20
Kesantunan Bahasa dalam Teknologi Maklumat Dan Komunikasi

Kesantunan bahasa dalam teknologi maklumat dan komunikasi

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Kesantunan bahasa dalam teknologi maklumat dan komunikasi

Kesantunan Bahasadalam TeknologiMaklumat Dan Komunikasi

Page 2: Kesantunan bahasa dalam teknologi maklumat dan komunikasi

Kesantunan Bahasa?

Pandangan Tokoh Tempatan & Dunia Terhadap Kesantunan:

*Santun : halus, beradap, sopan.

*Kesopanan: perihal (sifat dsb) santun, kesopanan,

kehalusan (budi bahasa atau budi pekerti)

Kamus

Dewan

edisi ke-4

•Penggunaan bahasa sehari-hari yang tidak menimbulkankegusaran, kemarahan dan rasa tersinggung daripadapihak pendengar.

Asmah Haji Omar (2000)

•Perlakuan bahasa yang digunakan untukmengekalkan keseimbangan hubungan interpersonal dalam kumpulan sosial.

Watts el al. (1992)

Fraser dan Nolan (1981)

•Kesantunan itu berlaku apabila kontrak perbualandigunakan oleh penutur dan pendengar sebagai usahauntuk mengekalkan komunikasi yang harmoni tanpamenimbulkan sebarang konflik

Page 3: Kesantunan bahasa dalam teknologi maklumat dan komunikasi

Teknologi? Maklumat ?Teknologi:

• Aplikasi pengetahuan sains dalam mereka cipta alat-alat yang dapatmeningkatkan keupayaan manusia.

• Perkataan latin: Teknos – Teknik/cara/kaedah

Logos – Kaji/belajar/‟Study”

Maklumat:

• Sesuatu yang memberi kesan kepada cara seseorang berfikir.

• Ia terkandung dalam mesej yang boleh dicapai, disimpan dan di manipulasikan

Teknologi Maklumat:

• Satu proses pengaliran, penyebaran, pemprosesan, dan penyimpananmaklumat menggunakan perantaraan teknologi.

• Teknologi untuk pemprosesan data.

…..kemahiran menggunakan pengetahuan (saintifik mahu pun tidak)

secara sistematik sehingga terbit satu amalan yang praktikal bagi

melaksanakan sesuatu tugas. (Galbraith -1967)

Page 4: Kesantunan bahasa dalam teknologi maklumat dan komunikasi

Teknologi Maklumat dan Komunikasi?Komunikasi:

• Proses penukaran maklumat.

Teknologi komunikasi:

• Perkakasan telekomunikasi yang digunakan untuk menyalur dan

mengakses maklumatfiber (optik, satelit, telegraf, modem)

Teknologi Maklumat dan Komunikasi:

• Merangkumi aspek teknologi maklumat dan teknologi komunikasi.

• Teknologi yang digunakan oleh individu untuk mengumpul data dan

menganalisis data menjadi maklumat berguna dan bermakna, serta

untuk menghasilkan maklumat dalam pelbagai bentuk seperti teks,

grafik, suara, animasi dan maya kemudiannya disebarkan.

Page 5: Kesantunan bahasa dalam teknologi maklumat dan komunikasi

Hubungan Bahasa dengan TeknologiMaklumat Dan Komunikasi. • Bahasa merupakan alat untuk berhubung antara anggota masyarakat.

• Komunikasi pula dilakukan secara meluas, baik secara rasmi atau tidakrasmi.

• Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi pada hari ini banyakmempengaruhi penggunaan bahasa dalam kalangan masyarakat.

• Jika zaman dahulu, akhbar menjadi medium utama yang memartbatkanbahasa, kini penggunaan bahasa telah di aplikasikan dalam pelbagaimedium komunikasi seperti, ‘email’, ‘Facebook’, ‘twitter’ dan media massa yang lain.

• Namun, seiring dengan era ledakan teknologi ini, penggunaan bahasayang betul telah diabaikan oleh generasi kini menyebabkan ramaidiantara mereka yang mengagungkan bahasa yang salah tersebut.

• Penggunaan bahasa yang suka membangga diri, memaki hamun, memfitnah, memprovokasi, mengejek dan merendahkan orang lain semakin berleluasa.

• Perkara ini jelas menunjukkan penghakisan budaya ketimuran dankesantunan berbahasa selain menggambarkan citra dan peribadi bangsayang negatif..

