Upload
farahmohammat
View
207
Download
12
Embed Size (px)
Citation preview
PENGENALAN
Ilmu tajwid dari segi bahasa ialah mengelokkan sesuatu atau mendatangkan sesuatu yang baik.
Sementara dari segi Istilah pula ialah sesuatu ilmu untuk mengetahui cara melafazkan huruf-
huruf Al-Quran dengan betul. Sesetengah ulamak mentakrifkan tajwid sebagai memberi huruf
akan haknya daripada sifat-sifat yang lazim baginya, serta keperluan dari segi hukum yang terbit
dari sifat-sifat tersebut1. Ini bermaksud menunaikan hak huruf dan apa yang sepatutnya bagi
sesuatu huruf Al-Quran seperti menunaikan apa yang sepatutnya bagi makhraj sesuatu huruf,
sifat-sifatnya (ciri-cirinya) dengungnya, panjangnya (mad), tebal atau tipisnya sebutan sesuatu
huruf dan lain-lain hal yang bersabit dengan ilmu tajwid. Ada yang mentakrifkan sebagail ilmu
yang menerangkan hukum-hukum serta kaedah-kaedah yang mesti diamalkan semasa membaca
Al-Quran dengan menepati apa yang diterima daripada Rasulullah s.a.w.
Al-Quran yang diwahyukan kepada Rasulullah s.a.w tidak dibaca dengan satu cara sahaja,
tetapi ia harus dibaca dengan beberapa cara mengikut riwayat Qiraat yang diambil dari
Rasulullah s.a.w. Ini kerana Rasulullah s.a.w membenarkan para sahabat membaca Al-Quran
mengikut Lahjah ( loghat /dialek) mereka sendiri, yang mana mereka semua adalah berbahasa
Arab sama seperti bahasa Al-Quran yang diturunkan. Maka wujudlah di kalangan para sahabat ,
pembacaan Al-Quran yang berbeza tetapi kesemuanya diakui sah oleh Rasulullah s.a.w melalui
hadis baginda yang berbunyi :
ح�ر�ف � أ �ع�ة� ب س� �ل�ى ا �ه�ى �ت ان �ى ح�ت �ي �ز�يد�ون و�ي �ز�يد�ه� ت س�
� أ ل� �ز� أ �م� ف�ل �ه� اج�ع�ت ف�ر� ح�ر�ف� ع�ل�ى � �ر�يا ب ج� �ى �ن أ ق�ر�� أ ل� ق�ا
Ertinya : “Jibril a.s membaca kepada aku Al-Quran dengan satu cara sahaja, maka aku
berulang-ulang meminta supaya ditambah bacaan lain, dan Jibril pun menambahnya
sehinggalah lengkap 7 perbezaan bacaan”
(Hadis ke 4607 Sahih al- Bukhari)
Maka kesinambungan di sini ialah Ilmu qiraat yang di ambil daripada bacaan yang disandarkan
kepada perawi ramai yang telah mengambil bacaan daripada Imam ‘Asim. Maka Imam ‘Asim
merupakan Imam yang terkenal di dalam bidang Qiraat.
1 Sa’udi, 1990, hl 121
1
BIODATA
Nama sebenarnya ialah Ibnu Abi Al-Najud Bin Bahdala Mawla Ibnu Huzaimah Bin Malik Bin
Nadar Al-Asadi. Ayahnya bernama Abdullah dan keturunannya ialah Abu Al-Najud manakala
ibunya pula bernama Bahdalah. Beliau lahir pada zaman pemerintahan Muawiyyah Bin Abu
Sufyan.Ada juga yang mengatakan nama sebenar ‘Asim ialah ‘Asim Ibnu Bahdalah. Imam
‘Asim Bin Abi Al-Najud Al-Kufi juga digelar sebagai Abu Bakar kerana beliau berketurunan
Arab asli daripada kabilah Bani Asad di Kufah dan salah seorang daripada Al-Qurra’ Al-Sab’ah.
