17
BM 012 UPPM3 2011 JPN - Johor JOM ULANG KAJI OLEH: SITI AMINAH RAMLAN SITI AMINAH RAMLAN SK BANDAR RENGAM KLUANG JOHOR

Bm 012 uppm3_2011_jpn_-_johor

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Bm 012 uppm3_2011_jpn_-_johor

BM 012 UPPM3 2011 JPN - Johor

JOM ULANG KAJIOLEH:

SITI AMINAH RAMLANSITI AMINAH RAMLANSK BANDAR RENGAM KLUANG JOHOR

Page 2: Bm 012 uppm3_2011_jpn_-_johor

BAHAGIAN A- Bina lima ayat tentang aktiviti dalam gambar.

Page 3: Bm 012 uppm3_2011_jpn_-_johor

Cadangan ayat:1. Murid-murid Tahun 6 Mutiara sibuk membuat kerja-kerja pertukangan di bengkel Kemahiran Hidup.

2. Kalam , Linda dan Zaki menulis nota sambil berbincang di sebuah meja berhampiran tingkap di bengkel itu.

3. Zaran menggergaji sekeping papan dengan menggunakan sebilah gergaji sementara Kumar sedang asyik mengukur papan sebilah gergaji sementara Kumar sedang asyik mengukur papan dengan menggunakan sesiku.

4. Bibah mengetam sekeping papan supaya licin manakala Manapmengetuk paku pada sebuah meja kecil yang dibuatnya.

5. Cikgu Yazid memerhatikan dan mengawasi murid-muridnya melakukan tugasan pertukangan di bengkel Kemahiran Hidup.

Page 4: Bm 012 uppm3_2011_jpn_-_johor

Bahagian B

Page 5: Bm 012 uppm3_2011_jpn_-_johor

Rangka karangan soalan 1:Kamu mempunyai seorang sahabat yang akrab.Tulis karangan tentang keistimewaan sahabat kamu itu.Pengenalan: *guna kata tanya (siapa, berapa, bila, di mana, mengapa)- ciri-ciri rakan anda- siapa nama/berapa umur/tinggal di mana/ sejak bila mengenalinya/mengapa memilihnya?

Isi-isi:( Keistimewaan rakan anda)1. Baik hati- pandai mengambil hati/suka memujuk/pemurah2. Pelajar yang pandai- prestasi pelajarannya bagus/tidak sombong/turut membantu mengajar anda/suka berbincang sombong/turut membantu mengajar anda/suka berbincang tentang pelajaran/suka membaca buku/selalu mengingatkan anda kepentingan pelajaran.3. Anak yang taat kepada ibu bapanya. rajin solat/tidak meninggalkan solat/tidak pernah melawan orang tuanya/rajin menolong ibu bapadi rumah memasak , mengemas, menghias rumah dll.

Penutup: Gembira dapat rakan seperti ini./ menjadi idola anda/harapan persahabatan berkekalan.

Page 6: Bm 012 uppm3_2011_jpn_-_johor

Contoh penulisan lengkap:Sahabat merupakan kawan yang rapat dengan kita

dalam keadaan susah mahupun senang. Mencari sahabat sejati bukanlah mudah. Persahabatan yang baik memerlukan persefahaman dan tolak ansur serta saling memahami. Saya mempunyai seorang sahabat yang sangat rapat. Nama sahabat saya ialah Ahmad.Dia berumur 12 tahun dan bersekolah di SK Seri Titian Alam. Dia tinggal tidak jauh daripada rumah saya. Saya sangat menyayanginya kerana dia mempunyai banyak keistimewaan.

Bagi saya Ahmad ialah seorang yang baik hati. Dia seorang yang sangat mengambil berat tentang kesusahan orang lain.

Bagi saya Ahmad ialah seorang yang baik hati. Dia seorang yang sangat mengambil berat tentang kesusahan orang lain. Ahmad selalu menolong murid-murid sekolah yang tidak membawa wang atau pun makanan. Dia akan memberi sedikit wang atau pun makanannya kepada murid-murid itu. Saya juga sering mendapat pertolongan daripadanya. Oleh itu, bagi saya Ahmad seorang yang pemurah dan tidak kedekut. Tambahan lagi, dia tidak pernah mengharapkan balasan daripada orang-orang yang ditolongnya. Semua pertolongan yang diberi itu adalah ikhlas.

Page 7: Bm 012 uppm3_2011_jpn_-_johor

Selain itu, Ahmad merupakan seorang yang pintar dalam pelajaran. Dia selalu mendapat tempat pertama apabila peperiksaan dijalankan. Ahmad sentiasa menunjukkan prestasi cemerlang yang membanggakan guru-guru. Sungguh pun begitu, dia tidak pernah menyombong . Baginya semua orang boleh berjaya jika rajin berusaha. Semangatnya yang kental untuk maju dalam pelajaran menyebabkan saya tertarik dan ingin menjadi sepertinya. Ahmad sering mengajar saya, tajuk-tajuk mahupun soalan-soalan peperiksaan yang tidak terjawab oleh saya. Dia memang rajin merujuk guru di sekolah.

