6
DEFINISI USAHAWAN Istilah usahawan dalam bahasa Inggeris ialah "entrepreneur". Istilah “entrepreneur” berasal daripada bahasa Perancis “entreprendre” - Richard Cantillon (1755). Memikul sesuatu tugas Berperanan seperti seorang Jeneral Perang Usahawan perlukan strategi untuk menang sama seperti dalam peperangan Maksud usahawan mengikut Kamus Dewan Usahawan ialah individu atau kumpulan individu yang menubuhkan atau menerajui perniagaan sendiri serta mengembangkannya dari masa ke semasa demi kemakmuran masyaratkat dan negara. Pedagang Peniaga/Penjaja Pengusaha/Petani Usahawan Ialah tenaga atau kualiti manusia yang bertanggungjawab membentuk dan mengujudkan usaha atau kerja dengan menggunakan faktor pengeluaran seperti tanah, modal dan buruh serta berkebolehan untuk melakukan perkara seperti :Mencari peluang perniagaan Mengusahakan perniagaan yang akan membawa kebaikan kepada dirinya dan orang ramai. Dapat memenuhi keperluan orang ramai. Sedia membuat pembaharuan untuk meningkatkan daya pengeluaran. Mengambil risiko yang telah dipertimbangkan. Usahawan adalah diperlukan untuk menggerakkan sumber-sumber ekonomi untuk mempercepatkan proses pertumbuhan ekonomi. Di dalam mengendalikan

Definisi usahawan dan keusahawanan

Embed Size (px)

DESCRIPTION

keusahawanan

Citation preview

Page 1: Definisi usahawan dan keusahawanan

DEFINISI USAHAWAN

Istilah usahawan dalam bahasa Inggeris ialah "entrepreneur".

Istilah “entrepreneur” berasal daripada bahasa Perancis “entreprendre” -

Richard Cantillon (1755).

Memikul sesuatu tugas

Berperanan seperti seorang Jeneral Perang

Usahawan perlukan strategi untuk menang sama seperti dalam

peperangan

Maksud usahawan mengikut Kamus Dewan

Usahawan ialah individu atau kumpulan individu yang menubuhkan atau

menerajui perniagaan sendiri serta mengembangkannya dari masa ke

semasa demi kemakmuran masyaratkat dan negara.

Pedagang

Peniaga/Penjaja

Pengusaha/Petani

Usahawan Ialah tenaga atau kualiti manusia yang bertanggungjawab

membentuk dan mengujudkan usaha atau kerja dengan menggunakan

faktor pengeluaran seperti tanah, modal dan buruh serta berkebolehan

untuk melakukan perkara seperti :Mencari peluang perniagaan 

Mengusahakan perniagaan yang akan membawa kebaikan kepada dirinya

dan orang ramai. Dapat memenuhi keperluan orang ramai. 

Sedia membuat pembaharuan untuk meningkatkan daya pengeluaran. 

Mengambil risiko yang telah dipertimbangkan. Usahawan adalah diperlukan

untuk menggerakkan sumber-sumber ekonomi untuk mempercepatkan

proses pertumbuhan ekonomi. Di dalam mengendalikan tugas ini, usahawan

perlu menggabungkan semua faktor-faktor ekonomi, mengambil risiko,

mencipta, mereka, mencari peluang perniagaan dan sebagainya dengan

tujuan mendapatkan keuntungan, kepuasan diri dan kemakmuran

masyarakat.

Page 2: Definisi usahawan dan keusahawanan

DEFINISI KEUSAHAWAN

Definisi keusahwanan mengikut kamus dewan

keusahawanan (segala-gala) yg berkaitan dgn usahawan atau kegiatan

dan kemahiran usahawan: kita perlu mencari kaedah-kaedah baru guna

membantu mempercepat pem-bangunan pengurusan dan pembangunan ~

di negara ini; kursus ~; sikap dan tabiat ~.

Keusahawanan ialah satu proses pewujudan dan pengembangan perniagaan

secara berterusan yang menyumbang kepada proses pembangunan

ekonomi sesebuah negara. Bidang keusahawanan adalah satu bidang

kerjaya yang profesyenal.

Teori Keusahawanan

Dalam bidang pengajian keusahawanan, tidak terdapat satu definisi

usahawan yang konklusif kerana sifatnya yang merentas disiplin - (multi-

disciplinary). Secara amnya, takrif usahawan boleh dikelompokkan kepada

empat kategori:

Ekonomi

Sosiologi

Psikologi

Pengurusan

..

