24
Hang Jebat Varenya. Nayli. Diana

Hang jebat

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Hang jebat

Hang JebatVarenya. Nayli. Diana

Page 2: Hang jebat

MAKLUMAT LANJUT TENTANG HANG JEBAT…Hang Jebat merupakan seorang pahlawan yang telah dibunuh oleh Hang Tuah kerana derhaka dalam pertarungan yang memakan masa 3 hari 3 malam. Hang Jebat pada masa pertarungan itu menggunakan keris Taming Sari yang dianugerahkan oleh Sultan Melaka semasa melantiknya menjadi Laksamana. Keris itu dikatakan menjadikan Hang Jebat kebal tidak lut senjata. Hang Tuah telah berjaya merampas semula keris Taming Sari dalam pergelutan dan menikam Hang Jebat. Selepas menikam Hang Jebat, Hang Tuah yang baru kembali dari buangan, kembali kerumahnya. Hang Jebat tidak terus mati, tetapi telah membalut lukanya dengan kain cindai dan kemudiannya memasuki kampung-kampung untuk mengamuk membunuh siapa sahaja yang melintas dihadapannya. Dia akhirnya menghembuskan nafas terakhir di pangkuan Hang Tuah.

Page 3: Hang jebat

Format Teks Ekspositori

Bertujuan untuk memaparkan, menjelaskan menyampaikan informasi, mengajarkan, dan menerangkan sesuatu tanpa disertai ajakan atau desakan

Mempunyai perbandingan pandangan yang berbeza antara orang-orang tentang sebuah isu yang dibahaskan

Mempunyai kenyataan, keterangan, penjelasan dan penghuraian.

Harus mempunyai maklumat yang jelas dan benar.

Cara penulisan yang objektif.

Tiada dialog.

Lebih banyak fakta.

Teks Ekspositori

Page 4: Hang jebat

Ekspositori

Hang Jebat ialah seorang pahlawan Melayu peringkat tinggi pada masa pemerintahan Sultan Mansor Shah di Melaka. Beliau adalah pendamping terdekat pahlawan legenda Melayu, Hang Tuah.

Page 5: Hang jebat

Setelah Hang Tuah dihukum mati, Sultan Melaka memberikan Hang Jebat Taming Sari, sebuah keris suci yang sebelumnya digunakan oleh Hang Tuah. Beliau sebagai sahabat karib Hang Tuah, menyangka bahawa Hang Tuah telah teraniaya dan telah menjalani hukuman mati. Beliau berbalik melawan Sultan untuk membalas kematian temannya. Namun, tidak ada yang tahu bahawa Hang Tuah sebenarnya masih hidup, kecuali Bendahara yang pergi melawan perintah Sultan Melaka dan menyembunyikan Hang Tuah di daerah terpencil Melaka. Apabila mengetahui bahawa Hang Tuah masih hidup, Sultan Melaka memanggil Hang Tuah dan memberikan beliau pengampunan sepenuhnya. Kemudian, Hang Tuah diperintahkan untuk membunuh Hang Jebat. Hang Tuah taat tawaran Sultan Melaka dan menentang Hang Jebat, disebabkan sangat setia dengan Sultan.

Page 6: Hang jebat

Kesetiaan Hang Tuah yang membuta tuli sebaliknya menjadi cemuhan orang-orang genari ini. Perbalahan di antara dua wira Melaka telah menimbulkan tanda tanya mengenai moral Hang Jebat yang bertindak membunuh rakyat yang tidak berdosa dan mengenai sejauh mana Hang Tuah bertindak mematuhi perintah Sultan. Namun, apa yang hendak dibahaskan ialah jika Hang Jebat bertindak yang benar.

Page 7: Hang jebat

Setelah Hang Jebat ditikam oleh Hang Tuah, Hang Jebat tidak terus mati malah memasuki kampung-kampung untuk mengamuk dan membunuh siapa sahaja yang melintas dihadapannya. Beliau akhirnya menghembuskan nafas terakhir di pangkuan Hang Tuah. Ini menyebabkan sebahagian orang-orang menyokong Hang Tuah kerana Hang Jebat bikan sahaja derhaka kepada sultan bahkan telah membunuh ramai orang Melaka yang tidak berdosa. Tindakan Hang Tuah yang membunuh Hang Jebat mungkin satu tindakan yang berupa hukuman mati terhadap sorang pembunuh.

