19
Aku Sepasang Baju Kurung Aku ialah sepasang baju kurung . Badanku bewarna biru berbunga putih amat menawan . Aku dibuat di sebuah kilang pakaian di Shah Alam , Selangor . Pada suatu hari , aku dan kawan-kawanku dihantar ke sebuah butik pakaian di Kuala Lumpur . Kami digantung di rak kaca butik itu . Kami digantung supaya dapat dilihat oleh orang ramai yang lalu lalang di situ . Pada badan kami diletakkan tanda harga . Pada suatu hari , seorang wanita datang mengunjungi butik tersebut . Dia memegang dan membelek-belek kami sambil melihat tanda harga di badan kami . Aku terpesona memandang wajahnya yang cantik itu . Akhirnya , dia membeliku dengan harga RM99.99 . Aku berasa sungguh gembira kerana memilihku dan memepunyai seorang tuan yang cantik . Aku dibawa pulang dan disangkutkan ke dalam almari pakaiannya bersama dengan baju baju yang lain . Pada keesokannya aku dipakai olehnya ke tempat kerja . Rupa-rupa dia seorang guru . Rakan-rakannya asyik memuji kecantikan aku . Aku berasa sungguh bangga dengan kecantikan diriku itu . Sejak hari itu aku sering dipakai olehnya kerana aku adalah warna kegemarannya . Beberapa bulan kemudian warnaku semain pudar . Kepudaran warnaku itumenyebabkan dia jarang memakaiku lagi . Kini , tuan aku telah membeli baju lain yang lebih cantik . Aku berasa amat sedih. Aku telah dipilih dan dimasukkan ke dalam almari . Pada suatu hari , aku dan rakan-rakan yang senasib denganku telah dimasukkan ke dalam sebuah kotak . Kami dihadiahkan kepada mangsa banjir di Kota Tinggi , Johor . Aku amat bersyukur kerana aku mendapat tuan baru lagi dan aku terus dipakainya olehnya walaupun warnaku sudah pudar .

Contoh karangan b

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Contoh karangan b

Aku Sepasang Baju Kurung

Aku ialah sepasang baju kurung . Badanku bewarna biru berbunga putih amat menawan . Aku dibuat di sebuah kilang pakaian di Shah Alam , Selangor .

Pada suatu hari , aku dan kawan-kawanku dihantar ke sebuah butik pakaian di Kuala Lumpur . Kami digantung di rak kaca butik itu . Kami digantung supaya dapat dilihat oleh orang ramai yang lalu lalang di situ . Pada badan kami diletakkan tanda harga .

Pada suatu hari , seorang wanita datang mengunjungi butik tersebut . Dia memegang dan membelek-belek kami sambil melihat tanda harga di badan kami . Aku terpesona memandang wajahnya yang cantik itu . Akhirnya , dia membeliku dengan harga RM99.99 . Aku berasa sungguh gembira kerana memilihku dan memepunyai seorang tuan yang cantik .

Aku dibawa pulang dan disangkutkan ke dalam almari pakaiannya bersama dengan baju baju yang lain . Pada keesokannya aku dipakai olehnya ke tempat kerja . Rupa-rupa dia seorang guru . Rakan-rakannya asyik memuji kecantikan aku . Aku berasa sungguh bangga dengan kecantikan diriku itu .

Sejak hari itu aku sering dipakai olehnya kerana aku adalah warna kegemarannya . Beberapa bulan kemudian warnaku semain pudar . Kepudaran warnaku itumenyebabkan dia jarang memakaiku lagi . Kini , tuan aku telah membeli baju lain yang lebih cantik . Aku berasa amat sedih. Aku telah dipilih dan dimasukkan ke dalam almari .

Pada suatu hari , aku dan rakan-rakan yang senasib denganku telah dimasukkan ke dalam sebuah kotak . Kami dihadiahkan kepada mangsa banjir di Kota Tinggi , Johor . Aku amat bersyukur kerana aku mendapat tuan baru lagi dan aku terus dipakainya olehnya walaupun warnaku sudah pudar .

Peristiwa yang tidak dapat dilupakan

Page 2: Contoh karangan b

Hari ini sekali lagi aku berdiri di hadapnn kelas . Aku masih lagi gagal menghafal sifir tujuh dan sifir lapan sepertimana rakan-rakanku yang lain. Cikgu Rahman memandangku dengan dengan muka yang merah padam tanda marah.

Tiba-tiba Cikgu Rahman menyuruh aku menadah tangan. Cikgu Rahman merotan tapak tanganku sebanyak dua kali. Merah mukaku menahan kesakitan. Bertambah sedih hatiku apabila ada beberapa orang rakan kelasku bertepuk tangan. Mereka mengejek aku.

