9
CED 520 – Assignment 3 PENGURUSAN KESELAMATAN MURID 1.0. Definisi Keselamatan terhadap murid di sekolah merupakan aspek yang harus diberi keutamaan. Ini kerana terdapat pelbagai aktiviti melibatkan mereka yang boleh mendatangkan risiko ancaman terhadap keselamatan diri. Fokus arahan keselamatan dalam elemen ini adalah tatacara dan langkah-langkah yang perlu diambil oleh pihak sekolah bagi menjamin keselamatan murid merangkumi perjalanan pergi dan balik dari sekolah, semasa pengajaran & pembelajaran, aktiviti kokurikulum, sukan dan permainan, aktiviti lawatan dan perkhemahan serta di asrama. 2.0. Matlamat Menjamin keselamatan murid daripada segala bentuk ancaman keselamatan semasa sesi persekolahan. 3.0. Objektif 3.1 Mengurangkan kes-kes kemalangan semasa murid pergi dan balik dari sekolah. 3.2 Mengurangkan kes-kes kemalangan semasa sesi pengajaran & pembelajaran dan waktu rehat. 3.3 Mengurangkan kes-kes kemalangan semasa aktiviti kokurikulum, sukan dan permainan. 3.4 Mengurangkan kes-kes kemalangan semasa aktiviti lawatan dan perkhemahan.

Ced 520 panduan keselamatan mulan

  • Upload
    ai-jay

  • View
    63

  • Download
    2

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Ced 520 panduan keselamatan mulan

CED 520 – Assignment 3

PENGURUSAN KESELAMATAN MURID

1.0.      DefinisiKeselamatan terhadap murid di sekolah merupakan aspek yang harus diberi keutamaan. Ini

kerana terdapat pelbagai aktiviti melibatkan mereka yang boleh mendatangkan risiko ancaman

terhadap keselamatan diri. Fokus arahan keselamatan dalam elemen ini adalah tatacara dan

langkah-langkah yang perlu diambil oleh pihak sekolah bagi menjamin keselamatan murid

merangkumi perjalanan pergi dan balik dari sekolah, semasa pengajaran & pembelajaran,

aktiviti kokurikulum, sukan dan permainan, aktiviti lawatan dan perkhemahan serta di asrama.

2.0.      MatlamatMenjamin keselamatan murid daripada segala bentuk ancaman keselamatan semasa sesi

persekolahan.

3.0.       Objektif3.1       Mengurangkan kes-kes kemalangan semasa murid pergi dan balik dari sekolah.

3.2        Mengurangkan kes-kes kemalangan semasa sesi pengajaran & pembelajaran

dan waktu rehat.

3.3       Mengurangkan kes-kes kemalangan semasa aktiviti kokurikulum, sukan dan

permainan.

3.4       Mengurangkan kes-kes kemalangan semasa aktiviti lawatan dan perkhemahan.

3.5       Mengurangkan kes-kes kemalangan murid di asrama.

3.6       Meningkatkan kefahaman tatacara keselamatan kepada semua warga sekolah.

4.0      Arahan Keselamatan Murid Semasa Aktiviti Kokurikulum, Sukan Dan Permainan.

4.1       Sekolah hendaklah menyediakan arahan berkaitan keselamatan murid sebelum,

semasa dan selepas aktiviti kokurikulum, sukan dan permainan.

4.2       Sekolah hendaklah membuat pengawasan murid sebelum, semasa dan selepas

aktiviti kokurikulum, sukan dan permainan.

6.3              4.3     Sekolah hendaklah merekodkan kehadiran murid.

Page 2: Ced 520 panduan keselamatan mulan

4.4      Sekolah hendaklah memastikan tatacara penggunaan peralatan aktiviti

kokurikulum, sukan dan permainan dipatuhi.

4.5       Sekolah hendaklah memastikan murid mematuhi peraturan  berpakaian semasa

melaksanakan aktiviti kokurikulum, sukan dan permainan.

4.6       Sekolah hendaklah merekodkan pergerakan keluar murid yang menghadiri

aktiviti kokurikulum, sukan dan permainan.

