Upload
cikguafiqmath
View
445
Download
8
Embed Size (px)
Citation preview
TIPS CARA BELAJAR MATEMATIK © Hakcipta Terpelihara (2012)
Page | 1
TIPS CARA BELAJAR MATEMATIK © Hakcipta Terpelihara (2012)
Page | 2
PENAFIAN
Ebook ini dihasilkan bertujuan untuk berkongsi kepada pelajar-pelajar yang
ingin tahu bagaimana cara belajar matematik dengan cara mudah dan berkesan.
Tips-tips cara belajar matematik ini adalah berdasarkan pengalaman penulis
sebagai seorang guru tuisyen dan beberapa rujukan daripada guru pakar.
Mungkin ada tips-tips yang boleh dibincangkan lagi atau tips-tips yang
tertinggal. Oleh itu, jika ada yang tidak boleh mengikuti tips-tips cara belajar
matematik dari ebook ini bolehlah anda berjumpa dengan guru-guru pakar untuk
mengetahui tips yang lebih berkesan.
Untuk makluman, penulis menggunakan bahasa melayu yang mudah faham dan
santai. Oleh itu, penulis meminta maaf jika ada penggunaan bahasa melayu yang
yang tidak betul.
Penulis tidak bertanggungjawab ke atas mana-mana kerugian, kecederaan fizikal
atau mental, kehilangan atau risiko yang ditanggung oleh orang keseorangan
atau sebagainya, yang timbul akibat daripada penggunaan mana-mana
kandungan ebook ini sama ada secara langsung atau tidak langsung.
Hakcipta terpelihara © 2012
Hakcipta terpelihara. Tidak dibenarkan menjual atau mengeluar ulang mana
mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan ebook ini dalam apa jua
bentuk dan dengan apa cara sekalipun, sama ada secara elektronik, fotokopi,
mekanik, rakaman, atau cara lain sebelum mendapat izin daripada pihak penulis.
TIPS CARA BELAJAR MATEMATIK © Hakcipta Terpelihara (2012)
Page | 3
KANDUNGAN M/S
PENAFIAN.................................................................................2
PENGHARGAAN........................................................................4
PENGENALAN...........................................................................5
BAB 1 : TENTANG EBOOK.........................................................6
BAB 2 : MASALAH PELAJAR DALAM MATEMATIK....................7
BAB 3 : KENAPA BELAJAR MATEMATIK INI SUSAH?...............10
BAB 4 : TIPS CARA BELAJAR MATEMATIK...............................12
BAB 5 : TIPS CARA BELAJAR MATEMATIK SECARA BERKUMPULAN (STUDY GROUP)...............................20
BAB 6 : TIPS TAMBAHAN........................................................25
BAB 7 : TIPS BELAJAR MATEMATIK LAST MINUTE.................30
PENUTUP................................................................................33
BIBLIOGRAFI...........................................................................35
TIPS CARA BELAJAR MATEMATIK © Hakcipta Terpelihara (2012)
Page | 4
PENGHARGAAN
Pertama sekali, syukur kepada Allah S.WT. kerana dengan izin dan
kehendakNya, akhirnya ebook ini berjaya disiapkan.
Jutaan terima kasih dan penghargaan yang tidak terhingga kepada ibu bapa saya,
Ibrahim Abdul Rahman dan Ainon Basar yang banyak membantu dan
mendorong saya serta memberi semangat kepada saya untuk menyiapkan ebook
ini.
Jutaan terima kasih juga kepada Mohd Suhaimy Abu Bakar, penulis ebook
bestseller yang memberi ilham dan tips bagaimana cara menulis ebook yang
lebih menarik.
Terima kasih kepada guru-guru dan pensyarah-pensyarah yang banyak
membantu saya dan yang pernah mengajar saya untuk bagaimana cara belajar
matematik.
Juga tidak ketinggalan, terima kasih kepada pakar-pakar motivasi yang pernah
saya sertai ketika sekolah suatu ketika dahulu yang membantu saya dan
memberi motivasi kepada saya untuk bagaimana cara belajar dengan lebih
berkesan.
Dan terima kasih kepada semua yang terlibat semasa menyiapkan ebook ini
samada secara langsung atau tidak langsung.
TIPS CARA BELAJAR MATEMATIK © Hakcipta Terpelihara (2012)
Page | 5
PENGENALAN
Assalamualaikum dan salam sejahtera, syukur alhamdulillah pertama
sekali penulis ingin mengucapkan terima kasih kerana anda berjaya
mendapatkan ebook “Tips Cara Belajar Matematik” yang jarang-jarang sekali
kita jumpa di pasaran.
Sebagai seorang yang berpengalaman mengajar subjek Matematik dan
Matematik Tambahan, penulis ingin berkongsikan kepada para pelajar tentang
tips-tips bagaimana cara belajar matematik dengan mudah. Dengan adanya
ebook ini, para pelajar dapatlah mengetahui tentang bagaimana cara belajar
matematik yang sering menjadi persoalan di kalangan pelajar.
Jadi, untuk mengetahui cara-cara tersebut pastikan anda teruskan
membaca ebook ini.
Selamat Membaca dan Selamat Belajar Matematik!!