Di samping itu, Ahmad juga seorang anak yang patuh dan taat kepada kedua orang ibu bapanya. Dia sangat disenangi oleh taat kepada kedua orang ibu bapanya. Dia sangat disenangi oleh adik-beradiknya. Dia seorang yang ringan tulang.Di rumah, Ahmad sering menolong ibu dan bapanya mengemas rumah, memasak, menyapu sampah dan lain-lain lagi.

Ahamd tidak pernah meninggikan suara terhadap ibu bapanya. Dia sentiasa bercakap dengan lemah lembut dan bersopan santun. Jika dia tidak dapat melaksanakan arahan, dengan segera dia akan memberitahu tanpa menimbulkan kemarahan ibu dan bapanya.

Page 8: Bm 012 uppm3_2011_jpn_-_johor

Kamu telah menyertai suatu pertandingan syarahan peringkat sekolah. Tajuk syarahanitu ialah "Kebaikan Mengikuti Lawatan Sambil Belajar". Tulis teks syarahan itu selengkapnya.

Rangka karangan:

Pendahuluan:- Format kata-kata aluan dan kata panggilan-kata-kata aluan kepada tetamu/ucap salam-penyataan tajuk syarahan`

Isi-isi:1. Meningkatkan pengalaman/pengetahuan

- dapat melihat tempat/budaya orang lain - pengalaman dapat mengajar agar lebih matang

2. Mengisi masa dengan berfaedah- cara yang baik mengisi masa lapang/cuti- terhindar daripada gejala sosial yang negatif-merayau-rayau,

melepak dan lain-lain

3. Menambahkan kenalan dan sahabat- boleh berkenalan dengan orang-orang yang ditemui (dalam/luar negeri) bertukar-tukar idea/pandangan

Penutup:-penegasan terhadap tajuk.

Page 9: Bm 012 uppm3_2011_jpn_-_johor

Yang dihormati pengerusi majlis, Yang berusaha Tuan Guru Besar, barisan hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru dan rakan-rakan sekalian. Selamat sejahtera saya ucapkan. Saya akan menyampaikan sebuah syarahan yang bertajuk Kebaikan Menyertai Lawatan .

Hadirin sekalian,Lawatan merupakan suatu aktiviti luar bilik darjah yang sangat

digalakkan dilakukan oleh pihak sekolah. Lawatan boleh di buat untuk tujuan memberi peluang pelajar-pelajar keluar daripada lingkungan tempat tinggal. Biasanya lawatan sekolah boleh dibuat pada masa cuti persekolahan mahu pun hujung minggu. Guru-guru akan turut serta dalam lawatan yang diadakan oleh pihak sekolah demi menjamin keselamatan perjalanan pelajar. Menyertai lawatan pelajar banyak kebaikannya.perjalanan pelajar. Menyertai lawatan pelajar banyak kebaikannya.

Dengan menyertai lawatan sekolah, kita akan dapat menambahkan pengetahuan dan pengalaman. Apabila keluar daripada tempat tinggal, kita akan dapat melihat persekitaran yang baru. Ini akan memberi pengalaman baru kepada kita. Bak kata pepatah, janganlah menjadi katak di bawah tempurung. Oleh yang demikian pengetahuan kita juga bertambah. Kita dapat mempelajari sesuatu yang tidak pernah kita ketahui sebelum ini. Tambahan pula, jika lawatan itu pergi ke tempat-tempat yang bersejarah .

Page 10: Bm 012 uppm3_2011_jpn_-_johor

Selain itu, kita akan dapat mengisi masa dengan perkara yang berfaedah. Biasanya, lawatan akan dijalankan pada masa cuti persekolahan atau pun hujung minggu. Oleh itu, masa akan terisi dengan baik. Hal ini demikian kerana, dapat mengelakkan diri daripada terjebak dengan kegiatan yang neagatif seperti melepak, merayau-rayau dan lain-lain.

Rakan-rakan dan hadirin sekalian,Di samping itu juga, pelajar-pelajar dapat

menambahkan kenalan dan sahabat. Semasa lawatan dijalankan kita akan menemui ramai orang sama ada dari dalam mahu pun luar negeri. Apabila kita berkenalan, maka kita akan dapat bertukar-tukar idea dan pandangan. Jadi kita akan dapat bertukar-tukar idea dan pandangan. Jadi banyak perkara baru yang akan kita dapat daripada kenalan yang ramai.