Page 8: Hang jebat

Bagaimanapun, keberanian dan ketegasan Hang Jebat untuk mencari keadilan sehingga sanggup menderhaka kepada Sultan Melaka adalah satu-satunya isu yang menjadikan nama Hang Jebat harum sehingga begitu ke zaman ini. Ungkapan kata beliau, ‘Raja adil raja disembah, raja zalim raja disanggah.’ menjadi kata-kata hikmat setiap kali memperkatakan perjuangan untuk menuntut keadilan atau bila hendak memperkatakan kezaliman raja yang memerintah.

Dalam pertarungan antara Hang Tuah dan Hang Jebat semasa tujuh hari, Hang Jebat telah cuba membela sahabatnya yang telah difitnah. Namun begitu, Hang Tuah telah membantu sultan yang sebelum itu menghukum beliau tanpa sebarang sebab. Sedangkan umat Muslim

Page 9: Hang jebat

Teks NaratifFormat Teks Naratif

Pengenalan tentang watak, waktu dan latar belakang.

Klimaks / Plot cerita

Kesudahan cerita

Memiliki sasaran penyampaian informasi secara tepat tentang suatu peristiwa dengan tujuan memperluas pengetahuan orang tentang kisah seseorang

Not

a-no

ta te

ks

nara

tifPerm

ulaa

n

Perm

ulaa

n

KlimaksKlimaks

Penutup

Penutup

Page 10: Hang jebat

Aku terasa sakit dan pedih yang amat teramat di lukaku. Beberapa butir mutiara meleleh dengan deras dari mataku. Aku hanya dapat tenung ke arah Hang Tuah. Sanggup dia berbuat sebegitu kepadaku. Hatiku seperti disiat-siat. Kalaulah aku tahu bahawa Hang Tuah sanggup menikamku, aku tentu akan menyokong keputusan Raja untuk membunuh Hang Tuah, malah, aku akan dengan sukarelanya jadi orang pertama yang membunuh Hang Tuah.

Aku terfikir tentang Dang Wangi dan anakku. Kasihan betul anakku. Dia tentu akan diejek rakan-rakannya kerana tidak mempunyai seorang ayah. Sebelum aku menghembuskan nafasku yang terakhir, aku mengimbas kembali ke masa dahulu.

Hang Tuah

Page 11: Hang jebat

Aku sedang merenung ke arah air muka Hang Tuah. Sejak dahulu, aku telah pun menganggap Hang Tuah sebagai abangku. Kami tidak boleh dipisah, sama sahaja seperti jari dan kuku. Hatiku sebak. Walau bagaimanapun, Hang Tuah harus mematuhi suruhan si Raja. Setelah Hang Tuah pergi, aku pun kembali ke istana untuk membantu si Raja dengan apa-apapun kerja yang diberikannya.

Sedang aku berjalan, aku tiba-tiba terdengar sebuah perbualan. Rupa-rupanya, si Raja sedang berbincang dengan menterinya. Aku baharu sahaja ingin terus berjalan apabila aku terdengar nama Hang Tuah disebut. Seperti seekor tikus, aku bersembunyi di belakang pintu dan cuba untuk mendengar pebincangan itu. Alangkah terperanjat aku dibuatnya! Raja ingin membunuh Hang Tuah! Mengapa? Bukankah Hang Tuah setia kepadanya?

Page 12: Hang jebat

Ini tidak mungkin terjadi. Raja tidak berbudi ini sepatutnya ditendang! Dengan pantas, aku menyebar tentang kezaliman Raja kepada penduduk kampung itu. Aku berbuat perkara itu dengan sengaja supaya dapat tendang Raja itu dari istananya. Semakin hari berlalu, semakin itulah aku memberontak si Raja. Aku semakin biadap terhadapnya. Mukanya pun menjijikkan. Kalau boleh, aku ingin dia keluar dari tempat itu. Aku pun ada perhubungan sulit dengan seorang dayang di istana itu, iaitu Dang Wangi. Sudah pun banyak peraturan di istana itu yang aku sudah langgar.