Tahun kelahiran beliau tidak dapat di pastikan tetapi beliau wafat pada tahun 127 Hijrah (745
Masihi) di Kufah .2
Beliau telah mangambil ilmu Qiraat daripada dua orang sahabat iaitu Ani Ramthah Rifa’ah Al-
Tamimi dan Al-Harith Bin Hassan Al-Bakri. Imam ‘Asim maenjadi tabi’in kerana Abi Ramthah
telah mengambil riwayat daripada al-Imam Ahmad Bin Hanbal manakala Al-Harith pula
mengambil riwayat daripada Abi Ubaid Al-Qasim Bin Salam. Beliau juga adalah seorang
Tabi’in yang hampir degan para sahabat dan dapat bertemu ramai sahabat semasa hayatnya.
Beliau bersuara lunak dan merdu apabila membaca Al-Quran. Para ulama’ mengakui
keahliannya dan mengakumi kehebatannya dalam bidang Al-Quran dan Qiraat.3Beliau juga
seorang pakar rujuk tertinggi ilmu Qiraat di Kufah pada zamannya. Beliau mengambil ilmu
Qiraat dari para sahabat Rasulullah S.W.T. Imam ‘Asim juga adalah imam Qiraat yang berjaya
menggabungkan kelancaran bacaan Al-Quran, ketepatan sebutan dan sekaligus tajwidnya.
Bersambung sanad (salasilah) bacaan Al-Qurannya kepada Rasulullah s.a.w hanya diselangi oleh
dua orang perantaraan sahaja sepertimana gambarajah di bawah :
2 Ammar Fadzil. Anatomi Al-Quran. hl 1103 Ilmu Tajwid. Surur Shihabuddin AN-Nadawi. hl 13-14
2
RASULULLAH S.A.W
Rajah 1 : Kedudukan Imam ‘Asim bersambung sanad dengan Rasulullah s.a.w
SEJARAH PERKEMBANGAN ILMU TAJWID SERTA METODE
PENGAMBILANNYA
Ilmu tajwid telah berkembang bermula sejak zaman Rasulullah s.a.w. lagi. Menurut Imam
Bukhari, hadis dari Hasruq menerusi Aishah dan Fatimah yang berkata Nabi Muhammad s.a.w.
telah menceritakan kepada aku dengan katanya :
كان يعارضني( اب يدارسني )بالقرآن في كل سنة مرة .فعارضني العام مرتين وال اراه حضر اجلي
ان جبريل
(Hadis Riwayat Imam Bukhari)
Maksudnya: “Sesungguhnya Jibril telah mengutuskan Al-Quran kepada-Ku (untuk bertadarus
dan semakan) pada setiap tahun sekali. Maka pada tahun ini dibentangkan kepada aku dua kali,
maka tidaklah aku terfikir melainkan ajal telah hampir4”
Rasulullah s.a.w. telah memperdengarkan bacaan Al-Quran dihadapan Jibril dari awal hingga
akhir dengan bacaan yang elok, betul sebutan huruf dan makhrajnya untuk dijadikan contoh
kepada umatnya. Rasulullah s.a.w. juga telah menerima wahyu dari Jibril dengan bertajwid. Pada
masa yang sama Rasulullah s.a.w. pula akan mengajarkan setiap hukum bagi mengekalkan
bentuk dan sifat bacaan kepada guru-guru Al-Quran dalam kalangan umatnya Sheikh
Muhammad Al-Husayni turut menyatakan bahawa sifat-sifat bacaan ini adalah diambil oleh
orang-orang yang kemudian iaitu kelompok salaf (golongan umat terdahulu). Selepas itu ia
kemudiannya telah diambil oleh para khalaf (golongan umat kebelakang). Malah, rupa dan
4 Abdullah Al-Qari Saleh,. Kursus Qari dan Qariah, hl 24
3
ALI BIN ABI TALIB ABDULLAH IBNU MAS’UD
Abu Abdul Rahman As-Sulami Abu Abdul Rahman As-Sulami
bentuk bacaan pula telah diambil oleh ramai para sahabat antaranya terdiri daripada Abu
Hurairah, Ibn Abbas, Abdullah Bin al-Saib.