Daripada
Afiq Ibrahim @ Cikgu Afiq, plf BSc Mathematics Dip Sc Quantitative
Professional Learning Facilitator (PLF)
Certified NLP for Teachers Practitioner (ANLPM) Ahli Persatuan Sains Matematik Malaysia (PERSAMA)
“Love Math, Problem Solved”
TIPS CARA BELAJAR MATEMATIK © Hakcipta Terpelihara (2012)
Page | 6
TENTANG EBOOK
APA SEBAB ANDA PERLU DAPATKAN EBOOK INI?
a) Untuk mengetahui cara-cara belajar matematik dengan lebih
berkesan
b) Untuk mengetahui cara-cara belajar matematik samada secara
berkumpulan atau perseorangan
c) Untuk mengetahui tips-tips bagaimana belajar matematik secara
last minute
d) Supaya anda berkeyakinan, bersemangat dan bermotivasi ketika
belajar matematik
e) Supaya minda anda akan terbuka ketika belajar matematik
setelah mengetahui cara belajar matematik
APA YANG ANDA AKAN DAPAT DENGAN EBOOK INI?
a) Mengetahui cara-cara belajar matematik dengan mudah
b) Mengetahui cara belajar matematik samada belajar secara berkumpulan
dan secara perseorangan
c) Akan bersemangat, berkeyakinan dan bermotivasi untuk belajar subjek
Matematik
d) Dengan usaha yang anda lakukan ketika belajar, anda akan dapat
keputusan yang cemerlang
TIPS CARA BELAJAR MATEMATIK © Hakcipta Terpelihara (2012)
Page | 7
MASALAH PELAJAR DALAM MATEMATIK
Matematik merupakan salah satu matapelajaran yang teras dalam sistem
pembelajaran Malaysia. Oleh itu, tidak hairanlah ramai pelajar yang
mengalami masalah dalam subjek matematik.
Antara masalah yang di hadapi oleh pelajar ketika menjawab
soalan matematik adalah :-
a) Masalah untuk menghafal dan mengingat formula
b) Masalah menyelesaikan masalah berbentuk ayat (problem
solving)
c) Masalah sering terlupa cara jawab
d) Masalah tidak faham konsep asas
e) Masalah susah dan tidak faham dengan apa yang diajar
TIPS CARA BELAJAR MATEMATIK © Hakcipta Terpelihara (2012)
Page | 8
Kita juga dapati ada juga pelajar yang minat terhadap matematik, tetapi
mendapat markah yang mengecewakan.
Semua jawapan itu ada dalam pelajar setelah
membaca ebook ini sehingga di akhir muka surat.
Ini belum termasuk pelajar yang tidak suka dengan subjek matematik.
Mereka sudah tentu tidak minat untuk belajar matematik sebab tidak faham
dengan apa yang diajar. Lama-kelamaan pelajar ini menjadi malas untuk
belajar matematik dan seterusnya mendapat keputusan yang mengecewakan.
Tetapi dengan cara belajar yang betul dan berkesan, walaupun tidak faham
dengan cikgu ajar, pelajar ini pasti akan berasa seronok belajar matematik
jika diberikan teknik dan cara yang betul.
Masalah-masalah kenapa pelajar ini tidak minat matematik ini adalah
disebabkan :-
Adakah disebabkan
a) cara belajar matematik yang kurang
berkesan?
b) cara pergaulan bersama pelajar lain
memberi kesan cara kita belajar matematik?
a) Tidak faham konsep asas matematik
b) Tidak suka cara guru mengajar
c) Pemikiran negatif
d) Tidak suka mengira
TIPS CARA BELAJAR MATEMATIK © Hakcipta Terpelihara (2012)
Page | 9
Antara masalah-masalah pelajar dalam subjek matematik adalah :-
a) Malas membuat latihan (jawapan yang selalu dijawab oleh pelajar)
b) Tidak memberi tumpuan dalam kelas
c) Malu bertanya kepada guru
d) Fikir Matematik susah (Berfikiran negatif)
e) Tidak faham konsep asas dalam matematik
Insya-Allah, dengan usaha anda setelah membaca ebook ini sehingga
habis, anda akan dapat belajar matematik dengan lebih seronok dan
mendapat keputusan yang cemerlang.
TIPS CARA BELAJAR MATEMATIK © Hakcipta Terpelihara (2012)
Page | 10
Kenapa belajar
matematik ni susah?
Tidak faham konsep asas
Pelajar tidak memahami konsep asas dalam matematik, jika ada kerja
rumah, kebanyakan akan meniru, dan buat janji siap. Elakkan
sikap begini, kerana ini boleh menjadi tabiat nanti dan seterusnya
mendapat markah yang tidak bagus. Sebab itu, apabila mahu belajar
matematik pelajar akan berasa susah dan malas sebab tidak tahu
konsep asas.
Boleh hendak meniru, tetapi dengan syarat hendaklah berbincang
dan mengetahui cara menjawab soalan.
Malas membuat latihan
“alaa,susahla math..malas la..”
“banyaknya latihan, malas la buat..tiru jer..”
Elakkan sikap malas dalam diri anda, jika ada kerja rumah, anda
hendaklah terus buat dan siapkan. Jangan bertangguh!! Ini
menyebabkan anda menjadi malas dan meniru sahaja. Jika tidak
faham, tanya kawan, guru sekolah, atau pensyarah jika mereka sibuk,
tanya ibu bapa, jika sibuk juga, usahakan diri anda untuk bertanya
sehingga faham dan faham.
“Usaha Tangga Kejayaan”
TIPS CARA BELAJAR MATEMATIK © Hakcipta Terpelihara (2012)
Page | 11
Malas berfikir
Matematik memang memerlukan latihan dan berfikir untuk menjawab
soalan. Memang betul, kebiasaan mula-mula pelajar akan berasa
susah dan malas belajar tetapi apabila sudah berjaya
menyelesaikan masalah dan berjaya menjawab soalan, ini akan
menyebabkan pelajar akan berasa sangat seronok. Dan seterusnya
pelajar akan terus belajar, belajar dan belajar matematik kerana
seronok berfikir menyelesaikan dan menjawab soalan. Oleh itu,
susah mana pun, anda teruskan juga latihan. Jangan putus asa!!