Sebelum aku pulang ke tempat dudukku, sekali lagi aku diingatkan supaya menghafal kedua-dua sifir tersebut. Jika aku masih gagal menghafalnya, aku akan dirotan lagi. Pada hari itu, sebaik sahaja pulang dari dari sekolan aku terus masuk ke bilikku sambil menangis. Ibu yang melihat aku menangis terus mendekati dan bertanya mengapa aku menangis.

Aku menceritakan kepada ibu tentang peristiwa yang berlaku di sekolah tadi. Aku menunjukkan kesan tapak tanganku yang masih berbekas merah akibat dirotan. Ibu tidak menyalahkan Cikgu Rahman sebaliknya menyuruh aku mengubah sikapku dan berusaha menghafal sifir tersebut. Pada petang itu, ibu membantu aku menghafal kedua-dua sifir tersebut.

Aku menghafal dengan bersungguh sungguh. Akhirnya aku berjaya. Dua hari kemudian, sekali lagi aku dipanggil oleh Cikgu Rahman ke hadapan kelas untuk menghafal sifir tujuh dan lapan. Aku telah berjaya menghafal dengan lancar. Cikgu Rahman memuji dan menghadiahkan aku RM5.00.

Hari itu adalah yang paling menggembirakan aku. Walaupun peristiwa itu telah lama berlaku, namun masih segar dalam ingatanku sehingga ke hari ini. Dengan menghafal sifir tersebut, pencapain aku dalam mata pelajaran Matematik semakin baik dan sentiasa dipuji oleh Cikgu Rahman.

KARANGAN Peribahasa

Tajuk : Nasi Sudah Menjadi Bubur

Page 3: Contoh karangan b

Sazali ialah anak bongsu dalam kalangan adik-beradiknya.Dia telah dimanjakan secara keterlaluan oleh ibu dan ayahnya.Segala kemahuannya dituruti oleh keluarganya.Dia tidak suka mencontohi sikap kakak dan abangnya yang rajin .

Dia juga sering pulang lewat malam walaupun telah ditegah oleh kakak dan abangnya kerana dia tak akan ditegur oleh ayahnya yang sibuk bekerja.Dia juga bergaul dengan kawan yang tidak berakhlak .

Lebih-lebih lagi,dia mula mencuri di kedai-kedai.Dia berasa puas dan gembira apabila telah melakukan perlakuan yang tidak bermoral itu.Dia juga tidak mendengar akan nasihat ibu bapanya seperti mencurah air ke daun keladi.

Pada suatu hari,dia dan rakan-rakannya telah membuat satu rancangan untuk merompak sebuah bank yang berdekatan dengan taman perumahan mereka.Dia telah memebuat perancangan yang sungguh teliti.Tetapi malang tidak berbau,Sazali dan rakan-rakannya telah ditangkap semasa asyik merompak bank oleh salah seorang kawan anggota polis yang kebetulan sedang membuat rondaan di kawasan itu.

Sazali dan rakan-rakannya telah dipenjarakan selama sepuluh tahun.Dia juga dijatuhkan hukuman rotan sebanyak lima kali kerana kesalahan merompak.

Walau bagaimanapun, "nasi sudah menjadi bubur".Tiada gunanya untuk menyesal.Oleh itu,kita tidak seharusnya melakukan sesuatu perkara yang boleh membawa keburukan kepada diri kita.

Faedah Bersukan

Semua orang perlu bersukan sebanyak tiga kali seminggu. Bidang sukan sangat penting kepada masyarakat dan negara. Ini kerana bersukan dapat menyihatkan badan. Bersukan juga mempunyai kepentingan tersediri.

Kita boleh bersukan untuk mengisi masa lapang. Cara ini dapat membantu kita mengisi masa lapang dengan berfaedah. Cara ini juga dapat menolong kita

Page 4: Contoh karangan b

mencergaskan badan. Perbuatan ini boleh menepati peribahasa ‘badan cergas otak cerdas’

Selain itu, bersukan dapat membantu kita menjaga kesihatan. Semasa kita bersukan, badan kita mengeluarkan peluh. Secara tidak lengsung, garam yang berlebihan dikeluarkan. Dengan ini, kita tidak akan mudah menjadi gemuk.

Di samping itu, bersukan juga dapat mengelakkan diri kita daripada terjerumus dalam kegiatan yang tidak sihat. Kita juga tidak akan melakukan kegiatan yang tidak seronok jika kita bersukan. Jenayah di negara kita juga dapat dikurangkan.