Di samping itu individu yang terdiri dari golongan tabiin pula ialah Abdullah Bin ‘Iyasy Bin Abi
Rabiah, Abdullah bin Habib, Abu Abd al-Rahman Al-Salmi dan Abu al-Aliyah al-Riyah serta
ramai lagi. Walau bagaimanapun, individu yang mula-mula sekali membukukan ilmu tajwid
ialah Imam al-‘Azim Abu Abid Qasim Bin Sulam pada kurun ke-3 Hijrah. Terdapat pendapat
lain ada menyatakan orang yang mula-mula membukukan ilmu ini ialah Hafs Bin Umar al-Dur5.
ILMU TAJWID IMAM ASIM BERKEMBANG DI MALAYSIA
Di Malaysia sejarah perkembangan ilmu tajwid adalah selari dengan sejarah perkembangan
Islam. Menurut pendapat ahli sejarah, Islam mula bertapak di Malaysia pada abad ke-15 dengan
kemunculan Melaka sebagai pusat perdagangan yang penting di Asia Tenggara. Para pedagang
termasuklah pedagang Arab telah datang ke Melaka untuk berdagang.
Di samping berdagang, mereka juga cuba menyebarkan Islam. Berdasarkan Sejarah Melayu pula,
Raja Melaka yang pertama iaitu Parameswara telah diislamkan oleh Sheikh Abdul Aziz dari
Mekah pada tahun 1414 yang kemudiannya telah berkahwin dengan puteri Islam dari Pasai.
Menerusi perkembangan Islam ini para mubaligh dari Arab telah mengajar Al-Quran dan perihal
yang berkaitan dengan sunnah Nabi s.a.w. Di dalam pengajaran al-Quran, ilmu tajwid telah
diberi penekanan yang serius agar pembacaan umat Islam betul dan mengikut apa yang telah
diajarkan oleh Rasulullah s.a.w. Usaha-usaha ini telah diteruskan di madrasah-madrasah dan
rumah-rumah tok imam yang dijalankan oleh para mubaligh dari negeri Arab. Mereka
menjalankan pengajian Al-Quran secara bersemuka bertujuan supaya mereka yang diajar dapat
membaca Al-Quran secara bertajwid. Bermula dari perlaksanaan yang dilakukan inilah, ilmu
tajwid telah berkembang di Malaysia. Setelah beberapa lama keadaan ini berterusan, maka
lahirlah pula para mubaligh yang terdiri daripada anak-anak tempatan Melaka.
Mereka merupakan golongan yang meneruskan perjuangan menyebarkan Islam dan pembacaan
Al-Quran bertajwid kepada peduduk-penduduk tempatan dan negeri-negeri lain yang berdekatan.
5 Abdullah al-Qari Salleh, Kursus Qari dan Qaria, hl 27
4
Konsep dakwah yang disarankan oleh Islam turut mempengaruhi faktor penyebaran Islam (Al-
Quran dan Syariat Islam). Setiap individu Islam bertanggungjawab untuk menyampaikan ajaran
Islam kepada orang lain dan memperluaskannya di Malaysia. Mengikut sejarah perkembangan
ilmu tajwid, penyusun ilmu tajwid yang pertama dalam bahasa Melayu adalah seorang ulama
yang bernama Muhammad Salih bin Ibnu Mu’ti bin Syeikh Muhammad Salih al-Kalantani.
