Upload
azeri-hizlah
View
128
Download
14
Embed Size (px)
Citation preview
KERTAS KERJA
PERKHEMAHAN PERDANA UNIT
BERUNIFORM
SEK KEB DESA BAIDURI
CHERAS, SELANGOR
22-24 OGOS 2014
1.0 RASIONAL
Aktiviti perkhemahan adalah di antara aktiviti-aktiviti utama kegiatan kokurikulum di
sekolah. Melalui aktiviti ini unsur-unsur asas pembangunan kemanusiaan dipupuk secara
hands-on dengan para peserta mengalami sendiri situasi-situasi yang membuktikan
pentingnya sifat-sifat mulia seperti bertolak ansur, bertoleransi, tolong-menolong,
berdisiplin, dan lebih mengutamakan kepentingan bersama daripada kepentingan diri
sendiri. Aktiviti perkhemahan juga mendedahkan para peserta kepada cabaran-cabaran
fizikal dan mental yang secara langsung akan memantapkan semangat juang dan
keyakinan diri masing-masing, di samping member kesempatan kepada para peserta itu
menggembleng daya inovasi dan kreativiti mereka dalam menyelesaikan masalah.
Seterusnya, perkhemahan yang dilaksanakan secara sistematik dan bersepadu, secara
langsung atau tidak, mewujudkan peluang kepada para peserta mengembangkan
kemahiran kognitif, afektif, dan psikomotor masing-masing. Demikian jugalah, aktiviti-
aktiviti perkhemahan yang berteraskan unsure-unsur patriotism akan turut menyumbang
kepada pengukuhan perasaan cintakan bangsa dan Negara. Apatah lagi apabila aktiviti-
aktiviti itu dilaksanakan secara bersama dan integratif.
2.0 LATAR BELAKANG
Selaras denganrasional di atas. Sekolah Kebangsaan Desa Baiduri akan menganjurkan
Perkhemahan Badan Beruniform dengan hasrat untuk memberi peluang kepada murid-
murid menyertai perkhemahan secara terancang dengan berkonsepkan gabungan aktiviti
pendidikan luar, alam sekitar, rekreasi, pengurusan diri, dan permainan rakyat. Penganjuran
program perkhemahan ini adalah sejajar dengan cita-cita melahirkan generasi murid yang
dinamik dan berkualtiti secara seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.
Program ini juga akan dapat membina dan memupuk integrasi di kalangan murid dalam
usaha membentuk generasi alaf baru yang berkemahiran membina dan mengembangkan
jaringan hubungan dan kesatuan antara pelbagai kaum demi mewujudkan sebuah bangsa
Malaysia yang harmonis dan bersatu padu. Harapan ini akan direalisasikan melalui aktiviti-
aktiviti yang berunsurkan pendidikan dan semangat cintakan bangsa, negara dan agama.
3.0 MATLAMAT
Sesuai dengan Dengan Pendidikan Kebangsaan yang berteraskan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan, maka program ini dirancang sebagai sebahagian daripada usaha berterusan
untuk melahirkan generasi pelajar yang seimbang dari segi JERI serta berpotensi untuk
member sumbangan kepada kesejahteraan dan kemajuan diri sendiri, masyarakat, bangsa,
Negara dan agama. Dalam pada itu, unsur-unsur keriangan dan keseronokan yang
disepadukan dalam perkhemahan ini diharapkan akan menimbulkan kesedaran tentang
hakikat bahawa keriangan dan keseronokan juga adalah sebahagian daripada kehidupan
yang perlu dijana secara berdisiplin dan berhemah berpandukan etika dan budaya bangsa.
4.0 OBJEKTIF
4.1 Mendedahkan para peserta kepada aspek-aspek asas perkhemahan.
4.2 Melatih para peserta berkomunikasi di antara satu sama lain.
4.3 Melatih para peserta melaksanakan aktiviti-aktiviti kehidupan seharian secara teratur
dan berdisiplin.