Ingat jika sentiasa berfikir selalu, lama-kelamaan kita akan menjadi
seorang yang kreatif, bijak dan boleh menyelesaikan masalah dengan
mudah. Disediakan juga doa menghindari malas untuk umat Islam.
TIPS CARA BELAJAR MATEMATIK © Hakcipta Terpelihara (2012)
Page | 12
TIPS-TIPS CARA BELAJAR
MATEMATIK
1. FAHAM DULU KONSEP ASAS Sebelum anda belajar matematik, pastikan anda faham dahulu konsep
asas matematik. Ini supaya nanti anda tiada masalah untuk menjawab
soalan.
Ini juga supaya anda berasa seronok apabila menjawab matematik.
Kebanyakan pelajar kata susah belajar matematik adalah kerana tidak
faham dahulu konsep asas matematik.
Seperti contoh, anda mahu menjawab luas Bulatan.
Untuk mengira luas bulatan, kita mesti tahu formulanya iaitu formula luas
“ ”. Jika tidak tahu menggunakan formula ini dan tidak faham
dengan asasnya, susah anda mahu menjawab soalan area of circle. Oleh
itu, fahamkan konsep asas baru jadi mudah apabila mahu menjawab
matematik.
Seperti contoh anda bermain bolasepak, apa perkara asas perlu tahu?
Semestinya cara menendang bola, cara menanduk bola dan cara passing
bola.
Jadi, samalah juga dengan kita belajar matematik. Konsep asas perlu kita
mahir dan tahu untuk belajar pengiraan.
TIPS CARA BELAJAR MATEMATIK © Hakcipta Terpelihara (2012)
Page | 13
2. BUAT LATIHAN YANG MUDAH DAHULU, SUDAH MAHIR
YANG MUDAH, CUBA YANG SUSAH
Jika anda berasa susah untuk belajar matematik, buat soalan yang mudah
dahulu. Apabila anda sudah menguasai soalan yang mudah, baru buat
soalan yang susah. Ini kerana dalam matematik, ia ada “level-level”
soalan dari senang ke susah. Jika kita buat yang susah dahulu, memang
kita akan berasa tension sebab susah nak menjawab.
Sama juga dengan anda bermain video game, mesti bermula dengan level
1 dulu, kemudian baru bermain di level akhir dan menang. Ini bermakna
kita sudah menguasai konsep asas matematik, jika kita mula soalan yang
mudah dahulu. Sebab itu, pentingnya kelas di sekolah/universiti.
Pentingnya kita mesti fokus dalam kelas dengan apa yang cikgu mengajar.
Kerana kita bermula dengan soalan basic question.
“Study Smart, then Study Hard”
TIPS CARA BELAJAR MATEMATIK © Hakcipta Terpelihara (2012)
Page | 14
3. JADIKAN IA SATU PERMAINAN
Jadikan latihan matematik ini sebagai satu permainan kerana matematik
ini adalah berbentuk kreativiti, pengiraan dan penyelesaian masalah
(problem solving). Jadi, ia memang boleh membuat satu permainan atau
pertandingan. Tidak seperti membaca. Anda boleh jadikan sebagai satu
permainan contoh seperti membuat had masa menjawab soalan, jika anda
buat terlebih masa, anda akan didenda. Contoh lain, jika dalam study
group, anda boleh bersaing secara positif dengan kawan anda, jika anda
kalah, anda bolehlah bertanya macam mana boleh menjawab. Ini boleh
dijadikan satu persaingan yang positif. Oleh itu, cubalah membuat satu
permainan ketika belajar dan ketika menjawab soalan matematik.
Matematik memang memerlukan disiplin untuk sentiasa menjawab
latihan. Walaupun anda faham topik tertentu, anda tidak akan dapat jawab
dalam masa yang diberikan. Oleh itu, cuba jawab dengan pantas, contoh
ambil satu soalan dalam 3 minit supaya anda akan terbiasa jawab
mateamtik dengan secepat yang mungkin. Jadikan ia satu permainan,
jangan jadikan ia satu bebanan.
TIPS CARA BELAJAR MATEMATIK © Hakcipta Terpelihara (2012)
Page | 15
4. JIKA TIDAK FAHAM, USAHA TANYA GURU, IBU BAPA,
KAWAN-KAWAN DAN SESIAPA YANG TAHU
Jika anda tidak faham di sekolah, tanya guru anda. Jika guru sibuk, tanya
guru tuisyen(jika anda tuisyen), jika sibuk juga, tanya kawan-kawan yang
pandai, jika sibuk dan tiada masa mengajar juga, tanya ibu bapa, dan jika
sibuk juga, anda kenalah usaha, usaha dan usaha sampai anda dapat dan
faham.
Ini kerana jika anda tertinggal satu pengajaran, anda akan rugi besar di
situ, lebih-lebih lagi jika anda tertinggal topik yang asas. Jadi, anda mesti
usaha untuk bertanya. Elakkan sifat malu untuk bertanya. Itulah bezanya
pelajar cemerlang. Pelajar yang cemerlang mereka sentiasa berusaha
untuk bertanya. Oleh itu, jadilah seperti pelajar yang cemerlang.
5. JIKA TIDAK BOLEH BELAJAR SEORANG, BUAT STUDY
GROUP
Ada sesetengah pelajar tidak biasa belajar seorang, jadi anda carilah
kawan (yang bersemangat untuk belajar) dan buat study group dengannya.