Walaupun asal-usulnya tidak diketahui tetapi berdasarkan gelaran diakhirnya iaitu al-Kalantani
berkemungkinan beliau berasal dari Kelantan. Melalui bukunya yang bertajuk Mir ‘atul Quran fi
Tashili Ma’rifat Ahkamit Tajwid lil Mulkill Wahhab yang dihasilkan pada tahun 1193 Hijrah
bersamaan 1779 Masihi adalah tarikh terawal mengenai ilmu tajwid yang ditulis dalam Bahasa
Melayu. Beliau juga telah mengambil kitab tafsir Bahasa Melayu Turjumanul Mustafid, karya
Abdul Rauf Bin Ali al-Fansuri yang merupakan terjemahan dan tafsir Al-Quran yang pertama
dalam Bahasa Melayu. Buku ilmu tajwid karya Ibnu Syeikh Abdul Mu’ti ini telah disalin semula
oleh Tuan Guru Haji Mahmud Bin Muhammad Yusuf Terengganu bermula pada tahun 1235
Hijrah (1819 Masihi) dan disiapkan ada tahun 1265 Hijrah (1848 Masihi). Tempoh untuk
menyiapkan proses ini telah mengambil masa selama 42 tahun
Terdapat juga beberapa orang ulama dari kerajaan Sambas, Indonesia yang telah menulis ilmu
tajwid dalam versi Melayu, antaranya ialah Haji Khairuddin Ibnu Haji Qamaruddin Sambas.
Beliau telah menulis beberapa buah buku termasuklah buku tentang ilmu tajwid tetapi tidak
dinyatakan tarikhnya. Kandungannya membincangkan ilmu tajwid secara lengkap untuk
peringkat asas (Koleksi tulisan Allayarham Wan Mohd Shaghir Abdullah, internet 5 May 2008 -
Isnin). Seorang lagi Ulama Sambas yang menulis tajwid ialah Haji Mohd Yasin Bin Al-Haji
Muhammad Sa’ad Sambas di mana buku tajwid yang ditemui di karang oleh beliau ialah Ilmu
Tajwid. Buku ini diselesaikan di Mekah pada waktu Dhuha, hari Sabtu bersamaan 20 Syawal
1285 Hijrah. Kandungannya menjelaskan tentang ilmu Tajwid al-Quran. Pada bahagian awal
ditulis dalam Bahasa Arab yang diberi makna dalam bahasa Melayu. Bahagian kedua semuanya
menggunakan Bahasa Melayu. Manuskrip ini diperolehi di Pontianak, Kalimantan Barat. Ia
pernah dimiliki oleh salah seorang keturunan Kerabat Diraja Kerajaan Pontianak pada 11
Rabiulawal 1423 Hijrah hari Jumaat bersamaan 24 Mei 2002 Masihi.
Pembacaan Al-Quran di Malaysia pada masa sekarang adalah mengikut Rasm Uthmani yang
telah ditulis dan dibukukan semasa pemerintahan Saidina Othman bin Affan r.a. Sementara
5
bacaannya adalah mengikut riwayat Hafs bin Sulaiman melalui Asy-Syatibiyyah dan ia diambil
dari Qiraat Imam ‘Asim. Imam ‘Asim merupakan seorang pelopor mazhab Qiraat yang tujuh
daripada sepuluh. Nama beliau ialah ‘Asim Bin Abi An-Najud Al-Asadi Al-Kufi, Syeikh Qurra’
di Kufah selepas Abu Abd Rahman As-Sulami. Beliau adalah salah seorang tabiin yang hampir
dengan para sahabat dan sempat bertemu dengan para sahabat semasa hayatnya. Beliau juga
seorang yang fasih serta mahir dalam bacaan Al-Quran, memiliki suara yang lunak, dan sedap
didengari. Apabila beliau membaca Al-Quran, beliau dikatakan sebagai manusia yang paling
baik suaranya. Imam ‘Asim telah meninggal dunia pada peghujung tahun 127 Hijrah dan
dikebumikan di Kufah. Beliau mempunyai dua orang anak murid yang paling masyhur iaitu Abu
Bakar Syu’bah bin Abbas dan Abu Umar Hafs bin Sulaiman bin al-Mughirah al-Asadi. Mereka
berdua telah menjadi periwayatan pembacaan Al-Quran para penduduk Islam di Malaysia. Oleh
kerana Hafs telah melahirkan ramai anak-anak murid, maka bacaan riwayat Hafs ini telah
tersebar luas ke seluruh negara Islam terutamanya negara-negara di Asia Tenggara. Setelah
kewafatan Imam Hafs pada tahun 180 Hijrah, telah wujud pelbagai aliran bacaan Al-Quran
seperti aliran Asy-Syaitibiah dan aliran Al-Jazariah. Di Malaysia, metode pembacaan Al-Quran
adalah mengikut Rasm Uthmani dengan kaedah bacaan mengikut riwayat Hafs melalui aliran
Asy-Syatibiah. Bacaan Al-Quran berdasarkan aliran ini merupakan kaedah yang utama yang
diamalkan oleh sebahagian besar umat Islam sehingga kini termasuklah di Malaysia.