Pada suatu hari, si Raja itu memanggil untuk diriku. Aku tersenyum, pasti beliau tidak boleh lagi tahan dengan perangaiku ini. Apabila si Raja itu menyoal tentang perangaiku. Aku hanya berkata, “Raja adil raja disembah,raja zalim raja disanggah.” Si Raja itu kelihatan tergamam. Penduduk kampung itu menyokong aku kerana keberanian yang sangat unggul itu.

Page 13: Hang jebat

“Ahh, lega betul hatiku ini setelah menghina Raja semalaman. Ahahaha, pasti beliau malu. Lihatlah mukanya yang merah padam itu,” aku tersenyum sekali lagi. Dang Wangi memasuki bilikku sambil terketawa kecil. Rupa-rupanya, si Raja itu telah melarikan dirinya. Aku berasa bangga dengan diriku. Namun, aku tahu aku tidak begitu gembira walaupun telah mencapai objektifku, kerana Hang Tuah telah pergi untuk selama-lamanya. Aku begitu marah dengan diriku. Mengapakah aku membenarkannya pergi pada masa itu? Emosi-emosi itu hanya terpendam di dalam diriku.

Hujan turun dengan lebatnya, membasahi seluruh dunia. Tiba-tiba, kamar pintuku diketuk kuat. Alangkah terperanjat aku! Hang Tuah masih hidup! Dari air mukanya, aku dapat perasaanya terhadap aku. Mukanya sama seperti cuaca di luar istana ini.

Page 14: Hang jebat

“Kamu tidak sepatutnya berbuat sebegitu kepada Raja. Memang Hang Tuah yang bersalah. Hang Tuah minta maaf, tetapi Hang Tuah harus berbuat begini. Tetapi, selalu ingat, Hang Tuah memang sayangkan Hang Jebat. Ini adalah suruhan Raja,” Hang Tuah berkata sambil tunduk. Apabila frasa “berbuat begini” keluar dari mulut Hang Tuah, aku terperasan keris yang dipegang Hang Tuah. Dengan pantas, aku memanjat katilku dan mengambil keris Taming Sariku dari dinding. Dang Wangi amat terperanjat. Aku pun menolaknya keluar dari bilikku.

Sambil berperang, aku merenung dengan tajam ke arah Hang Tuah. Aku seperti ingin menampar mukanya. Mengapalah dia begitu bodoh sehinggakan dia masih tetap setia kepada Raja ? Beberapa hari berlalu, akhirnya, aku ditewas Hang Tuah. Secepat kilat, Hang Tuah mengambil kerisku dan menikamku . Aku boleh melihat kedukaan di dalam matanya. Tetapi, ianya semua sudak terlambat, kerana perasaan benci terhadap Hang Tuah semakin menebal di dadaku.

Page 15: Hang jebat

Aku merangkak ke rumah ibuku. Mata ibuku merah dan beberapa butiran air mata meleleh dari matanya. Ibu mana yang tidak sedih apabila anak mereka ditimpa kemalangan. Ibuku membalutkan lukaku dengan kain cindai. Pagi malam, ibuku akan sentiasa bersumpah, dengan harapan bahawa Hang Tuah tidak akan hidup dengan tenang. Sumpahan ibuku direstui Tuhan, kerana Hang Tuah tidak dapat berjumpa dengan kasih sayangnya – Puteri Gunung Ledang.

Selama tiga hari aku berlari di seluruh kampung sambil mengamuk. Aku akan membunuh sesiapa sahaja yang datang menghalangku.

Page 16: Hang jebat

Akhirnya, aku pun tiba di rumah Hang Tuah. Hang Tuah menyambutku dan memohon kemaafan dariku. Walaupun aku selalu sumpah untuk membunuhnya, perhubungan kita terlalu rapat. Aku hanya dapat mengangguk kepalaku perlahan-lahan. Nafasku semakin pendek.