Jika anda buat study group, anda boleh bertanya lebih topik-topik yang
tidak faham selain anda belajar dalam keadaan yang menyeronokkan. Ini
juga penting supaya tidak ketinggalan topik kerana kawan-kawan yang
lain faham. Untuk mengetahui tips-tips cara belajar study group, teruskan
membaca ebook ini. Anda akan didedahkan cara-cara untuk belajar study
group.
TIPS CARA BELAJAR MATEMATIK © Hakcipta Terpelihara (2012)
Page | 16
6. JADIKAN LATIHAN MATEMATIK SEBAGAI RUTIN
HARIAN.
Anda sebagai pelajar jadikan latihan matematik ini sebagai rutin harian
anda. Pastikan anda buat sekurang-kurangnya 1 jam sehari belajar
matematik. Ini kerana matematik memerlukan latihan, latihan dan latihan
yang berterusan. Jika anda tidak buat latihan anda memang akan
ketinggalan yang banyak. Nanti mulalah kedengaran “susahlah math”,
“tak ingat lah formula” dan macam-macam lagi. Walaupun cikgu di
sekolah tidak beri homework kepada anda, anda buat juga soalan
matematik. Matematik ini memang menyeronokan jika anda buat latihan
dan berjaya menjawab latihan. Ia akan memberikan anda satu kepuasan
setelah berjaya menyelesaikan masalah. Selalunya pelajar selalu akan
berkata “bila ada cikgu saya boleh buat, tetapi masa exam saya tak dapat
buat”. Apakah puncanya? Ini kerana pelajar ini membuat latihan
matematik ketika di sekolah atau ketika diberi homework oleh cikgu
sahaja. Jangan amalkan begini. Jadikan latihan matematik sebagai rutin
harian anda, pastikan sentiasa membuat latihan matematik. Oleh itu, apa
tunggu lagi, buat soalan latihan matematik dengan segera.
TIPS CARA BELAJAR MATEMATIK © Hakcipta Terpelihara (2012)
Page | 17
7. SENTIASA MEMBUAT LATIHAN KONSEP YANG SAMA
Anda hendaklah sentiasa membuat latihan konsep yang sama. Ini kerana
semakin kerap membuat latihan itu, lama kelamaan anda akan terbiasa
dengan konsep soalan tersebut. Ini disebabkan matematik ini sentiasa
bertanyakan soalan yang sama, cuma soalan akan diubah dari segi nombor
dan kefahaman sahaja. Untuk membuat soalan konsep yang sama, anda
lihat semula soalan-soalan sebelum ini bagaimana soalan bertanya,
bagaimana cara soalan bertukar-tukar nombor dan sebagainya.
8. RUJUK BEBERAPA BUKU-BUKU LATIHAN YANG LAIN
Anda tidak boleh bergantung kepada buku sekolah sahaja. Rujuk juga
beberapa buku lain, ini kerana tiap-tiap soalan berbeza dan jika anda buat
banyak soalan yang berbeza ia akan meningkatkan lagi kemahiran anda
untuk menjawab soalan.
Dan ketika buat buku latihan, lihat skema jawapan yang diberikan. Anda
boleh tahu sama ada jawapan anda salah atau betul. Ini juga
menambahkan lagi keyakinan untuk menjawab soalan. Tetapi pastikan
anda buat soalan dahulu, baru lihat skema jawapan.
TIPS CARA BELAJAR MATEMATIK © Hakcipta Terpelihara (2012)
Page | 18
9. CARI MASA BELAJAR YANG SESUAI
Anda juga dinasihatkan cari dan rancang waktu belajar matematik yang
sesuai. Penulis sarankan anda belajar pada waktu pagi ketika cuti, ini
kerana ketika itu otak sedang fresh dan senang mengingat ketika waktu
pagi, selain itu belajar waktu pagi juga membolehkan apa yang kita
belajar senang masuk kerana otak masih belum bekerja lagi. Jika waktu
ketika sedang mengantuk, itu bermakna otak anda sudah penat bekerja.
Selalunya terutama pelajar IPT, mereka akan belajar sehingga lewat
malam. Boleh dilakukan tetapi dengan syarat, anda mestilah cukup rehat.
Jangan memaksa badan anda yang sudah kepenatan untuk belajar, ini
kerana bukan sahaja boleh menyebabkan badan menjadi tidak sihat tetapi
juga boleh mnyebabkan anda tidak boleh berfikir pada keesokan harinya
(waktu ujian). Ini kerana otak sudah penat bekerja ketika belajar sehingga
lewat malam. Oleh itu, study smart then study hard. Tips bagaimana
untuk study smart juga akan didedahkan jika anda meneruskan membaca
buku ebook ini.
Di bawah adalah antara contoh-contoh waktu belajar yang sesuai
5 pagi – 6 pagi 8 pagi – 11 pagi 2 ptg – 4 ptg 9 mlm – 11 mlm
Tetapi terpulang kepada anda untuk mencari waktu-waktu yang sesuai
untuk belajar. Waktu malam biasanya waktu untuk mengulangkaji semula
apa yang anda belajar di sekolah. Itulah gunanya tuisyen, kelas tambahan
dan sebagainya. Jika anda berasa penat, sila rehatkan minda anda dengan
menonton televisyen atau apa-apa aktiviti yang merehatkan minda.
TIPS CARA BELAJAR MATEMATIK © Hakcipta Terpelihara (2012)
Page | 19
10. MENGGUNAKAN MEDIA INTERNET
Akhir sekali, seperti kita tahu, ramai remaja-remaja sekarang
menggunakan media internet seperti facebook, twitter, blogger, youtube,
dan media-media sosial yang lain. Oleh itu, gunakanlah peluang ini untuk
menggunakan internet untuk melihat apa-apa soalan yang tidak faham.