Pertama: Perspektif Ekonomi

Mentakrifkan usahawan melalui sumbangan dan peranan yang dimainkan

dalam pembangunan ekonomi. Contoh: pengagihan sumber ekonomi yang

efisyen, penyediaan peluang pekerjaan, mencetuskan inovasi dll.

..

Kedua: Perspektif Sosial

Mentakrifkan usahawan sebagai satu generasi atau kelompok masyarakat

yang menjadikan keusahawanan sebagai satu bidang kerjaya mandiri yang

boleh mengubah status kehidupan. Contoh: survival masyarakat pendatang

Cina, Indonesia dsbnya.

.. .

Ketiga: Perspektif Psikologi

Page 3: Definisi usahawan dan keusahawanan

Mentakrifkan usahawan dengan melihat kepada gelagat (behavior) serta ciri-

ciri peribadi dan personaliti. Contoh: cara pengambilan risiko, punca kawalan

diri, kehendak terhadap pencapaian, takut kepada kegagalan dsbnya.

...

Keempat: Perspektif Pengurusan

Mentakrifkan usahawan sebagai pengurus strategik di mana peranan

usahawan ialah untuk memastikan perniagaan memperolehi keuntungan dan

berkembang. Contoh: Alat-alat pengurusan strategik digunakan untuk

mencapai objektif perniagaan.

Page 4: Definisi usahawan dan keusahawanan

PERBEZAAN KONSEP USAHAWAN DAN PENIAGA

Definisi : Peniaga ialah orang yang menjalankan kegiatan jual beli barangan

atau melakukan kegiatan perkhidmatan dengan tujuan untuk mendapatkan

keuntungan. Peniaga ialah orang yang melibatkan diri dalam kegiatan jual

beli. Ia membeli barangan dengan harga yang lebih rendah dan menjual

dengan harga yang lebih tinggi untuk mendapatkan keuntungan dan jika ia

melibatkan diri dalam kegiatan perkhidmatan, ia juga akan mendapat

keuntungan daripada menawarkan perkhidmatannya. Ia berniaga semata-

mata untuk mendapatkan untung. Selain daripada itu, objektif peniaga

adalah untuk mencapai matlamat peribadi.

Jika diteliti kedua-dua istilah peniaga dan usahawan sememangnya terdapat

perbezaan. Selain dari mencari keuntungan ushawan juga berkhidmat untuk

masyarakat.

Ciri-ciri Peniaga :

1. Membeli barang untuk dijual semula.

2. Harga barang yang dibeli berbeza dengan harga barang yang dijual

semula, selalunya lebih tinggi

3. Mempunyai sifat boleh mengurus perniagaan dengan baik. Ia sepatutnya

mampu mengurus wang, pekerja-pekerja, barang-barang dan kedainya

supaya teratur dan sistematik.

4. Tidak mencipta barang sendiri untuk dijual, sebaliknya membeli barang

dari usahawan untuk dijual.

Setelah melihat definisi dan ciri-ciri seorang peniaga, kita sudah pasti dapat

membezakan usahawan dan peniaga. Jadual di bawah ini dapat memberi

gambaran yang jelas mengenai perbezaan usahawan dan peniaga.

Perbezaan antara usahawan dan peniaga ialah :-

Page 5: Definisi usahawan dan keusahawanan

Usahawan :

1) Usahawan lebih mementingkan khidmat kepada masyarakat dan

pembangunan negara.

2) Usahawan merupakan peniaga yang sentiasa membuat pengubahsuaian

kepada produk atau perkhidmatan yang sedia ada dan mencari idea-idea

baru.

3) Contoh: En. Zulkifli menjalankan perniagaan runcit. Ia melabelkan harga

barangan, menyusun barangan mengikut jenis-jenis tertentu dan kedainya

berhawa dingin. Seorang juruwang ditugaskan di kaunter pembayaran. Kedai

runcitnya seakan-akan sebuah pasar raya. Ia mempunyai beberapa

cawangan di bandar lain.

Peniaga :

1) Peniaga lebih mementingkan keuntungan daripada khidmat kepada

masyarakat dan pembangunan negara.

2) Peniaga merupakan orang yang membeli sesuatu barangan pada harga

yang rendah dan menjual pada harga yang tinggi.

3) Contoh: En. Ahmad memiliki sebuah kedai runcit. Ia membeli barang-

barang runcit daripada pemborong dan meletakkan barangannya di kedai

untuk dijual kepada pengguna.