Click here to load reader
Upload
eela5346
View
13.986
Download
14
Embed Size (px)
DESCRIPTION
Citation preview
PENGENALAN
Boneka merupakan benda atau barang yang menyerupai patung. Biasanya
boneka selalu digunakan untuk mengajar kelas pemulihan atau di kelas prasekolah
yang dijadikan sebagai bahan bantu belajar untuk guru dan murid. Boneka juga
boleh dijadikan sebagai alat permainan untuk kanak-kanak dan dijadikan perhiasan
bilik atau rumah terutamanya untuk anak perempuan.
Perkataan boneka berasal daripada perkataan boneca di dalam bahasa
portugis. Boneka telah wujud pada masa 3000-2000 masihi lagi. ketika itu boneka
yang dihasilkan hanya diperbuat daripada tanah liat, tulang dan potongan kain. Bagi
masyarakat Yunani dan Romawi kuna, mereka menggunakan boneka sebagai
gentian korban manusia.
Selain itu, menurut kamus pelajar, boneka bermaksud barang permainan yang
menyerupai orang: atau patung orang. Orang yang dianggap sebagai alat atau
barang permainan. Menurut kamus Dewan Bahasa Edisi Ke 4 pula, mentakrifkan
boneka adalah anak patung, anak-anakan. Patung yang boleh digerakkan dengan
tali atau dengan memasukkan tangan ke dalam dan menggerakkannya.
DEFINISI BONEKA
Boneka merupakan sebagai sebarang, benda atau objek yang digerak, dan
dilakonkan oleh pemain sama ada secara sentuhan atau arahan yang bertujuan
menyampaikan mesej. Pemain akan cuba menghidupkan watak sama ada menerusi
dialog yang dipertuturkan oleh pemain atau aksi boneka tanpa sebarang
dialog.Boneka digunakan sebagai alat bantu untuk menyampaikan cerita yang
berkesan. Pendengar dapat menghayati disamping melibatkan diri secara tidak
langsung melalui penggunaan boneka.
JENIS-JENIS BONEKA
Sarung tangan/
jari
Boneka lidi
Shadowpuppet
Boneka tangan
BonekaBertali
JENIS - JENISBONEKA
Boneka Sarung Tangan/ Jari
Rajah 1: Boneka Sarung Tangan/Jari
Boneka ini boleh diubah menjadi badan atau anggota boneka. Semasa
menggunakan jenis ini, kesemua jari atau sebilangan jari dimasukkan ke dalam
sarung tangan itu dan pemain boleh gerakkan tangan bagi menggerakkan watak.
Manakala setiap jari mempunyai peranan masing-masing. Misalnya jika tema
keluarga, jari ibu mewakili boneka bapa, jari telunjuk boneka emak, jari hantu boneka
abang, jari manis boneka kakak dan jari kelingking ialah boneka adik.
Boneka jari ini juga dikenali sebagai finger puppets. Boneka ini boleh
dihasilkan daripada kertas, kain felt atau benang kait yang dilukiskan wataknya dan
saiznya sesuai dengan jari kanak-kanak.
Boneka Lidi
Rajah 2 : Boneka Lidi
Boneka lidi diperbuat daripada bahan yang keras atau tebal. Kemudia lidi
panjang diletakkan pada badan boneka atau anggota tertentu bagi
menggerakkannya. Rupa bentuk boneka dilukis di atas kertas yang tebal,,
diwarnakan dan bentuknya di potong keluar. Boneka ini juga boleh dibuat daripada
kulit,, kad manila, plastik lutsinar atau kertas biasa kemudian dilaminatekan ia.
Boneka ini sangat senang dihasilkan dan kanak-kanak sendiri boleh lakukan di mana
guru hanya memberi template boneka, contohnya kaum-kaum di Malaysia. Setelah
siap mereka gamkan pada lidi dan boleh melakonkan aksi spontan menggunakan
boneka itu bersama-sama temannya.
Shadow Puppets
Rajah 3: Shadow Puppets
Shadow Puppets amat popular di gunakan untuk persembahan cerita, diikuti
dengan nyanyian dan tarian. . Biasanya boneka ini nipis dan berbentuk dua dimensi.
Lidi-lidi halus diletakkan pada tempat-tempat tertentu di bahagian badan boneka itu.
Semasa memainkan boneka ini, ia ditempatkan dibahagian belakang satu skrin
putih. Lampu dinyalakan dan bayang-bayang boneka tersebut akan kelihatan di atas
skrin . lidi digoyangkan untuk menggerakkan anggota boneka. Wayang ini biasanya
dimainkan untuk menghiburkan orang ramai. Contohnya wayang kulit. Watak-watak
yang dibentukkan juga hendaklah menarik misalnya seperti bentuk yang boleh
digerak-gerakkan, mulut yang boleh dibuka dan ditutup dan sayap yang boleh
dikepakkan. Shadow Puppets memerlukan kemahiran yang tinggi dalam pengawalan
pergerakan watak-watak yang dibina dalam plot sesebuah cerita
Boneka Bertali
Boneka bertali diperbuat daripada bahan-bahan keras seperti paper mache-
plaster-of-Paris atau kayu. Ada juga boneka tali dihasilkan menggunakan belon. Tali-
tali halus disambungkan kepada bahagian-bahagian boneka yang boleh bergerak.