Bagi mereka yang berbakat dalam bidang sukan, mereka boleh mengharumkan nama sekolah, negeri dan negara dengan mengambil bahagian dalam pertandingan, seperti Lee Chong Wei. Jaguh-jaguh sukan sebegini akan mengharumkan nama negara di pentas antarabangsa.

Oleh itu, semua pihak harus sedar akan kepentingan bersukan. Jika semua masyarakat bersukan, maka kes jenayah di negara dapat dikurangkan dengan mudah.

Faedah Membaca

Semua orang tanpa mengira usia perlulah menyemai minat membaca dalam sanubari mereka. Amalan membaca memberikan banyak faedah kepada seseorang itu sepanjang hidupnya sama ada disedari atau tidak oleh diri individu tersebut.

Manfaat yang jelas diberikan oleh sikap membaca ialah ilmu pengetahuan seseorang itu dalam pelbagai bidang akan bertambah. Pemilikan pengetahuan ini memudahkan seseorang itu untuk menyesuaiakan diri dalam kehidupan era moden yang penuh cabaran ini.

Page 5: Contoh karangan b

Tambahan pula, sikap membaca boleh menjadi satu cara yang paling mudah dan murah untuk menghabiskan masa lapang. Seseorang itu hanya perlu membeli majalah, akhbar atau buku dan duduk membaca di mana-mana yang sesuai buat mereka berjam-jam lamanya tanpa sebarang gangguan.

Bahan bacaan juga boleh menjadi satu cara untuk menghiburkan seseorang itu terutama ketika keseorangan. Ada banyak bahan bacaan yang mampu memberikan pelbagai bentuk hiburan seperti novel, cerpen dan puisi kepada pembacanya dengan mudah.

Malah, membaca juga boleh membantu seseorang itu terutama pelajar untuk lulus dengan baik dalam peperiksaannya. Semakin banyak buku yang dibaca semakin besarlah peluang pelajar itu untuk lulus dengan cemerlang kerana semua soalan peperiksaan berdasarkan bahan bacaan yang diberikan oleh pihak sekolah.

Konklusinya, tabiat suka membaca perlu dipupuk sejak kecil. Minat ini kemudiannya akan berkembang apabila mereka menjadi dewasa lalu amalan ini akan terus wujud dalam diri seseorang itu

Percutian di Pulau Langkawi

Pada cuti persekolahan minggu lalu,ayah membawa kami sekeluarga makan angin di Pulau Langkawi.Kami pergi dengan menaiki kereta Naza Ria.Setelah melalui Lebuh Raya Utara-Selatan (Plus) selama tujuh jam,akhirnya kami tiba di Kuala Perlis.

       Kami kemudiannya menaiki feri menuju ke Jeti Kuah.Perjalanan yang mengambil masa hampir satu jam itu saya gunakan untuk menikmati keindahan laut yang membiru.Nun di kejauhan,saya terlihat sampan nelayan berkolek-kolek dipukul ombak.

       Apabila tiba di jeti,ayah segera menyewa sebuah kereta.Ayah membawa kami ke sebuah hotel yang sudah ditempah.Sesampainnya di hotel,kami segera mandi,bertukar pakaian dan bersolat.

Page 6: Contoh karangan b

       Hari kedua kami isikan dengan melawat sekitar pulau.Kami tidak melepaskan peluang melihat tempat-tempat menarik seperti Makam Mahsuri dan Kampung Buku.Kami adik-beradik berpeluang berkejaran di pantai yang bersih.

       Ibu mengajak kami membeli-belah di Pekan Kuah.Banyak barang yang ibu beli seperti pinggan mankuk dan kain batik.Untuk kami yang seramai enam orang,ibu belikan pakaian.

       Hari ketiga,kami berangkat pulang meninggalkan pulau yang indah,bersih dan menarik itu.Tempoh tiga hari bagi kami tidak mencukupi untuk melawat sebuah pulau yang agak luas.Namun,pengalaman percutian itu amat besar maknanya bagi saya.

Kebenaran Melawat ke Sebuah Syarikat Penerbitan.Persatuan Bahasa Malaysia,Sekolah Kebangsaan Bukit Beruntung,49300 Rawang,Selangor Darul Ehsan.

Pengurus Penerbitan,Wira Buku,Taman Seri Gombak,69100 Bati Caves,Selangor Darul Ehsan. 6 MEI 2013

Tuan,

Kebenaran Lawatan Sambil Belajar Ke Syarikat Wira Buku.