BACAAN IMAM ‘ASIM BIN AN-NAJJUD AL-ASADI AL-KUFI
Dari segi bacaan beliau adalah Imam Qiraat yang berjaya menggabungkan kelancaran bacaan Al-
Quran ,ketetapan sebutan dan sekaligus tajwidnya. Beliau juga terkenal dengan bacaan Hamsh
dan Madd serta cara pembacaan yang serius. Beliau kaya dengan ilmu Qiraat dan pelbagai
sumber teruji.
Imam ‘Asim salah seorang ulama’ Qiraat yang menggantikan kedudukan guru dan syeikhnya
Abu Abdurrahman As-Sulami. Beliau mempunyai hadis yang terkenal dalam Musnad Al-Imam
Ahmad Bin Hambal. Imam ‘Asim selalu mengajar murid-murid yang hadir pada setiap majlis-
majlis qiraat di setiap tempat. Bahkan, sebahagian mereka yang hadir dalam majlis-majlis qiraat
adalah mereka yang sangat terkenal seperti gurunya sendiri iaitu Abu Abdurrahman As-Sulami.
6
Diriwayatkan dari Abdullah Bin Ahmad Bin Hambal:
“Aku pernah bertanya bapaku: Qiraat manakah yang lebih kamu sukai? Jawab Imam Ahmad
(w:241H): Qiraat penduduk Madinah. Jika tiada, maka Qiraat Imam ‘Asim”.
Sistem pembelajaran qiraat oleh Imam ‘Asim ini merujuk kepada murid-muridnya. Mereka lulus
berkat tangannya, sehingga mereka menakluki segala penjuru wilayah dengan qiraat yang diajar
oleh Imam ‘Asim. Antara anak-anak murid Imam ‘Asim yang terkenal ialah Hafsh Bin Sulaiman
Al-Dauri dan Abu Bakar Bin Iyyasy.
LATAR BELAKANG GURU DAN ANAK MURID IMAM ‘ASIM
LATAR BELAKANG GURU-GURU IMAM ‘ASIM
Imam ‘Asim merupakan salah seorang Imam Qiraat Tujuh ataupun Qiraat sepuluh dan qiraatnya
dipanggil ‘Qiraat ‘Asim’. Imam ‘Asim menerima bacaan dari tiga orang guru. Pertamanya ialah
Abu ‘Abdurrahman ‘Abdullah Bin Habib As-Sulami dan keduanya Abu Maryam Zirr bin
Hubaisy dan yang ketiga Abi Amr Asy-Syaibani6. Mereka ini mengambil bacaan dari Abdullah
bin Mas‘ud r.a. Abu ‘AbdurRahman ‘Abdullah Bin Habib As-Sulami dan Abu Maryam Zirr Bin
Hubaisy juga mengambil bacaan dari Sayyidina Uthman dan Sayyidina Ali r.a. Manakala Abu
‘AbdurRahman ‘Abdullah Bin Habib As-Sulami berguru lagi dengan Zayd Bin Thabit dan Ubay
Bin Ka‘ab r.a.