Tali yang digunakan adalah jenis tali biasa atau tali tangsi yang lebih elastic supaya
pergerakannya lebih nampak natural. Semasa digunakan tali akan ditarik-tarik untuk
menggerakkan anggota badan boneka. Boneka jenis ini sesuai digunakan untuk
watak seperti berlari, terbang, menggelongsor dan melompat.
Boneka Tangan
Boneka tangan merupakan alat yang paling mudah untuk dihasilkan dan
selalu juga digunakan oleh guru sebagai bahan bantu mengajar untuk kanak-kanak
prasekolah kerana ianya sangat menarik dan efektif. Antara bahan yang boleh
dijadikan boneka tangan adalah stokin, beg kertas, sarung tangan, sampul surat,
kotak dan sebagainya.
PENGGUNAAN BONEKA DALAM KELAS PRASEKOLAH
Boneka adalah satu bahan bantu mengajar yang sangat berguna untuk guru
menyampaikan pengajaran dan pembelajaran kepada kanak-kanak prasekolah.
Ianya boleh digunakan sebagai alat bantu untuk menyampaikan cerita atau mesej
bagi menerapkan nilai-nilai murni dalam diri kanak-kanak.
Menurut Piaget dan Vygotsky. Imaginasi terikat kepada cara bagaimana
kanak-kanak memahami dunia persekitarannya dan perkara-perkara yang berlaku
disekeliling mereka. Murid juga seharusnya diberikan peluang untuk memilih bahan
dan alatan yang boleh digunakan untuk pelbagai aktiviti bermain dan aktiviti seni.
Apa yang penting, kanak-kanak seronok dan menurut kajian daripada penggunaan
boneka amat bermanfaat bagi meningkatkan keberkesanan penyampaian
penganjaran dan pembelajaran ataupun sebagai satu terapi untuk kanak-kanak yang
terganggu emosi.
Implikasi boneka dalam pengajaran dan pembelajaran, murid dapat
meningkatkan daya kreativiti dan imaginasi murid dimana mereka dapat mewujudkan
emosi marah, sedih, gembira, sunyi, malu dan cemburu. Selain itu, murid juga dapat
menggabungkan kemahiran berbahasa dan kemahiran bersosial. Dua kemahiran ini
amat penting diterapkan dalam diri murid kerana ianya sangat membantu murid
mencapai kemahiran sosial yang positif dan bahasa yang digunakan akan lebih
tersusun kreatif dan memperluaskan diksinya.
Dalam teori Kecerdasan Manusia Gardner (1983) mengesyorkan bahawa
terdapat tujuh jenis kecerdasan pelbagai, ia amat menggalakkan murid mencapai
objektif kendiri dalam melancarkan lagi proses pembelajaran. Boneka amat
membantu guru mencapai objektif pembelajaran dengan lebih sempurna kerana
pendekatannya yang menarik dan sememangnya mudah difahami oleh murid
sekaligus akan menjadikan suasana pembelajaran menyeronokkan dan bermakna.
Disamping itu, penggunaan boneka dalam pembelajaran juga dapat
melahirkan individu yang berdaya saing, inovatif dan unik dengan rekaan-rekaan
boneka yang pelbagai. Bukan sahaja guru yang boleh menghasilkan boneka, malah
murid juga boleh diminta menghasilkan boneka sendiri mengikut kreativiti masing-
masing.
KAEDAH PERSEMBAHAN BONEKA
KAEDAH PERSEMBAHAN
BONEKA
Persekitaran
Pentas Persembahan
Susun atur
Teknik Penyampaian
Pentas Kerusi
Pentas Rentang
Pentas Tingkap
Pentas Meja
Pentas Berlipat
Pentas Tanpa Pentas
KESIMPULAN
Aktiviti pengajaran menggunakan boneka dapat meransang minda murid
untuk memahami sesuatu pelajaran itu dengan lebih berkesan terutama dalam
kemahiran lisan, kefahaman dan membina sebuah cerita. Guru perlu lebih kreatif
terutama dalam penyediaan bahan.
Kepentingan boneka dan hubungannya dengan kurikulum dan bidang
pengalaman adalah sebagai kaedah mempengaruhi kanak-kanak
menghubungkaitkan dengan keseronokan, meningkatkan perhatian, meredakan
tekanan, meluaskan perbendeharaan kata kanak-kanak disamping memperkenalkan
kanak-kanak kepada penggunaan simbolik.
Membentuk dan membuat boneka merupakan satu bidang yang
mengutamakan penguasaan kemahiran serta penyesuaian watak-wataknya.
Perancangan rapid an mendalam perlu dilakukan untuk mendapatkan satu
penampilan yang benar-benar relevan dengan apa yang dihasratkan. Justeru itu,
guru haruslah memainkan peranan yang penting dalam membentuk pengajaran dan
pembelajaran yang berkesan demi meningkatkan prestasi perkembangan kreativiti
yang lebih positf dan tidak terhalang