“Hang Tuah, jagalah anakku, Hang Nadim. Walau apapun, ja..janganlah engkau mem..bunuh atau mem…membuangnya di tepi sampah. Jagalah dia seperti anak engkau,” aku berkata. Perbualanku terhenti-henti kerana aku tidak dapat bernafas dengan betul.

Hang Tuah mengangguk berkali-kali. Aku tersenyum dan menghembuskan nafasku yang terakhir. Kini, aku dpat meninggalkan dunia dengan perasaan yang tenang.

Page 17: Hang jebat

Teks DeskriptifFormat Teks Deskriptif

Teks jenis deskriptif mengandungi gambaran mengenai suatu hal/keadaan sehingga pembaca seolah-olah melihat, mendengar atau merasakan hal tersebut.

Tidak mengandungi jalan cerita

Tidak megisahkan tentang sebuah perkara/ benda/ hal dengan lanjut.

Mempunyai banyak fakta

Menggambarkan atau melukiskan sesuatu.

Penggambaran tersebut dilakukan sejelas-jelasnya dengan melibatkan kesan indera.

Membuat pembaca atau pendengar merasakan sendiri atau mengalami sendiri.

Tiada frasa-frasa berbunga digunakan

Bahasa yang digunakan senang difahami

Page 18: Hang jebat

Hang Jebat ialah seorang pahlawan Melayu peringkat tinggi pada masa pemerintahan Sultan Mansor Shah di Melaka. Beliau adalah pendamping terdekat pahlawan legenda Melayu, Hang Tuah.

Page 19: Hang jebat

Hang Jebat merupakan seorang pahlawan. Dia ditakdirkan untuk menjadi seorang askar sejak ia masih muda Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekiu, dan Hang Lekir adalah teman sejak mereka kanak-kanak . Mereka dihantar oleh orang tua mereka untuk belajar seni bela diri. Ketika mereka sekitar 11 tahun, mereka dipilih untuk menjadi askar Kesultanan Melayu Melaka.

Page 20: Hang jebat

Hang Jebat adalah seorang yang penting dalam mitologi Melayu dan melambangkan satu prinsip abadi. Hang Jebat, menentang seorang pemimpin yang pandangannya mungkin kelihatan tidak adil bagi ramai orang, untuk kebaikan masyarakat. Beliau telah mengajar orang untuk sentiasa setia kepada orang. Contohnya, Hang Jebat telah menolong Hang Tuah untuk mendapat keadilan. Beliau pun mengajar orang untuk sentiasa menegakkan keadilan dan sentiasa berani. Contohnya, beliau telah menentang Sultan.

Page 21: Hang jebat

Hang Jebat sedar bahawa Hang Tuah sedang dihukum secara tidak adil dan untuk menunjukkan sokongan dan kesetiaan yang mendalam untuk temannya, beliau telah menentang Sultan. Dengan perbuatan ini, Hang Jebat dapat menunjukkan kepada orang Melayu bahawa mereka mesti sentiasa setia dan harus menegakkan keadilan.

Page 22: Hang jebat

Tanpa Hang Jebat menentang Sultan, Hang Tuah tidak akan dapat keadilan. Hang Tuah akan mati. Beliau pun mengajar orang untuk berfikir baik-baik sebelum mengikut kata-kata Sultan. Hang Jebat dapat menunjukkan kepada orang Melayu bahawa mereka mesti sentiasa setia dan harus menegakkan keadilan.

Page 23: Hang jebat

Saya fikir bahawa Hang jebat telah melakukan perkara yang betul. Beliau telah menunjukkan bahawa beliau seorang yang berani dan setia. Tanpa pemberontakannya, ramai orang akan berada dalam kesusahan. Mereka tidak akan tahu makna keberanian atau kesetiaan. Hang Jebat adalah seorang yang amat penting dalam sejarah Melayu.

Page 24: Hang jebat

Terima Kasih