4.4 Mendedahkan para peserta kepada alam fauna dan flora sebagai sebahagian
daripada kehidupan sejagat.
4.5 Mendedahkan para peserta kepada pelbagai kemahiran ikhtiar hidup.
4.6 Memberi peluang kepada para peserta menjalani latihan-latihan lasak dan mencabar.
4.7 Memberi peluang kepada para peserta berseronok dan bereaksi dalam suasana
semulajadi yang kondusif.
4.8 Memberi peluang kepada para peserta mewujudkan integrasi pelbagai kaum.
5.0 TAJUK
Perkhemahan Badan Beruniform SK Desa Baiduri
6.0 KONSEP PELAKSANAAN
Perkhemahan akan dilaksanakan berasaskan konsep “pembelajaran melalui aktivit”. Aktiviti
khususu telah dirangka dengan menggabungkan unsure-unsur berikut:
6.1 Pemupukan semangat bekerjasama dan berpasukan.
6.2 Pemupukan ketahanan dan pengawalan emosi.
6.3 Pemantapan perasaan cintakan bangsa dan Negara.
6.4 Pengukuhan dan disiplin dan berpasukan.
6.5 Pemupukan perasaan kasihkan alam sekitar.
6.6 Penyemaian cirri-ciri kepimpinan berwibawa.
6.7 Menjana keriangan dan keseronokan bersama secara integratif dan harmonis.
7.0 PENGISIAN PROGRAM
7.1 Tali-temali
7.2 Aktiviti dinamika / meredah halangan
7.3 Kawad Kaki
7.4 Bantu mula
7.5 Persembahan Kebudayaan
7.6 Amalan Kerohanian
7.7 Ikhtiar Hidup
8.0 TARIKH PELAKSANAAN
8.1 Tarikh : 22-24 Ogos 2014
8.2 Hari : Jumaat hingga Ahad
8.3 Tempat : SK Desa Baiduri
9.0 PENYERTAAN
9.1 Murid : 100 murid Tahun 5
10.0 JAWATANKUASA INDUK PERKHEMAHAN PERDANA UNIT BERUNIFORM TAHUN 2014
Penasihat : Mohamad jafar bin Ibrahim Guru Besar
Pengerusi : Shahrul Izal bin Shaari GPK Kokurikulum
Timbalan Pengerusi : Musilah binti Jasman GPK Kurikulum
Norhaslinda binti Harabayni GPK HEM
Siti Aisah binti Mohd Ali GPK Petang
Penyelaras : Muhammad Azeri bin Hizlah
Pen Penyelaras : Azhana binti Hassan
Setiausaha : Noor Asyiqin binti Abd Aziz
Pen Setiausaha : Muhaini binti Mamat
Jawatankuasa Aktiviti
Kem Komandan : Mohd Lukhman bin Hashim
Pen Kem Komandan : Nurul Amalina binti Mohamad Razali
Penyelaras Aktiviti : Siti Nurbaitie binti Ahmad
Kerohanian : Rahimah binti Ismail
Pendaftaran Peserta : Norziewati binti Yahaya
Buku Aturcara & : Siti Fairus binti Baharon @ Misron
Dokumentasi
Fotografi : Hafizs Faizsal bin Abd Rashid
Disiplin : Farizan binti Mat Yusof
Kebersihan : Noriha binti Muhammad
Keselamatan &
Kecemasan : Naztasya binti Mohd Nizam
Majlis Penutupan : Tuty Rafna binti Abd Razak
Teknik & Peralatan : Zakaria bin Yaacob
Siaraya : Siti Esah binti Abd Rahman
11.0 AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA:
Kem Komandan : Mohd Lukhman bin Hashim
Pen Kem Komandan : Nurul Amalina binti Mohamad Razali