Merujuk perkara di atas, sukacita dimaklumkan bahawa Persatuan Bahasa Malaysia Sekolah Kebangsaan Bukit Beruntung 1 telah merangka satu rancangan untuk mengadakan lawatan sambil belajar ke syarikat penerbitan tuan yang menerbitkan majalah Cahaya Mataku.

2. Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk menggelakkan ahli seperti katak bawah tempurung. Segala pengetahuan tersebut diharap dapat dimafaatkan di sekolah.

3. Sehubungan itu, bersama-sama ini disertakan butir-butir lengkap untuk makluman pihak tuan.

Tarikh :Sabtu, 25 Mei 2013

Page 7: Contoh karangan b

Waktu :9.30 pagi hingga 12.00 tengah hari

Peserta :40 orang murid dan empat orang guru pengiring

4. Walau bagaimanapun, jika tarikh lawatan tersebut tidak bersesuaian, kami tidak menghadapi masalah sekiranya tuan memindanya kepada tarikh yang lain. Kami berharap agar pihak tuan dapat mempertimbangkan permohonan ini. Kerjasama pihak tuan kami dahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

___________________________________

(NUR ILLYA MAISARA BINTI MOHD ZANAFI)

Setiausaha,Persatuan Bahasa Malaysia,Sekolah Kebangsaan Bukit Beruntung 1.

Meminta Kebenaran Mengadakan Perkemahan.

Persatuan Puteri Islam,Sekolah kebangsaan Bukit Beruntung 1,48300 Rawang,Selangor Darul Ehsan.

Tuan Guru Besar,Sekolah kebangsaan Bukit Beruntung 1,48300 Rawang,Selangor Darul Ehsan. 4 MAC 2013

Tuan,

Meminta kebenaran Mengadakan Perkemahan

Merujuk perkara di atas, saya Nur Illya Maisara binti Mohd Zanafi selaku Setiausaha Persatuan Puteri Islam diminta oleh guru penasihat untuk menulis surat kepada tuan. Tujuan surat ini adalah untuk meminta kebenaran mengadakan perkemahan. Perkemahan tersebut melibatkan 80 ahli persatuan.

2. Untuk pengetahuan pihak tuan, perkemahan itu akan diadakan pada 3 Mei hingga 5 Mei 2013. Aktiviti akan diadakan di Hutan Pinang Sebatang. Setiap ahli dikenakan bayaran sebanyak RM30.00.

Page 8: Contoh karangan b

3. Tujuan aktiviti tersebut diadakan adalah kerana untuk memberikan pengalaman baharu kepada ahli sebagai batu loncatan untuk Berjaya. Segala ilmu yang dipelajari di sekolah dapat dimafaatkan ketika mengikuti perkemahan itu. Malah, aktiviti yang dijalankan dapat membantu sikap berdikari dalam kalangan ahli.

4. Saya berharap agar pihak tuan tidak menghalang untuk mengizinkan ahli Puteri Islam menganjurkan aktiviti tersebut. Kerjasama dan perhatian tuan amatlah disanjung tinggi. Saya akhiri surat saya ini dengan lafaz berbanyak-banyak terima kasih.

Yang menjalankan tugas,

___________________________

(NUR ILLYA MAISARA BINTI MOHD ZANAFI)

Setiausaha,Persatuan Puteri Islam,Sekolah kebangsaan Bukit Beruntung 1.

SOALAN 1 : Anda menerima surat daripada rakan anda yang telah berpindah ke sekolah lain. Di dalam suratnya, dia bertanyakan persiapan anda bagi menghadapi UPSR. Balas surat rakan anda itu dan ceritakan usaha-usaha anda menjelang peperiksaan tersebut.                                                                                                                       

                                                                                                                    No 1, Lorong 2.                                                                                                                        Taman

Tambun,                                                                                                                         14000

Simpang Ampat,                                                                                                                          Pulau

Pinang.

                 Menemui sahabatku yang diingati selalu, Zafran yang kini berada di Kota Bharu, Kelantan . Semoga sihat sejahtera.

Saudara,                Apa khabar ? Semoga saudara dan keluarga dalam keadaan sihat sejahtera. Surat saudara telah selamat saya terima beberapa hari yang lalu. Terima kasih saya ucapkan kerana saudara masih mengingati saya.                Dalam surat saudara yang lepas, saudara bertanyakan persediaan saya untuk menghadapi UPSR. Sememangnya saya telah membuat persediaan lebih awal kerana tidak mahu menyesal kemudian hari. Hanya tinggal beberapa minggu lagi kita akan menghadapi UPSR.               Kata orang tua-tua, sediakan payung sebelum hujan. Oleh itu, saya telah cuba bersedia dari awal lagi untuk menghadapi UPSR. Saya telah menyediakan jadual waktu belajar di rumah. Saya menetapkan masa untuk membuat kerja-kerja rumah dan masa untuk mengulang kaji setiap mata pelajaran. Dengan cara ini saya dapat belajar dengan lebih teratur dan sistematik.

