3
Nama:Nurul Hidayah Binti Mohd Razali 0952024 Zahidah Binti Borhanuddin 0952026 Subjek:Sekolah&Perlaksanaan Kurikulum(DPNK 3103) Kumpulan:TESL B DEFINISI KURIKULUM • … is the planned composite effort of our school to guide pupil learning towards predetermined learning outcomes Inlow, 1988 • .. Is a structured series of intended learning outcomes. Curriculum prescribes ( or at least anticipated) the result of instruction Johnson, 1987 • … is an attempt to communicate the essentials principles and features of educational proposal in such a form that is open to critical scrutiny and capable of effective translation into practice Stenhouse, 1991 • Plan pembelajaran secara keseluruhan yang mengandungi satu perancangan secara am tentang apakah yang hendak dilaksanakan dalam sistem pendidikn negara.Mengandungi objektif, kandungan, aktiviti pengajaran & pembelajaran dan penilaian Definasi Kurikulum Kebangsaan ialah suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan. Akta Pendidikan 1996 [Peraturan- peraturan (Kurikulum Kebangsaan) Pendidikan 1997] Kurikulum adalah ‘core’ kepada ‘business’ pendidikan. Ia merupakan satu rancangan pendidikan yang membendung segala ilmu pengetahuan,

Dayaaahhhhh!!!!!!!!

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Dayaaahhhhh!!!!!!!!

Nama:Nurul Hidayah Binti Mohd Razali 0952024

Zahidah Binti Borhanuddin 0952026

Subjek:Sekolah&Perlaksanaan Kurikulum(DPNK 3103)

Kumpulan:TESL B

DEFINISI KURIKULUM

• … is the planned composite effort of our school to guide pupil learning towards predetermined learning outcomes Inlow, 1988 • .. Is a structured series of intended learning outcomes. Curriculum prescribes ( or at least anticipated) the result of instruction Johnson, 1987

• … is an attempt to communicate the essentials principles and features of educational proposal in such a form that is open to critical scrutiny and capable of effective translation into practice Stenhouse, 1991

• Plan pembelajaran secara keseluruhan yang mengandungi satu perancangan secara am tentang apakah yang hendak dilaksanakan dalam sistem pendidikn negara.Mengandungi objektif, kandungan, aktiviti pengajaran & pembelajaran dan penilaian

Definasi Kurikulum Kebangsaan ialah suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan. Akta Pendidikan 1996 [Peraturan-peraturan (Kurikulum Kebangsaan) Pendidikan 1997] Kurikulum adalah ‘core’ kepada ‘business’ pendidikan. Ia merupakan satu rancangan pendidikan yang membendung segala ilmu pengetahuan, kemahiran, nilai dan norma serta unsur-unsur kebudayaan dan kepercayaan yang menjadi pilihan masyarakat untuk diwariskan kepada ahli-ahli dari satu generasi kepada satu generasi lain. Rancangan pendidikan ini bertujuan untuk memenuhi keperluan individu dan negara.

Dalam Laporan Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran (1979) kedua-dua keperluan dihuraikan seperti berikut, peranan kurikulum dalam pendidikan adalah untuk membina perkembangan murid yang lengkap dari segi jasmani, rohani, akal dan emosi serta menyemai, menanam dan memupuk nilai-nilai akhlak yang diingini, di samping menyampaikan ilmu pengetahuan. Dalam konteks negara Malaysia, kurikulum itu juga berperanan untuk melahirkan rakyat yang mendokong cita-cita negara dalam mewujudkan perpaduan yang berpandukan Rukun Negara di samping menghasilkan tenaga rakyat yang terlatih untuk keperluan negara. [ Laporan Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran (1979) ]

Page 2: Dayaaahhhhh!!!!!!!!

‘Perancangan yang dibuat untuk mengarah atau membantu pembelajaran di sekolah-sekolah, dan ia biasanya diwakili oleh dokumen-dokumen umum’ (Husen & Lethwaite, 1987) ‘Kursus pembelajaran yang terancang yang dilalui oleh pelajar di bawah kawalan kolej, sekolah, universiti atau institusi pengajian tinggi yang lain’ (Page & Thomas, 1978) ‘Tradisi ilmu yang terancang dan terkumpul yang terkandung di dalam mata pelajaran di sekolah atau kolej’ Kurikulum - isi kandungan/ sukatan pelajaran/ silabus

Selain itu,berdasarkan penulisan Ishak Ramly (2003), kurikulum merangkumi semua pengalaman yang didapati di dalam dan luar sekolah dan perkara yang diajarkan di sekolah dan bilik darjah. Beliau turut mengkelaskan kurikulum kepada tiga bahagian iaitu yang pertama kurikulum sebagai program yang dirancang dan dilaksanakan di sekolah.Yang kedua pula ialah kurikulum sebagai program yang dirancang dan dilaksanakan secara praktikal di dalam kelas.Manakala yang ketiga ialah kurikulum adalah pengisian sepanjang hayat bagi membudayakan ilmu dan pengalaman individu ataupun berkumpulan.

Selain itu,Yusu Hashim(2000) pula menganggap kurikulum sebagai laluan atau balapan bagi sesuatu pertandingan perlumbaan kereta kuda berdasarkan maksud perkataan kurikulum yang berasal daripada perkataan Latin iaitu Curere yang bermaksud laluan. Manakala dalam bahasa Inggeris kurikulum bermaksud jelmaan atau metamorfosis. Paduan maksud kedua-dua bahasa ini menghasilkan definisi laluan dari satu peringkat ke satu peringkat.

Kurikulum adalah suatu mata pelajaran yang diberikan oleh suatu lembaga penyelenggara pendidikan yang berisi rancangan pelajaran yang akan diberikan kepada peserta pelajaran dalam satu jangka masa pendidikan. Penyusunan sesuatu mata pelajaran ini disesuaikan dengan keadaan dan kemampuan setiap jangka masa pendidikan dalam penyelenggaraan pendidikan tersebut.

Pengisian kurikulum terdapat beberapa elemen dalam pengisian kurikulum, iaitu ilmu daripada pelbagai bidang ilmu,nilai,kewarganegaraan,peraturan sosiobudaya, dan kemahiran bernilai tambah, iaitu kemahiran berfikir, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, kemahiran belajar cara belajar, kajian masa depan, kecerdasan pelbagai , serta pembelajaran secara konstruktivisme, dan kontekstual.

Jangka masa dalam satu kurikulum biasanya disesuaikan dengan maksud dan tujuan dari sistem pendidikan yang dilaksanakan. Kurikulum ini dimaksudkan untuk dapat mengarahkan pendidikan menuju ke arah dan bertujuan yang dimaksudkan dalam kegiatan pembelajaran secara menyeluruh.