Pada zaman sekarang lebih mudah, kini banyak cikgu-cikgu atau para
pendidik yang lain menggunakan media internet untuk mengajar. Anda
type sahaja tajuk-tajuk yang anda tidak faham mesti ada keluar macam-
macam jenis teknik yang anda perlu tahu. Oleh itu, gunakanlah peluang
yang ada di internet. Gunakan youtube, google, video-video yang
diupload oleh cikgu-cikgu dari dalam dan luar negara, mesti ada teknik-
teknik menjawab soalan matematik dengan mudah.
TIPS CARA BELAJAR MATEMATIK © Hakcipta Terpelihara (2012)
Page | 20
TIPS BELAJAR MATEMATIK SECARA
BERKUMPULAN (STUDY GROUP)
1. PASTIKAN AHLI KUMPULAN YANG BERBEZA MARKAH
MATEMATIKNYA
Pastikan ahli study group anda berbeza markah matematiknya. Ini supaya
apabila bincang nanti, mesti ada salah seorang ahli study group yang boleh
jawab soalan.
Ini akan memudahkan lagi perbincangan dalam study group. Tidak kira sama
ada beza markah yang sedikit contoh antara 60% dan 54%, pun boleh buat
study group asalkan berbeza markah. Tetapi disarankan berbeza sebanyak
5% markahnya.
Selain itu, lantik seorang ketua untuk menentukan bila dan dimana untuk
belajar matematik. Dengan lantiknya seorang ketua, barulah perbincangan
menjadi terancang dan objektif untuk belajar matematik tercapai.
Tambahan : Mengapakah kebanyakan pelajar apabila membuat
study group ia menjadi tidak berkesan?
- Susah mahu bertemu semua
- Hilang fokus belajar disebabkan banyak berborak dan
bersembang
- Terdapat ahli yang tidak mahu belajar, tujuan datang untuk
berborak dan bermain.
- Tidak faham apa yang diajar oleh kawan
- Perbincangan menjadi kelam kabut dan tidak teratur
TIPS CARA BELAJAR MATEMATIK © Hakcipta Terpelihara (2012)
Page | 21
2. BUAT SOALAN YANG SAMA DAN BINCANG
Untuk menyenangkan perbincangan study group, buat soalan yang sama dan
bincangkan.
Jika buat soalan yang berlainan, ia akan merumitkan lagi keadaan dan
perbincangan. Contoh, untuk matematik SPM, seorang pelajar A buat soalan
“Straight Line” dan seorang lagi pelajar B buat tajuk “Probability”, tidakkah
itu sama seperti belajar seorang. Itu seperti anda bawa teman hanya untuk
berborak sahaja. Lagi satu, jika pelajar yang A ingin bertanyakan soalan
“Straight Line”, pelajar yang B mesti susah untuk menjawab sebab dia
sedang menjawab “Probability”. Tidakkah itu merumitkan.
Jika buat soalan yang sama ia lebih lagi mudah dalam perbincangan. Contoh,
semua ahli study group buat tajuk “Straight Line”, ini akan memudahkan lagi
untuk bertanya, berbincang jawapan, dan membandingkan jawapan.
Selain itu, kita juga boleh berbincang dan memberitahu kepada kawan apa
yang tidak faham. Barulah ahli-ahli kumpulan semua berpuas hati kerana
objektif belajar matematik tercapai dan faham.
Tambahan : Apakah kelebihan study group?
- Dapat belajar lebih topik-topik yang tidak faham
- Dapat memberi motivasi tambahan semasa belajar
- Membantu mengembangkan lagi kemahiran belajar
- Pembelajaran menjadi tidak bosan dan menyeronokkan
TIPS CARA BELAJAR MATEMATIK © Hakcipta Terpelihara (2012)
Page | 22
3. JANGAN TERLALU RAMAI
Pelajar yang ingin membuat study group disarankan untuk 3 orang sahaja. Ini
kerana jika lebih, ia akan menjadi medan berborak dan melepak. Bukan
belajar. Oleh itu, jangan terlalu ramai.
Kenapa 3 orang? Contoh
PELAJAR A Akan bertanyakan soalan
PELAJAR B Akan cuba menjawab
PELAJAR C Akan cuba memberi idea dan
berbincang untuk menjawab
Jika 2 orang? Contoh
PELAJAR A Akan bertanyakan soalan
PELAJAR B Akan cuba menjawab (jika tidak
boleh menjawab, pelajar C tidak ada
untuk membantu
Jika 4 orang atau lebih? Contoh
PELAJAR A Akan bertanyakan soalan
PELAJAR B Akan cuba menjawab
PELAJAR C Akan cuba memberi idea untuk
menjawab
PELAJAR D ATAU LEBIH Akan cuba berborak atau mengacau
dalam study group
Tetapi terpulang kepada anda, jika semua ahli bersemangat untuk belajar,
tiada masalah untuk belajar seramai 4 orang atau lebih. Tetapi ingatlah
pepatah mengatakan “Banyak asam banyak garam dan banyak orang banyak
ragam”. Oleh itu, lebih baik kumpulan yang kecil sahaja supaya mudah untuk
perbincangan study group.
