hampir seragam, termasuk adat resam, pakaian, bahasa dan kegiatan ekonomi.
Etnik: dapat dikelaskan melalui perbezaan budaya – adat resam, pola keluarga, pakaian, pandangan mengenai kecantikan, orientasi politik, ekonomi dan hiburan.
Hayati Minggu ke 2 Hubungan Etnik
Integrasi – proses bagi mewujudkan identiti nasional dalam kalangan kumpulan yang terpisah dari segi kebudayaan, sosial dan lokasi dalam sesebuah unit politik.
Perpaduan – proses yang menyatupadukan seluruh masyarakat dan negara supaya setiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta dan banggakan tanah air.
Hayati Minggu ke 2 Hubungan Etnik
1. Integrasi Wilayah: mengurangkan jurang perbezaan pembangunan ekonomi dan sosial antara wilayah yang maju dengan yang mundur.
2. Integrasi Ekonomi: usaha untuk mengurangkan jurang perbezaan ekonomi antara kumpulan etnik
3. Integrasi Kebudayaan: usaha membentuk satu kebudayaan kebangsaan.
Hayati Minggu ke 2 Hubungan Etnik
4. Integrasi Sosial: usaha menyatupadukan rakyat melalui program sosial.
5. Integrasi Pendidikan: mewujudkan satu sistem pendidikan yang bercorak kebangsaan dan sempurna dari segi intelek, jasmani dan rohani
6. Integrasi Politik: usaha menyatukan rakyat melalui kerjasama dan pembahagian kuasa politik
Hayati Minggu ke 2 Hubungan Etnik
(1) Konsep Segregasi: pemisahan atau pengasingan antara satu kumpulan etnik dengan kumpulan etnik yang lain dalam sesebuah negara (kawasan tempat tinggal, sistem persekolahan, pengangkutan dan kemudahan awam)
Hayati Minggu ke 2 Hubungan Etnik
(2) Konsep Akomodasi: proses yang menyebabkan setiap kumpulan etnik menyedari serta menghormati norma dan nilai kumpulan etnik lain dan tetap mempertahankan budaya hidup masing-masing(A + B + C = A + B + C)
Hayati Minggu ke 2 Hubungan Etnik
(3) Konsep Akulturasi: proses penerimaan unsur kebudayaan dalam kalangan individu atau kelompok dari sesuatu kebudayaan lain yang berbeza. Proses akulturasi tidak menyebabkan kehilangan identiti asal masyarakat penerima
Hayati Minggu ke 2 Hubungan Etnik
(4) Konsep Asimilasi: proses percantuman dan penyatuan antara kumpulan etnik berlainan budaya sehingga membentuk satu kelompok dengan kebudayaan dan identiti yang sama. Asimilasi mutlak menyebabkan berlakunya penghapusan penuh perbezaan dari segi kebudayaan dan identiti (A + B + C = A)
Hayati Minggu ke 2 Hubungan Etnik
(5) Konsep Amalgamasi – proses yang terjadi apabila budaya atau ras bercampur untuk membentuk jenis budaya dan ras baru. Cara utama dalam menentukan proses amalgamasi adalah dengan terjadinya perkahwinan campur antara kumpulan etnik (A + B + C = D)
Hayati Minggu ke 2 Hubungan Etnik
Ras – kelompok sosial yang mempunyai tanda pengenalan kolektif berasaskan ciri-ciri fizikal-biologikal nyata, seperti warna kulit, warna mata, rambut & selainnya.
Rasisme – pandangan, pemikiran atau kepercayaan negatif oleh sesuatu kelompok sosial atau para anggotanya mengenai sesuatu kelompok lain berdasarkan perbezaan wajah fizikal-biologikal atau ras semata-mata.
Rasisme wujud pada 2 tahap:1. Individu – kepercayaan dan sikap individu.2. Institusi – melibatkan dasar dan pelaksanaan yang
bersifat diskriminasi, seterusnya membentuk ketidaksamaan bagi masyarakat daripada ras yang berbeza
Hayati Minggu ke 2 Hubungan Etnik
Prejudis – pandangan negatif mengenali ahli atau kelompok etnik tertentu – tidak diluahkan secara terbuka.
Tidak berasaskan maklumat yang jelas, tepat atau mencukupi.
Melalui proses sosialisasi, sikap prejudis disalurkan daripada satu generasi kepada generasi lain
Hayati Minggu ke 2 Hubungan Etnik
Stereotaip – kenyataan-kenyataan umum yang negatif terhadap sesuatu kumpulan etnik – merupakan gambaran berlebih-lebihan tentang sesuatu perlakuan baik atau buruk yang ditujukan kepada sesuatu kumpulan etnik oleh etnik lain.
Terhasil apabila berlaku pertembungan dua atau lebih komuniti etnik
Hayati Minggu ke 2 Hubungan Etnik
Diskriminasi – perbuatan membanding-bezakan seseorang individu atau sesuatu kelompok etnik lain berasaskan ciri-ciri etnik semata-mata.
Diskriminasi merupakan manifestasi prasangka (prejudis) yang wujud dalam kalangan sesuatu kumpulan etnik
Hayati Minggu ke 2 Hubungan Etnik
Merealisasikan cita-cita untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjelang tahun 2020 yang berasaskan satu bangsa yang bersepadu
Diukur berpandukan 3 perspektif:1. Semangat kenegaraan – keutuhan negara yang ditanam
melalui simbol seperti bendera Malaysia, lagu kebangsaan dan Rukun Negara.
2. Semangat kewarganegaraan – warga negara Malaysia3. Semangat kebangsaan – ditonjolkan melalui
kebudayaan kebangsaan yang merupakan penggerak dalam menguatkan semangat kebangsaan dan menjadi batu asas kepada pembentukan bangsa Malaysia
Hayati Minggu ke 2 Hubungan Etnik
Integrasi etnik tidak wajar dilihat dari sudut luaran sahaja tetapi lebih penting dari sudut konseptual.
Aspek-aspek yang menjadi teras kebudayaan kebangsaan sewajarnya dipelihara kerana kebudayaan kebangsaan berteraskan kepada kebudayaan asal rantau ini
Unsur-unsur kebudayaan lain yang sesuai dan wajar boleh diterima menjadi unsur kebudayaan kebangsaan dan Islam menjadi unsur penting dalam pembentukan kebudayaan kebangsaan mengikut acuan Malaysia
Hayati Minggu ke 2 Hubungan Etnik