Jelaslah bahawa menyertai lawatan sekolah akan memberi banyak kebaikan kepada kita. Oleh itu, ambillah peluang untuk menyertai lawatan yang dianjurkan oleh sekolah.

Sekian, terima kasih.

Page 11: Bm 012 uppm3_2011_jpn_-_johor

Kamu pernah mengalami peristiwa yang mencemaskan. Ceritakan peristiwa tersebut.

Rangka karangan:Pendahuluan- apa/bila/siapa/di mana

Isi-isi: mengikut peristiwa yang anda pilih- detik permulaan peristiwa- detik permulaan peristiwa- detik pertengahan peristiwa- detik akhiran peristiwa.

Penutup:-Kesudahan peristiwa yang anda ceritakan.

Page 12: Bm 012 uppm3_2011_jpn_-_johor

Contoh karangan lengkap:

Pada cuti sekolah yang lalu, aku sekeluarga pergi bercuti ke sebuah tempat peranginan di Port Dickson Negeri Sembilan. Kami bertolak pada pukul 8.00 pagi. Kami menaiki kereta MPV yang dipandu oleh ayah. Sebaik sahaja kenderaan kami melalui plaza tol lebuh raya, ayah menayangkan filem melalui paparan mini LCD dalam kenderaan kami. Aku menonton sambil berbual-bual dengan abang dan kakak. Di sudut hatiku terasa tidak sabar untuk tiba ke destinasi dengan segera.

Tiba-tiba, kedengaran bunyi brek kenderaan . Kemudian, disusuli dengan bunyi letupan yang amat kuat. Ayah

Tiba-tiba, kedengaran bunyi brek kenderaan . Kemudian, disusuli dengan bunyi letupan yang amat kuat. Ayah berhenti di bahu jalan. Aku, kakak dan abang di tempat duduk belakang berpandangan. Kami panik dan terdiam seketika. Persoalan demi persoalan menerpa di fikiranku. Adakah kami terlibat dengan kemalangan? Ayah segera keluar daripada kenderaan. Diikuti oleh ibuku pula. Aku melihat keluar untuk mencari kepastian.

Page 13: Bm 012 uppm3_2011_jpn_-_johor

Alangkah terkejutnya aku apabila melihat suatu kemalangan yang ngeri berlaku di hadapan kenderaan kami. Kemalangan itu melibatkan sebuah kereta yang diseret oleh sebuah lori tangki minyak. Kelihatan api begitu marak. Kereta yang diseret lori telah terbakar. Lalu lintas tergendala.

Orang ramai berhenti untuk membantu mangsa. Walau bagaimana pun kebakaran begitu cepat. Mangsa yang tersepit di tempat duduk penumpang kereta terbakar.Ayahku dan orang ramai tidak dapat melakukan apa-apa. Hatiku pilu melihat peristiwa cemas itu berlaku. Ibuku memeluk aku menahan perasaannya. menahan perasaannya.

Sebaik sahaja anggota bomba dan penyelamat tiba, api pun dipadamkan. Malangnya , kesemua mangsa di dalam kereta gagal diselamatkan. Ketiga-tiga mangsa mati hangus. Hanya pemandu lori sahaja yang terselamat dan mengalami kecederaan kecil. Selepas peristiwa itu, kami meneruskan perjalanan. Ayah kelihatan memandu dengan lebih berhati-hati. Aku masih teringat-ingat akan peristiwa cemas yang berlaku tadi.

Page 14: Bm 012 uppm3_2011_jpn_-_johor

Bahagian C

Page 15: Bm 012 uppm3_2011_jpn_-_johor

Senarai kata bantu daripada teks

1. mendengar arahan- nilai patuh2. melafaz ikrar- berazam3. bersungguh-sungguh-nilai berusaha/gigih-

menjadi juaramenjadi juara4. dia tidak medabik dada- nilai merendah diri5. menyampaikan hadiah-nilai

tanggungjawab/menghargai6. menyanyi lagu Negaraku-nilai patriotik

Page 16: Bm 012 uppm3_2011_jpn_-_johor

Contoh ulasan lengkap:

Antaranya , kita mestilah sentiasa patuh dengan mendengar arahan daripada komandan semasa perbarisan. Selain itu, kita patut berazam dengan berjanji semasa membaca ikrar kejohanan. Di samping itu, kita perlu berusaha gigih dengan bersunguh-sungguh untuk menjadi juara. Justeru itu, bersunguh-sungguh untuk menjadi juara. Justeru itu, kita wajar merendah diri walaupun telah berjaya berulang kali. Akhirnya, kita hendaklah menghargai setiap kejayaan orang dengan memberikan hadiah.

Page 17: Bm 012 uppm3_2011_jpn_-_johor

SEKIAN, TERIMA KASIH.Sila lawati laman web saya khas untuk BM sekolah rendah UPSRhttp://www.sitiami.com/ckg1.html