Penyelaras Aktiviti : Siti Nurbaitie binti Ahmad
Tali-temali : Rosyatimah binti Hj Amat
Norelawati bin Abu Hassan
Azalina binti Jantan
Bantu Mula : Zaharah binti Samin
Nor Hasliza binti Ismail
Zamin Hiza binti Kassim
Kawad Kaki : Khozanah binti Ahmad Mohtasar
Suzylawati binti Othman
Salinah binti Mat Lasim
Ikhtiar Hidup : Wan Rahmah binti Wan Ali
Norziewati binti Yahaya
Roslina binti Mohd Zain
Explore race : Mohd Noor bin Zakaria
Naztasya binti Mohd Nizam
Kraftangan : Noriha binti Muhammad
Azalina binti Abdullah
Khidmat Masyarakat : Wan Nujaimy binti Yunus
Norhafizan binti Mohd Suib
Kerohanian / Moral : Zakaria bin Yaacob
Rahimah binti Ismail
Rahayu binti Mustafar
Senamrobik : Nurul Amalina binti Mohamad Razali
Malam Kebudayaan: Siti Sarah binti Rosli
Bakri
Zahin
Majlis Penutup : Azhana binti Hassan
12.0 ANGGARAN PERBELANJAAN
SUMBER PENDAPATAN
Bil Sumber Jumlah Catatan
1 Peruntukan Kokurikulum (BKK) RM 5,000.00
2 Yuran Peserta (RM 20 x 100) RM 2,000.00
3 JUMLAH RM 7,000.00
ANGGARAN PERBELANJAAN
Bil Perbelanjaan Jumlah Catatan
1 Makanan ( RM 34 x 100 ) RM 3,400.00
2 Pengurusan Aktiviti RM 900.00
3 Hadiah aktiviti (RM60 x 10 hamper) RM 600.00
4 Baju Murid ( RM15 x 100 ) RM 1,500.00
5 Runcit:
Tali Rafia
Sulfur
Mentol – 20 biji
Buku resit
Fail – 2 kotak
Tong gas
Jumlah
RM 30.00
RM 30.00
RM 400.00
RM 10.00
RM 100.00
RM 30.00
RM 600.00
JUMLAH RM 7,000.00
13.0 TENTATIF PERKHEMAHAN
HARI PERTAMA – Jumaat, 22 Ogos 2014
3.00 ptg : pendaftaran peserta
4.00 ptg : taklimat perkhemahan
peraturan perkhemahan
jadual perkhemahan dan
aktiviti
tempat aktiviti
4.30 ptg : pasang Khemah / solat
5.00 ptg : solat Asar / minum petang
5.30 ptg : Explore race
7.00 mlm : solat / makan malam
9.00 mlm : ice breaking
11.00 mlm : minum malam
11.30 mlm : mimpi indah
HARI KEDUA – Sabtu, 23 Ogos 2014
5.30 pg : solat / kuliah subuh
7.00 pg : perhimpunan pagi /
senamrobik / sarapan pagi
8.00 pg : aktiviti pengkalan
10.00 pg : minum pagi
10.30 ptg : Aktiviti pengkalan
12.30 ptg : makan tengahari / solat
Zohor
2.00 ptg : Aktiviti pengkalan
4.30 ptg : solat / minum petang
5.00 ptg : latihan malam kebudayaan
7.00 mlm : solat / makan malam
9.00 mlm : malam kebudayaan
11.00 mlm : minum malam
11.30 mlm : mimpi indah
HARI KETIGA – ahad, 24 Ogos 2014
5.30 pg : solat subuh / kuliah subuh
7.00 pg : perhimpunan pagi /
senamrobik / sarapan pagi
8.00 pg : khidmat masyarakat
10.00 pg : minum pagi
10.30 pg : pengurusan khemah
11.00 pg : majlis penutup
bersurai
Disediakan oleh Disemak oleh Disahkan oleh
…………………………. ……………………………
……………………………
(Muhd Azeri Hizlah) Penyelaras Badan Beruniform