Page 9: Contoh karangan b

              Selain itu, saya mengikuti kelas tambahan yang diadakan oleh guru-guru pada waktu petang dan setiap hujung minggu. Dalam kelas tambahan ini, saya dapat berkongsi idea dengan rakan-rakan dan bertanyakan soalan kepada guru sekiranya tidak faham.Saya juga bertukar-tukar nota dan soalan peperiksaan dengan rakan-rakan dari sekolah lain untuk mempelbagaikan soalan latih tubi saya.                Saya juga sering mengikuti seminar dan kem motivasi yang diadakan oleh pihak sekolah.Kami banyak mendapat pendedahan tentang cara-cara belajar yang betul.               Saya berharap agar kita akan mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan UPSR nanti. Akhir kata, sambutlah salam daripada saya untuk saudara sekeluarga. Semoga kita akan berjumpa lagi di lembaran yang lain.

                                                                                                                      Sahabatmu,

……………………Alif Bin Arif

39, Jalan Jenjarum 1, Seksyen BS 2,

48300 Rawang, Selangor Darul Eksan.

30 Mei 2013.

Menemui sahabatku, Natasha Ali yang berada di Batu Berendam, Melaka. Ketika saya menulis surat ini saya berada dalam keadaan sihat. Diharapkan saudari dan keluarga lebih-lebih lagi.

Natasha yang diingati, Terima kasih atas kesudian saudari menulis surat kepada saya. Menjawab pertanyaan saudari tentang Hari Guru di sekolah saya, pada tahun ini sambutannya sungguh meriah. Pelbagai acara diadakan, baik persembahan di dewan mahupun aktiviti sekaneka di padang. Acara dimulakan pada jam 8.00 pagi di dewan sekolah. Majlis dimulakan dengan ucapan Ketua Murid, diikuti oleh ucapan Tuan Guru Besar, dan pembacaan ikrar oleh guru-guru.Kemudian, guru-guru menyanyikan lagu “Guru Malaysia” dan lagu tema Hari Guru.

Natasha yang dirindui, Kira-kira sejam kemudian, diadakan acara sukaneka di padang sekolah. Guru-guru dan beberapa orang murid mengambil bahagian. Diantara acara yang diadakan termasuklah permainan lari di dalam guni, berjalan menggunakan terompah gergasi, permainan bola sepak tujuh sebelah. Kira-kira jam 11.30 pagi, acara diteruskan dengan persembahan kebudayaan di dewan sekolah. Guru-guru menunjukkan bakat dengan menyanyi, menari, dan bermain silap mata. Kami merasa besar hati dengan persembahan guru-guru. Demikian serba sedikit tentang persembahan Hari Guru di sekolah saya. Jika ada kelapangan saya akan menulis surat lagi kepada saudari. Saya akhiri surat ini dengan ucapan terima kasih.

Page 10: Contoh karangan b

Sahabat mu,

……………………………… (Nur Illya Maisara)

Surat Kepada Guru.

39, Jalan Jenjarum 1, Seksyen BS 2,

48300 Rawang, Selangor Darul Eksan.

30 Mei 2013.

Ke hadapan Cikgu Saadah yang berada di Sekolah Kebangsaan Bukit Beruntung, Rawang, Selangor. Semoga berada dalam keadaan sihat. Ketika saya menulis surat ini saya juga berada dalam keadaan sihat.

Cikgu yang diingati, Mungkin cikgu terkejut menerima surat saya ini. Untuk pengetahuan cikgu, saya ialah murid cikgu Sembilan tahun lalu, iaitu di Kelas Enam Intan. Cikgu mengajar saya mata pelajaran Bahasa Malaysia. Tentu cikgu masih ingat kepada saya. Selain menjadi Ketua Murid, saya merupakan seorang daripada lapan murid yang mendapat 5A dalam peperiksaan UPSR. Hasil kejayaan tersebut, saya terpilih memasuki Maktab Melayu Kuala Kangsar.