BIOGRAFI ABU ‘ABDURRAHMAN ‘ABDULLAH BIN HABIB AS-SULAMI
Nama guru beliau yang pertama ialah Abu ‘Abdurrahman Abdullah Bin Habib Bin Rabi’ah As-
Sulami Al-Dharir. Nama sebenar beliau ialah Muhammad Ibnu Husain Ibnu Muhammad Ibnu
Musa Al-Azdi. Beliau juga digelar Abu Abdurrahman As-Sulami. Beliau dilahirkan pada tahun
325 Hijrah dan berasal dari Kufah. Antara keistimewaan Abu Abdurrahman As-Sulami ialah
beliau seorang yang pakar hadis, merupakan guru kepada para sufi, pakar dalam bidang sejarah
serta merupakan seorang syeikh thariqah yang dianugerahi penguasaan dalam berbagai ilmu
hakikat dan perjalanan tasawuf. Abu ‘Abdurrahman As-Sulami wafat pada zaman Al-Hajjaj iaitu
6 Achmad Toha Husein Al-Mujahid, Ilmu Tajwid(Pegangan Para Pengajar Al-Quran dan Aktivis Dakwah), hl 13
7
tahun bulan Sya'ban 412 Hijrah (1012 M)7. Beliau menghafal Al-Quran dari Ali Bin Abi Talib.
Ali Bin Abi Talib ialah sahabat Nabi Muhammad s.a.w dan menantu baginda dari anak
perempuan baginda iaitu Fatimah dan merupakan khalifah Islam yang keempat.
Beliau juga terkenal sebagai pakar hadis dan sejarah dan terdapat beberapa karya yang masyhur
daripada beliau adalah Thabaqat Al-Sufiyya, Al-Arbain Fi Al-Hadis, Darajatul Muamalah, Al-
Futuwwa, Sunnah Al-Sufiyya dan banyak lagi. Tetapi yang paling mendapat perhatian para
ulama’ ialah Thabaqat Al-Sufiyya8.
BIOGRAFI ABU MARYAM ZIRR BIN HUBAISY
Nama guru beliau yang seterusnya ialah Zirr Bin Hubaisy Bin Hubasyah Bin Aus. Beliau digelar
dengan gelaran Abu Maryam dan berasal dari Kufah . beliau wafat pada tahun 81 Hijrah. Beliau
menghafal Al-Quran dari Abdullah Bin Mas’ud. Abdullah Bin Mas’ud merupakan sahabat nabi
dan menghafal Al-Quran dari nabi sendiri. Selain itu, beliau menghafal Al-Quran dari Uthman
Bin Affan yang merupakan sahabat nabi serta khalifah islam yang ketiga. Zirr Bin Hubaisy juga
menghafal Al-Quran dari Ali Bin Abi Talib iaitu sahabat dan menantu baginda dari anak
perempuan baginda yang bernama Fatimah. Ali Bin Abi Talib juga merupakan khalifah islam
yang keempat.
LATAR BELAKANG ANAK-ANAK MURID IMAM ‘ASIM
Imam ‘Asim mempunyai dua orang perawi yang terkenal iaitu Imam Hafs dan Imam Syubah.
Terdapat beberapa orang lagi anak murid Imam ‘Asim seperti Sahl Bin Syu’aib, Syaiban Bin
Muawiyah, Abu Al-Munzir Salam Bin Sulaiman dan banyak lagi. Imam Hafs dan Imam Syubah
ini berjaya meluaskan ilmu qiraat yang diajar oleh Imam ‘Asim.