                          

Page 3: Ced 520 panduan keselamatan mulan

Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan di Hari Sukan Sekolah

Sekolah kini perlu menerapkan soal keselamatan dan kesihatan pekerjaan di antara guru

(mewakili pekerja) dan pelajar-pelajar (mewakili pelanggan ataupun mereka yang selain

daripada pekerja). Ini telah termaktub di dalam Akta Kesihatan dan Pekerjaan 1994 (OSHA)

dalam seksyen tanggungjawab majikan terhadap pekerja mereka dan kepada mereka yang

selain daripada pekerja tetapi masih dalam premis mereka.

Akhbar telah melaporkan pelbagai kemalangan yang melibatkan pelajar malah guru

kebelakangan ini. Dari isu kesihatan (kebersihan dan higen) di mana kes-kes keracunan

makanan dilaporkan sehinggakan kemalangan maut ditimpa tiang gol, jatuh dari bangunan dan

Page 4: Ced 520 panduan keselamatan mulan

sebagainya. Terbaru kejadian pagar sekolah runtuh turut dilaporkan.

Selain dari pemantauan semasa operasi harian, soal keselamatan dan kesihatan semasa

menjalankan aktiviti sama ada mingguan, bulanan atau tahunan juga perlu dititikberatkan

Sebagai contoh semasa mengadakan Hari Sukan Tahunan yang turut melibatkan kunjungan

ibu bapa dan penjaga serta ahli keluarga lain yang berminat menyaksikan pelajar-pelajar ini

mengambil bahagian.

Pengurusan Masa, Logistik dan Lokasi

Pihak pengurusan perlu merancangkan perkara-perkara yang berkaitan masa, logistik dan

lokasi dengan lebih teliti. Sebagai contoh, terhadkan acara-acara yang hendak dipertandingkan

di hari sukan. Semua acara hendaklah diatur supaya boleh berakhir sebelum pukul 12

tengahari. Kelewatan sehingga berlarutan sehingga pukul 2 petang sepatutnya tidak terjadi jika

perancangan dibuat dengan teliti.

Mungkin boleh diadakan hanya satu acara sahaja buat setiap peringkat umur atau kelas pada

hari sukan. Manakala acara-acara lain, dari acara saringan hingga acara akhir boleh diadakan

sebelum hari sukan.

Ini boleh mengelakkan kepanasan terik haba matahari dan gejala kehilangan air yang

melampau dari tubuh badan. Kemungkinan besar juga ramai di antara pelajar-pelajar yang tidak

mengambil sarapan pagi dan tidak berpeluang untuk mengisi perut semasa acara dan ini boleh

membahayakan mereka.

Pihak sekolah juga perlu memastikan makanan yang sesuai untuk pelajar-pelajar disediakan

sebelum acara bermula dan juga turut dihidangkan sama ada percuma atau dijual semasa

acara dijalankan. Air minuman sama ada minuman biasa atau minuman berkhasiat seperti Milo

umpamanya perlu disediakan dari masa ke semasa. Pihak Milo (Nestle) biasanya tidak

keberatan untuk menaja minuman ini secara percuma sekiranya mereka dimaklumkan lebih

awal.

Selain dari bendera segi tiga yang berwarna-warni direntang untuk menghiaskan padang, pihak

sekolah juga memastikan tali pita keselamatan (biasanya berwarna merah-putih) direntang

Page 5: Ced 520 panduan keselamatan mulan

untuk menunjukkan kawasan acara yang akan berlangsung dan juga kawasan yang perlu

dielakkan oleh penghujung. Tali pita keselamatan ini amat penting untuk acara-acara yang

melibatkan balingan lembing, bola besi dan sebagainya.

Khemah-khemah dan kerusi dengan bilangan yang bersesuaian perlu disediakan untuk para

penghujung. Saya pernah menghadiri satu hari sukan sekolah di mana terdapat pelajar-pelajar

yang berpakaian seragam persatuan mengedarkan air minuman percuma kepada semua para

penghujung.

Khemah kecil atau payung berkaki juga pelu disediakan untuk pertugas di tengah padang

seperti para pegawai sukan, juri, anggota pertolongan cemas dan sebagainya. Selain boleh

mengelakkan kepanasan terik haba matahari, peralatan ini juga sesuai untuk mengelakkan diri

mereka dan peralatan yang digunalan dari air hujan.