Cikgu yang dirindui. Bimbingan dan pengorbanan cikgu tidak mungkin saya lupakan. Pada mulanya, saya ingin menolak tawaran tersebut kerana keadaan keluarga saya yang miskin. Atas usaha cikgu, cikgu berjaya mengumpul wang daripada penduduk kampong berjumlah RM1 324. Harapan serta usaha cikgu dan masyarakat kampong menyebabkan sala bulat hati untuk berjaya. Kini, saya berjaya memasuki Universiti Kebangsaan Malaysia dalam bidang perubatan. Benarlah kata cikgu, kejayaan bergantung pada usaha, bukan pada miskin atau kayanya seseorang. Sampai disini sahaja surat saya pada kali ini. Jika ada kesempatan saya akan menulis lagi. Saya akhiri surat ini dengan ucapan terima kasih.

Bekas muridmu,

……………………………….

Page 11: Contoh karangan b

(Nur Illya Maisara)

KARANGAN UPSR (Syarahan) : Faedah Bergotong-royong

Tulis sebuah syarahan yang bertajuk “Faedah Bergotong-royong:.

Selamat sejahtera saya ucapkan kepada Tuan Pengerusi Majlis, barisan hakim yang arif lagi bijaksana, Guru Besar, guru-guru, dan para hadirin. Ada pagi yang mulia ini, saya akan menyampaikan sebuah syarahan yang bertajuk “Faedah Bergotong-royong”.

Hadirin sekalian,

Menurut Kamus Dewan 2009, konsep gotong-royong membawa maksud mengerjakan atau mengusahakan sesuatu secara bersama-sama. Berdasarkan makna ini, sebarang aktiviti kerja yang dilaksanakan secara bersama-sama bolehlah dianggap sebagai bergotong-royong.

Amalan bergotong-royong memastikan semua kerja dapat dilaksanakan dengan cepat, mudah dan menjimatkan kos serta meriah. Sebagai contoh, majlis perkahwinan menjadi lebih mudah untuk dilaksanakan jika semua ahli masyarakat bekerjasama melaksanakannya selain menjimatkan kos untuk mengupah orang datang memasak atau membina pelamin buat pasangan pengantin. Ringkasnya, sikap mementingkan diri dapat dihindarkan menerusi amalan yang murni ini.

Di kampung-kampung, amalan ini masih lagi boleh dilihat dan berlaku sehingga hari ini. Dengan amalan ini, kita bukan sahaja dapat menjimatkan kos dan masa tetapi mengeratkan perpaduan sesama ahli masyarakat setempat kerana berlakunya interaksi ketika amaln bergotong-royong ini dilakukan.

Oleh itu, amalan ini merupakan satu tradisi mulia yang perlu dikekalkan. Kita sebagai rakyat di negara ini yang terdiri daripada pelbagai kaum perlu mengekalkan amalan murni ini supaya satu masyarakat yang bersatu-padu mampu dihasilkan dengan mudah. Perpaduan yang selama ini wujud banyak bergantung kepada kekerapan aktiviti bergotong-royong ini dilakukan.

Memandangkan masa tidak mengizinkan saya untuk terus berkata-kata, biarlah saya mengundurkan diri dahulu.

Sekian, terima kasih.

Page 12: Contoh karangan b

Syarahan Cara-cara Membalas Jasa Guru

Terima kasih Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Tuan Guru Besar, barisan hakim, guru-guru serta rakan-rakan sekalian. Salam sejahtera saya ucapkan. Pada pagi yang berbahagia ini, izinkan saya menyampaikan syarahan yang bertajuk "Cara-cara Membalas Jasa Guru".

Hadirin sekalian, Guru ialah insan yang mengajar kita membaca, menulis dan mengira. Ilmu yang diberikan tidak terbatas dalam bidang pendidikan sahaja, malahan merangkumi keperibadian seseorang. Justeru itu sewajarnyalah sebagai manusia yang tahu mengenang budi, jasa mereka patut dibalas.

Cara terbaik untuk membalas jasa dan pengorbanan guru adalah dengan belajar bersungguh-sungguh. Di sekolah kita hendaklah tekun mendengar ajaran guru dan janganlah mengamalkan sikap acuh tak acuh semasa proses pengajaran sedang dijalankan. sikap sebegini menyebabkan kita juga yang mengalami kerugian.Hadirin yang dikasihi,

Selain itu, kita perlu menghormati mereka seperti kita menghormati ibu bapa kita. Apabila berbicara dengan mereka, gunakanlah kata-kata yang manis dan penuh budi bahasa. Malahan janganlah bersikap berat tulang untuk menawarkan bantuan kepada mereka seperti mengangkat buku dan membersihkan kelas.