JADUAL PERKHEMAHAN PERDANA BADAN BERUNIFORM SKDB 2014
TARIKH / MASA
0530 - 0800
0800 - 1000 1000
- 1030
1030 - 1230 1230
- 0230
0230 - 0400 0400
- 0430
0430 - 0530 0530
- 0900
0900 - 1130
22/08 Jumaat
Pendaftaran /
Taklimat
Pengurusan khemah Ice Breaking
23/8 Sabtu
Aktiviti pangkalan
Aktiviti pangkalan
Aktiviti pangkalan
Riadah Malam Kebudayaan /
BBQ
24/8 Ahad
Explorace / Khidmat
masyarakat
Majlis Penutup
Sola
t /
Pe
rhim
pu
nan
/
Sara
pan
Min
um
pe
tang
/ s
ola
t
Mak
an t
en
gah
ari /
So
lat
Min
um
pag
i
Mak
an m
alam
/ s
ola
t
JADUAL TUGASAN MURID
PERKHEMAHAN PERDANA BADAN BERUNIFORM SKDB 2014
28 /08 - JUMAAT TUGAS NAMA TUGAS NAMA
KETUA PENOLONG KETUA IMAM SOLAT ASAR IMAM SOLAT
MAGHRIB
IMAM SOLAT ISYA’ BILAL SOLAT ASAR BILAL SOLAT MAGHRIB BILAL SOLAT ISYA’ 29/08 - SABTU TUGAS NAMA TUGAS NAMA
KETUA PENOLONG KETUA IMAM SOLAT SUBUH IMAM SOLAT ZUHUR IMAM SOLAT ASAR IMAM SOLAT
MAGHRIB
IMAM SOLAT ISYA’ BILAL SOLAT ASAR BILAL SOLAT MAGHRIB BILAL SOLAT ISYA’ BILAL SOLAT SUBUH BILAL SOLAT ZUHUR 30/08 - AHAD
TUGAS NAMA TUGAS NAMA KETUA PENOLONG KETUA IMAM SOLAT SUBUH BILAL SOLAT SUBUH
Aktiviti: Ikhtiar Hidup
Menu: Sandwich roti bakar
Bahan:
1. Telur
2. Kentang
3. Roti
Cara Memasak:
1. Roti dibakar sedikit pada sebelah permukaan supaya lapisan roti keras.
2. Kentang dibakar atau rebus
3. Telur digoreng atau rebus
Cara penyediaan:
1. 2 keping roti digunakan untuk lapisan luar
2. Kentang dipotong kepada lapisan nipis sebelum diletak atas roti
3. Telur rebus dipotong kecil sebelum diletak atas roti
Murid menunjukkan hasil kepada guru untuk diberi markah kepada kumpulan
AKTIVITI : KAWAD KAKI
Amali diajar
1. Berbaris bertiga-tiga
2. Berdiri dalam keadaan rehatkan diri
3. Luruskan barisan
4. Senang diri
5. Rehatkan diri
6. Pusing kanan
7. Pusing kiri
8. Pusing hadapan
9. Berjalan
10. Berhenti
11. Keluar baris
MARKAH
Buat ujian amali untuk diberi markah kepada kumpulan.
AKTIVITI : Tali temali
1. Simpul buku sila
2. Simpul manuk 1
3. Simpul manuk 2
4. Ikatan silang tungku
5. Tindih kasih
MARKAH
Bina satu gajet tripod menggunakan sekurang-kurangnya ikatan simpul manuk, dan ikatan silang tungku.
Murid menunjukkan hasil kepada guru untuk diberi markah.
AKTIVITI : Kraftangan
1. Menghasilkan belalang dari daun kelapa
2. Menghasilkan 1 karya dari daun (berdasarkan kreativiti kumpulan)
MARKAH
Murid menunjukkan hasil kepada guru untuk diberi markah kepada kumpulan
PERKHEMAHAN PERDANA BADAN BERUNIFORM SKDB 2014
BORANG PEMARKAHAN KUMPULAN
AKTIVITI: _______________________________
KUMPULAN MARKAH /10
KUMPULAN MARKAH /10
1 6
2 7
3 8 4 9
5 10
PEMENANG : KUMPULAN __________