Page 6: Kesantunan bahasa dalam teknologi maklumat dan komunikasi

CONTOH-CONTOH ALAT ICT YANG DIPERSALAHGUNA PADA ZAMAN INI YANG MENJEJASKAN KESANTUNAN BAHASA

Page 7: Kesantunan bahasa dalam teknologi maklumat dan komunikasi

Contoh Kesalahan Bahasa• Penggunaan Bahasa Rojak

• Bahasa rojak semakin berkembang luas dalam kalangan pengguna

bahasa iaitu penggunaan Bahasa Melayu yang bercampur aduk dengan

Bahasa Inggeris.

• Bahasa rojak dikatakan lebih santai dan tidak begitu formal, sama seperti

penggunaan Bahasa Melayu pasar.

• Namun begitu, kesalahan penggunaan bahasa ini akan menyebabkan

kecelaruan maklumat yang disampaikan serta memberi kesan kepada

pengguna bahasa yang dalam proses belajar.

Page 8: Kesantunan bahasa dalam teknologi maklumat dan komunikasi

• Penggunaan Bahasa yang Tidak Sopan

• Berpunca daripada pengaruh media massa dan semakin berleluasa.

• Penggunaan kata sapaan yang kasar atau kurang sopan kini telah

menjadi kebiasaan di kalangan Facebooker dalam perbualan mereka di

Facebook.

• Banyak perkataan yang memang tidak dapat dinafikan lagi, merupakan

bahasa yang kasar, mencarut dan tidak bersopan kerap digunakan

dalam laman Facebook ini.

• Antaranya ialah “usha”, “giler”, “sekodeng”, “rembat”, “poyo”, “sengkek”

dan “beruk”.

• Bahasa sedemikian sering digunakan oleh remaja hari ini dan memang

agak sukar untuk orang lain menterjemahkan maksudnya dengan tepat,

melainkan kelompok mereka sendiri.

Page 9: Kesantunan bahasa dalam teknologi maklumat dan komunikasi

• Penggunaan Tatabahasa yang Salah

• Ayat-ayat yang terbentuk tidak mematuhi hukum tatabahasa Bahasa

Melayu dan kelihatan janggal.

• Kesalahan ejaan, tanda baca, dan singkatan huruf.

• Kesalahan tatabahasa ini akan menimbulkan tanggapan negatif

masyarakat yang membacanya terhadap individu tersebut serta

menyebabkan individu ini di pulau oleh masyarakat

• Fenomena ini merupakan unsur perubahan yang dikhuatiri akan

mencemarkan nilai-nilai asli dalam Bahasa Melayu

Page 10: Kesantunan bahasa dalam teknologi maklumat dan komunikasi

• Penggunaan Bahasa yang Menghina

• Penggunaan bahasa untuk menghina sesuatu adalah tidak wajar

• Hinaan ini akan menyebabkan pergaduhan semasa anggota

masyarakat apatah lagi hinaan tersebut melibatkan sensitiviti agama,

kaum dan bangsa.

• Keamanan dan keharmonian hidup akan lenyap.

• Pelbagai pihak akan terlibat dalam permasalah ini hanya kerana tujuan

penggunaan bahasa yang salah.

Page 11: Kesantunan bahasa dalam teknologi maklumat dan komunikasi

Implikasi

PENULISAN ESEI PELAJAR TIDAK BERKUALITI

• Mutu Bahasa Melayu baku sama ada lisan atau tulisanmerosot

• Ramai pelajar tidak dapat mengusai Bahasa Melayu denganbaik

• Penyalahgunaan bahasa yang menyebabkan cara penulisantidak mantap

• Penggunaan bahasa rojak yang meluas

• Pelajar keliru antara bahasa rojak dan bahasa yang betul

Page 12: Kesantunan bahasa dalam teknologi maklumat dan komunikasi

Wujudnya salah faham semantik dalammasyarakat

• Salah faham semantik ialah kesukaran serta kegagalanpenyampai dan penerima mesej mentafsirkan kod yang ingindijelaskan.

• Mengganggu komunikasi antara individu yang terlibat

• Berlaku disebabkan perbezaan dialek dan akan menjejaskanbahasa baku

• Penulisan dalam laman sosial dan blog menjadi faktor utama

Page 13: Kesantunan bahasa dalam teknologi maklumat dan komunikasi

Kemerosotan Kualiti Bahasa Melayu

• Perkembangan media elektronik semakin maju dan mampumenghasilkan pengiklanan yang menarik

• Kemajuan elektronik yang sedang dicapai ini telah dicemaridengan bahasa-bahasa yang kurang menyenangkan

• Bahasa rojak atau bahasa basahan ini telah menjejaskankualiti bahasa melayu

• Penggunaan bahasa rojak ini sukar dikawal kerana tiadaperaturan yang dibuat untuk menghalangnya terutamanya di media

• Kesannya pada suatu hari nanti, Bahasa Melayu tidak akandipandang lagi walaupun di negara kita sendiri

Page 14: Kesantunan bahasa dalam teknologi maklumat dan komunikasi

Bahasa Melayu Diperlekehkan

• Sikap peniaga atau pengiklan yang mengabaikan penggunaanBahasa Melayu yang betul, tepat dan berkesan.