Apabila sudah berjaya, jangan sesekali melupakan jasa guru kita. Jika ada kesempatan, kirimkanlah kad kepada mereka terutamanya pada Hari Guru. Malahan jika berpeluang kunjungilah mereka untuk bertanyakan khabar.

Akhir sekali, hadiah paling bermakna bagi membalas jasa guru ialah dengan menjadi murid yang berjaya dan cemerlang dalam bidang akedimik serta menjadi manusia yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.

Sekian, terima kasih.

Page 13: Contoh karangan b

Syarahan tentang "Cara-cara Menjadi Murid Cemerlang"

Karangan UPSR

Tulis syarahan bertajuk “Cara-cara Menjadi Murid Cemerlang”

Selamat sejahtera saya ucapkan kepada Tuan Pengerusi Majlis, guru besar, para guru serta rakan sekalian. Izinkan saya menyampaikan satu syarahan bertajuk “Cara-cara Menjadi Murid cemerlang”.

Hadirin,

Kecemerlangan pasti mampu meningkatkan imej seseorang murid tersebut. Oleh itu, setiap murid harus tahu cara-cara tertentu untuk mencapai kecemerlangan pendidikan ini.

Langkah awal ialah setiap murid perlu sedar akan kelemahan diri mereka. Kefahaman akan kelemahan diri ini membolehkan murid menyedari subjek yang perlu diberi penekanan lebih mendalam. Oleh itu, murid akan belajar secara sistematik bagi menangani kelemahan tersebut.

Selain itu, murid harus memiliki jadual belajar yang efektif. Kewujudan jadual sebegini menjadikan murid tahu masa yang sesuai untuk melakukan pelbagai aktiviti yang bukan sahaja berkaitan dengan pelajaran tetapi aktiviti lain yang turut penting seperti berbual-bual dengan rakan dan bersukan. Kepatuhan mematuhi jadual ini menjadikan murid akan mengalami satu kehidupan belajar yang seimbang.

Hadirin yang budiman,

Setiap murid juga semestinya memiliki satu teknik ulang kaji yang berkesan. Semua subjek harus diteliti dan latihan yang cukup dilaksanakan untuk memastikan murid memahami subjek itu secara mendalam. Latihan yang sistematik menjadikan murid lebih yakin untuk menghadapi peperiksaan kelak.

Malah, aspek kesihatan diri secara peribadi harus ditekankan. Amalan pemakanan seimbang bersama-sama ketenangan emosi penting dalam kejayaan seseorang murid itu. Keadaan ini boleh menjadikan murid lebih yakin dan tenang menghadapi sebarang cabaran peperiksaan yang muncul.

Sesungguhnya, kecemerlangan tidak mungkin diperoleh dengan mudah sahaja. Semua murid harus berusaha dan mematuhi amalan-amalan positif tertentu. Tanpa usaha sudah pasti kejayaan tidak akan muncul begitu sahaja.

Sekian sahaja syarahan saya pada kali ini. Terima kasih.

Laporan Hari Sukan Sekolah

LAPORAN SUKAN SEKOLAH KEBANGSAAN BESOUT 3

Page 14: Contoh karangan b

Pada 23 Januari 2013,Sekolah Kebangsaan Besout 3, telah mengadakan sukan tahunan sekolah.Hari sukan bermula pada pukul 8:00 pagi.Hari sukan diadakan di Padang Sekolah Kebangsaan Besout 3 yang terletak di belakang sekolah.

Pada pagi itu,semua olahragawan dan olahragawati beratur mengikut rumah masing-masing untuk masuk ke padang.Kami berkawat kaki mengikut rentak muzik.Pengerusi PIBG dijemput untuk menerima tabik kehormatan oleh murid-murid.Kemudian Ketua Kontinjen membaca ikrar.Kemudian Pengerusi PIBG dijemput berucap dan merasmikan temasya sukan tersebut.

Selepas itu bermulalah acara. Antara acara yang dipertandingkan termasuklah acara 100m,200m,400m,4x100m. Selain itu, acara lontar peluru,lompat tinggi,lompat jauh dan tarik tali turut dipertandingkan.

Pengerusi PIBG dan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Besout 3 dan beberapa orang ahli Jawatankuasa Temasya Sukan juga dijemput untuk menyampaikan pingat dan hadiah kepada semua pemanang. Mereka juga mengucapkan tahniah kepada pemenang.

Sebelum acara berakhir, Guru Besar mengumumkan keputusan temasya sukan pada hari tersebut. Johan ialah Rumah Kuning, Naib johan pula disandang oleh Rumah Biru manakala Rumah Kuning mendapat tempat ketiga. Olahragawati ialah Norazmina Binti Kamaruddin dari Rumah Kuning,manakala olahragawan ialah Salleh Bin Ayub juga dari Rumah Kuning.