Ada pegawai sukan dan juri yang mengenakan topi besar mengkuang atau ala-Mexico tetapi

anggota pertolongan cemas biasanya setia dengan topi pasukan seragam mereka.

Hazad-hazad dari PeralatanIni kerap kali terlepas pandang oleh pihak sekolah terutama yang menggunakan khidmat

pemasangan khemah secara sukarela.

Banyak pin-pin penyendat tiang yang hilang menyebabkan pihak yang memasang khemah ini

menyematkan sahaja besi atau dawai ke dalam lubang tiang-tiang khemah ini. Besi dan dawai

yang tajam ini amat merbahaya sekali terutama kepada kanak-kanak kecil yang berlari-lari

berdekatan dengan tiang-tiang ini.

Kes pelajar ditimpang tiang gol masih lagi tidak diambil iktibar oleh kebanyakan mereka yang

bertanggungjawab menyediakan tiang bendera. Pelapik tiang berdera perlu mempunyai

cerucuk tambahan yang boleh ditanam di dalam tanah untuk mengelakkan tiang besi ini terbalik

dan berkemungkinan akan menimpa mereka yang berhampiran dengannya.

Pelajar-pelajar yang mengambil bahagian biasanya gemar berkaki ayam sebelum dan selepas

acara yang mereka sertai. Pekerja kebersihan sekolah perlu memastikan agar tiada sebarang

Page 6: Ced 520 panduan keselamatan mulan

objek-objek tajam dan merbahaya di atas atau di sekeliling pada sebelum hari acara.

Tong-tong sampah yang bersesuaian dengan bilangan yang mencukupi perlu disediakan.

Malah perlu adanya pekerja kebersihan yang bertugas pada hari acara untuk mengosongkan

dan mengemaskan tong-tong sampah yang sudah penuh.

Berhati-hati dengan acara selinganAcara-acara yang melibatkan pelajar biasanya memerlukan siri-siri latihan sebelum hari acara.

Tetapi tidak kepada acara selingan seperti acara ibu bapa atau acara guru. Kebanyakannya

mereka hanyalah kali pertama mengambil bahagian dalam acara-acara selingan ini.

Acara-acara selingan ini biasanya mencuri tumpuan bukan sahaja kepada semua pelajar yang

ingin menyaksikan ibu bapa atau guru mereka beraksi, malah turut menarik minat kanak-kanak

kecil yang masih belum bersekolah (yang mengikuti ibu bapa) untuk menyaksikannya.

Ketika inilah tali pita keselamatan dan penghadang-penghadang (jika disediakan) tidak lagi

dipedulikan oleh penonton-penonton. Mereka ingin menghampiri serapat mungkin kepada ibu

bapa atau guru mereka yang akan mengambil bahagian. Mungkin untuk acara tarik tali kategori

bapa tidak begitu merbahayakan. Tetapi tidak kepada acara baling bola besi kategori ibu.

Ataupun acara-acara yang lebih merbahaya seperti lontar lembing dan sebagainya.

Tidak kira acara apapun, pihak pengurusan hari sukan atau pegawai yang bertanggungjawab

pada hari tersebut perlu memastikan agar kesemua acara-acara dijalankan di lokasi yang

bersesuaian. Para pelajar dan penghujung perlu sentiasa diingatkan tentang keselamatan-

keselamatan diri mereka. Ini adalah tanggungjawab majikan (pihak pengurusan sekolah) seperti

yang diwartakan dalam OSHA terhadap pekerja-pekerja mereka (para guru), pelanggan

(pelajar) dan penghujung (mereka selain dari guru).

Sudah tiba masanya kepada sekolah-sekolah yang tiada guru yang khusus

dipertanggungjawabkan mengenai keselamatan dan kesihatan ini dilantik dan diberi

pendedahan serta latihan yang secukupnya agar kesemua warga sekolah dan juga penghujung

ke sekolah merasa selamat dan sihat semasa berada di dalam kawasan sekolah.

Page 7: Ced 520 panduan keselamatan mulan

Caption photo;

Besi atau dawai yang sepatutnya tidak dijadikan penyedat tiang. Gambar atas (tepi) pelapik

tiang besi bendera, perlu ada cerucuk yang boleh ditanam di dalam tanah.