TIPS CARA BELAJAR MATEMATIK © Hakcipta Terpelihara (2012)
Page | 23
4. CARI TEMPAT-TEMPAT BELAJAR YANG SESUAI DAN
STRATEGIK
Ini juga penting untuk memilih tempat, tempat-tempat yang disarankan dan
sesuai adalah
a) Perpustakaan
b) Masjid/Surau
c) Tempat yang bukan kawasan orang lalu-lalang
d) Tempat yang senyap dan sunyi
e) Tempat yang tiada TV, game di sebelah, atau benda-benda yang boleh
melalaikan
Ini juga penting supaya mudah untuk membuat perbincangan dan study
group.
Menurut kajian dari pakar psikologi, tempat-tempat belajar juga perlulah
sesuai dan mendatangkan rasa untuk belajar. Cuba bayangkan anda ingin
membuat study group di restoran, MCD, dan sebagainya. Sudah pasti ia akan
mendatangkan rasa untuk berborak, melepak dan makan minum.
Oleh itu, memilih tempat yang sesuai untuk belajar membuatkan kita berasa
lebih selesa dan senang untuk membuat perbincangan study group.
TIPS CARA BELAJAR MATEMATIK © Hakcipta Terpelihara (2012)
Page | 24
5. NIAT YANG BETUL UNTUK BELAJAR
Akhir sekali, niat kita yang betul untuk belajar, bukan niat seperti mengorat,
mengumpat dan sebagainya. Dengan niat yang betul, Insya-Allah, tuhan akan
permudahkan kita untuk belajar. Disini ada disediakan doa sebelum belajar
untuk umat Islam.
TIPS CARA BELAJAR MATEMATIK © Hakcipta Terpelihara (2012)
Page | 25
TIPS TAMBAHAN
1. STUDY SMART
Study Hard atau Study Smart?
Ramai cikgu-cikgu di sekolah berkata anda perlulah study hard untuk
mencapai A dalam peperiksaan. Memang betul, matematik memerlukan
study hard untuk dapat A, kerana matematik ialah satu jalan pengiraan
dan memerlukan banyak latihan. Tetapi, jika kita study hard sahaja,
mengapa masih ada yang mendapat keputusan yang mengecewakan?
Pernahkah kita mendengar ungkapan sebegini,
“aku penat belajar siang malam, result tetap sama, tak berubah”,
“mengapa keputusan aku teruk?, aku dah belajar bersungguh-sungguh
dah”
Jika anda sudah study hard, tanya diri balik,
Adakah anda study hard dan sudah menguasai konsep-konsep serta
latihan matematik?
Adakah anda faham dan tahu apa soalan yang selalu keluar, soalan-soalan
bonus, tips-tips, dan teknik-teknik menjawab soalan?
Itulah study smart. Kesimpulannya, kita mestilah study smart then study
hard.
Bagaimana?
Anda mestilah faham dan tahu soalan-soalan dan konsep-konsep soalan
yang sering keluar dalam peperiksaan besar seperti, UPSR, PMR, SPM,
STPM. Anda mestilah selalu menghadiri bengkel-bengkel atau ceramah
tips-tips menjawab matematik, teknik menjawab matematik dan
sebagainya.
TIPS CARA BELAJAR MATEMATIK © Hakcipta Terpelihara (2012)
Page | 26
Buat mind-mapping bagi setiap topik-topik matematik supaya anda
nampak semua yang terkandung dalam topik itu dan tidak tertinggal
formula-formula kecil dalam topik.
Teknik belajar yang betul dalam belajar matematik. Jangan fikir buat
latihan sahaja. Anda kena tahu apa soalan yang sering ditanya, tips-tips
soalan dan jawapan, kesalahan-kesalahan yang sering dilakukan pelajar,
dan sebagainya.
Buat latihan yang sering keluar dalam peperiksaan besar. Biasakan buat
latihan-latihan yang lepas. Jika anda sudah biasa dengan konsep tersebut,
anda tidak akan takut dan gugup bila menjawab soalan peperiksaan besar
nanti.
Oleh itu, selepas anda sudah study smart, barulah anda boleh berusaha
bersungguh-sungguh(study hard) untuk menjawab soalan matematik.
Bersungguh-sungguh bererti melakukan dengan penuh komitmen dan
memberikan segala tumpuan yang ada.
“Study Smart then Study Hard”
TIPS CARA BELAJAR MATEMATIK © Hakcipta Terpelihara (2012)
Page | 27
2. PEDULIKAN KATA ORANG
Jika ada kawan-kawan anda yang mengatakan kata-kata yang negatif atau
yang tidak memberi semangat dan motivasi kepada anda, pedulikan sahaja
mereka.
Kata-kata seperti “rilek dulu, awalnya belajar”
“asyik belajar je”
Pedulikan sahaja. Jika anda hendak belajar, belajar sahaja. Jika tiada
kawan untuk study group, cari kawan yang lain. Ini kerana untuk
mencapai kejayaan dan ingin dapat A+ dalam peperiksaan, semua adalah
usaha dari kita. Jangan terlambat untuk belajar, cari dan curi masa untuk
belajar. Kadang kala pelajar akan terikut-ikut dengan kawan untuk belajar
sama-sama. Jika mereka tidak mahu belajar dari awal, jangan ikut, ikut
kata diri anda sahaja. Anda mahu belajar, teruskan belajar. Biarkan anda
berasa susah dahulu, dan akan bergembira dan senang di kemudian hari.
Kitalah penentu kejayan diri kita, jadi anda lah sendiri yang berusaha
untuk mencapai kejayaan.