BIOGRAFI IMAM HAFS
Imam Hafs adalah perawi Qiraat Imam ‘Asim yang terkemuka. Nama sebenar beliau ialah
Hafsbin Sulaiman Bin Al-Mughirah Abu Daud Al-Asadi Al-Kufi. Beliau lebih terkenal dengan
gelaran Abu Umar. Dilahirkan di Kufah pada tahun 90 Hijrah dan wafat pada tahun 180
Hijrah.Imam Hafs telah mengambil bacaan Al-Quran secara terus daripada gurunya iaitu Imam
7 http://tasawufislam.blogspot.com/2009/05/abu-abdul-rahman-al-sulami.html8 http://tasawufislam.blogspot.com/2009/05/abu-abdul-rahman-al-sulami.html
8
‘Asim secara talaqqi dan musyafahah9. Beliau amat terkenal dengan ketelitian dan ketepatan
bacaan dan hafalan Al-Qurannya. Ini telah menjadikan riwayat bacaannya sangat masyhur dan
diiktiraf oleh para ulama dan Qurra’ pada zamannya.
Selain itu, beliau merupakan periwayat daripada Imam ’Asim yang paling alim. Beliau juga
pernah tinggal di Kota Baghdad dan Mekah sekaligus menjadi Muqri’ yang terkenal. Beliau telah
meriwayatkan satu bacaan baris fathah daripada Imam ‘Asim. Antara murid Imam Hafs yang
meriwayatkan bacaannya ini ialah ‘Abid Bin As-Sobah, ‘Amru Bin As-Sobah, Husain Bin
Muhammad Al-Mazuri, Fudail Bin Yahya10. Bersambung sanad (salasilah) bacaan Al-Qurannya
kepada Rasulullah s.a.w melalui gurunya iaitu Imam ‘Asim adalah seperti berikut :
Dari sini jelas terbukti bahawa sesuatu bacaan itu mestilah mempunyai sandaran yang sah
datangnya daripada Rasulullah s.a.w. Walaupun terdapat perbezaan bacaan, tetapi apa yang lebih
penting perbezaan itu mestilah mempunyai sandaran yang sah dan kuat dalam pengambilannya.
Hafs adalah murid Imam ‘Asim yang paling banyak mengetahui bacaan-bacaan Imam ‘Asim
kerana beliau telah berulangkali bertalaqqi dengan gurunya itu, jika dibandingkan dengan rakan
seperguruannya yang lain. Beliau mengatasi rakan-rakannya dari segi kemantapan sebutan huruf.
Oleh kerana berulang-ulangkali bertalaqqi dengan Imam Asim, maka wujud selepas kewafatan
beliau Toriq (aliran bacaan) Imam Hafs bin Sulaiman yang berbagai-bagai, seperti aliran
Asy-Syatibiah dan aliran Al-Jazariah. Kesemua aliran yang dikembangkan oleh murid-murid
beliau sesudah kewafatannya itu mempunyai sandaran yang sah dan berkesinambungan tanpa
terputus hingga ke Rasulullah S.A.W.
BIOGRAFI IMAM SYUBAH
9 Manhaj Qiraat 10. Haji Mohd Nazri Bin Abdullah. hl 12110 Manhaj Qiraat 10. Haji Mohd Nazri Bin Abdullah. hl 121
9
HAFS ASIM AS-SULAMI ALI RASULULLAH S.A.W
Nama sebenar Imam Syubah ialah Syu’bah Bin ‘Ayyasy Bin Salim Al-Asady Al-Kufi. Beliau
lahir pada tahun 95 Hijrah dan dikenali sebagai Imam Kabir, ‘Alim, dan rujukan Ahli Sunnah.
Imam Syu’bah meninggal dunia pada tahun 193 Hijrah ketika berumur lebih kurang 93 tahun
Selain itu, beliau juga merupakan imam besar dan ulama’ dalam kalangan Ahli Sunnah di Kufah.
Beliau telah khatam Al-Quran sebanyak 18 ribu kali dan bertalaqqi dengan Imam ‘Asim
sebanyak 3 kali khatam11. Imam ‘Asim mengajar beliau dengan kekerasan dan ketegasan. Di
sepanjang kehidupan beliau hanyalah mengajar Al-Quran, kecuali 7 tahun terakhir sebelum
beliau meninggal dunia. Beliau pernah berkata, “mempelajari ilmu adalah senang, tetapi beramal
dan berdakwah dengannya kerana Allah adalah sukar”.