• Soal betul atau salah penggunaan Bahasa Melayu bukan lagimenjadi pertimbangan utama

• Hanya mementingkan bahasa yang digunakan boleh difahamioleh masyarakat

• Tahap kesedaran tentang penggunaan Bahasa Melayu yang betul bukanlah suatu agenda yang penting.

• Akibatnya, generasi akan menganggap perkara sedemikiantidak perlu diketegahkan menjadi isu dek kerana sudahterbiasa.

Page 15: Kesantunan bahasa dalam teknologi maklumat dan komunikasi

Kewujudan budaya plagiarism

• Sebagai contoh, golongan belia telah menyalahgunakan teknologi sebagai satu cara untuk memudahkan dan menyiapkan kerja sekolah dan assignment mereka dengan meniru, menciplak dan ‘copy dan paste’ maklumat dan hasil kerja orang lain melalui internet.

• Hal ini bukan sahaja menjejaskan amalan kesantunanmalah ini juga akan mengakibatkan individu yang terlibattidak melakukan sesuatu tugas dengan hasilnya sendiri.

• Kewujudan teknologi internet telah mempengaruhi budaya ilmu dalam kalangan belia, iaitu dari mengambil buku rujukan akademik atau jurnal sebagai rujukan untuk mendapatkan maklumat dalam persiapan tugasan mereka kepada menggunakan internet untuk mendapatkan maklumat dan sumber-sumber untuk menyiapkan tugasan mereka

Page 16: Kesantunan bahasa dalam teknologi maklumat dan komunikasi

Langkah Mengatasi Isu

Peranan Institusi Kekeluargaan

• Mempraktikkan gaya pertuturan atau perbualanyang sopan dan teratur.

• Perlu tegas dalam mendidik anak-anak mereka. Hal ini demikian agar generasi muda ini alpadengan disiplin dan pertuturan bahasa yang sopan tidak kira di mana mereka beradaterutamanya ketika menggunakan laman sosial

Page 17: Kesantunan bahasa dalam teknologi maklumat dan komunikasi

Peranan Institusi Sekolah

• Memantau para pelajar dari segi tingkah lakumereka, malahan peradaban mereka terutamasekali dari segi pertuturan yang diucapkansemasa mereka berada di dalam dan luarsekolah.

• Menganjurkan kempen-kempen yang berkaitandengan budi bahasa untuk diterapkan olehmereka.

• Menerapkan penggunaan bahasa yang santun dalam teknologi maklumat dan komunikasi.

Page 18: Kesantunan bahasa dalam teknologi maklumat dan komunikasi

Adat SezamanPeradaban zaman semakin berlalu

meninggalkan kesan mendalam

terlalu indah apabila dipandang

terlalu mulia apabila diselidik

santun si dara jadi idaman

warak si teruna jadi ikatan

si tua tersenyum mesra

memandang teruna dara

sama cantik sama padan

berganding bersama

di singgahsana ...

Masa itu telah jauh

zaman sudah berlalu

santun sang dara

dan warak sang teruna telah lenyap

si tua berduka lara

memandang teruna dara

berganding tanpa silu

tanpa hormat

tanpa batasan

Adat sezaman ditinggal jauh

Adat agama dipandang remeh

Adat kuning jadi ikutan.

Page 19: Kesantunan bahasa dalam teknologi maklumat dan komunikasi

Rujukan

• http://unitict.sktelukjamat.edu.my/definisi-ict.html

• APLIKASI ICT DALAM PENGAJIAN AL-QURAN & AL-SUNNAH PDF.

• http://hasnitalihasan.weebly.com/uploads/1/6/4/5/16459508/nota_teknologi_pendidikan.pdf

• Hajar, S. A. A. (2009). Siri Pendidikan Guru: Bahasa Melayu II, Selangor: Oxford fajar SND BHD.

• http://tesl5stars.com/

Page 20: Kesantunan bahasa dalam teknologi maklumat dan komunikasi

SekianTerima Kasih