Sebab itu, sering kita dengar
“Aku study sama dengan dia, tapi kenapa dia dapat A, aku tak dapat”
“Aku penat-penat belajar sampai lewat malam, tapi markah dia tetap lagi
tinggi dari aku”
Ini kerana pelajar-pelajar yang dapat A dan cemerlang ni lah mereka
belajar dari awal lagi, mereka faham dari awal lagi dan mereka fokus di
dalam kelas. Oleh itu, jika ada kawan-kawan yang berkata negatif kepada
anda untuk belajar, pedulikan sahaja. Ikut kata hati anda sahaja untuk
belajar dengan cemerlang.
TIPS CARA BELAJAR MATEMATIK © Hakcipta Terpelihara (2012)
Page | 28
3. SENTIASA GALAKKAN KAWAN-KAWAN UNTUK BELAJAR
BERSAMA Jika ada kawan-kawan yang tidak mahu belajar, galakkan lah mereka
untuk belajar sama-sama. Ini kadangkala mereka juga ingin belajar, tapi
tiada galakkan dari kawan-kawan, tiada sokongan dari kawan-kawan.
Itulah bezanya pelajar cemerlang. Mereka bersemangat untuk belajar
bersama-sama. Jika anda galakkan mereka belajar bersama, tapi mereka
tak nak. Tidak mengapa, cari kawan lain, yang penting anda mesti belajar.
Menggalakkan kawan-kawan juga bermakna kita tidak kedekut dan ingin
berkongsi ilmu dengan mereka dengan bertukar-tukar pendapat,
membandingkan jawapan dan mengetahui kesalahan masing-masing.
4. JADIKAN DIRI ANDA SEORANG YANG ISTIMEWA
DALAM KELAS
Jadikanlah diri anda seorang yang istimewa di dalam kelas dengan
menjadi pelajar yang paling pandai dalam matematik. Ini secara tidak
langsung anda akan bermotivasi untuk belajar matematik. Mengikut
pengalaman penulis, dalam kelas ada seorang pelajar lelaki yang paling
pandai matematik dan sering mendapat markah tinggi. Disebabkan dia
paling pandai maka ramailah pelajar perempuan yang mengerumuninya
untuk belajar matematik dengannya, tidakkah ni satu kelebihan kepada
anda bila anda pandai matematik. Ramai guru dan pensyarah yang suka
dengan pelajar pandai ini juga. Oleh itu, jadilah pelajar yang paling
special dalam kelas dengan pandai matematik.
TIPS CARA BELAJAR MATEMATIK © Hakcipta Terpelihara (2012)
Page | 29
5. BUAT SOALAN-SOALAN YANG PEPERIKSAAN YANG
LEPAS
Banyakkan buat soalan-soalan peperiksaan yang lepas. Ini kerana soalan-
soalan UPSR, PMR dan SPM selalunya sama. Hanya bertukar nombor
dan sedikit konsepnya sahaja. Jika anda sering buat soalan-soalan yang
lepas, lama kelamaan anda akan terbiasa dengan jenis soalan-soalan
konsep sebegitu. Sekarang ini, di kedai buku-buku kebanyakkan sudah
ada buku rujukan soalan-soalan ujian yang lepas, jika tidak ada pun minta
bantuan dari guru untuk mendapatkan soalan-soalan yang tersebut.
Oleh itu, sentiasa perbanyakkan buat latihan soalan-soalan yang lepas.
Minta bantuan guru apa tips-tips atau jenis soalan yang selalu keluar.
Itulah gunanya ceramah-ceramah atau bengkel-bengkel teknik menjawab
matematik.
6. JANGAN PANIK, GOPOH, GELABAH,DAN TERGESA-GESA
Matematik ini adalah jalan pengiraan. Dalam menjawab matematik, anda
jangan panik atau gelabah bila nampak soalan susah. Jangan tergesa-gesa
atau gopoh jika nampak senang dan boleh menjawab.
Hati kita dan fikiran kita hendaklah sentiasa berada dalam keadaan
tenang, banyakkan berdoa dan selawat untuk menjawab matematik. Baca
soalan dari awal dan tenang ketika membaca dan menjawab soalan. Jika
kita tergesa-gesa atau gopoh, itulah terjadinya careless mistake yang
sering ditegur oleh guru kamu.
TIPS CARA BELAJAR MATEMATIK © Hakcipta Terpelihara (2012)
Page | 30
TIPS BELAJAR MATEMATIK LAST MINUTE
AMARAN : JANGAN AMALKAN BELAJAR LAST MINUTE, TIPS NI
DIBAGITAHU JIKA ANDA TIADA MASA YANG MENCUKUPI UNTUK BELAJAR
MATEMATIK
“Masa itu Emas"
1. FOKUS SOALAN YANG BANYAK MARKAH
Jika anda tidak faham dari awal, atau tidak belajar awal-awal, anda
hendaklah fokus kepada soalan-soalan yang banyak markah.
Perbanyakkan buat latihan soalan-soalan tersebut. Ini penting supaya anda
boleh mendapat markah yang banyak. Jika sudah menguasai dan yakin
dengan soalan yang banyak markah, barulah anda mencuba soalan yang
lain.
Untuk mengetahui mana soalan yang banyak markah, anda rujuk buku-
buku rujukan yang berada di pasaran atau rujuk guru-guru anda. Lihat
buku-buku rujukan dan tengok apa markah untuk setiap soalan
terutamanya matematik kertas 2. Biasanya buku-buku rujukan akan
disediakan markah.