Akhirnya,Guru Besar mengumumkan cuti sehari pada hari Isnin iaitu pada 26 Januari.Sebelum pulang,Guru Besar meminta semua murid membersihkan padang .Guru Besar juga mengucapkan tahniah kepada pemenang dan memberikan nasihat kepada peserta yang kalah.

Disediakan oleh, 28 JANUARI 2010

…………………………………….

(SUBUH BIN ZUHUR)

Setiausaha sukan,Sekolah Kebangsaan Besout 3.Senarai Tajuk Karangan Peperiksaan UPSR Tahun-tahun Lepas - Sekolah Kebangsaan ( Penulisan) sepanjang tahun 1991 – 2007kredit : andrewchoo

Syarahan: Perlunya Murid-murid Mematuhi Peraturan SekolahDialog: Cara-cara Mengindahkan Kawasan SekolahGambar tunggal / Cerita: Aktiviti PerkhemahanFakta: Peristiwa yang Tidak dapat Saya LupakanFakta: Cara-cara Mengembirakan  Ibu Bapa

Page 15: Contoh karangan b

Surat Tidak Rasmi: Pengalaman di tempat baruCerita: Peristiwa yang Tidak dapat Saya LupakanKeperihalan: Jika Saya Ada Wang BanyakLaporan: LawatanDialog: Cara-cara Menjaga Kesihatan BadanSyarahan: Faedah BersukanMelengkapkan Cerita: Kebakaran / Kegiatan Pembakaran Secara TerbukaCerita: Cerita Aneh / Ganjil Yang Kamu TahuKeperihalan: Sambutan Hari KebangsaanSurat Rasmi: Menyatakan Sebab-Sebab Tidak Dapat Hadir Ke SekolahFakta: Cara-cara Menjaga Kebersihan dan Tempat TinggalFakta: Faedah MembacaDialog: Perbualan tentang kejayaanUcapan: Majlis Mengenang Ibu BapaSyarahan: Pentingnya Kerjasama di Kalangan MuridCerita: Pengalaman lewat ke sekolah dan perkara yang dilakukanPerbahasan: Belajar berkumpulan adalah lebih baik dari belajar sendiriLaporan: Mesyuarat Penubuhan Kelab BukuCerita: Hilang ketika pesta dan perkara yang dilakukan pada masa itu.Ucapan: Sambutan Hari GuruSurat Tidak Rasmi: Persediaan menghadapi UPSRCerita: Tindakan membantu orang tua yang terjatuh di atas jalan rayaLaporan: Gotong – royongSurat Rasmi: Memohon Mengguna DewanCerita: Tindakan yang diambil setelah mendengar jeritan di padangCerita: Hari Penyampaian HadiahSyarahan: Menghormati Orang Tua Amalan yang MuliaMelengkapkan Cerita: Mengakhiri Cerita ”…Namun demikian, peristiwa itu tetap dalam ingatanku hingga ke hari ini.”Berita: Hari Kanak-kanak Peringkat SekolahSurat Tidak Rasmi: Mengajak kawan menyertai aktiviti semasa cuti sekolahCerita : Membantu rakan yang kehilangan wangFakta: Faedah Mengikuti Kelas TambahanDialog: Kejayaan kawan anda sebagai peserta terbaik sukan tahunan sekolahCerita: Menceritakan pengalaman menghadapi situasi kawan yang tercedera ketika kelas Kemahiran Hidup Fakta: Faedah membacaLaporan: Laporan perkhemahan unit beruniformMelengkapkan cerita: Mengakhiri cerita ”….peristiwa itu menjadi kenangan dan tidak mudah kulupakan.”Aktiviti: Gambar bersiri (2 gambar) Suasana di pasarCatatan: Kem motivasi UPSRPerihal / Gambaran: Berkelah bersama keluargaTemu ramah / wawancara: Temu bual dengan kawan yang menang pertandingan berceritaPengajaran: Kemalangan dalam rumah – adik pecahkan barang kakakGambar bersiri: (1 gambar) Suasana di kantinUcapan: Penjagaan kesihatan / Majlis meraikan kejayaan /LawatanPerbualan: Sebagai seorang murid yang baikGambar bersiri: ( 1 gambar)Suasana di dewanBerita: Melengkapkan cerita / Kebaikan jiran – jiran / Pertandingan melukis ( Hari Kemerdekaan )Nilai: Terjumpa sebuah dompet.