Rajah 1 : Sanad (salasilah) ilmu pembacaan Al-Quran
11 Manhaj Qiraat 10. Haji Mohd Nazri Bin Abdullah. hl 120
10
PENUTUP
Ilmu Qiraat merupakan salah satu ilmu yang berhubung kait yang ada hubungan dengan Al-
Quran yang sewajarnya menjadi perhatian yang serius kepada masyarakat masa kini. Sebagai
contoh ilmu dalam bidang tajwid yang kurang mendapat sambutan daripada generasi sekarang, ia
hendaklah sentiasa dipelajari, dijaga dan disuburkan melalui pusat-pusat pengajian yang
mengajarkannya.
Melalui pembelajaran ilmu qiraat ini, kita dapat mengetahui dan mempelajari sejarah tokoh-
tokoh yang masyhur dalam bidang ini antaranya ialah Imam Qurra’. Setelah beberapa abad
berlalu, ilmu qiraat ini ini semakin berkembang dengan kelahiran tokoh-tokoh dalam bidang ini
antaranya ialah Imam ‘Asim Bin Abi Al-Najud Al-Kufi. Imam ‘Asim mempelajari ilmu qiraat
Al-Quran daripada Abu Abdul Rahman Abdullah Bin Habib Al-Sulami, Abu Maryam Zirr bin
Hubaisy dan Abi Amr Asy-Syaibani. Seterusnya, ilmu ini diperkembangkan lagi oleh kedua
orang anak muridnya yang masyhur antaranya ialah Imam Hafs dan Imam Syu’bah. Bacaan dari
Imam Hafs sangat terkenal sehingga ke hari ini.
Oleh itu, mempelajari ilmu tajwid ini amat penting kerana usaha untuk meluaskan penyebaran
ilmu ini kepada masyarakat di luar sana. Kepentingan mempelajari ilmu tajwid dapat
mengelakkan kesalahan dalam bacaan ayat al-Quran dan dapat menyebut huruf dengan tepat
mengikut sifat dan makhrajnya. Malah dapat menjamin kesahan dan kebenaran makna sesuatu
ayat yang dibaca berdasarkan hukum-hukum bacaan yang terdapat di dalam ilmu tajwid.
Akhir sekali, semoga pembelajaran ilmu tajwid ini dapat diperluaskan lagi kepada masyarakat di
luar sana.
RUJUKAN
11
1. Ammar Fadzil(2007). Anatomi Al-Quran. Batu Caves, Selangor. Pts Publications &
Distributors Sdn.Bhd.
2. Achmad Toha Husein Al-Mujahid(2013). Ilmu Tajwid Pegangan Para Pengajar Al-Quran
dan Aktivis Dakwah. Jakarta. Team Darus Sunnah.
3. Hepi Andi Bastoni(2006). 101 Kisah Tabi’in. Jakarta. Pustaka Al-Kautsar.
4. Surur Shahbudin Bin Hassan(2004). Ilmu Tajwid. Batu Caves Kuala Lumpur. Pustaka
Salam Sdn. Bhd.
5. Sabri Mohamad & Mohd Faizulamri Mohd Saad(2010). Dinamika Ilmu Qira’at
Qur’aniyyah. UKM Bangi, Selangor. Jabatan Pengajian Al-Quran dan As-Sunnah.
6. Abdullah Qari Bin Haji Salleh(1988). Kursus Qari dan Qariah. Kota Bharu, Kelantan.
Pustaka Aman Press Sdn. Bhd.
7. Haji Mohd Nazri Bin Abdullah (2010). Manhaj Qiraat 10. Kuala Lumpur. Pustaka Salam
Sdn.Bhd.
LAMPIRAN
12
Ini merupakan antara buku yang kami gunakan sebagai rujukan bagi tugasan kami .
13