Upload
gomaze-lang
View
262
Download
1
Embed Size (px)
Citation preview
Definisi Falsafah Falsafah – pegangan dan kepercayaan
(worldview) terhadap sesuatu perkara – kehidupan.
Mengandungi visi dan misi. Falsafah – diterjemahkan melalui proses
dan perlakuan. Kenapa manusia dilahirkan di dunia ini. Falsafah penciptaan manusia di dunia.
Falsafah Pendidikan Kebangsaan "Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha
berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepada kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara” .
Falsafah Pendidikan KebangsaanEmpat unsur penting dalam falsafahpendidikan kebangsaan (Omar Abdull Kareem2011):1. Proses2. Matlamat3. Dasar 4. Hasil
Unsur Proses Unsur proses - Pendidikan di Malaysia
sebagai suatu usaha yang berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu
Unsur Matlamat Unsur matlamat yang dapat dikesan
melalui pernyataan untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani
Unsur Dasar Unsur dasar dilihat kepada pernyataan
berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan
Unsur Hasil Unsur hasil -usaha melahirkan rakyat
Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.
Falsafah Pendidikan Guru
Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin pembangunan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin.
Falsafah Universiti Pendidikan Sultan Idris
Universiti meletak keutamaan tertinggi ke atas Keimanan, Keilmuan, Kebudayaan, Ketamadunan, Kemanusiaan, Kemasyarakatan dan Kenegaraan. Dalam mendekati matlamat falsafah ini, Universiti menitikberatkan Kecemerlangan dalam setiap bidang aktivitinya.
Falsafah Universiti Pendidikan Sultan Idris
Universiti meletak keutamaan tertinggi ke atas
Keimanan, Keilmuan, Kebudayaan, Ketamadunan, Kemanusiaan, Kemasyarakatan dan Kenegaraan.
Misi dan visi UPSI Visi – menjadi universiti yang bitara,
cemerlang dalam kepimpinan pendidikan berlandaskan kegemilangan sejarah serta menerajui kepimpinan global.
Misi – menjana dan menatar ilmu menerusi pengajaran, penyelidikan, penerbitan, perundingan dan khidmat masyarakat untuk mencapai wawasan negara.
Sahsiah
1. Sahsiah berasal daripada bahasa Arab yang membawa maksud keperibadian atau peibadi (Kamus Dewan 1994).
2. Sahsiah juga dikenali sebagai personaliti, manakala daripada perspektif Islam, personaliti merujuk kepada akhlak yang positif dan akhlak yang negatif (Fariza & et al, dlm. Fariza Md Sham 2013).
Integrasi Falsafah
FalsafahPembangunan Sahsiah
RUMUSAN Melalui kefahaman tentang falsafah
pembangunan sahsiah berupaya:1. Melahirkan guru yang berilmu, beriman
berakhlak mulia dan bertanggungjawab.2. Memiliki personaliti unggul (towering
personality) yang akan dapat merealisasikan aspirasi negara.
3. Memberi sumbangan kepada keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara sebagai pendidik.