Tips bagi umat Islam :
Jika jumpa soalan susah, tinggalkan
dahulu, yakin dan katalah “Insya-
Allah, selepas ini aku boleh buat soalan
itu”
TIPS CARA BELAJAR MATEMATIK © Hakcipta Terpelihara (2012)
Page | 31
2. BUAT LATIHAN DAN LIHAT SKEMA JAWAPAN
Anda banyakkan buat latihan melalui buku rujukan dan lihat skema
jawapan. Ini supaya jika anda tahu skema jawapanya barulah anda berasa
yakin untuk menjawab soalan matematik dan anda dapat melihat di mana
kesilapan anda semasa menjawab soalan. Jika anda sudah tahu kesalahan
anda, tetapi tidak tahu di mana silapnya, jangan putus asa, tanyalah guru-
guru atau kawan-kawan yang tahu.
3. LIHAT SEMULA MARKAH-MARKAH UJIAN YANG LALU, DAN KENAL PASTI KESALAHAN Anda hendaklah lihat semula markah-markah ujian yang lalu dan cari apa
kesalahan yang anda buat. Ini supaya anda belajar dari kesilapan dan tidak
buat kesilapan yang sama lagi. Untuk mengetahui cara jalan kerja yang
anda salah jawab, tanya guru-guru anda atau rujuk buku-buku rujukan.
4. FOKUS SOALAN YANG MUDAH DAN BOLEH DIJAWAB
Lihat contoh-contoh soalan yang lepas dan fokus soalan yang mudah dan
boleh dijawab. Jika tidak tahu mana soalan yang mudah dan boleh
dijawab, tanya guru-guru anda. Guru anda pasti tahu tips-tips menjawab
soalan. Itulah gunanya anda ke bengkel-bengkel atau seminar-seminar
teknik menjawab soalan matematik. Jika anda fokus soalan yang susah,
sudah tentu anda akan terlambat dan sudah tidak banyak masa pula untuk
belajar soalan yang mudah. Jadi fokus soalan mudah dahulu, sudah mahir,
baru cuba soalan yang susah pula.
TIPS CARA BELAJAR MATEMATIK © Hakcipta Terpelihara (2012)
Page | 32
5. SET MINDA ANDA TENANGKAN HATI ANDA
Setkan dalam otak anda bahawa matematik tidak susah. Tenangkan
fikiran anda dan jangan gopoh/gelabah ketika anda sudah terlambat untuk
belajar. Anda tidak terlambat lagi untuk belajar, gunakan tips-tips cara
study smart untuk belajar matematik. Setelah anda study smart baru anda
study hard. Sentiasa berfikir positif dalam diri anda. Setkan minda anda
dengan menggambarkan kejayaan dan sasaran yang anda mahu capai.
Gambarkan keadaan anda mendapat A dalam matematik/matematik
tambahan. Ini kerana semakin jelas gambaran anda, semakin tinggi usaha
anda untuk merealisasikannya.
6. BANYAK BUAT SOALAN YANG LEPAS
Perbanyakkan buat soalan-soalan yang lepas. Seperti yang penulis kata
tadi, selalunya soalan-soalan adalah sama. Cuma yang berubah hanya
nombor dan sedikit konsep pemahaman sahaja. Setelah anda sudah
terbiasa buat soalan-soalan yang lepas, barulah anda berasa yakin dan
tidak gugup untuk menjawab soalan-soalan peperiksaan besar.
7. BERDOA
Akhir tips, anda banyakkan berdoa supaya dipermudahkan fikiran dan hati
dan tidak gugup dan gopoh untuk menjawab soalan. Setelah anda penat
berusaha, penat belajar, banyakkanlah berdoa dan bertawakal. Istiqamah
adalah penting untuk mencapai kejayaan. Insya-Allah, mudah-mudahan
anda mendapat A+ atau A dalam subjek Matematik/Matematik
Tambahan.
TIPS CARA BELAJAR MATEMATIK © Hakcipta Terpelihara (2012)
Page | 33
PENUTUP
Akhirnya, tahniah kerana anda berjaya menghabiskan dengan membaca ebook
ini. Semoga selepas ini anda dapat belajar matematik dengan mudah dan
mengetahui cara-cara bagaimana belajar matematik dengan lebih berkesan
melalui ebook ini. Akhir sekali, harapan penulis berdoa agar berjaya mendapat
keputusan A+ dalam subjek Matematik dan berjaya di masa akan datang.
Selamat Belajar Matematik!
Selamat Berjaya!
Sekian
Afiq Ibrahim @ Cikgu Afiq, plf BSc Mathematics Dip Sc Quantitative
Professional Learning Facilitator (PLF)
Certified NLP for Teachers Practitioner (ANLPM)
Ahli Persatuan Sains Matematik Malaysia (PERSAMA)
TIPS CARA BELAJAR MATEMATIK © Hakcipta Terpelihara (2012)
Page | 34
Jika ada sebarang masalah dan ingin berkongsi, atau ingin bertanyakan
maklumat lanjut boleh hantarkan email dan alamatkan kepada
ATAU
layari laman web
www.afiqmath.blogspot.com
TIPS CARA BELAJAR MATEMATIK © Hakcipta Terpelihara (2012)
Page | 35
BIBLIOGRAFI
Ainon Mohd. & Abdullah Hassan, Guru Sebagai Pendorong Dalam Darjah,
PTS Publications & Distributor Sdn.Bhd., Kuala Lumpur, 2003.
Fadzli Yusof, Motivasi Super, PTS Millenia Sdn.Bhd., Kuala Lumpur, 2011.
Md. Taib Mat, Anda Berhak Hebat!, Pustaka Cipta Sdn. Bhd., Kuala Lumpur,
2004.
Tengku Asmadi, Ph.D., Motivasi Alihan Pelajar, PTS Millenia Sdn. Bhd., Kuala
Lumpur, 2009.
Teo Aik Cher, Why Study Smart?, Armour Publisher Pte Ltd, Singapore, 2011.